The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Interaksi Dalam Pembelajaran

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d20212098781, 2023-01-11 01:31:12

E-Folio KPS3014

Interaksi Dalam Pembelajaran

PENGURUSAN

KPS3014 PEMBELAJARAN

E-Folio

TUGASAN INDIVIDU

Disediakan oleh;

MUHAMMAD IQBAL B MOHAMED YUSOFF
D20212098781

Kumpulan: P

Pensyarah; Profesor Dr. Amir Hasan bin Dawi

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran
dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin
kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi
kod subjek KPS304 (Pengurusan Pembelajaran) ini
dengan jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar
hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada
Profesor Dr. Amir Hasan Bin Dawi, selaku pensyarah
pengurusan pembelajaran kerana telah meletakkan
sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk
menyiapkan tugasan yang diberikan.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima
kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung. Semoga pembacaan
kalian semua dapat memberi kefahaman dalam
subjek pengurusan pembelajaran ini.

Sekian, terima kasih.

Teori Asas

Sosiologi

Pendidikan

Pengertian Sosiologi

Menurut Ottoway (1964) sosiologi adalah satu bidang sains
kemasyarakatan. Sosiologi pendidikan ialah sains sosial yang
menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang pendidikan
dalam sesebuah masyarakat. Dalam erti kata lain, sosiologi
pendidikan melihat pendidikan dari segi perspektif sosiologi.

PERSPEKTIF
Pendekatan kajian yang

TEORI
dipraktikkan dalam sosiologi

pendidikan dapat dibahagi kepada

SOSIOLOGI
dua bentuk iaitu pendekatan

PENDIDIKAN mikro dan pendekatan makro.

Pendekatan makro amat berkait

rapat dengan teori fungsionalisme

dan teori konflik manakala

pendekatan mikro melibatkan

teori interaksionisme simbolik.

Teori Fungsionalisme
Teori Konflik

Teori Interaksionisme Simbolik

Teori Fungsionalisme

Menyatakan bahawa setiap ahli masyarakat dan institusi
dalam sesebuah komuniti saling bergantung antara satu sama
lain. Contohnya, pelajar di sekolah bergantung terhadap guru
bagi memperolehi ilmu, guru pula bergantung kepada
kurikulum yang mereka akan terapkan dalam proses mengajar.

Teori Konflik

Teori konflik ini melibatkan ketegangan yang berlaku antara
individu dan kumpulan-kumpulan dalam sesebuah
masyarakat bagi memperoleh kepentingan yang diingini. Max


Weber adalah individu yang telah mengaitkan teori konflik

dengan pendidikan. Beliau menegaskan bahawa fungsi utama
sekolah ialah mendidik pelajar tentang status budaya.
Penglibatan kuasa dan kepentingan mewujudkan konflik
antara individu dan kumpulan maka mempengaruhi sistem
pendidikan dalam masyarakat tersebut. Contohnya, para
guru perlu melakukan tugas-tugas pentadbiran dan pada
masa yang sama juga mesti melakukan tugas mengajar.

Teori Interaksionisme

Teori ini mengkritik teori fungsionalisme dan teori konflik
yang terlalu bergantung kepada manusia secara
keseluruhan dan didasari oleh sistem sosial. Teori
interaksionisme beranggapan bahawa manusia bukanlah
makhluk yang pasif dan memerlukan interaksi sosial untuk
membentuk sebuah realiti. Contohnya, membuat kajian
bagaimana pelajar mempunyai perangai yang tidak baik
di sekolah dengan membuat penelitian terhadap cara
mereka berinteraksi dengan guru.

Ibnu KhaldunTokoh-tokoh

sosiologi pendidikan
Auguste Comte
telah mewujudkan pemikiran yang
baru iaitu sistem sosial manusia yang
boleh berlaku perubahan mengikut
beberapa faktor seperti kemampuan
pola pemikiran manusia, pengaruh
iklim, makanan, emosi serta jiwa
individu tersebut. Di samping itu,
beliau menyatakan bahawa pola
pemikiran manusia berkembang
mengikut tahap iaitu bermula dengan
tahap primitif, pemilikan, peradaban,
kemakmuran dan kemunduran.

menyebarkan pandangan ilmiahnya
melalui positivisme atau dikenali
sebagai filsafat sosial sebagai usaha
untuk mengekang pemikiran negatif.
Amalan positivisme mengamalkan
teori-teori ilmiah tentang masyarakat
melalui pengamatan dan percubaan.
Kemudiannya,didemonstrasikan dalam
bentuk hukum-hukum perkembangan
sosial. Beliau juga percaya apabila
sesebuah masyarakat itu difahami ,
kehidupan sosial yang lebih baik dapat
diperolehi.

