FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN
SARJANA PENDIDIKAN (PENGURUSAN PENDIDIKAN)
TP60204 DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN
Tugasan Kumpulan 1 : Tema 5 – Pelaksanaan dan Pematuhan Kegiatan
Kokurikulum Di Sekolah
NAMA PELAJAR (i) NORAIMA BINTI BINTINGAN @ PARAMAN
NO. MATRIK (ii) JUBRIN BIN JUMAT
NAMA PENSYARAH
(i) MP2012092T
(ii) MP2012090T
DR. ROSLEE BIN TALIP
Isi Kandungan Muka Surat
2
Bil. Kandungan/ Perkara 2
1. Pengenalan 3
2. Definisi berkaitan pengurusan Kokurikulum 4
3. Konsep pengurusan Kokurikulum 5
4. Matlamat pengurusan Kokurikulum 6
5. Objektif pengurusan Kokurikulum
6. Strategi pengurusan Kokurikulum 8
Dasar-dasar pengurusan perubahan dalam pelaksanaan dan 20
7.
22
pematuhan kegiatan Kokurikulum di sekolah
Aplikasi teori/ model pengurusan perubahan dalam amalan 25
8.
pelaksanaan dan pematuhan kokurikulum di sekolah 27
Isu-isu semasa dalam pelaksanaan dan pematuhan 29
9. 30
kegiatan kokurikulum di sekolah 32
Cabaran dan Hala tuju pelaksanaan dan pematuhan
10.
kegiatan kokurikulum di sekolah
11. Strategi jangka pendek dan jangka panjang
12. Penutup
13. Bibliografi
14. Rujukan dalam talian
1
Pengenalan
Bagi memastikan kemenjadian murid seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, dan
intelek sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia telah merangka sistem pendidikan yang dapat memenuhi keperluan negara dari
pelbagai sudut dan bidang pembelajaran agar setanding dengan sistem pendidikan negara-
negara maju yang lain. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 merupakan
pelan jangka panjang Kementerian yang menetapkan dengan jelas matlamat dan sasaran
yang ingin dicapai dari segi kualiti, ekuiti dan akses pendidikan kepada golongan pengajar
dan pelajar. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memastikan transformasi dari aspek
pengurusan sumber manusia dan kewangan serta penetapan inisiatif utama yang menjurus
kepada keberhasilan murid dapat dicapai. Perancangan secara holistik ini meliputi pelbagai
aspek dan lebih berfokuskan kepada aspek akademik dan kokurikulum para pelajar. Dalam
konteks ini, aspek pengurusan kokurikulum diberikan perhatian untuk melihat sejauhmana
pengurusan kokurikulum mampu menjadi satu platform di sekolah bagi mencapai hasrat dan
matlamat negara seperti yang diaspirasikan para pemimpin dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan PPPM 2013 -2025.
Definisi Berkaitan Kokurikulum
Kokurikulum dijelaskan sebagai satu saluran pembelajaran yang berasaskan
gerakerja yang tersusun dan terancang yang sebahagian besarnya dilakukan di luar bilik
darjah. Kadangkala aktiviti kokurikulum juga dilaksanakan di bilik darjah seperti syarahan,
ceramah, tunjukcara dan sebagainya. Gerakerja ini merupakan lanjutan daripada proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu,aktiviti-aktiviti kokurikulum
dapat menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar untuk menambah, mengukuh dan
mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik
darjah. Gerakerja kokurikulum dikelompokkan kepada tiga kumpulan iaitu: Unit Badan
Beruniform, Persatuan/ Kelab dan Sukan/ Permainan.
“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan
kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,kemahiran, norma, nilai,
unsur,kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid
2
dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan”
(Subperaturan 3(1) dalam peraturan-peraturan, 1997)
Warta Kerajaan bertarikh , 28 hb Disember 1967, No. 5652 ( Peraturan Kursus Pengajian )
Sekolah 1956, mendefinisikan kokurikulum sebagai kegiatan kumpulan, manakala Warta
Kerajaan bertarikh 31hb Disember 1997 , Jilid 41, No.26, Tambahan No.94, Perundangan
P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan- Peraturan (Kurikulum Kebangsaan)
mendefinisikan kokurikulum seperti yang berikut: “kegiatan kokurikulum” ertinya apa-apa
kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.”
Konsep pengurusan kokurikulum
Kokurikulum merupakan aktiviti yang perlu melibatkan pelajar dan dijalankan di
sekolah sebagai sebahagian daripada aspek kurikulum sekolah. Aktiviti kokurikulum ini boleh
dilaksanakan samaada secara dalaman ataupun dijalankan di luar kelas mengikut kesesuaian
dan keperluan akvtiviti tersebut. Pelaksanaan aktiviti kokurikulum adalan bergantung kepada
kreativiti para guru berdasarkan panduan ataupun silibus kokurikulum yang telah
ditetapkan. Aktiviti kokurikulum diwujudkan atas anggapan bahawa terdapat pengalaman
tertentu di dalam bilik darjah yang tidak mampu diperolehi oleh para pelajar. Oleh hal yang
demikian, aktiviti kokurikulum diadakan agar murid dapat merasai dan memperolehi
pelbagai pengetahuan dan pengalaman dari perspektif lain iaitu yang melibatkan pelbagai
deria untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-
nilai estetika serta sosial yang positif. Kenyataan ini disokong dengan kajian yang dilakukan
oleh Mohd Fazli Hassan (2013) yang menyatakan bahawa aktiviti kokurikulum adalah
penting dalam membantu pelajar melengkapkan dan memperkukuhkan proses pembelajaran
di dalam kelas, di samping dapat menunjukkan perubahan tingkah laku serta mempengaruhi
sahsiah dan emosi pelajar.
Pengurusan kokurikulum pula dilihat sebagai tatacara bagaimana suatu aktiviti
kokurikulum yang melibatkan aspek sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta kelab
unit beruniform diurus dan dikendalikan di sesebuah sekolah atau institusi bagi
menggalakkan penglibatan para pelajar bagi mencungkil bakat pelajar dalam bidang yang
3
diceburi sehingga ke peringkat yang tertinggi. Kenyataan ini disokong dengan kajian oleh
Aminuddin (2002) dalam Zahurul (2013) yang menyatakan bahawa matlamat utama
pengurusan kokurikulum adalah menyelaras semua aspek pentadbiran, lataihan, aktiviti
penglibatan dan kejayaan keseluruhan supaya dapat dilaksanakan dengan lancar, berkesan
dan mencapai objektif yang dirancang.
Dalam satu artikel hasil tulisan Imelda Manu Matthew (2020) bertajuk “Aktiviti
Kokurikulum”, penulis menyatakan bahawa bidang kokurikulum dilihat sebagai satu bidang
pendidikan yang mana penglibatan semua murid dan anggota masyarakat dalam
pelaksanaan bidang kokurikulum adalah perlu. Selain itu, bidang kokurikulum juga perlu
dijalankan dengan anggapan bahawa semua murid harus mempunyai keseimbangan antara
perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu
(sosial, jasmani dan rohani). Penulis juga menyatakan bahawa semua murid mempunyai
minat dan bakat yang boleh dikembangkan, semua murid boleh dididik, dan boleh pula
mendidik diri sendiri dan rakan sebaya. Pihak sekolah adalah bertanggungjawab melahirkan
murid-murid untuk keperluan masyarakat dan negara. Akhir sekali masyarakat turut dituntut
untuk bertanggungjawab memainkan peranan mendidik murid-murid.
Matlamat, objektif dan strategi pelaksanaan pengurusan kokurikulum
Matlamat pengurusan kokurikulum
Menurut Aminuddin (2002), matlamat utama pengurusan kokurikulum adalah
menyelaras semua aspek pentadbiran, latihan, aktiviti penglibatan dan kejayaan
keseluruhan supaya dapat dilaksanakan dengan lancar, berkesan dan mencapai objektif
yang dirancang.
Berdasarkan Buku Pengurusan Kokurikulum, SK Seri Kundang (2020), matlamat
utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Antara
matlamat yang hendak dicapai ialah melahirkan generasi yang seimbang, sihat, cerdas,
berdaya tahan, berdaya saing, berakhlak dan berketerampilan dengan tumpuan kepada
mencungkil, memupuk, mengembang dan memantapkan minat, serta bakat yang ada pada
setiap individu bagi mengukuhkan aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kenyataan ini
juga disokong oleh kenyataan daripada Mohamed (2016) yang merujuk kepada Buku
4
Panduan Pengurusan Sekolah Menengah pada tahun 2009 bahawa objektif dan matlamat
utama pelaksanaan aktiviti kokurikulum adalah untuk mencapai dan merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Menurut Imelda Manu Matthew (2020) pula, antara matlamat yang ingin dicapai
dalam aspek pengurusan kokurikulum, antaranya ialah:
1. Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan.
2. Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani,
jasmani dan emosi murid-murid.
3. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam sekolah dan di
antara sekolah.
4. Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang
diceburi.
5. Membina dan meningkatkan disiplin murid.
6. Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan.
7. Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua hala antara
sekolah dan masyarakat.
8. Mewujudkan sekolah berwatak.
Objektif pengurusan kokurikulum
1. Memberi peluang seluas-luasnya kepada penglibatan pelajar supaya mereka
memperolehi pengetahuan tentang fungsi dan peranan sebagai seorang pelajar.
2. Menggunakan dan menggalakkan penyertaan aktif dan sungguh-sungguh untuk
membentuk sifat tanggungjawab, rajin berusaha dan perasaan bangga atas kejayaan
diri dan sekolah.
3. Menggunakan kokurikulum untuk menyokong pembelajaran, membina perasaan
yakin diri dan watak mulia serta membolehkan hubungan dua hala di antara
persekolahan pelajar dengan alam masyarakat sekitar.
4. Membina imej sekolah sebagai sekolah berwatak melalui kejayaan kokurikulum yang
cemerlang.
( Buku Pengurusan Kokurikulum, SK Seri Kundang, 2020 )
5
Strategi pelaksanaan pengurusan kokurikulum
Untuk mencapai matlamat tersebut, berikut adalah beberapa strategi pelaksanaan yang
perlu diikuti menurut Imelda Manu Matthew (2020):
1. Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan
kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah.
2. Menambahkan bilangan pasukan pakaian seragam, persatuan/kelab, kelab sukan
dan permainan serta mempelbagaikan aktiviti tersebut, dengan tujuan memberi
peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara individu atau
kumpulan.
3. Melibatkan murid daripada semua kaum dalam semua aktiviti kokurikulum, yang
sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan.
4. Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat masyarakat.
5. Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS), Persatuan Ibu Bapa
Guru-Guru (PIBG), guru-guru dan murid-murid dalam perancangan dan pelaksanaan
aktiviti kokurikulum.
6. Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulum bagi mencapai matlamat yang
dikehendaki.
7. Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan.
8. Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua murid.
9. Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan.
10. Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak, dari semasa ke
semasa.
Selain itu, untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan, beberapa strategi
pelaksanaan perlu diikuti:
1. Kegiatan kokurikulum dan akademik yang telah dijadualkan hendaklah seimbang.
Aktiviti kokurikulum yang dirancang perlu bersesuaian dengan kurikulum.
2. Pihak sekolah dari semasa ke semasa perlu menambahkan bilangan persatuan/
kelab/ unit beruniform untuk memberi peluang kepada murid melibatkan diri secara
aktif.
6
3. Setiap murid akan melibatkan diri secara aktif sama ada secara individu atau
berkumpulan.
4. Setiap murid diwajibkan menganggotai sekurang-kurangnya 3 aktivti iaitu satu
daripada kelab/ persatuan, satu daripada sukan/ permainan dan satu daripada
pasukan unit beruniform.
5. Setiap pasukan/kelab/unit beruniform perlu merancang dengan teliti, menarik, kreatif
dan berfaedah bagi aktiviti yang akan dijalankan. Aktiviti tersebut perlulah
dipelbagaikan seperti lawatan, khidmat masyarakat, latihan, kursus, pertandingan
iaitu meliputi rutin dan developmental.
6. Bilangan perjumpaan perlulah sekurang-kurangnya 12 kali setahun dan setiap
perjumpaan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang memakan masa 2 jam.
7. Setiap penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum tentang perkembangan dan
kemajuan serta pencapaiannya perlu dinilai dan direkod. Penghargaan hendaklah
diberi kepada murid yang aktif dan banyak memberi sumbangan serta
mengharumkan nama sekolah sebagai insentif di samping sebagai sumber inspirasi
kepada murid lain.
8. Kehadiran pelajar dalam kokurikulum perlulah 80% atau sekurang-kurangnya 10 kali
bagi membolehkan menerima sijil atau dicatat dalam rekod penglibatan kokurikulum
dalam sijil berhenti sekolah/ surat akuan.
9. Semua persatuan/kelab dan unit beruniform dikehendaki menjalankan satu aktiviti
luar seperti lawatan sambil belajar/ khidmat masyarakat dan kajian luar agar dapat
menarik minat murid.
( Buku Pengurusan Kokurikulum, SK Seri Kundang, 2020 )
7
Dasar-dasar pengurusan perubahan dalam pelaksanaan dan pematuhan kegiatan
kokurikulum di sekolah
Dalam konteks melihat implementasi dasar perlaksanaan pengurusan perubahan
kokurikulum di sekolah, Unit Kokurikulum SK Tinambak, Tuaran telah dijadikan sebagai
sumber rujukan untuk perolehan maklumat berkenaan pelaksanaan pengurusan perubahan
kokurikulum di sekolah tersebut. Kebenaran telah diberikan oleh Guru Besar SK Tinambak,
Tuaran untuk mendapatkan sedikit sebanyak maklumat berkenaan Unit Kokurikulum di
sekolah tersebut. Kebenaran dan persetujuan untuk mendapatkan sebarang maklum balas
dan juga maklumat berkaitan dengan aspek pengurusan perubahan kokurikulum juga telah
diminta daripada En. Gerry Lucien selaku PK Kokurikulum di sekolah tersebut. SK Tinambak
merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di kawasan luar bandar Daerah Tuaran dan
mempunyai enrolmen pelajar seramai 110 orang termasuk murid-murid pra sekolah. Walau
bagaimanapun, kegiatan kokurikulum di sekolah tersebut hanya melibatkan murid-murid
Tahap 2 iaitu murid dari Tahun 4 hingga Tahun 6.
Fasa Perancangan
Menurut Penolong Kanan Kokurikulum SK Tinambak, dalam aspek pengurusan Unit
Kokurikulum, perkara pertama yang dilakukan oleh Unit Kokurikulum SK Tinambak adalah
mengadakan mesyuarat akhir tahun untuk berbincang dan merancang aktiviti kokurikulum
yang akan dilaksanakan pada tahun berikutnya. Semua ahli jawatankuasa akan dipanggil
untuk bermesyuarat dan untuk mengetahui perancangan aktiviti bagi kelab/ persatuan,
sukan dan permainan serta badan unit beruniform masing-masing. Dalam mesyuarat
tersebut, beberapa perkara juga turut dibincangkan, antaranya ialah laporan status
pencapaian murid, laporan status peralatan dan kemudahan sedia ada yang terdapat di
sekolah, sebarang penambahbaikan yang diperlukan untuk tahun berikutnya serta
perkongsian sebarang info dan arahan terkini daripada PPD, JPN dan KPM berkenaan
pelaksanaan aktiviti kokurikulum murid. Daripada mesyuarat ini, takwim program atau pelan
pelaksanaan program tahunan disediakan untuk tahun berikutnya.
8
Berikut merupakan contoh ringkasan takwim Unit Kokurikulum SK Tinambak, Tuaran
yang dapat dikongsikan menggunakan Carta Gantt:
9
TAKWIM AKTIVITI/PROGRAM
SK TINAMBAK
Bil Aktiviti/ Program Jan Feb Mac Apr Mei
1234123412341234123
1 Semakan/ Kemaskini fail
2 Mesy. Koko Bil 1/2021
3 Mesy. Koko Bil 2/2021
4 Mesy. Koko Bil 3/2021
5 Perjumpaan UB (Mesy.
Pelantikan AJK/
Perancangan Aktiviti
6 Perjumpaan Ko-Akademik
(Mesy. Pelantikan AJK/
Perancangan Aktiviti
7 Perjumpaan Sukan &
Permainan (Mesy.
