The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Suhailiza Yahya, 2021-04-10 06:11:06

RISALAH AN-NUR BIL 03/2021

Edisi Khas Ramadan 1442H

Keywords: risalahannur,bil03,edisiramadan,sk3bk,2021

‫رسالة النور‬

amadan adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Pada bulan
Ramadan, puasa diwajibkan kepada umat Islam yang sudah baligh dan memenuhi
syarat. Umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah kerana ganjarannya
digandakan pada bulan ini. Alangkah bahagianya sesiapa yang dapat menghayati Ramadan
dengan mendapat rahmat, pahala yang besar dan keampunan di sisi Allah SWT . Rugilah siapa
yang tidak mendapat keampunan daripada Allah SWT apabila berlalunya Ramadan.

Siapakah golongan yang rugi JOM BERNASYID
setiap kali bertemu Ramadan ?
RAMADAN BULAN BERKAT
Mereka yang Allah SWT
panjangkan umurnya sampai ke (Kumpulan Hijjaz)
Bulan Ramadan bulan yang berkat
akhir Ramadan tetapi
membiarkannya berlalu begitu Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan doa diterima
sahaja tanpa amal yang Bulan Lailatul Qadar yang istimewa
bermanfa’at. Isilah bulan ini banyakkan amalan
Beribadah malam siang berpuasa
Mereka yang Mereka yang Banyakkanlah sedekah jangan dikira
mengetahui bahawa menyedari bahawa
Ramadan adalah bulan sepanjang Ramadan Moga ia menjadi penebus dosa
maghfirah tetapi tidak doa diqabulkan tetapi Membaca Al-Quran jangan dilupakan
mengambil kesempatan
memohon keampunan membiarkannya Zikir dan tasbih elok disertakan
berlalu tanpa Meriahkan Ramadan
dari Allah SWT .
sebarang munajat. Dengan bermacam cara
Agar Ramadan tidak sia-sia
Mereka yang mampu Mereka yang Bulan Ramadan bulan yang berkat
membaca Al-Quran dikurniakan Allah Bulan rahmat dan bulan utama
dan memiliki masa SWT nikmat yang Pahala digandakan doa diterima
lapang yang panjang berlebihan tetapi Bulan Lailatul Qadar yang istimewa
untuk mempelajarinya Hindarkanlah dosa di setiap anggota
tetapi membiarkan bakhil untuk
bersedekah dan Kalau boleh dosa hati jua
dirinya jauh dari menjamu org Kerana dosa itu merosakkan pahala
Al-Quran. berbuka puasa. Agar kita tidak mensiakan Ramadan
Isilah Ramadan dengan sebaiknya

Kerana ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa

Kerana kita mati bila-bila masa

1

ALANGKAH Mereka yang tidak melaksanakan ibadah puasa dengan penuh
RUGINYA keimanan dan ikhlas kepada Allah SWT , sebaliknya berpuasa
dengan perasaan riak dan puasa adat sahaja, sedangkan Nabi
Muhammad SAW bersabda, “Sesiapa yg berpuasa di bulan
Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, akan
diampunkan dosanya yang telah lalu”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mereka yang tidak beribadah pada malamnya (dengan solat
tarawih dan lain-lain) kerana bermalas-malasan dan sengaja
memberatkan diri dari melakukan ketaatan, maka tiada habuan
keampunan dosa bagi mereka di bulan Ramadan.

Mereka yang berterusan mengamalkan akhlak yang buruk di mana
puasanya tidak sedikit pun menghalangnya dari berkelakuan buruk
itu dan dari melakukan perkara haram, sedangkan Nabi bersabda,
“Sesiapa yang tidak meninggalkan ucapan dusta dan melakukan
pendustaan, maka bagi Allah SWT tidak ada keperluan dalam ia
meninggalkan makan dan minumnya (yakni puasanya tidak
diterima)”. (Hadis Riwayat Bukhari)

Mereka yang banyak menghabiskan masa dan saat-saat keemasan
di bulan Ramadan dengan tidur, lalai dengan menonton TV,
mendengar lagu dan nyanyian, menonton cerita-cerita yang
dimurkai Allah SWT, maka jadilah mereka orang yang berpuasa
tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga.

