BUKULOG PANDUPUTERIKADET NAMA: NURUL IZZATI BINTI MOHAMAD UNIT: PISMP TESL 4 (SK) JUN 2021-2026 ANGKA GILIRAN: 2021302340505 PESYARAH: DR. ROHAYA BINTI AHMAD INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN
ISI KANDUNGAN 1 Menyediakan satu perancangan tahunan program Unit Uniform Pandu Puteri Tunas di sekolah rendah yang mengandungi skimskim lencana Pandu Puteri Tunas Perlembagaan Pandu Puteri Malaysia Persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri Cogan kata dan lambang Pandu Puteri. Isyarat dan hormat Pandu Puteri Berjabat tangan Pandu Puteri Malaysia. Lagu-lagu Pandu Puteri (lagu dunia, taps siang, taps malam) Lagu-lagu Pandu Puteri Tunas (lagu- lagu kumpulan berenam) Bendera Malaysia dan maksudnya. Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan maksudnya. Bendera dunia dan maksudnya Pengurusan dan struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Pengurusan dan struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPG KPM Pengurusan dan struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia peringkat IPGK Tuanku Bainun BIODATA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PASUKAN PRINSIP ASAS PANDU PUTERI SEJARAH PERKEMBANGAN DAN STRUKTUR ORGANISASI 2 3 4 ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFROM SEKOLAH RENDAH REFLEKSI Sejarah perkembangan World Assosiation Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) Sejarah Persatuan Pandu Puteri Malaysia 5 6
BIODATA NAMA : NO. MY KAD : TARIKH LAHIR : ALAMAT RUMAH : TELEFON BIMBIT : ALAMAT E-MEL : NAMA & ALAMAT KAMPUS : NAMA PATROL : 2932-S, TAMAN MUHIBBAH, LEBUHRAYA SULTANAH BAHIYAH, 05350 ALOR SETAR, KEDAH. NURUL IZZATI BINTI MOHAMAD 020505-10-1324 5 MEI 2002 013-4488841 [email protected] IPGM KAMPUS TUANKU BAINUN, BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG. KENANGA
Pengurusan dan Pentadbiran Pasukan
YBDATO'SERIDR.WANAZIZAH BINTIDATO'DR.WANISMAIL YANG DIPERTUA TIMBALAN YANG DIPERTUA YMDATO’ TENGKUSHIREENBINTI ALMARHUMDATO’PADUKATENGKUSULEIMAN KETUA PESURUHJAYA YBHG.DATO’YEOH SOOKENG PESURUHJAYA PANDU PUTERI TUNAS PUANJULIAZAINIRA BINTIZAIMON PESURUHJAYA PANDU PUTERI REMAJA PUANHARIYANI BINTIMOHAMED PESURUHJAYA PANDU PUTERI RANJER PUANAZLULADILAH ZAGHLOL KEBAWAHDULIYANGMAHAMULIASERIPADUKABAGINDARAJAPERMAISURI AGONGRAJAZARITHSOFIAH PENAUNG DIRAJA STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA PESURUHJAYA KEAHLIAN PUANSIVAGAMIA/P GOVINDASAMY CIKALIZABINTIALEXANDER SELVARATNAM@SALIM PESURUHJAYA PROGRAM PUANHINDONBINTIAHMAD PESURUHJAYA LATIHAN PESURUHJAYA PANDU PUTERI KLOVER DR.NORZAFIR BINTIMDSALLEH PESURUHJAYA ANTARABANGSA CIKGOHYUEWAY(JUDY) PESURUHJAYA GUILD PUANJURIAHBINTIMOHAMED PESURUHJAYA STRUKTUR DAN PENGURUSAN PUANCRYSTALWONG PESURUHJAYA PERHUBUNGAN DENGAN MASYARAKAT PESURUHJAYA KELIP-KELIP PUANMAIZATULAKMAMBINTI HASANHUSAINI DR.ZANARIAHBINTIAHMAD
STRUKTUR ORGANISASI PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN IPG KPM AHLI LEMBAGA EKSEKUTIF GAWANGAN (LEC) PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA, CAWANGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERLAN DENDIDIKAN MALAYSIA BAGISESI 2022 HINGGA 2024
STRUKTUR ORGANISASI PANDU PUTERI MALAYSIA IPGM TUANKU BAINUN YANG DIPERTUA KOL . BERSEKUTU (PA) MOHD SAAT BIN ABAS, BCN PENASIHAT DR. ROHAYA BINTI AHMAD PENGERUSI VANNESHA A/P JEEVA KUMAR NAIB PENGERUSI TAN XIN WEI, ANGELINA SETIAUSAHA VAISHNAVI SUBRAMANIAM NAIB SETIAUSAHA NOR ADJWA BINTI MOHAMMAD HALIMI BENDAHARI SORFINA MAISARAH BINTI SABERI AJK NOOR ADRINA HANIM BINTI HASSAN AJK NUR NABILA HUDA BINTI EIRWAN AJK FATIN NUR SYASYA BINTI ABDUL KARIM AJK NUR ADREENA BINTI AZUDDIN AJK KHARISYA ANDRIANA BINTI KHAIRUL ANUAR
