The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurin batrisyia, 2021-04-18 09:07:59

Dato’ Jaafar bin Haji Muhammad

Tokoh Pemimpin Johor

TOKOH PEMIMPIN JOHOR

DATO’
JAAFAR
BIN HAJI
MUHAMMAD

STUDENT LEADERS BOARD (SLB)

PENGENALAN DIRI

NAMA PESERTA : NURIN BATRISYIA BINTI
KAMARUDZAMAN

KELAS : 5 BAIDURI

ALAMAT E-MAIL :
[email protected]

SEKOLAH : SMK TAMAN NUSA DAMAI

ALAMAT SEKOLAH :
JALAN DAMAI UTAMA,
TAMAN NUSA DAMAI,
81700 PASIR GUDANG,
JOHOR.

i

PENGHARGAAN
Di kesempatan ini, saya Nurin Batrisyia Binti Kamarudzaman ingin merakamkan jutaan

terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Cikgu Hanani merangkap guru pembimbing
Student Leaders Board (SLB) dan juga guru-guru bimbingan saya yang lain iaitu Cikgu Salimah
dan Cikgu Yushida kerana telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya.

Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya, iaitu Puan Zairisma Binti Mohamed
Zainuri dan Encik Kamarudzaman Bin Mohd Aini atas dorongan dan sokongan serta kelengkapan
yang disediakan kepada saya sepanjang buku skrap digital ini dihasilkan.

Selain itu, ucapan penghargaan turut ingin saya berikan kepada rakan seperjuangan SLB
saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan mahupun kerjasama dalam merealisasikan buku
skrap digital ini.

Akhir sekali, ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat sama ada
secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan buku skrap digital ini. Segala usaha
dan bantuan yang telah dihulurkan amat saya hargai.

ii

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 Pendahuluan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 1
2.0 Biodata Dato' Jaafar . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 2-4

- 2.1 Salasilah Keluarga

- 2.2 Galeri Gambar Dato' Jaafar
3.0 Pendidikan Dato' Jaafar . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 5
4.0 Kerjaya Dato' Jaafar . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 6
5.0 Sumbangan Dato' Jaafar . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 7-8

- 5.1 Galeri Gambar Penganugerahan yang Diterima oleh Dato' Jaafar
6.0 Nilai-nilai Kepimpinan yang Boleh Dicontohi . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 9
7.0 Penutup . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 10
Rujukan

iii

1.0 PENDAHULUAN

Dato' Jaafar Bin Haji Muhammad merupakan Menteri Besar Johor pertama yang dilantik
oleh Sultan Abu Bakar Temenggung Daeng Ibrahim pada tahun 1882. Perlantikan Dato' Jaafar Bin
Haji Muhammad sebagai Menteri Besar ini merupakan peristiwa bersejarah bagi negeri Johor.
Perkara ini berlaku demikian kerana inilah julung-julung kalinya seorang Menteri Besar dilantik
dalam pentadbiran kerajaan Johor Moden.

Memimpin negeri serta menjalankan pentadbiran negeri merupakan tanggungjawab
terpentingnya. Kepimpinannya menunjukkan beliau sebagai seorang yang sangat berani dan
bersemangat waja dalam menjalankan tugasnya. Perkara ini menyebabkan pegawai British di
Negeri Selat yang berpejabat di Singapura menganggap Dato' Jaafar sebagai seorang yang tegas.
Situasi ini dapat dilihat apabila kemahuan British menakluk negeri Johor melalui perlantikan
Residen British ditentang oleh Dato' Jaafar sehingga terjadinya sedikit keretakan hubungan dengan
sultan. Penentangan tersebut turut disokong oleh Dato' Sri Amar Diraja.

Beliau juga merupakan seorang yang sangat mementingkan pelajaran terutama
pendidikan Barat, agama Islam dan kebudayaan Melayu. Anak-anaknya dimestikan membaca
hikayat dan syair, sastera dan puisi Inggeris serta mengaji Al-Quran. Selain itu, anak-anaknya turut
diajar untuk menggunakan alat muzik seperti violin, gambus dan tabla serta maruas iaitu sejenis
gendang kecil.

