The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN INDIVIDU NORAIMA BINTI BINTINGAN @PARAMAN, TEMA 21_compressed

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AN_NUR, 2021-06-05 11:08:37

TUGASAN INDIVIDU NORAIMA BINTI BINTINGAN @PARAMAN, TEMA 21_compressed

TUGASAN INDIVIDU NORAIMA BINTI BINTINGAN @PARAMAN, TEMA 21_compressed

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 1
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

TUGASAN INDIVIDU
TEMA 21:

School-Based Evaluation
Penilaian Berasaskan Sekolah

NAMA : NORAIMA BINTI BINTINGAN @PARAMAN
NO MATRIK : MP2012092T

KURSUS : TT60204 DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN
PROGRAM : MT08C IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN
FAKULTI: FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

UNIVERSITI : PUSAT PENGAJIAN PASCASISWAZAH, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.
SESI : 2-2020/2021

PENSYARAH :
DR ROSLEE BIN TALIP

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 2
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

ISI KANDUNGAN Muka surat

1.0 Pengenalan 3
2.0 Kompenan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 3
4
2.1 Pentaksiran Pusat (PP) 5
2.2 Pentaksiran Sekolah (PS) 10
2.3 Pentaksiran PAJSK 18
2.4 Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
3.0 Tujuan Pelaksanaan PBS 25
4.0 Kepentingan Pelaksanaan PBS 26
5.0 Model PBS, KPM 32
6.0 Kesediaan Guru Dalam Pelaksanaan PBS 33
7.0 Isu Dan Cabaran Pelaksanaan PBS 34
8.0 Penambahbaikan Pelaksanaan PBS 37
Kesimpulan 39

Bibliografi 40

Rujukan Dalam Talian 41

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 3
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

1.0 PENGENALAN
Penilaian berasaskan sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan
di sekolah yang diurus dan ditadbir secara terancang mengikut prosuder yang telah ditetapkan oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia, seperti pentaksiran berasaskan sekolah (PBS).

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ialah suatu sistem penilaian ke atas pelajar yang mula
diperkenalkan pada tahun 2012 di sekolah menengah. Sistem penilaian ini merupakan satu
transformasi pendidikan terhadap peperiksaan bagi mengukur prestasi semasa dan keupayaan
seseorang pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum, sukan dan perkembangan psikologi pelajar
secara holistik. Selain itu, PBS juga merupakan satu proses pemantauan, penilaian dan pelaksanaan
pelan tindakan untuk menangani kelemahan dan kekuatan pelaksanaannya di sekolah. Pentaksiran
bukan sahaja berpaksikan peperiksaan sahaja tetapi meliputi pelbagai aspek bagi melihat keupayaan
dan pengukur prestasi pelajar.

Sekolah memerlukan perubahan yang berterusan bagi mengekalkan dan meningkatkan prestasi
serta keberkesanannya. Ini merupakan wawasan dan agenda penting yang termaktub dalam misi
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang memberi fokus kepada usaha membangunkan sistem
pendidikan yang berkualiti, bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya
dan memenuhi aspirasi Negara.

2.0 KOMPENAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik
iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diperkenalkan dalam sistem pendidikan
kebangsaan. PBS dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur tang ditetapkan oleh
kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan dilaksanakan oleh guru secara berterusan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran (PDP). PBS bertujuan untuk melihat kemajuan pembelajaran
serta pencapaian prestasi seseorang murid secara adil dan saksama serta mendapatkan gambaran
keseluruhan tentang potensi murid. PBS yang diperkenalkan pada tahun 2010, mula dilaksanakan di
Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat Sekolah Menengah pada tahun

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 4
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

2012. Pada tahun 2016 murid-murid sekolah rendah yang akan menduduki UPSR telah
ditambahbaik. Pada tahun 2014 pula PMR dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS. Walaupun
mungkin masih terdapat kekurangan dari segi garis panduan untuk pelaksanaan, pengetahuan asas
PBS oleh guru, serta pemantauan dari luar yang betul mungkin masih perlu dipertingkatkan. Namun,
ramai yang berpendapat bahawa PBS dilihat dari sudut penilaian adalah baik. Ini kerana, sistem
pentaksiran di Malaysia lebih menjurus kepada bentuk peperiksaan awam, sama ada di peringkat
rendah mahupun peringkat menengah. Namun sistem pentaksiran yang berasaskan peperiksaan
awam ini adalah bersifat sumatif. Oleh yang demikian, pencapaian murid tidak dapat dinilai secara
menyeluruh dan lebih efektif. Melalui persidangan pendidikan yang melibatkan negara-negara maju,
ia telah membuka pandangan pemimpin negara untuk mengubah cara sistem pentaksiran di
Malaysia. Hasil perbincangan, Jemaah Menteri bersetuju untuk membuat penambahbaikan kepada
dua peperiksaan awam di Malaysia iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Peperiksaan
Menengah Rendah (PMR). Menurut surat pekeliling dan surat siaran lembaga transformasi
pentaksiran Bil. 3 2011 pemakluman PBS, sistem pentaksiran baru ini akan memberi penekanan
kepada pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran tentang pembelajaran. Terdapat empat
komponan pentaksiran iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti
Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), dan pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Melalui pentaksiran keempat-empat komponen yang telah direkodkan, ianya memberi maklumat
mengenai perkembangan murid kepada guru, ibu bapa dan murid itu sendiri. Ini secara tidak
langsung mampu membantu guru menilai semula cara pengajaran mereka dan melihat kelemahan
murid tersebut.

Selain itu, melalui rekod pentaksiran ini juga pelajar boleh memperbaiki kelemahan mereka dengan
dibantu oleh ibu bapa sekali gus dapat mempertingkatkan prestasi pelajar tersebut.

Namun demikian, tidak dinafikan bahawa beberapa isu pentaksiran perlu diambil perhatian agar
pentaksiran ini dapat dilaksanakan dengan berkesan.

2.1 PENTAKSIRAN PUSAT (PP)
Pentaksiran Pusat merupakan komponen PBS yang merupakan pentaksiran sumatif yang setara
bagi menilai pencapaian akademik murid. PP mentaksir aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai
secara menyeluruh. Contoh PP adalah PentaksiranTingkatan 3 (PT3) di peringkat menengah
rendah.

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 5
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

Berdasarkan PP, Lembaga Peperiksaan (LP) akan menyediakan beberapa perkara seperti; item,
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), format instrumen, jadual penggredan, panduan pemasangan
instrumen, panduan pengskoran item, peraturan pentadbiran dan format pelaporan PT3.
Manakala pihak sekolah pula melaksanakan ;
i. Menyediakan Instrumen; berdasarkan JSU, format instrumen, panduan pemasangan
instrumen, dan membuat verifikasi instrumen.
ii. Mentadbir instrumen; dengan menyediakan jadual, mentadbir PT3 secara one-off dalam
tempoh yang ditetapkan oleh LP dengan mematuhi peraturan pentadbiran PT3.
iii. Memeriksa skrip jawapan; berpandukan penskoran, menjalankan moderasi, memberi skor dan
membuat verifikasi skor, memetapkan gred berpandukan jadual penggredan dan menghantar
gred ke LP.
iv. Mengeluarkan pelaporan; dengan mencetak pelaporan berdasarkan format Pelaporan PT3.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN PT3

Instrumen pentaksiran yang digunakan dalam PT3 bagi setiap matapelajaran mencakupi sukatan
pelajaran Tingkatan 1, Tingkatan 2, dan Tingkatan 3. Instrumen yang dijalankan untuk PT3 ialah
Ujian Lisan ( ujian mendengar dan ujian bertutur), Ujian Bertulis dan pelbagai instrumen lain
seperti tugasan bertulis, projek, persembahan, demontrasi, kajian lapangan, kajian kes dan lain-
lain instrumen mengikut kesesuaian dan keperluan semasa.

PELAPORAN

Pelaporan PT3 akan dicetak oleh pihak sekolah bagi calon sekolah, manakala bagi calon
persendirian akan menerima laporan daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri. Pelaporan PT3
bagi setiap calon akan menerima gred mata pelajaran yang didudukinya sahaja.

2.2 PENTAKSIRAN SEKOLAH (PS)

Kurikulum yang dilaksanakan di sekolah mengandungi tiga dimensi, iaitu Kurikulum Bertulis,
Kurikulum yang Diajar serta Kurikulum yang Ditaksir.
Pentaksiran merupakan dimensi penting dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan
kurikulum di sekolah yang dilaksanakan secara formatif dan sumatif dengan menggunakan
pelbagai pendekatan dan kaedah.

