2021
MAPPeM
Tarikh : 15 SEPTEMBER 2022 (KHAMIS)
Masa : 2.00 PETANG
Tempat : DEWAN HARMONI
SK. PEKAN KOTA BELUD
Dirasmikanoleh:
YB.DatukSeriPanglimaDr.MohdSallehBinTunSaid
ADUNN10Usukan
Pengenalan
Majlis Anugerah Pencapaian Pembangunan Murid
(MAPPeM) Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud
merupakan program yang dijalankan julung kalinya
untuk memberi pengiktirafan kepada pencapaian murid,
guru dan sekolah oleh Sektor Pembangunan Murid PPD
Kota Belud Tahun 2021.
Objektif
MAPPeM
Memberi Memberi galakan dan penghargaan kepada
semua murid, guru dan sekolah dalam penyertaan program
atau pertandingan kokurikulum, bakat dan pengurusan
hal ehwal murid
Memberi galakan peningkatan minat, bakat dan
kemahiran murid dalam bidang kokurikulum dan
peningkatan dalam pengurusan hal ehwal murid
Memberi galakan peningkatan penglibatan, kerjasama dan
sumbangan dua hala antara sekolah dan Pejabat
Pendidikan Daerah Kota Belud
Alas Kata...
YB.DatukSeriPanglimaDr.MohdSallehBinTunSaid
ADUNN10Usukan
Syabas dan tahniah kepada Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud atas
inisiatif sebegini. Penghargaan seperti ini mampu menaikkan lagi semangat
murid-murid dan guru-guru untuk terus berkarya, berusaha mencungkil
potensi diri, dan bekerja keras untuk mencapai kecemerlangan yang diimpikan
oleh semua.
Saya percaya, pencapaian yang diraikan dalam Majlis Anugerah Pencapaian Pembangunan
Murid ini menerbitkan satu kepuasan dan kebanggaan oleh bukan sahaja para penerima, tetapi
semua penduduk Daerah Kota Belud amnya, dan semua warga pendidikan Kota Belud khasnya.
Teruskan usaha murni ini. Semoga kecemerlangan ini tidak terhenti di sini, tetapi akan
terus terlakar saban tahun , dalam setiap dimensi!
Sekian, terima kasih.
YBrs.EncikMohdFadzliBinHajiAbdulRozan
PegawaiPendidikanDaerah
PejabatPendidikanDaerahKotaBelud
Salam PPD KOTA BELUD PEMACU PERUBAHAN.
Salam SEPAKAT SABAH HEBAT.
Mission Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada semua jawatankuasa pelaksana
MAJLIS ANUGERAH PENCAPAIAN PEMBANGUNAN MURID (MAPPeM) 2021 yang
diterajui oleh Sektor Pembangunan Murid, dengan kerjasamsa Sektor-sektor yang
lain di Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud.
Majlis yang julung julung kali diadakan ini merupakan satu niat murni PPD Kota Belud untuk menghargai jasa, bakti dan
pencapaian yang telah di sumbangkan oleh murid-murid daerah Kota Belud, bersama-sama dengan semua warga
pendidikan daerah ini.
Harapan saya adalah kita bersama-sama bergerak sederap dan senada dalam membentuk murid yang boleh mendepani
cabaran masa hadapan berdasarkan acuan kita sendiri, murid yang berpotensi dan serba berkebolehan dalam apa jua bidang
yang mereka ceburi, di samping memartabatkan profesion perguruan dengan menjadi warga pendidik yang berdaya saing
serta berintegriti untuk merealisasikan setiap visi dan misi kita, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
.
Akhir kata, tahniah kepada semua penerima anugerah MAPPeM. Semoga kejayaan mereka pada hari ini menjadi pemangkin
kepada peningkatan motivasi yang lebih tinggi serta menjadi suri teladan kepada semua
Sekian, terima kasih.
TERIMA
KASIH!
SEKTOR
URIDPEMBANGUNAN
PPD KOTA BELUD
PEMACU PERUBAHAN