Pelantikan AJK/
Perancangan Aktiviti
8 Perjumpaan UB dan Kelab
Sukan & Permainan
9 Perjumpaan Persatuan Ko-
Akademik
10 Mesy. Sukan Bil 1/2021
11 Mesy. Sukan Bil 2/2021
12 Sukan Sekolah
13 Mesy. Program
Perkhemahan Sekolah Bil
1/2021
14 Mesy. Program
Perkhemahan Sekolah Bil
2/2021
15 Program Perkhemahan
Sekolah
Rajah 1 : Carta Gantt Takwim Kokurikulum SK Tinambak, Tu
M UNIT KOKURIKULUM 2021
K, TUARAN
Minggu/ Bulan
Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis
41234123412341234123412341234
uaran (Sumber : Fail Takwim Unit Kokurikulum, SK Tinambak, Tuaran)
10
Dalam melihat kepada contoh fasa perancangan unit Kokurikulum SK Tinambak,
Tuaran, dapat dilihat bahawa dalam aspek pengurusan perubahan, pemimpin (Guru Besar/
PK Kokurikulum) memainkan peranan penting dalam menetapkan hala tuju serta matlamat
organisasi bersama-sama dengan para subordinat lain. Dalam hal ini, takwim tahunan
disediakan dan arahan daripada pihak pengurusan atasan dikongsi bersama dalam
mesyuarat atau perjumpaan. Pembuatan keputusan dibuat bersama dalam mesyuarat untuk
menentukan apa yang akan dilaksanakan dan ingin dicapai pada masa hadapan, dan gaya
kepimpinan seperti inilah yang dapat dikaitkan dengan Teori Kepimpinan yang wujud seperti
Teori Kepimpinan Transformasional. Gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pentadbir di
sekolah ini jelas menunjukkan pemimpin mengerti kepentingan pengurusan perubahan
terhadap para guru yang menjalankan tugas-tugas di bawah unit kokurikulum.
Jika amalan perancangan yang diamalkan oleh pentadbir di SK Tinambak ini
dikaitkan dengan konteks contoh amalan Kepimpinan Transformasional menurut pandangan
Zaidatol Akmaliah (2003), mereka melaksanakan salah satu amalan utama pemimpin
transformasional iaitu Motivasi Berinspirasi. Elemen yang diterangkan dalam amalan Motivasi
Berinspirasi ini ialah bersemangat apabila menyampaikan arahan yang perlu disempurnakan
oleh kakitangan, membentuk wawasan masa depan yang lebih baik, optimistik terhadap
masa depan dan berpendirian teguh dan tegas terhadap isu-isu kontroversi.
Fasa Pengelolaan
Setelah mesyuarat, proses perancangan serta penyediaan takwim program
dilaksanakan, satu Mesyuarat Jawatankuasa diadakan bagi menetapkan ahli jawatankuasa
Unit Kokurikulum sekolah serta memilih guru-guru untuk memegang jawatan sebagai guru
penasihat bagi sukan dan permainan, kelab/ persatuan serta badan unit beruniform.
Penetapan ahli jawatankuasa serta pemilihan guru-guru penasihat ini sebagai pengelola
adalah berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran guru tersebut mengurus dan
mengendalikan kelab/ persatuan serta program-program sebelum ini. Menurut PK
Kokurikulum SK Tinambak, kebiasaannya guru yang dilantik adalah guru yang sama seperti
tahun-tahun sebelumnya. Hal ini kerana, guru tersebut sudah berpengalaman dan
berpengetahuan serta telah menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan pengendalian
kelab/persatuan dan juga program yang berkaitan.
Perkara ini juga dapat dikaitkan dengan amalan pengurusan perubahan
menggunakan Teori Kepimpinan Transformasional yang mana menurut Zaidatol Akmaliah
11
(2003), amalan Pertimbangan Individu digunakan para pentadbir Unit Kokurikulum dalam
menetapkan pengagihan tugas para guru yang terlibat dalam tugas Kokurilum ini.
Pertimbangan Individu dijelaskan sebagai membantu dalam proses membina kekuatan
kakitangan, memberi pertimbangan bahawa individu mempunyai keperluan, keupayaan dan
aspirasi yang berbeza, meluangkan masa untuk membimbing kakitangan serta menjadi
pendengar yang aktif.
Berikut merupakan contoh carta organisasi dan jawatankuasa Unit Kokurikulum SK
Tinambak, Tuaran:
CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM
SK TINAMBAK, TUARAN
En. Suhaimi Voo Bin Abdullah
(Guru Besar SK Tinambak)
Cikgu Gerry Lucien
(PK Kokurikulum)
Cikgu Norakmalina Ustaz Roslim Ismail
(Setiausaha Kokurikulum) (Setiausaha Sukan)
Cikgu Meriah Derum Cikgu Anjilinah Ustaz Roslim Ismail
(Guru Penyelaras Kelab (Guru Penyelaras (Guru Penyelaras Kelab
Persatuan Pengakap)
Bahasa Melayu) Bola Sepak)
Cikgu Liew Maire
Cikgu Maidah Josephine (Guru Penyelaras Tunas Cikgu Fransesca Lyn
(Guru Penyelaras Kelab (Guru Penyelaras
Puteri)
Bahasa Inggeris) Badminton)
(Sumber : Fail Jawatankuasa Unit Kokurikulum, SK Tinambak, Tuaran)
Rajah 2 : Carta Organisasi Unit Kokurikulum, SK Tinambak, Tuaran
Selepas guru-guru penyelaras dan guru-guru penasihat dipilih dan dilantik,
mesyuarat bagi kelab/persatuan, sukan dan permainan serta unit beruniform di peringkat
murid diadakan untuk memilih ahli jawatankuasa di kalangan murid. Murid-murid dipilih
untuk memegang jawatan seperti pengerusi pasukan/ kelab, kapten pasukan, ketua rumah,
12
timbalan pengerusi, bendahari, setiausaha dan ahli jawatankuasa kecil. Murid-murid dididik
dan dibimbing untuk mempimpin dan mengelola persatuan/ kelab oleh guru-guru penyelaras
dan penasihat. Murid akan menghadiri kesemua perjumpaan kelab/persatuan, sukan dan
permainan serta unit beruniform mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Fasa Pengawalan
Setiap kehadiran dan penglibatan murid dalam aktiviti atau program yang dijalankan
akan direkodkan dan dinilai tahap penglibatan dan pencapaian mereka sebagai contoh
Pelaporan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Guru-guru
penasihat akan membimbing murid-murid dalam memastikan potensi dan bakat murid dapat
dicungkil sepenuhnya sehingga ke peringkat yang tertinggi. Walau bagaimanapun, aspek
keselamatan dan kesihatan murid dititikberatkan dalam setiap aktiviti dan program yang
dijalankan. Sebelum murid menyertai suatu aktiviti atau program, kebenaran daripada pihak
ibu bapa akan diminta untuk memastikan keselamatan dan kesihatan murid untuk menyertai
aktiviti diberikan.
Berikut merupakan contoh rekod penilaian PAJSK untuk mengukur tahap penglibatan
dan pencapaian murid dalam bidang kokurikulum:
(Sumber : Fail Penyeliaan Unit Kokurikulum, SK Tinambak, Tuaran)
Rajah 3 : Borang Pelaporan PAJSK, SK Tinambak, Tuaran
13
Daripada penerangan PK Kokurikulum tentang implementasi pelaksanaan
pengurusan korkurikulum di SK Tinambak, didapati terdapat persamaan konsep pengurusan
yang diamalkan oleh Unit Kokurikulum SK Tinambak dengan amalan dalam Panduan
Pengurusan Profesional Sekolah Menengah (1993) yang dikeluarkan oleh Jemaah Nazir
Persekutuan (JNP) yang telah menggariskan langkah pengurusan kokurikulum bagi sekolah
menengah iaitu pengurusan kokurikulum perlulah mengandungi aspek perancangan,
pengelolaan, kepimpinan, pengawalan dan juga hubungan sekolah dengan masyarakat.
Walaupun, tidak semua aspek pengurusan kokurikulum yang diikuti sepenuhnya seperti
yang dijalankan di Sekolah Menengah memandangkan SK Tinambak merupakan sebuah
sekolah rendah di kawasan luar bandar, namun, terdapat beberapa aspek yang dilaksanakan
seperti yang terdapat dalam Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Menengah.
Menurut Noor Azzam Syah et al. (2016) dalam kajiannya menyatakan bahawa
pengurusan kokurikulum yang dikajinya menggunakan Model Proses Pengurusan Stoner et
al. (1995) dan merujuk kepada Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Menengah (1993)
yang mengandungi aspek perancang, pengelolaan, kepimpinan dan pengawalan sebagai
asas kajian.
Menurut beliau, dalam aspek perancangan kokurikulum perkara yang digariskan dan
perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:
a) menyatakan matlamat dan objektif kokurikulum
b) mengenal pasti input utama yang disediakan diperingkat sekolah seperti kemudahan,
tenaga jurulatih, potensi murid, teknologi dan kewangan
c) menentukan komponen dan menubuhkan unit kokurikulum yang sesuai dengan situasi
sekolah
d) menentukan kandungan program dan aktiviti kokurikulum
e) menyediakan jadual sesi kokurikulum yang berasaskan kepada satu sistem yang praktikal,
rasional dan ekonomi.