Prinsip Asas Pandu Puteri
PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA MATLAMAT Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab, berdikari,berdisiplin,berkemahiran melalui aktiviti kokurikulum di sekolah OBJEKTIF Melahirkan ahli yang mempunyai pengetahuan dalam kepanduan. Menerapkan sifat-sifat kepimpinan yang tulen melalui program kepanduan. Menampilkan ahli yang mempunyai nilainilai murni, sihat dan berguna sebagai warganegara MISI Menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita dalam membawa perubahan VISI PPPM mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa
“Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upayasaya, Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa dan mematuhi undang-undang Pandu Puteri Remaja” 1.Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai. 2.Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia. 3.Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain. 4.Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan semua Pandu Puteri Remaja yang lain. 5.Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan. 6.Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan sentiasa memelihara alam sekitar. 7.Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah 8.Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun di dalamkesulitan. 9.Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat. 10.Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan PERSETIAAN UNDANG-UNDANG
COGANKATA LAMBANG Ahli Pandu Puteri hendaklah sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan sebarang balasan. "SELALUSEDIA”
ISYARATDANHORMAT Isyarat Pandu Puteri digunakan semasa seseorang itu diterima menjadi ahli Pandu Puteri dan semasa Pandu Puteri membaharui ikrar. Isyarat Pandu Puteri melambangkan persaudaraan dan rasa kasih sayang seseorang terhadap Pandu Puteri khususnya, dan dunia amnya. Caranya adalah seperti berikut: 1.Pandu Puteri berada dalam kedudukan sedia. 2.Tangan kanan dinaikkan ke atas bahu dan tangan kiri dirapatkan terus ke badan. 3.Kedudukan jari samalah seperti dalam hormat Pandu Puteri. 4.Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-25 cmdari telinga kanan. Cara isyarat Hormat Pandu Puteri diberikan untuk keadaan berikut: 1. Perjumpaan dengan Pemimpin, Ketua dan orang-orang kenamaan di dalam upacara yang kepanduan. 2. Upacara penerimaan hadiah atau kurniaan. 3. Upacara mengibarkan bendera. Cara memberikan hormat adalah seperti berikut: 1.Tiga jari tangan kanan ditegakkan. 2.Ibu jari diletakkan di atas jari kelengkeng yang dibengkokkan. 3.Tangan di angkat sehingga sama tinggi dengan dahi. 4.Sebaik sahaja dapat hormat balas, tangan dijatuhkan dan pandu puteri bolehlah bergerak dari situ. Carahormat
Pandu Puteri Malaysia menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam Perlakuan ini mempunyai kaitan dengan perlakuan yang serupa dilakukan oleh puak Zulu di Afrika semasa Lord and Lady BadenPowell melawat Kenya BERJABATTANGAN Tanda persahabatan Amalan tradisi Pandu Puteri seluruh dunia Menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain Kaum ini sering memegang senjata pada tangan sehingga tidak sanggup meletakkannya lalu berjabat tangan menggunkan tangan kiri.
