The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nana_star87, 2022-02-24 21:38:02

e-majalah SEINDAH2021

e-majalah SEINDAH2021

SMK SETAPAK INDAH KUALA LUMPUR
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) 2.0

KOD SEKOLAH: WEA0235
TEL: 03-40224964
FAKS: 03-40224963

E-majalah

2021

Berilmu Berwawasan Berbakti 1

E-SEINDAH 2021

SIDANG REDAKSI E-MAJALAH
(MURID)

KETUA EDITOR AJK FOTOGRAFI
NUR IMAN ZULAIKHA BT ABD RAZAK MUHAMMAD AFIQ ISKANDAR BIN

MD NASARRUDIN

AJK FOTOGRAFI AJK AKADEMIK
IZZAT IZZUDDIN BIN MOHAMD RAIZULI NURIN IZZATI BT MOHAMD RAIZULI

AJK KARYA MURID AJK GRAFIK
NUR AIN SYAKIRAH BINTI SHAHRIL MUHAMMAD AMAR MUQKHARABIN

BIN YUSOP

Berilmu Berwawasan Berbakti 2

E-SEINDAH 2021

JAWATANKUASA GURU E-MAJALAH

PENGERUSI
PN ROHIMAH BINTI MAMAT (PENGETUA)

TIMBALAN PENGERUSI
PN NORZIHAN BINTI IDRIS (PK KOKURIKULUM)

NAIB PENGERUSI
PN HANIMAH BINTI MOHAMAD (PK PENTADBIRAN)
PN ASIAH BINTI HASSAN (PK HAL EHWAL MURID)

PENYELARAS
PN CHE SURIYATI BT CHE AWANG (GK BAHASA)

KETUA EDITOR/ SETIAUSAHA
PN ENGKU IZAN MALIA BINTI TENGKU BESAR

PENOLONG EDITOR/ PENOLONG SETIAUSAHA
CIK MAHASLINA BINTI MAT YACOB

EDITOR BAHASA MELAYU
PNSARIMAH BINTI MARNI

EDITOR BAHASA INGGERIS
CIK SAFIYA BINTI M. YAHAYA

FOTOGRAFI/ KULIT MAJALAH/ MULTIMEDIA/ GRAFIK
EN WAN MOHD HAFIZI BIN WAN HASSAN

PENGIKLANAN/ LAPORAN KURIKULUM, KOKURIKULUM,
HEM & AKTIVITI SEKOLAH

PN SITI NORZURA BINTI HASHIM
PN SITI KHALIJAH BINTI YUSOF

Berilmu Berwawasan Berbakti 3

E-SEINDAH 2021

JAWATANKUASA GURU E-MAJALAH

Berilmu Berwawasan Berbakti 4

E-SEINDAH 2021

JAWATANKUASA GURU E-MAJALAH

Berilmu Berwawasan Berbakti 5

E-SEINDAH 2021

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA
SURAT
1 SIDANG REDAKSI E-MAJALAH SEINDAH
(PELAJAR) 2

2 JAWATANKUASA SIDANG REDAKSI (GURU) 3-5
6
3 ISI KANDUNGAN
7 - 13
4 MADAH ALU-ALUAN SEINDAH 14 - 23
24 - 26
5 SEKILAS SEINDAH 27 - 35

6 LAMAN SEINDAH 36 - 45

7 PENTADBIRAN SEINDAH

8 LAPORAN SEINDAH:
i. UNIT AKADEMIK
ii. UNIT HEM
iii. UNIT KOKURIKULUM

9 KUTUBKHANAH SEINDAH 46 - 56
10 MENGGAPAI BINTANG 57 - 59
11 LAMBAIAN KASIH 60 - 66
12 GEMILANG SEINDAH 67 - 147
13 ASPIRASI KREATIF SEINDAH 148 - 158
14 ALBUM KENANGAN [KELAS] 159 - 174
15 AYUH, PERANGI COVID-19! 175 – 185
16 JOM, KITA BERPdPR! 186 - 199
17 RAGAM WARGA SEINDAH 200 - 218

Berilmu Berwawasan Berbakti 6

Duduk bersantai di atas pangkin
Secangkir kopi hilangkan dahaga
Madah pujangga jadi pemangkin

Pembuka kata pemanis bicara

Berilmu Berwawasan Berbakti 7

E-SEINDAH 2021

KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

Berilmu Berwawasan Berbakti 8

E-SEINDAH 2021

KATA ALU-ALUAN
TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN JPWP

KUALA LUMPUR

KATA ALU-ALUAN
TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN
SEKTOR PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PPD
YANG MENJALANKAN TUGAS PENGARAH PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Assalamualaikum w.b.t. selamat sejahtera dan salam JPWPKL. Mercu Kegemilangan.

Pertama sekali syukur kepada Tuhan dan setinggi-tinggi penghargaan kepada siding redaksi dalam
penerbitan majalah sekolah pada tahun yang penuh cabaran ini. Kejayaan dalam penerbitan majalah
sekolah ini sangat bermakna pada masa kita sedang menghadapi situasi pandemik COVID-19

Saya percaya setiap warga sekolah sentiasa memerah keringat, minda dan usaha dalam memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran dalam norma baharu khususnya pengajaran dan pembelajaran di
rumah (PdPR) berjalan dengan lancar. Kegigihan guru-guru dalam menangani cabaran serta kekangan
proses ini sangat saya kagum dan hargai. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa komited
menyediakan suasana pendidikan yang kondusif dan selamat kepada semua warga sekolah.
Sehubungan dengan itu, saya menyeru setiap warga sekolah agar mematuhi Prosedur Operasi
Standard (SOP), Garis Panduan dan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

Akhir kata, harapan saya kepada semua guru Wilayah Persekutian Kuala Lumpur agar dapat
meneruskan kecemerlangan dan sentiasa kreatif demi menarik minat murid-murid untuk mengikuti
pembelajaran sama ada secara bersemuka atau PdPR.hanya guru-guru yang lebih memahami
keperluan, kemampuan dan tahap kemahiran individu murid-murid berkenaan. Pihak kami akan sentiasa
menyokong usaha guru-guru secara berterusan dan marilah kita bersama-sama mendoakan agar
keadaan pulih sperti biasa dan dipermudahkan segala urusan yang kita lakukan.

