The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nana_star87, 2021-01-17 06:46:17

MINIT MESYUARAT DAN MAKLUM BALAS JKS

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SETAPAK INDAH KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH
BIL. 3/ TAHUN 2020

Tarikh : 23 NOVEMBER 2020 (ISNIN)
Masa : 2.30 – 4.30 PETANG
Tempat : Kediaman masing-masing (Aplikasi GOOGLE MEET)
Pengerusi : PN. NAFISAH BT HASHIM (PENGETUA)
Kehadiran :


1. Pn Nafisah bt Hashim (Pengetua) 23. En Mohd Munir bin Sazali
2. Pn Hanimah bt Mohamad (PK Pentadbiran) (KP Pend. Moral)
3. Pn Asiah bt Hassan (PK HEM) 24. Pn Siti Khalijah bt Yusof
4. Pn Norzihan bt Idris (PK Koko) (Penyelaras Sains Tulen, SU SPBT)
5. Pn Fatimah bt Jaafar 25. En Mohd Syahrianshah bin Apin
(GKMP Sains dan Matematik) (Penyelaras KKQ)
6. Pn Che Suriyati Bt Awang (GKMP Bahasa) 26. Pn Rohana bt Mohamed Said
7. Pn. Norazah bt Mohd Yassin (SU JKS, (SU SPM/UPD)
GKMP Tek dan Vok, Penyelaras Jadual 27. Pn Erma Razwina bt Rajie
Waktu) (Penyelaras Perniagaan)
8. Pn Salwani bt Jusoh (GKMP Kemanusiaan) 28. Pn Norzi Azra bt Mat (Penyelaras SRT)
9. En Che Zanusi bin Che Abdul Hadi 29. Pn Nor Asiah binti Mohd Salleh
(Guru UBK) (Penyelaras Tasawwur Islam)
10. Pn Nur Zalina bt Mohd Lazim (Guru UBK, 30. Pn Akhtar Salmi bt Mohd Yusof
Penyelaras JUARA) (Penyelaras Bahasa Arab)
11. Pn Mardhiah bt Omar 31. Pn Norhana bt Zulkipli (Penyelaras Ting 4)
(SU SPM,SU PBS Men. Atas) 32. Pn Mus Izyan Suhaili bt Khairudin
12. Pn Suzirah bt Shariff (KP Bahasa Inggeris) (Penyelaras Ting. 3)
13. Pn Roszilah bt Asmuti (KP PJK) 33. Pn Rubiyana bt Ahmad (Penyelaras Ting 2)
14. Pn Norulayu bt Mohamad 34. Pn Norwahidah bt Mohd Yassir
(KP Bahasa Melayu) (Penyelaras Ting.1)
15. Pn Cethy Qasmawanthy bt Nor Ahad 35. Pn Nurul Aswani bt Mat Isa (SU PT3,
(KP Matematik) SU PBS Men Rendah)
16. Pn Ong Wei Yin (KP Sains) 36. Pn Nur Shazana bt Ahmad Bzayauddin
17. Pn Maziah bt Abdul Rani (KP Sejarah) (SU Kecemerlangan PT3)
18. Pn Harlini bt Yeop Mat Selan 37. Pn Siti Norzura bt Hashim (Penyelaras ICT)
(KP Sastera Ikhtisas) 38. Pn Noor Syahirah bt Rozaini
19. Pn Wan Hartini bt Wan Hassan (Guru UBK, SU LDP)
(KP Pend. Islam) 39. Pn Engku Izan Malia bt Tengku Besar
20. Pn Aini Salbiah bt Mahyedin (KP RBT) (Penyelaras PSS)
21. Pn Siti Khalilah bt Mohamed Nawi 40. En Saiful Rosmizar bin Mat Saad
(KP Geografi) (Penyelaras ICT)
22. Pn Zarina bt Mohamed Yasin (KP PSV)


Hadir Bersama (Jika ada): Tiada

Tidak Hadir (Bersebab) : 1. Pn Lim Mei Ling ( SU PBD Menengah Atas) – Temujanji Hospital
2. En Mohamad Syafiq bin Mat Rozi (KP PSK)


Setiausaha : Pn Nor Asiah bt Mohd Salleh

1

1. PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat ke Mesyuarat Kurikulum Bil. 3/2020
yang dijalankan secara maya melalui Aplikasi Google Meet. Pengerusi memaklumkan
terpaksa menjalankan mesyuarat secara atas talian untuk membentangkan beberapa
perkara yang perlu tindakan segera berkaitan Pdpc murid dalam fasa PKBP yang baharu
ini.

1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Sejarah serta
guru-guru atas kejayaan melaksanakan “show case open classroom” di bawah kelolaan
PPD Keramat pada bulan Februari yang lalu.

1.3 Pengerusi juga menyampaikan ucapan tahniah kepada Panitia Bahasa Melayu dan Panitia
Sejarah kerana terpilih membentangkan kajian tindakan peringkat PPD Keramat dua
minggu yang lalu dan ucapan terima kasih atas sokongan beberapa orang guru terhadap
program tersebut termasuk Encik Saiful dari SMKSI.

