The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aiman Syazwan, 2022-05-31 22:18:21

NATIONHOOD LATEST

NATIONHOOD LATEST

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
SEMESTER II 2021/2022 (A211)

MOHAMAD ISMANDI BIN WASLI
SADN1033

KENEGARAAN MALAYSIA
KUMPULAN: L

TUGASAN KUMPULAN (KUMPULAN 6)
DISEDIAKAN OLEH:

No. Matrik Nama
289519 MUHAMAD AIMAN SYAZWAN BIN

289574 AMERUDDIN
286613 THARSHINY DHEVI A/P R.JEGATHESAN
286305
NOR IZZATI BINTI SALMAN
286528 AINUN SALSABILA BINTI MOHAMMAD

HUSHAM
TAN MING HUI

1

PENDAHULUAN
Malaysia adalah sebuah negara yang majmuk dan terdiri daripada rakyat pelbagai etnik dan
berbilang kaum. Disebabkan kepelbagaian ini menjadikan Malaysia menjadi ikutan dan
contoh sebuah masyarakat majmuk di negara lain. Dengan ini, perpaduan dan integrasi
menjadi asbab dan sebab yang kukuh bagi menjamin rakyat berbilang kaum dan bangsa
hidup dalam suasana harmoni, aman dan damai.
Perpaduan nasional merujuk kepada penyatuan pelbagai kelompok dan kaum yang
mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza. Usaha penyatuan ini dapat
dilihat melalui penyatuan Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri Semenanjung lalu
membentuk Malaysia yang sekarang.
Konsep integrasi dikatakan sebagai satu proses yang abstrak dan merupakan satu penyatuan
yang sebati dan berpanjangan. Integrasi ialah proses bagi menyatupadukan pelbagai
kelompok dalam masyarakat dengan membentuk sesuatu identiti. Kejadian berdarah 13 Mei
1969 telah menjadi teladan dan pengajaran kepada rakyat di negara kita. Dengan itu, kerajaan
telah melakukan pelbagai usaha dan strategi ke arah mewujudkan integrasi di antara kaum di
Malaysia.
Kesimpulannya, perpaduan dan integrasi adalah kunci kepada Malaysia. Kosnep ini sangat
penting dalam usaha membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang teguh dan bersatu
padu.

2

KAUM MELAYU
Kaum terbesar di Malaysia ialah kaum Melayu. Masyarakat Melayu bertutur menggunakan
bahasa Melayu, beragama Islam dan mengamalkan tradisi dan adat istiadat Melayu. Dari
sudut sejarah, rumpun Melayu meliputi penduduk yang mendiami Semenanjung Tanah
Melayu dan gugusan Kepulauan Melayu.
Masyarakat Melayu di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan yang berbeza.
Golongan pertama ialah anak jati. Anak jati merujuk kepada sekumpulan orang melayu yang
merupakan penduduk pribumi atau penduduk asal di Tanah Melayu. Anak jati merupakan
salah satu daripada tiga golongan yang membentuk masyarakat Melayu di Malaysia.
Kumpulan ini merangkumi suku-suku pribumi seperti Orang Melayu Kedah, Orang Melayu
Perak, Orang Melayu Kelantan dan lain lain suku pribumi. Dengan ini terbentuklah anak jati
yang menjadi asas pembentukan masyarakat melayu di Malaysia.
Kumpulan kedua ialah anak dagang. Anak dagang merujuk kepada orang Melayu di mana
berasal dari kepulauan Indonesia dan selatan Thailand dan lain-lain. Ia turut terdiri daripada
rumpun bangsa austronesia dan terdiri daripada pelbagai etnik yang berbeza seperti Aceh,
Bajau, Ambon, Banjar, Bugis, Jawa dan lain lain. Dengan hadirnya etnik etnik ini ke Tanah
Melayu maka terjadilah anak dagang.
Kumpulan yang terakhir ialah kumpulan peranakan. Istilah peranakan ini merujuk kepada
sekumpulan orang Melayu di Malaysia yang wujud daripada perkahwinan campur antara
orang Melayu (anak jati atau anak dagang) dengan bangsa bangsa asing dari luar Asia
Tenggara. Contoh etnik peranakan terdiri daripada pernakan parsi, peranakan arab,
peranakkan cina dan lain lain.
Kesimpulannya, dengan adanya tiga kumpulan utama ini, maka terbentuklah kaum Melayu
yang kini ada di Malaysia.

3

KAUM CINA
Kaum Cina di Malaysia merupakan kaum yang kedua terbesar di negara kita. Malaysia dan
China telah mempunyai hubungan politik dan perdagangan sejak berabad lalu. Masyarakat
Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam dialek utama di
negara iaitu Hakka, Kantonis, Teochew, Hainan dan Fuzhou (Hokchiu). Kebanyakkan
keturunan Kaum Cina pada masa kini berasal daripada pendatang yang datang ke negara ini
pada kurun ke-19. Kaum Cina yang datang ke Tanah Melayu bersifat kuat bekerja dan pandai
berniaga. Tiga kumpulan kaum Cina ini yang berbicara dialek adalah Hokkien yang tinggal di
utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga Kumpulan yang
bertutur bahasa Mandarin yang menetap di selatan tanah air di Johor. Majoriti kaum Cina
tertumpu di negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia dengan peratusan besar kaum
Cina seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor, Perak dan Selangor.

KAUM INDIA
Kaum India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah
menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Masyarakat
India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan
tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai
banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek
kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat India terdiri daripada
pelbagai suku kaum.. Kumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak
merupakan keturunan penghijrah semasa Kesultanan Melaka dan kemudiannya semasa
pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda.

4

2.0 AGAMA DAN KEPERCAYAAN SETIAP KAUM
Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan budaya dalam
masyarakat. Kaum cina, melayu dan india mempunyai bilangan yang banyak berbanding
dengan kaum lain. Disebabkan keterbukaan dan kebebasan di negara Malaysia, setiap
penduduk mempunyai hak diri untuk melibatkan diri sendiri dalam agama yang diminati.
Perlembagaan telah menyatakan bahawa agama Islam ialah agama Persekutuan tetapi agama-
agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai (Office of International Religious
Freedom, 2021). Dengan ini, masyarakat yang mempunyai pelbagai agama telah dibina.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia telah melaporkan bilangan penduduk yang beragama
islam ialah sebanyak 20,610,060 orang, dan penduduk yang beragama buddha ialah sebanyak
6,066,784 orang. Bagi penduduk yang beragama Kristian ialah sebanyak 2,941,049 orang dan
bagi agama hindu mempunyai penurut sebanyak 1,969,471 orang. Manakala, terdapat
574,869 orang tidak mempunyai agama dan terdapat 285,152 orang adalah beragama lain
(Jabatan Perangkaan Malaysia, 2020). Dalam setiap agama, terdapat kepercayaan mereka
sendiri. Peraturan dan undang-undang dalam setiap agama akan sebagai panduan kepada
manusia agar boleh hidup dengan aman dan damai.

