The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1 - PENULISAN BUKU LOG PANDU <br>NOOR ADRINA HANIM BINTI HASSAN<br>TESL 1<br>IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NOOR ADRINA HANIM BT HASSAN IPG-Pelajar, 2024-03-07 23:06:02

BUKU LOG PANDU PUTERI

TUGASAN 1 - PENULISAN BUKU LOG PANDU <br>NOOR ADRINA HANIM BINTI HASSAN<br>TESL 1<br>IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

Keywords: Pandu Puteri

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS TUANKU BAINUN, 14000 MENGKUANG PULAU PINANG BUKU LOG PERSATUAN PANDU PUTERI NAMA : NOOR ADRINA HANIM BINTI HASSAN UNIT : PISMP TESL 1 (SK) JUNE 2021-2026 ANGKA GILIRAN : 2021302340438


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS TUANKU BAINUN, 14000 MENGKUANG PULAU PINANG TUGASAN 1: PENULISAN – 30% Saya, NOOR ADRINA HANIM BINTI HASSAN, dengan ini mengaku telah menerima maklum balas kerja kursus saya daripada pensyarah. TANDATANGAN: TARIKH: 8 MAC 2024 NAMA NOOR ADRINA HANIM BINTI HASSAN ANGKA GILIRAN 2021302340438 NO. KAD PENGENALAN 031123031248 KUMPULAN/ UNIT PISMP TESL 1 (SK) JUNE 2021-2026 KOD DAN NAMA KURSUS MPU3441a KOKURIKULUM- UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI KADET NAMA PENSYARAH AKADEMIK DR. ROHAYA BINTI AHMAD TARIKH HANTAR 8 MAC 2024


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN 14000 MENGKUANG BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG. BORANG MAKLUM BALAS PENTAKSIRAN BERTERUSAN NAMA: NOOR ADRINA HANIM BINTI HASSAN NOMBOR INDEKS: 2021302340438 KOD KURSUS: MPU3441a NAMA KURSUS : KOKURIKULUM- UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI KADET PENSYARAH : DR. ROHAYA BINTI AHMAD TARIKH HANTAR : 8 MAC 2024 TARIKH TERIMA : 19 FEBRUARI 2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku tugasan bagi kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan pelajar : Tarikh: 8 MAC 2024 Butiran Maklum Balas Tugasan Pemeriksa Moderator : Kekuatan : Kekuatan : Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki: Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh: Pengakuan Pelajar Saya, NOOR ADRINA HANIM BINTI HASSAN mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami. Tandatangan Pelajar: Tarikh:


NAMA : NOOR ADRINA HANIM BINTI HASSAN NO. MY KAD : 031123-03-1248 TARIKH LAHIR : 23 NOVEMBER 2003 ALAMAT RUMAH : LOT 14676, KG ALOR JAMBU, TAWANG, 16050, BACHOK, KELANTAN NO. TEL. BIMBIT : 011-1087 6463 ALAMAT E-MAIL : [email protected] NAMA & ALAMAT KAMPUS : IPGM KAMPUS TUANKU BAINUN, BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG NAMA KUMPULAN BERLIMA : SIANTAN BIODATA


ISI KANDUNGAN BIL PERKARA 1. Biodata Pelajar 2. Pengurusan dan pentadbiran pasukan • Pengurusan dan struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia • Pengurusan dan struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPG KPM • Pengurusan dan struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia peringkat IPGK Tuanku Bainun 3. Prinsip Asas Pandu Puteri • Perlembagaan Pandu Puteri Malaysia • Persetiaan dan Undang-Undang Pandu Puteri • Cogan kata dan Lambang Pandu Puteri • Isyarat dan Hormat Pandu Puteri • Berjabat tangan Pandu Puteri Malaysia • Lagu Dunia • Lagu Taps Siang dan Taps Malam • Lagu Kumpulan Berenam • Bendera Malaysia • Bendera Persatuan Pandu Puteri • Bendera Dunia 4. Sejarah Perkembangan dan Struktur Organisasi • Sejarah perkembangan World Assosiation Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) • Sejarah Persatuan Pandu Puteri Malaysia 5. Orientasi Kurikulum Unit Beruniform Sekolah Rendah • Rancangan Tahunan Program Unit Beruniform Pandu Puteri Tunas 6. Refleksi


