The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haizanaldimisbah, 2020-05-13 21:45:27

Syair Kota Melaka

Hanya sekadar puisi...

HAIZANALDI MISBAH

2 [email protected]

HAIZANALDI MISBAH bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan
Taman Samudra, Batu Caves, Selangor. Dilahirkan pada 11 Ogos 1979 di
Batu Pahat, Johor, Haizanaldi Misbah telah mendapat pendidikan rendah di
SRK ST. Aidan, Bahau, Negeri Sembilan, dan pendidikan menengah di SMK
Datuk Mansur, Bahau, serta SMK Bukit Gambir, Muar, Johor. Haizanaldi
Misbah telah melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia dalam
bidang Ilmu Kemanusiaan, pengkhususan dalam bidang Sejarah dan Bahasa
Malaysia. Seterusnya Haizanaldi mengikuti Kursus Perguruan Lepasan
Ijazah (KPLI) di Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia,
Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

PUISI TRADISIONAL
Haizanaldi Misbah

1. Pantun Ilmu
2. Pantun Nasihat
3. Pantun Jenaka
4. Pantun Budi
5. Pantun Rindu
6. Pantun Teka-Teki
7. Syair Kota Melaka
8. Syair Menara Berkembar

PUISI TRADISIONAL : PANTUN
Pantun Ilmu

Jamu tetamu ketupat palas,
Makan bertambah tidak terkata;
Tuntut ilmu janganlah malas,
Agar bertambah ilmu di dada.

Sudah lama hendak ke sana,
Lihat Pak Kadok mendapat kurnia;
Ilmu agama ilmu berguna,
Buat panduan hidup di dunia.
Hantaran pengantin di dalam dulang,
Cincin suasa si anak muda;
Ilmu menjana idea cemerlang,
Membina bangsa juga negara.

Haizanaldi Misbah

15 April 2012

1

PUISI TRADISIONAL : PANTUN DUA KERAT
Pantun Nasihat

Ada roti ada kari,
Tatkala besar nanti hiduplah berdikari.

Bila berburu mesti berilmu,
Hormati guru sayangilah dirimu.
Apabila mengaji usah leka,
Jangan jadi anak derhaka.
Main kejar-kejar petik bunga raya,
Rajin-rajin belajar pasti berjaya.
Main teka-teki duit hari raya,
Hidup jika leka tidak berjaya.
Siakap, senohong, ikan duri,
Jangan berbohong, jangan mencuri.
Bunga raya bunga kenanga,
Keluarga bahagia hati gembira.
Pa pa pa, bu bu bu,
Dengar cakap bapa, ikut cakap ibu.

Haizanaldi Misbah

15 April 2012

2

PUISI TRADISIONAL : PANTUN DUA KERAT

Pantun Jenaka

Kelapa dikukur letak di belanga,
Tidur berdengkur mulut ternganga.

Beli bedak di kedai nyonya,
Pekak badak usah ditanya.

Senyum sinis hati tertanya,
Mulut manis mudah perdaya.

Bayu dingin di tepi beting,
Kepala angin cepat melenting.

Terang bulan ditutup awan,
Panas baran tiada berkawan.

Pasang joran tangkap buaya,
Mulut tempayan usah percaya.

Waktu petang ceti datang,
Banyak hutang hidup pun malang.

Tanam bawang tanam cabai,
Banyak hutang tidur terabai.

Tepung pulut santan kelapa,
Kerana mulut badan binasa.

Tapai pulut kuih ketayap,
Banyak mulut kerja tak siap.

Tali kasut tali gasing,
Fikiran kusut hati pun runsing.

Tut, tut, tut, but, but, but
Orang kentut kita cabut.

Haizanaldi Misbah

15 April 2012

3

PUISI TRADISIONAL : PANTUN

Pantun Budi

Dalam peti disimpan padi,
Padi huma hendak disemai;
Hasrat hati hendak berbudi,
Apakan daya hajat tak sampai.

Wa, Wa, Wa, nun bulan,
Bulan terang mengambang;
Budi dibawa berzaman,
Dalam hati tidak lekang.

Malam hari jiwaku hampa,
Lihat bulan di tepi jenang;
Hancur hati tidak mengapa,
Budi tuan tetap dikenang.