Sekian, terima kasih.

MOHD NAJIB BIN AB. RAHMAN, KMW

Berilmu Berwawasan Berbakti 9

E-SEINDAH 2021

KATA ALU-ALUAN
PENGETUA SMK SETAPAK INDAH

KUALA LUMPUR

SEULAS BICARA
PUAN ROHIMAH BINTI MAMAT

PENGETUA
SMK SETAPAK INDAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, saya memanjat rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kasih-Nya saya diberi
kesempatan untuk merakamkan seulas biacara secarik kata di dalam Majalah SeINDAH era pandemik Covid-19
untuk kali pertama ini. Saya yakin inisiatif untuk menghasilkan majalah secara digital memerlukan komitmen dan
kerjasama yang tinggi dalam kalangan ahli-ahli sidang redaksi dan usaha ini wajar dipuji memandangkan cara
penghasilan majalah telah bergerak ke arah yang lebih kreatif dan mudah digapai bukan lagi dalam bentuk buku
tetapi secara digital selaras dengan ledakan Revolusi Industri 4.0. Usaha yang gigih oleh setiap AJK Sidang Redaksi
mengumpul bahan dan menghasilkan buku ini membolehkan khazanah sejarah dan aktiviti sepanjang sesi 2021
dapat diabadikan serta dijadikan santapan dan kenangan yang berharga kepada warga SMKSI terutama kepada
murid-murid dan guru-guru yang bakal meninggalkan SMK SI ini.

Sebagai sebuah sekolah TS25 2.0, pastinya setiap warga sekolah SeINDAH sentiasa melaksanakan
penambahbaikan secara berterusan dan mengurus perubahan secara cekap dan berkesan. Penekanan ke ke arah
elemen kreativiti dan inovasi dalam sebarang aktiviti akademik, sahsiah dan kokurikulum dapat mencorakkan
perubahan yang positif dalam transformasi Pendidikan di SMKSI. Justeru itu saya berharap perubahan yang telah
dilaksanakan oleh AJK Sidang Redaksi ini turut diikuti oleh unit-unit lain di SMKSi supaya proses trasformasi
kemenjadian murid dan sekolah berkualiti tercapai dan dilaksanakan secara terus menerus.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua AJK Sidang Redaksi yang terlibat dalam mencetuskan idea yang
bermakna ini. Tanpa usaha ini pasti sejarah perjalanan pembelajaran dan pemudahcara dan aktiviti kokurikulum
SMKSI secara maya tidak terlakar dan terpadam begitu sahaja. Semoga usaha kreatif ini akan diteruskan oleh AJK
akan datang.

KEMENJADIAN MURID DICAKNA, ASPIRASI SMKSI TERLAKSANA

PUAN ROHIMAH BINTI MAMAT
Pengetua
SMK Setapak Indah

Berilmu Berwawasan Berbakti 10

E-SEINDAH 2021

KATA ALU-ALUAN YDP PIBG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah S.W.T ,kerana memberi
kesempatan kepada saya menitipkan kata-kata aluan untuk majalah SMK
Setapak Indah pada kali ini.
Tahniah dan syabas kepada Sidang Redaksi Majalah Sekolah Tahun 2021
atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah sekali lagi pada tahun ini
walaupun tidak melibatkan semua pelajar. Saya percaya ini akan
menguatkan lagi komitmen Sidang Redaksi untuk menerbitkan majalah
sekolah secara fizikal seperti sebelum ini

Kejayaan ini merupakan kesinambungan tradisi yang berlangsung setiap
tahun dan ia memberi kenangan yang berterusan kepada pelajar-pelajar
tingkatan 5 setelah meninggalkan alam persekolahan. Saya juga berdoa
agar anak-anak yang mengambil SPM pada tahun ini memperoleh kejayaan
yang cemerlang dan dapat menjadi generasi yang hebat dalam aspek
akademik serta sahsiah apabila meninggalkan alam persekolahan nanti.
Akhir kata, saya yakin semua pihak dalam kalangan pentadbir,guru dan ibu
bapa dapat bersama-sama bergerak seiring bagi melahirkan generasi anak-
anak SMK Setapak Indah yang cemerlang dalam era pendidikan yang
serba mencabar ini .
Kita jaga kita.
Sekian, terima kasih.

AZMI BIN ADAM
YDP PIBG
SMK Setapak Indah, Kuala Lumpur

Berilmu Berwawasan Berbakti 11

E-SEINDAH 2021

KATA ALU-ALUAN KETUA EDITOR (MURID)

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Transformasi.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, syafaat kekasih-Nya,
Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, dengan berkat guru-guru serta berkat ibu bapa,
dapat sekali lagi kita saksikan sebuah majalah yang menjadi kebanggaan warga SMK
Setapak Indah, iaitu majalah terulung SEINDAH edisi ke-21 yang berkonsepkan
e-majalah (e-SEINDAH).
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana
telah memberi kepercayaan kepada saya untuk mengetuai Sidang Redaksi tahun ini.
Sekalung penghargaan saya hadiahkan kepada semua ahli Sidang Redaksi yang sanggup
berkorban masa, wang, tenaga dan idea sepanjang perjalanan menerbitkan e-majalah
SEINDAH yang tercinta ini. Juga penghargaan yang tidak terhingga saya ucapkan kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam penerbitan
majalah ini. Tanpa bantuan serta kerjasama guru-guru dan rakan-rakan, sudah semestinya
e-majalah SEINDAH 21 ini tidak dapat diterbitkan.