2.1 ISLAM

Berdasarkan maklumat yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2020,
terdapat sebanyak 63.5% rakyat Malaysia ialah penganut agama islam. Agama Islam ialah
salah satu agama terbesar yang sebar di seluruh dunia ini. Agama islam juga adalah agama
utama negara Malaysia dan diiktiraf sebagai agama rasmi di negara Malaysia. Perkataan Arab
Islam bermaksud “menyerahkan diri”. Ini bermaksud menyerahkan diri kepada kehendak
Tuhan yang dipanggil oleh penganut Islam sebagai Allah. Selain itu, agama Islam adalah
agama monoteistik yang ketat, dan panggilan untuk penganut agama Islam ialah Muslim.

Umat islam yang taat perlulah bersolat lima kali pada setiap hari dan melibatkan diri dalam
ibadat masyarakat pada hari jumaat di masjid, dan ibadat akan dipimpinkan oleh seorang
iman. Di samping itu, setiap umat islam yang beriman wajib berziarah ke Mekah, kota yang
paling suci, dan sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup umat islam kecuali orang
yang miskin atau tidak keupayaan fizikal.

5

HARI AKHIRAT
Hari akhir ialah masa yang akan dihadapi oleh seseorang setelah berakhir kehidupannya di
dunia. Setelah seseorang berbeda dengan kehidupan di dunia yang berakhir kematian, akan
terus hidup di akhirat dan tidak akan berakhir. Dengan ini bermaksudlah kehidupan di akhirat
lebih utama dari kehidupan di dunia. Dalam agama islam telah menganggap seluruh alam
semesta akan mengalami kehancuran dan manusia bertanggungjawab untuk setiap amalnya
selama hidup di dunia. Setiap manusia kan diperhitungkan amal perbuatannya semasa hari
akhir.
Terdapat dua jenis kiamat iaitu kiamat sugra dan kiamat kubra. Kiamat Sugra ialah kiamat
kecil iaitu kehancuran sebahagian kecil dari alam semesta. Contohnya, gempa bumi, banjir
atau angin taufan. Manakala, kiamat kubra adalah kiamat yang sebenar dan besar. Kiamat
kubra ialah kiamat besar yang menyebabkan kehancuran seluruh alam semesta serta isinya

Gambar 2.1.
Terjadinya kiamat kubra maka alam semestar akan hancur

2.2 BUDDHA
Agama Buddha adalah agama atau falsafah yang berasaskan ajaran Siddhārtha Gautama yang
lahir pada kurun ke-5 sebelum masihi. Agama Buddha ialah salah satu agama terbesar yang
tersebar di seluruh dunia. Ini kerana, agama Buddha disebar ke Tenggara, Timur Asia, China,
Korea dan Jepun. Agama Buddha mempunyai 3 aliran utama, iaitu aliran Theravada,
Mahayana, Vajrayana.
Theravada merupakan aliran yang tertua dan kebanyakan ditemukan di Asia Tenggara. Aliran
Theravada ini diamalkan utama di negara-negara Kemboja, Laos, Myanmar, Sri Lanka dan
Thailand, secara kecilan di India, Bangladesh, China, Nepal, dan Vietnam dan diaspora dari

6

dua-dua kelompok ini serata dunia. Terdapat empat kebenaran mulia dalam prinsip dasar
Theravada, iaitu Dukkha, Dukkha Samudaya, Dukkha Nirodha dan Dukkha Nirodha Gamini
Patipada. Dalam aliran Theravada, terdepat tiga corak umum dan ciri ini merupakan jalan
masuk ke jalan Buddha iaitu ketidakkekalan, derita,dan tanpa inti.

Gambar 2.2.1 Gambar 2.2.2
Samgha bagi aliran Threravaja Theravada Buddhism simbol

Mahayana adalah salah satu aliran utama agama buddha dan ia merupakan pembahagian
filosofi dan ajaran Sang buddha. Sebagai aliran nuangan, Mahayana mengandungi 2 aliran
Buddhisme yang paling normal iaitu Buddha Tanah Murni (Amidisme) dan Buddhisme Zen.
Tanah Murni adalah tempat suci seorang Buddha dalam Buddhisme Mahayana.Buddha Zen
merupakan mazhab Buddha Mahayana diasaskan oleh sami Buddha. Perkataan Zen daripada
sebutan Bahasa Jepun dari perkataan cina Chan yang bermaksud keadaan bertafakur.

7

Gambar 2.2.0.3 Gambar 2.2.0.4
Zen Buddhisme
Empat Bodhisattva yang terdapat dalam
Mahayana

Vajrayana adalah suatu ajaran Buddha di Indonesia dan lebih sering dikenal dengan nama
Tantra atua Tantrayana. Vajrayana kebanyakan dipraktekkan di negara-negara Himalaya,
khususnya Nepal, Bhutan, Mongolia, dan yang paling terkenal, di Tibet. Mahayana lebih
berfokus pada mengajarkan penganut bagaimana menjadi Buddha dalam kehidupan.
Biasanya ia melibatkan praktik-praktik seperti membaca mantra, menggunakan mandalas,
memvisualisasikan para dewa dan Buddha, serta memanfaatkan mudras.

Gambar 2.2.0.5
Buddhisme Vajrayana symbol

2.3 KRISTIAN
Agama Kristian datang ke Malaysia melalui pedagang dari Timur Tengah pada abad ke-7.
Portugis tiba di abad ke-15, membawa bersama mereka Katolik, sedangkan Belanda tiba

8

pada tahun 1641 dan memperkenalkan Protestanisme. Kristian adalah agama kecil di
Malaysia yang kebanyakannya diamalkan oleh orang bukan melayu, orang cina, dan orang
india. Kristian ialah sebuah agama monotheis yang berdasarkan kehidupan dan ajaran-ajaran
Jesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya para pengikutnya dalam
Perjanjian Baru. Terdapat 3 aliran yang terutama dalam agama Kristian iaitu Katolik Roma,
Ortodoks, dan Protestan. Penganut Kristian telah menganggap bahawa Yesus adalah anak
Yahweh.