Pengurusan & Pentadbiran pasukan


STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN Penaung Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah Ketua Pesuruhjaya YBhg Dato’ Yeoh Soo Keng Timbalan Yang Dipertua YM Dato' Tengku Datuk Shireen binti Tengku Suleiman Yang Dipertua YABhg Dato' Seri Dr.Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail Yang Dipertua-Yang Dipertua Cawangan Ahli-ahli Exco Pesuruhjayapesuruhjaya Bahagian Kebangsaan Pesuruhjayapesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan


Penaung Yang Dipertua cawangan Ketua Pesuruhjaya Cawangan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Cawangan Pesuruhjaya Bahagian PJ Bahagian Tunas PJ Bahagian Klover PJ Trefoil Guild Pesuruhjaya Perkembang an PJ Keahlian PJ Latihan PJ Kampus PJ Program PJ Antarabangsa PJ Struktur PJ Kemasyarakatan PJ Dana STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN IPG KPM


SENARAI NAMA AHLI LEMBAGA EKSEKUTIF CAWANGAN (LEC) PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA, CAWANGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2022 HINGGA 2024 BIL NAMA JAWATAN IPG KAMPUS TEMPOH 1 YBrs. Dr. Rektor Penaung IPGM Kekal 2 Dr. Zanariah binti Ibrahim Yang Dipertua Cawangan IPGM Mulai 2022 3 Dr. Siti Rosni binti Mohamad Yusoff Ketua Pesuruhjaya Cawangan IPGK Bahasa Antarabangsa 2020-2024 (5 tahun) 4 Dr. Noor Habibah binti Kaderan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Cawangan IPGK Pendidikan Islam 2020-2024 (5 tahun) 5 Pn. Shahaliza binti Halim Setiausaha Kehormat IPGK Ipoh Mulai 2021 6 Pn. Azizah binti Alias Penolong Setiausaha Kehormat IPGK Ipoh Mulai 2021 7 Dr. Noor Habibah binti Kaderan Memangku Bendahari Kehormat IPGK Pendidikan Islam Mulai 2021 8 Pn Noor Diyana Penolong Bendahari Kehormat IPGK Ilmu Khas Mulai 2023


9 Pn. Norliza Binti Samin PJ Perhubungan dengan Masyarakat IPGK Temenggung Ibrahim 2022-2024 10 Dr Rohaya binti Ahmad PJ Trefoil Guild IPGK Tuanku Bainun 2023-2025 11 Dr. Hajah Zainab binti Nawab Khan PJ Pandu Puteri Tunas IPGK Keningau 2022-2024 12 Pn. Ruziaton binti Jamros PJ Latihan IPGK Bahasa Melayu 2022-2024 13 Pn. Thirumagal a/p Nakar Salapan PJ Struktur dan Pengurusan IPGK Tengku Ampuan Afzan 2022-2024 14 Dr. Christina John PJ Antarabangsa IPGK Gaya 2022-2024 15 Dr. Sholehah Binti Ismail PJ Program IPGK Perempuan Melayu 2022-2024 16 Cik Luvrina binti Jamaludin PJ Keahlian IPGK Tun Hussein Onn 2022-2024


STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI IPGM KAMPUS TUANKU BAINUN Pesuruhjaya Pemimpin Dr Rohaya binti Ahmad Ketua Pasukan Vaneesha A/P Jeeva Kumar Penolong Ketua Pasukan Tang Xin Wei, Angelina Siantan 1. Noor Adrina Hanim (Ketua) 2. Thalayarubini Muniyan 3. Sorfina Maisarah 4. Nur Irdina Nabila 5. Iman Nur Khalisa 6. Khavina Shree Melur 1. Nabila Huda (Ketua) 2. Anis Amanina 3. Puteri Nur Naili 4. Adriana Damia 5. Aimuni Sajeeda 6. Vathini 7. Pemetha Kenanga 1. Fatin Nur Syasya (Ketua) 2. Tang Xin Wei 3. Wan Nur Aleeya Qistina 4. Nurul Izzati 5. Siti Aisraidayana 6. Nur Adjwa Teratai 1. Nur Adreena (Ketua) 2. Nur Aliaa Maisarah 3. Janany 4. Ainun Farahani Adiba 5. Hanis Nadhrah 6. Vaneesha Kesidang 1. Kharisya Andriana (Ketua) 2. Ilya Nadhirah 3. Sofea Izzati 4. Sophia Wani 5. Vaishnavi 6. Nitthiyah