Dalam aspek pengelolaan kokurikulum pula, ianya perlulah ditadbir dan diuruskan
oleh sebuah organisasi yang kuat dan mantap dan mempunyai jawatankuasa kokurikulum
yang dianggotai oleh guru yang berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai sikap yang
sesuai. Selain itu, bidang dan spesifikasi tugas jawatankuasa berkenaan perlu ditentukan
dengan jelas. Carta organisasi jawatankuasa perlu disediakan bagi memudahkan semua ahli
memahami saluran komunikasi dan peringkat tanggungjawab masing-masing.
14
Menurut beliau lagi, dalam aspek pengawalan terdapat perkara seperti berikut telah
digariskan iaitu:
a) Penyeliaan
b) Penilaian
c) Penyimpanan Rekod
d) Keselamatan.
Dalam penyeliaan, peranan pengurus kokurikulum adalah membimbing dan perlu
mahir dalam menggunakan pelbagai teknik pemerhatian untuk membantu membuat
keputusan yang berkesan semasa penyeliaan. Semua aktiviti dan program kokurikulum
murid perlu dinilai. Fokus penilaian ialah prestasi kokurikulum murid dan juga penilaian bagi
kandungan program kokurikulum yang dijalankan. Penyimpanan rekod dan data perlu
dilaksanakan oleh semua peringkat tanggungjawab dalam organisasi kokurikulum sekolah.
Jenis rekod yang disimpan ialah rekod kehadiran murid, prestasi murid, hasilan projek,
penggunaan kemudahan, alat dan bahan, aktiviti yang dijalankan serta minit mesyuarat
yang telah dijalankan. Bagi keselamatan pula melibatkan keselamatan murid, keselamatan
guru, rekod dan dokumen serta kemudahan kelengkapan alat dan bahan. Pelaporan kes
yang melibatkan keselamatan wajar dilaksanakan mengikut sistem dan tatacara yang boleh
dipertanggungjawabkan.
15
Dasar-dasar pendidikan dalam pengurusan kokurikulum di sekolah
Terdapat beberapa dasar yang menjadi panduan dalam pelaksanaan pengurusan
korkurikulum di SK Tinambak, Tuaran. Dasar yang didokong ini adalah berdasarkan kepada
dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dasar Pelaksanaan Kegiatan Kokurikulum
Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran
dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk
menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik
darjah.”
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian)
Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai “Kegiatan Kumpulan”. Dalam Warta Kerajaan
bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No. 94, Perundangan A.P.U. (A)
531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi
takrif Kokurikulum iaitu :
Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang
berikut:
1. Penyertaan dalam sukan dan permainan
2. Penyertaan dalam persatuan dan kelab
3. Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam
4. Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan.
Dasar 1: Kegiatan Kokurikulum Adalah Sebahagian Daripada Kurikulum Kebangsaan
Rujuk Seksyen 18, Akhta Pendidikan 1996 (Akta 550)
“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan
kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai,
unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid
dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
16
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”
(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang
diterbitkan sebagai PU(A) 531/97. Melaksanakan kokurikulum di sekolah adalah WAJIB.
Kegagalan @ Keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah suatu kesalahan yang
jika disabitkan bersalah boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara atau pun kedua-duanya
sekali di bawah Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550 ): Penalti Am.
Dalam Dasar 1 ini, Unit Kokurikulum SK Tinambak telah menetapkan bahawa
program dan aktiviti berkonsepkan kokurikulum yang melibatkan aktiviti dalam bilik darjah
mahupun luar bilik darjah adalah dikira sebagai satu sesi pembelajaran yang wajib
dilaksanakan mengikut kandungan pelajaran serta jadual yang telah ditetapkan.
Dasar 2: Penyertaan Murid Dalam Kegiatan Kokurikulum Adalah Wajib
“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar.
Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu
gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan
atau permainan.” – {Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}
“Sekolah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid menyertai kegiatan
kokurikulum yang mereka minati.” – {Untuk tujuan ini Pengetua/Guru Besar telah
diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan kelab/persatuan di sekolah seperti dalam
Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 yang diterbitkan
sebagai PU(A)196/98.}
“Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum hendaklah
direkod dan diberi penilaian.” – {Hal ini ditegaskan dalam Perkara 8.2.1 Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil 1/1985 dan Perkara 2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986)}
“Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah mendaftarkan diri
untuk menyertainya adalah suatu kesalahan yang menyebabkan murid tersebut boleh
dikenakan tindakan disiplin jika disabitkan bersalah seperti tindakan ke atas kesalahan
ponteng sekolah atau ponteng kelas.” – {Hal ini hendaklah dimaktubkan dalam Buku
17
Undang-Undang dan Peraturan Sekolah dan perlu diketahui oleh murid-murid dan ibu bapa
mereka}
Berdasarkan Dasar 2 ini, Unit Kokurikulum SK Tinambak telah menetapkan beberapa
perkara berkenaan penyertaan murid dalam bidang kokurikulum. Antaranya ialah :
1. Semua murid sekolah rendah Tahap Dua (Tahun 4,5,6) adalah diwajibkan menyertai
setiap satu kegiatan bagi ketiga-tiga bidang berikut : Kelab dan Persatuan, Badan
Unit Beruniform, serta Sukan dan Permainan.
2. Bilangan masa yang ditetapkan untuk sekolah rendah (mengikut SPI Bil. 2/2007)
tidak kurang 60 minit seminggu bagi murid Tahun 4, dan 120 minit seminggu bagi
murid Tahun 5 dan 6.
3. Semua murid diberikan kebebasan untuk memilih kegiatan yang ingin disertai
berdasarkan pilihan-pilihan yang ditawarkan oleh sekolah.
Dasar 3: Penyertaan Semua Guru Adalah Wajib
“Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus,
menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib”.
“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan
gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)
“Setiap orang guru di sekolah hendaklah, secara bertulis, diberi tugas dan tanggung jawab
yang spesifik, terperinci, dan kuantitatif dalam bidang kokurikulum di sekolah, seperti yang
dilakukan dalam bidang kurikulum”.
“Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggung jawab yang telah diperuntukan
adalah suatu kesalahan daripada segi keperluan perkhidmatan atau kepatuhan dan
kebertanggungjawaban penjawat awam atau pun moral dan wibawa keguruan yang boleh
dikenakan tindakan disiplin mengikut “Perintah-perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan
tatatertib)(Bab D)”.
18
Dalam Dasar 3 ini, beberapa perkara ditetapkan untuk aspek tenaga pengajar ini.
1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum adalah orang yang dipertanggungjawabkan
sepenuhnya untuk membantu Guru Besar bagi memastikan murid/pasukan sekolah
ke peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
2. Guru yang mengendalikan kegiatan atau aktiviti kokurikulum dikenali dengan
gelaran:
i. Guru Penasihat/ Pemimpin
ii. Guru Pengiring
3. Semua guru yang terlibat dengan setiap kegiatan perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti
berikut:
i. Memastikan semua bidang Kokurikulum dan sukan dilaksanakan
ii. Menggubal perlembagaan kelab dan persatuan yang ada di sekolah
iii. Memastikan kelab dan persatuan berdaftar dengan badan induk
iv. Melantik jawatankuasa setiap unit di bawah kawalan
v. Mendaftar murid dengan badan induk
vi. Merekod kehadiran murid setiap perjumpaan/ aktiviti
vii. Melaksanakan aktiviti harian, mingguan dan tahunan
viii. Menyimpan rekod penglibatan dan pencapaian murid
ix. Menyediakan statistik lengkap yang sentiasa kemaskini dari segi jumlah dan
peratus penglibatan murid
x. Menyediakan pelaporan tahunan
4. Penglibatan guru untuk tugas luar dibenarkan tidak lebih 10% daripada hari
persekolahan.
Dasar 4: Pelaksanaan “Kegiatan Kokurikulum”
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa
kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan
19
mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.”
{Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}
“Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah dirancang dengan maksud
mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan dan kurikulum kegiatan serta skema
penilaian yang pragmatis dan progresif”.
“Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah mengandungi elemen-elemen
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru serta nilai-nilai murni yang membantu
membangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani murid secara seimbang”.
Berdasarkan Dasar 4, Unit Kokurikulum SK Tinambak telah menetapkan bahawa
pelaksanaan aktiviti kokurikulum adalah pada setiap Hari Rabu sebagai Hari Kokurikulum.
