The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1008-27-syanisah, 2023-02-16 22:27:08

Tugasan 1 BMMB1104 - SYANISAH BINTI CHONG YIN KONG

TUGASAN 1 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Keywords: bmmb1104,sastera,budaya,kerja kursus

NAMA PELAJAR : SYANISAH BINTI CHONG YIN KONG ANGKA GILIRAN : 2022012310024 NOMBOR MATRIKS : P22010013 NOMBOR KAD PENGENALAN : 040611120834 KUMP/SEMESTER : BM / SEM 2 KOD KURSUS : BMMB1104 NAMA KURSUS : KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU PENSYARAH KURSUS : PUAN RODZITA BINTI YAHAYA TARIKH HANTAR : 17 FEBRUARI 2023 “SEPAKAT DAN KOLEKTIF MENJULANG KECEMERLANGAN”


Menurut Ali Ahmad, perkataan “sastera” berasal daripada bahasa Sanskrit “castra” yang membawa maksud kitab suci. Berikut merupakan beberapa pendapat ahli bahasa berkenaan dengan konsep kesusasteraan Melayu: 2.0 Konsep Kesusasteraan Melayu 2.1 Takrif Kesusasteraan Melayu Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "kesusasteraan" ditakrifkan sebagai seni yang menggambarkan keindahan dengan bahasa seperti novel,sajak dan lain-lain. Melihat konteks ini, kesusasteraan Melayu dapat ditakrifkan sebagai hasil seni yang menggambarkan atau menonjolkan keindahan bahasa Melayu yang berbentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri istimewa tersendiri. 2.1.2 Konsep Kesusasteraan Melayu menurut tokoh-tokoh Menurut Harun Mat Piah, kesusasteraan bermaksud segala penghasilan sastera yang dinikmati atau disampaikan melalui tulisan dan pembacaan serta melalui lisan dan pendengaran. Bagi Muhammad Hj Salleh pula, kesusasteraan merujuk pada karya-karya lisan serta juga tulisan yang membawa unsurunsur cereka dan disampaikan melalui bahasa dan pelbagai perkataan.


Jenis Prosa Tradisional Cerita Mitos : Cerita yang bersifat dogeng dan berfungsi sebagai penerangan sesuatu kejadian tersebut dan berkait rapat dengan kepercayaan agama. Cerita Jenaka : Cerita rakyat yang mempunyai unsur lucu yang menggelikan hati. Cerita Binatang : Cerita yang menjadikan haiwan sebagai watak utama. Cerita Penglipur Lara : Bentuk cerita rakyat yang disampaikan secara lisan. 2.0 Konsep Kesusasteraan Melayu 2.2 Jenis, Bentuk dan Ciri-ciri Cerita Lagenda : Cerita yang mengisahkan sejarah sesuatu tempat, peristiwa masa silam dan perjuangan tokoh-tokoh hebat. DRAMA: Cerita yang diceritakan dalam bentuk lakonan oleh para pelakon yang menjadi watak-watak dalam kisah tersebut. NOVEL: Kisah rekaan yang panjangnya dalam bentuk prosa dan mengisahkan peristiwa yang memang berlaku atau yang bersifat imaginatif. CERPEN: Kisah rekaan ringkas yang mempunyai panjang antara 500-15,000 Patah perkataan Jenis Prosa moden


SYAIR: Merupakan ciptaan dan kepunyaan orang Melayu yang mendapat pengaruh Arab dan Parsi. PANTUN: Untuk menyampaikan pemikiran dan perasaan Jenis Puisi Tradisional GURINDAM: Mengandungi nasihat, pengajaran, kebenaran dan pernyataan perasaan cinta. SELOKA: Berarah lebih kepada pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi jenaka, gurau senda atau olokan. Jenis Puisi Moden SAJAK: Merupakan puisi moden yang berbentuk bebas dan tidak terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris, rangkap, rima dan sebagainya.


BENTUK PROSA TRADISIONAL BENTUK PROSA MODEN CERPEN -Mimesis atau peniruan -Cerpen beralasan -Cerpen mimpi NOVEL -Fiksyen -Bukan Fiksyen BUKAN NARATIF -Terdiri daripada genre seperti Pantun , Seloka dan Gurindam. NARATIF -Puisi yang berbentuk naratif terdiri daripada genre Syair sahaja. BENTUK PUISI TRADISIONAL BUKAN NARATIF -Terdiri daripada 5 genre: sastera undang-undang, kitab, ketatanegaraan dan keputakaan ilmu tradisional. NARATIF -Terbahagi kepada dua: Lisan dan bukan lisan. -Naratif lisan dipecahkan kepada mitos, lagenda dan cerita rakyat seperti cerita binatang, jenaka dan sebagainya. -Naratif bukan lisan merupakan genre yang berbentuk seperti sastera sejarah, hikayat,agama dan sebagainya. DRAMA -Drama Sandiwara -Drama Realisme -Drama Absurd


