Mengenal diri, Mengenal
Allah
Ustaz Hazri
14/06/2004 hingga 25/07/2021
BIODATA
NAMA PENUH :
Mohd Hazri Bin Hashan @ Hashim
NAMA ISTERI :
Nik Karmilla Binti Nik Yaacob
NAMA ANAK :
Nur Hazirah Qurratu ‘Aini Binti Mohd Hazri
Muhammad Hilman Hadzratillah Bin Mohd Hazri
Muhammad Harraz ‘Ariffbillah Bin Mohd Hazri
SEJARAH
PENDIDIKAN
TAHUN 1981-1986
Sekolah Kebangsaan Jalan
Linsum, Rantau, Negeri Sembilan
( Sijil Darjah 5)
TAHUN 1987-1989
Sek. Men. Rendah Agama Rantau,
Rantau, Negeri Sembilan (SRP)
TAHUN 1990-1994
Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS),
Klang, Selangor (SPM & STPM)
TAHUN 1995-1998
Universiti Malaya ( Ijazah Sarjana
Muda Syariah dan Ekonomi )
TAHUN 1999-2000
Universiti Malaya ( Diploma
Pendidikan : Ekonomi Asas/
Perdagangan)
SEJARAH
PERKHIDMATAN
1998-1999
Eksekutif Hal Ehwal Murid/ Pensyarah Tamadun
Islam, SAL Group of Colleges, KL
12/6/2000 - 13/6/2004
SMK Subis, Batu Niah, Miri, Sarawak
( 4 tahun )
14/6/2004 - 25/7/2021
SMK Palong Timur, Segamat, Johor
( 17 tahun, 1 bulan, 11 hari )
TEMPAT LAHIR
Ayer Molek, Melaka
NAMA SEKOLAH BARU
SMK Methodist Perempuan Melaka
MATLAMAT HIDUP
Lillahitaala/ Berbuat baik sesama manusia
VISI
Menyeru manusia kembali mengenal Allah swt
Pencipta Sekalian Alam, alam lahir dan batin/
Membantu membangunkan fikrah Islamiyyah
agar Daulah Islamiyyah yang telah jatuh pada
tahun 1924 akan terbina semula untuk mewarnai
kembali dunia ini dengan keadilan dan
kemakmuran
MISI
Mempromosi dan menyebarkan kebaikan/
kebenaran/ sedaya upaya mendidik agar
manusia dan anak didik saya kembali kepada
cara hidup yang tulen/ fitrah/sunnatullah
UCAPAN
UNTUK ANAK-ANAK SMK PALONG TIMUR
Tiada perkara yang lebih utama daripada MENGENAL
ALLAH SWT. iaitu mengenalNya kembali sebagaimana kita
kenal Dia di alam roh/ arwah dahulu, jika kita ingin
selamat di alam akhirat
Ulama’-ulama’ tasawwuf yang ‘ariffin yang telah berada di
makam yang tinggi memberitahu kita bahawa untuk
mengenal Allah swt hendaklah bermula dengan
MENGENAL DIRI kita sendiri, itulah ungkapan “ Mengenal
Diri Mengenal Allah “,fikir-fikirkanlah.
Kata Nabi Muhammad saw. junjungan mulia kita, orang
yang paling bijak ialah orang yang selalu mengingati mati,
kerana orang yang selalu mengingati mati sepatutnya
akan bersedia untuk hari akhiratnya (kematiannya).
Apabila ada penggalian semula kuburan kita, ada dua keadaan yang biasa
dapat diperhatikan, sedikit yang jasadnya masih dijaga oleh Allah swt dan
selebihnya tinggal tengkorak sahaja kerana dimakan oleh makhluk-makhluk
tanah, itulah perbezaan antara keyakinan dengan kesyirikkan, fikir-fikirkanlah
untuk diri kita wahai anak-anak ku kerana syirik itu ibarat semut hitam yang
berjalan di atas batu hitam di waktu malam yang gelap gulita. Dosa syirik tak
mungkin diampun oleh Allah swt.
UCAPAN
UNTUK ANAK-ANAK SMK PALONG TIMUR
Taatlah kamu kepada ibu bapa kamu selagi mereka tidak
menyuruh kamu perkara yang dilarang oleh Allah dan
Rasulmu kerana redha Allah bersama redha kedua ibu
bapa. Jangan sesekali hendak menderhaka kepada
mereka nescaya hidup mu nanti menderita.
Taatlah kamu kepada guru-guru kamu selagi mereka tidak
menyuruh kamu perkara yang dilarang oleh Allah dan
Rasulmu kerana keberkatan ilmu itu ada pada seorang
guru dan jangan lupa mencari guru mursyid yang dapat
membimbing kamu menemui Allah swt.
Peliharalah Tiang Agamamu yakni solat(sembahyang) . Solat bukan
sahaja komunikasi seorang hamba bersama Penciptanya tetapi
juga menggambarkan kehidupan seseorang. Orang yang dapat
tenang dalam solatnya (khusyuk), inshaa allah akan turut tenang
dalam menghadapi ujian di dalam kehidupannya dan begitulah
sebaliknya.