Saya selaku Ketua Editor Sidang Redaksi 2021 ingin mengucapkan ribuan terima kasih
serta penghargaan yang tidak terhingga kepada pihak sekolah kerana telah memberi
kepercayaan kepada saya dan ahli Sidang Redaksi yang lain untuk terlibat dalam
menjayakan penerbitan e-majalah SEINDAH 21 ini. Sesungguhnya, peluang sebegini
bukannya mudah untuk diperoleh. Tidak lupa juga kepada para guru yang sentiasa komited
dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing kami dalam memastikan penerbitan e-majalah
SEINDAH 21 mampu memahat memori-memori yang indah buat semua warga SMK
Setapak Indah.

Di kesempatan ini, saya juga ingin memohon maaf sekiranya ada kekurangan yang
terkandung di dalam e-majalah ini. Sesungguhnya, kami telah berusaha sehabis baik untuk
memaparkan segala kegiatan dan aktiviti yang dilakukan sepanjang tahun ini. Semoga e-
majalah SEINDAH 21 ini akan menjadi kenangan indah buat semua warga SMK Setapak
Indah. Yang baik datang dari Allah SWT dan yang kurang itu datang dari diri saya sendiri.

BERILMU, BERWAWASAN, BERBAKTI

Sekian, terima kasih.

NUR IMAN ZULAIKHA BINTI ABD RAZAK

Berilmu Berwawasan Berbakti 12

E-SEINDAH 2021

KATA ALU-ALUAN KETUA PENGAWAS
SMK SETAPAK INDAH

Bismillahirrahmanirahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan
Salam Transformasi.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sidang Redaksi kerana memberikan
saya peluang untuk merakamkan sepatah dua kata dalam Majalah Seindah bagi edisi ke-21 ini. Sekalung
tahniah dan penghargaan juga dihadiahkan kepada seluruh ahli Sidang Redaksi dan semua pihak yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penerbitan e- Majalah Seindah ini.
Saya mewakili pelajar SMKSI, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh warga pendidik
atas segala ilmu, nasihat dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan kepada kami dengan penuh rasa kasih,
gigih, sabar dan ikhlas meskipun pelbagai cabaran dan rintangan datang menghalang. Halalkanlah segala
ilmu yang telah cikgu-cikgu berikan kepada kami dan doakanlah kecemerlangan buat kami agar kami
menjadi insan yang berjaya dalam hidup.
Pada kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan pentadbir, guru-guru
dan rakan-rakan seperjuangan SMKSI atas kepercayaan yang telah diberikan kepada saya untuk
menggalas jawatan sebagai Ketua Pengawas SMKSI bagi sesi 2020/2021.
Saya , dengan rendah diri ingin memohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan yang dilakukan
sepanjang memegang jawatan ini. Saya akui sepanjang menggalas tanggungjawab sebagai Ketua
Pengawas SMKSI, tidak banyak bakti yang dapat saya taburkan kepada sekolah tercinta disebabkan
pandemik Covid-19.
Akhir kata, saya berharap seluruh warga SMKSI akan terus berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai
cita-cita dan kecemerlangan dunia serta akhirat.

Berilmu, Berwawasan, Berbakti!

Sekian, terima kasih.
NUR AIN SYAKIRAH BINTI SHAHRIL

Berilmu Berwawasan Berbakti 13

Rai tetamu dengan juadah
Cantik tersusun di dalam dulang
Sekilas pandang terlihat indah
Bila direnung tambah gemilang

Berilmu Berwawasan Berbakti 14

E-SEINDAH 2021

SEJARAH SEKOLAH

Pada tahun ini, genaplah tempoh 20 tahun SMK Setapak Indah berdiri teguh di pinggir ibu
kota Kuala Lumpur. Sekolah yang pertama kali beroperasi pada bulan Januari tahun 2001
ini, mula dibina sebelum tahun 2000 lagi. Mengikut perancangan awal, SMK Setapak Indah
sepatutnya dinamakan sebagai Sekolah Menengah Seri Melati sebagai kesinambungan
kepada sekolah rendah yang terletak bersebelahan. Namun setelah dibuka, nama sekolah
ini ditukar kepada SMK Setapak Indah, mengambil nama sempena Kawasan taman
perumahan sekitar sekolah.

SMK Setapak Indah memulakan sesi persekolahan yang pertama pada bulan Januari 2001
dengan murid seramai 458 orang. Pada masa itu, SMKSI diterajui oleh Pengetua pertama
iaitu Encik Mohd Noor bin Samat dan dibantu oleh Penolong Kanan Tadbiran dan Kurikulum
iaitu Encik Sahar bin Misron. Pada bulan Julai 2001, Puan Hazipah binti Kazin telah
memulakan perkhidmatan beliau sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Di samping itu,
sekolah juga mempunyai seorang kaunselor iaitu Encik Radzaki bin Salleh.

Ketika mula beroperasi, SMK Setapak Indah hanya mempunyai 24 orang guru iaitu enam
orang guru lelaki, manakala 18 orang guru perempuan serta dibantu oleh empat orang staf
sokongan. Selain itu terdapat dua orang pengawal keselamatan dan dua orang pekerja
swasta bahagian pembersihan.

