The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-FOLIO- JENAYAH SIBER (NILAI MASYARAKAT MALAYSIA)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by vrncdinaaa, 2022-06-12 02:42:15

E-FOLIO- JENAYAH SIBER (NILAI MASYARAKAT MALAYSIA)

E-FOLIO- JENAYAH SIBER (NILAI MASYARAKAT MALAYSIA)

MENGHURAIKAN CABARAN-CABARAN DALAM
MEMBENTUK MASYARAKAT MALAYSIA
TENTANG JENAYAH SIBER

APA ITU
JENAYAH SIBER?

SIAPAKAH ISU-ISU JENAYAH
PEMANGSA DAN SIBER DI MALAYSIA

MANGSA?

PENGUATKUASAAN CABARAN-CABARAN
UNDANG-UNDANG DALAM JENAYAH SIBER

JENAYAH SIBER KEPADA GENERASI
MUDA

AHLI KUMPULAN:

AUDRIANA ELSA ANAK SYLVIA
(05DPM21F1050)

VERONICA ANAK ANGAI
(05DPM21F1071)

NAMA PENSYARAH :
PUAN ZAINAB BINTI MOHAMAD AHMAD

MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGHARGAAN 1
2
PENGENALAN 3-5
6-10
APA ITU JENAYAH SIBER?
- JENIS-JENIS JENAYAH SIBER 11-14
SIAPAKAH PEMANGSA DAN 15-16
MANGSA?
- LANGKAH MENGATASI 17
JENAYAH SIBER
ISU-ISU JENAYAH SIBER DI 18
MALAYSIA 19
- PUNCA JENAYAH SIBER
CABARAN-CABARAN JENAYAH
SIBER KEPADA GENERASI
MUDA
PENGUATKUASAAN UNDANG-
UNDANG DALAM JENAYAH
SIBER

KESIMPULAN

SUMBER RUJUKAN

PENGHARGAAN

Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi dengan
limpah rahmat yang dianugerahkan kepada saya dan rakan
seperjuangan untuk menyiapkan tugasan ini dengan lancar
dan dan jayanya. Pertama sekali, kami ingin mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan
Zainab Mohamad Ahmad yang merupakan pensyarah kami
bagi subjek Nilai Masyarakat Malaysia(MPU23042), atas
tunjuk ajar yang diberikan sepanjang proses kami
menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya juga mengucapkan
tahniah kepada rakan seperjuangan saya iaitu Veronica Anak
Angai atas kerjasama yang telah diberikan. Akhir kata, kami
juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
yang membantu kami secara langsung atau tidak langsung
sepanjang proses kami merealisasikan tugasan ini berjalan.
Pelbagai Ilmu yang dapat kami perolehi sepanjang kami
menyiapkan tugasan folio ini.

1This template was created by Slidesgo

PENGENALAN

Jenayah siber merupakan jenayah yang sering dilakukan melalui komputer
dalam internet. Pada waktu yang sama, jenayah siber juga menyebabkan
mangsa mengderita dan mengalami kerugian sehingga berlakunya depresi
dan gangguan mental dalam diri mangsa. Penjenayah siber tersebut juga akan
memuat turun dengan cara mencuri, menipu harta benda, pemalsuan identiti,
peras ugut, mengubah data-data dan banyak lagi melalui internet. Malah,
peralatan teknologi maklumat pada masa kini seperti laptop, telefon pintar,
radio, tablet dan komputer peribadi yang semakin canggih telah
disalahgunakan oleh orang ramai sehingga menyebab berlakunya jenayah
siber. Hal ini berlaku kerana ada sesetengah pihak yang menyalahgunakan
peralatan teknologi dan tidak bertanggungjawab demi mendapatkan
keuntungan. Sekiranya rakyat Malaysia masih mengekalkan sikap tamak,
acuh tak acuh, leka dan tidak mengambil tindakan terhadap isu ini maka, isu
jenayah siber akan semakin meningkat.

