The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Irma Hanie, 2019-11-22 20:10:23

SANTAI Alumni QS

Programme Book

Keywords: Santai

24.11.19 ( AHAD )
10.00 AM – 2.30 PM
SHAH ALAM CONVENTION CENTRE ( SACC )

ANJURAN
PUSAT PENGAJIAN UKUR BAHAN
FSPU, SHAH ALAM

SEKALUNG TINTA

Professor TPr Dr. Jamalunlaili Abdullah
Dekan Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur
Penasihat Majlis Santai Alumni QS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan
limpah kurniaNya, kita diberi kesihatan dan kelapangan untuk bersama-sama
meraikan Majlis Santai Alumni QS 2019 yang julung kali diadakan semenjak
penubuhan program Ukur Bahan. Alhamdulillah dan ribuan terima kasih
diucapkan kepada semua bekas pelajar Ukur Bahan ITM/UiTM yang sudi
hadir. Juga tahniah diucapkan kepada Pusat Pengajian Ukur Bahan khasnya
kerana telah berjaya mengaturkan satu program yang amat dinanti-nantikan
oleh ramai alumni ITM/UiTM ini.

Dengan wujudnya majlis sebegini, alumni Ukur Bahan dapat merapatkan
kembali ukhuwah fillah di antara sesama rakan setelah terpisah lama dan
berkongsi pengalaman serta kejayaan yang telah dikecapi setelah tamat
pengajian yang lalu. Saya yakin, hasil dari pertemuan hari ini akan dapat
mencetuskan lebih banyak idea dan perancangan untuk masa hadapan pusat
pengajian amnya dan pelajar khasnya, Insya Allah. Sumbangan tenaga, idea,
masa dan kewangan sangat diharapkan dari alumni Ukur Bahan yang telah
pun berjaya dalam karier dan kehidupan masing-masing. Anda semua
merupakan insan-insan hebat, hasil keluaran ITM/UiTM yang amat kita
banggakan ini. Syabas dan tahniah kepada anda semua.

Semoga usaha ini tidak akan terhenti setakat ini dan ianya hendaklah
diteruskan di masa akan datang dengan penglibatan yang lebih padu dari
semua alumni.

Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan syabas kepada
semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak, dalam menjayakan
Santai Alumni QS 2019.

SEJAMBAK KASIH

Professor Datin Sr Dr. Hamimah Adnan
Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Jaringan Industri)
Penasihat Majlis Santai Alumni QS
Naib Presiden Pertubuhan Alumni Alam Bina (PAAB), FSPU

Bismillahirahmannirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdullilah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah
rahmatNYa kita berjaya menganjurkan Majlis Santai Alumni QS bagi meraikan
para alumni selain untuk melancarkan Tabung Ukur Bahan bagi Pusat
Pengajian Ukur Bahan (PPUB), FSPU Shah Alam.

Menginjak usia 52 tahun penubuhannya, Jabatan Ukur Bahan kini telah
bertukar kepada Pusat Pengajian Ukur Bahan dan berjaya menghasilkan
generasi professional yang cemerlang dalam bidang Alam Bina. Program Ukur
Bahan UiTM merupakan program yang mendapat permintaan yang tinggi dari
kalangan pelajar-pelajar baru untuk memasuki IPTA.

Sesungguhnya perhimpunan alumni ini amat bermakna kepada PPUB
seterusnya FSPU untuk menzahirkan rasa kasih sayang alumni kepada Alma
Mater. Perhimpunan Majlis Santai Alumni QS ini sudah pasti tidak akan
berjaya tanpa komitmen alumni.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua alumni serta para pensyarah
PPUB yang menyumbang kepada kejayaan Majlis Santai Alumni QS .

Akhir kata, semoga jalinan erat diantara alumni dan PPUB, FSPU UiTM terus
berkekalan bagi memastikan agenda penubuhan UiTM dapat diteruskan
dengan penuh gemilang.

Sekian, terima kasih.

SEULAS BICARA

Professor Madya Datin Sr Dr Norsiah Mohamad
CQS, FRISM, MRICS
Ketua Pusat Pengajian Ukur Bahan
Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dengan ini, saya sebagai Ketua Pusat Pengajian Ukur Bahan (PPUB), FSPU, UiTM Shah Alam
dan seluruh warga pensyarah PPUB ingin mengucapkan terima kasih dan selamat datang ke
Majlis Santai Alumni QS 2019 kepada semua Alumni QS ITM/UiTM yang berkelapangan dan
sudi hadir untuk bersama-sama meraikan majlis gilang gemilang ini. Tidak dilupakan juga
kepada semua alumni QS yang telah memberi sumbangan dan bantuan dalam pelbagai bentuk
samada untuk PPUB atau pelajar QS kita. Semoga majlis ini di berkati Allah SWT, mendapat
keredhaan dan ganjaran dariNya.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, PPUB, UiTM, Shah Alam telah berjaya
menganjurkan Majlis Santai Alumni QS 2019 yang telah dirancang sekian lama. Syabas dan
tahniah kepada seluruh warga PPUB yang telah bekerja keras untuk merealisasikan majlis yang
julung kalinya ini. Adalah menjadi hasrat kita semua, semoga Majlis Santai Alumni QS 2019
dapat menjalinkan hubungan murni dan mengeratkan silaturrahim di antara PPUB dan alumni
QS. Kita amat berbangga kepada alumni QS yang telah berjaya menempatkan diri di persada
kerjaya dan kehidupan masing-masing. Penglibatan dan kehadiran alumni QS pada majlis ini
sangat dialu-alukan, bak kata pepatah “Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan”.