1.4 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada ahli JKS yang terdiri daripada GKMP Bahasa,
Ketua Panitia Sejarah, Penyelaras Tasawwur Islam dan Ketua Panitia RBT yang terlibat
dengan sesi pembelajaran Pdk dan Jabatan untuk dikongsi bersama dengan anak-anak di
sekolah lain. Tahniah juga kepada Encik Saiful yang terlibat dengan sesi PLC PPD
Keramat berkaitan dengan Bengkel Pembinaan Google Form.

1.5 Pengerusi memaklumkan pengurusan panitia pada tahun ini agak sedikit mencabar kerana
terpaksa mengubah Rancangan Pengajaran Tahunan yang baharu mengikut sesi
persekolahan yang baru dibuka pada bulan Jun dan Julai untuk menghabiskan Sukatan
Pelajaran atau DSKP yang tertinggal hampir 3 bulan. Namun begitu disambung semula
dengan PKPB menyebabkan Sukatan Pelajaran atau DSKP tidak sempat juga
dihabiskan. Oleh itu, Pengerusi berharap Ketua Panitia bijak menyusun strategi bersama
guru-guru mata pelajaran agar topik yang belum diajar dapat diselesaikan sebelum sesi
persekolahan tahun ini berakhir, iaitu pada 18 Disember 2020.


1.6 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada Puan Sharmila, KP Sastera Ikhtisas dan
Puan Anizah, Penyelaras Tasawwur Islam atas sumbangan mereka dalam mata pelajaran
masing-masing sepanjang berkhidmat di SMKSI. Pengerusi juga mengucapkan terima
kasih kepada Puan Harlini dan Puan Nor Asiah atas kesanggupan menggantikan Puan
Sharmila dan Puan Anizah.

Makluman




2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Puan Norzihan binti Idris mencadangkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum
Bil.2/2020 disahkan dan disokong sebulat suara.

Makluman






2

3. MAKLUM BALAS DAN PERKARA BERBANGKIT

3.1 Para 4; Perkara 4.14

3.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Encik Munir selaku Ketua Panitia Pendidikan
Moral telah berusaha mendapatkan bantuan daripada guru pemeriksa kertas untuk
meningkatkan peratus lulus Pendidikan Moral. Beliau juga telah berkolaborasi
dengan sekolah-sekolah di Zon Keramat yang mempunyai GPMP yang rendah dan
mendapat tips yang mudah.

3.1.2 Encik Munir memaklumkan beliau menggunakan Modul Skor A Pendidikan
Moral untuk membantu 10 orang murid calon SPM 2020. Encik Munir juga
memaklumkan , salah seorang murid Pendidikan Moral, Narendran dari 5
Impresif, tidak pernah menyertai kelas secara online. Pengerusi berharap murid-
murid Pendidikan Moral akan melaksanakan modul yang telah diberikan.


3.2 Para 4; Perkara 4.1.9
3.2.1 Keputusan Bahasa Melayu dalam Ujian 1 meningkat dengan bilangan lulus adalah
seramai 151 orang dengan peratus lulus 83.50 % dan GPMP 4.0, telah mencapai
sasaran. Oleh kerana ETR telah mencapai sasaran, peratus ETR Bahasa Melayu
untuk tahun 2020 telah diubah dan dinaikkan kepada 97.21% manakala GPMP
dikecilkan kepada 3.85. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada Panitia Bahasa
Melayu.

3.2.2 Menurut KP Bahasa Melayu, keputusan Peperiksaan Percubaan SPM 2020,
bilangan murid lulus adalah seramai 151 orang (85.80%) manakala GP 4.74.
Seramai 25 orang murid gagal, hanya 9 orang sahaja yang mendapat A dan 40
orang mendapat A-. Keputusan ini sedikit merosot berbanding dengan keputusan
Ujian 1. Hal ini disebabkan Kertas 2 yang agak menyukarkan murid.

3.3 Para 4; Perkara 4.3.6
3.3.1 Program ‘drive thru’ yang dicadangkan oleh guru-guru dalam musim PKP sempat
dilaksanakan sebelum sesi persekolahan dibuka semula pada 15 Julai 2020.

3.4 Para 4: Perkara 4.3.8
3.4.1 RPT setiap tingkatan telah diubah mengikut takwim persekolahan yang baharu
bermula 15 Julai 2020.
3.4.2 GK dan KP perlu mendapat maklumbalas daripada guru-guru mata pelajaran sama
ada RPT ini selesai atau belum diselesaikan. Pengerusi berharap guru-guru bijak
menguruskan Pdpc agar Sukatan Pelajaran atau DSKP dapat diselesaikan
sebelum tamat sesi persekolahan 2020.

3.5 Para 4: Perkara 4.4
3.5.1 Seorang murid JUARA, Hakimi , mendapat keputusan 8A tetapi agak lemah dalam
mata pelajaran Fizik dan Kimia perlu diberi bimbingan daripada guru berkenaan
iaitu Encik Saiful dan Puan Khalijah.
3.5.2 Namun dalam Peperiksaan Percubaan keputusan Hakimi meningkat dengan
mendapat A/ A- untuk mata pelajaran Fizik dan A untuk mata pelajaran Kimia.