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 6
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

Pentaksiran Sekolah (PS) adalah sebahagian daripada pendekatan pentaksiran yang merupakan
satu proses mendapatkan maklumat tentang perkembangan murid yang dirancang, dilaksana
dan dilapor oleh guru yang berkenaan. Proses ini berlaku berterusan sama ada secara formal
dan tidak formal supaya guru dapat menentukan tahap penguasaan sebenar murid. PS perlu
dilaksanakan secara holistik berdasarkan prinsip inklusif, autentik dan setempat (localised).
Maklumat yang diperoleh dari PS akan digunakan oleh pentadbir, guru, ibu bapa dan murid
dalam merancang tindakan susulan ke arah peningkatan perkembangan pembelajaran murid.

Ciri-ciri Pentaksiran Sekolah

i. Holistik :
Menguji murid secara menyeluruh yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang boleh memberikan maklumat perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif
murid.

ii. Inklusif :
Mengambil kira semua tahap keupayaan murid.

iii. Autentik :
Mengukur kebolehan sebenar murid secara adil dan berdasarkan fakta.

iv. Setempat :
mengikut keperluan dan persekitaran setempat.

v. Fleksibel :
Penggunaan kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan
murid.

vi. Berterusan :
Aktiviti petaksiran berjalan seiring dengan PdP.

vii. Standard :
Berdasarkan satu piawai yang telah ditetapkan dalam dokumen kurikulum.

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 7
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

KEPENTINGAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Pentaksiran Sekolah adalah amat penting sebagai pentaksiran untuk pembelajaran
(assessment for learning), pentaksiran semasa pembelajaran (assessment as learning)
dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning) iaitu;

i. Pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning)

Pentaksiran untuk pembelajaran merupakan sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran
dan maklumat yang diperoleh daripada aktiviti-aktiviti pentaksiran boleh digunakan untuk
membentuk proses pengajaran dan pembelajaran. Ia direka bentuk untuk merangsang
pengajaran serta menambahbaik pembelajaran. Ia memberi murid peluang untuk menghasilkan
sesuatu hasil yang akan memperkembangkan pengetahuan, kemahiran dan pemahaman
mereka.

ii. Pentaksiran semasa pembelajaran (assessment as learning)

Pentaksiran yang dilakukan secara terus semasa di dalam bilik darjah dan boleh berlaku dalam
pelbagai bentuk seperti pemerhatian, lisan, dan hasil kerja murid.

iii. Pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning)

Pentaksiran tentang pembelajaran bermaksud proses pengumpulan maklumat untuk mengesan
tahap pencapaian pelajar secara keseluruhan setelah pelajar selesai mengikuti sesuatu kursus,
unit pembelajaran atau program dalam tempoh yang ditetapkan. Ia dilaksanakan pada akhir
segmen pengajaran, contoh, pada akhir semester, atau pada akhir tahun akademik. Tujuan ialah
untuk menentukan sama ada pembelajaran disempurnakan secukupnya untuk mengalih pelajar
ke segmen pengajaran berikut. Ia digunakan untuk memberi gred kursus atau untuk pensijilan
tentang penguasaanpelajar dalam hasil pembelajaran yang diingini.

Dengan adanya pentaksiran sekolah ini, memberi manafaat yang besar kepada sekolah
dalam mengenalpasti keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta keupayaan
murid dalam menguasai pembelajaran sekaligus membantu mengembangkan potensi
murid dengan lebih menyeluruh.

Pentadbir

• mengetahui perkembangan murid secara keseluruhan
• mengetahui keberkesananproses pengajaran dan pembelajaran

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 8
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

• mengenal pasti potensi dan kekuatanmurid dalam pembelajaran
• memantau pelaksanaantindakan susulan

Guru

• mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
• mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke

semasa

• mengetahui keberkesanan pengajarannya
• merancang dan mengubahsuaipengajarannya
• menjalankantindakan susulan yangsewajarnya

Ibu bapa

• mengetahui perkembangan anak secara menyeluruh
• mengetahui potensi, kekuatan dankelemahan anak-anak
• mengenal pasti pencapaian anak dalam pembelajaran dari semasa kesemasa
• membantu anak-anak dalam pembelajaranberdasarkan maklumat pentaksiran

Murid

• mengetahui kekuatan dankelemahan dalam pembelajaran
• memperbaiki kelemahan dalam pembelajaran
• mengukuhkanpembelajaranuntuk mencapai tahap penguasaan lebih tinggi

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Pentaksiran Sekolah boleh dilaksanakan secara formatif dan sumatif oleh guru. Pentaksiran
secara formatif dilaksanakan semasa proses PdP berjalan, manakala pentaksiran secara sumatif
dilaksanakan pada akhir suatu unit pembelajaran, penggal, semester atau tahun seperti ujian
atau peperiksaan. Dalam melaksanakan Pentaksiran Sekolah, setiap murid adalah ditsksir, dan
guru perlu merancang, membina item, mentadbir, memeriksa, merekod dan melapor tahap
penguasaan murid dalam mata pelajaran yang diajar berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran (DSKP).

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 9
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

Guru boleh melaksanakan pentaksiran dengan menggunakan pelbagai instrumen pentaksiran
seperti Pemerhatian, Persembahan, Spesifikasi Produk, Tugasan bertulis / Karya penulisan,
Pensel dan kertas / Ujian bertulis, Lembaran Kerja, Soal jawab, Kuiz, Senarai semak, Latihan/
Tugasan rumah.

Bagi penentuan tahap penguasaan (TP), pencapaian murid diukur berdasarkan tahap
penguasaan dalam SPi selepas PdP setiap kelompok berdasarkan kepada SK dan SP yang telah
dilaksanakan. Tahap penguasaan juga merupakan satu bentuk pernyataan pencapaian yang
menunjukkan perkembangan pembelajaran murid yang disusun secara hierarki untuk tujuan
pelaporan. Tahap penguasaan bermula dari 1 hingga 6 berdasarkan kepada tahap penguasaan
yang telah disediakan merujuk SPi.

Perekodan ialah proses merekod perkembangan pembelajaran murid setelah guru melaksanakan
pentaksiran dalam p&p. TP ditentukan selepas guru melaksanakan PdP sesuatu kelompok SK/ SP
seperti yang diperjelaskan dalam SPi. Guru merekodkan TP murid menggunakan templat
perekodan mengikut mata pelajaran iaitu dengan menggunakan perisian Microsoft (MS) Excel
(Pelaporan PS) yang disediakan.

Dalam proses merekod, guru perlu memasukkan maklumat asas seperti nama murid, sekolah,
kelas, nama guru dan murid mengikut kelas yang diajar dalam templat Pelaporan PS mengikut
mata pelajaran. dan merekodkan tahap penguasaan yang dikuasai oleh setiap murid
berdasarkan SK dan SP.
Fail MS Excel hendaklah disimpan dalam keadaan yang baik dan selamat. Salinan dalam bentuk
digital dan/ atau bercetak hendaklah dilakukan secara berkala, mengikut kesesuaian dan
keupayaan pihak sekolah. Fail data murid juga boleh diselaraskan oleh pihak sekolah melalui
penyimpanan berpusat untuk kegunaan pemantauan panitia dan pentadbir sekolah.
Pentadibir sekolah perlu memastikan keselamatan dan kepenggunaan data tersebut. Semakan
data hendaklah dibuat bagi mengelakkan kesilapan berlaku. Apabila seseorang murid berpindah
kelas atau sekolah, pihak sekolah yang berkenaan hendaklah menyerahkan data murid tersebut
kepada pentadbir sekolah baharu untuk diserahkan kepada guru mata pelajaran yang
berkenaan. Pelaporan tahap penguasaan keseluruhan boleh dikeluarkan oleh pihak sekolah.

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 10
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

2.3 PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)

Kegiatan Kokurikulum Sekolah merangkumi tiga aktiviti utama iaitu Kelab/Persatuan, Pasukan
Badan Beruniform dan Sukan/Permainan. Penyertaan dalam ketiga-tiga kegiatan ini merupakan
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah seperti termaktub dalam
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, berkuatkuasa 1 Januari 1998
(Akta Pendidikan 1996 – Seksyen 18 dan 30). Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan aktiviti
kurikulum dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada
pengajarandan pembelajaran murid serta pembentukan modal insan (murid) secara menyeluruh
yang meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor

RASIONAL

Pentaksiran kegiatan kokurikulum yang dibuat oleh sekolah didapati berbeza-beza antara satu
sama lain. Keadaan ini menjelaskan wujudnya unsur-unsur ketiksamarataan dalam pemberian
markah kepada murid. Kemungkinan ada murid memperoleh markah yang berbeza walaupun
pencapaian dalam kegiatan kokurikulum adalah sama. Melalui pendekatan ini, penggunaan
borang dan cara pentaksiran yang standard membolehkan unsur-unsur ketidakadilan dalam
pemberian markah bolehdihindari.
OBJEKTIF

 Menyediakan satu kaedah pentaksiran aktiviti kokurikulum yang standard dan boleh diterima
pakai oleh semua sekolah.

 Membantu Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam
membuat penilaian kemasukan murid-murid ke institusi tersebut.

 Membantu Jabatan Pengurusan, Intitusi Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi
dalam membuat penilaian kemasukan pelajar-pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA)/Universiti Awam (UA).

 Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh dalam kalangan murid.

KAEDAH PENILAIAN

Bagi menentukan murid sentiasa cergas dan bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum, penilaian
kokurikulum dilakukan pada setiap tahun sepanjang persekolahannya. Keputusan Pentaksiran
akan dipersembahkan dalam bentuk Prestasi Tahun Semasa (Grade Point Average) dan

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 11
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

Himpunan Prestasi sepanjang tempoh perskolahan (Cumulative Grade Point Average).
Tempoh Pentaksiran setiap tahun bermula daripada 1 Januari hingga 31 Disember.

PANDUAN PEMARKAHAN
1. FORMAT PAJSK : Terbahagi kepada tiga komponen

BAHAGIAN KOMPONEN
1 SEGAK
2 Kokurikulum:

3 - Kelab Persatuan
- Unit Beruniform
- Sukan/Permainan
Ekstra Kurikulum

2. UJIAN SEGAK

SEGAK adalah satu set Ujian Standard Kecergasan Fizikal untuk mengukur tahap kecergasan
fizikal murid berasaskan kesihatan. Komponen kecergasan yang diukur dalam SEGAK terkandung
dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan JasmaniSekolah Rendah dan Menengah. Ujian ini
melibatkan murid Tahun e hingga 6 dan ditadbir urus oleh Guru Pendidikan Jasmani serta
dilaksanakan dalam bulan Mac dan Ogos. Sila rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2008:
Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK)

3. KOKURIKULUM

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Mei 2005 telah memutuskan, setiap murid wajib
mengikuti tiga aktiviti kokurikulum seperti berikut:

i. Kelab/Persatuan

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 12
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

ii. Pasukan Badan Beruniform; dan
iii. Sukan Permainan

Mesyuarat juga menetapkan syarat merit 10 peratus markah kokurikulum bagi
kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Universiti Awam (UA). Bagi
tujuan pentaksiran hanya dua markah tertinggi sahaja yang diambil kira daripada tiga
aspek utama yang melibatkan enam (6) elemen.

3.1. ASPEK PENTAKSIRAN

Pentaksiran Kokurikulum di sekolah meliputi tiga aspek utama iaitu:

i. Penglibatan;
ii. Penyertaan; dan
iii. Prestasi.

Semua aktiviti yang disertai murid akan direkodkan bagi menggalakkan murid untuk
mendapatkan skor yang setimpal bagi penglibatan dalam aktiviti berkenaan. Hanya MARKAH
YANG TERTINGGI sahaja daripada setiap sub-komponen kokurikulum diambilkira untuk tujuan
pentaksiran.

3.1.1 Jawatan Disandang (10 markah)
Markah diberikan kepada individu yang memegang sesuatu jawatan yang tertinggi dalam
kegiatan kokurikulum. Sungguhpun begitu ahli-ahli biasa dan jawatan-jawatan yang lain juga
diperuntukkan markah mengikut jenis jawatan yang disandang. Agihan markah seperti
berikut:

3.1.2. Peringkat Penglibatan (20 markah)

Markah ini diberikan kepada semua ahli berdasarkan sumbangan dan komitmen mereka
dalam semua aktiviti yang dijalankan dan tahap penglibatan yang disertai. Markah
penglibatan bagi individu dan ahli pasukan atau pasukan adalah sama. Terdapat tiga jenis
tahap penglibatan seperti berikut:

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 13
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

3.1.3. Komitmen (10 markah)

Komitmen dinilai berasaskan sepuluh (10) aspek (rujuk jadual 8) secara pengamatan dan
pemerhatian guru penasihat. Penumpuan pemerhatian guru semasa menilai meliputi
perkara-perkara yang berkaitan kepimpinan, sikap dan kesungguhan seseorang murid
semasa melaksanakan aktiviti. Guru Penasihat hanya boleh menandakan maksima empat (4)
aspek darpada 10 pilihan yang diberi dengan wajaran markah seperti di senaraikan.

3.1.4. Khidmat Sumbangan (10 markah)

Dalam aspek ini markah diberikan kepada murid berdasarkan penglibatan dan sumbangan
dalam aktiviti atau program di peringkat sekolah. Empat aspek yang dinilai meliputi perkara-
perkara seperti berikut:

i. ATLET/ PESERTA : Murid yang didaftarkan sebagai atlet atau peserta program /
pertandingan / Karnival /kursus.
ii. KEMAHIRAN KHUSUS : Melibatkan kemahiran khusus – berkaitan aspek teknikal
(pengadil, jurulatih pasukan, dll yang berkaitan denganaspek teknikal)
iii. PERSEMBAHAN : Penglibatan murid yang terlibat dalam aktiviti seperti persembahan
selingan.
iv. SOKONGAN : Membantu dari segi menjayakan aktiviti kelab persatuan sukan sekolah
seperti mengambil bahagian dalam perbarisan atau persembahan, kumpulan
sorak/penyokong, dan yang berkaitan.

3.1.5. Kehadiran (40 markah)

Aspek kehadiran memberikan markah tertinggi dalam pentaksiran ini, dengan tujuan untuk
menggalakkan murid hadir pada setiap perjumpaan yang ditetapkan. Bilangan perjumpaan
hendaklah tidak kurang daripada dua belas (12) kali setahun dengan mengambilkira satu
perjumpaan bersamaan dua (2) jam. Pengecualian kehadiran hanya dipertimbangkan jika
murid sakit, menyertai kegiatan kokurikulum yang lain dengan kelulusan sekolah dan sebab-
sebab lain yang munasabah. Ketidakhadiran ini perlulah dalam pengetahuan pihak sekolah.

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 14
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

3.1.6. Pencapaian (20 markah)

Markah diberikan berdasarkan pencapaian murid dalam pertandingan yang dilaksanakan di
semua peringkat. Pencapaian yang ditaksir hanyalah kepada kedudukan Johan, Naib Johan
dan ketiga, walau bagaimanapun tempat keempat dan kelima diberikan dalam acara individu
di peringkat Sekolah.

3.2. Ekstra Kurikulum ( 10 markah)

Ekstra kurikulum merupakan satu kegiatan sukarela yang bermanfaat semasa atau di luar
waktu persekolahan yang membantu pembentukan peribadi yang terpuji. Markah yang
diperoleh daripada bidang ini akan dicampurkan dengan markah kokurikulum purata 2
daripada 3 aktiviti yang tertinggi. Dalam penilaian ini markah tertinggi sahaja yang diambil
daripada salah satu empat (4) elemen seperti berikut:

3.2.1. Perkhidmatan
Elemen jawatan yang disandang oleh murid-murid dalam satu-satu kelab atau
persatuan bukan kokurikulum yang melibatkan perkhidmatan bagi tujuan membantu
pengurusan dan pentadbiran sekolah. Jawatan ini melibatkan pelantikan berdasarkan
ciri-ciri kepimpinan seseorang individu.

3.2.1. Anugerah Khas

Bermaksud pemberian pengiktirafan daripada Agensi Kerajaan, Badan Bukan

Kerajaan, Kesatuan/Persatuan Sukan kepada kepada murid kerana

penglibatan/sumbangan mereka dalam sesuatu aktiviti kokurikulum di

dalam dan luar kawasan sekolah.

3.2.3. Khidmat Masyarakat
Khidmat masyarakat ialah kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara
berkumpulan dan mempunyai matlamat serta tujuan tertentu. Program yang diiktiraf
dalam pentaksiran markah kokurikulum adalah bersifat berdiri sendiri dan bukan
lanjutan daripada aktiviti kokurikulum yang sedia ada. Aktiviti boleh dilaksanakan
mengikut bidang yang berbeza-beza atau secara berulang. Tempoh masanya
sekurang-kurangnya tiga (3) jam bagi satu markah.

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 15
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

3.2.4 NILAM

Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) - satu program yang menggabungkan semua

aktiviti galakan membaca yang diadakan di sekolah dengan memberi pengiktirafan.

Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang

tahun dan markah dikumpul secara kumulatif sehinggalah mereka tamat

persekolahan.

4. Program Anjuran Agensi Luar
Pengiktirafan program diberikan kepada semua bahagian yang menganjurkanaktiviti kokurikulum
di bawah Sektor Operasi Pendidikan, KPM. Walau bagaimanapun, bagi memberi ruang dan
peluang yang lebih luas kepada semua, KPM juga memberi pengiktirafan kepada aktiviti yang
dianjurkan oleh pihak lain. Untuk itu, kelulusan dan pengesahan program perlu diperoleh terlebih
dahulu daripada BKK, KPM. Senarai badan-badan yang terlibat dan contoh aktiviti adalah seperti
berikut:

4.1. Badan Bukan Kerajaan (NGO): Contoh: Jambori Antarabangsa Pengakap, anjuran
PersekutuanPengakap Malaysia,
4.2. Kerajaan Negeri: Contoh: Larian 10K Bandaraya Ipoh, anjuran Kerajaan Negeri Perak;
4.3. Badan Berkanun: Contoh: Pertandingan „Drum Battle‟ dan „Colour Guard‟ Pasukan

Pancaragam, anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

4.4. Badan Amanah: Contoh: Programme Green Ranger Malaysia, anjuran Yayasan
EMKAY
4.5. Syarikat Awam: dan Contoh: Program Koperasi Sekolah, anjuran ANGKASA
4.6. Syarikat Swasta : Contoh: Kem Remaja TUTOR, anjuran Utusan Malasia Sdn.
Bhd.