2

APA ITU JENAYAH SIBER?

Jenayah siber merupakan suatu bentuk perlakuan jenayah yang baharu pada abad
ini, ia menggunakan pelbagai jenis peranti elektronik melalui sambungan
perkhidmatan internet yang membolehkan sesebuah perlakuan jenayah dilakukan. Ia
juga terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahan sebuah program
atau data komputer, penggodam dan lain-lain. Jenayah ini melibatkan seorang
individu atau sekumpulan orang. Selain itu, jenayah siber telah menyebabkan
berlakunya kehilangan atau kerosakan pada peralatan, data dan maklumat yang
melibatkan sesebuah perisian mahupun pemprosesan komputer sama ada serangan
virus, pencerobohan serta kucurian segala maklumat dari sesebuah komputer atau
peranti elektronik yang telah dijadikan sasaran oleh penjenayah siber

Penjenayah siber juga merupakan suatu bentuk jenayah moden yang wujud pada zaman
serba moden pada masa kini, di mana ia tidak lagi seperti jenayah pada zaman dahulu
yang hanya terhad kepada persekitaran fizikal sahaja. Namun pada masa kini, ia telah
menjangkau kepada perlakuan jenayah melalui alam siber dengan menggunakan
teknologi maklumat yang canggih pada masa kini. Di samping itu, jenayah siber yang
wujud pada hari ini tidak lagi terbatas hanya dengan menggunakan komputer sebagai alat
dalam melakukan sesuatu jenayah, sebaliknya jenayah siber pada hari ini juga boleh
ditakrifkan dengan jenayah yang berlaku di internet ataupun di alam siber yang akan
melibatkan penipuan dan helah tipu. Oleh itu, kemunculan Internet sebagai alat
komunikasi terkini menjadikan satu wadah penyebaran maklumat. Oleh sebab tiada siapa
yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah
dihidupkan. Bermacam-macam maklumat sama ada benar atau salah, idea, ideologi,
propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui internet.

3

JENIS-JENIS JENAYAH SIBER

01 PENIPUAN INTERNET

Penipuan boleh didefinisikan sebagai perbuatan atau hal
menipu. Manakala internet adalah rangkaian komputer
antarabangsa yang membolehkan pengguna di seluruh dunia
berhubung antara satu sama lain dan mencapai maklumat
pangkalan data seluruh dunia. Berdasarkan definisi tersebut
penipuan internet adalah tindakan penipuan dengan
menggunakan kaedah rangkaian internet. Penipuan internet
juga boleh didefinisikan sebagai penipuan yang berlaku
dalam alam maya dengan menggunakan komputer dan
teknologi internet.

Penipuan internet ini dilakukan dengan memberikan kenyataan palsu kepada
mangsa yang akan menyebabkan mangsa secara sukarelanya memberi segala harta
atau barang-barang berharganya akibat mempercayai kenyataan palsu daripada
penjenayah. Pakar sains komputer, Prof Dr Norita Md Norwawi pernah berkata
penipuan internet boleh dikategorikan kepada dua iaitu scam berbentuk digital dan
scam berbentuk kejuruteraan sosial. Scam berbentuk digital adalah penipuan
melibatkan emel, Whatsapp, Facebook, Instagram dan Twitter. Manakala, scam
berbentuk kejuruteraan sosial penipuan melalui panggilan telefon dimana
penjenayah akan menyamar sebagai polis, pegawai kastam, pegawai Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) untuk mendapatkan data peribadi mangsa dan
seterusnya menyalahgunakan data peribadi.