Makluman



3

4. AGENDA BAHARU

4.1 Home Based Leaning ( HBR)

4.1.1 Bermula 14 Oktober hingga 18 Disember 2020, semua murid Tingkatan 1 hingga 5
terlibat dengan pembelajaran di rumah (home based learning). Data berkaitan
pelibatan murid dalam Pdpr telah dibentangkan dalam mesyuarat guru. Antara
kekangan pelaksanaan Pdpr ialah tidak dapat ‘online’ disebabkan beberapa faktor,
antaranya ialah berkaitan dengan data (tiada data/ data lemah) dan bangun lewat.
Berikut adalah data yang tidak dapat online kelas mengikut tingkatan:


Tingkatan Bilangan tidak dapat
hadir kelas Pdpr
Satu 72
Dua 89
Tiga 80
Empat 3
Lima 64

Makluman

4.1.2 Terdapat 4 orang murid dari Tingkatan 5 yang dikategorikan missing in action yang
tidak langsung menyertai kelas secara dalam talian dan tidak dapat dikenalpasti
puncanya. Mereka dikategorikan calon tidak layak untuk mendapat sijil. Modul
untuk mereka tidak disediakan oleh PPD Keramat.
Makluman

4.1.3 Pengambilan Modul Pdpr di kaunter pondok pengawal bermula pada hari ini
23 November 2020. Pengagihan modul ini akan diuruskan oleh Penyelaras
Tingkatan dan dibantu oleh dua orang pengawal keselamatan sekolah. Pengerusi
berharap penjaga atau murid-murid SMKSI akan datang mengambil modul
tersebut dan menyiapkannya dalam jangka masa yang ditetapkan. Modul ini perlu
dikembalikan semula ke sekolah pada minggu akhir sesi persekolahan 2020.

Tindakan : Penyelaras Tingkatan


4.1.4 Penyediaan dan pengagihan Modul Pdpr ini adalah dengan Kerjasama PPD
Keramat, PIDK, PIBKS, dan program sekolah iaitu PINTAR.
Makluman

4.1.5 Progam khusus untuk tingkatan 5 anjuran PPD Keramat turut dijalankan seperti
Seminar Menjawab SPM selama dua jam pada setiap hari Sabtu pagi dan petang
bermula 21 November 2020 hingga 4 Januari 2021 secara atas talian . Maklumat
berkaitan akan diwar-warkan dari semasa ke semasa dalam kumpulan Whatsapp.

Makluman

4.1.6 Program Tuisyen Online juga diadakan di bawah program PINTAR bermula 18
November selama satu jam. Antara guru SMKSI yang terlibat ialah Puan Che
Suriyati, GKMP Bahasa yang mengadakan kelas secara percuma mata pelajaran
Bahasa Inggeris kepada murid-murid sekolah PPD Keramat.
Makluman


4

4.1.7 Program Tinta Nasihat Ibubapa Cemerlang anjuran PPD Keramat turut dijalankan
secara atas talian. Program ini telah bermula pada hari Ahad yang lepas dan telah
dikongsikan bersama murid-murid dalam kumpulan Whatapps. Program motivasi
setiap Ahad ini berlangsung selama 30 minit dan akan bersiaran sebanyak tiga kali
sehingga bulan Januari.
Makluman


4.1.8 Program Prihatin PIBKS iaitu berkaitan dengan Modul Bahasa Melayu dan
Sejarah juga diwujudkan untuk membantu calon SPM di bawah PPD Keramat
lulus kedua-dua subjek ini dan layak mendapat sijil SPM. Seramai 45 orang murid
SMKSI yang terlibat dalam program ini. Modul ini juga mula diedarkan pagi tadi
selama dua hari iaitu 23 dan 24 November. Murid-murid perlu mengambilnya dan
menandatangani Borang Aku Janji. Pengambilan modul ini telah diwar-warkan
dalam pertemuan pengetua dengan murid-murid tingkatan 5. Pengumuman edaran
modul ini turut dibantu oleh pembantu pembersihan sekolah Puan Zawiyah yang
telah menampalnya di pintu lif blok pangsapuri. Puan Maziah memaklumkan
pengagihan modul ini juga telah diwar-warkan dalam kumpulan kecil Whatsapps
mata pelajaran Sejarah Tngkatan 5.
Makluman

4.1.9 Modul Bahasa Melayu dan Sejarah Program Prihatin PIBKS yang diedarkan ini
perlu disemak oleh guru-guru mata pelajaran tersebut.