5. CARA PENGIRAAN MARKAH

CONTOH CARA PENGIRAAN MARKAH KOKURIKULUM

KOMPONEN TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 Penyataan PBS
(Tahun 6)

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 16
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

Kelab/ Persatuan 58 64 86
Pasukan Badan 70 80 70 Bagi tujuan
Beruniform
55 60 pelaporan dua
Sukan/Permainan 5 10 markah tertnggi
Ekstra Kurikulum dipilih
59

5

Markah purata (58+70)/2 MARKAH (86+70)/2
+ (64+80)/2 =
Markah Purata +
Ekstra Kurikulum 128/2 = 156/2
144/2

64 + 5 72 + 10 78 + 5 Hanya CGPA dan
tahun semasa
markah 10%

Markah Tahun 69 82 83 (Tingkatan 3) sahaja
akan direkodkan di
Semasa (GPA)

Markah atas penyataan PBS-
Kumulatif Tahun
Semasa (CGPA) 69 (69 + 82)/2 (75.2 + 83) PAJSK

=75.2 =

79.2

Markah 10%

kepada dua titik 6.90 7.52 7.92

perpuluhan

6. CARA PENGIRAAN, GPA, CGPA DAN 10% MARKAH KOKURIKULUM

Keputusan Pentaksiran akan dipersembahkan dalam bentuk Prestasi Tahun Semasa
(GPA) dan Himpunan Prestasi Sepanjang Tempoh Persekolahan (CGPA). Contoh
prestasi GPA dan CGPA murid dalam bidang Kokurikulum dalam tempoh persekolahan.

CONTOH PENGIRAAN PAJSK

TAHUN Tahun DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 17
2014 4 PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH
2015 5
2016 6 Markah Kokurikulum GPA CGPA
69 69 69.0

82 82 75.5

83 83 79.28

7. GRED PENCAPAIAN MARKAH
GRED Antara 80 hingga 100
A Antara 60 hingga 79
B Antara 40 hingga 59
C Antara 20 hingga 39
D 19.9 dan kurang
E

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 18
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

2.4 PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPsi).

Ujian Psikometrik ialah kaedah sistematik yang digunakan untuk mengumpul maklumat yang
dapat menggambarkan ciri, atribut atau tret psikologi seseorang, sama ada dalam domain
kognitif atau afektif. Menurut British Psychological Society, ujian psikometrik adalah instrumen
yang direka bentuk untuk menghasilkan penilaian kuantitatif tentang beberapa atribut psikologi.
Ujian psikologikal boleh didefinisikan sebagai ujian yang boleh memberi maklumat tentang
kapasiti, kemampuan atau kecenderungan untuk bertindak, bertindak balas, kemungkinan
melalui pengalaman atau menstruktur pemikiran dan perilaku dengan cara tertentu (Lewis &
Crozier, 1999).
Pentaksiran psikometrik dalam sistem pendidikan negara ini, merujuk kepada aktiviti
pentaksiran yang digunakan untuk mengenal pasti kebolehan semula jadi murid, personaliti,
bakat, minat dan kecenderungan (KPM,2012). Selain tret psikologi atau kebolehan murid yang
bersifat semula jadi, pentaksiran psikometrik juga digunakan untuk mengenal pasti tret yang
boleh dikembangkan secara tidak langsung melalui aktiviti pembelajaran di sekolah.

TUJUAN PENTAKSIRAN

Pentaksiran Psikometrik diperkenalkan dalam sistem pendidikan adalah bertujuan untuk;

i. mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperolehi (acquired
ability) seperti personaliti, minat kerjaya, aptitud atau kebolehan, kemahiran
menyelesaikan masalah, dan kemahiran berfikir.

ii. mendapatkan deskripsi yang tepat mengenai profil psikologi individu atau kumpulan.

iii. memahami kekuatan dan potensi murid yang boleh dibangunkan bagi
meningkatkanperkembangan pembelajaran dan pertumbuhan peribadi murid.

iv. menjadi panduan murid dalam membuat kerjaya pilihan yang praktikal atau realistik.

v. meningkatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang sifat dan perbezaan individu,
dan

vi. menyediakan maklumat tentang personaliti kerjaya yang realistik bagi meluaskan aspirasi
kerjaya murid.

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 19
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

KOMPONEN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPSI)
Komponen PPsi terdiri daripada Ujian Aptitud dan Inventori Personaliti.

Ujian Aptitud

Secara umum, aptitud ialah komponen kompetensi sama ada yang bersifat semula jadi atau
yang diperoleh, dipelajari atau dibangunkan melalui proses pembelajaran. Ujian ini
memperihalkan kesediaan dan potensi murid dari segi mental atau fizikal untuk mempelajari
sesuatu perkara atau melakukan sesuatu kerja pada tahap tertentu pada masa akan datang.

Ujian Aptitud Am

Aptitud adalah kebolehan atau bakat semula jadi untuk belajar atau melakukan sesuatu perkara
tertentu dengan mudah dan cepat. Ia kurang berkaitan dengan ilmu, budaya dan pendidikan,
sebaliknya sangat berkaitan dengan kebolehan atau bakat dalaman yang diwarisi. Ujian Aptitud
Am mengukur kebolehan minda seperti kemahiran menaakul dan verbal yang boleh digunakan
untuk meramal prestasi pendidikan murid pada masa hadapan.

Ujian Aptitud Khusus

Ujian Aptitud Khusus pula mengukur ciri yang menggambarkan potensiseseorang murid untuk
menceburi bidang pembelajaran, aliran atau pekerjaan pada masa akan datang. Dalam bidang
persekolahan, ujian ini digunakan untuk mengenal pasti dan menilai kesediaan, potensi,
kesesuaian atau meramal kejayaan murid dalam pembelajaran seterusnya. Hasil ujian ini juga
boleh dijadikan rujukan oleh guru dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai mengikut kecenderungan murid. Ujian Aptitud Khusus direka bentuk untuk
mengenal pasti sama ada murid memiliki kecerdasan berikut:

i. Verbal Linguistik

ii. Visual Ruang

iii. Logik Matematik

iv. Muzik

v. Naturalis

vi. Kinestatik

vii. Interpersonal

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 20
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

viii. Intrapersonal dan
ix. Eksistensial

KECERDASAN PELBAGAI

Kecerdasan Pelbagai merupakan satu potensi yang ada dalam diri individu. Setiap individu
mempunyai kecerdasan yang tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau masalah
yang mereka hadapi. Gardner (1983) mendefinisikan kecerdasan pelbagai sebagai satu
kecenderungan kecerdasan individu. Menurut beliau, kecerdasan adalah kebolehan untuk
menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk yang dinilai (dihargai) oleh satu atau
pelbagaibudaya.

“An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued
within one or more cultural setting”

Kamus Dewan (2005), pula mendefinisikan kecerdasan sebagai kebolehan untuk
melakukan pemikiran secara mujarad (abstrak), kebolehan untuk membuat penyeluruhan dan
cara tindakan terhadap sesuatu situasi yang bermasalah.

Menurut David Wechsler (1974), kecerdasan ialah kebolehan individu memahami diri,
persekitarannya, dan kepakaran yang ada padanya untuk menghadapi cabaran hidup dan
menyelesaikan masalah. Kebolehan ini adalah bersifat sejagat atau pun universal. Binet (1905)
pula, mendefinisikan kecerdasan sebagai kebolehan memahami dan membuat penaakulan yang
baik bagi menyesuaikan diri dengan situasi atau persekitaran.

Dapatlah disimpulkan bahawa kecerdasan adalah keupayaan manusia menggunakan
bakat dan kebolehan yang ada pada dirinya untuk menyelesaikan masalah. Faktor yang
membantu manusia menyelesaikan masalah ialah kebolehan dan keupayaan untuk membuat
penaakulan, pemahaman dan penilaian terhadap sesuatu situasi dan keadaan yang dihadapi.
Setiap murid mempunyai kecerdasan yang berbeza. Setiap kecerdasan itu perlu dinilai dan
diadili secara sama rata. Kecerdasan murid-murid dapat dipertingkatkan melalui peluang-
peluang pendidikan seperti menyediakan persekitaran yang kaya dengan bahan dan aktiviti
yang menyeronokkan. Instrumen yang dibangunkan untuk mengenal pasti kecerdasan murid

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 21
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

Tahun 6 adalah bersandarkan teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner (1993) dan
Smith & Smith(2002).
PENDEKATAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI HOWARD GARDNER

Teori Kecerdasan Pelbagai telah dikemukakan oleh Howard Gardner (1993, 1999).
Beliau mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang dapat diperkembangkan sepanjang
hayat. Menurut Gardner, manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan. Smith & Smith
(2002), telah menambahkan satu lagi kecerdasan iaitu eksistensial dan menjadikannya
sembilan. Gardner telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah
kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang
istimewa. Gardner juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi tetapi
boleh dipupuk dan dikembangkan.