Hati-hatilah dengan fitnah (ujian) yang ada di akhir zaman ini (ketahuilah
kitalah ummat akhir zaman itu) kerana pada zaman ini kebenaran akan
dipandang sebagai kepalsuan dan kebathilan atau kejahatan akan
dipandang sebagai kebaikan. Manusia pula sibuk mencari kesalahan orang
lain sedangkan diri mereka dan hati mereka sendiri tidak bersih dan
berkarat diselaputi oleh maksiat dan dosa mereka sendiri.
UCAPAN
UNTUK ANAK-ANAK SMK PALONG TIMUR
Hati-hatilah wahai anak-anak ku kerana nanti akan
muncul Dajjal kata Nabi saw. yang membawa
api(kepalsuan) di tangan kanannya dan membawa
air(kebenaran) ditangan kirinya tetapi Nabi saw.
menyuruh kita mengambil api dan jangan mengambil air,
kenapa??? kerana kebenaran telah dipandang sebagai
kepalsuan dan kebathilan atau kejahatan telah dipandang
sebagai kebaikan.
Ketahuilah wahai anak-anak ku, Dajjal itu buta mata
kanannya (bencikan akhirat) satu perlambangan kerana
ramai manusia pada hari itu sudah tidak nampak lagi jalan
akhirat atau kebenaran, lantas membuat keputusan
sendiri (ikut hawa nafsu) dan tidak lagi mengenal Tuhan
sebenar. Mata kirinya pula bersinar-sinar dan berkilau-
kilauan (cintakan dunia), satu perlambangan bahawa
ramai manusia yang telah hanyut dalam tipu daya dunia
yang dibentangkan dan dicanang oleh Iblis, ulamanya
memutar-belitkan agama, suka membuat tafsiran sendiri
akhirnya kebenaran disisihkan dan manusia lupa dirinya
(lupa tujuan datang ke dunia untuk diuji oleh Allah swt. ).
UCAPAN
UNTUK RAKAN GURU SMK PALONG TIMUR
Tidaklah layak bagi diri ini untuk menasihati dan
memberikan pesanan kepada kalian kerana kalian
semua adalah orang-orang yang dihormati dan
bijaksana. Hanya satu perkongsian sahaja dan
peringatan untuk diri saya iaitu didiklah anak-anak
murid kita dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh tanpa
rasa benci dan buruk sangka.
Anggaplah mereka seperti anak-anak kita sendiri supaya
ia menjadi motivasi kepada kita untuk mencari apa
sahaja cara untuk mendidik mereka supaya mereka akan
berjaya mengikut tahap yang mereka ada. Semaikan
sifat rahmah kepada mereka nescaya Allah swt akan
merahmati kalian.
Sesungguhnya kita memegang amanah yang berat
untuk membentuk peradaban mereka dan akhlak
mereka serta yang paling menakutkan ialah apalah yang
kita akan jawab di hadapan Allah swt nanti, apabila
Allah swt bertanya kepada kita tentang hak-hak mereka
daripada kita sebagai guru yang dibayar gaji bulanan dan
mendapat lain-lain imbuhan. Waulahu’alam.
Akhir kata, saya dan keluarga dengan penuh rasa rendah diri,
menyusun sepuluh jari kepada semua yang mengenali diri kami
terutama kepada semua pengetua-pengetua saya semasa saya
bertugas di Palong Timur, guru-guru/ rakan seperjuangan,
rakan-rakan staf dan kakitangan sekolah, pekerja-pekerja
pembersihan dan bahagian keselamatan sekolah serta yang tak
mungkin dilupakan semua yang dikasihi anak-anak murid saya
dan bekas-bekas anak murid saya sama ada saya sempat
bersama mereka secara langsung atau tidak langsung, dengan
ini ingin memohon maaf lahir dan batin kepada semua, mohon
dihalalkan segala yang termakan atau terminum, mohon
diampunkan dosa yang dilakukan sama ada dosa disedari atau
yang tidak disedari, andai ada yang terguris maaf dipinta atas
kekhilafan yang ada.
Kepada pelajar-pelajar tolong sampaikan salam cikgu kepada
ibu bapa dan kakak atau abang kalian yang cikgu pernah ajar
mereka, katakan yang cikgu telah berpindah dan cikgu minta
maaf atas segala kekurangan dan kelemahan yang ada kerana
diri ini hanyalah manusia biasa.
Kami seluarga doakan agar kalian semua sentiasa
mendapat perlindungan Allah swt dan dipayungi oleh
rahmatNya.
Nak gadis menjahit kemeja teruna
Tersenyum sinis tanda curiga
Kenangan yang pahit tak kan dilupa
Kenangan manis pengubat jiwa
Pohon duku dipancar mentari
Pohon kuini terlindung sepi
Maafkan daku mengundur diri
Pindah ku ini perintah Ilahi
Sekian, terima kasih. Moga bertemu lagi di jannah
nanti. Amin.
TERIMA KASIH
CCIIKKGGUU
JASAMU AKAN DIKENANG