MPU3092
PENDIDIKAN ISLAM
Ustazah Noor Hasfanie
Kumpulan 4:
Muhammad Asyraf bin Mohamad Nazri
Mohamad Salihin bin Abdul Rahman
Syed Adil bin Syed Abu Bakar
Soalan tutorial
Huraikan konsep alamiyyah ataupun sejagat
dalam Islam yang boleh memberi manfaat kepada
semua orang dan makhluk di dunia ini. Hasilkan
nota anyflip atau canva mengikut kreativiti
kumpulan masing-masing.
Kebebasan beragama
Terdapat beberapa konsep alamiyyah ataupun sejagat dalam Islam yang
boleh memberi manfaat kepada semua orang dan makhluk di dunia ini.
Antaranya ialah Islam menjamin hak asasi manusia. Hal ini boleh dilihat
apabila Islam membenarkan semua orang dan makhluk di dunia untuk
mendapatkan hak kebebasan dalam beragama. Firman Allah dalam Firman
Allah SWT yang bermaksud: "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam),
kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) daripada kesesatan
(kufur). Kesan daripada kebebasan beragama ini menyebabkan Islam
bukanlah agama yang memaksa setiap manusia untuk menganut agama
Islam tanpa kerelaan. Masyarakat bebas untuk menjalankan hal
keagamaan mengikut kepercayaan masing-masing. Contohnya, orang Islam
bebas untuk bersembahyang di masjid dan orang Kristian bebas
menjalankan hal keagamaan mereka di gereja. Kesannya, masyarakat akan
memperoleh manfaat secara bersama apabila mereka dapat hidup dengan
aman dan harmoni serta menghormati antara satu sama lain.
Kebebasan bersuara
Selain itu, konsep sejagat dalam Islam yang boleh memberi
manfaat kepada semua orang dan makhluk di dunia ini ialah dengan
memberikan kebebasan bersuara. Setiap manusia mempunyai hak
untuk mengeluarkan pendapat dan melontarkan kemahuan
masing-masing. Hal ini kerana setiap manusia mempunyai mempunyai
perbezaan akal fikiran untuk berfikir dan mengembangkan ilmu
pengetahuan. Selain daripada itu, kebebasan bersuara juga perlulah
disampaikan sesuai dengan batasan yang digariskan oleh syariat Islam.
Maklumat yang disampaikan haruslah benar dan tiada unsur penipuan
dan penyembunyain fakta kerana ia boleh mengundang fitnah dan
boleh merosakkan nama baik seseorang serta tidak menguriskan hati
mana-mana pihak.
Hak mendapatkan pendidikan
Seterusnya, konsep sejagat dalam Islam yang boleh memberi manfaat
kepada semua orang dan makhluk di dunia ini ialah dengan memberikan
kebebasan mendapat. Semua orang berhak mendapatkan pendidikan
sesuai dengan kemampuan akal fikiran. Pendidikan bukan hak sahaja
tetapi juga menjadi kewajipan setiap muslim untuk menuntut ilmu.
Islam diturunkan untuk memberikan keamanan dan kesejahteraan
kepada manusia. Walaupun adanya berlaku peperangan demi
mempertahankan negara dan agama, namun sekiranya pihak musuh
menawarkan perdamaian, tentera Islam haruslah menerima tawaran
tersebut. Islam juga tidak memusuhi orang bukan Islam, malah mereka
juga dijamin hak dan kebebasan jika tinggal di dalam negara Islam.
Bagi mengekalkan keharmonian hidup ini, maka Islam menganjurkan
umatnya untuk mempunyai sifat mahmudah dan menjauhi sifat
mazmudah .
Taaruf dalam Islam
Seterusnya, konsep sejagat dalam Islam yang boleh memberi
manfaat kepada semua orang dan makhluk di dunia ini ialah dengan
mengamalkan konsep taaruf falam Islam. Taaruf yang dimaksudkan
dalam Islam ialah saling mengenal antara satu sama lain tanpa
mengira bangsa, agama dan keturunan. Firman Allah dalam
al-Quran Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah
menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah
menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu
berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang
lain).” Kesan daripada taaruf akan meningkatkan permuafakatan
antara masyarakat yang akhirnya akan menjamin kemakmuran dan
kestabilan negara.