Sungguh tinggi si bunting padi,
Si bunting padi cantik menawan;
Sungguh tinggi nilainya budi
Setahun budi segunung intan.

Tidak dipandang bunga ditaman
Bunga dilaman dipetik orang;
Tidak tertanggung budi berzaman,
Bagai memikul beratnya barang.

Dalam belanga apa isinya,
Batang keladi diberi nyonya;
Harum bunga pada kuntumnya,
Harum budi pada hatinya.

Haizanaldi Misbah

15 April 2012

4

PUISI TRADISIONAL : PANTUN
Pantun Rindu

Ombak memecah melodi sukma,
Hembusan laut tiada tertahan;
Malam indah bulan purnama,
Hati tertaut bak pungguk di dahan.

Ke hulu ke hilir puas kucari,
Di bawah di atas tiada kutemu;
Hati merindu tidak terperi,
Mengharap tuan datang bertamu.
Alangkah indah bulan di awan,
Bintang menyapa malam di bendang;
Puas sudah mencari tuan,
Namun hampa datang bertandang.
Malam sunyi tiada berbintang,
Alamat hujan mungkin menyapa;
Longlai diri tiada kepalang,
Melabuhkan badan melelapkan mata.

Haizanaldi Misbah

15 April 2012

5

PUISI TRADISIONAL : PANTUN

Pantun Teka-Teki

Malam sunyi memanggil hujan,
Menghalau ular mencari makan;
Saya berbunyi satu hiburan,
Siapa saya wahai kawan?

Dahan ke dahan tempat permainan,
Pengunjung leka melihat saya;
Buah-buahan menjadi makanan,
Cuba teka wahai pendeta?
Mukaku besar ada cerita,
Ada suara penambah rasa;
Manusia suka melihat saya,
Hingga ada yang terleka.
Satu kaki aku berdiri,
Menghembus bayu sejukkan badan;
Suis dipetik hanya sekali,
Ligat berpusing kiri dan kanan.
Manusia mati meninggalkan nama,
Aku mati meninggalkan belang;
Cuba teka adik semua,
Siapa aku binatang yang garang?

Haizanaldi Misbah

15 April 2012

(Jawapan : katak, monyet, televisyen, kipas angin, harimau )

6

PUISI TRADISIONAL : SYAIR

Syair Kota Melaka

Dengarlah kisah Kota Melaka,
Singgahan pedagang seluruh dunia,

Kota dibuka seorang putera,
Parameswara diberi nama.

Putera Palembang gagah perkasa,
Menuju Temasik membuka kota,
Berlaku peristiwa tidak diduga,

Kota tidak jadi dibuka.

Perjalanan tidak di situ saja,
Lelahnya tidak lagi terkata,
Kaki melangkah terus berusaha,
Mencari tempat membuka kota.

Baginda tiba di sebuah desa,
Di situ baginda lelapkan mata,
Di pagi hari baginda terjaga,

Biawak mati merata desa.

Kaki melangkah terus berusaha,
Mencari tempat membuka kota,

Baginda tiba di sebuah desa,
Lalu berehat seketika saja.

Terjadi peristiwa aneh di mata,
Anjing buruan ditendang rusa,

Hati gembira tidak terkata,
Tempat bertuah dibuka kota.

Kota Melaka diberi nama,
Diambil dari pokok Melaka,
Tempat berehat baginda putera,
Mahsyur namanya tidak terkata.

Haizanaldi Misbah

15 April 2012

7

PUISI TRADISIONAL : SYAIR
Syair Menara Berkembar

Inilah kisah menjadi tatapan,
Cerminan pandangan masa hadapan,
Mercu tanda lambang kebanggaan,

Menggapai langit indah ciptaan.
Daripada impian menjadi kenyataan,

Pencakar langit tinggi di awan,
Biar pelbagai datangan halangan,
Impian tetap menjadi kenyataan.

Di dalam kota taman tercipta,
Permata berharga bagi negara,

Hati gembira tidak terkata,
Menjadi tumpuan seisi keluarga.
Menara berkembar membuka mata,
Membisu bicara siapa mengata,
Menggamit pelancong datang ke kota,
Malaysia terkenal serata dunia.

Haizanaldi Misbah

15 April 2012

8


Click to View FlipBook Version