RANGKAP -Tiada had rangkap SUKU KATA -Tidak terikat pada jumlah suku kata RIMA -Mungkin terdapat di awal, tengah atau hujung rangkap memberi rentak yang menarik BENTUK PUISI MODEN BARIS -Jumlah baris dalam rangkap boleh berbeza Ciri Prosa Tradisional CERITA JENAKA ~Watak dan perwatakan : Pak Kaduk-Bodoh ~Plot cerita: Mempunyai kronologi ~Latar: latar masyarakatpetani ~Tema ~Bentuk : Naratif ~Gaya bahasa ~Fungsi CERITA BINATANG ~Watak dan perwatakan ~Plot cerita ~Isi karya MITOS ~Dianggap suci ~Berlaku pada masa silam LAGENDA ~Dianggap benar oleh penduduk ~Latar geografi dirujuk ~Menonjolkan kehebatan bangsa


Ciri Prosa Moden NOVEL -Lebih panjang dan kompleks (lebih daripada 40 000 Patah perkataan) -Menceritakan tentang watak dan perwatakan dalam kehidupan. -Tidak terikat oleh sebarang bentuk atau format. DRAMA -Mengandungi konflik dan aksi -Harus dilakonkan -Tempoh masa kurang dari 3 jam. CERPEN -Jalan cerita yang pendek. -Tidak melebihi 10 000 patah perkataan. -Memiliki alur cerita tunggal dan lurus. Ciri Puisi Tradisional PANTUN -Mempunyai empat hingga lima patah perkataan sebaris. -Rima akhir ialah a, b, a, b. -Dua baris pertama merupakan pembayang. SYAIR -Mengandungi empat baris serangkap. -Semua baris merupakan isi atau maksud -Rima akhirnya ialah a,a,a,a. GURINDAM -Mempunyai dua baris atau lebih serangkap -Rima akhir gurindam ialah a,a. -Sebagai wadah untuk memberi nasihat atau buah fikiran untuk dijadikan panduan masyarakat. Ciri Puisi Moden SAJAK -Mempunyai rima bebas. -Merupakan catatan hati. -Mengandungi bahasa yang indah. -Ungkapan kata dipengaruhi oleh unsur lagu, irama, dan keharmonian bunyi.


Fungsi 3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu Hiburan Dakwah Pendidikan Kritikan Sosial Hasil karya sastera adalah terhasil dari kesedaran dan keinginan pengarang untuk berkonsi maklumat dan pengalamannya. Oleh itu, berikut merupakan fungsi-fungsi karya sastera Melayu: Hiburan Terdapat sesetengah karya sastera yang dilahirkan bertujuan untuk keseronokan kepada masyarakat. Hiburan terhasil daripada kemampuan karya sastera untuk membelai emosi melalui keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama dan rentak yang tersusun, unsur kelucuan yang dimasukkan dan sebagainya. Pada zaman duhalu, cerita-cerita rakyat akan diceritakan pada waktu lapang bagi menghilangkan kebosanan dan juga sebagai cerita-cerita yang diceritakan semasa berkumpul selepas penat bekerja di siang hari. "Pandai-pandai wahai pak pandir Anak dipijak dagang dijinjing Kucing dibunuh tikus dibela Harta habis badan tergadai ..." Contoh: SELOKA PAK PANDIR


Dakwah Karya sastera Melayu sebenarnya menyembunyikan pesan-pesan yang hendak disampaikan kepada khalayak pembaca yang mengandungi unsur-unsur dakwah yang menyampaikan pesan suci Tuhan agar patuh kepada suruhanNya. Pertemuan antara agama dengan kesusasteraan pada dasarnya terlihat daripada realiti peradaban Islam sebagai agama Rahmatan Lil Alamin. Penyampaian dakwah dalam karya sastera adalah melalui aneka bentuk, ragam estetika, metafora, simbol-simbol, subjek dan objek yang ada dalam kehidupan. Hikayat "Qisas al-Anbia" yang menceritakan kisah kesungguhan para nabi dan Rasul dalam menyampaikan seruan Islam kepada umat manusia dan gambaran mukjizat serta pertolongan Allah SWT kepada para nabi semasa menghadapi ujian-Nya.


Fungsi lain karya sastera adalah untuk memberi pengajaran,nasihat atau pesanan kepada masyarakat. Oleh itu, karya sastera menjadi satu wadah yang sering digunakan untuk memberi kesedaran, mengubah pemikiran, serta memberi peluang kepada masyarakat untuk menyerap nilainilai moral yang dibawa Pantun ini membawa dalamnya. nilai rajin, iaitu ingin menyampaikan bahawa kita mestilah sentiasa rajin belajar dan berusaha menuntut ilmu agar menjadi insan yang cemerlang dan berjaya dalam hidup. Pendidikan " Budak-budak berkejarkejar, Rasa gembira bermain di sana, Kalau kita rajin belajar, Tentu kita akan berjaya."