4

02 PEMINDAHAN WANG SECARA HARAM

Pemindahan wang secara haram adalah pengalihan wang daripada sesebuah akaun
simpanan individu atau sesebuah organisasi ke dalam akaun bank pihak lain mahupun
diri individu yang melakukan tindakan tersebut. Jenayah ini lebih bersifat kepada jenayah
pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa yang diberikan kepada seseorang individu
yang telah diamanahkan untuk menjaga harta atau kerahsiaan yang sepatutnya. Antara
kes terawal yang berlaku di dalam negara ini yang pernah dilaporkan adalah apabila
seorang lepasan institusi pengajian tinggi tempatan yang bernama Aman Syah telah
berjaya memperoleh jutaan ringgit dengan hanya melakukan pemindahan dividen bagi
setiap pemegang akaun salah sebuah bank ke dalam akaun dirinya dan dia mampu
menikmati kehidupan yang mewah hasil daripada kegiatan jenayah yang dilakukannya.
Pemindahan wang secara haram ini bermaksud berlakunya pemindahan wang oleh
orang yang tidak mempunyai kebenaran atau kuasa untuk mengakses ke dalam akaun
milik perseorangan mahupun individu dan memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun
dirinya mahupun akaun individu yang lain dengan niat untuk memiliki wang tersebut.
Pemindahan wang secara haram ini sering berlaku kepada pengguna-pengguna
sistem perbankan elektronik dan ia berlaku sama ada berlakunya pencerobohan ke
atas akaun mereka atau berlakunya pecah amanah atau khianat yang dilakukan oleh
pihak yang bertanggungjawab.

5

SIAPAKAH MANGSA?

Mangsa adalah mangsa yang berjaya ditipu oleh pemangsa.
Salah satunya merupakan seorang mangsa ialah,

01 02

Memasukkan data sensitif Klik pautan yang tidak
seperti no.IC, nombor kad dikenali.
kredit dalam web tiada
HTTPS.

03 04

Tidak berwaspada terhadap Menggunakan WI-FI awam
permintaan maklumat sensitif sewaktu pembelian dan
dari whatsapp atau emel yang perbankan secara online.
tidak dikenali.
06
05
Menerima panggilan
Mudah mempercayai pada daripada nombor yang tidak
orang yang tidak dikenali. dikenali terutamanya
panggilan antarabangsa.

6

SIAPAKAH PEMANGSA?

Hacking atau penggodaman merupakan suatu HACKING
tindakan mengakses sesebuah komputer tanpa
mendapat sebarang kebenaran atau izin dari

pihak yang bertanggungjawab yang ditugaskan

mahupun kebenaran daripada pemilik Kesan yang buruk jelas kelihatan

sesebuah komputer. Penggodaman daripada penggodaman ini apabila

kebiasaannya dilakukan oleh individu yang ia menyebabkan kerugian yang

mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang teramatlah besar dari segi

tinggi berkenaan dengan ilmu pengaturcaraan kewangan dan kehilangan harta

komputer yang membolehkan mereka untuk benda yang besar yang terpaksa

melakukan penggodaman dengan mencari di ditanggung oleh mangsa apabila

manakah titik kelemahan sesebuah komputer penggodaman tersebut turut

mahupun perisian yang membolehkan baginya melibatkan pengalihan wang atau

untuk menceroboh sistem keselamatan serta harta benda dari sesebuah institusi

mengakses sistem tersebut. Apabila seseorang kewangan atau perbankan

penggodam (hackers) berjaya menceroboh elektronik mahupun pasar dalam

mahupun melumpuhkan sesebuah sistem talian (online shop).Namun, tidak

komputer, kebiasaannya mereka akan segala semua penggodam melakukan

menyalin maklumat-maklumat sulit dan penting, penggodaman dengan niat untuk

memadam atau mengubahsuai mana-mana mencuri wang, terdapat juga

kandungan maklumat atau sistem program yang segelintir penggodam yang

tersimpan di dalam sesebuah komputer mahupun melakukan penggodaman hanya

yang lebih parah lagi apabila mereka mencuri kerana ingin menguji

wang atau membuat pesanan barang melalui “kehandalan” mereka dalam

sistem komputer yang dicerobohi dan barang menembusi sistem keselamatan

tersebut dihantar kepada mereka sendiri. sesebuah komputer mahupun

perisian tanpa mencuri sebarang

maklumat mahupun wang.