Pendekatan sosiologi Karl Marx

membuat kesimpulan mengenai idea

pembaharuan sosial yang telah

dibuktikan pada abad ini seperti

sesebuah masyarakat dibangunkan

dengan dasar konflik. Bahkan juga,

Karl Marx masyarakat dianggap sebagai faktor

dominan dalam membangunkan

ekonomi. Ekonomi merupakan

penggerak dasar bagi segala perubahan

sosial. Selain itu, perkembangan dan

perubahan sejarah yang berlaku selama

ini tidak terjadi secara tiba-tiba tetapi

atas hubungan manusia dengan faktor

ekonomi.

Menekankan agama sebagai faktor

untuk sesebuah masyarakat itu

berkembang menuju kapitalisme. Hal

ini kerana, agama ialah agen utama

dalam mengubah sesuatu. Pandangan

lain beliau adalah mengenai perilaku

individu yang mampu mempengaruhi

masyarakat secara berkesan dan Max Weber

perkara ini dinamakan sebagai

tindakan sosial. Menurut beliau,

tindakan sosial dapat diadaptasikan

apabila idea, niat, nilai dan

kepercayaan difahami serta

menganggapnya sebagai sebuah

bentuk motivasi sosial.

Interaksi & Pembelajaran

Pengertian Interaksi dan Pembelajaran

Interaksi bermaksud pengaruh atau aksi dua hala. Dalam
proses ini, seorang individu berinteraksi dengan individu-
individu yang lain atau bahan di dalam persekitaran dengan
mempengaruhi satu sama lain.Pembelajaran ialah proses
seseorang pelajar memperolehi sesuatu kefahaman dan
mengubah kefahaman atau konsep tertentu yang telah
dipelajainya. Pembelajaran disekolah sebenarnya mencakupi
pelbagai pihak seperti guru, pelajar dan ibu bapa. Oleh itu,
interaksi dalam pembelajaran boleh disimpulkan sebagai suatu
bentuk komunikasi yang berlaku dalam pengurusan proses
belajar yang ruang lingkupnya adalah terdiri daripada sekolah.

Interaksi Interaksi
Sehala Dua Hala

4 Jenis
Interaksi
Interaksi Antara

Kumpulan
Interaksi
Kumpulan

MEMBENTUK INTERAKSI YANG SIHAT DALAM

PEMBELAJARAN

Perlunya diterapkan sikap demokratik didalam proses

pembelajaran dimana setiap orang berhak untuk

mengutarakan pendapat mereka dan perbincangan

secara sihat boleh dilaksanakan.
cara untuk membantu membentuk dan meningkatkan

interaksi didalam kelas dapat kita mulakan dengan

sikap seseorang guru itu dimana guru perlu bersikap

adil dengan semua muridnya tanpa ada sikap berat

sebelah atau pilih kasih.
Guru juga perlu yakin dalam setiap penyampaiannya

serta professional dalam melaksanakan tugasnya

sebagai pendidik

KEPENTINGAN INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN

Interaksi dalam pengajran dan pembelajaran adalah
penting kerana interaksi merupakan proses utama agi
guru menyampaikan ilmu pengetahuan kepada
muridnya.
Melalui interaksi juga guru dapat melaksanakan
racangan mengajarnya mengikut objektif pelajar yang
ditentukan.

Kesimpulan

Mewujudkan interaksi yang berkesan komunikasi yang
baik juga perlu dititikberatkan. Bercakap tentang
komunikasi yang merupakan perkara yang sememangnya
dekat dengan interaksi dimana ia merupakan proses
untuk kita bertutur atau menyampaikan sesuatu kepada
orang lain. Justeru itu kita perlu menjaga komunikasi
kita dengan orang lain supaya semua orang lain lebih
mudah untuk berinteraksi dengan kita


Click to View FlipBook Version