Ada murid mencapai tahap yang tinggi dalam beberapa kecerdasan dan tahap yang
rendah dalam kecerdasan yang lain. Manakala terdapat pula murid yang mempunyai
kecerdasan yang tinggi dalam hampir kesemua sembilan kecerdasan ini. Setiap murid boleh
diperkembangkan dalam kesembilan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi
sekiranya diberi galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai. Kesembilan-sembilan
kecerdasan adalah saling berkait secara bersepadu semasa murid-murid melakukan sesuatu
aktiviti.

Teori kecerdasan pelbagai ini mengiktiraf kesemua kecerdasan yang terdapat pada
individu, dan mempunyai kelebihan apabila diaplikasikan dalam pendidikan. Kecerdasan
pelbagai boleh bertindak sebagai petunjuk kepada potensi seseorang. Murid boleh
menggunakan kecerdasan yang dimiliki untuk membantu menguasai sesuatu yang dipelajari.
Oleh itu murid boleh mengembangkan setiap kecerdasan ke tahap yang lebih tinggi melalui
latihan dan keupayaan sendiri.

VERBAL LINGUISTIK
Kecerdasan Verbal - Linguistik merujuk kepada kebolehan murid menggunakan bahasa dengan
efektif secara lisan dan bertulis.

i. Murid mempunyai kemahiran mendengar, berfikir dalam bentuk perkataan, bercakap,
menulis, bercerita, menerangkan, mengingat maklumat dan memahami perkataan.

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 22
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

ii. Murid sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya.

iii. Murid cenderung untuk belajar dengan lebih baik melalui pembacaan, mengambil nota,
berbincang dan berdebat mengenai apa yang mereka pelajari.

iv. Murid mampu mempelajari bahasa asing dengan mudah kerana mempunyai kebolehan
untuk memahami dan memanipulasi sintaks.

v. Murid pandai berbicara, gemar bercerita dan tekun mendengar cerita ataumembaca.

VISUAL RUANG
i. Kecerdasan Visual Ruang ialah kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej,

bentuk dan corak. Murid mampu untuk membentuk model secara visual dan
mengaplikasikan model itu kepada dunia fizikal, seperti memahami peta, carta, gambar,
video dan filem serta boleh melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual.
ii. Murid berkeupayaan membuat penilaian tentang ruang dan membayangkan dalam
mindanya.
iii. Murid mahir dalam menyelesaikan puzzle dan pembinaan struktur serta bijak
menghubungkaitkan antara objek-objek dalam ruang.
iv. Murid berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui
serta mempersembahkan idea-idea visual ruang dalam bentuk imaginatif dan kreatif.

LOGIK MATEMATIK
Kecerdasan Logik Matematik merupakan kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak. Ini
membolehkan murid menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan
abstrak.
Murid yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang
berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal,
menganalisis, mensintesiskan, mengira dan menggunakankomputer dengan cekap.

1. Murid yang mempunyai kecerdasan Logik Matematik yang tinggi memperlihatkan minat
yang besar terhadap kegiatan yang berbentuk eksplorasi.

2. Murid sering bertanya tentang berbagai-bagai fenomena yang berlaku di persekitaran,
suka menuntut penjelasan logik dari setiap pertanyaan dan suka mengklasifikasikan
benda.

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 23
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

MUZIK

i. Kecerdasan Muzik berkaitan dengan sensitiviti terhadap bunyi, irama, melodi, dan lagu.
Murid yang mempunyai kecerdasan Muzik berkebolehan mengesan dan membezakan bunyi,
muzik serta irama yang terdapat di persekitarannya.

ii. Murid berkebolehan meluahkan perasaan melalui muzik dan berupaya bermain alat muzik
serta menghafal lirik dengan baik walaupun tanpa latihan.

iii. Murid boleh menggubah rentak, tempo, mengenali dan mengingati nada-nada bunyi atau
muzik.

NATURALIS
Kecerdasan Naturalis adalah berkaitan dengan minat terhadap alam semula jadi.

i. Murid yang mempunyai kecerdasan Naturalis yang tinggi biasanya merupakan individu
pencinta alam sekitar yang dapat mengenali dan mengklasifikasikanflora, fauna, dan galian.

ii. Murid sangat menghargai alam sekitar, lebih banyak menghabiskan masa di luar dan
gemar mendengar bunyi-bunyian alam semula jadi.

iii. Individu Naturalis sensitif terhadap alam sekitar dan boleh menghubungkaitkan antara
kehidupan flora dan fauna.

KINESTETIK
Kecerdasan Kinestetik adalah berkaitan dengan kebolehan murid menggunakan sebahagian
atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.

1. Murid cekap menginterpretasi pergerakan anggota atau tubuh, lebih cenderung
melakukan aktiviti yang berkait dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari,
gimrama dan lain-lain.

2. Murid mahir memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal
dengan mental.

3. Murid boleh belajar dengan lebih berkesan melalui aktiviti yang melibatkan pergerakan
otot seperti sukan atau tarian.

INTERPERSONAL
Kecerdasan Interpersonal adalah berkaitan dengan kebolehan individu memahami perasaan,
sikap, tabiat serta hasrat orang lain.

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 24
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

i. Murid dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain untuk
menghasilkan sesuatu yang berfaedah serta dapat memberi motivasi kepadaorang lain.

ii. Individu mampu membezakan pelbagai petanda interpersonal dan boleh memberi maklum
balas terhadap petanda tersebut.

iii. Murid mempunyai kecerdasan interpersonal yang tinggi biasanya boleh berkomunikasi dan
berinteraksi dengan berkesan.

iv. Murid mempunyai empati yang tinggi, suka menolong orang lain dan minat membina
hubungan sosial dengan orang lain.

v. Murid boleh belajar dengan berkesan melalui kaedah berkumpulan.

INTRAPERSONAL
Kecerdasan Intrapersonal adalah berkaitan dengan kesedaran tentang diri sendiri dan
berkebolehan untuk menilai diri sendiri.
i. Murid mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan tentang

kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
ii. Murid mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap kebolehan mereka sendiri.

iii. Murid berpegang teguh pada prinsip kehidupan, mempunyai azam yang kuat,
berdikari dan mempunyai hala tuju yang jelas.

iv. Murid lebih menyukai kaedah belajar secara bersendirian dan gemar melakukan refleksi
kendiri (muhasabah diri).

v. Murid adalah seorang yang introvert dan suka melakukan tugasan secarabersendirian.

EKSISTENSIAL
Kecerdasan Eksistensial adalah berkaitan dengan kebolehan memahami erti kewujudan manusia
dan alam, memahami makna sesuatu kejadian, menggunakan daya intuisi yang tinggi dalam
memahami realiti kehidupan.

1. Murid menghargai dan menghayati nilai-nilai agama, nilai-nilai sejagat dan norma
masyarakat.

2. Murid meletakkan nilai-nilai ketuhanan dan kemanusiaan yang tinggi dalam
mempertimbangkan sesuatu keputusan dalam kehidupan.

3. Murid suka membaca buku-buku bercorak falsafah, bahan-bahan keagamaan, nilai-nilai

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 25
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

tradisi dan suka mengamati sesuatu kejadian secara mendalam.
4. Murid boleh belajar dengan berkesan melalui kaedah penyoalan, pemerhatian, renungan

kendiri, inkuiri penemuan dan kaedah perkongsian.
b. Instrumen Kecerdasan Pelbagai
ii. Satu lagi instrumen yang digunakan untuk mengumpul maklumat murid ialah Inventori

Kecerdasan Pelbagai (IKeP). Instrumen ini dibangunkan berdasarkan teori Kecerdasan
Pelbagai (MI) oleh Howard Gardner (1985) dan Smith dan Smith (2002).
iii. Instrumen ini terdiri daripada 90 item persepsi yang mewakili konstruk Ruang, Visual,
Muzik, Naturalis, Intrapersonal, Interpersonal, Kinestatik dan Existential.
iv. Setiap konstruk mengandungi 10 item.
v. Murid hanya perlu menjawab YA atau TIDAK pada penyataan mengenai diri mereka di
atas borang jawapan yang diberikan.
vi. Masa yang diperuntukkan adalah 45 minit.