7

PHISHING

Phishing bermula pada tahun 1996 oleh penggodam-penggodam
yang mencuri kata laluan dan akaun America Onlines. Phishing
merupakan suatu cubaan bersifat jenayah yang melibatkan
penipuan bagi mendapatkan maklumat-maklumat sensitif seperti
nama pengguna, kata laluan dan butiran kad kredit dengan
menyamar sebagai sebuah entiti yang boleh dipercayai bagi
tujuan aktiviti jenayah.

Phishing kebiasaannya dilakukan melalui aplikasi seperti email,
dengan menghantar email palsu yang hampir menyerupai
daripada organisasi-organisasi perbankan elektronik yang sah
secara rawak kepada mangsa dengan menyamar sebagai
wakil sah daripada pihak perbankan elektronik melalui
penghantaran notis yang meminta mangsa-mangsa untuk
mengisi butiran diri yang bersifat sensitif dan sulit seperti
nombor akaun pemilik, nama pengguna mahupun kata laluan
dibagi tujuan pengemaskinian akaun mahupun penyelenggaraan
laman web pihak bank kewangan terbabit..Kebiasaannya
bersama-sama email mahupun notis elektronik
yang diberi, penjenayah siber akan memberikan sebuah
hyperlink(pautan) yang akan membawa mangsa kepada laman
web palsu yang direka khas seolah-olah laman web perbankan
elektronik dalam talian yang sah tanpa disedari oleh mangsa
dan akhirnya berlaku kecurian identiti (identity theft) yang
akhirnya menyebabkan pelbagai masalah bakal berlaku
terhadap mangsa seperti kerugian besar dalam bentuk
kewangan, kecurian identiti mahupun halangan dalam
melakukan capaian (akses) kepada akaun email atau perbankan
elektronik mereka.

8

LANGKAH MENGATASI JENAYAH SIBER

1. KESEDARAN MELALUI KEMPEN ATAU IKLAN

Langkah pertama untuk menangani jenayuh siber adalah dengan memberikan
kesedaran kepada masyarakat akan ancaman sebenar jenayah siber yang boleh
memudaratkan kehidupan mangsa. Kempen melalui iklan di media cetak mahupun
digital perlu disebarkan agar masyarakat pada masa kini yang mempunyai pengetahuan
cetek akan penggunaan teknologi pada hari ini mengetahui segala informasi. Pelbagai
taktik yang licik digunakan oleh penjenayah siber untuk memerangkap seseorang

\mangsanya. Oleh itu, iklan dan kempen yang dianjurkan adalah untuk memastikan

masyarakat memahami dan mengambil serius akan langkah keseelamatan apabila
menggunakan aplikasi-aplikasi di telefon pintar masing-masing. Masyarakat juga perlu
bersikap bertanggungjawab dalam menggunakan aplikasi teknologi hari ini dan peka
akan taktik-taktik baru yang digunakan oleh penjenayah siber. Setiap masalah yang
berkaitan dengan jenayah siber hendaklah dikongsikan agar ia menjadi rujukan kepada
golongan yang pakar dalam memastikan perkara yang berlaku tidak berulang lagi.