Semua aktiviti kokurikulum dijalankan pada setiap hari Rabu di luar waktu pembelajaran dan
pengajaran. Perjumpaan ditetapkan pada jam 2 petang hingga 4 petang. Semua guru
adalah digalakkan memakai pakaian pasukan UB lengkap mengikut unit masing-masing
semasa sesi PdPC (SPI bil. 8/2007). Semua perjumpaan dan aktiviti yang dijalankan akan
mengikut panduan dan silibus yang telah disediakan.
Dasar 5: Aktiviti Peringkat Daerah, Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa
Unit Kokurikulum SK Tinambak juga telah menetapkan bahawa penyertaan pasukan
sekolah dalam mana-mana kegiatan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan
antarabangsa sama ada di bawah kelolaan kementerian, jabatan dan agensi luar mestilah
mendapat kelulusan Guru Besar. Tujuan penyertaan mestilah atas dasar memberi peluang
penyertaan, penglibatan dan pendedahan di kalangan murid dan bukannya atas tujuan
sebagai memeriahkan atau meramaikan acara/program. Setiap 10 orang murid atau kurang
mesti diiringi oleh seorang guru pengiring/pembimbing dan sekiranya ada murid perempuan
mesti diiringi oleh guru perempuan. Murid mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada
ibubapa/penjaga. Guru pengiring/pembimbing wajib bersama-sama sepanjang masa semasa
aktiviti.
20
Aplikasi teori/model pengurusan perubahan dalam amalan pelaksanan dan
pematuhan kokurikulum di sekolah
Sepanjang pengumpulan maklumat serta melakukan temubual (secara dalam talian)
bersama dengan Penolong Kanan Kokurikulum SK Tinambak, didapati bahawa kekuatan
yang ada pada pengurusan kokurikulum di sekolah ini adalah pada peranan dan
tanggungjawab Guru Besar serta Penolong Kanan Kokurikulum sendiri (pemimpin/
pentadbir). Guru Besar dan PK Kokurikulum banyak melibatkan diri serta memberi
penekanan dalam soal perancangan, pengelolaan, penglibatan dan pencapaian murid serta
penilaian murid. Guru Besar dan PK Kokurikulum sangat menitikberatkan tentang kelancaran
program atau aktiviti kokurikulum yang dijalankan kepada murid. Guru Besar akan sentiasa
memantau dan memastikan berlaku pembelajaran oleh guru kepada murid sewaktu aktiviti
atau program kokurikulum berjalan. Guru Besar dan PK Kokurikulum juga akan sentiasa
memberi galakan dan dorongan kepada para guru tentang pentingnya memberi ilmu kepada
para murid tentang faedah menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah dan sentiasa
melibatkan pihak ibubapa dan komuniti dalam sebarang aktiviti kokurikulum murid.
Walaupun tidak dijelaskan secara langsung tentang teori ataupun model pengurusan
perubahan yang digunakan dalam pengurusan kokurikulum di SK Tinambak ini, namun
dapat dilihat dan dikaitkan pengurusan perubahan kokurikulum di sekolah ini dengan Teori
Kepimpinan Transformasional sebagai rangka utama mengurus perubahan organisasi di
sekolah ini. Ciri-ciri dan gaya kepimpinan Guru Besar serta Penolong Kanan Kokurikulum
dapat dikaitkan dengan Model Kepimpinan Transformasional Slocum dan Hellriegel (2007).
Menurut Intan Salina dan Jamalullail (2017), dalam model ini, terdapat 4 dimensi terpenting
iaitu sikap pemimpin yang memberikan pertimbangan berdasarkan individu, membina
ransangan intelektual,m menyalurkan motivasi dan memupuk pengaruh yang ideal dalam
organisasi pimpinannya, khususnya guru-guru di sekolah. Bayangan masa depan yang jelas
serta mampu diikuti oleh pengikut seperti yang diilhamkan oleh pengetua berintergriti tinggi
ini akan membantu membawa perubahan yang berterusan apabila kesedaran untuk berubah
lahir dari kesedaran sendiri. Model ini mengutamakan amalan teladan melalui tingkah laku
kepimpinan yang diamalkan oleh pemimpin. Dalam konteks pentadbir di SK Tinambak ini,
guru besar dan penolong kanan kokurikulum menunjukkan teladan yang boleh diteladani
dan diikuti oleh para guru dan mempengaruhi warga sekolah sehingga boleh dijadikan
budaya dalam organisasi.
21
Pertimbangan Motivasi
Berasaskan Individu Berinspirasi
Kepimpinan
Transformasional
Memupuk Pengaruh Membina Ransangan
Yang Ideal Intelektual
Rajah 4 : Model Kepimpinan Transformasional Slocum dan Hellriegel (2007)
Selain itu, dalam aspek pengurusan kepimpinan juga, Rangka Kepimpinan yang
diperkenalkan oleh Bolman dan Deal (1991). Selain itu, terdapat pengkaji yang mendapati
beberapa elemen dalam Teori Rangka Kepimpinan yang meliputi sumber manusia,
struktural, politik dan simbolik mempunyai ciri-ciri yang mempunyai persamaan dengan
Teori Pengurusan oleh Stoner, Freeman dan Gilbert (1995). Kajian yang dijalankan terhadap
kedua-dua teori ini telah berjaya membuktikan bahawa kedua-dua teori ini boleh
digabungkan untuk menghasilkan satu panduan yang boleh membantu pengetua/guru besar
dalam pengurusan kokurikulum di sekolah.
Menurut pengkaji, Teori Pengurusan oleh Stoner, Freeman dan Gilbert (1995) telah
digunakan oleh beberapa pengkaji dan hasil kajian telah memberikan impak yang positif
kepada organisasi pendidikan. Mohd Izham (2006) telah menggunakan teori ini dalam kajian
beliau tentang Pengurusan Proses Perubahan di sekolah dan teori ini sangat sesuai
digunakan dalam kajian tersebut. Selain itu, Nor Foniza (2012) juga telah menggunakan
teori ini dalam kajian beliau tentang Amalan Organisasi di Sekolah Cemerlang. Aspek
Pengurusan yang menjadi fokus dalam kajian ini adalah proses merancang, mengelola,
memimpin dan mengawal.
22
Pengkaji juga menerangkan bahawa Teori Bolman dan Deal (1991) digunakan dalam
menganalisis kepimpinan pengetua. Secara umum, Bolman dan Deal (1991) membina empat
gaya atau rangka kepimpinan sebagai panduan kepada penganalisisan kepemimpinan
organisasi. Rasional penggunaan teori ini adalah berasaskan kepada kesesuaian ciri-ciri yang
terkandung dalam rangka kepimpinan ini dalam membantu pengetua mengurus kokurikulum
di sekolah. Selain itu, model ini juga bersesuaian untuk mengkaji tingkah laku seseorang
pemimpin iaitu kebolehan pengetua dalam menggunakan stail kepimpinan yang pelbagai
merupakan penyumbang kepada iklim sekolah yang berkesan.
Isu-isu semasa pelaksanaan dan pematuhan kegiatan kokurikulum di sekolah
Dalam pihak KPM rancak mempromosi serta mengusahakan pelbagai program serta
aktiviti berkaitan kokurikulum ke seluruh pelosok negara untuk menarik minat para pelajar
menceburi bidang kokurikulum, namun, masih terdapat kepincangan ataupun isu-isu yang
timbul dari aspek pengurusan kokurikulum ini. Sebelum wabak pandemik Covid-19 melanda
negara, beberapa isu dikenalpasti timbul dalam pengurusan kokurikulum di sekolah.
Salah satu isu yang menjadi perhatian adalah perancangan dan pelaksanaan aktiviti
kokurikulum yang kurang menarik. Jika dilihat terhadap aspek perancangan dan
pelaksanaan aktiviti kokurikulum ini, sudah tentulah tugas dan tanggungjawab ini digalas
oleh para guru. Kejayaan atau keberkesanan aktiviti kokurikulum ini bergantung pada tahap
kesediaan guru, penasihat atau jurulatih. Guru yang berminat dan komited akan sentiasa
hadir dan bersama murid ketika aktiviti kokurikulum diadakan. Walau bagaimanapun,
sebaliknya guru yang tidak berminat dan beranggapan bahawa aktiviti kokurikulum sekadar
membebankan, akan malas untuk hadir ketika aktiviti kokurikulum diadakan. Oleh hal yang
demikian, kadangkalan kita dapati ada permainan atau persatuan atau badan unit
beruniform yang sangat aktif di sekolah serta ada juga kelab dan persatuan yang seperti
“hidup segan mati tak mahu” atau “sekadar melepaskan batuk di tangga”. Oleh kerana sikap
dan cara berfikir begini, aktiviti kokurikulum yang dijalankan hanya sekadar memenuhi masa
sahaja tanpa mengambilkira hasil pembelajaran yang akan diperolehi oleh pelajar.