Kritikan Sosial Terdapat karya sastera yang merakam, mengali dan menyelongkar kehidupan manusia daripada pelbagai sudut pandangan. Karya-karya ini akan mengolah pengalaman-pengalaman tersebut menjadi suatu karya kreatif yang menekankan keindahan dalam sifatnya. Justeru, karya sastera berfokuskan pertalian antara masyarakat, kehidupan dan manusia yang mempunyai konteks susun lapis yang mewujudkan jurang antara mereka. Hal ini akan mempengaruhi tingkah laku yang dipaparkan dari segi menegur, mengkritik mahupun menyampaikan mesej. Selalunya, karya yang berunsurkan kritikan sosial akan menegur pemimpin-pemimpin yang gagal melaksanakan tugas secara berintegriti dan amanah. Novel yang bertajuk Harga Sebuah Maruah, hasil karya Azizi Haji Abdullah yang menceritakan seorang rakyat kerdil di sebuah perkampungan terpencil yang memperjuangkan haknya ke atas sebidang tanah warisan yang perlu dipertahankan dengan menentang akta dan undang-undang yang mewakili arus pembangunan. "... Dalam hidup Dalam hidup ini kita tidak harus terus di belenggudengan tekanan yang melulu. Kita harus berani untuk membebaskan diri tanpa rasa ragu kerana itu hak kita tetapi jangan sampai membelakangi undang-undang.” [Dalam petikan di atas, jelas memperlihatkan bahawa konsep perjuangan yang berasaskan pertimbangan akal.]


4.0 Manifestasi Akal Budi dalam Pantun Pantun merupakan manifestasi terbaik dalam seni sastera orang Melayu. Menerusi pantun, kita dapat mengkaji struktur sosial bangsa Melayu lama, akal budi, sikap, pemikiran, aktiviti kehidupan dan falsafah hidup mereka. Pantun Nasihat Puas sudah menanam ubi, Nanas juga dipandang orang, Puas sudah menanam budi, Emas juga dipandang orang. Aspek pemikiran pantun ini dapat dilihat melalui aspek pemilihan diksi pembayang yang berkaitan dengan alam, iaitu buah nanas dan ubi. Nanas berbau harum apabila dimasak. Maka, nanas cuba dibandingkan dengan umas yang menarik perhatian masyarakat. Berbeza pula dengan ubi, ubi dikaitkan dengan sifat orang yang berbudi yang tidak suka menonjolkan diri yang sama seperti ubi yang berisi tetapi tetap berada di dalam tanah. Keseluruhannya, akal budi dalam pantun ini memberi pengajaran kepada masyarakat supaya jangan mengejar sesuatu yang nampak istimewa daripada luaran sahaja seperti harta benda, tetapi lebih memberi orang yang banyak berbudi kepada kita perhatian.


"Kusangka nanas di padang, Rupanya pandan yang berduri, Kusangka panas hingga ke petang, Rupanya hujan di tengah hari." Diksi pembayang juga melibatkan alam, iaitu nanas dan pandan. Pembayang membawa maksud bahawa dari jauh, boleh kelihatan pokok buah nanas, namun rupanya pokok tersebut hanyalah pokok pandan yang nampak seperti nanas tetapi tidak berbuah. "Kusangka panas hingga petang" memberi maksud pengarang berharap keadaan yang baik dan selesa tetapi kecewa. Perasaan kecewa boleh dilihat pada "Rupanya hujan di tengah hari" yang mneyatakan keadaan tidak baik seperti yang diharapkan. Kesimpulannya, pantun ini ingin memberitahu apa yang disangka dan diharapkan tidak menjadi kenyataan. Pantun Harapan


"Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan." Pembayang bagi pantun ini merupakan cempedak yang mahu dipetik pada pokok. Pokok Cempedak merupakan pokok rendang, ketinggiannya boleh mencapai maksimum 25 m, tetapi buahnya tumbuh dipangkal pokoknya dan bukan di dahannya. Galah juga bukan alat yang sesuai untuk memetik buah itu, sebab buah cempedak tidak memerlukan galah kerana boleh dipetik begitu sahaja. Kesimpulannya, pantun ini ingin memberitahu sebagai individu yang ingin belajar, kita mestilah merendah diri untuk menuntut ilmu daripada orang yang lebih pakar. Pantun Merendah diri


Flipbook ini mengandungi penjelasan mengenai pelbagai aspek dalam karya sastera Melayu seperti jenis, bentuk dan ciri-ciri karya sastera. Seterusnya, dalam buku ini juga terkandung fungsi-fungsi karya sastera dan manfestasi dalam pantun Melayu. Hasil ini merupakan tugasan 1 bagi kursus Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Segala kekurangan adalah datang daripada pihak saya. Oleh itu, terimalah sebuah pantun sebagai penutup: Pergi memancing di Sungai Nila, Nila dipancing di hari senja, Salam undur dari saya, Harap salah silap dimaaf semuanya.


Click to View FlipBook Version