Item Kecerdasan Pelbagai ini telah di pra uji kepada murid Tahun 6 mengikut kaedah
persampelan berstrata . Sekolah yang dipilih untuk menguji item inventori ini terdiri daripada
sekolah rendah di bandar, luar bandar, sekolah yang mempunyai prestasi tinggi, prestasi
rendah dan prestasi sederhana, murid lelaki dan murid perempuan di Malaysia pada 2016. Data
daripada pra ujian ini telah dianalisis untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaan iaitu Kuder-
Richardson 20 (KR-20) dan kesahan item iaitu Mean fit square (MNSQ) . Item yang mempunyai
darjah kesahan dan kebolehpercayaan yang baik dipilih untuk dijadikan instrumen.

3.0 TUJUAN PELAKSANAAN PBS

PBS merupakan sesuatu penilaian yang agak baharu dalam sistem pendidikan di Malaysia, yang
selaras dengan pelaksanaan PPPM. PBS berperanan penting dalam melahirkan murid-murid yang
seimbang dalam pelbagai aspek.

Pentaksiran juga adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat
mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil pentaksiran PBS
boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 26
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

Melalui Program Transformasi Pendidikan, PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal
insan secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual,
pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di
dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti
yang dihasratkan dalam Misi Nasional.

Bagi guru, dengan adanya PBS, guru dapat mengenali diri murid serta potensi murid tersebut.
Dengan ini, seorang guru dapat memberi focus terhadap pembelajaran murid. Ramai guru yang
tidak mengenali tentang potensi murid, kerana berpaksikan peperiksaan semata, guru menilai
murid hasil daripada pencapaian gred peperiksaan, namun dengan adanya PBS, guru dapat
membantu murid untuk melihat potensi diri sekaligus mambantu guru untuk maemperbaiki kaedah
pengajaran dan pembelajaran.

Tidak dinafikan bahawa, murid belajar melalui pendekatan yang dibawa oleh guru. PBS
yang dilaksanakan mampu untuk murid terus memgembangkan potensi diri, menguasai
pembelajaran di dalam kelas serta penglibatan kepada aktiviti yang bermakna untuk
menyerlahkan potensi diri. Dengan demikian, murid melengkapkan diri dengan
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam usaha untuk mencapai kejayaan.

Kerisauan ibu bapa kepada perkembangan pembelajaran anak terjawab dengan PBS. Ibu
bapa dapat melihat dan mengenali potensi anak melalui pelaporan PBS yang mencakupi
pelbagai aspek pentaksiran. Secara tidak langsung dapat membantu guru dalam
menentukan hala tuju masa depan dan kemenjadian murid.

4.0 KEPENTINGAN PELAKSANAAN PBS

PERSPEKTIF AM

PBS secara amnya ialah pentaksiran berasaskan sekolah iaitu merupakan pentaksiran yang bersifat
menyeluruh atau holistik. Dapatan daripada buku panduan PBS yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), telah menerangkan secara jelas bahawa dengan pelaksanaan sistem
pentaksiran berasaskan sekolah akan meliputi dua aspek pentaksiran yang utama (Lembaga
Peperiksaan Malaysia, 2014). Aspek pentaksiran tersebut adalah dalam bidang akademik dan
bukan akademik. Pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat merupakan komponen di bawah

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 27
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

pentaksiran berasaskan akademik. Manakala, pentaksiran bukan akademik akan melibatkan
komponen pentaksiran psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Ko-kurikulum
(PAJSK). Ini menjelaskan bahawa melalui pelaksanaan PBS, pentaksiran akan lebih efektif, holistik
dan seimbang (Auty, 1997) .

Isu murid tertekan dengan peperiksaan awam, menjadikan kebimbingan semua pihak, namun
dengan PBS guru sedaya upaya membimbing murid agar dapat menguasai pembelajaran secara
holistik dan kemahiran dapat ditingkatkan melalui aktiviti yang menarik, kreatif dan lebih inovatif.

Di samping itu, PBS mampu melahirkan murid yang seimbang. Pentaksiran berasaskan sekolah
merupakan langkah untuk menterjemahkan hasrat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
mahu murid dilahirkan seimbang dari aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek. Penekanan kepada
bidang akademik dan bukan akademik, dapat menggalakkan pembudayaan sikap progresif,
pengamalan nilai dan membina etika serta moral yang tinggi dalam diri murid. Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan, Pelan Integriti Nasional Dan Misi Nasional turut menzahirkan harapan
yang sama iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang. Akhir sekali, menurut Yusof Boon (2011),
pentaksiran berasaskan sekolah memberi peluang sama rata terhadap pelaksana di luar bandar dan
di bandar untuk melaksanakan PBS. Hal ini kerana, daya kreativiti pelaksana memainkan peranan
penting dalam menjayakan misi dan visi PBS. Selain itu, pengetua atau guru besar di luar bandar,
akan lebih bermotivasi untuk membangunkan modal insan di sekolah tersebut kerana tiada
pembandingan dari segi pencapaian murid dalam peperiksaan awam antara murid bandar dan luar
bandar yang sememangnya agak ketara.

GURU

Melalui perlaksanaan PBS, guru diberi kuasa autoriti dalam memperkembangkan kreativiti
pengajaran mereka (Maxwell, 2006) . Guru menyampaikan pengajaran yang pelbagai dan
melaksanakan pentaksiran bergantung kepada keupayaan klien iaitu murid-murid di dalam kelas
masing-masing. Menurut Azlin Norhaini Mansor et al. (2013), kebaikan PBS ialah untuk menjana
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang kreatif, guru mesti menggunakan kaedah pentaksiran
yang pelbagai untuk menilai hasil pembelajaran. Guru juga perlu menggunakan kaedah pengajaran
yang berbeza bagi memastikan keberkesanan dalam pembelajaran. Melalui PBS ini, guru juga dapat
mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) semasa pengajaran dijalankan. Secara tidak
langsung suasana pembelajaran lebih berpusatkan murid. Hubungan antara murid dengan guru

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 28
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

juga akan semakin rapat kerana mereka akan ada sifat ingin tahu dan berani memberi pendapat
dalam menyelesaikan permasalahan bukan rutin yang diajukan oleh guru ataupun rakan sebaya
mereka. Melalui PBS, guru juga dapat menyampaikan kurikulum tersirat/tersembunyi iaitu
pembinaan nilai ke arah pembentukan insan yang seimbang. Ini penting bagi membantu murid-
murid selesa dalam menerima perubahan bentuk pembelajaran alaf baru serta membantu mereka
untuk menghadapi peperiksaan umum yang lebih berbentuk soalan KBAT.

Dalam melaksanakan PBS di sekolah, sudah pasti memberi suasana kerja yang berbeza di mana
semua pihak sama ada pentadbir ataupun guru bersama-sama mengembling usaha melalui budaya
kerja berpasukan agar pelaksanaan PBS lebih memberi impak yang baik. Pihak pentadbir bersama
guru-guru berbincang dan membina strategi perlaksanaan yang efektif bagi memastikan PBS di
sekolah berjalan dengan efektif. Latihan-latihan kepada murid disediakan dengan lebih tersusun
dan dibina sebagai evidens oleh guru sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan.
Suasana kerja yang ceria akan mewujudkan budaya kerja yang seronok di sekolah. Bagi membantu
pelaksanaan PBS lebih berkesan, kementerian juga telah menyediakan dua sistem ICT iaitu SPPBS
dan PAJSK.

Dalam sistem pentaksiran berasaskan peperiksaan sebelum ini, perlaksanaan proses pembelajaran
dan pengajaran (PdP) contohnya bagi subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Seni bagi murid
tingkatan 3 dijalankan hanya untuk sepenggal sahaja. Namun setelah PBS diperkenalkan, subjek ini
juga memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Maka,
semua guru perlu memainkan peranan secara serius. Ini disokong oleh ciri-ciri konsep PBS iaitu
PADI (profile, achievement, development, involvement). Murid-murid tidak hanya dinilai dari aspek
akedemik tetapi merangkumi semua komponen. Selain itu, guru juga dapat melihat perkembangan
murid secara meluas merangkumi semua bidang.

MURID

Pentaksiran berasaskan sekolah mampu meningkatkan perkembangan modal insan murid demi
menyesuaikan diri dengan perkembangan dunia, murid sebagai subjek utama akan dinilai secara
berterusan untuk mengetahui kemampuan pembelajarannya dari masa ke masa. Menurut Azlin
Norhaini Mansor et al. (2013) . Terdapat empat kebaikan utama pada aplikasi PBS ini terhadap
murid, antaranya, ia menggalakkan kemajuan kendiri, membentuk tingkah laku yang positif,
meningkatkan kemahiran berkumpulan, dan mempromosikan aktiviti pengajaran yang kreatif.

