PENYALAHGUNAAN
INTERNET DALAM
KALANGAN REMAJA
DARIPADA
:NOR SYAZWANI BINTI NOR AZHAR (18DEV20F2013)
:GUNASCHINE A/P KUMARAN (18DEV20F2009)
DEFINISI
Internet merupakan teknologi asa dalam pembangunan
teknologi maklumat. Kini, internet merupakan salah satu
saluran rangkaian perhubung dunia yang telah mengecilkan
dunia. Dunia tanpa sempadan direalisasikan dengan adanya
jaringan internet ini. Walaubagaimanapun, teknologi internet ini
kerap disalahgunakan sehingga menjadi saluran yang boleh
membawa kemudaratan. Penggunaan jaringan internet kini
semakin meluas ke serata dunia di era zaman moden ini.
APAKAH ITU
INTERNET ?
Perkataan Internet berasal dari gabungan perkataan inter dan
network, iaitu inter-
net atau antara rangkaian. Sebagai contoh 'international'
bermakna antara negara-negara,
'interstate' bermakna antara negeri-
negeri, 'interdepartment' bermakna antara cawangan-
cawangan begitu juga Internet bermakna antara rangkaian-
rangkaian komputer.
KESAN PENGGUNAAN INTERNET
DALAM KALANGAN REMAJA
Setiap sesuatu benda atau perkara ada kebaikan dan
keburukannya. Manusia juga masing-masing mempunyai
kelebihan dan kekurangan. Sama juga seperti internet ini
ada manfaat dan ada kemudaratan jika menggunakannya
terlalu kerap sehingga mengakibatkan ketagihan. Antara
kesan positif penggunaan internet kepada remaja ialah:
KESAN POSITIF
1. MAKLUMAT
Menerima maklumat dengan Dalam bentuk teks, gambar, Dapat membaca surat
mudah dan pantas. jadual, animasi dan lain-lain. khabar menerusi internet.
Dapat mendedahkan remaja Dapat melahirkan insan yang
kepada dunia teknologi yang celik IT.
semakin berkembang pesat.
2. E-LEARNING
Ia juga dapat membantu remaja dalam proses
pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, internet sangat
berguna untuk tujuan pembelajaran. Sebagai contoh, e-
learning. Di Malaysia, penggunaan internet sebagai salah
satu medium untuk membantu pelajar dan tenaga pengajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga
memainkan peranan sebagai pendidik atau ‘tutor’ siber
yang berkesan. Subjek seperti matematik dan sains boleh
diajar kepada golongan kanak-kanak dengan lebih
berkesan. Han sains dan matematik yang ditambah
dengan dengan kesan multimedia dapat menarik minat
kanak-kanak untuk mengikut program pembelajaran dan
seterusnya menanam minat.
3. PELUANG PEKERJAAN
Kebaikan internet yang seterusnya ialah ia membantu
aktiviti perniagaan. Peluang perniagaan melalui internet ini
amatlah luas. Malah ada juga segelintir remaja yang masih
belajar menggunakan platfom berniaga atas talian
untuk menambah pendapatannya. Kini ramai usahawan
yang muncul dengan hanya menjana wang menggunakan
internet ini. Perniaga boleh mengiklan dan menjual barang-
barang keluaran syarikat mereka secara langsung kepada
pelanggan di seluruh dunia. Pelanggan juga dapat
mengurangkan kos apabila membeli barang-barang
daripada internet.
KESAN
NEGATIF
Di sebalik
kecanggihan
internet, selaras
dengan
perkembangan
semasa namun
banyak juga
budaya
negatif yang
meracuni minda
pelajar masa kini.