PRINSIP ASAS PANDU PUTERI


PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab, berdikari, berdisiplin, berkemahiran melalui aktiviti kokurikulum di sekolah. • Melahirkan ahli yang mempunyai pengetahuan dalam kepanduan. • Menerangkan sifat-sifat kepimpinan yang tulen melalui program kepanduan. • Menampilkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni, sihat dan berguna sebagai warganegara. MATLAMAT OBJEKTIF


NILAI-NILAI TERAS Persatuan Pandu Puteri Malaysia percaya bahawa semua ahli perlu menonjolkan nilainilai seperti berikut setiap masa: • Menerajui Perkembangan Potensi Gadis dan Wanita Untuk Membawa Perubahan VISI • "Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa." MISI NILAI-NILAI TERAS INTEGRITI TOLENRASI KEJUJURAN KASIHSAYANG HORMATMENGHORMA TI BANTUMEMBANTU


PERSETIAAN PANDU PUTERI UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya menunaikan kewajipan saya terhadap Tuhan, Raja dan negara saya, Malaysia, menolong orang setiap masa dan mematuhi undang-undang Pandu Puteri • Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai. • Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia. • Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain. • Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain. • Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan santun. • Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar. • Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah. • Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam masa kesulitan. • Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat. • Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.


COGAN KATA Pandu Puteri mestilah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan seperti kecemasan. LAMBANG


ISYARAT HORMAT PANDU PUTERI ISYARAT PANDU PUTERI DIGUNAKAN SEMASA: • Seseorang itu diterima sebagai ahli Pandu Puteri • Semasa ahli Pandu Puteri memperbaharui ikrar. CARA MEMBUAT ISYARAT PANDU PUTERI: 1) Ahli Pandu Puteri berada dalam kedudukan sedia. 2) Tangan kanan dinaikkan ke aras bahu dan tangan (di sisi) dirapatkan lurus ke badan. 3) Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-25cm dari telinga kanan. 4) Kira masa 1, 2, 3 dan turun 3, 2, 1. TUJUAN: • Dilakukan kepada Pegawai Pandu Puteri seperti pemimpin, ketua dan juga sesama ahli kumpulan. • Ia juga diberi kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi. • Upacara penerimaan hadiah atau kurniaan. • Upacara pengibaran bendera.


BERJABAT TANGAN PANDU PUTERI Berjabat tangan ialah tanda persahabatan bagi Pandu Puteri Pandu Puteri berjabat tangan dengan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain Pandu Puteri menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam Berjabat tangan dengan tangan kiri ini mempunyai kaitan dengan perlakuan oleh puak Zulu di Afrika semasa Lord dan Lady Baden Powell melawat Kenya. Kaum ini sering memegang senjata pada tangan kanan sehingga tidak sanggup meletaknya walaupun sebentar. Hanya tangan kiri sahaja yang boleh digunakan untuk berjabat tangan. Lord Baden Powell terus mengambil perlakuan ini sebagai amalan Pengakap dan kemudiannya Pandu Puteri.


LAGU PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Arah kita jelas ke depan Bendera berkibar Tidak berlipat di dunia Harapan abadi Bersatu untuk kebenaran Persahabatan kukuh Selagi dunia masih ada Akan nyanyi lagu ini. Our way is clear as we march on, And see our flag on high Is never furled throughout the world For hope shall never die We must unite for what is right In friendship true and strong Until the earth in its rebirth Shall sing our song Shall sing our song. LAGU DUNIA