Peringkat permulaan, hanya tiga tingkatan sahaja dibuka iaitu dua buah kelas peralihan,
Sembilan kelas tingkatan satu dan tiga kelas tingkatan tiga. Walau bagaimanapun kelas
peralihan hanya dibuka sehingga tahun 2004 sahaja. Keluarga besar SMKSI menjadi
lengkap iaitu mempunyai murid tingkatan satu hingga lima bermula tahun 2004.

Pada tahun 2003, jawatan Penolong Kanan Kokurikulum telah diwujudkan di sekolah ini iaitu
dipegang oleh Allahyarham Puan Norlia bt Mohammed. Pada tahun 2004, Encik Sahar bin
Misron telah berpindah ke Labuan dan Puan Hazipah bt Kazin telah mengisi kekosongan
jawatan sebagai PKTK. Manakala jawatan PK Hem pula disandang oleh Puan Yuhanis bt
Yusoff.

Pada tahun 2002, seramai 135 orang murid pertama SMKSI telah menduduki peperiksaan
PMR dan mereka telah mencapai kelulusan 69.2%. Tahun berikutnya (2003), kumpulan
kedua seramai 307 orang murid telah mengambil peperiksaan PMR dan mencapai kelulusan
75.9%. Pada tahun 2004, seramai 110 orang calon SMKSI mengambil SPM buat julung
kalinya dan kumpulan pertama ini Berjaya mencapai kelulusan 97.27%.

Berilmu Berwawasan Berbakti 15

E-SEINDAH 2021

SEJARAH SEKOLAH

Pada akhir tahun 2006, Pengetua pertama iaitu Encik Mohd Noor bin Samat telah bersara.
Pada tahun 2007, SMKSI mendapat pengetua baharu iaitu Puan Hajah Maznah bt Mazlan.
Setelah menerajui sekolah ini selama tiga tahun, tempat beliau digantikan pula oleh Puan
Hajah Hasniah bt Ali yang memulakan tugas sebagai Pengetua SMKSI pada bulan Januari
2010. Pada tahun 2014 hingga 16 Januari 2017, SMK Setapak Indah berada di bawah teraju
Puan Hajah Zahariah bt Abdul Karim. Pada tahun 2015, Puan Julia binti Elias bertugas
sebagai Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum, Tuan Haji Azmiran bin Alias pula telah
memegang portfolio sebagai Penolong Kanan Hem dan Encik Mohamad Fauzi bin Yunus
sebagai Penolong Kanan Kokurikulum. Pada tahun 2016, En Zuhir bin Midon telah
memegang jawatan sebagai Penolong Kanan Hem, serta Puan Sakinah binti Khamis
sebagai Penolong Kanan Kokurikulum.

Pada 16 Januari 2017, sekolah ini diterajui oleh barisan kepimpinan yang baharu iaitu Puan
Hajah Nafisah bt Haji Hashim sebagai Pengetua, Puan Nor Hayati bt Imam Khatabi sebagai
Penolong Kanan Tadbiran dan Kurikulum. Penolong kanan Hal Ehwal Murid ialah Encik
Zuhir bin Midon manakala Penolong Kanan Kokurikulum pula ialah Puan Hanimah bt
Mohamed. Pada September 2018, jawatan PK Hem telah diisi oleh Puan Hanimah bt
Mohamed dan Puan Asiah bt Hassan mengisi jawatan Penolong Kanan Kokurikulum. Tahun
2017 juga menyaksikan SMK Setapak Indah telah dipilih untuk menyertai Program
Transformasi Sekolah (TS25) KOHORT 2.

Pada bulan Mac 2021, SMKSI diterjui oleh pucuk pimpinan yang baharu iaitu Puan Rohimah
binti Mamat sebagai Pengetua. Beliau dibantu oleh Puan Hanimah binti Mohamed sebagai
Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum, Puan Asiah binti Hassan sebagai Penolong
Kanan Hem dan Puan Norzihan binti Idris mengisi jawatan sebagai Penolong Kanan
Kokurikulum.

Semoga SMK Setapak Indah akan terus disegani, cemerlang, gemilang, dan terbilang sama
ada dari segi akademik, sahsiah mahupun kokurikulum di bawah TS25.

Berilmu Berwawasan Berbakti 16

E-SEINDAH 2021

MOTTO SMK SETAPAK INDAH

BERILMU, BERWAWASAN, BERBAKTI

OBJEKTIF SMK SETAPAK INDAH

1. Melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan melalui Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

2. Memperkembangkan potensi murid dari semua segi merangkumi
aspek pembelajaran, sahsiah dan kokurikulum secara menyeluruh
dan bersepadu.

3. Menyediakan kemudahan dan iklim pembelajaran yang lebih kondusif
untuk menarik minat murid hadir ke sekolah.

4. Memantap dan mengukuhkan budaya kerja cemerlang, berkualiti,
positif dan efektif dalam kalangan warga sekolah.

5. Mengadakan permuafakatan dengan PIBG, komuniti, agensi-agensi
kerajaan, swasta dan NGO untuk kemajuan sekolah.

Berilmu Berwawasan Berbakti 17

E-SEINDAH 2021

VISI, MISI SMK SETAPAK INDAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA

VISI: MISI:
MELESTARIKAN SISTEM
PENDIDIKAN BERKUALITI, PENDIDIKAN YANG BERKUALITI
INSAN TERDIDIK NEGARA UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI
INDIVIDU BAGI MEMENUHI
SEJAHTERA
ASPIRASI NEGARA

TRANSFORMASI SEKOLAH
(TS25)

VISI: MISI:
MENGUPAYAKAN POTENSI WARGA
KEMENJADIAN MURID SEKOLAH KE ARAH MENYEDIAKAN
DICAKNA, ASPIRASI SMKSI PERSEKITARAN PENGAJARAN DAN

