The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Suhailiza Yahya, 2021-03-10 07:49:19

RISALAH AN-NUR BIL 01

Edisi Khas Rejab 1442H

Keywords: risalahannur,edisirejab,sk3bk,2021M

‫رسالة النور‬

Surah al Isra’ ayat 1 yang bermaksud: “Maha Suci Allah
yang telah memperjalankan hambaNya pada malam hari
dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati

sekelilingnya untuk Kami perlihatkan tanda-tanda
(kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dialah yang Maha

Mendengar dan Maha Melihat.”

Israk Mikraj adalah satu peristiwa Sepanjang perjalanan (Israk) itu, Rasulullah SAW
besar dalam sejarah hidup Rasululah
dan dalam sejarah umat Islam. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba
Berlaku pada malam Isnin 27 Rejab di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia
tahun ke 11 kerasulan bersamaan dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail
621M dalam usia 52 tahun. Berlaku supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak 2
kira-kira ½ tahun sebelum hijrah ke rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
Madinah.
1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana
Peristiwa Israk dan Mikraj ini
didahului dengan beberapa Rasulullah akan melakukan hijrah.
peristiwa yang mendukacitakan
Rasulullah saw. Antaranya kematian 2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima
bapa saudara Baginda, Abu Talib
dan kewafatan isteri Baginda yang wahyu daripada Allah.
tercinta iaitu Saiyidatina Khadijah
rha. Begitu juga peristiwa penolakan
kaum Taif terhadap dakwah Baginda
saw. Maka peristiwa Israk dan
Mikraj ini dirumuskan sebagai
kemuliaan dan hiburan istimewa dari
Allah swt kepada kekasih-Nya.

Sebelum berlakunya Israk dan

Mikraj Rasulullah SAW mengalami IKTIBAR PERISTIWA SEBELUM ISRA’ :
Menurut Imam Bukhari : Nabi didatangi malaikat Jibril & Mikail
pembedahan dada/perut oleh mengangkat nabi ke telaga zam zam lalu dibedah, dibersihkan hati
dan dimasukkan ilmu, hikmah dan iman kemudian ditutup dan
malaikat. Hati Baginda SAW dicuci dicop kenabian pada belikatnya.
IKTIBAR : Buang sifat buruk dari hati kita.
dengan air zamzam, dibuang ketul Nabi SAW Menaiki “Buraq” binatang di Syurga yang luarbiasa.
IKTIBAR : Kenderaan yang sempurna.
hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan
Perjalanan ke alam akhirat memerlukan kenderaan iaitu amal
membisikkan was-wasnya. soleh. Kenderaan cepat = Membuat kerja cepat. (Tidak
bertangguh-tangguh).
Kemudian dituangkan hikmat, ilmu

dan iman ke dalam dada Rasulullah

SAW. Setelah itu, dadanya dijahit

dan dimeterikan dengan "khatimin

nubuwwah". Selesai pembedahan,

didatangkan binatang bernama

Buraq untuk ditunggangi oleh

Rasulullah dalam perjalanan luar

biasa yang dinamakan "Israk" itu.

1

PERISTIWA ISRAK

Di semua tempat disuruh solat sunat oleh Malaikat Jibril.
IKTIBAR :-

• Banyakkan solat sunat bagi mencari keredhaan Ilahi.
• Solat sunat bila masuk ke masjid.

GAMBARAN ISRA’ 1
Jin Ifrit membawa obor api mengejar Nabi s.a.w untuk menghalang perjalanannya.
IKTIBAR :-

• Setiap usaha kebaikan tidak terlepas dengan ujian.
• Iblis dan syaitan adalah musuh utama manusia.
• Kita dilarang berdamping/mengamalkan ilmu hitam.