Mereka yang hanya bersungguh-sungguh dalam beribadah di awal
Ramadan serta berazam untuk bertaubat dan istiqamah dalam
beribadah, tetapi bertukar sebaliknya dengan menjalani kehidupan
yang sia-sia dan melalaikan.

2

SEBAHAGIAN BULAN DI TURUNKAN AL-KITAB
PERISTIWA
BESAR PADA Allah SWT telah menurunkan Al-Quran sebagai satu mukjizat yang
BULAN membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW. Dan kewujudan
RAMADAN Allah SWT dengan segala sifat- sifat kesempurnaannya. Para tafsir
dan hadis juga merekodkan, Allah SWT menurunkan kitab-kitab
PERANG BADAR dan suhuf iaitu kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al-Quran
kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.
Pada hari Jumaat 2 Ramadhan
tahun ke-2 Hijrah berlakunya PEMBUKAAN KOTA MEKAH
perang pertama dalam Islam
yang dikenali Perang Badar. Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah.
Tentera Islam mengawal Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Makkah
lokasi strategik dengan melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang
menguasai sumber air yang Islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku
terdapat di situ. Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Nabi Muhammad
SAW atau sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh
Tentera Islam seramai berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu
313 orang berhadapan pihak lain berperang.
dengan 1,000 tentera
musyrikin Makkah yang Malangnya dalam suku Arab yang bersekutu itu, ada
lengkap bersenjata. Tentera golongan yang bertelagah iaitu Bani Bakar dan Khuza’ah. Bani
Islam telah memenangi Bakar bersekutu dengan Quraisy Makkah manakala Khuza’ah
pertempuran dengan 70 memilih untuk bersekutu dengan Nabi Muhammad SAW.
orang tentera musyrikin
terbunuh, 70 lagi ditawan Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan
manakala bakinya melarikan Quraisy Makkah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di
diri. lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi
Muhammad SAW, Baginda mengerahkan ratusan ribu umat
Peperangan ini luar Islam menuju ke Makkah, tanpa pengetahuan penduduk
biasa. Tentera Islam yang musyrikin Makkah.
kurang jumlahnya, lemah dari
sudut kelengkapan dan Baginda SAW menolak sebarang rundingan dengan
berpuasa pula, memenangi pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui
pertempuran itu. Ini mereka apabila hampir memasuki Kota Makkah. Akhirnya umat
membuktikan bahawa puasa Islam memasuki Kota Makkah tanpa sebarang pertumpahan
bukanlah penyebab umat darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada
Islam bersikap lemah dan hamba-hamba yang ikhlas kepada-Nya.
malas. Sebaliknya perlu
berusaha demi mencari
keredhaan Allah SWT.

3

4

5

6

NUZUL AL-QURAN

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa
turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada
Muhammad SAW hingga seterusnya
berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana
kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran
berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada
keputeraan Muhammad SAW ketika baginda sedang beribadat
di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas
ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat
terbesar Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu
besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan
rahsia al-Quran.

➢ Membaca Al-Quran serta menghayati dan
mengamalkannya adalah satu ibadat.

➢ Al-Quran itu sebagai panduan ilmu pengetahuan
untuk memajukan manusia seluruhnya. Ia merupakan
rujukan utama di samping sunnah Rasulullah SAW.

➢ Perkara yang bersangkutan kehidupan akhirat juga
dinyatakan di dalam Al-Quran.

HIKMAH NUZUL AL-QURAN

1) Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW dan panduan
hidup bagi umat Islam sepanjang zaman.
2) Al-Quran menjadi rujukan dan penawar diri bagi umat Islam yang
inginkan kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
3) Kandungan ajaran al-Quran adalah bersifat mukjizat (I'jaz al-'Ilmi)
sehingga merentasi zaman dan tempat sekali pun telah diturunkan lebih
1400 tahun yang lalu.

Firman Allah SWT dalam surah al-Isra': 9 yang bermaksud:
"Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang
amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang
menggembirakan orang yang beriman yang mengerjakan
amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala yang besar."

7

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SK Bandar Baru Batang Kali

DISEDIAKAN OLEH :
USTAZAH SUHAILIZA YAHYA
(APRIL 2021 / 1442H)

8


Click to View FlipBook Version