Our way is clear as we march on And see our flag on high Is never furled throughout the world For hope shall never die We must unite for what is right In friendship true and strong Until the earth in its rebirth Shall sing our song Shall sing our song LAGU-LAGUPANDUPUTERI Arah kita jelas ke depan, Bendera berkibar, Tidak berlipat di dunia harapan abadi, Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh; Selagi dunia masih ada Akan nyanyi lagu ini. LAGUDUNIA
LAGUTAPSSIANG LAGUTAPSMALAM Malam datang siang hilang Dari laut, dari gunung,dari langit Semua selamat, sihat rehat Berkat tuhan Day is done, gone the sun From the sea, from the hills From the sky, all is well Safety rest, God is nigh Kami puji, nikmat diberi Matahari, bintang-bintang Langit biru, mana pergi Hidup kami, Tuhan saksi Thanks and praise, for our days Neath the sun, neath the stars Neath the sky, as we go This we know, God is nigh LAGUKUMPULANBERENAM SIANTAN Siantan datang berkawan , berani macam pahlawan MELUR Melor taat dan setia, berusaha setiap masa KENANGA Kami bernama kenanga, berjasa bertenaga TERATAI Teratai nama kami, bekerja setiap hari KESIDANG Kami kesidang datang, menolong pagi petang CEMPAKA Cempaka bersuka ria, menolong orang duka
BENDERAMALAYSIA Warna kuning pada bintang dan bulan sabit ialah kedaulatan Raja Berpelembagaan. Warna biru melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Warna merah melambangkan keberanian mengharungi pelbagai cabaran demi negara tercinta Warna putih melambangkan kesucian dan keluhuran hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Bulan sabit mewakili agama Islam sebagai agama rasmi negara. Menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan JALUR GEMILANG
Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud mataharimenyinari setiap kanak-kanak di dunia Dikibarkan pada setiap perhimpunan Pandu Puteri peringkat kebangsaan, negeri, daerah, sekolah dan di pejabat Puteri kebangsaan atau negeri. BENDERAPERSATUANPANDU PUTERI
BENDERADUNIA Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian Persetiaan Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan
Sejarah Perkembangan dan Struktur Organisasi
SEJARAHPERKEMBANGANWORLDASSOCIATION GIRLGUIDES&GIRLSCOUTS(WAGGGS) Lord Robert Baden Powell telah menamakan kumpulan perempuan ini sebagai Girl Guides Pandu Puteri telah bertapak di 10 negara pada tahun 1912. Kumpulankumpulan ini mempunyai pakaian seragam, lencana, peraturan dan nama yang berbeza tetapi berkongsi prinsip dan cita-cita yang sama Pada tahun 1909, di satu perhimpunan pengakap di Crystal Palace, muncul sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan tersebut. Oleh kerana pergerakan ini terus berkembang, satu badan rasmi diperlukan untuk menyatukan semua ahli dan pada tahun 1919, Olave Baden-Powell membentuk Majlis Antarabangsa. Persatuan Pandu puteri dan Pengakap Puteri Sedunia dibentuk. Persatuan Biro Dunia (World Bureau) ini bertempat di London dan berfungsi sebagai urusetia. Perkembangan in terus berkembang dengan pesat. Pada tahun 1931, keahlian persatuan melebihi satu juta Olave St Clair Baden-Powell Robert Baden-Powell
Pada tahun 1931, keahlian persatuan ini melebihi satu juta dan pada tahun 1932, Pusat Dunia yang pertama dibuka. Pada tahun 1939, Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri / Pengakap Puteri diadakan di Hungary. Setelah tergendala sementara disebabkan oleh peperangan, pergerakan ini dihidupkan semula pada tahun 1945 dan terus berkembang. Walau bagaimanapun, Lord Baden-Powell telah meninggal dunia pada masa itu. PERKEMBANGAN WAGGGS Walaupun bersedih atas pemergian suaminya, Olave meneruskan kerja beliau dalam Pandu Puteri. Tahun 1957 menyaksikan pembukaan Our Cabaña dan ini diikuti dengan pembukaan Sangam pada tahun 1966. Olave Baden-Powell meninggal dunia pada Jun 1977. Bagi mengingati beliau, WAGGGS memulakan Projek Pusat Olave (Olave Centre Project) dan meletakkan semula Biro Dunia (urusetia WAGGGS) bersama Pusat Dunia London (Pax Lodge).