TERLAKSANA PEMBELAJARAN BERMAKNA
UNTUK MELAHIRKAN MODAL
INSAN UNGGUL YANG MEMENUHI

ASPIRASI NEGARA

Berilmu Berwawasan Berbakti 18

E-SEINDAH 2021

NILAI SMK SETAPAK INDAH

Saling membantu dan bekerjasama
Endah dan cakna keperluan warga
Intergriti dan ikhlas sentiasa dipelihara
Nama baik sekolah perlu dijaga
Dedikasi dan toleransi diamalkan sentiasa
Amanah dan luhur pegangan bersama
Hormat-menghormati amalan semua

IKRAR
RUKUN NEGARA & MURID

Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan Bahawasanya kami, Putera dan Puteri
menumpukan seluruh tenaga dan usaha SMK Setapak Indah Berikrar dan Berjanji:
kami untuk mencapai cita-cita tersebut ❖ Akan belajar bersungguh-sungguh
berdasarkan atas prinsip-prinsip yang
berikut:: demi mencapai matlamat dan cita-cita
❖KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN kami.
❖KESETIAAN KEPADA RAJA DAN ❖ Menghormati guru-guru dan warga
sekolah
NEGARA ❖ Mematuhi peraturan, bertatasusila dan
❖KELUHURAN PERLEMBAGAAN menjaga nama baik diri, sekolah, ibu
❖KEDAULATAN UNDANG-UNDANG bapa serta guru dalam setiap tindakan
❖KESOPANAN DAN KESUSILAAN ❖ Meningkatkan imej sekolah serta
menjadi insan yang berguna kepada
agama, bangsa dan negara

Berilmu Berwawasan Berbakti 19

E-SEINDAH 2021

LAGU SMK SETAPAK INDAH

Sekolah Menengah Setapak Indah
Di pinggir kota berdiri megah
Budaya ilmu terpahat sudah
Mara berjuang dengan gagah

Kami pelajar-pelajar sekolah
Berazam bersatu membina budaya

Gigih berusaha mencapai cita
Membina tamadun seluruh bangsa

Berilmu berwawasan dan berbakti
Inilah slogan tersemat di hati
Restuilah kami agar diberkati

Kecemerlangan kan menjadi bukti

Menjadi pelajar intelek ternama
Sahsiah terpuji kepimpinan terjelma
Sekolah Menengah Setapak Indah

Menjadi kebanggaan semua

Berilmu Berwawasan Berbakti 20

E-SEINDAH 2021

PROFIL SMK SETAPAK INDAH

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SETAPAK INDAH

ALAMAT : TAMAN SETAPAK INDAH, 53100 KUALA LUMPUR

GRED SEKOLAH :B

LOKASI BANDAR : KUALA LUMPUR

DAERAH PENTADBIRAN : KERAMAT

PPD : KERAMAT

JENIS BANTUAN : SEKOLAH KERAJAAN (PTJ)

SESI PERSEKOLAHAN : 1 SESI

KELUASAN SEKOLAH & BANGUNAN : 367800 METER PERSEGI / 3.678 HEKTAR

KOD SEKOLAH : WEA 0235
NO. TELEFON : 03-40224964
NO. FAKS : 03-40224963
EMAIL : [email protected]

NAMA PENGETUA : ROHIMAH BINTI MAMAT

NAMA PK PENTADBIRAN : HANIMAH BINTI MOHAMAD

NAMA PK HAL EHWAL MURID : ASIAH BINTI HASSAN

NAMA PK KOKURIKULUM : NORZIHAN BINTI IDRIS

BIL. MURID : 955 BIL. GURU : 73 ORANG
LELAKI : 465 LELAKI : 13
PEREMPUAN : 490 PEREMPUAN : 60

PERATUSMURID MENGIKUT KAUM BIL. STAF SOKONGAN : 8

MELAYU : 84.92% LELAKI :1

CINA : 0.24% PEREMPUAN :7

INDIA : 5.03%

❖ Data pada 5 Januari 2021

MAKLUMAT ASAS KELAS
TINGKATAN 1 : 7 KELAS
TINGKATAN 2 : 7 KELAS
TINGKATAN 3 : 7 KELAS
TINGKATAN 4 : 8 KELAS
TINGKATAN 5 : 8 KELAS

JUMLAH : 37 KELAS

Berilmu Berwawasan Berbakti 21

E-SEINDAH 2021

CARTA ORGANISASI SEKOLAH 2021

Berilmu Berwawasan Berbakti 22

E-SEINDAH 2021

CARTA ORGANISASI SEKOLAH 2021

Berilmu Berwawasan Berbakti 23

Burung merpati terbang sekawan
Hinggap seekor di pohon jati
Laman Seindah menggamit pandangan
Marilah tuan sila tatapi

Berilmu Berwawasan Berbakti 24

E-SEINDAH 2021

PANORAMA SMK SETAPAK INDAH

Berilmu Berwawasan Berbakti 25

E-SEINDAH 2021

PANORAMA SMK SETAPAK INDAH

Berilmu Berwawasan Berbakti 26

BERUSAHA GIGIH BAGAIKAN LEBAH
MEMBAKAR DIRI UMPAMA LILIN

SEDERAP MELANGKAH MENUJU MEGAH
BENTUK GENERASI HEBAT TERPIMPIN

Berilmu Berwawasan Berbakti 27

E-SEINDAH 2021

PENGURUSAN SMK SETAPAK INDAH

PUAN ROHIMAH BINTI MAMAT PUAN HANIMAH BINTI MOHAMAD
PENGETUA SMKSI PK PENTADBIRAN & KURIKULUM

PUAN ASIAH BINTI HASSAN PUAN NORZIHAN BINTI IDRIS
PK HAL EHWAL MURID PK KOKURIKULUM

Berilmu Berwawasan Berbakti 28

E-SEINDAH 2021

KAUNSELOR SMK SETAPAK INDAH
(FOTO)