Agama Kristian percaya bahawa ajaran asasnya berasal daripada “Bible”. Ciri agama Kristian
sebagai monoteisme ialah Tuhan “triniti” dan Tuhan yang sama mempunyai tiga orang iaitu,
Bapa, Anak dan Roh Kudus. Dua sifat terdapat dalam agama Kristian iaitu Kristus adalah
Tuhan sepenuhnya dan manusia sepenuhnya. Ciptaan Tuhan dan manusia adalah mengikut
gambaran Tuhan. Dunia diciptakan oleh Tuhan dan Tuhan menciptakan manusia menurut
gambarnya sendiri.

Dalam agama Kristian, terdapat beberapa Sakramen akan dijalankan kepada penganutnya,
iaitu, pembaptisan, pengesahan Ekaristi, Rekonsiliasi, Sakramen Pengurapan, Sakramen
Perintah Suci dan Sakramen Perkahwinan.

Gambar 2.3.0.1 Gambar 2.3.0.2
Sakramen Ekaristi Sakramen Perkawinan

9

2.4 HINDU
Agama Hindu adalah agama yang dominan di kalangan orang-orang Tamil di Malaysia.
Masyarakat Hindu di Malaysia telah mendirikan Kuil yang sesuai dengan agama, amalan dan
kepercayaan mereka yang dibawa dari India. Kitab utama bagi agama Hindu ialah Veda yang
dibahagikan kepada empat kitab utama iaitu Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva
Veda. Kebanyakan masyarakat Tamil menganuti mazhab Shaivisme. Dengan ini, banyak kuil
di Malaysia ialah kuil Dewa Subrahmaṇya dan Dewi Mariamman.
“Hinduisme” ialah nama komprehensif yang dihasilkan dari agama, falsafah, budaya dan adat
resam sosial dalam kalangan budaya India. Kepercayaan, falsafah dan pandangan etika dalam
agama hindu adalah kompleks, pelbagai dan malah bercanggah. Dalam setiap kelas sosial
yang beza mempunyai budaya, kepercayaan dan amalan yang berbeza. Agama Hindu adalah
tidak seperti dengan agama lain. Dalam agama Hindu mempunyai tiga ciri utama iaitu,
menyembah tuhan tiga penjuru, menyokong hierarki keturunan dan mempercayai penjelmaan
semula.
Salah satu ciri utama bagi agama Hindu ialah agama hindu mempunyai 33 juta tuhan, tetapi
kebanyakan orang Hindu hanya menyembah satu tuhan utama. Dalam agama Hindu terdapat
3 jenis dewa utama iaitu Brahma, Vishnu dan Shiva.

Gambar 2.4.0.1
Tiga Dewa utama agama Hindu

10

2.5. PEMISAHAN KASTA
Dalam agama Hindu, penganut yang beriman perlulah mematuhi sistem kasta. Brahmin
menikmati kuasa tertinggi dan ini telah mencerminkan sosialisasi kehidupan keagamaan
Hindu. Terdapat empat kelas dalam system kasta iaitu, Brahmin, gologan Kshatriya, Waisya
dan Sudra.

Gambar 2.5.1.1
Sistem Kasta dalam agama Hindu

2.5.1 EMPAT TEMPOH
Dalam pemikiran tradisional India dalam agama Hindu, terdapat satu unit masa yang
dipanggil Yuga. Ia merupakan satu kitaran dunia dan ia dibahagikan kepada empat Yuga iaitu,
Satya Yuga (Krita Yuga), Treta Yuga, DvaparYuga dan KaliYuga.
Dalam Satya Yuga, kuasa Tuhan dirasakan oleh semua makhluk hidup. Semua orang boleh
berkomunikasi antara satu sama lain melalui fikiran mereka dan tidak mempunyai jurang
kehidupan antara dunia material dan dunia rohani. Pada Yuga ini, dunia ini tidak mempunyai
kesakitan, kesedihan, peperangan, agama dan manusia tidak merasai arus masa.
TretaYuga ialah satu zaman roh, dan manusia telah menemui masa, mencipta alat dan
menguasai dunia dengan fikiran mereka sendiri. Komunikasi fikiran manusia telah dihalang,
dan peperangan timbul.
Di Dvapar Yuga, manusia mula belajar sains dan mencipta banyak alat dan mula membuat
pemilihan antara rohani dan material. Manusia menyedari bahawa menjaga jarak dengan
orang lain dan berkomunikasi bergantung pada kata-kata. Pada zaman ini, wanita berpegang
kuasa.

11

Terakhir, manusia menyambut KaliYuga. KaliYuga adalah zaman material di mana lelaki
telah menggantikan Wanita untuk berpegang kuasa. Manusia mengejar kebendaan daripada
semangat. Kuasa dan Khurafat mula menguasai roh manusia dan kewujudan Tuhan hanya
dirasai oleh segelintir orang.

Gambar 2.5.2.1
Yuga

12

3.0 PERAYAAAN YANG DISAMBUT OLEH SETIAP KAUM
3.1 KAUM MELAYU
Sambutan perayaan hari raya bukanlah perkara yang asing yang dilakukan bagi orang islam
dan juga orang melayu. Hal ini kerana, ia menjadi suatu perayaan yang amat ditunggu oleh
mereka setelah berjaya berpuasa selama sebulan. Ia merupakan satu kejayaan besar bagi
mereka kerana berjaya menahan lapar dan dahaga selama sebulan. Sambutan hari raya ini
bukan satu perayaan bagi menyambut tahun baru seperti yang dilakukan oleh orang cina
namun ia merupakan perayaan yang tetap berlaku pada 1 Syawal iaitu bulan ke 10 pada
tahun- tahun hijrah.
Sebelum menuju ke bulan Syawal yang dimana mereka akan menyambut perayaan hari raya ,
mereka perlu menjalan bulan Ramadhan dimana terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan
antaranya, berpuasa, bazar ramadhan dan juga melakukan sembahyang tarawih. Terdapat
pelbagai aneka juadah yang dijual bagi menarik perhatian pembeli untuk membeli makanan
di bazar Ramadhan. Di samping itu, solat tarawih yang dilakukan oleh umat islam perlulah
dilakukan dengan penuh kesabaran dan juga kesyukuran.

Rajah 3.1 menunjukkan keadaan bazar ramadhan ketika bulan puasa.