Tindakan : Guru mata pelajaran
Bahasa Melayu dan Sejarah Tingkatan 5


4.1.10 Manakala Modul drive thru yang diedarkan kepada murid-murid perlu
disempurnakan oleh mereka sebagai bahan ulangkaji dan dikembalikan semula ke
sekolah pada atau sebelum tamat sesi persekolahan 18 Disember 2020.
Makluman


4.1.11 Puan Mus Izyan memohon persetujuan agar Modul Drive Thru boleh juga
dibincangkan dalam sesi kelas online bersama murid-murid dan dipersetujui oleh
Puan Pengetua.
Makluman

4.2 Pengurusan Panitia

4.2.1 Pengerusi memaklumkan SKPMg2 Standard 3.1 adalah dokumen standard
berkaitan dengan Bidang Pengurusan Kurikulum. Standard 3.1 Bidang
Pengurusan Kurikulum dibahagikan kepada dua kategori iaitu 3.1.1 Ketetapan
Pelaksanaan Kurikulum dan 3.1.2 Pengurusan Mata Pelajaran. Keduanya-duanya
perlu disokong dengan eviden seperti carta organisasi dan minit menyuarat
kurikulum. Contohnya pelaksanaan Modul Drive Thru dalam kelas online.

Makluman

4.2.2 Dalam SKPMg2 Standard 3.1 Perkara 3.1.2.1 adalah berkaitan dengan mata
pelajaran diurus secara professional dan terancang di mana semua Ketua Panitia
perlu mengisi skor fasa ketiga (Ogos-Oktober). Skor fasa pertama (Jan-Mac)
adalah skor Penilaian Kendiri yang perlu diisi oleh setiap ketua panitia manakala
skor fasa kedua (April-Julai) tidak perlu diisi. Markah hanya akan diambil pada


5

skor fasa ketiga yang telah pun disempurnakan oleh Ketua Panitia. Skor ini perlu
disokong dengan eviden seperti Minit Mesyuarat Kurikulum, Minit Mesyurat
JKS, Minit Mesyuarat Panitia, Fail Rekod Mengajar guru serta analisis data
panitia iaitu Headcount Mata Pelajaran (TOV, ETR dan sebagainya).
Makluman

4.2.3 Perkara 3.1.2.2 adalah berkaitan dengan Program Peningkatan Kualiti Pengajaran
Guru diurus secara terancang dan berkaitan Program Peningkatan Pdp Guru.
Evidennya adalah Rancangan Strategik Panitia (PSO) dan takwim panitia seperti
PLC.
Makluman

4.2.4 Perkara 3.1.2.3 berkaitan dengan Program Peningkatan Pencapaian Murid diurus
secara professional dan terancang. Evidennya adalah semakan headcount dan
OPPM.
Makluman

4.2.5 Perkara 3.1.2.4 berkaitan dengan Pengurusan Kewangan iaitu wang PCG panitia
dimanfaatkan secara sistematik dan terancang. Panitia telah membuat Anggaran
Belanjawan Mengurus (ABM) dan perlu disebut dalam minit mesyuarat panitia
berkaitan perbelanjaan mengurus PCG. Minit mesyuarat panitia dan rekod
inventori boleh dijadikan sebagai eviden.
Makluman

4.2.6 Perkara 3.1.3 adalah berkaitan dengan Pengurusan Masa Instruksional. Eviden
yang boleh disertakan adalah jadual waktu, perubahan jadual waktu untuk
penambahbaikan serta jadual guru ganti.
Makluman

4.2.7 Perkara 3.1.4 pula berkaitan dengan pengurusan penilaian murid. Evidennya
adalah jadual peperiksaan, analisis peperiksaan dan intervensi penambahbaikan
iaitu post mortem ujian dan peperiksaan. Post mortem yang sempat dilaksanakan
pada tahun ini adalah Post Mortem Spm 2019 dan Ujian 1 sahaja.

Makluman

4.2.8 Pengerusi memaklumkan semua Ketua Panitia boleh memberi Skor 4 kerana
perkara-perkara tersebut telah dilaksanakan sepanjang tahun 2020 beserta dengan
eviden masing-masing.
Tindakan: Semua Ketua Panitia

4.2.9 Semakan eviden Standard 1 dan 2 yang berkaitan dengan kepimpinan panitia
untuk tahun 2020 sedang dilaksanakan oleh pihak pentadbir.
Makluman

4.2.10 Dua panitia telah diverifikasi SKPMg2 Standard 3.1 oleh pemantau dari PPD
Keramat iaitu Panitia Sejarah (Puan Noraini) dan Panitia Pendidikan Islam (Puan
Umi Suraya).

4.2.10.1 Puan Maziah, KP Sejarah, memaklumkan hasil dapatan daripada
semakan fail panitia oleh Puan Noraini iaitu :
i) Penyediaan fail panitia hendaklah mengikut Standard SKPMg2 bukan
lagi berdasarkan SPSK. Dengan menggunakan standard skpmg2 urusan
mencari bahan-bahan yang diperlukan adalah lebih mudah dan terurus.