LAGU TAPS SIANG LAGU TAPS MALAM Kami puji, nikmat diberi Matahari, bintang-bintang, langit biru Mana pergi, hidup kami Tuhan saksi Thanks and praise, for our days Neath the sun, neath the stars Neath the sky, as we go This we know, god is nigh Malam datang, siang hilang Dari laut, dari gunung dari langit Semua selamat, sihat rehat Berkat tuhan Day is done, gone the sun From the sea, from the hills From the sky, all is well Safely rest, god is nigh Siantan datang berkawan Berani macam pahlawan Kami bernama Kenanga Berjasa bertenaga Melur taat dan setia Berusaha setiap masa Bunga Teratai nama kami Bekerja setiap hari Kami Kesidang datang Menolong pagi petang Cempaka bersuka ria Menolong orang duka LAGU KUMPULAN BERENAM


BENDERA MALAYSIA Anak Bulan membawa maksud Islam sebagai agama rasmi negara, Malaysia. Dikenali sebagai Jalur Gemilang. Anak Bulan membawa maksud Islam sebagai agama rasmi negara, Malaysia. Biru Tua melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Putih melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan. Kuning melambangkan kedaulatan raja berpelembagaan Merah melambangkan keberanian dan bersedia menghadapi segala rintangan.


BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI Dikibarkan pada setiap perhimpunan Pandu Puteri peringkat kebangsaan, negeri, daerah, sekolah dan di Pejabat Puteri kebangsaan atau negeri Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persatuan Pandu Puteri. Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia Lencana Pandu Puteri Malaysia yang berwarna kuning emas di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia.


BENDERA DUNIA Bahagian putih dipenjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri sedunia terhadap keamanan.


SEJARAH PERKEMBANGAN DAN STRUKTUR ORGANISASI


SEJARAH PERKEMBANGAN WORLD ASSOSIATION GIRL GUIDES & GIRL SCOUTS (WAGGGS) Olave St Clair Soames Lord Robert Baden-Powel Pada tahun 1909, di satu perhimpunan pengakap di Crystal Palace, muncul sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan tersebut. Lord Robert Baden-Powell telah menamakan kumpulan perempuan ini sebagai Girl Guides. Pandu Puteri telah bertapak di 10 negara pada tahun 1912. Kumpulankumpulan ini mempunyai pakaian seragam, lencana, peraturan dan nama yang berbeza tetapi berkongsi prinsip dan cita-cita yang sama. Oleh kerana pergerakan ini terus berkembang, satu badan rasmi diperlukan untuk menyatukan semua ahli dan pada tahun 1919, Olave Baden-Powell membentuk Majlis Antarabangsa. Persatuan Pandu puteri dan Pengakap Puteri Sedunia dibentuk. Persatuan Biro Dunia (World Bureau) ini bertempat di London dan berfungsi sebagai urusetia. Perkembangan ini terus berkembang dengan pesat. Pada tahun 1931, keahlian persatuan melebihi satu juta.


PERKEMBANGAN WAGGGS Pada tahun 1931, keahlian persatuan ini melebihi satu juta dan pada tahun 1932, Pusat Dunia yang pertama dibuka. Pada tahun 1939, Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri / Pengakap Puteri diadakan di Hungary. Setelah tergendala sementara disebabkan oleh peperangan, pergerakan ini dihidupkan semula pada tahun 1945 dan terus berkembang. Walau bagaimanapun, Lord BadenPowell telah meninggal dunia pada masa itu. Olave Baden-Powell meninggal dunia pada Jun 1977. Bagi mengingati beliau, WAGGGS memulakan Projek Pusat Olave (Olave Centre Project) dan meletakkan semula Biro Dunia (urusetia WAGGGS) bersama Pusat Dunia London (Pax Lodge). Walaupun bersedih atas pemergian suaminya, Olave meneruskan kerja beliau dalam Pandu Puteri. Tahun 1957 menyaksikan pembukaan Our Cabaña dan ini diikuti dengan pembukaan Sangam pada tahun 1966.


SEJARAH PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA 1917 • Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Perempuan Methodist, Kuala Lumpur, dibantu oleh tiga orang pemimin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya. 1919 • Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang 1921 • Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak 1920 an • Pek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah Perempuan Kampung Baru, Kuala Lumpur 1923 • Penubuhan Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau Pinang


1924 • Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun 1924. 1925 • Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan 1925 • Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang. • Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri Malaya. 1928 • Kerajaan Negeri-Negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama seterusnya memberi sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgit. 1932 • Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah ditubuhkan dan merupakan Pasukan Pandu Puteri yang pertama mengadakan kegiatan dalam bahasa Melayu.