13

Rajah 3.2 menunjukkan solat tarawih yang dilakukan ketika bulan puasa

Sambutan perayaan hari raya merupakan satu tanda kesyukuran kepada umat islam yang
berjaya berpuasa ketika bulan puasa. Antara perkara yang perlu dilakukan oleh umat zakat
tersebut perlu dilakukan sebelum berlakunya sembahyang hari raya.

Bukan sahaja itu, malahan mereka juga perlu melakukan satu tradisi iaitu dengan saling maaf
bermaafan, kunjung mengunjungi dan berkumpul antara satu sama lain. Ia merupakan satu
tradisi yang sangat membantu untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara sesama
mereka. Unsur – unsur seperti kesopanan, budi bahasa dan juga hormat menghormati
diterapkan dalam menyambut perayaan hari raya ini.

Juadah yang disediakan juga turut berbeza dengan makanan seharian, hal ini kerana terdapat
pelbagai aneka juadah seperti rendang, ketupat, lemang, kuih muih dan juga sebagainya. Bagi
orang melayu pakaian juga turut menjadi perhatian ketika menyambut sambutan hari raya.
Pakaian tradisional orang melayu iaitu baju kurung dan baju melayu menjadi tema utama
dalam menyambut hari lebaran.

Aspek kunjung mengunjungi dari satu rumah ke satu rumah adakan secara tidak langsung
memupuk sikap kasih sayang dalam sesebuah masyarakat. Bahkan pemberian duit raya
daripada tuan rumah kepada tetamu menjadi satu kebiasaan ketika menyambut perayaan ini.
Budaya seperti ini harus diteruskan bagi memupuk sikap kemasyarakatan dan secara tidak
langsung mengakis sikap kedekut dalam diri.Ibu bapa juga perlu turut membawa anak -anak
mereka untuk keluar menziarahi antara satu sama lain. Hal ini kerana seperti yang kita tahu,

14

remaja sekarang sangat tertumpu hanya kepada gajet tanpa bergaul dengan masyarakat luar.
Oleh itu jelaslah budaya orang melayu ini perlukan dijadikan contoh bagi kaum lain.

Rajah 3.3 menunjukkan meminta maaf dapat menjernihkan persengketaan dan
mengukuhkan hubungan dalam kekeluargaan.

3.2 BANGSA CINA
Tahun baru cina merupakan perayaan yang sangat ditunggu untuk disambut oleh masyarakat
minoriti. Perayaan ini dilakukan secara besar -besaran oleh bangsa cina dan ia juga disambut
pada hari dan bulan pertama kalender orang cina. Kemeriahan perayaan ini disambut bersama
keluarga dan juga orang -orang yang terdekat. Perayaan ini lazimnya disambut secara besar
besaran sebagai tanda kedatangan tahun baru.
Dari sudut mitos masyarakat cina , perayaan ini disambut beribu- ribu tahun dahulu. Namun
terdapat satu makhluk jahat yang bernama nian yang tujuannya ingin menangkap manusia.
Setiap 12 tahun mereka akan hidup dalam keadaan yang ketakutan akibat makhluk tersebut.
Kemudian mereka melakukan ikhtiar dimana mereka mendapati bahawa nian tersebut takut
akan reben merah , mercun dan juga bunga api. Maka mereka mula melemparkan reben ke
udara, meletupkan mercun dan bermain bunga api siang dan malam.( Nur Salihah Ismail,
2018)

15

Rajah 3.4 menunjukkan kemeriahan bermain mercun pada tahun baru cina

Upacara pertama yang dilakukan oleh bangsa cina adalah upacara makan bersama ahli
keluarga. Mereka akan berkumpul beramai- ramai dirumah orang tua mereka ataupun
menyambut di restoran dengan disajikan dengan pelbagai juadah yang menarik antaranya
ialah yee sang, kuih bakul serta makan besar dengan masakan tradisi seperti ayam pongteh,
ayam masak keluak dan juga rendang.Namun ia tidaklah dianggap membazir kerana mereka
akan makan mengikut kemampuan mereka dan tidak berlebihan.

Sebelum jamuan makan dimulakan bagi masyarakat di Melaka dan juga di Pulau Pinang

mereka akan melakukan penyembahan nenek moyang mereka terlebih dahulu. Bagi nenek

moyang yang telah meninggal mereka akan sajikan dengan buah- buahan yang diletakkan

diatas altar untuk dihidangkan kepada nenek moyang mereka yang telah meninggal. Selain

itu, Warna merah menjadi satu warna yang sangat sinonim ketika menyambut perayaan tahun

baru cina bagi membangkitkan kemeriahan ketika menyambut tahun baru cina (Adma Hasna,

2012) Asma Hasna (2012) .Siri Perayaan

Utama Malaysia: Tahun Baru Cina dan Wesak.Selangor: Pustaka Dasar Jaya Sdn Bhd

Masyarakat cina mempunyai pakaian tradisional yang menunjukkan ciri bangsa mereka iaitu
dengan berpakaian cheongsam. Bagi para wanita mereka akan memakai cheongsam atau
lebih dikenali sebagai sebagai baju panjang dan baju ini diperbuat daripada sutera dan juga
broked yang berwarna terang dengan ragam hias benang emas dan juga perak. Baju ini
asalnya panjang namun lama kelamaan ia menjadi pendek hingga ke paras lutut. Baju
cheongsam ini menjadi satu tradisi bagi masyarakat cina ketika menyambut tahun baru cina .

16

Rajah 3.5 menunjukkan busana cheongsam yang dipadankan oleh seorang masyarakat cina.
3.3 MASYARAKAT INDIA.
Bagi masyarakat india di Malaysia perayaan Thaipusam dan juga Deepavali merupakan
perayaan yang terpenting bagi masyarakat mereka. Masyarakat hindu merayakan sambutan
Deepavali pada setiap tahun dan perkataan deepavali itu sendiri bermaksud lampu yang
diambil dari perkataan dipa dan juga gavali yang bermaksud baris. Mereka mempunyai satu
tradisi yang dimana apabila menjelangnya perayaan Deepavali mereka akan mula menghias
rumah mereka dengan kelipan cahaya lampu yang berwarna. Mereka beranggapan bahawa
cahaya tersebut dapat menerangi kegelapan mereka dan juga ia menjadi satu tanda atas usaha
mereka melawan kejahatan.