Akhir kata, saya dan warga PPUB ingin menyusun jari memohon maaf atas sebarang kesilapan
dan kekurangan yang berkaitan dengan Majlis Santai Alumni QS 2019. Dengan ini, izinkan saya
menutup kata aluan saya dengan pantun empat kerat.

Ikan berenang di dalam lubuk,
Ikan belida dadanya panjang,
Adat pinang pulang ke tampuk,
Adat sirih pulang ke gagang.

Daun sirih sudah disusun,
Siap dengan gambir dan kapur,
Adat semang pulang ke dusun,
Adat belut pulang ke lumpur.

Sekian, terima kasih.

SEKALUNG
PENGHARGAAN

SUMBANGAN
TABUNG UKUR BAHAN

1. MITG GROUP SDN BHD
2. DOKUMAYA
3. BKQS CONSULT
4. JURUKUR BAHAN ANTARA SDN BHD
5. ENCIK NIK AHMAD FADZLAN NIK ALI
6. USTAZ HALIM DIN
7. Sr KHAIRANI AHMAD
8. SITI SUHAIBAH MOHD GHAZALI
9. ANONYMOUS

ATUCARA PROGRAM

10.00AM
PENDAFTARAN ALUMNI UKUR BAHAN FSPU

10.30AM
KETIBAAN TETAMU KEHORMAT

MAJLIS BERMULA
NYANYIAN LAGU NEGARAKU

10.40AM
BACAAN DOA

10.45AM
UCAPAN KETUA PUSAT PENGAJIAN UKUR BAHAN, FSPU
UCAPAN NAIB PRESIDEN PERSATUAN ALUMNI ALAM BINA

(PAAB)
PELANCARAN TABUNG UKUR BAHAN FSPU SHAH ALAM

11.20AM
JAMUAN BERMULA, DIIRINGI PERSEMBAHAN DAN

CABUTAN BERTUAH
SESI FOTOGRAFI

2.30PM
BERSURAI

AHLI JAWATANKUASA

PENASIHAT KETUA PUSAT PENGAJIAN UKUR BAHAN
Prof. TPr Dr. Jamalunlaili Abdullah Prof. Madya Datin Sr Dr. Norsiah Mohamad
Prof. Datin Sr Dr. Hamimah Adnan
PENGURUS ACARA/PENTAS
PENGURUS PROGRAM Sr Dr. Anis Sazira Bakri
Sr Dr. Shamsida Hj Saidan Khaderi
Sr Siti Mazzuana Shamsuddin
SETIAUSAHA
Suzana C Alih BENDAHARI
Dr. Anis Rosniza Nizam Akhbar Dr. Har Einur Azrin Baharuddin

PENGACARA MAJLIS Norazmi Ahmad Bari
Abdul Izz Mohammad Kamil Prof. Madya Sr Hj Halim Hashim
Dr. Noor Akmal Adillah Ismail
MUZIK DAN PERSEMBAHAN
PERCETAKAN DAN BUKU PROGRAM Zulkhairy Affandy Mohd Zaki
Nurul Afida Isnaini Janipha
Irma Hanie Ibrahim Ahmad Arzlee Hassan
Dr. Suliahti Hashim
CENDERAMATA
Sr Dr. Norazian Mohamad Yusuwan

Sr Siti Mazzuana Shamsuddin
Hjh Hazwani Ramli

Dr. Siti Nor Azniza Ahmad Sekak

AHLI JAWATANKUASA

JEMPUTAN
Sr Wan Mohd Nurdden Wan Muhammad
Dr. Noor Akmal Adillah Ismail
Noor Aisyah Asyikin Mahat
Dr. Norfashiha Hashim
Azizan Supardi

TEKNIKAL/ AUDIO VISUAL / VIDEO
Hanyzam Selamat

Mohd Arif Marhani
Zulkhairy Affandy Mohd Zaki
PROTOKOL DAN SAMBUTAN (PENDAFTARAN)
Irma Hanie Ibrahim
Sr Dr. Anis Sazira Bakri
Sr Dr. Ani Saifuza Abd Shukor
Sr Nor Azlinda Mohamed Sabli
Suzana C Alih
Mysarah Maisham
Noor Aisyah Asyikin Mahat
Dr. Nasruddin Faisol

FOTOGRAFI/VIDEOGRAFI
Muhammad Bakhtiar Masidin

Pelajar PPUB
PENAJAAN
Dr. Faridah Muhamad Halil
Prof. Madya Sr Dr. Mohamad Fadhil Mohamad
Prof. Madya Sr Dr. Fadzil Hassan
Prof. Madya Sr Hasmawati Harun
Prof. Madya Dr. Rohana Mahbub

PEMBACA DOA
Sr Wan Mohd Nurdden Wan Muhammad

Hj Mohd Nasruddin Ayob
KESELAMATAN DAN PENGANGKUTAN
Sr Hj Rahasnan Abdul Rashid
Ahmad Arzlee Hassan
Pelajar PPUB

PUSAT PENGAJIAN UKUR BAHAN
FAKULTI SENIBINA PERANCANGAN DAN UKUR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SHAH ALAM


Click to View FlipBook Version