6

ii) Pembelian bahan menggunakan wang PCG hendaklah memasukkan
salinan nota minta dan invois ke dalam fail kewangan panitia. Hal ini
bagi memudahkan perekodan wang keluar.

iii) Format penulisan minit mesyuarat berkaitan makluman dan
tindakan. Sekiranya berbentuk tindakan hendaklah dinyatakan nama
individu yang yang terlibat.

iv) Terdapat RPH yang tidak ditandatangan Pengetua di bahagian aku
janji.

v) Berkaitan Fail surat menyurat iaitu fail surat menyurat dan ko-
akademik hendaklah disatukan menjadi satu fail.
Makluman

4.2.10.2 Puan Wan Hartini, KP Pendidikan Islam, pula memaklumkan teguran
lain daripada pemantau ialah berkaitan fail RPH. Dalam fail besar setiap
guru perlu melangkapkan maklumat diri, surat aku janji, senarai nama
murid kelas yang diajar serta markah peperiksaan. Biodata guru mesti
lengkap diisi termasuk kursus tiga tahun kebelakang. RPH yg telah siap
disemak hendaklah dimasukkan ke dalam fail besar, sekiranya ruang
tidak mencukupi boleh dimasukkan dalam fail poket. Ketua Panitia perlu
memanjangkan maklumat ini kepada semua ahli.
Makluman

4.2.10.3 Puan Maziah menambah cadangan pihak pemantau agar Ketua Panitia
membuat jadual pembelian barang dan dimasukkan dalam fail.

Tindakan: Semua Ketua Panitia


4.2.11 Pengerusi memaklumkan penyusunan fail panitia akan mengikut Standard
SKPMg2 3.1.2 Pengurusan Mata Pelajaran yang merangkumi :
i. Aspek 3.1.2.1 - Pelaksanaan mata pelajaran diurus secara professional
dan terancang,
ii. Aspek 3.1.2.2 - Program peningkatan kualiti pengajaran guru diurus
secara terancang,
iii. Aspek 3.1.2.3 – Program peningkatan pencapaian murid diurus secara
professional dan terancang,
iv. Aspek 3.1.2.4 – Bantuan geran per kapita mata pelajaran dimanfaatkan
secara sistematik dan terancang.
Manakala Aspek 3.1.3 Pengurusan Masa Instruksional melibatkan jadual waktu
guru.
Makluman

4.2.12 Pengerusi menegaskan setiap minit mesyuarat akan datang perlu menyatakan
makluman atau tindakan secara spesifik.
Tindakan: Semua Ketua Panitia

4.2.13 Pengerusi memaklumkan pada tahun 2021, semua guru akan menggunakan fail
RPH 2020 kerana fail masih dalam keadaan baik. Puan Hanimah akan mencetak
nama guru-guru untuk ditampal pada fail besar. Dalam fail besar perlu ada
maklumat diri guru yang lengkap, borang aku janji dan senarai nama murid kelas
yang diajar.
Makluman


7

4.3 SKPMg2 Standard 4

4.3.1 Puan Hanimah memaklumkan beliau mendapat penataran SKPMg2 Standard 4
daripada Cik Azura pada 21 Oktober 2020 dan telah membuat penataran kepada
PK dan GK pada 28 Oktober 2020.
Makluman

4.3.2 Dalam SKPMg2 Standard 4, guru dinilai ketika menjalankan Pdpc di dalam kelas
dalam 6 aspek, 5 daripadanya adalah daripada Aspek Guru Sebagai Perancang,
Pembimbing, Pengawal, Pendorong dan Penilai. Satu sahaja aspek yang dinilai
daripada murid iaitu Murid Sebagai Pembelajar Aktif. Slaid telah dimuat turun
dalam Telegram JKS sebagai rujukan.
Makluman

4.3.3 Puan Hanimah memaklumkan pada borang SKPMg2 perlu ditulis eviden yang
yang digunakan di ruangan yang disediakan. Contoh di ruangan perancang boleh
ditulis eviden rph, bbm dan sebagainya. Ini adalah arahan baru yang perlu
dilaksanakan oleh pencerap ketika mencerap guru-guru.
Makluman

4.3.4 Guru sebagai Pengawal, hendaklah ditulis eviden seperti RPH dan sebagainya.

Makluman


4.3.5 Guru sebagai Pembimbing hendaklah menyertakan eviden seperti RPH,
menyatakan sumber pendidikan yang digunakan dan alat berfikir seperti peta
minda dan sebagainya.
Makluman

4.3.6 Guru sebagai Pendorong mendorong murid-murid untuk mengemukakan hujah dan
pendapat serta memberi pujian dan galakan kepada mereka. Eviden yang boleh
digunakan seperti buku latihan murid, RPH- aktiviti, catatan dalam buku latihan
murid dan sebagainya.
Makluman

4.3.7 Guru sebagai Penilai memberi pelbagai kaedah pentaksiran kepada murid
berdasarkan kepada tahap. Guru bukan hanya menyediakan lembaran kerja yang
sama bahkan menyediakan aktiviti penggayaan kerana kaedah yang berbeza sangat
penting dalam mengklasifikasi murid mengikut tahap. Bahan yang boleh dijadikan
eviden adalah RPH, bahan pembentangan, buku latihan murid dan rekod PBD di
mana dalam refleksi guru perlu menulis bilangan murid yang mencapai TP
mengikut tahap.
Makluman

4.3.8 Aspek akhir yang dinilai ialah Murid Sebagai Pembelajar Aktif, bagaimana murid
melaksanakan aktiviti di dalam kelas. Eviden yang boleh dinilai ialah hasil
tugasan, gambar, rakaman dan parking lot.
Makluman