Rajah 3.6 menunjukkan lampu yang dipasang sewaktu perayaan deepavali

17

Sebelum menjelang perayaan Deepavali mereka akan mula memasang lampu dan juga akan
memastikan keadaan rumah mereka dalam keadaan yang bersih dan cantik. Pada waktu pagi
mereka akan bersiap dengan berpakaian baru untuk pergi ke kuil bagi memulakan upacara
sembahyang. Pada awal pagi sebelum terbitnya matahari mereka akan menggunakan minyak
untuk menyucikan badan dan semangat. Ia bertujuan bagi menghapuskan sifat buruk dalam
diri seseorang dan minyak tersebut akan disapukan di kepala dan juga seluruh anggota badan.
Selain itu, mereka juga akan menghiasi rumah mereka dengan kolam yang mana diperbuat
daripada beras yang diwarnakan. Mereka akan meletakkan kolam tersebut di atas lantai
dengan pelbagai corak yang cantik dan juga unik. Kolam ini merupakan lambang
penyembahan dewa Lakshimi kerana mereka mempunyai kepercayaan bahawa dewa tersebut
akan mengunjungi rumah mereka melalui kolam tersebut.

Rajah 3.7 menunjukkan kolam yang diletakkan di atas lantai
Selepas itu, mereka juga akan mula melakukan sembahyang bagi memohon keampunan
daripada tuhan mereka iaitu Tuhan Laskhmi. Bahkan mereka juga melakukan upacara
sembahyang bagi orang yang telah meninggal kerana mereka percaya bahawa roh orang yang
meninggal akan sentiasa berdoa untuk ahli keluarganya. Pakaian tradisional yang dipakai
oleh mereka ialah sari bagi kaum Wanita dan dhoti bagi kaum lelaki

18

4.0 PAKAIAN TRADISIONAL
Pakaian tradisional ialah pakaian yang dipakai oleh tiga budaya utama di Malaysia, iaitu
Melayu, Cina dan India. Setiap budaya mempunyai etika berpakaian tradisional yang
dipengaruhi oleh agama dan boleh disesuaikan dengan pengaruh dan keadaan tempatan.
4.1 PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU
Baju tradisional Melayu merujuk kepada baju tradisional orang Melayu, terutamanya baju
Melayu dan baju kurung. Pakaian untuk lelaki Melayu ialah Baju Melayu. Biasanya ia
disertai dengan sejenis sarung iaitu sampin yang diikat di pinggang. Ia juga sering disertai
dengan songkok atau kopiah.

19

Wanita Melayu memakai baju kurung berlengan panjang berserta kain skirt yang labuh
hingga ke tumit. Para pemakai baju kurung juga akan mengenakan sehelai tudung bagi
melambangkan kepatuhan terhadap agama Islam yang mewajibkan penganutnya menutup
aurat. Satu lagi pakaian tradisional orang Melayu adalah kebaya, yang dijahit agak ketat
di bagian sisi badan. Baju ini hanya dipakai oleh golongan perempuan Melayu.Ia turut
dipakai oleh wanita pramugari dari Malaysia Airlines sebagai pakaian seragam pramugari.
Sebelum perkembangan Islam, Melayu wanita memakai "kemban", iaitu pemakaian kain
sarung yang diikat di atas dada. Baju Kurung juga digunakan untuk menghadiri majlis
perkahwinan, majlis agama, dan majlis rasmi. Di Malaysia, secara amnya seluruh wanita
melayu memakai baju kurung sebagai pakaian tradisi ini termasuk pakaian rasmi pelajar
sekolah rendah dan menengah. Cuma reka bentuk dan potongan baju kurung agak
berbeza-beza mengikut negeri.

Selaras dengan peredaran zaman, kini pelbagai busana rekaan moden telah muncul dan
diterima oleh masyarakat Melayu. Sungguhpun pada umumnya kita telah menerima
pengaruh moden dalam pakaian harian, namun baju kurung tetap menjadi pilihan kaum
wanita untuk digayakan. Bezanya, rekaan baju kurung sekarang lebih kontemporari tetapi
masih mengekalkan ciri-ciri keasliannya.

Selain terdapat perubahan pada potongan dan bentuknya, untuk menghasilkan rekaan
yang lebih moden dan kreatif, baju kurung juga dihiasi dengan sulaman, kerawang, manik
mahupun labuci. Material untuk menghasilkan baju kurung juga turut berubah. Kini,
terdapat pelbagai pilihan material antaranya satin, organza, chiffon, sutera, batik, linen
dan banyak lagi. Perubahan ini dilakukan untuk disesuaikan dengan keadaan semasa atau
majlis yang hendak dihadiri selain cuba meniru gaya potongan asing yang mungkin
bertujuan untuk kelihatan lebih anggun. Kini terdapat pelbagai variasi baju kurung dan ia
dikenali sebagai Baju Kurung Moden.

Walaupun baju kurung telah mengalami evolusi selaras dengan perubahan masa dan
citarasa pemakai, namun rekaannya masih sama. Ia tetap selesa dan manis dipakai selain
menampakkan kesopanan gadis Timur dan keunggulan budaya Melayu.

20

BAJU KEBAYA
Satu lagi pakaian tradisional orang Melayu adalah kebaya, yang dijahit agak ketat di
bagian sisi badan. Baju ini hanya dipakai oleh golongan perempuan Melayu.Ia turut
dipakai oleh wanita pramugari dari Malaysia Airlines sebagai pakaian seragam pramugari.
Sebelum perkembangan Islam, Melayu wanita memakai "kemban", iaitu pemakaian kain
sarung yang diikat di atas dada.

21

4.1.2 PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA
Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam bahasa dialek Kantonis. Samfoo
dipakai oleh lelaki berketurunan Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan
terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar. Pakaian
tradisional ini bukan pakaian tradisional kaum Cina. Ia diperkenalkan sewaktu Dinasti
Ching. Ia adalah pakaian tradisional kepada Orang Manchu. Changshan adalah sejenis
pakaian tradisional cina yang dikatakan berbaju panjang. Seperti cheongsam juga,
changshan selalunya dipakai oleh kaum lelaki khususnya. Ia berasal dari Piyin Changshan
pada zaman dahulu.
Pakaian tradisional cina ini boleh dipakai untuk menghadiri majlis rasmi dan beberapa
acara yang sesuai. Ia juga dikatakan pakaian yang selalu digunakan oleh golongan kelas
atasan.

22

Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas
dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan
kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di
dalam majlis dan upacara.
Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-
upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina.
Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut.
Cheongsam dipakai ketat dan terbelah di kiri dan kanannya.