1917 1921 Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Perempuan Methodist, Kuala Lumpur, dibantu oleh tiga orang pemimpin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya. SEJARAHPERSATUANPANDUPUTERIMALAYSIA 1919 1920 an 1923 1924 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang. Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak. Pek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah Perempuan Kampung Baru, Kuala Lumpur. Penubuhan Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau Pinang. Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun 1924.
1925 1928 Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan. 1925 1932 1934 1937- 1946 Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang. Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri Malaya. Kepanduan mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa pada masa ini. Kerajaan Negeri-Negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama seterusnya memberi sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgit. Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah ditubuhkan dan merupakan Pasukan Pandu Puteri yang pertama mengadakan kegiatan dalam bahasa Melayu. Ketua Pengakap Lord Baden Powell Dan Ketua Olave, Lady Baden Powell telah mengadakan lawatan ke Malaya. Kegiatan kepanduan di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta pemerintahan kerajaan yang mana Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun.
1947 1957 Kegiatan kepanduan yang tergendala telah dihidupkan semula dengan usaha-usaha menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan gadisgadis remaja apabila penubuhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua negeri Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa orang ahli pandu puteri dan pemimpin dari PPPM telah mengambil bahagian dalam perhimpunan antarabangsa buat pertama kalinya. 1948- 1960 1960 1962 Sekali lagi kegiatan kepanduan tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara. Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan negara mula digunakan. PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS, dalam Persidangan Dunia ke-17 di Athens, Greece. PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan rumah Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember. 1964 Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi Pengiktirafan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil dari pembentukan negara Malaysia pada 1963.
1967- 1976 1977- 1986 Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut meriah dengan aktiviti–aktiviti Perkhemahan Jubli Emas. 1969 1986 Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Seri Setia Raja Terengganu. Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dengan Jambori Jubli Intan, Penubuhan Guild Trefoil Malaysia, Bengkel Penyediaan Buku Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang (DPU) Perkhemahan dan Perkhemahan Antarabangsa KEMMAS. Majlis Kebangsaan bersetuju menukarkan BROWNIE kepada TUNAS PUTERI. Pakaian seragam baru untuk Pandu Puteri, Tunas Puteri dan Pemimpin mula digunakan di seluruh negara. PPP Selangor dipecahkan untuk membentuk PPP Wilayah Persekutuan dan PPP Selangor.
1987- 1996 Merupakan tahun-tahun Kepanduan sebagai satu cabaran yang dimulakan dengan sambutan 70 Tahun Kepanduan di Malaysia secara besar-besaran di seluruh negara. PPPM telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Asia Pasifik, Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan Jambori pandu Puteri Kebangsaan. Satu lagi detik sejarah PPPM ialah penubuhan Majlis Kadet Pandu Puteri Maktab Perguruan Malaysia di mana semua urusan latihan dan program kepanduan guru-guru pelatih dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya Kadet Pandu Puteri yang setaraf dengan Pesuruhjaya Negeri. Pelbagai Projek seperti Our Water Our World, Cleanathon, Round Robin, Kem Cabaran 96 telah dilaksanakan. 1997 Sambutan 80 Tahun PPPM dengan Semangat Keamanan dan Harmoni bermula. 1998 Sempena SUKOM ’98 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan Perkhemahan Komanwel ’98. 1999 Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM telah mula dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari semasa ke semasa