4.3.9 Aspek yang paling penting dalam penilaian ini adalah interaksi antara pencerap
dengan guru yang dicerap, maklum balas, bimbingan dariapada pencerap. Salinan
borang pencerapan hendaklah diberi kapada guru yang dicerap.
Makluman



8

4.4 RPT 2021

4.4.1 Bagi sesi pembelajaran 2021 RPT perlu disusun mengikut jadual yang telah
ditetapkan bagi Tingkatan 1, 4 dan 5 2021 serta Tingkatan 5 2020 yang akan
belajar secara bersemuka, manakala Tingkatan 2 dan 3 secara atas talian sehingga
7 Mac 2021. RPT hendaklah disusun mengikut DSKP sama ada secara bersemuka
atau PDPR.
Makluman

4.4.2 Ketua Panitia dan guru-guru hendaklah berbincang cara menyusun RPT mengikut
keperluan tersebut. RPT hendaklan dirancang mengikut takwim persekolahan
Tahun 2021.
Tindakan: Semua Ketua Panitia

4.4.3 Pengerusi memaklumkan, bagi kelas terlibat PDPR, guru mata pelajaran boleh
memulakan tajuk baharu Tingkatan 2 dan 3 dengan tajuk yang agak mudah.

Makluman

4.5 Perancangan Strategik Organisasi (PSO)

4.5.1 Pengerusi memaklumkan terdapat sedikit perubahan pada PSO iaitu melibatkan
strategi terbeza. Contohnya dalam PSO yang asal, strategi yang digunakan untuk
Tingkatan 5 adalah program yang sama untuk setiap murid sedangkan sepatutnya
strategi tersebut mesti berbeza mengikut tahap pencapaian mereka.
Makluman

4.5.2 Perubahan ini telah dibuat oleh pihak pengurusan dan telah dihantar kepada sektor
perancangan tapi masih belum mendapat maklum balas. Ketua Panitia yang
berkelapangan boleh merujuk kepada Puan Hanimah untuk memurnikan bahagian
strategi PSO terbeza.
Tindakan : Semua Ketua Panitia

4.6 Agihan Jadual Waktu

4.6.1 Ketua Panitia perlu menentukan agihan jadual waktu sesi 2021 dengan berbincang
bersama GKMP. Jadual yang dirancang tersebut akan bermula pada bulan Mac 2021
selepas kemasukan tingkatan 2 dan 3 2021.
Tindakan : GKMP dan Ketua Panitia

4.6.2 Pengerusi meaklumkan kemungkinan jadual yang digunakan pada pada sesi
persekolahan 20 Januari 2021 adalah jadual yang sama digunakan sekarang kecuali
sekiranya ada perubahan guru bersalin atau bertukar. Hal ini mengambil kira guru
yang terlibat dengan pengawasan SPM.
Makluman

4.6.3 Guru Tingkatan 5 2020 akan kekal sebagai guru Tingkatan 5 atas tahun 2020.

Makluman
4.7 Aktiviti Pembangunan Guru

4.7.1 Aktiviti pembangunan guru baharu merujuk kepada guru-guru yang baharu
mengajar mata pelajaran tertentu. Antara aktiviti yang dijalankan ialah PLC.

Makluman


9

4.7.2 Pengerusi memaklumkan terdapat 87 bilangan PLC yang telah dijalankan sepanjang
tahun 2020. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua panitia.
Makluman

4.7.3 Bagi tahun 2021 perlu ada perancangan panitia untuk PLC kerana ia adalah proses
penting dalam Gerakan Naratif baharu KPM dan tonggak utama dalam TS25. Guru-
guru telah mengisi TNA (teaching need analysis) . Melalui TNA, Ketua Panitia
dapat mengenal pasti keperluan guru dalam PLC dan juga panduan kepada sekolah
untuk merancang dan melaksanakan LDP.

4.7.4 Ketua Panitia akan berbincang dengan GKMP untuk melaksanakan PLC
berdasarkan keperluan guru-guru pada tahun 2021. Antara PLC yang dicadangkan
adalah kurikulum baru berkaitan KSSM.
Tindakan: Semua GKMP dan Ketua Panitia


4.8 Program Intervensi Tingkatan 5

4.8.1 Tingkatan 5 2020 akan memulakan sesi pembelajaran secara bersemuka pada 21
Januari 2021, dan akan menduduki SPM bermula 22 Februari 2021. Mereka akan
mengikuti program Intervensi yang akan disusun berdasarkan prestasi Peperiksaan
Percubaan SPM (Berlian, Intan, Permata dan Mutiara). Murid-murid juga perlu
membuat persediaan untuk menyelesaikan kertas peperiksaan bagi mata pelajaran
yang belum diuji dalam Peperiksaan Percubaan SPM akibat cuti COVID-19 ,
sejurus naik sesi persekolahan 2021 . Hal ini akan diuruskan oleh Puan Rohana
selaku SU Peperiksaan.
Tindakan: Puan Rohana