Berilmu Berwawasan Berbakti 29

E-SEINDAH 2021

GURU KANAN MATA PELAJARAN SMKSI

PUAN NORAZAH BINTI MOHD YASIN PUAN CHE SURIYATI BINTI CHE AWANG
GK TEKNIK & VOK GK BAHASA

PUAN FATIMAH BINTI JAAFAR PUAN SALWANI BINTI JUSOH
GK SAINS & MATEMATIK GK KEMANUSIAAN

Berilmu Berwawasan Berbakti 30

E-SEINDAH 2021

KETUA PANITIA SMK SETAPAK INDAH

BIDANG BAHASA SUHARTINI SUZIRAH AKHTAR SALMI
BIDANG SAINS & MATH
KP BM KP BI PENY. B.A

ONG WEI YIN CETHY SITI KHALIJAH SAIFUL

KP SAINS TERAS KP MATEMATIK PENY. SAINS TULEN PENY. MATE.TAMBAHAN

MAZIAH SITI KHALILAH ZARINA WAN HARTINI BIDANG
KEMANUSIAAN
KP SEJ. KP GEO. KP PSV KP PEND.ISLAM

MUNIR SYAHRIANSYAH NOR ASIAH ROSZILAH

KP MORAL PENY. KKQ PENY. TASAW. ISLAM KP PJPK

BIDANG
TEKVOK

HARLINI SHURAIDA NUR ERMA ROHANA
SYAZWANI
KP SAS.IKHTISAS KP RBT PENY. PERNIAGAAN PENY. P.PERAKAUNAN
PENY. SRT

Berilmu Berwawasan Berbakti 31

E-SEINDAH 2021

GURU-GURU SMK SETAPAK INDAH

ROHIMAH BINTI MAMAT HANIMAH BINTI MOHAMAD ASIAH BINTI HASSAN NORZIHAN BINTI IDRIS NORAZAH BINTI MOHD YASIN

CHE SURIYATI BINTI CHE AWANG FATIMAH BINTI JAAFAR SALWANI BINTI JUSOH CHE ZANUSI BIN CHE ABD HADI NUR ZALINA BINTI MOHD LAZIM

NOOR SYAHIRAH BINTI ROZAINI ABD RAZAK BIN SHADAN AHMAD IKMAL BIN MAT YAACOB AKHTAR SALMI BINTI AZHANI BINTI FADZIRLULAH
MOHD YUSOF

CETHY QASMAWANTHY @ ENGKU IZAN MALIA BINTI ERMA RAZWINA BINTI RAJIE ERNY MARDIA BINTI MOHD FAZLIANA BINTI ABU HASSAN
SITI KASMAWANTI BINTI TENGKU BESAR NOOR @ MOHD NOORLEE

NOR AHAD

HANISAH BINTI ISMAIL HARLINI YUSNIZA BINTI HAZMAN BIN NOR ZAKARIAR JUNAINAH BINTI HANIF LIM MEI LING
YEOP MAT SELAN
32
Berilmu Berwawasan Berbakti

E-SEINDAH 2021

GURU-GURU SMK SETAPAK INDAH

MAHASLINA BINTI MAZIAH BINTI ABD RANI MAZIATI BINTI MAHFUL MOHAMAD SYAFIQ BIN MOHAMAD YUSOFF BIN
MAT YACOB MAT ROZI WAN CHIK

MOHD MUNIR BINTI SAZALI MOHD SYAHRIANSYAH MUS IZYAN SUHAILI NABILAH BINTI RAFEEK AHMAD NOOR ESLAH BIN
BIN APIN BINTI KHAIRUDIN MOHAMED NOR

NOORMAIDURA BINTI A. MANAF NOR ASIAH BINTI NOR AZUWANA BINTI NORHANA BINTI ZULKIPLI NORWAHIDAH BINTI
MOHD SALLEH CHE OTHMAN MD YASSIR

NUR JANNAH BINTI SARKAWI NUR SHAZANA BINTI NUR SYAZWANI BINTI SHA’ARI NURUL ANIRA BINTI ROSLAN NURUL ASWANI BINTI MAT ISA
AHMAD BZAYAUDDIN

ONG WEI YIN ROHANA BINTI ROSZILAH BINTI ASMUTI RUBIYANA BINTI AHAMAD SAFIYA BINTI
MOHAMED SAID MOHAMED YAHAYA

Berilmu Berwawasan Berbakti 33

E-SEINDAH 2021

GURU-GURU SMK SETAPAK INDAH

SAIFUL ROSMIZAR BIN SARIMAH BINTI MARNI SHAMSUDIN BIN SAMAD SHURAIDA BINTI CHE’ ISMAIL SITI KHALIJAH BINTI YUSOF
MAT SAAD

SITI KHALILAH BINTI SITI NORZURA BINTI HASHIM SITI ZAINAB BINTI CHE AJID SUSZILAINY BINTI SULAIMAN SUZIRAH BINTI SHARIFF
MOHAMED NAWI

TAN BEE HUANG WAN MOHD AZLI BIN WAN HARTINI BINTI ZAINON BINTI ABDUL HAMID ZAMZAHRINA BINTI
WAN ISMAIL WAN HASSAN ZAINOL ABIDIN

ZANARIAH BINTI ZARINA BINTI AHMAD SYAUQI BIN MUKTAR SUHARTINI BINTI SALIM NO0R HADZANY BINTI
MOHAMED YASIN MOHAMED YASIN MAT YUSOFF