Budaya ini perlu
dibendung supaya
tidak merosakkan
minda pelajar masa
kini. Antara
keburukan internet
terhadap remaja
ialah:
1. BEBAS MELAYARI 2. KURANG
LAMAN WEB YANG FOKUS PADA
PELAJARAN
TERLARANG
Melekakan seseorang
Mereka bebas melayari pelajar daripada fokus
laman web tanpa kawalan
kerana internet dikatakan kepada proses
dunia tanpa sempadan. pembelajarannya
Bahan lucah seperti ini
merupakan budaya yang Masa yang patut
patut dibuang terhadap diri diperuntukkan untuk
masing-masing kerana ia mengulang kaji pelajaran
dapat merosakkan akidah terbuang begitu sahaja
dan jati diri seorang pelajar.
Di samping itu, kesan Menjerumus pelajar
daripada penyebaran laman melakukan jenayah
web secara tidak terkawal ini
menjadi penyumbang Ketinggalan dari segi
kepada masalah social yang akademik dan gagal
semakin menjadi-jadi menyempurnakan
sehingga ke kancah
zina. Perluka seksual tidak tugasan mereka
bermoral ini menjadi
kelaziman pelajar sekarang.
Keseronokan menonton
bahan lucah mendorong
individu menjadi gila seks
selain perlakuan ini bakal
mengundang perlakuan seks
bebas.
3. MENJEJASKAN
PERPADUAN DAN
KEHARMONIAN
Selain itu, penggunaan internet juga berupaya untuk menjejaskan
keharmonian dan perpaduan negara kita, di antara pelajar. Sudah
ada banyak halaman web yang sengaja menyebarkan pelbagai
fitnah dan gossip serta propaganda negatif untuk memastikan rakyat
di negara ini menerima maklumat yang salah lalu berlakunya
kekacauan pula. Semua bahan yang ditulis itu mampu untuk
mencetuskan salah faham dan pergaduhan anatara masyarakat
berbilang kaum di negara ini dengan begitu mudah. Jelaslah,
internet memudahkan penyebaran pelbagai maklumat palsu dan
mengelirukan kepada masyarakat. Terhadap juga penyebaran bahan
berunsur fitnah dan hasutan yang menggugat keamanan dan
keharmonian negara ini akan menyebabkan negara tidak aman
sehingga menjadikan kehidupan tidak selesa dan akan memberikan
kesan kepada negara pada masa hadapan.
PUNCA PENYALAHGUNAAN
INTERNET DALAM KALANGAN
REMAJA
PENGARUH RAKAN • Kawan antara yang paling rapat selain keluarga.
SEBAYA
• Remaja banyak meluangkan masa bersama kawan
untuk mendapatkan ketenangan dan kegembiraan.
• Ibu bapa terlalu sibuk dengan kerjaya.
• Anak berasa bebas dan banyak meluangkan masa
KURANG PERHATIAN bersama gajet.
DARIPADA IBU BAPA
KELEMAHAN • Tidak mempunyai didikan agama dan moral yang
DIDIKAN AGAMA mendalam.
DAN MORAL • Tidak berasa takut dan berdosa apabila melakukan
perkara yang tidak baik terhadap penggunaan
internet.
CARA MENGATASI
PENYALAHGUNAAN INTERNET
DALAM KALANGAN REMAJA
IBU BAPA PIHAK SEKOLAH MASYARAKAT
• Memantau anak-anak • Guru mengajar • Mengadakan kempen
ketika bermain gajet. tentang adab kesedaran
penggunaan internet. tentang penggunaan
• Meluangkan lebih internet.
masa bersama anak- • Guru juga boleh
anak. mengajar tentang nilai • Menyampaikan
yang baik contohnya ceramah atau tazkirah
• Dapat mengelakkan amanah, mengenai
anak-anak mengakses bertanggungjawab penyalahgunaan
laman sesawang yang dan sebagainya. internet.
tidak berfaedah.
KESIMPULAN
Hal ini tidak akan menemui kejayaan jika tiada
sokongan padu daripada pelbagai pihak. Oleh itu,
setiap lapisan masyarakat perlu bantu membantu
dan bergandingan tangan untuk merealisasikan
mengawal penggunaan internet demi keharmonian
dan kemajuan negara serta membentuk
masyarakat
yang celik IT, berinovasi dan bermaklumat seiring
dengan lagu Keranamu Malaysia.