The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MADRASAH TAHFIZ TVET HAJAH RUSNAH (MASHIRUNA)
Kg. Batu 27, Keningau, Sabah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MADRASAH TAHFIZ TVET HAJAH RUSNAH (MASHIRUNA), 2023-10-05 04:16:48

PROFIL MASHIRUNA

MADRASAH TAHFIZ TVET HAJAH RUSNAH (MASHIRUNA)
Kg. Batu 27, Keningau, Sabah

Keywords: mashiruna

MADRASAH TAHFIZ TVET HAJAH RUSNAH 018-373 0457 Ustaz Ihsan (Mudir) Madrasah Tahfiz Tvet Hajah Rusnah- Mashiruna (MASHIRUNA) PROFIL MASHIRUNA MADRASAH TAHFIZ TVET HAJAH RUSNAH Kg. Batu 27, Keningau, Sabah


1.0 LATAR BELAKANG Tuan Hj Nik Zawawi Nik Abdul Rahman dan isteri, Puan Hajah Rihana merupakan antara figura terkenal di kalangan masyarakat Islam di Keningau, Sabah kerana usaha-usaha agama dan khidmat kebajikan yang telah mereka sekeluarga lakukan di sana. Beliau merupakan usahawan terkenal di Keningau dan pernah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah pada tahun 2015 di atas usaha-usaha murni tersebut. Tuan Hj Nik dan keluarga telah terlibat dengan pembangunan beberapa buah masjid dan surau di sekitar Keningau serta menjadi penasihat kepada NGO Khidmat Insan Keningau dalam membantu masyarakat khususnya masyarakat muslim di sini. Usaha gigih ini didorong oleh rasa tanggungjawab beliau dan keluarga dalam mengembangkan dan memperhebatkan syiar Islam di Sabah, khususnya di Kawasan Keningau ini. Beliau mempunyai tanah seluas 8 ekar di Kg. Batu 27, Keningau yang telah dilengkapi dengan beberapa buah bangunan serta surau yang sangat selesa dan mendamaikan. Beliau bercita-cita supaya bangunan tersebut dapat dimanfaatkan untuk kegunaan pengajian khususnya pengajian Al-Quran bagi menghidupkan syiar Islam dan mendukung usaha-usaha dakwah yang sedang dijalankan di masjid-masjid dan surau-surau di sekitar Keningau ini. Justeru sebagai menyambut seruan dan impian Tuan Hj Nik dan keluarga, pihak Haluan Malaysia telah mencadangkan penubuhan Madrasah Tahfiz TVET Hajah Rusnah (MASHIRUNA) di atas tapak tersebut sempena nama bonda Hajah Rihana..


2.0 VISI Melahirkan huffaz rabbani, pemimpin ummah 3.0 MISI Melahirkan golongan hafiz yang berkemahiran dalam bidang perusahaan makanan dan herba serta mampu berdikari sebagai usahawan yang berjaya dalam membangunkan ekonomi ummah pada masa hadapan. 3.0 OBJEKTIF Objektif penubuhan MASHIRUNA ini adalah untuk: 1. Melahirkan huffaz sebagai dai dan murabbi yang memahami ilmu syarak dan waqek khususnya untuk negeri sabah. 2. Menyediakan usahawan yang mampu mengendalikan perusahaan makanan bagi mempertingkat ekonomi khususnya untuk umat Islam Sabah. 3. Membantu kerajaan dalam memastikan keselamatan makanan (food security) 4. Meluaskan jaringan dan kolaborasi dengan institusi/industri yang bersesuaian dalam dan luar negara. 5. Meluaskan kolaborasi khidmat insan meliputi pelbagai bidang antara MASHIRUNA dan PERTUBUHAN KHIDMAT INSAN KENINGAU.


4.0 LOKASI Kg. Batu 27, Keningau, Sabah.


5.0 KONSEP Penubuhan MASHIRUNA adalah berlandaskan kepada kombinasi Tahfiz dan Diniyah serta TVET selaras dengan dasar memperkasakan TVET negara melalui penubuhan Majlis TVET Negara (MTVET)pada tahun 2021. TVET merupakan singkatan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional. TVET adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri. Ia bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu. Skop TVET perlu berdasarkan standard pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri. Tujuan TVET diperkenalkan adalah bagi memenuhi permintaan industri dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, selaras dengan globalisasi, ekonomi berasaskan pengetahuan, kemajuan teknologi dan mobiliti tenaga kerja global. TVET dengan mengupayakan pendekatan yang di terajui industri adalah penting untuk menyediakan modal insan berkemahiran yang diperlukan industri, terutama untuk menyokong peralihan sektor ekonomi ke arah aktiviti berasaskan pengetahuan, selari dengan aspirasi menjadi sebuah negara maju pada masa depan. Melalui program Tahfiz TVET di MASHIRUNA ini, para pelajar berpeluang untuk mendalami bidang kemahiran dan pada masa yang sama dapat mengikuti pengajian dalam bidang hafazan dengan penekanan aspek-aspek diniyah dalam kurikulum. Selain itu, MASHIRUNA juga menitik beratkan pemantapan ilmu bahasa, komputer, multimedia serta keusahawanan kepada para pelajar di mana pada semester akhir pengajian, pelajar diterapkan dengan ilmu pemasaran digital bagi mempersiapkan diri sebagai seorang usahawan apabila menamatkan pengajian nanti. 5.1 Tempoh Tempoh pengajian adalah selama 5 tahun (10 semester) 5.2 Bidang TVET MASHIRUNA akan memfokuskan kepada bidang perusahaan Kulinari dan Herba 5.3 Pendekatan pengajian MASHIRUNA juga akan menggabungkan konsep teori dan amali