ZARINI BINTI HASSAN HAMIMI BINTI ABD MANAF SAADAH BINTI IBRAHIM

Berilmu Berwawasan Berbakti 34

E-SEINDAH 2021

STAF SMK SETAPAK INDAH

ROSZITA BINTI
ABDULLAH

KETUA PEMBANTU TADBIR

NORAZNI BINTI NIZAM

PEMBANTU TADBIR

MASTURA BINTI
MUSTAPHA

PEMBANTU TADBIR

VITHIANANTHAN A/L SITI KHADIJAH
ARUMUGAM BINTI HASHIM

PEMBANTU OPERASI PEMBANTU OPERASI

CT IDASURYATIE NOOR AZAH BINTI
BINTI SHUKOR ABDUL AZIZ

PEMBANTU MAKMAL PEMBANTU MAKMAL

NURUL SUHAIDA BINTI 35
ABDUL RAZAK

PEMBANTU MAKMAL

Berilmu Berwawasan Berbakti

Berilmu Berwawasan Berbakti 36

E-SEINDAH 2021

UNIT AKADEMIK
ANALISIS UNIAN PENILAIAN PDPR PT 3 2021

TINGKATAN 1 ANALISIS UJIAN PENGUKUHAN TINGKATAN 2
PDPR 1

KEPUTUSAN BIL % KEPUTUSAN BIL %

LULUS 61 30.50 LULUS 61 30.50
137 68.50
TIDAK MELEPASI 78.00 TIDAK MELEPASI
TAHAP PENGUASAAN 156 TAHAP

MINIMUM PENGUASAAN
MINIMUM

TINGKATAN 3

KEPUTUSAN BIL %

LULUS 41 20.50 % MURID YANG MENCAPAI
TAHAP PENGUASAAN
TIDAK MELEPASI TAHAP 162 81.00
PENGUASAAN MINIMUM MINIMUM KURANG 50%

TINGKATAN 1 ANALISIS UJIAN PENGUKUHAN TINGKATAN 2
PDPR 2

KEPUTUSAN BIL % KEPUTUSAN BIL %

LULUS 54 27.00 LULUS 40 20.00

TIDAK MELEPASI TAHAP 155 77.50 TIDAK MELEPASI TAHAP 151 75.50
PENGUASAAN MINIMUM PENGUASAAN MINIMUM

TINGKATAN 3 BIL %

KEPUTUSAN

LULUS 67 33.50

TIDAK MELEPASI TAHAP 133 66.50
PENGUASAAN MINIMUM

Berilmu Berwawasan Berbakti 37

E-SEINDAH 2021 SASARAN
2021
UNIT AKADEMIK 94.94%
ANALISIS KEPUTUSAN SPM 2020 5.06
4.52
2020 3

PENCAPAIAN SPM 2020 % LAYAK SIJIL 93.92% 38
6.08
% GAGAL 5.11

GRED PURATA 1
SEKOLAH 1
BILANGAN SEMUA A 9
2
8A

7A

6A

ANALISIS PERBANDINGAN KEPUTUSAN SPM 5.5
SMK SETAPAK INDAH 2015-2020

96

94 5

4.5
92

4
90

3.5

88
3

86
2.5

84 2

20115 20216 20317 20418 20519 20260

% LULUS GP

Berilmu Berwawasan Berbakti

E-SEINDAH 2021

UNIT AKADEMIK
ANALISIS UJIAN PENGUKUHAN PDPR SPM

2021

ANALISIS UJIAN PENGUKUHAN PDPR 1

TINGKATAN 4 TINGKATAN 5

KEPUTUSAN BIL % GP KEPUTUSAN BIL % GP

LULUS 75 43.60 LULUS 84 71.79
TIDAK LAYAK SIJIL 6.34 TIDAK LAYAK SIJIL 5.10

97 56.40 33 28.21

ANALISIS UJIAN PENGUKUHAN PDPR 2

KEPUTUSAN BIL % GP KEPUTUSAN BIL % GP

LULUS 90 53.57 LULUS 68 57.14
TIDAK LAYAK SIJIL 5.64 TIDAK LAYAK SIJIL 4.94

78 46.43 51 42.86

2021 SASARAN
94.94%
% LULUS
4.52
GRED
PURATA

Berilmu Berwawasan Berbakti 39

E-SEINDAH 2021

UNIT AKADEMIK
ANALISIS UJIAN PENGUKUHAN PDPR SPM

2021

Berilmu Berwawasan Berbakti 40

E-SEINDAH 2021

UNIT AKADEMIK

Analisis Pelaksanaan dan Kehadiran Murid dalam Program
SeINDAHCAFE

BIL MATA PELAJARAN BILANGAN PURATA PERATUS (%)

PELAKSANAAN KEHADIRAN 42.9
44.0
1 BAHASA MELAYU 3 76/178 37.0
2 BAHASA INGGERIS 4 78/177 56.3
3 PEND. ISLAM 4 60/162 43.8
4 PEND. MORAL 1 09/16 42.4
5 SEJARAH 3 78/178 42.9
6 MATEMATIK 1 75/177 48.4
7 SAINS 1 60/140 84.0
8 PEND. SENI VISUAL 2 31/64 67.4
9 MATEMATIK TAMB. 1 58/69 60.8
10 PERNIAGAAN 1 60/89 77.6
11 PRINSIP PERAKAUNAN 1 45/74 63.0
12 EKONOMI 2 76/98
13 SRT 1 15/25 -
14 FIZIK - 76.3
15 KIMIA 1 - 100.0
16 BIOLOGI 1 29/38 51.60%
17 TASAWWUR ISLAM 3 17/17
14/27

Berilmu Berwawasan Berbakti 41

E-SEINDAH 2021

UNIT HEM
(KEBAJIKAN MURID)