2. MEWUJUDKAN UNDANG-UNDANG SIBER

Langkah seterusnya adalah pihak berkuasa seharusnya mengkaji dan memperkenalkan
undang-undang yang mampu menghalang jenayah siber ini berlaku dalam negara kita.
Isu keselamatan siber semakin menjadi topik hangat dalam perbincangan antara
masyarakat dalam media social. Maka, pihak kerajaaan seharusnya mengumpulkan
pakar-pakar teknologi dalam memanifestasikan fikiran agar sebuah rangka undang-
undang dapat diwujudkan dalam mencegah isu jenayah siber. Ahli masyarakat pula
harus melakukan laporan kepada pihak yang berkenaan sekiranya terbabit atau melihat
sebarang kegiatan yang meragukan dan melibatkan jenayah siber agar penjenayah
tersebut boleh didakwa dan dikenakan tindakan yang tegas. Tambahan pula, laman-
laman sesawang kerajaan menghadapi ancaman yang besar daripada perlakuan jenayah
siber ini dan pihak kerajaan sewajarnya sedar dan menjadi organisasi utama yang
membina laman sesawang atau aplikasi teknologi yang selamat untuk digunakan dan
bebas dari ancaman jenayah siber.

9

3.

BEKERJASAMA SECARA
MULTILATERAL DALAM

MEMBANTERAS
JENAYAH SIBER

Isu jenayah siber merupakan polemik
anatarabangsa kerana ia melibatkan banyak
negara. Mustahak untuk pihak kerajaan
mengukuhkan hubungan multilateral dengan
negara-negara lain dalam mengatasi masalah
jenayah siber ini. Hal ini akan membantu
kerajaan untuk meningkatkan keupayaan dalam
memastikan siber dalam negara setanding
dengan negara maju yang lain. Kerjasama
dalam perkongsian maklumat dan pakar
teknologi juga boleh direalisasikan agar kita
sentiasa bersiap sedia menghadapi ancaman
musuh jenayah siber.

10

ISU-ISU JENAYAH SIBER DI MALAYSIA

Petaling Jaya, 2 Mac 2022 - Beliau berkata, dalam tempoh yang sama
Sebanyak 81,079 kes rakyat sebanyak 6,284 kes berkaitan Love Scam
Malaysia terlibat dalam penipuan (RM304.8 juta) dan 2,804 penipuan kewangan
siber membabitkan kerugian (e-financial fraud) berjumlah RM277.9 juta
RM1.52 bilion dalam tempoh direkodkan polis.Jelas beliau, walaupun
empat tahun sejak 2018.Penipuan pelbagai peringatan dan usaha dijalankan
telekomunikasi termasuk Macau pihaknya serta beberapa agensi berkaitan
Scam mencatat bilangan paling namun kes penipuan siber semakin meningkat
tinggi iaitu 23,161 kes dalam tempoh empat tahun ini."Ramai lagi
membabitkan nilai kerugian masih ditipu kerana terpedaya dengan
RM986.9 juta.Ini diikuti pelaburan tawaran dalam talian dan kurang peka dengan
berjumlah RM827.6 juta dengan jenayah siber."Malah bagi penipuan Macau
membabitkan 6,894 kes. Scam, identiti mangsa beserta kad pengenalan
yang disebut sindiket dengan tepat
menyebabkan individu panik dan ditipu,"
katanya.Bacaan lanjut seperti di keratan
akhbar terbitan Utusan Malaysia di
lampiran.May be an image of 2 people and
text that says 'Sejumlah 81,079 penipuan siber
Malaysia dalam empat tahun Rugi RM1.52
bilion HANIS termasuk Macau berjumlah
kurang peka 6,894ke erta19.81 Penipuan
telekomunikasi sere kewangan Rugi RM1.52
bilion Darimuka1 tawaran l yang
JenayahTelekomunikasi 4,970 2020 6,007
5,736 2021 Wujud 1,056 1,460 1,672 laporan'

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil,
CP Dato' Mohd Kamarudin Md Din berkata,
selain itu sebanyak 22,282 kes penipuan e-
dagang atau pembelian dalam talian dengan
kerugian RM166.5 juta serta 19,814 kes
pinjaman tidak wujud bernilai RM196 juta.

11

PUNCA JENAYAH SIBER

Antara punca berlakunya jenayah siber ialah kemunculannya Internet
sebagai alat komunikasi
terkini yang menjadi satu wadah penyebaran maklumat yang
berterusan. Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan
maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan.
Pelbagai maklumat tidak kira sama ada benar atau salah, idea,
ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan
melalui Internet. Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang
dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkan rasa gerun bagi pihak
pentadbir sesetengah negara yang selama ini amahu mengongkong
kebebasan bersuara, berfikir dan memberi pendapat.