Kenyataan ini disokong melalui Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) yang menyatakan
bahawa kencenderungan guru terhadap aktiviti kokurikulum seperti badan unit beruniform
dan aktiviti sukan tidak memberangsangkan. Adnan (1990) pula menyatakan bahawa
walaupun sumbangan kokurikulum dalam pendidikan diakui, tetapi konsepnya masih kurang
23
difahami hingga ada yang masih menganggap kokurikulum sebagai kegiatan luar. Oleh
kerana itu, program atau aktiviti kokurikulum dilaksanakan secara sambil lewa dan aktiviti
dijalankan secara tergesa-gesa dan tidak diberikan keutamaan seperti kurikulum. Isu ini
juga dilihat selari dengan kenyataan daripada Nik Sasliza (2020) dalam Soon Sang (2011)
bahawa penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum adalah salah satu usaha kearah dalam
memupuk pembangunan sahsiah diri melalui aktiviti kokurikulum ini hanya dapat
dilaksanakan dengan jayanya seandainya guru yang terlibat itu memahami tugas mereka
serta melaksanakannya dengan penuh minat, jujur dan berdedikasi.
Satu lagi isu yang diketengahkan dalam aspek pengurusan kokurikulum ini ialah isu
kehadiran murid yang tidak memuaskan dalam sebarang aktiviti kokurikulum. Suatu
pelaksanaan aktiviti kokurikulum tersebut dikatakan tidak berjaya disebabkan ketidakhadiran
murid dalam aktiviti yang diadakan. Antara sebab dan faktor murid tidak hadir ke aktiviti
kokurikulum ialah ketiadaan minat terhadap aktiviti yang disertainya dan masa aktiviti yang
dijalankan kadang kala serentak dengan kelas tiusyen luar. Selain itu, faktor kewangan juga
mempengaruhi murid untuk tidak hadir bagi mengikuti aktiviti kokurikulum ini. Wang yang
lebih harus disediakan untuk makanan dan minuman, baju untuk badan unit beruniform dan
sebagainya. Masalah ketidakhadiran ini juga dilihat disebabkan oleh sikap pelajar itu sendiri.
Kadang kala seseorang pelajar tidak mahu menyertai atau melakukan aktiviti kerana
mungkin kurang berbakat dan takut dimalukan oleh pelajar-pelajar lain. Ada juga sebab
yang menyatakan pilihan kelab/persatuan dan badan unit beruniform yang menjadi pilihan
dan minat murid tidak diberikan oleh guru menyebabkan mereka hilang minat. Ada isu yang
menyatakan bahawa pilihan kelab/persatuan dan badan unit beruniform murid diberikan
secara mandatori kepada murid dan murid terpaksa akur dengan keputusan ini. Ini akan
membuatkan murid hilang motivasi dan keyakinan diri kerana tidak minat dengan pilihan
kelab/persatuan dan badan unit beruniform yang diberikan. Hal ini selari dengan kenyataan
Sauki et al. (2013) yang menyatakan bahawa bagi masalah penglibatan murid dalam gerak
kerja kokurikulum, kajian mendapati masalah sikap murid seperti tidak berminat, pasif, lebih
mengutamakan bidang akademik, pengaruh rakan, masalah pengangkutan, beban kerja
rumah dan sekolah serta jarak ke sekolah. Kenyataan ini juga disokong daripada kajian luar
negara oleh Tran Le Huu Nghia (2017) yang menyatakan bahawa isu pertama yang
berkaitan dengan penyertaan pelajar ialah tanggapan bahawa aktiviti kokurikulum sekadar
kegiatan luar kelas, kebanyakan pelajar tidak mementingkan aktiviti tersebut berbanding
dengan mata pelajaran yang diajar di dalam kelas.
Seterusnya, isu yang dilihat adalah pengurusan yang lemah dari segi pengurusan
alatan dan kemudahan kokurikulum di sekolah. Isu ini juga dilihat merupakan salah satu
24
aspek yang kadangkala menjadi penghalang kepada kegiatan aktiviti kokurikulum di sekolah.
Contohnya, ketiadaan gelanggang badminton yang sesuai untuk aktiviti amali atau praktikal
boleh menyebabkan guru atau pelajar bosan, lama-kelamaan keadaan ini akan
mengurangkan minat mereka untuk hadir melakukan aktiviti kokurikulum. Murid yang telah
mempelajari teori selalunya akan terangsang untuk melakukan sesi praktikal. Namun,
disebabkan kemudahan dan peralatan yang dilihat menghalang hasrat guru dan pelajar
seperti ketiadaan padang, gelanggang, jaring bocor, raket badminton patah dan sebagainya,
minat dan keinginan guru dan pelajar menjadi pudar. Menurut Noor Azzam (2016), terdapat
juga pihak pengurusan kokurikulum yang tidak menyelenggara dan mengurus kemudahan
peralatan untuk program kokurikulum di sekolah dengan baik (Surat Pekeliling
Perbendaharaan Bil.2/1991). Ini menyebabkan penglibatan murid akan berkurangan dan
kejayaan sesuatu program kokurikulum tidak akan tercapai.
Satu lagi isu yang perlu diberi perhatian berkaitan dengan pengurusan kokurikulum
ini ialah isu penyeliaan daripada pihak pentadbiran sekolah. Aspek yang paling penting
dalam sesuatu program ialah pemantauan dan penilaian. Sesuatu program yang baik
mestilah sentiasa dipantau dan diperbaiki segala kelemahan yang wujud di dalamnya. Tugas
dan tanggungjawab untuk memantau ini sudah tentulah jatuh kepada pihak pentadbir
terhadap semua aspek dan bidang di sekolah. Keadaan ini tidak terkecuali dalam
pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Namun, realitinya, perkara ini jarang dibuat. Guru,
penasihat dan jurulatih perlu dinilai dari segi pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Hal ini kerana
ada dalam kalangan mereka yang mengajar secara remote control dari kantin atau garaj
kereta atau bawah pokok, tetapi mereka masih tidak mendapat teguran dan amaran
daripada pihak pentadbir. Keadaan ini amat membimbangkan kerana guru mesti
bertanggungjawab penuh terhadap segala tindakan dan perlakuan pelajar, mereka perlu
mematuhi tatasusila etika keguruan. Menurut Mohd Anuar Abdul Rahman (2011),
pelaksanaan aktiviti kokurikulum perlulah di pantau oleh pengetua. Ini adalah kerana tanpa
pemantauan pengetua, aktiviti yang dijalankan adalah kurang berkualiti dan dari segi
perlaksanaannya perlulah didokumentasikan dengan cekap. Faktor penyebab penyeliaan
terhadap pengurusan kokurikulum ini tidak dilaksanakan atas sebab tiada kepakaran
pentadbir dalam memantau perkara ini. Selain itu, ketiadaan senarai semak atau borang
khas untuk melakukan pemantauan ini juga menyebabkan keadaan ini berlaku.
Akhir sekali, isu terkini yang menjadi kebimbangan dalam aspek pengurusan
kokurikulum ini ialah pelaksanaan aktiviti kokurikulum secara jarak jauh pada waktu wabak
pandemik Covid-19 ini sedang menular. Banyak kajian yang sedang dibuat untuk melihat
sejauhmana tahap pelaksanaan program dan aktiviti kokurikulum dapat dilaksanakan pada
25
waktu wabak pandemik ini berlaku. Arahan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia
untuk melakukan penjarakan sosial dan melaksanakan sebarang kerja dari rumah memberi
cabaran yang sangat berat khasnya kepada para guru dan murid. Hal ini kerana, aktiviti
kokurikulum dan sukan yang banyak melibatkan pergerakan dan sentuhan dilihat sangat
sukar untuk dilaksanakan. Sebarang perjumpaan mahupun aktiviti berkumpulan seperti
dalam perkhemahan mustahil untuk dilaksanakan. Oleh hal yang demikian, pihak KPM
perlulah mengkaji semula tatacara pelaksanaan program kokurikulum ini serta mencari cara
terbaik agar hasil pembelajaran daripada kegiatan kokurikulum dapat dicapai dan
dimanfaatkan oleh murid di era pandemik ini.