GAMBARAN ISRA’ 2
Petani bercucuk taman dan memungut hasil segera tanpa henti.
IKTIBAR :-

• Pahala berlipat ganda bagi yang berjihad dan bersedekah.
• Setiap amalan akan diberikan balasan yang setimpal.
• Carilah rezeki yang halal.
• Surah Al-Baqarah ayat 261

GAMBARAN ISRA’ 3
Bau wangi kubur tukang sikat rambut anak Firaun (Masyitah) dan anaknya.
IKTIBAR :-

• Iman sebagai perisai.
• Ganjaran berlipat ganda bagi yang mempertahankan keimanan mereka.
• Kemuliaan seseorang terletak di atas kekuatan iman.
• Surah Al-Ankabut ayat 2 – 3

GAMBARAN ISRA’ 4
Manusia memecahkan kepalanya dengan batu.
IKTIBAR :-

• Balasan orang yang malas mengerjakan solat.
• Tetap memelihara solat walau dalam apa jua keadaan (kecuali uzur syar’i).
• Surah Al-Ankabut ayat 45

GAMBARAN ISRA’ 5
Manusia makan duri dari bara api.
IKTIBAR :-

• Balasan kerana tidak mengeluarkan zakat.
• Zakat sebagai pembersih dan perisai dari azab.
• Zakat wajib bila cukup syarat-syaratnya.
• Surah At-Taubah ayat 34

2

GAMBARAN ISRA’ 6
Manusia makan daging dengan kuku tembaga.
IKTIBAR :-

• Zina dosa besar.
• Zina merosakkan masyarakat.
• Zina, homoseks dan lesbian boleh menyebabkan penyakit.
• Surah Al-Isra’ ayat 32

GAMBARAN ISRA’ 7
Manusia berenang dalam lautan darah dan dibaling dengan batu.
IKTIBAR :-

• Balasan makan riba.
• Merangkumi pemberi, penerima, pencatat dan saksi.
• Menggalakkan saling tolong menolong.
• Surah Al- Baqarah ayat 278

GAMBARAN ISRA’ 8
Kayu berduri mengait orang lalu.
IKTIBAR :-

• Balasan mengganggu orang lain.
• Islam menuntut kedamaian.
• Islam melarang membuang masa dengan sia-sia.
• Surah Hud ayat 113

GAMBARAN ISRA’ 9
Tidak mampu memikul tetapi terus menambah pikulan.
IKTIBAR :-

• Balasan tidak amanah.
• Gila/tamak kuasa tetapi tidak berupaya menjalankan dengan sempurna.
• Surah An-Nisa ayat 58

GAMBARAN ISRA’ 10
Menggunting lidah menggunakan gunting api neraka dan bercantum semula.
IKTIBAR :-

• Cakap tapi taka amal.
• Berkatalah benar walaupun pahit.
• Berdusta adalah ciri-ciri orang munafik.
• Surah As-Saf ayat 2 - 3

3

PERISTIWA MIKRAJ

Menemui para Anbia’ dan malaikat penjaga langit yang mendoakan untuknya.

• Langit 1 : Bertemu Nabi Adam a.s
• Langit 2 : Bertemu Nabi Isa a.s & Nabi Yahya a.s
• Langit 3 : Bertemu Nabi Yusuf a.s
• Langit 4 : Bertemu Nabi Idris a.s
• Langit 5 : Bertemu Nabi Harun a.s
• Langit 6 : Bertemu nabi Musa a.s
• Langit 7 : Bertemu Nabi Ibrahim a.s

❖ PESANAN : Tanaman Syurga

• Melihat rupa Jibril yang sebenar.
• Dibawa melihat syurga & neraka.
• Naik ke Mustawa dan mendengar ‘Qalam’ menulis di Luh Mahfuz.
• Naik hingga ke Arasy dan bermunajat kepada Allah s.w.t.
• Menerima perintah menunaikan solat sebanyak 50 waktu.
• Menerima nasihat Nabi Musa a.s agar minta dikurangkan solat sehingga menjadi 5

waktu sahaja.
• Orang-orang kafir tidak percaya dan ada yang Islam murtad semula.
• Hanya Abu Bakar yang membenarkan dan beberapa orang sahaja yang percaya

walaupun sudah ditunjukkan bukti.

PENGAJARAN PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ

• Membuktikan kebesaran Allah s.w.t.
• Menguji aqidah/keimanan.
• Gambaran kehidupan dan balasan di akhirat.
• Berwaspada dengan godaan syaitan dan perancangan halus Yahudi dan Nasrani.
• Solat kemuncak ibadat.
• Banyakkan munasabah .

`KESIMPULAN

Peristiwa ini suatu kenyataan yang mesti diterima
kebenarannya oleh orang yang beriman sebagai cara
menghisab diri ketika menjalani kehidupan. Janganlah
hanyut dalam keduniaan sehingga mengabaikan
tanggungjawab sebagai khalifah Allah di dunia ini .

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SK Bandar Baru Batang Kali

4


Click to View FlipBook Version