HSelain itu, punca yang lain pula ialah penjenayah yang sukar

dikenalpastikan, umumnya penjenayah siber adalah golongan
berpengatahuan ataupun professional. Mungkin kawan kita, mungkin
pelajar, mungkin professor atau sesiapa sahaja. Kalau jenayah lain
senang dikenali contohnya perompak tentu sekali memegang senjata,
penculik tentu sekali meminta wang tebusan tetapi bagaimana
mengenali penjenayah siber. Kalaulah orang yang melakukan jenayah
tidak dikenali undang-undang yang di rangka untuk membendungnya
tidak akan bermakna. Di Amerika, kecanggihan teknologi yang
dimilikinya juga gagal mengesan perancang trajedi 11 September.
Semasa Peristiwa 11 September 2001, 19 orang perampas kapal
terbang memasuki Amerika Syarikat dengan menggunakan visa yang
sah. Selain secara peribadi, mereka berhubung melalui Internet atau
membuat panggilan telefon dengan menggunakan kad prabayar untuk
merancang serangan terhadap New York dan Washington.

12

Sikap manusia juga salah satu punca jenayah
siber tersebar. Sikap manusia memang sesuatu
yang sukar dikawal. Kita tidak boleh mengubah
kelakuan seseorang melainkan orang itu sendiri
mengubahnya. Jenayah siber sering dilakukan
oleh manusia yang mempunyai kelakuan yang
negative. Mereka menyerang sistem hanya
sekadar suka-suka ataupun mencuba ilmu yang
baru mereka pelajari. Tidak dinafikan bahawa
golongan remaja mempunyai sikap yang sukar
diramal. Mereka belum cukup matang untuk
berfikir tentang akibat jenayah yang mereka
lakukan. Secara umumnya, remaja ini memang
pintar tetapi mereka kurang matang dalam
memahami implikasi daripada aktiviti-aktiviti
dalam talian mereka.

. Akibatnya, ramai remaja yang pintar
dalam komputer terjebak dalam aktiviti-
aktiviti yang tidak sihat seperti jenayah
dan juga masalah sosial yang berkaitan
dengan dunia siber. Dalam satu laporan
akhbar, seorang remaja perempuan telah
membunuh diri apabila beliau dibuli oleh
rakan sekelas dalam talian. Ramai remaja
juga yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti
jenayah secara talian, seperti berjudi
dalam talian, melawat laman-laman web
yang menyiarkan pornografi serta
memecah masuk ke raangkaian lain
secara tidak sah (hacking), melakukan
penipuan, mencuri maklumat, mencipta
dan menyebarkan virus semata-mata
disebabkan perasaan yang ingin tahu dan
mahu mencuba sesuatu baharu.

13

Punca yang terakhir ialah sifat ketamakan
manusia dan keinginan untuk menjadi
kaya dalam masa yang cepat dan singkat
dengan menggunakan kaedah alternatif
yang mudah dan cepat. Sesetengah
manusia hanya mementingkan hasilnya
dan mereka tidak mengambil peduli akan
cara mereka mendapat hasil tersebut.

Oleh itu, mereka sanggup melakukan
jenayah siber semata-mata ingin
mendapatkan hasil yang cepat.
Kebanyakan penjenayah siber ini lebih
mahir dan berilmu dalam pengendalian
computer berbanding dengan pihak yang
lebih berkuasa. Namun demikian, ilmu
pengetahuan orang ramai tentang
pengendalian komputer yang cetek juga
merupakan salah satu punca mereka
sering menjadi sasaran golongan
penjenayah siber ini kerana mereka tidak
ketahui cara-cara mengelak daripada
ancaman jenayah siber dan boleh
dikatakan mereka mudah terpedaya.