2000 8 –15 Febuari – Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas Persatuan Pandu Puteri Malaysia oleh Jan Mac Intyre. Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Melancarkan Projek Biskut dan Penyerahan Jalur Gemilang – Ketua Kontinjen Bilateral Exchange Programme with China. Majlis Menandatangani Laman Web Persatuan Pandu Puteri Malaysia Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 / International Brownies Festival 2000. di UITM Shah Alam Selangor. Tema Kerjasama Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia’ (Global Cooperation For A Better World) 11 negara mengambil bahagian. 20 – 26 November – Aktiviti Antarabangsa; ‘Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides Association Malaysia with The Chinese Young Pioneers’ (Program Pertukaran Malaysia – China) 2001 7-12 September – Kem Integrasi 2001: Kem ini yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara dari Maldives, Korea dan Pakistan telah diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing, Johor. Projek Asia Pasifik: PPPM – Fiji GGA: Lend A Hand
2002 April – Majlis Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, Bekas Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia Sambutan menyambut sempena 85 tahun Kepanduan di Malaysia. 2003 Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah dilancarkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini akan diadakan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan Oktober sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Tema yang ditetapkan ialah "Kami Membawa Keriangan". Ahli Pandu Puteri Renjer akan berkhidmat di wad kanakkanak (pediatrik). Projek "Lids for Limbs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Projek Bungkusan Kasih atau "Peace Packs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
2004 Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah mendaki Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi Kinabalu Rakan Muda yang bertemakan "Menuju ke Puncak". Seramai 49 ahli berjaya ke Puncak. Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu organisasi ahli WAGGGS untuk projek International Signature Programme (ISP), satu kerjasama antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM. Melalui projek ini, PPPM menerima geran daripada The UPS Foundation selama tiga tahun untuk mencapai beberapa matlamat. Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) - 290 ahli Pandu Puteri dan Renjer Puteri berbasikal 300 km merentasi negeri Terengganu bagi menjana dana untuk kanak-kanak kurang upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu. Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) berjaya memasuki Malaysian Book of Records sebagai "Ekspedisi Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia".
2005 21 - 23 Februari - Pada pertama kalinya "GirlGuides' Summit" diadakan di Hotel Kuala Lumpur International untuk ahli-ahli kepanduan lepasan sekolah. Seramai 105 orang peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan dengan tema "Makanan" turut diadakan di acara ini. Sebanyak 4,581 "Peace Packs" telah dihantar ke Iraq. Pengurusan penghantaran dibuat oleh Kementerian Luar Negeri dan kos penghantaran dibiayai oleh Kementerian Pertahanan. 16 - 17 April - Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia. Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS berjaya dihasilkan. 16-19 Ogos - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung Pertama Sahabat Asia Pasifik WAGGGS (Friends of Asia Pacific WAGGGS) yang diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190 orang peserta dari 12 negara. 17 Ogos - Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (Johor); S.P.M.J. sebagai Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang September - Mesyuarat Meja Bulat di Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan Perlembagaan baru PPPM 20 Oktober - YABhg Datin Paduka Seri Endon Mahmood, Yang Di Pertua PPPM kembali ke Rahmatullah.
2006 Januari - Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa: Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer. 13-17 Mac - Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600 orang peserta. 1 - 6 April - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar Penilaian Signature Programme Volunteerism yang dihadiri 27 peserta dari Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta pegawai dari Biro Dunia WAGGGS, APCO Worldwide dan Points of Lights Foundation. Ketua Eksekutif WAGGGS, Lesley Bulman-Lever dan Pengarah Global Projek, Brenda Fitzpatrick bersama dengan rombongan PPPM mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan YB Puan Komala Devi, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia. Para peserta juga menghadiri Majlis Santapan bersama SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah, Penaung Di Raja PPPM. 26 April - 1 Mei -Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180 km disertai 140 orang ahli dan sukarelawan Pandu Puteri. PPPM mendapat hadiah Penyertaaan Terbanyak. 9 Jun - Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentang dan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa serta-merta.