1

NAMA PENUH :
Dato' Jaafar Bin
Haji Muhammad

TAHUN LAHIR : Tahun 1838

TEMPAT LAHIR :
Teluk Belanga,
Singapura

15 ORANG ANAK : 5 ORANG ISTERI :
1) Dato' Mustapha 1) Aisyah Ibrahim
2) Aminah 2) Maimunah
3) Fatimah 3) Emon Abu Talib
4) Khadijah
5) Dato' Abdullah 4) Rugayah Hanum Abdullah
6) Che Dara 5) Selamah Ambak
7) Aishah
8) Kamariah KETURUNAN :
9) Dato' Onn Bendahara Paduka Johor &
10) Malik Bendahara Kerajaan Melaka
11) Azizah
12) Muhammad TEMPAT DIKEBUMIKAN : TARIKH MENINGGAL
13) Ahmad Makam Mahmoodiah, DUNIA :
14) Yahya Johor Bahru, Johor 3 Julai 1919
15) Rugayah

2

2.1 SALASILAH KELUARGA

DATO' JAAFAR BIN AISYAH IBRAHIM DATO' MUSTAPHA
MUHAMMAD MAIMUNAH AMINAH
EMON ABU TALIB FATIMAH
KHADIJAH
RUGAYAH HANUM
ABDULLAH DATO ABDULLAH
CHE DARA
SELAMAH AMBAK
AISHAH
KAMARIAH
DATO' ONN

MALIK
AZIZAH
MUHAMMAD
AHMAD
YAHYA

RUGAYAH

3

2.2 GALERI GAMBAR DATO' JAAFAR
4

3.0 PENDIDIKAN DATO' JAAFAR

Mendapat pendidikan Melayu di Sekolah Melayu
Teluk Belanga, Singapura.

Tidak mempunyai sejarah pendidikan yang banyak
kerana telah mula berkhidmat dengan Kerajaan
Johor seawal umur 16 tahun sebagai Pelatih
Kerani di Pejabat Menteri Kepada Temenggung
Ibrahim.

5

4.0 KERJAYA DATO' JAAFAR
Pada umur 16 tahun, beliau mulai berkhidmat dengan kerajaan Johor sebagai

1
Pelatih Kerani kepada Temenggung di Pejabat Menteri.

2 Pada tahun 1856, beliau dilantik sebagai Kerani Besar di Pejabat Menteri.
Pada tahun 1860, beliau dilantik sebagai Penasihat dan Setiausaha Negeri Johor

3 menggantikan bapa saudaranya, Encik Abdullah di bawah pentadbiran Sultan Abu
Bakar.
Pada tahun yang sama, beliau dilantik sebagai Dato' Bentara yang setara

4
jawatannya dengan Menteri Besar kini.

5 Beliau terus memangku jawatan sebagai Dato' Menteri sehingga tahun 1886.

Kemudian, beliau terus dilantik sebagai Menteri Besar Johor oleh Maharaja Abu
6

Bakar.
Ketika memegang jawatan sebagai Menteri Besar, beliau pernah memangku tugas
7
Sultan Johor untuk menjalankan pentadbiran negeri ketika baginda keluar Johor.

8 Pada tahun 1904, beliau telah dilantik sebagai Pemangku Raja oleh Sultan.

6

5.0 SUMBANGAN DATO' JAAFAR

TAHUN 1882 - 1919
Semua pegawai British yang berkhidmat di Johor diwajibkan memakai pakaian rasmi kerajaan
Johor.
Bendera Union Jack, iaitu bendera kerajaan British tidak boleh dikibarkan lebih tiggi daripada
bendara negeri Johor.
Semua surat menyurat perlu ditulis dalam Bahasa Melayu.

TAHUN 1909
Dato' Jaafar telah menasihatkan Sultan Ibrahim supaya tidak memasukkan seorang penasihat
British ke dalam pentadbiran Johor.
Dato' Jaafar bimbang akan kesan daripada campur tangan British dalam pentadbiran Johor.
Beliau turut disokong oleh seorang pembesar Johor, iaitu Dato' Ab. Rahman Andak yang lebih
lantang daripada Dato' Jaafar.
Walaupun beliau gagal menghalang keputusan Sultan Ibrahim, namun Dato' Jaafar telah
bersuara menentang kemasukan British ke Johor.
Kepentingan beliau di mata Sultan Ibrahim diketepikan kerana usianya yang lanjut.

TAHUN 1910
Merupakan salah seorang tokoh negeri Johor yang menentang percubaan campur tangan
Inggeris di Johor.

PENGANUGERAHAN
Bagi mengenang jasa dan bakti Dato' Jaafar kepada kemajuan negeri Johor, baginda Sultan
Abu Bakar telah menganugerahkan Darjah Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) kepada beliau.
Beliau turut dikurniakan Darjah Ketiga Bintang St. Michael dan St. George oleh Queen
Victoria England.
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar ditubuhkan di sebelah Istana Bukit Senyum iaitu
kediaman Dato' Jaafar sempena jasa dan sumbangan beliau kepada negeri Johor.

