KAMBING YANG PINTAR Dihasilkan oleh Nabil Farihin
Pada suatu hari, terdapat sekumpulan kambing yang sedang makan rumput di ladang. Selepas itu, ia ternampak rumput yang segar di tepi hutan.
Kambing itu pergi ke Kawasan itu dan meninggalkan sekawan kambing yang lain. Ia pun meragut rumput. Semakin lama semakin jauh ia dengan kambing yang lain.
Tiba-tiba si kambing terlihat sepohon pokok yang dipenuhi buah epal. Tetapi malangnya si kambing tidak boleh menggapai buah tersebut kerana pokok itu di luar pagar ladang
Anak kambing itu gembira kerana makan rumput yang segar. Ia tidak sedar seekor serigala sedang memerhatinya.
Tiba-tiba serigala tersebut melompat di hadapan si kambing. Semasa si serigala hendak menerkam si kambing.
Tiba-tiba serigala tersebut melompat di hadapan si kambing. Semasa si serigala hendak menerkam si kambing.
Tiba-tiba si kambing cepat-cepat merayu kepada si serigala supaya tidak makannya terus. Dia memberi syarat dan permintaan kepada si serigala tentang cara memakan si kambing dengan lebih kenyang.
Si serigala menunggu dan memberi peluang kepada si kambing. syarat pertama ialah si serigala perlu mengambil buah epal kepada si kambing
Serigala pun bersetuju. Dia pergi ke pokok epal lalu mengambil epal untuk diberi kepada si kambing
Selesai permintaan tersebut. Si serigala terus melompat kerana hendak membaham si kambing
Tetapi si kambing merayu dan memohon sekali lagi iaitu syarat kedua sebelum si kambing di makan.
Lalu si serigala memberi satu lagi peluang permintaan si kambing.
Tiba-tiba si kambing mendapat satu idea cara untuk melarikan diri daripada dimakan serigala
Serigala pun menunggu permintaan si kambing dengan penuh rasa sabar Apa permintaan kedua kamu tu si kambing. Tak sabar dah aku untuk memakan kamu ni
Si kambing memberi syarat supaya si serigala mengambil loceng di leher si kambing dan membunyikan loceng itu sekuat hati supaya si kambing akan lebih gembira untuk dimakan serigala
Serigala pun bersetuju dengan permintaan si kambing itu. Dia mengambil loceng itu di leher kambing dan membunyikan locengtersebut sekuat hati
Tiba-tiba pengembala kambing mendengar bunyi loceng itu
Pengembala itu terus berlari dan menghalau serigala tu. Serigala itu terkejut lalu lari dengan laju meningglakan si kambing itu
Si serigala menyesal dan sedih kerana diperbodohkan oleh si kambing itu. Dia pun pulang dengan rasa lapar
TAMAT Pengajaran daripada cerita ini; 1. Kita perlulah bijak dalam menghadapi masalah