4.8.2 Pengerusi memaklumkan Ketua Panitia perlu menyediakan senarai nama mengikut
kelompok Berlian, Intan, Permata Dan Mutiara berdasarkan keputusan percubaan
SPM yang lepas atau cara pengagihan lain yang difikirkan sesuai. Mereka akan di
tempatkan di Galeri Ilmu, Bilik Bahasa dan PSS untuk menjimatkan tenaga guru
mengajar.
Tindakan: Ketua Panitia

4.8.3 Ketua panitia boleh merancang aktiviti intervensi semasa sesi persekolahan 2021
sama ada menjemput penceramah atau sebagainya.
Makluman


4.8.4 Murid-murid Tingkatan 5 2021 juga perlu diberi keutamaan dengan merancang
program-program yang akan dimasukkan dalam jadual sebagaimana jadul intervensi
Tingkatan 5 2020.
Makluman

4.9 Penilaian dan Peperiksaan.

4.9.1 Murid-murid Tingkatan 3 dan 4 Tahun 2020 akan menghadapi Peperiksaan Akhir
Tahun apabila sesi persekolahan dibuka. Sekolah akan dibuka pada hari Rabu (20
Januari 2021) dan peperiksaan akan dijalankan pada hari Isnin minggu berikutnya.

Makluman




10

4.9.2 Keperluan mengadakan Peperiksaan Akhir Tahun untuk Tingkatan 4 2020 adalah
untuk mendapatkan TOV dan ETR SPM 2021. Manakala untuk Tingkatan 3 2020,
keperluan peperiksaan adalah untuk menentukan aliran yang akan diambil. Mata
pelajaran yang akan diuji adalah mata pelajaran dalam peperiksaan awam sahaja.

Makluman

4.9.3 Soalan-soalan yang siap boleh dihantar untuk semakan dan pengesahan sama ada
melalui email atau dihantar ke sekolah. Guru bebas menentukan format atau bentuk
soalan yang hendak diuji tetapi perlu mematuhi ruang lingkup Sukatan Pelajaran
atau DSKP mata pelajaran.
Makluman

4.9.4 Pengerusi mencadangkan Bahagian Unit Peperiksaan perlu mengingatkan guru-
guru agar mengisi TOV dan ETR dalam SAPS tahun semasa pada awal tahun.

Tindakan: SU Peperiksaan

4.9.5 Pengerusi memaklumkan borang pilihan aliran hendaklah diberikan kepada murid-
murid Tingkatan 4 2021 apabila naik sesi persekolahan.
Tindakan: Puan Nur Zalina

5.0 Hal-hal lain

5.1 Puan Rohana mengingatkan guru-guru agar memaklumkan peruntukan masa
peperiksaan untuk penyediaan jadual peperiksaan.

5.2 Pengerusi memaklumkan Mesyuarat Kewangan terpaksa ditangguhkan kepada satu
masa yang akan dimaklumkan kemudian.

5.3 Pengerusi memaklumkan Puan Akhtar Salmi, Guru Bahasa Arab Tingkatan 3 tidak
perlu menyediakan kertas soalan kerana hanya kertas yang menentukan jurusan atau
aliran murid sahaja yang perlu diperiksa.

5.4 Pengerusi memaklumkan bahawa Tingkatan 1 dan 2 2020 tidak akan menduduki
peperiksaan apabila sesi persekolahan dibuka.

5.5 Kertas peperiksaan Geografi dan RBT bagi murid Tingkatan 3 akan dijalankan seperti
mata pelajaran lain.

5.6 Puan Fatimah memaklumkan bahawa Bidang Sains Dan Matematik tidak menetapkan
format soalan Tingkatan 4 2020 kerana masih belum diberi penataran.

5.7 Kertas peperiksaan Pendidikan Islam Tingkatan 4 hanya diuji satu kertas sahaja iaitu
Kertas 1 sahaja selama 1 jam 30 minit. Kertas 2 telah diubah kepada amali.

5.8 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua JK kurikulum kerana sumbangan
dalam kecermerlangan SMK Setapak Indah sepanjang tahun 2020.

Makluman







11

6.0 PENUTUP

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.34 petang.



Disediakan oleh,

NOR ASIAH BINTI MOHD SALLEH

Tarikh: 28 NOVEMBER 2020














































12

telah yang yang telah guru 20 akan untuk
pada maklum
yang murid 4/41 Sejarah, seramai 16/45 oleh modul jadual
murid pelajaran
murid orang hanya dan disemak
38/41 modul siap kepada menghantar membuat
bilangan tetapi mata
telah tidak akan
MAKLUM BALAS seramai Melayu mengambil dipulangkan penyelaras
memaklumkan dihantar yang Penskoran kepada perkara-perkara tersebut telah selesai dan Semua setiausaha maklum tentang perkara tersebut dan akan
dilaksanakan beserta dengan eviden yang diperlukan. diambil tindakan dalam penulisan minit tahun 2021.
memaklumkan Bahasa memulangkannya semula . Manakala bagi Modul telah telah akan diserahkan kepada PIBKS untuk tindakan lanjut. dan tersebut
mengambil modul adalah seperti berikut: dan murid-murid Panitia
tingkatan Penyelaras Tingkatan 1: 150/200 Tingkatan 2: 185/204 Tingkatan 3: 163/ 195 Tingkatan 4: 135/174 Tingkatan 5: 178/183 Norulayu Modul mengambil yang murid memulangkannya. yang modul pelajaran Januari 2021. nama Ketua perkara pembelian bagi tahun 2021
MAKLUM BALAS MESYUARAT : MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM BIL. 3 / 2020 : Kediaman masing-masing (Aplikasi GOOGLE MEET TINDAKAN Penyelaras 23 Tingkatan Puan Puan Norulayu ini 45/45 Semua Puan Maziah mata Senarai Ketua Panitia Semua Ketua Panitia tentang Ketua Panitia


