1934 Ketua Pengakap Lord Baden Powell Dan Ketua Olave, Lady Baden Powell telah mengadakan lawatan ke Malaya. 1937- 1946 Kegiatan kepanduan di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta pemerintahan kerajaan yang mana Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun. 1947 Kegiatan kepanduan yang tergendala telah dihidupkan semula dengan usaha-usaha menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan gadis-gadis remaja apabila penubuhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua negeri Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa orang ahli pandu puteri dan pemimpin dari PPPM telah mengambil bahagian dalam perhimpunan antarabangsa buat pertama kalinya. 1948- 1960 Sekali lagi kegiatan kepanduan tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara. 1957 Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan negara mula digunakan. 1960 PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS, dalam Persidangan Dunia ke-17 di Athens, Greece. 1962 PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan rumah Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember. 1964 Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi Pengiktirafan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil dari pembentukan negara Malaysia pada 1963.


1967- 1976 Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut meriah dengan aktiviti – aktiviti Perkhemahan Jubli Emas. 1969 Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Seri Setia Raja Terengganu. 1977- 1986 Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dengan Jambori Jubli Intan, Penubuhan Guild Trefoil Malaysia, Bengkel Penyediaan Buku Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang (DPU) Perkhemahan dan Perkhemahan Antarabangsa KEMMAS. Majlis Kebangsaan bersetuju menukarkan BROWNIE kepada TUNAS PUTERI. Pakaian seragam baru untuk Pandu Puteri, Tunas Puteri dan Pemimpin mula digunakan di seluruh negara. 1986 PPP Selangor dipecahkan untuk membentuk PPP Wilayah Persekutuan dan PPP Selangor. 1987- 1996 Merupakan tahun-tahun Kepanduan sebagai satu cabaran yang dimulakan dengan sambutan 70 Tahun Kepanduan di Malaysia secara besar-besaran di seluruh negara. PPPM telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Asia Pasifik, Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan Jambori pandu Puteri Kebangsaan. Satu lagi detik sejarah PPPM ialah penubuhan Majlis Kadet Pandu Puteri Maktab Perguruan Malaysia di mana semua urusan latihan dan program kepanduan guru-guru pelatih dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya Kadet Pandu Puteri yang setaraf dengan Pesuruhjaya Negeri. Pelbagai Projek seperti Our Water Our World, Cleanathon, Round Robin, Kem Cabaran 96 telah dilaksanakan. 1997 Sambutan 80 Tahun PPPM dengan Semangat Keamanan dan Harmoni bermula. 1998 Sempena SUKOM ’98 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan Perkhemahan Komanwel ’98.


1999 Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM telah mula dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari semasa ke semasa. 2000 8 – 15 Febuari – Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas Persatuan Pandu Puteri Malaysia oleh Jan Mac Intyre. Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Melancarkan Projek Biskut dan Penyerahan Jalur Gemilang – Ketua Kontinjen Bilateral Exchange Programme with China. Majlis Menandatangani Laman Web Persatuan Pandu Puteri Malaysia Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 / International Brownies Festival 2000. di UITM Shah Alam Selangor. Tema Kerjasama Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia’ (Global Cooperation For A Better World) 11 negara mengambil bahagian. 20 – 26 November – Aktiviti Antarabangsa; ‘Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides Association Malaysia with The Chinese Young Pioneers’ (Program Pertukaran Malaysia – China) 2001 7-12 September – Kem Integrasi 2001: Kem ini yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara dari Maldives, Korea dan Pakistan telah diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing, Johor. Projek Asia Pasifik: PPPM – Fiji GGA: Lend A Hand 2002 April – Majlis Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, Bekas Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia


Sambutan menyambut sempena 85 tahun Kepanduan di Malaysia. 2003 Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah dilancarkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini akan diadakan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan Oktober sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Tema yang ditetapkan ialah "Kami Membawa Keriangan". Ahli Pandu Puteri Renjer akan berkhidmat di wad kanakkanak (pediatrik). Projek "Lids for Limbs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Projek Bungkusan Kasih atau "Peace Packs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 2004 Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah mendaki Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi Kinabalu Rakan Muda yang bertemakan "Menuju ke Puncak". Seramai 49 ahli berjaya ke Puncak. Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu organisasi ahli WAGGGS untuk projek International Signature Programme (ISP), satu kerjasama antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM. Melalui projek ini, PPPM menerima geran daripada The UPS Foundation selama tiga tahun untuk mencapai beberapa matlamat. Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) - 290 ahli Pandu Puteri dan Renjer Puteri berbasikal 300 km merentasi negeri Terengganu bagi menjana dana untuk kanak-kanak kurang upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu.


Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) berjaya memasuki Malaysian Book of Records sebagai "Ekspedisi Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia". 2005 21 - 23 Februari - Pada pertama kalinya "GirlGuides' Summit" diadakan di Hotel Kuala Lumpur International untuk ahli-ahli kepanduan lepasan sekolah. Seramai 105 orang peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan dengan tema "Makanan" turut diadakan di acara ini. Sebanyak 4,581 "Peace Packs" telah dihantar ke Iraq. Pengurusan penghantaran dibuat oleh Kementerian Luar Negeri dan kos penghantaran dibiayai oleh Kementerian Pertahanan. 16 - 17 April - Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia. Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS berjaya dihasilkan. 16-19 Ogos - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung Pertama Sahabat Asia Pasifik WAGGGS (Friends of Asia Pacific WAGGGS) yang diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190 orang peserta dari 12 negara. 17 Ogos - Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (Johor); S.P.M.J. sebagai Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang September - Mesyuarat Meja Bulat di Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan Perlembagaan baru PPPM 20 Oktober - YABhg Datin


Paduka Seri Endon Mahmood, Yang Di Pertua PPPM kembali ke Rahmatullah. 2006 Januari - Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa: Nama Lama Nama Baru Tunas Puteri Pandu Puteri Tunas Pandu Puteri Pandu Puteri Remaja Renjer Puteri Pandu Puteri Renjer Kadet Puteri Pandu Puteri Kadet Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer. 13-17 Mac - Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600 orang peserta. 1 - 6 April - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar Penilaian Signature Programme Volunteerism yang dihadiri 27 peserta dari Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta pegawai dari Biro Dunia WAGGGS, APCO Worldwide dan Points of Lights Foundation. Ketua Eksekutif WAGGGS, Lesley Bulman-Lever dan Pengarah Global Projek, Brenda Fitzpatrick bersama dengan rombongan PPPM mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan YB Puan Komala Devi, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia. Para peserta juga menghadiri Majlis Santapan bersama SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah, Penaung Di Raja PPPM. 26 April - 1 Mei -Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180 km disertai 140 orang ahli dan sukarelawan


Pandu Puteri. PPPM mendapat hadiah Penyertaaan Terbanyak. 9 Jun - Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentang dan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa serta-merta. 9 Jun - Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru "Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan" telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti AlMarhum Tengku Abdul Rashid, Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu. Julai - Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan Oktober - Projek Perintis Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri Selangor. 2007 Januari - Pelaksanaan Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Januari & Februari - Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif "Scientific Creative Thinking" diadakan untuk ahli lepasan sekolah dengan kerjasama Empowering Potential Consultancy. 19 Januari - Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara 1 April - PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9 3 - 9 Jun - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "9th Asia Pacific Regional Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS


Gathering". Kedua-dua acara ini diadakan di Sunway Resort dan dihadiri oleh 200 orang dari 22 negara di Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat sebagai sukarelawan di acara ini. Delegasi Malaysia ke Persidangan Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam orang, termasuk dua orang Pemimpin Muda. 6 Jun - Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young Women" diadakan sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan Singapura mengambil bahagian. 7 Jun - Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli PPPM 6 September - Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah, Yang Di Pertua baru PPPM 9 Oktober - Lawatan Mesra YB Dato' Seri Azalina binti Dato' Othman Said, Menteri Belia dan Sukan bersama rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri 25 November - Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia 2008 19 Januari - Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat Kebangsaan" di Sungai Petani, Kedah 6 - 12 Julai - Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan untuk Persidangan Dunia Ke-34, tahun 2011 17 - 22 Ogos - Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja


diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United Kingdom


Orientasi Kurikulum Unit Beruniform Di Sekolah Rendah


PERANCANGAN TAHUNAN PROGRAM UNIT UNIFORM PANDU PUTERI TUNAS BIL MINGGU AKTIVITI CATATAN 1. PERJUMPAAN 1 Mesyuarat Agung • Pembahagian Kumpulan • Perlantikan AJK • Penyediaan Buku Log 2. PERJUMPAAN 2 Prapersetiaan • Ikrar Persetiaan Pandu Puteri Tunas • Undang-undang Pandu Puteri Tunas • Cogan Kata Pandu Puteri Tunas 3. PERJUMPAAN 3 Latihan Kawad 4. PERJUMPAAN 4 Masakan Rimba • Memasak/ Menghias makanan 5. PERJUMPAAN 5 Anyaman Daun dan Kraf Boneka 6. PERJUMPAAN 6 Nyanyian • Nyanyian Lagu Dunia • Nyanyian Lagu Taps Siang dan Taps Malam • Nyanyian Lagu Kumpulan Berenam (Siantan, Melur, Teratai, Kesidang, Cempaka dan Kenanga) 7. PERJUMPAAN 7 Mengenali dan Mengetahui Bendera • Menyenaraikan maksud warnawarna bendera 8. PERJUMPAAN 8 Menanam dan Menjaga Tumbuhan • Murid diberikan benih • Murid belajar cara menanam yang betul 9. PERJUMPAAN 9 Keselamatan • Murid mengetahui peralatan berbahaya di rumah, contohcontoh kemalangan di rumah dan cara mengatasi dan menjaga keselamatan di rumah 10. PERJUMPAAN 10 Jahitan Asas • Menjahit jelulur/lilit ubi • Menjahit butang lubang 2 dan 4


11. PERJUMPAAN 11 Simpulan Tali • Pengenalan kepada Simpulan Buku Sila, Lilit Manuk, Bunga Geti, Lilit Dua Simpul, Lilit Pemati Mudah dan Ikatan Pemukat 12. PERJUMPAAN 12 Kesihatan dan Kebersihan • Penjagaan gigi, penjagaan rambut, tangan dan kuku • Aktiviti Sukaneka (membaling dan menangkap bola) 13. PERJUMPAAN 13 Pertandingan Dalaman • Pertandingan bersama unit unitberuniform lain • Seperti : Pertandingan kawad/ Pertandingan membuat sandwich/ pertandingan ikatan


Refleksi


Tuntasnya, penyediaan buku log ini telah membantu saya dalam memahami setiap intipati yang terdapat dalam Unit Beruniform Pandu Puteri. Antara faedah yang telah saya peroleh melalui penyediaan buku log ini adalah dapat menjadi rujukan kepada guru pelatih dalam mengaplikasikan apa yang telah dipelajari kepada murid-murid semasa berada di sekolah pada masa yang akan datang. Selain itu, saya juga dapat mengumpul dan merekod segala maklumat yang telah saya selidik dan perolehi mengenai stuktur pengurusan Pandu Puteri di Malaysia. Secara tidak langsung, saya juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya berkenaan sejarah pembentukkan World Assosiation Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) serta sejarah pembentukan Pandu Puteri di Malaysia. Hal ini sekaligus melahirkan rasa tanggungjawab dan rasional sebagai seorang Pandu Puteri untuk terus bersedia membantu masyarakat sekeliling dan berbakti kepada agama, negara dan bangsa. Malah, penyediaan buku log juga mendidik, melatih dan mengembangkan potensi ahli pasukan dalam memastikan visi dan misi sesuatu Unit Beruniform itu tercapai. Akhir kalam, setinggi penghargaan saya ucapkan kepada Dr. Rohaya Binti Ahmad selaku pemimpin dan pensyarah bagi subjek MPU 3441, Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet yang telah memberi tunjuk ajar dan panduan dalam pembinaan dan reka bentuk buku log ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sepasukan yang telah berkongsi idea dan cadangan dalam pembikinan buku log ini. Diharapkan supaya buku log ini dapat memberi faedah yang bermanfaat kepada semua ahli Pandu Puteri. Sekian, terima Kasih Yang Benar, (NOOR ADRINA HANIM BINTI HASSAN)


TAMAT


Click to View FlipBook Version