Cabaran Dan Hala Tuju Pelaksanaan Dan Pematuhan Kegiatan Kokurikulum Di
Sekolah
PANDEMIK COVID-19
Dunia sedang berdepan dengan masalah pandemik Covid-19, sejenis penyakit berjangkit yang sedang
melanda dunia tidak terkecuali Malaysia. Dalam sektor pendidikan, pandemik itu memberikan
kesan yang sangat besar seperti kebanyakan sekolah di dunia ditutup untuk menghentikan
penyebaran COVID-19. Kesan dari pandemik COVID-19 menyebabkan kerajaan
melaksanakan program pembelajaran dalam talian. Pembelajaran dalam talian merupakan
pembelajaran yang berdasarkan pada teknologi media digital yang bahan pelajarannya
dihantar secara elektronik atau dalam bentuk fail kepada pelajar dari jarak jauh
menggunakan rangkaian internet dengan media komputer. Pembelajaran dalam talian ini
merupakan cara yang paling berkesan dan cekap untuk melakukan pembelajaran dalam
keadaan pandemik saat ini, termasuklah pelaksanaan kokurikulum. Aktiviti kokurikulum tidak
dapat dilaksanakan seperti kebiasaannya. Penilaian dan program tidak dapat dijalankan.
Oleh itu, pelaksanaan ini dibuat secara dalam talian melalui aktiviti pembelajaran, kuiz,
bakat dan sebagainya.
Kesan Negatif Tidak Melaksanakan Kokurikulum
SEKOLAH
26
Kebanyakan sekolah akan dikenali di peringkat zon, daerah, negeri atau kebangsaan berdasarkan
kecemerlangan dari segi pencapaian kurikulum dan atau kokurikulum. Oleh itu, sekiranya sekolah yang tidak
cemerlang dalam akademik, mereka masih boleh dikenali di peringkat yang disertai melalui kecemerlangan
kokurikulum. Bagi sekolah yang tidak melaksanankan kokurikulum di sekolah, sekolah juga akan diambil
tindakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.
GURU
Guru tidak dapat mengembangkan pengetahuan yang mereka peroleh sama ada dari bakat semula jadi
atau dari mengikuti kursus, bengkel atau pun seminar. Oleh itu, ilmu pengetahuan yang mereka
peroleh tidak dapat disalurkan kepada murid yang sememangnya dahagakan ilmu, sama ada
akademik mahupun kokurikulum.
MURID
Bagi murid yang tidak mengikuti aktiviti kokurikulum, maka mereka akan kehilangan markah bagi
kemasukan ke SBP. Ini merupakan satu kerugian kepada murid yang sememangnya bijak dalam akademik,
tetapi kurang aktif dalam kegiatan kokurikulum. Kegagalan mereka menempatkan diri di SBP, mungkin
disebabkan oleh kegagalan mereka hanya dalam aktiviti kokurikulum sepanjang masa persekolahan. Selain
itu, pelajar juga akan mengalami masalah kesihatan seperti yang telah dinyatakan.
FAKTOR KESIHATAN
Kegagalan pelajar menyertai aktiviti sukan akan memberi kesan terhadap tahap kesihatan mereka. Menurut
Anuar Din (2006), murid yang tidak aktif dalam sukan atau kokurikulum mungkin akan mengalami
pertambahan berat badan atau lebih dikenali sebagai obesiti, mudah diserang penyakit berkaitan
kardiovaskular seperti tekanan darah tinggi, serangan jantung, strok dan sebagainya. Selain itu murid
akan mudah berasa letih dan lesu. Kajian yang dilakukan oleh sebuah majalah di Britain yang menyatakan
tekanan darah tinggi dijangkakan menjadi ancaman kesihatan penduduk diseluruh dunia menjelang 2025
(Berita Harian, 2005). Kajian ini menunjukkan jumlah orang lelaki dewasa yang mengidap darah tinggi
sebanyak 972 juta orang, iaitu 333 juta orang di negara maju, sementara itu 639 juta orang di negara
sedang membangun seperti Malaysia. Lebih mengejutkan lagi, kajian ini juga berpendapat
penyakit tekanan darah tinggi akan meningkat 80% di negara membangun. Faktor yang menyebabkan
penyakit ini, antaranya pengambilan lemak yang berlebihan, kurang melakukan aktiviti fizikal serta
pengambilan garam yang tinggi dalam makanan yang sudah diproses, yang lebih dikenali sebagai makanan
segera. Kebanyakan mereka yang berada pada 2025 adalah murid yang sekarang ini berada di sekolah
rendah dan juga di sekolah menengah. Ini akan memberi kesan kepada negara dari pelbagai sudut, sama
ada produktiviti, politik, ekonomi, kewangan mahu pun sosial.
27
Strategi Jangka Pendek dan Jangka Panjang
PENTADBIR
Guru besar, Guru Penolong Kanan terutamanya GPK kokurikulum seharusnya diberikan penerangan yang
lebih terperinci oleh KPM melalui Jabatan Pendidikan Negeri. Penerangan tentang pentingnya kokurikulum
kepada murid untuk memasuki SBP. Penerangan ini mungkin boleh disampaikan melalui kursus, bengkel
atau pun seminar. Selain itu, dengan melantik pengetua atau GPK Kokurikulum sebagai AJK di peringkat
daerah, negeri atau negara juga merupakan salah satu cara untuk melibatkan mereka secara aktif dalam
aktiviti kokurikulum.
GURU
Pentadbir sekolah seharusnya memberi penekanan kepada setiap guru di sekolah mereka. Pentadbir harus
memberitahu setiap guru kepentingan kokurikulum kepada pelajar, seperti kesihatan, kerjasama, integrasi,
terutama kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA. Selain itu, usaha yang berterusan ini
harus diselaraskan dengan kempen-kempen mengenai kesihatan, ceramah-ceramah daripada mereka yang
berkecimpung dalam bidang ini, seperti guru mata pelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan
ataupun guru sains sukan, sesi bimbingan dan kaunseling yang boleh dianjurkan oleh pihak sekolah, sama
ada pada hari kokurikulum dijalankan, perhimpunan sekolah atau dalam program lain yang boleh memberi
kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya menjaga kesihatan diri. Bagi melaksanakan satu
aktiviti kokurikulum yang berkesan, guru-guru juga perlu dihantar oleh pihak sekolah untuk menyertai
kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu, seperti Pejabat Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran
Bahagian/Gabungan, Jabatan Pelajaran Negeri atau Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini kerana,
pengetahuan yang diperoleh semasa berkursus akan meningkatkan keyakinan guru untuk menyampaikan
ilmu kepada pelajar mereka semasa aktiviti kokurikulum dijalankan. Penekanan berkaitan dengan Akta
Pendidikan 1996 Jilid 42. No 11 Tambahan No 41, Perundangan (A), P.U (A) 196 seperti yang telah
dinyatakan harus disebut selalu kepada setiap guru, terutama semasa mesyuarat kokurikulum dijalankan.
MURID
28
Murid harus diberitahu tentang kepentingan kesihatan diri, penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular.
Pihak pentadbir, GPK kokurikulum, Setiausaha kokurikulum dan semua guru harus memberi kesedaran
kepada pelajar betapa pentingnya kokurikulum untuk masa depan pelajar. Ketidakhadiran semasa aktiviti
kokurikulum boleh diatasi melalui unit bimbingan dan kaunseling setiap sekolah. Unit Bimbingan dan
kaunseling mempunyai pelbagai cara dan kaedah untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar tentang
peri mustahaknya menyertai aktiviti kokurikulum. Selain itu, pihak sekolah juga harus menggunakan sistem
merit dan demerit kepada pelajar bagi kegiatan aktiviti kokurikulum. Sementara bagi pelajar yang masih
ingkar, tindakan disiplin boleh digunapakai bukan untuk hukuman tetapi sebagai pengajaran.
KEMUDAHAN
Terdapat sekolah yang tidak mempunyai kemudahan mencukupi bagi membolehkan kegiatan aktiviti
kokurikulum berjalan lancar. Oleh yang demikian, pihak sekolah boleh mengambil beberapa tindakan untuk
mengatasi masalah ini, contohnya dengan pembelian peralatan sukan. Selain itu, masalah kekurangan
padang atau kawasan untuk aktiviti kemahiran sukan atau badan beruniform terhad, GPK Kokurikulum,
Setiausaha dan Penyelaras aktiviti perlu menyusun jadual yang adil bagi semua kelab atau permainan serta
badan beruniform, agar mereka tidak melakukan aktiviti praktikal dalam satu masa yang sama.