23

4.1.3 PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA
Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang
berwarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana
generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut.
Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian
pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkutkan pada bahu. Kemudian kain
tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang
berwarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti.

Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian
dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang
berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga
lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan
lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat
dan singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri.
Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya
tidak terurai.

24

Dari pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai berwarna gelap seperti merah,
biru, hijau dan ungu. Warna- warni ini lebih menarik untuk sari yang dipakai pada
musim perayaan. Pemilihan corak pula adalah mengikut si pemakai. Ada yang
lebih suka bercorak tumbuh- tumbuhan dan ada juga yang lebih suka bercorak
haiwan. Untuk menjadikan si pemakai kelihatan menarik, kebanyakan mereka
memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat. Ini akan
menyerahkan lagi kecantikan si pemakainnya. Walau apapun pemilihan warna
biasanya dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakai.

25

5. 0 MAKANAN TRADITIONAL

Negara Malaysia terkenal dengan keperlbagaian bangsa, agaman dan budaya. Malaysia terdiri
daripada pelbagai kaum termasuk kaum Melayu, Cina dan India. Ketiga-tiga kaum ini
mempunyai sejarah tentang makanan tradisional sendiri yang melambangkan identiti kaum
masing-masing selain mengetahui keunikan yang ada pada setiap jenis makakan tersebut.
Pada hari ini, makanan bukanlah menjadi penghalang untuk mengeratkan hubungan antara
sesama kaum seperti nasi lemak, laksa, asam pedas bukan hanya dimakan oleh kaum Melayu.
Yee sang, chang shou mian bukan sahaja dimakan oleh kaum Cina. Nasi daun pisang serta
biryani bukan sahaja di makan oleh kaum India tanpa mengira bangsa dan kaum, makanan ini
dimakan oleh sesiapa sahaja, bukan mengira Melayu, Cina mahupun India. Pada hari ini, kita
melihat orang Cina menjual asam laksa dan nasi lemak, manakala orang Melayu memakan mi,
kueh tiaw, yong tau foo, roti naan, capati dan tosai. Demikian pula orang India makan apa
saja yang dimakan oleh rakan mereka dalam kalangan Melayu dan Cina.

Masyarakat dapat mengenali dengan lebih mendalam makanan yang terkenal antara tiga
bangsa terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India selain mengetahui keunikan yang
ada pada setiap jenis makanan tersebut di mana makanan tradisi ini pula mempunyai
keunikan yang tersendiri yang mampu menarik kaum lain untuk merasa. Terdapat pelbagai
jenis makanan dari kaum masing-masing seperti:

KAUM MELAYU

Hampir setiap masakan Melayu dihidang bersama dengan nasi, makanan ruji kepada orang
Melayu dan juga kebanyakan etnik lain di Asia. Walaupun terdapat banyak jenis makanan
dalam masakan Melayu, biasanya semua dihidangkan sekaligus, tanpa turutan sajian seperti
dalam budaya Barat. Cuba amalkan semula makanan tradisional kerana ia mempunyai
kebaikan dan khasiatnya yang tersendiri disamping dapat mengembalikan kenangan makanan
lama suatu zaman dahulu. Makanan Tradisional Melayu yang semakin dilupakan. Walaupun
kebanyakkan makanan tradisional Melayu yang kami senaraikan di atas masih popular dan
sentiasa dikeluarkan secara komersial tetapi ianya semakin dilupakan. Ramai yang tidak
sedar bahawa mereka masih dikelilingi dengan pelbagai jenis makanan tradisional Melayu.
Hidangan makanan tradisional Melayu di atas mudah untuk disediakan, sangat sedap dan

26

menepati citarasa ramai. Kita harus sama-sama pelihara makanan-makanan tradisional
Melayu warisan nenek moyang yang terdahulu supaya hidangan tradisi ini tak lapuk dek
hujan, tak lekang dek panas.

NASI LEMAK
Nasi lemak rasanya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Sudah terkenal di seluruh dunia.
Pelancong asing yang berkunjung di Malaysia juga selalunya akan memilih nasi lemak
sebagai sarapan pagi untuk dicuba. Nasi lemak adalah contoh makanan kaum Melayu yang
boleh dijadikan makanan kebangsaan Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi kegemaran orang
Melayu tetapi turut dipelopori oleh kaum Cina dan India. Nasi lemak dahulunya dihidang
untuk sarapan pagi tetapi pada masa kini dijadikan hidangan tengah hari dan malam. Ia juga
turut dihidang Nasi lemak tidak akan lengkap tanpa adanya sambal ikan bilis yang sangat
lazat dan menjadi kegilaan ramai. Namun, ia juga boleh dimakan bersama lauk-lauk lain
seperti rendang ayam, sambal ayam dan macam-macam lagi. Nasi lemak, sejenis nasi yang
dimasak dalam santan pekat mungkin merupakan hidangan Melayu paling terkenal yang
mudah didapati di setiap pekan dan kampung Melayu serta dianggap hidangan kebangsaan
Malaysia.

27

LAKSA
Laksa merupakan antara makanan kegemaran rakyat Malaysia yang enak dimakan pada bila-
bila masa. Hidangan ini mempunyai keunikan sajian tersendiri yang bergantung pada negeri
asalnya. Terdapat beberapa jenis laksa di Malaysia yang mempunyai rasa dan versi masakan
tersendiri yang sangat unik mengikut cara masakan tradisional. Kenali beberapa jenis laksa di
Malaysia yang boleh dinikmati. Laksa pun tidak kurang hebatnya juga seperti makanan lain.
Bahkan laksa mempunyai peminat yang tegar khususnya di kawasan utara semenanjung
Malaysia.Terdapat pelbagai jenis laksa yang berbeza-beza mengikut lokasi dan negeri. Antara
versi laksa yang terkenal ialah seperti Laksa Penang, Asam Laksa, Laksa Johor, Laksa Pulas
Kuala Kangsar, Laksa Terengganu, Laksa Kuala Perlis, Laksa Kedah, Laksa Sarawak, Laksa
Gebok Pahang dan Laksam. Antara laksa yang cukup terkenal dalam kalangan orang
Malaysia adalah Asam Laksa atau lebih dikenali sebagai Laksa Pulau Pinang. Ia digemari
ramai kerana kelazatan kuah isi ikan yang mempunyai gabungan rasa masam, manis dan
pedas. Asam Laksa juga merupakan antara hidangan yang dinobatkan sebagai makanan
terbaik di dunia oleh CNN. Makanan ini disajikan bersama hirisan timun, bawang, cili merah,
ayam, telur rebus, limau, daun pudina dan sambal belacan.