2006 9 Jun - Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru "Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan" telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu. Julai - Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan Oktober - Projek Perintis Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri Selangor. 2007 Januari - Pelaksanaan Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Januari & Februari - Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif "Scientific Creative Thinking" diadakan untuk ahli lepasan sekolah dengan kerjasama Empowering Potential Consultancy. 19 Januari - Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara 1 April - PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9
2007 6 Jun - Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young Women" diadakan sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan Singapura mengambil bahagian. 7 Jun - Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli PPPM 6 September - Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah, Yang Di Pertua baru PPPM 9 Oktober - Lawatan Mesra YB Dato' Seri Azalina binti Dato' Othman Said, Menteri Belia dan Sukan bersama rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri 25 November - Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia 2008 19 Januari - Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat Kebangsaan" di Sungai Petani, Kedah 6 - 12 Julai - Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan untuk Persidangan Dunia Ke-34, tahun 2011 17 - 22 Ogos - Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United Kingdom.
Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah
PERANCANGANTAHUNANPROGRAMUNIT BERUNIFORM PANDUPUTERITUNAS BIL MINGGU AKTIVITI CATATAN 1 PERJUMPAAN 1 Mesyuarat Agung Pembahagian kumpulan Pelantikan AJK Penyediaan buku log 2 PERJUMPAAN 2 Prapersetiaan Ikrar Persetiaan Pandu Puteri Tunas Undang-undang Pandu Puteri Tunas Cogan kata Pandu Puteri Tunas 3 PERJUMPAAN 3 Latihan Kawad 4 PERJUMPAAN 4 Masakan Rimba Memasak/ menghias makanan 5 PERJUMPAAN 5 Anyaman Daun dan Kraf Boneka 6 PERJUMPAAN 6 Nyanyian Lagu Lagu Dunia Lagu Taps Siang dan Malam Nyanyian Lagu Kumpulan Berenam (Cempaka, Melur, Siantan, Kenanga, Teratai, Kesidang)
BIL MINGGU AKTIVITI CATATAN 7 PERJUMPAAN 7 Mengenali dan Mengetahui Bendera Menyatakan maksud warna-warna bendera 8 PERJUMPAAN 8 Menanam dan Mejaga Tumbuhan Murid diberikan benih Murid belajar cara menanam 9 PERJUMPAAN 9 Keselamatan Murid mengetahui peralatan berbahaya di rumah, contoh-contoh kemalangan di rumah dan cara menjaga keselamatan di rumah 10 PERJUMPAAN 10 Jahitan Asas Jahit jelujur/lilit ubi Jahit butang lubang 2 dan 4 11 PERJUMPAAN 11 Simpulan Tali Pengenalan kepada simpulan buku sila, lilit mmanuk, bunga geti, lilit dua simpul, lilit pemati mudah dan ikatan pemukat
BIL MINGGU AKTIVITI CATATAN 12 PERJUMPAAN 12 Kesihatan dan Kebersihan Penjagaan gigi, penjagaan rambut, tangan dan kuku Aktiviti Sukaneka (membaling dan menangkap bola) 13 PERJUMPAAN 13 Pertandingan Dalaman Pertandingan bersama unit unit-beruniform lain Seperti : Pertandingan kawad/ Pertandingan membuat sandwich/ pertandingan ikatan
Refleksi
Setelah berjaya menyiapkan buku log ini, saya telah menambah ilmu pengetahuan baru terhadap aspek-aspek di dalam Unit Beruniform Pandu Puteri. Salah satu manfaat yang saya perolehi adalah buku log ini mampu menjadi panduan bagi guru pelatih untuk mengimplementasikan pembelajaran kepada murid-murid di masa akan datang. Selain itu, saya dapat mengumpulkan dan mencatat semua informasi yang saya peroleh tentang struktur pengurusan Pandu Puteri di Malaysia, serta memperdalam pengetahuan saya tentang sejarah terbentuknya WAGGGS dan Pandu Puteri di negara ini. Melalui proses ini, saya merasa lebih bertanggung jawab dan terdorong untuk memberi sumbangan lebih dalam dalam membantu masyarakat dan berjasa kepada negara serta agama. Selain itu, penyusunan buku log ini juga memberi peluang untuk melatih dan mengembangkan potensi anggota pasukan dalam mencapai visi dan misi Unit Beruniform. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Dr. Rohaya binti Ahmad dan rakan-rakan saya yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam menghasilkan buku log ini. Sekian, terima kasih. Yang benar, izzati (NURUL IZZATI BINTI MOHAMAD)
Tamat