PENJAGA
Terdapat ibu bapa atau penjaga yang mempunyai cita-cita yang tinggi untuk melihat anak mereka ke
menara gading hingga memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap kurikulum sahaja. Oleh yang
demikian, ibu bapa atau penjaga harus diberi kesedaran dan penerangan melalui ceramah motivasi, semasa
mengambil buku rekod pencapaian pelajar, semasa mesyuarat Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG)
diadakan, hari Anugerah Kecemerlangan Akademik atau pun semasa Kejohanan Sukan Olahraga peringkat
sekolah. Selain itu, semasa ceramah motivasi yang diadakan harus diterapkan dengan unsur-unsur
penjagaan kesihatan diri anak-anak, dengan memberikan fakta-fakta berdasarkan kajian-kajian yang telah
dijalankan oleh pihak-pihak tertentu seperti pihak Kementerian Kesihatan dan KPM. Penerangan ini penting
untuk memberikan input bermakna kepada penjaga atau ibu bapa tentang mustahaknya anak mereka
melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.
ANUGERAH KECEMERLANGAN
Sekolah boleh mengadakan hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum seperti yang dilakukan oleh
Kementerian Pelajaran pada tahun 2006. Anugerah ini dilaksanakan bagi memberi pengiktirafan kepada
murid, sekolah seterusnya menjadi pemangkin bagi menggalakkan murid menyertai aktiviti kokurikulum.
Anugerah kecemerlangan ini dinilai bermula dari peringkat sekolah, daerah, negeri dan negara. Sebanyak
tujuh anugerah telah diberikan, antaranya Murid Cemerlang Kokurikulum.
29
Penutup
Secara keseluruhannya, pengurusan perubahan dalam pelaksanaan dan pematuhan
kegiatan kokurikulum di sekolah yang ditadbirurus dengan baik akan memberikan banyak
manfaat kepada warga sekolah iaitu para murid khususnya. Dengan menekankan dan
mencari amalan terbaik dari aspek perancangan, pengelolaan, kepimpinan dan pengawalan
akan menjadikan pengurusan kokurikulum sesebuah sekolah itu berjalan dengan baik dan
lancar. Pentadbir sekolah perlulah mempunyai visi dan misi yang jelas dan dikongsikan
dengan seluruh warga sekolah agar matlamat yang diingini dapat difahami dan dicapai
dengan kerjasama semua pihak. Aktiviti kokurikulum mahupun akademik yang melibatkan
pelbagai sekolah, PIBG sekolah serta komuniti setempat mampu memberi kelainan kepada
murid yang terlibat terutama dalam penghayatan nilai dan budaya. Dalam erti kata lain,
tanggungjawab bagi pemupukan nilai dalam kalangan murid ini tidak perlu bersandarkan
kepada pihak sekolah dan guru semata-mata, tetapi juga pemuafakatan pintar dengan
komuniti setempat dapat membantu menyemarakkan lagi penghayatan nilai tersebut. Inilah
hasrat utama yang ingin dicapai melalui aspirasi dalam Anjakan Ketiga Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025.
30
Bibliografi
Ahmad Esa, Mohd. Khir Mohd Nor, Nawawi Jusoh, Norashidah Abd Rahman & Zalinah
Salehon
(2015). Citra Kokurikulum. Penerbit UTHM
Aminuddin Yusof. (2002). Takrif Kokurikulum. Unpublished paper: Universiti Putera Malaysia.
Ariffin, Rahayu. (2014). Persepsi pelajar dan guru terhadap program rancangan integrasi
murid untuk perpaduan di sekolah menengah, Kuala Lumpur. Masters thesis,
Universiti Putra Malaysia.
Dr. Sharifah Nor Puteh Prof. Dr. T Subahan Mohd. Meerah. Fakulti Pendidikan, Ukmcabaran
Dan Isu Dalam Perancangan Dan Pembangunan Kurikulum Persekolahan Di
Malaysia: Satu Analisis Refleksi
Intan Salina, Jamalullail Abdul Wahab. (2017). Pendekatan Kepimpinan Transformasional
Menangani Isu Guru Di Sekolah. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Panduan Pelaksanaan Pentaksrian Sekolah.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Panduan Pelaksanaan Pentaksrian Bilik Darjah,
Edisi ke-2, Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2014). Informasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2014). Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lembaga Peperiksaan Malaysia. Panduan Pentadbiran Pentaksiran Psikometrik. Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Yusof Boon dan Mohd Musa Shaharudin. (2011). Kepimpinan Guru besar dalam Pelaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Daerah Kota Tinggi,
Johor. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Fazli Hasan, Suhaida Abdul Kadir, & Soaib Asimiran. (2013). Hubungan Persekitaran
Sekolah dengan Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum di Sekolah
Menengah, 38(2), 1–9.
Mohamed, N. A. S. (2016). Proses Pelaksanaan Pengurusan Kokurikulum Yang Diamalkan
31
Oleh Kumpulan Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah Menegah Harian. Jurnal
Kepimpinan Pendidikan, 3(3).
Muhamad Sauki, Razali and Sheriza Nur, Kamarudin and Che Zawawi, Che
Husin. (2014). PENGURUSAN KOKURIKULUM: PENYERTAAN MURID DALAM
PASUKAN BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH. Jurnal Pengurusan Dan
Kepimpinan Pendidikan, 28 (2). pp. 91-105. ISSN 1511-4147
Noor Azzam Syah, M. (2016). Pelaksanaan pengurusan kokurikulum di sekolah menengah
harian/Noor Azzam Syah Mohamed (Doctoral dissertation, University of Malaya
Centre for Continuing Education (UMCCed))
Noor Azzam Syah Mohamed, & Suria Baba. (2016). Proses Pelaksanaan Pengurusan
Kokurikulum Yang Diamalkan Oleh Kumpulan Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah
Menengah Harian. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, Bil.3(Isu 3), 17–43.
Prof. Madya Dr. Ahmad Fauzi Mohd Ayub. (2017). Anjakan 3: Melahirkan Rakyat Malaysia
Yang Menghayati Nilai, Majalah Pendidik, Julai 2017
Rahman, Mohd Anuar Abdul, and Nor Azah Azman. (2007). Peranan pengetua sebagai
pengurus kokurikulum di sekolah menengah daerah Mersing. Diss. Universiti
Teknologi Malaysia,
Saberi, Nik Sasliza Bt Nik, and Mohd Izham Bt Hj Mohd Hamzah. (2020). "Amalan
Pengurusan
Risiko: Pelibatan Dalam Pendidikan Luar." (Webinar) Seminar Nasional Pendidikan
2020. Vol. 1. No. 1.
Sapie Sabilan, Suhana Mohamed Lip, Mohammad Fuad Ishak, Shazarina Zdainal Abidin,
Suziana Hanini Sulaiman. (2016). Konsep Penerapan Dan Penghayatan Nilai-Nilai
Murni Berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Fpk), Fakulti Pendidikan, Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Tran Le Huu. (2017). Developing Generic Skills for Students via Extra-Curricular Activities in
Vietnamese Universities: Practices and Influential Factors Nghia, Journal of Teaching
and Learning for Graduate Employability, v8 n1 p22-39
Zahurul Haq Bin Abu Bakar. (2013). Pengurusan Kokurikulum Di Tiga Buah Sekolah
Menengah
Daerah Kota Tinggi. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Zainal Ariffin Zainuddin, Yaakob Daud, dan Saiful Azmi Mohd Nor. (2016). PENGURUSAN
KOKURIKULUM DAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI
KOKURIKULUM DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH KUALA
TERENGGANU. Proceeding of ICECRS, 1 891-900 ISSN. 2548-6160 International
Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 October
2016, Universiti Utara Malaysia, Malaysia.
32
Rujukan dalam talian
1. https://www.academia.edu/4751269/AKTIVITI_KOKURIKULUM_Konsep_Matlamat_St
rategi_dan_Perlaksanaan_
2. http://eprints.utm.my/id/eprint/44625/5/ZahurulHaqAbuBakarMFP2013.pdf.
3. https://anyflip.com/udli/fkyy
4. https://www.pendidik.com.my/2017/07/06/anjakan-3-melahirkan-rakyat-malaysia-
yang-menghayati-nilai/
5. https://www.moe.gov.my/en/education/secondary-school/kokurikulum-pendidikan-
menengah
6. https://www.moe.gov.my/muat-turun/penerbitan-dan-jurnal/1818-pelan-
pembangunan-pendidikan-2013-2025/file
7. https://www.slideshare.net/kheru2006/tajuk-1-pengenalan-pengurusan-kokurikulum
8. http://buletinkpm.blogspot.com/2012/11/pentaksiran-berasaskan-sekolah-pbs.html
9. https://www.researchgate.net/publication/277562617
33