28

ASAM PEDAS
Asam pedas merupakan antara makanan tradisional Melayu yang terkenal di seluruh
Malaysia terutamanya di Melaka dan Johor.Hidangan yang popular ini menggunakan ikan
kembung, ikan terubuk, ikan merah, ikan tenggiri dan lain-lain sebagai bahan utama asam
pedas mengikut kesesuaian. Tahukah anda, dengan sedikit tambahan belacan boleh
menjadikan asam pedas sangat sedap dan berbau harum. Rasa dan resipi asli asam pedas
Melaka yang sinonim dengan negeri ini perlu dikekalkan dan dipelihara kerana ia warisan
yang begitu berharga. Kebanyakan chef terkenal dan berpengalaman yang ditemui berkata ini
kerana resipinya agak berbeza berbanding hidangan asam pedas di negeri lain sehingga
menjadi masakan istimewa Melaka yang sering dicari pelancong tempatan mahupun luar
negara yang ingin merasai keenakannya.

29

2) KAUM CINA
Bagi kaum Cina pula bahan utama dalam masakan mereka ialah bahan soya (tahu, taucu,
kicap soya) cendawan, bunga lily, biji-bijan dan lain-lain. Minuman iringan bagi kaum Cina
ialah teh Cina dan manisan kegemaran mereka ialah buah-buahan segar dan manisan
berasaskan kekacang. Kebanyakan masakan Cina di negara kita ini, kebanyakan resipinya
berasal dari Negera China seperti yong tau foo, char koay teow, dim sum dan lain-
lain. Makanan tradisional Cina memang masih dikekalkan hingga hari ini. Malah, terdapat
juga restoran-restoran masakan Cina semakin banyak mempelopori dunia masakan. Restoran
masakan Cina yang halal juga sudah semakin banyak di Malaysia. Selain uniknya hidangan
masyarakat ini, ia juga begitu enak dan boleh diterima oleh seluruh masyarakat. Agaknya, ini
lah antara sebab makanan tradisional Cina masih diteruskan sehingga hari ini.

YEE SANG ATAU YUSHENG
Yee Sang atau juga dikenali dengan nama Yusheng adalah makanan yang terdiri dari aneka
salad dan ikan. Campuran kesemua bahan ini menjadikan hidangan ini berwarna-warni dan
sangat menarik. Hidangan ini biasanya dihidangkan menjelang sambutan Tahun Baru Cina.
Ia adalah lambing kemakmuran, kemewahan dan juga kekayaan. Masyarakat Cina
mempercayai bahawa ikan adalah pembawa rezeki dan hidangan yee sang telah wujud sejak
Dinasti Song lagi. Ia merupakan masakan yang akan dihidangkan sempena upacara

30

keagamaan. Yee Sang diperbuat daripada potongan ikan terutamanya ikan salmon
segar,kacang tanah,cili,lobak putih,lobak merah,halia, daun limau purut,daun parsli cina,biji
bijan bakar dan udang kering goreng. Kuahnya atau penambah rasanya pula diperbuat
daripada sos plum. Menjelang sambutan Tahun baru Cina, masyarakat Cina akan memasak
makanan tradisional ini. Semasa hendak menikmatinya, yee sang akan digaulkan dengan
mengangkatnya tinggi menggunakan kayu penyepit sambil melaungkan ‘Lo Hei’ beramai-
ramai. Semakin tinggi melambungkannya, ia membawa maksud rezeki mereka akan semakin
mewah.

CHANG SHOU MIAN
Chang Shou Mian merupakan mee telur Kantonis paling nipis serta diperbuat daripada tepung
gandum. Ia warna kuning keemasan serta sedikit kenyal antara ciri-ciri
istimewanya.Teksturnya yang sedikit kenyal dan sedikit lembut adalah disebabkan
penggunaan air soda yang digunakan dalam membuat doh. Ia kemudiannya digoreng serta
dikeringkan.Ia mengambil masa selama dua minit untuk direbus dalam air rebusan. Makanan
ini melambangkan umur panjang seseorang. Mee ini tidak digalakkan untuk dipatahkan
semasa makan kerana ia menandakan umur yang panjang. Mee chang shou mian ini biasanya
disajikan semasa sambutan hari lahir atau tahun baru. Ia biasanya dihidangan bersama sayur –
sayuran seperti sawi, cendawan dan juga cili.

31

DUMPLING ATAU JIAOZI
Dumpling atau juga dikenali sebagai Jiaozi, di mana kulitnya diperbuat daripada tepung
gandum. Biasanya ia berintikan isi yang pelbagai jenis seperti udang segar, daging dan juga
sayur-sayuran seperti cili, halia, cendawan serta herba. Dumpling merupakan masakan
tradisional cina yang berkhasiat. Ini kerana ia dimasak secara rebus pada suhu yang perlahan
berbanding memasak lauk-lauk yang lain. Selain direbus, ia jug boleh dimasak dengan cara
lain seperti digoreng dan dikukus. Makanan tradisional cina ini juga membawa maksud ‘duit
datang’ kerana bentuknya seakan sejenis wang buatan emas atau perak pada zaman dahulu
atau lebih disebut Yuanbao. Pada zaman dahulu, dumpling menjadi seperti ubat di mana
mereka yang dijangkiti pelbagai penyakit akan diberi dumpling. Ia sangat berkesan
menyembuhkan kerana intinya mengandungi herba-herba yang berkhasiat.

32

3) KAUM INDIA
Masakan India yang dibawa oleh etnik India di Malaysia ini telah sebati dengan jiwa dan raga
rakyat Malaysia. Biarpun makanan kaum India diperbuat dari rempah ratus yang berbeza,
namun ia memiliki keenakan yang tersendiri. Daun kari, minyak sapi, serbuk kari, pelbagai
rempah, herba serta sayuran antara bahan yang sering digunakan dalam masakan India
terutama bagi pengamal vegetarian. Kepercayaan agama serta budaya India telah memberi
pengaruh dalam sesuatu masakan. Masyarakat India sememangnya kaya dengan pelbagai
jenis makanan. Ia bukan sahaja digemari oleh kaum India, malah mendapat perhatian ramai.
Selain kaum India sendiri, kaum Melayu dan juga Cina sangat menggemari hidangan mereka.
Mungkin ada yang tidak menggemari makanan India, namun ia tetap mendapat sambutan
kerana keunikan hidangan mereka. Bagi kaum India yang berada di Malaysia, ada juga yang
sudah melupakan hidangan asli mereka. Biarpun anak muda semakin melupakannya, namun
bagi mengekalkan tradisi, makanan tradisional harus dipertahankan. Pelbagai makanan serta
minuman kaum India yang begitu enak dan unik boleh anda nikmati tanpa perlu terbang jauh
hingga ke benua India.