14

CABARAN-CABARAN JENAYAH SIBER KEPADA GENERASI MUDA

KESAHIHAN MAKLUMAT

Maklumat yang tepat dan benar kesahihannya adalah penting bagi
menjamin tidak berlaku penyelewengan dan kepalsuan fakta.
Terutama sekali dalam soal ilmu keagamaan yang perlu dipastikan
kebenarannya. Pihak yang tidak bertanggungjawab sentiasa
mencari jalan bagi menyeleweng dan melakukan dusta bagi tujuan
menyesatkan orang lain. Hal ini memberi cabaran terhadap proses
tradisonal dalam mendapatkan maklumat yang sahih. Misalnya
dengan hanya merujuk kepada bahan dari internet seperti al-Quran
kemungkinan berlaku kesalahan fakta seperti ayat dari versi
Israeliyat. Oleh itu seseorang perlu merujuk kepada simber asal
bagi mengesahkan maklumat dan mengelakkan kekeliruan. Kesan
yang nyata dari amalan ini ialah ramai pencari maklumat mudah
mempercayai bahan yang diperolehi dari internet. Rujukan
maklumat semata-mata kepada internet tanpa pengesahan akan
menimbulkan maTshaislathemtepnlattaenwgaksembaednearbaynSfliadketsagsoesuatu maklumat.

= 15

PERMASALAHAN Minat remaja terhadap ICT terutama teknologi internet dan alat
REMAJA komunikasi mendorong mereka menghabiskan masa di cyber café
,internet café dan telefon tangan. Program seperti chatting,
permainan video, sms, mms, 3G dan berbagai aktiviti melaluinya
membawa kesan dan cabaran tersendiri. Kegilaan anak remaja ini
memberi cabaran kepada ibubapa mereka. Ramai pelajar yang
ponteng sekolah, menyalahgunakan wang saku, meminjam wang
teman bahkan ada yang sanggup menipu dan mencuri. Setiap
ibubapa adalah pemimpin kepada anak-anak mereka.

Menurut ajaran Islam setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap pengikut mereka. Kawalan dan
penjagaan yang berterusan perlu bagi menjamin anak-anak tidak terlibat dalam kancah gejala sosial.
Hal ini mencabar pengurusan sekolah, pihak berkuasa dan orangramai terhadap masalah pelajar yang
mengunjungi pusat internet di waktu persekolahan dan selepas persekolahan. Kesannya ialah
pembaziran masa kerana terlalu lama di cyber cafe, tidak ada kawalan keluarga dan
berkembangbiaknya masalah serta gejala sosial di kalangan remaja. Hal ini menyebabkan kerajaan
terpaksa bertindak mengawal aktiviti kunjungan remaja ke pusat-pusat internet.

AKTIVITI PERJUDIAN

Pihak berkuasa tempatan, polis dan agensi yang terlibat mendapati
berlakunya penyalahgunaan pusat internet sebagai pusat judi.
Permainan video yang berorientasikan judi mendapat perhatian di
kalangan orang dewasa dan anak-anak remaja. Kegiatan perjudian
mencabar nilai hidup Islam yang jelas mengharamkan judi