7

5.1 GALERI GAMBAR PENGANUGERAHAN YANG DITERIMA OLEH DATO' jAAFAR

Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat The Most Distinguished Order of
Pertama Dato' Sri Paduka Johor (SPMJ) Saint Michael dan Saint George

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar

Baju Layang atau Mantel iaitu Set Penuh
Anugerah Tertinggi Kerajaan British

8

6.0 NILAI-NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI

Generasi kini perlulah mencontohi nilai
kebijaksanaan Dato' Jaafar dalam membuat
keputusan untuk mempertahankan negeri Johor
daripada campur tangan kuasa asing agar

kedaulatan negara dapat dikukuhkan.

Nilai amanah haruslah dipupuk dalam diri
kalangan generasi kini agar lebih

bertanggungjawab dan berdisiplin dalam
menjalankan tugas yang diberikan.

Generasi kini juga hendaklah mempunyai nilai
ketegasan yang dimiliki oleh Dato' Jaafar

dalam mempertahankan hak dan kedaulatan
negeri Johor.

Generasi kini perlulah berani menempuhi cabaran
dan menyuarakan pendapat seperti yang dilakukan
oleh Dato' Jaafar agar tidak memasukkan penasihat
British dalam pentadbiran Johor kerana takut akan

kesan daripada campur tangan British.

Nilai kegigihan juga hendaklah diterapkan dalam
golongan generasi kini agar pembangunan negeri
atau negara dapat ditingkatkan bagi mewujudkan

sebuah kerajaan yang unggul dan maju.

9

7.0 PENUTUP
Natijahnya, jasa salah seorang tokoh pemimpin Johor, iaitu Dato' Jaafar Bin Haji

Muhammad ini sudah tentu akan diingati dan tidak akan dilupai sepanjang zaman. Perjalanan
hidup beliau telah menjadi salah satu peristiwa bersejarah buat negeri Johor terutama sepanjang
perlantikannya sebagai Menteri Besar Johor. Kepimpinannya dalam pentadbiran haruslah
dicontohi dan dijadikan teladan oleh generasi pada masa kini dan akan datang. Hal ini supaya
wujudnya lebih ramai pemimpin yang amanah dan sanggup berkorban mempertahankan bukan
hanya negeri, malah negara. Akhir sekali, dapat dirumuskan bahawa telah banyak sumbangan dan
tenaga yang telah beliau curahkan dalam pentadbiran negeri Johor. Oleh itu, kita sebagai generasi
kini dan pelapis pemimpin yang akan datang perlulah menunjukkan komitmen yang tinggi dan
menghargai pengorbanan serta jasa yang telah diberikan oleh tokoh pemimpin kita ini.

10

SUMBER RUJUKAN
Buku
Basri, F., & Haron, H. (1978). Sejarah Johor Moden 1855-1940 : Satu Perbincangan dari
Pelbagai Aspek. Kuala Lumpur : Jabatan Muzium.

Internet
(n.d.). Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas : Jaafar bin Haji Muhammad. Dimuat
turun daripada https://ms.wikipedia.org/wiki/Jaafar_bin_Haji_Muhammad

(2007, September 22). Dato’ Jaafar bin Haji Muhammad. Dimuat turun daripada
http://infojohor.blogspot.com/2007/09/datuk-jaafar-bin-haji-muhammad.html

(2017, Ogos 23). Dato' Jaafar bin Haji Muhammad. Dimuat turun daripada
http://datojaafar.blogspot.com/2017/08/dato-jaafar-bin-haji-muhammad.html

Alattas, S.H. (2012, Oktober 17). Surat Terbuka untuk Sultan Ibrahim (YEM). Dimuat turun
daripada http://shalattas.blogspot.com/2012/10/surat-terbuka-untuk-sultan-ibrahim-yem.html

Halim, H. (2019, Januari 28). Pendidikan Melayu Zaman British. Dimuat turun daripada
https://m-update.com/2019/01/28/pendidikan-melayu-zaman-british/

(2016, Februari 11). The Most Distinguished Order of Saint Michael and Saint George. Dimuat
turun daripada http://monarkidiraja.blogspot.com/2016/02/the-most-distinguished-order-of-
saint.html

(2015, Mac 23). Darjah Kebesaran. Dimuat turun daripada
https://kemahkotaan.johor.gov.my/darjah-kebesaran/

(n.d.). Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar. Dimuat turun daripada
http://wikimapia.org/1257142/Sekolah-Menengah-Kebangsaan-Dato-Jaafar

11

/


Click to View FlipBook Version