1 BENTUK SUMBANGAN SYARIKAT

2 WANG TUNAI YAPIEM

3 BANTUAN MAKANAN UNIT SPI JPWPKL

4 BANTUAN MAKANAN BANK CO-OP BANK
PERTAMA

5 TELEFON PINTAR BANK ISLAM

6 TELEFON PINTAR/TUISYEN PERCUMA YAYASAN AEON
(T5)

7 DATA PDPR MURID INDIVIDU PERSEORANGAN

Berilmu Berwawasan Berbakti 42

E-SEINDAH 2021

UNIT HEM
(PROGRAM KAUNSELOR)

Berilmu Berwawasan Berbakti 43

E-SEINDAH 2021

UNIT HEM
(MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN

BADAN PENGAWAS SEKOLAH 2022)

SPBT

LAFAZ IKRAR MURID

PENGAWAS SEKOLAH

PSS PRS

Berilmu Berwawasan Berbakti 44

E-SEINDAH 2021

UNIT HEM
(MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN

BADAN PENGAWAS SEKOLAH 2022)

BARISAN KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH

BARISAN KEPIMPINAN PUSAT SUMBER ZA’BA

BARISAN KEPIMPINAN SPBT

BARISAN KEPIMPINAN PRS 45

Berilmu Berwawasan Berbakti

Kembara ke alam perbukuan membuka
gerbang dimensi baru; meneroka dunia
tanpa sempadan; melahirkan minda
berilmu.

Berilmu Berwawasan Berbakti 46

E-SEINDAH 2021

UCAPAN ALU-ALUAN KETUA
PENGAWAS PUSAT SUMBER ZA’BA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada ahli-ahli sidang redaksi
kerana telah berjaya meneruskan penerbitan majalah sekolah ini. Saya juga
ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk
menyampaikan sepatah dua kata untuk dimasukkan dalam majalah ini.

Pertama sekali, pencapaian yang cemerlang dan seimbang dalam
bidang akademik serta kokurikulum oleh anak-anak merupakan harapan ibu
bapa sebagai langkah untuk menjamin masa depan anak-anak yang
cerah.Pencapaian yang cemerlang dapat kita rasai dengan berdisiplin
kerana disiplin merupakan kunci kejayaan diri .Pelajar haruslah
menunjukkan muhasabah disiplin diri yang tinggi dan harus memperbaiki
sikap yang buruk.

Kita sebagai pelajar perlu sentiasa ingat bahawa setiap daripada kita
ialah masa depan negara.Pepatah Melayu sentiasa berbunyi ‘pemuda
harapan bangsa , pemudi tiang negara. Remaja harus diajar untuk menjadi
pemimpim negara yang berketerampilan dan berwibawa .

Saya yakin bahawa remaja ialah aset negara dan mereka akan
menerajui dan mendukung cita-cita negara pada masa depan dengan sikap
disiplin yang utuh dalam diri mereka .

Sekian Terima Kasih.

MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN AKHIRUL HAFIZAL(5 GENIUS) 47
Ketua Pengawas Pusat Sumber Za’Ba
SMK Setapak Indah, Kuala Lumpur

Berilmu Berwawasan Berbakti

E-SEINDAH 2021

AHLI JAWATANKUASA KERJA
PUSAT SUMBER ZA’BA

AJK KERJA GURU

AJK KERJA MURID

Berilmu Berwawasan Berbakti 48

E-SEINDAH 2021

PUSAT SUMBER ZA’BA

BIL AKTIVITI TARIKH
27 Mac 2021
1. Kursus Menggalas Amanah dalam Norma Baharu 29 Mac 2021
2. Peratndingan Bacaan Nilam PKP 29 Mac 2021
3. Pertandingan Sudut Bacaan Keluarga 29 Mac 2021
4. Pertandingan Derma Buku 29 Mac 2021
5. Pertandingan Mewarna Sampul Raya 29 Mac 2021
6. Pertandingan Mewarna Kad Ucapan Raya 29 Mac 2021
7. Pertandingan Mencipta Kad Raya Digitial 29 Mac 2021
8. Pertandingan Resensi Buku 29 Mac 2021
9. Pertandingan Kuiz Galakan Membaca 20 April 2021
10. Pertandingan Kuiz Literasi Maklumat 22 April 2021
11. Jom Baca Bersama 10 Minit 28 April 2021
12. Pertandingan Video Bicara Buku Peringkat Wilayah
25 Mei 2021
Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2021
7 Jun 2021
13. Program Bicara Ilmu Siri 4- Siapa pun Perlu Minat 7 Julai 2021
Membaca
5 Ogos 2021
14. Webinar Perkongsian Mengurus Portal PSS 5 Ogos 2021
15. Kursus Pengucapan Awam & Komunikasi Berkesan di 5 Ogos 2021
5 Ogos 2021
Hadapan Kamera 5 Ogos 2021

16. Pertandingan Buku Skrap Digital
17. Pertandingan Video Kreatif
18. Pertandingan Bicara Buku
19. Pertandingan Foto Anak Merdeka
20. Pertandingan Tokoh NILAM 2021

Berilmu Berwawasan Berbakti 49

E-SEINDAH 2021

MAJLIS PELANCARAN & PENUTUP
MINGGU PSS/ NILAM/ BULAN
MEMBACA

SILA IMBAS QR CODE

PELANCARAN NILAM PELANCARAN MINGGU
PERINGKAT SEKOLAH PSS

PAMERAN BERTEMA PEMENANG PAMERAN BERTEMA
HARI RAYA AIDILFITRI PERTANDINGAN HARI INI DALAM
ANJURAN PSS SEJARAH

PERASMIAN BULAN BULETIN ZA’BA EDISI 2
MEMBACA PERINGKAT

SEKOLAH

Berilmu Berwawasan Berbakti 50


Click to View FlipBook Version