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 29
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

PBS juga diyakini dapat menggalakkan kemajuan kendiri murid (Azlin Norhaini Mansor et al.,
2013). Kemajuan kendiri dapat digalakkan dengan adanya keseimbangan antara pelajaran
akademik dan bukan akademik. Kebiasaannya, untuk mendapatkan tahap penguasaan yang tinggi
seperti Band 5 atau Band 6, murid diminta untuk mereka cipta suatu benda. Di sinilah kemajuan
kendiri dapat digalakkan kerana murid bebas untuk berekspresimen dan menunjukkan
kebolehannya sama ada dalam bentuk try and error, kreativiti, pembentangan, dan role playing. Di
samping itu, tidak akan ada jawapan yang benar dan salah selagi alasan yang diberikan adalah
logik.

Dalam usaha membentuk tingkah laku yang positif, PBS amat menggalakkan kemajuan kendiri
murid. Seperti yang dinyatakan oleh salah seorang responden dalam kajian Azlin Norhaini Mansor
et al. (2013), beliau memerhatikan bahawa PBS lebih menjadikan murid lebih proaktif, percaya diri,
dan selesa belajar di dalam kelas. Ini dapat terjadi kerana kurangnya tekanan yang didapati oleh
murid sehingga murid akan merasa seronok untuk belajar. Pembelajara yang menyeronokkkan
akan memudahkan murid belajar kerana ingin mendapatkan pengetahuan bukan semata-mata
untuk lulus peperiksaan. Ini juga dipengaruhi oleh penilaian formatif, yang mana guru mempunyai
target yang berbeza untuk mencapai tahap penguasaan tertentu pada setiap hari. Penilaian
formatif dan tahap penguasaan yang berbeza untuk setiap hari tersebut akan membuat murid lebih
bermotivasi untuk belajar ke tahap berikutnya selain dapat juga mengelakkan gejala
ponteng kelas.

Kemahiran berkumpulan dapat meningkatkan penguasaan dan minda terbuka, ini akan diperolehi
jika tidak adanya rasa persaingan sesama sendiri serta kerjasama satu kumpulan. Tidak
adanya sistem pemarkahan akan membuat murid lebih seronok untuk belajar, murid akan tetap
bersaing secara sihat. Dengan penghargaan murid akan lebih bersungguh-sungguh berbanding
dengan pemarkahan yang menyebabkan timbulnya rasa takut untuk bersaing. Akibatnya,
kumpulan sebagai media belajar menjadi tidak berkesan. Seperti yang dilaporkan oleh salah
seorang responden dalam kajian Azlin Norhaini Mansor et al. (2013), murid akan bersaing sesama
sendiri untuk mendapatkan markah yang tertinggi. Tapi dengan adanya PBS, sistem pemarkahan
akan diganti dengan tahap penguasaan. Rasa persaingan akan berkurang dan semua murid boleh
mendapatkan tahap penguasaan yang sama sehingga aktiviti dalam kumpulan akan lebih berkesan
dan murid dapat berkongsi pelbagai idea bersama-sama.

Pengajaran Kreatif menjadikan suasana pengajaran yang berbeza mampu menjadikan tahap
penguasaan murid bertambah. Strategi pengajaran ini akan mempromosikan pengajaran

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 30
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

menjadi lebih kreatif dan membuat murid lebih seronok untuk mengikuti setiap aktiviti kelas yang
dijalankan. Seperti yang dipetik daripada artikel Azlin Norhaini Mansor et al. (2013), salah seorang
responden menyatakan bahawa dengan adanya sistem penilaian formatif pada PBS menjadikan
guru lebih memahami setiap situasi dan psikologi murid sehingga guru lebih mudah untuk memilih
strategi dan hubungan antara murid dan guru lebih baik dan memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran.

IBU BAPA

Semua piiihak berperanan penting dalam usaha untuk mencapai hasrat dan aspirasi pendidikan,
tidak terkecuali ibu bapa yang merupakan orang yang paling dekat dengan anak-anak ataupun
murid juga dapat membantu agar pelaksanaan PBS ini dapat berjalan dengan lancar. Bagi ibu
bapa yang prihatin, mereka akan sentiasa mengambil berat tentang pendidikan anak-anak
mereka. Bagi ibu bapa yang berada di luar bandar pula mungkin mereka kurang didedahkan
tentang PBS. Namun menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk menjelaskan kepada ibu bapa
tentang transformasi pendidikan ini agar semua pihak memahami tujuan dan mengembling tenaga
untuk menjayakan pelaksanaannya.

Penglibatan ibu bapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran anak-anak di rumah dapat
dipertingkatkan dan dijalankan, lebih-lebih lagi pada masa sekarang negara kita berdepan dengan
masalah penyakit Covid-19. Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) menjadi alternative
bagi murid dapat belajar seperti biasa. Seperti yang kita sedia maklum, pelaksanaan PBS
merupakan latihan atau aktiviti rutin yang dilakukan di sekolah. Terdapat juga tugasan atau latihan
yang diberikan oleh guru kepada murid sebagai ulangkaji tambahan atau projek-projek
tertentu yang perlu dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, ibu bapa dapat memantau aktiviti
anak-anak mereka di rumah (Cheng et al., 2011). Antara aktiviti yang dapat melibatkan ibu bapa
dengan anak-anak adalah membantu anak-anak dalam pembelajaran, menyediakan buku latihan
dan evidens dan sebagainya. Di samping itu hubungan kekeluargaan juga dapat dieratkan.
Pencapaian murid dapat dilihat sepanjang tahun oleh ibu bapa. Hal ini bermaksud pencapaian
murid tidak terhad semasa musim peperiksaan sahaja malah penilaian dijalankan secara
berterusan. PBS merupakan bentuk penilaian secara formatif. Dengan ini ibu bapa yang prihatin
dapat berhubung terus dengan guru di sekolah untuk mengetahui perkembangan anak-anak
mereka. Laporan prestasi dan tahap penguasaan murid dinilai secara terperinci. Sebagai

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 31
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

penambahbaikan, pada masa akan datang penilaian PBS dapat diakses secara atas talian dengan
keadaan dunia berdepan dengan pendemik Covid-19.

Kepercayaan ibu bapa kepada institusi sekolah dapat dipertingkatkan. Pembelajaran dan
pencapaian murid akan dipantau secara menyeluruh oleh pihak sekolah. Ibu bapa tidak akan
bimbang lagi sekiranya anak-anak mereka yang dahulunya mungkin sering ketinggalan dalam
pembelajaran dan dari masa ke semasa menunjjukkan perubahan yang baik. Dengan adanya PBS
ini, semua murid tidak kira sama ada yang cemerlang ataupun tidak, mereka akan mendapat
hak kesamarataan dalam penilaian PBS ini. Selain itu, ibu bapa juga tidak perlu risau untuk
menghantar anak-anak mereka ke pusat tusyen atau mencari tutor di rumah. Situasi ini
kebiasaannya berlaku pada musim peperiksaan dengan tujuan untuk mencapai target cemerlang
dalam peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM. PBS ini dapat membantu murid untuk terus
konsisten dalam pembelajaran tanpa perlu bergantung harap pada kelas tambahan di luar sekolah.
Di samping itu, hubungan erat antara guru dan ibu bapa juga dapat dieratkan.

Kebiasaannya perjumpaan ibu bapa dengan guru hanya dilaksanakan satu tahun sekali iaitu pada
Hari Terbuka atau Hari Bertemu Pelanggan yang diadakan selepas peperiksaan penggal pertama
atau di pertengahan tahun. Perbincangan prestasi murid dijalankan semasa sesi perjumpaan
guru dengan ibu bapa. namun melalui PBS perbincangan secara berterusan dijalankan pada bila-
bila masa.

Selain itu, kadar kelalaian anak-anak terhadap teknologi dapat dikurangkan. Dengan adanya kerja
kursus dan projek- projek pembelajaran, murid dapat memanfaatkan faedah teknologi dengan cara
yang betul. Murid-murid yang mahir dalam teknologi ini secara tidak lansung dapat
meningkatkan kemahiran dalam pembelajaran secara inkuiri dengan pencarian informasi menerusi
internet seperti melalui agen pencarian maklumat Google dan Yahoo. Selain itu, kerja-kerja
berkumpulan dapat memupuk sikap bersosial secara sihat dan memantapkan komunikasi dengan
masyarakat. Hal ini dapat mengelakkan murid daripada bersikap pasif dan kurang bergaul dengan
rakan- rakan sebaya.

Ibu bapa juga digalakkan untuk membimbing anak-anak mereka untuk memudahkan proses
pembelajaran di samping membantu anak-anak mencapai hasrat murni dan cita-cita di masa
hadapan.

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 32
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

5.0 MODEL PBS KPM
Model pentaksiran berasaskan sekolah yang dibangunkan oleh KPM, yang terdiri daripada dua
bidang iaitu bidang yang mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. Bidang akademik terdiri
daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala bidang bukan akademik
terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK). Wajaran bagi setiap bidang ini berbeza mengikut tahap persekolahan.