NASI DAUN PISANG
Nasi daun pisang antara makanan tradisi yang masih kekal sehingga hari ini. Masyarakat
India sering menggunakan daun pisang sebagai alas makanan pengganti pinggan. Ia
dipercayai boleh membantu sistem penghadaman seseorang. Nasi daun pisang ini akan
dihidangkan bersama pelbagai jenis sayuran, kari ikan mahupun daging, jeruk dan juga

33

papadom. Hidangan ini biasanya diletakkan dengan kuah kari sahaja tanpa daging kerana nasi
daun pisang ini merupakan makanan vegetarian bagi masyarakat India. Biasanya untuk
menikmati hidangan ini adalah dengan menggunakan tangan bagi mengekalkan tradisi
masyarakat ini. Biryani Ada yang menyebutnya biryani, beryani, biriani mahupun nasi
briyani. Ia antara hidangan masyarakat India yang menggunakan pelbagai jenis rempah ratus
bermula dengan ketumbar hinggalah buah pelaga.Biasanya hidangan menggunakan beras
basmathi yang memiliki ciri-ciri khas. Hidangan ini sering dimakan bersama kari kambing
mahupun kurma.

AYAM TANDOORI
Hidangan ayam yang disediakan oleh memanggang ayam awet dalam yogurt dan rempah-
rempah di dalam tandoor, ketuhar silinder tanah liat. Ia merupakan hidangan yang berasal
dari benua India, dan telah menjadi sajian yang dicari di bahagian-bahagian lain di dunia.
Ayam tandoori sememangnya terkenal di mana jua, sama popular dengan nasi beriyani. Ia
digelar ayam tandoori kerana proses memasaknya yang bernama tandoori. Sebelum ayam
dipanggang dalam oven, ia akan perap terlebih dahulu dengan rempah ratus yang telah
dikhaskan. Ia kemudiannya dipanggang dengan suhu yang sangat tinggi sehingga mencapai
300 darjah Celsius.Bahan-bahan yang digunakan sebagai perapan adalah seperti minyak
mustard, garam masala, garam, yoghurt, serbuk ketumbak, serbuk cili, serbuk jintan serta
rempah khas India iaitu kasoori merthi.Ayam tandoori enak dimakan bersama roti naan, atau
nasi beriani. Hidangan ini juga cukup terkenal di serata dunia. Perkara yang paling baik
tentang hidangan ini, adalah bahawa ia sangat mudah.

34

BIRYANI
Biryani ialah hidangan India klasik yang sering dihidangkan pada majlis perkahwinan dan
perayaan. Walau bagaimanapun, ia adalah hidangan biasa yang kadang-kadang dibuat di
rumah untuk makan malam juga. Ia biasanya menambah yogurt, garam, serbuk cili merah,
biryani masala, kunyit, halia, pes bawang putih, jus lemon, serbuk buah pelaga dan gaulkan
bersama. Dan masukkan ke dalam periuk untuk masak bersama nasi. Kami mempunyai Wet
Masala Grinder (Conventional Wet Masala Grinder, Chutney Masala Grinder) untuk
membantu anda mengisar sos halia, bawang putih, cili, kunyit dan lain-lain. Biryani
merupakan hidangan nasi campur dari Benua Kecil India. Di Utara India, ia secara tradisinya
dikaitkan dengan masakan Mughlai dan di India Selatan, ia secara tradisinya dikaitkan
dengan masakan Hyderabadi. Masakan ini merupakan salah satu pengaruh utama
Tamadun Islam di India.

35

RUJUKAN
1) Dr Hasnah Hussiin. 2020. Penubuhan Malaysia Satukan Pelbagai Kaum
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/09/730526/penubuhan-malaysia-
satukan-penduduk-pelbagai-kaum
2) Office of International Religious Freedom. (2021, May 7). Malaysia. United States
Department of State
https://www.state.gov/reports/2020-report-on-international-religious-freedom/malaysia/
3) Duan Deris, 7 April 2020, Makanan Tradisional Melayu Paling Popular di Malaysia.
https://cariblogger.com/makanan-tradisional-melayu/
4) Itawrah 2021, Makanan Tradisional India Unik Dan Terbaik.
https://saji.my/makanan-tradisional-india/
5) https://ms.wikipedia.org/wiki/Kaum-kaum_di_Malaysia
6) Asma Hasna. (2012) Siri Perayaan Utama Malaysia: Tahun Baru Cina dan
Wesak.Selangor: Pustaka Dasar Jaya Sdn Bhd
7) Mohd Faqih Baharudin (2012) Interaksi Mualaf India dengan Keluargaa Bukan Islam
Ketika Sambutan Perayaan Agama Hindu. Selangor: 73-84

36

KESIMPULAN
Kesimpulannya, untuk memupuk perpaduan di Malaysia, setiap kaum hendaklah bersepakat
dan bertolak ansur supaya perpaduan yang diinginkan dapat dibentuk.Sifat toleransi dan tolak
ansur yang diamalkan oleh pelbagai kaum menunjukkan mereka bersedia menerima bangsa
yang lain. Sebagai rakyat Malaysia, adalah tugas kita bagi mewujudkan perpaduan di mana
asas perpaduan telah disediakan dengan kesepakatan kaum yang ada. Kita haruslah
mewujudkan pelbagai usaha menuju perpaduan kaum dan antara usaha yang perlu dilakukan
dengan cara kita mengenali setiap kaum dan budaya yang diamalkan oleh mereka. Dengan ini,
kita dapat menerima budaya lain supaya tolak ansur dan perpaduan dapat dipupuk dalam diri
setiap individu yang nenetap di Malaysia. Jadi, dengan memahami dan mempelajari tentang
adat atau budaya kaum lain, maka rakyat Malaysia dapat mencapai matlamat penting yang
bukan setiap negara ada iaitu perpaduan di antara kaum yang menetap di dalam negara.

37


Click to View FlipBook Version