16

PENGUATKUASAAN UNDANG-
UNDANG DALAM JENAYAH SIBER

Akta Perlindungan Data Akta Komunikasi dan
Peribadi 2010 Multimedia 1998

Akta Perlindungan Pengguna Akta Jenayah Komputer
1999 (Pindaan 2010) 1997

Akta Perdagangan Elektronik
2006

Undang-undang merupakan salah satu dasar kerajaan yang diwujudkan untuk
kebaikan negara. Hal ini kerana melalui undang-undang kita dapat mengatur dan
mengawal masyarakat. Walau bagaimanapun, kebanyakan masyarakat tidak
menyukai undang-undang kerana mereka beranggapan hidup mereka tidak
bebas. Dalam konteks Internet pula, undang-undang siber dicipta bagi
memastikan netizen menggunakan ruang siber dengan baik dan berhemah. Antara
langkah yang baik dalam menangani isu ancaman siber adalah melalui
penguatkuasaan undang-undang siber. Walau bagaimanapun, netizen masih
tidak menyedari tentang kewujudan undang-undang siber dan peningkatan
angka kes jenayah siber setiap tahun. Justeru, kajian ini bertujuan untuk
mengetahui kesedaran informan terhadap kewujudan undang-undang siber dan
menganalisis pelaksanaan undang-undang ancaman keselamatan siber di
Malaysia. Dari segi metodologi, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif
iaitu kumpulan fokus, temu bual mendalam dan analisis dokumen untuk
mendapatkan data kajian yang berkualiti. Jumlah informan kumpulan fokus
ialah seramai 35 orang pengguna Internet manakala jumlah informan temu bual
mendalam adalah seramai 6 orang pegawai kerajaan. Antara dokumen utama yang
dianalisis ialah akta dan perundangan, laporan tahunan dan siaran media.
Hasil kajian mendapati informan kumpulan fokus tidak mengetahui kewujudan
undang-undang siber kerana mereka merasakan undang-undang tersebut tidak
penting, selain informan kurang peka dan mengamalkan sifat sambil lewa. Hasil
analisis dokumen juga mendapati terdapat beberapa undang-undang siber yang
boleh digunakan untuk mengatasi masalah ancaman siber seperti Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Jenayah Komputer 1997, Akta
Perdagangan Elektronik 2006, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan Akta
Perlindungan Pengguna 1999 (Pindaan 2010)

17

KESIMPULAN

Ancaman siber merupakan masalah yang sering dihadapi oleh para pengguna komputer pada masa
kini memandangkan kebanyakan komputer mempunyai sambungan pada rangkaian Internet yang
menghubungkan berjuta-juta pengguna teknologi gajet dan komputer di seluruh dunia. Oleh yang
demikian, langkah-langkah untuk mengatasi perlu dititikberatkan oleh semua pihak sama ada secara
organisasi atau individu kerana tiada jalan pintas dalam menangani ancaman siber.

Jalan yang terbaiklah ialah dengan memainkan peranan ikut kemampuan masing-masing.
Kebanyakan penjenayah siber tidak dapat ditangkap kerana sukar dikesan. Oleh itu , kita hendaklah
berwaspada pada setiap masa . Sediakan payung sebelum hujan , kita hendaklah melindungi sistem
kompouter kita dengan perisian-perisian dan berhati-hati semasa menggunakan rangkaian internet.
Misalnya pihak pengurusan atasan syarikat atau organisasi perlulah menangani risiko ancaman siber
dari perspektif yang menyeluruh serta mengeluarkan polisipolisi yang berkesan untuk diikuti oleh
pekerja syarikat. Bagi individu pula, perlunya ada tahap kesedaran yang tinggi tentang risiko dari
ancaman siber ini, terutamanya ketika menggunakan komputer masing-masing. Setiap dari kita perlu

ada rasa tanggungjawab untuk menentukan komp1ut8er kita terjamin selamat daripada ancaman siber ini.
18

SUMBER RUJUKAN

➢ https://www.researchgate.net/publication/322883549_JE
NAYAH_SIBER_PENGELASAN_DI_ANTARA_AL-
JARAIM_DAN_AL-
JINA'I_MENURUT_SISTEM_PERUNDANGAN_ISLA
M

➢ http://cybercrimebootcamp.blogspot.com/2015/10/what-
is-cybercrime.html?m=1

➢ http://kelabkomputersmkpp.blogspot.com/p/jenayah-
siber.html?m=1

➢ https://www.bharian.com.my/rencana/minda-
pembaca/2022/04/942902/celik-teknologi-elak-jadi-
mangsa-jenayah-siber

19


Click to View FlipBook Version