5.4 Penilaian Prestasi Akademik Penilaian dan pengukuran prestasi akademik pelajar akan dibuat dengan menggunakan kaedah peperiksaan, kerja kursus serta amali. Pengiraan gred adalah berdasarkan sistem CGPA (sistem pointer). 5.5 Pensijilan MASHIRUNA akan bekerjasama dengan Darul Quran untuk pensijilan Tahfiz dan Jabatan Kemahiran Malaysia untuk pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). 5.6 Tahap Persijilan 5.6.1 Tahap pensijilan lengkap bagi hafazan adalah 30 juzuk. Namun sijil akan dikeluarkan oleh pihak MASHIRUNA (dengan pengesahan dari Darul Quran) mengikut tahap hafazan masingmasing bagi yang tidak mampu menghafal sehingga 30 juzuk. 5.6.2 Untuk TVET, tahap maksimum adalah sehingga Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3.


5.7 Kurikulum Pengajian Semester Bidang Subjek 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Quran Iqra Khidmat Masyarakat Latihan Industri Hafazan Tadabbur Akademik Membaca Menulis Mengira Deeniyah Hadis Tauhid Feqah Akhlak Tajwid Sirah Nahu Soraf Fikrah Islamiyah Bahasa Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Arab Komputer & Multimedia Microsoft Multimedia Keusahawanan Keusahawan Perakaunan Asas Pemasaran Digital TVET Roti Pau Ko-kurikulum Memanah Pertanian Berkuda


6.0 BILANGAN PELAJAR Pengambilan pelajar adalah setahun sekali dengan bilangan maksimum bagi setiap pengambilan adalah 15 pelajar. Jun 2023 Jun 2024 Jun 2025 Jun 2026 Jun 2027 Sem 1 Sem 2 Sem 3 Sem 4 Sem 5 Sem 6 Sem 7 Sem 8 Sem 9 Sem 10 Tahun 1 15 15 15 15 15 15 15 15 15 15 Tahun 2 15 15 15 15 15 15 15 15 Tahun 3 15 15 15 15 15 15 Tahun 4 15 15 15 15 Tahun 5 15 15 Jumlah 15 15 30 30 45 45 60 60 75 75 7.0 UMUR KEMASUKAN PELAJAR Umur kemasukan bagi pelajar adalah antara 13 – 15 tahun. Keutamaan adalah kepada anak-anak golongan B40. 8.0 YURAN Belajar adalah percuma. Tiada yuran dikenakan.


9.0 STAF Cadangan bagi jawatan staf pentadbiran adalah seperti berikut i) Mudir: Ust Ihsan ii) Timb Mudir: iii) Penyelaras Pentadbiran & Kewangan: iv) Penyelaras Al Quran dan Tarbiyah: v) Penyelaras HEM: vi) Penyelaras Kurikulum dan TVET: Prof. Madya Dr. Zulkarnay B. Zakaria


10.0 JAWATAN KUASA Penaung: Hj Nik Zawawi Nik Abdul Rahman Hjh Rihana Dr Abdullah Sudin Penasihat Kehormat: Khairil Benjamin Nik Nazri B. Nik Zawawi Datuk Dr. Hilmi Penasihat: Mohd Diah Hamdan Mahamad Jara Khan (Lala Khan) Syed Sabul Iman Mohd Maidin B. Hj. Ibrahim Pengerusi: Prof. Madya Dr. Zulkarnay B. Zakaria Timb. Pengerusi: Haji Saadan Omar Naib Pengerusi: Surail Abd Kahar Setiausaha: Izzat Ibrahim B. Shamjudin Pen. SU: Ustazah Naimah Bt. Ruzi AJK: Lajuliadi Lajahidi Yaras Hj. Yusup Lajarudi Lajahidi


11.0 PENUTUP Semoga jaringan dan jalinan yang bakal wujud antara MASHIRUNA dan masyarakat di Keningau ini dapat meningkatkan pembangunan ummat Islam di Keningau dan kawasan sekitar serta seluruh negeri Sabah amnya.


Click to View FlipBook Version