: 23.11.2020 (ISNIN) ini pada hari Penyelaras oleh sekolah. mengambil datang ditetapkan. Modul sesi persekolahan diedarkan agar Ketua Panitia membuat menyatakan perlu
keselamatan yang
akan akhir PIBKS datang
pengawal bermula diuruskan masa yang
pengawal SMKSI minggu Prihatin akan
akan
ini pada pihak pemantau mesyuarat
PERKARA orang murid-murid sekolah Program Pengerusi memaklumkan semua Ketua Panitia boleh memberi Skor 4 kerana
Nama Mesyuarat kaunter pondok modul dua perkara-perkara tersebut telah dilaksanakan sepanjang tahun 2020 beserta
atau dan menyiapkannya dalam jangka Sejarah minit
Tarikh Tempat oleh semula ke
Pdpr di Pengagihan penjaga dan perlu disemak oleh guru-guru mata pelajaran tersebut. jadual pembelian barang dan dimasukkan dalam fail. setiap
dibantu makluman atau tindakan secara spesifik.
Modul Melayu Puan Maziah menambah cadangan menegaskan
2020. dan berharap dikembalikan dengan eviden masing-masing.
Bahasa
Pengambilan modul tersebut perlu
November Tingkatan Pengerusi 2020. Modul Pengerusi
ini

PARA 4.1.3 4.1.9 4.2.8 4.2.10.3 4.2.12


MUKA SURAT 4 5 6 7 8

BIL 1 2 3 4 5




13

Ketua selepas akan dan dilakukan tarikh
. JKS GKMP
PPD oleh perlu berbeza
perancangan masing-masing Mesyuarat dalam dilakukan kecil yang guru


MAKLUM BALAS RPT akan disempurnakan sebaik sahaja jadual dikeluarkan. sektor oleh Panitia PSO pentadbir selesai telah perubahan masuk keluar Masih dalam perancangan kerana persekolahan secara bersemuka Puan Rohana akan memaklumkan kepada semua guru mata




diterima memurnikan dari waktu sedikit ada kuatkuasa mengikut surat yang diterima. masih ditangguhkan ekoran penularan Covid-19 pelajaran pada awal sesi persekolahan. Puan Nur Zalina telah menyiapkan borang tersebut. Tarikh: 17 Januari 2021 (pindaan)


telah taklimat jadual begitu, pertukaran
SMKSI akan mendengar Pengagihan Ketua Panitia. disebabkan
PSO Panitia datang. Namun


TINDAKAN Ketua Panitia Ketua Panitia GKMP dan Ketua Panitia GKMP dan Ketua Panitia Puan Rohana Puan Nur Zalina




RPT takwim kepada Panitia dengan PLC
menyusun mengikut dihantar Ketua memurnikan 2021 bermula pada melaksanakan


cara telah balas. untuk sesi waktu akan

berbincang dirancang dan pengurusan maklum Hanimah Puan jadual tersebut dirancang untuk GKMP


PERKARA hendaklah hendaklan RPT pihak mendapat belum kepada agihan yang dengan berdasarkankeperluanguru-gurupadatahun2021.AntaraPLC yangdicadangkan Pengerusi mencadangkan Bahagian Unit Peperiksaan perlu mengingatkan guru- guru agar mengisi TOV dan ETR dalam SAPS tahun semasa pada awal tahun. Pengerusi memaklumkan borang pilihan aliran hendaklah diberikan kepada



guru-guru tersebut. oleh dibuat masih tapi merujuk boleh menentukan Jadual GKMP. bulan Mac 2021 selepas kemasukan tingkatan 2 dan 3 2021. berbincang murid-murid Tingkatan 4 2021 apabila naik sesi persekolahan.



dan keperluan telah bahagian strategi PSO terbeza.. perlu akan adalah kurikulum baru berkaitan KSSM.
Panitia persekolahan Tahun 2021. ini perancangan berkelapangan Panitia berbincang bersama Panitia

Ketua mengikut Perubahan sektor yang Ketua Ketua Disediakan oleh: Setiausaha Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Bil. 3 / 2020




PARA 4.4.2 4.5.2 4.6.1 4.7.4 4.9.4 4.9.5



MUKA SURAT 9 9 10 10 11 11



BIL 6 7 8 9 12 13




14


Click to View FlipBook Version