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

AKADEMIK BUKAN AKADEMIK

PENTAKSIRAN PENTAKSIRAN PENTAKSIRAN PENTAKSIRAN
PUSAT SEKOLAH PAJSK PSIKOMETRIK

(PPsi)

PEMENTORA
N

Dalaman

Luaran

PENGESANAN PBS PENYELARASAN
Dalaman Dalaman
Luaran Luaran

PEMANTAUA
N

Dalaman
Luaran

Model PBS KPM, 2011

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 33
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

6.0 KESEDIAAN GURU DALAM PELAKSANAAN PBS

Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) perlu dilihat dari perspektif yang lebih luas. PBS merupakan
satu bentuk amalan pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor
secara terancang oleh guru dan pihak sekolah. Pentaksiran ini perlu mengikut prosedur yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Amalan pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru diharap
dapat memberikan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap
pembelajaran murid. Oleh itu, kesediaan guru adalah amat penting dalam usaha menjadikan PBS
sebagai pentaksiran yang diperaku.
Pentaksiran Sekolah (PS) dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula dari aspek
perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau
penskoran, perekodan dan pelaporannya. PS dilaksanakan secara formatif dan sumatif bagi melihat
perkembangan pembelajaran murid serta menambahbaik pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses P&P. Sehubungan itu, PS berperanan
mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru serta mampu
memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2012). Contoh
instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak laporan
tugasan, tugasan rumah dan ujian. Sementara itu, pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir setiap
unit pembelajaran, penggal, bulan dan tahun. PS mempunyai ciri-ciri berikut:
i. Holistik iaitu mampu memberikan maklumat keseluruhan tentang pengetahuan dan kemahiran
yang dicapai oleh murid.
ii. Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan P&P.
iii. Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid.
iv. Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum.
(Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2013)

Ketidaksediaan guru dalam pelaksanaan PBS boleh menimbulkan pelbagai isu seperti isu kesahan,
kebolehpercayaan, praktikaliti, pentadbiran, pemantauan dan penyetaraan, (Yaakop, 2002).
Menurut Tan (2010) , pemantauan secara amali atau semasa proses pelaksanaan PBS
kurang dilakukan di sekolah-sekolah. Pemantauan secara amali ini penting bagi melihat sendiri
pelaksanaan PBS oleh guru-guru dengan penambahbaikan.

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 34
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

Kekurangan pengetahuan, latihan dan kemahiran serta sumber material menambahkan lagi
ketidaksediaan guru dalam melaksanakan PBS. Dalam kajian Radin (2008) mendapati guru-guru
perlu diberi latihan yang profesional dalam pentaksiran bagi mendapatkan pengetahuan dan
kemahiran pentaksiran agar mereka boleh melaksanakan PBS dengan jayanya. Guru-guru juga
perlu dibekalkan dengan sumber material seperti Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid,
Manual Pentaksiran, contoh instrumen, contoh pemarkahan dan sebagainya.
Artikel Fakhri Abdul Khalil et.al(2016), Walaupun guru-guru telah mengikuti kursus PBS tetapi
mereka masih tidak yakin dalam mentaksir murid. Ini kerana, kekurangan pengetahuan dan
kemahiran guru dalam PBS menjadi salah satu faktor ibu bapa sering menyalahkan guru.
Guru-guru yang masih kabur dan tidak mahir terutama dalam teknik-teknik penilaian PBS tidak
bersedia melaksanakan PBS kerana kekurangan latihan, secara tidak langsung menjejaskan
keyakinan guru tersebut untuk melaksanakan PBS.
Oleh itu, guru perlu diberikan latihan, pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya untuk
melaksanakan PBS. Perkara ini perlu diambil perhatian kerana pentaksiran bilik darjah
menyumbang secara langsung kepada pentaksiran pusat dan membawa implikasi kesahan,
kebolehpercayaan, praktikaliti dan bias (Shepard, 2000). Walaupun proses penilaian bukan
merupakan perkara baru dalam pendidikan, PBS adalah sesuatu yang baru dan menjadi
kebimbangan kepada pihak guru dan pentadbir sekolah terutama dalam pelaksanaannya (Gardner
et al., 2008).

7.0 ISU DAN CABARAN PELAKSANAAN PBS
Dalam pelaksanaan PBs, guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan dan
kebolehan murid dengan telus. Guru juga menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai,
merancang dan membina instrumen penilaian, melaksanakan penilaian, merekod hasil penilaian,
menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. PBS adalah lebih
bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid. Oleh itu, guru perlu membuat
diagnostik bagimengesan perkembangan murid dari masa ke semasa, dan memberi peluang
kepada guru untuk membetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan murid. Dengan ini, guriu
dapat memperkembangkan kekuatan dan potensi setiap murid.

KURANG YAKIN DALAM MELAKSANAKAN PBS
Walaupun guru-guru telah mengikuti kursus tetapi kursus tidak fokus kepada pentaksiran
menyebabkan mereka masih terasa kurang yakin dalam melaksanakan pentaksiran. Guru-guru

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 35
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

berangapan mereka mempunyai kompetensi yang kurang dalam melaksanakan PBS, Kekurangan
pengetahuan, kemahiran dan sumber material menjadi punca ketidakyakinan. Guru-guru perlu
dibekalkan dengan Panduan Perkembangan pembelajaran Murid (PPPM), Manual Pentaksiran,
contoh imstrumen, contoh, contoh pemarkahan dan sebagainya. Selain itu, bengkel dan latihan
khusus adalah sangat penting untuk memberi kemahiran dan keyakinan kepada guru.

KURANG MEMAHAMI PELAKSANAAN PBS
Masalah juga dikesan melalui laporan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) mendapati guru juga
kurang memahami mengenai cara melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Guru-guru menghadapi masalah dalam mengaseskan maklumat peperiksaan yang
dikendalikan oleh Sistem Aplikasi Peperiksaan (SAPS) Lembaga Peperiksaan Malaysia,
Kementerian Pelajaran Malaysia. Kenyataan permasalahan ini disokong oleh Mohd Ghazali
Abdul Rahman(2013) menyatakan bahawa Bahagian Pendidikan Guru melalui Institut Perguruan
Malaysia telah menyediakan model penambahbaikan skim latihan guru-guru dalam memahami
konsep PBS di sekolah rendah sepertimana yang di harapkan oleh Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan Kebangsaan (KPPK) pada tahun 2013. Masalah ini boleh menyebabkan guru-guru
memberi taksiran yang kurang tepat dan pelaporan lambat.

KPPK mendapati terdapat masalah dalam Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah (SAPS), iaitu
kesukaran untuk memasukan markah mentah murid. KPPK mendapati guru terpaksa menunggu
beberapa jam untuk mengakses dan memasukkan markah setiap kali peperiksaan
berasaskan sekolah (PBS) berakhir. Diharapkan segala masalah dalam perlaksanaan PBS akan
dikenalpasti punca dan penyelesaiannya agar usaha penambahbaikan dan memperkasakan amalan
pengurusan pendidikan di tahap status kelas A iaitu baik dan amat memuaskan dapat
direalisasikan.

SISTEM PENGURUSAN PBS
Semua guru PBS perlu menggunakan aplikasi dalam talian untuk memasukkan markah PBS murid
slam system SAPS. Cabaran besar dalam pengisisan data ke dalam system ialah guru-guru kurang
pengetahuan memasukkan markah. Ini kerana beberapa boring instrumen perlu diisi dan setiap
instrumen adalah tidak sama bagi setiap mata pelajaran. Apabila sistem bermasalah, guru-guru
mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan kerja, ditambah lagi apabila sistem diselengara,
guru terpaksa berdepan dengan masalah lain.

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 36
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

Masalah kekurangan komputer di sekolah juga menjadikan cabaran kepada guru. Kekurangan
komputer dan capaian internet yang kurang baik walaupun wifi telah disediakan menjadikan
pengurusan PBS ini menjadi kekangan kepada pengurusan dan mengambil masa yang panjang.
Guru-guru mesti mempunyai kemudahan komputer sendiri dan talian internet sendiri agar tidak
bergilir dengan guru lain untuk menyiapkan pemarkahan dan penilaian PBS.

MASA
Dalam usaha untuk melaksanakan PBS di sekolah, seperti yang diinginkan oleh KPM, guru-guru PBS
menggunakan masa yang banyak untuk merangka penilaian setiap murid, dengan menyediakan
instrumen, mengulang mengajar bagi murid yang lemah dengan pelbagai kaedah bagi mencapai
penilaian, pengisian data dan menyimpan eviden yang banyak. Semasa menyediakan instrumen,
guru perlu merangka penilaian kepada setiap murid agar setiap band, evidens dan keupayaan
murid mempunyai kesejajaran. Oleh itu, guru perlu memperuntukkan masa yang mencukupi untuk
menyiapkan semua PBS. Selain akademik, murid juga ditaksir di bahagian bukan akademik. Bagi
murid yang tidak mencapai band, guru juga terpaksa mengulang pengajaran dan pembelajaran
serta merangka dan mebina instrumen baru sehingga murid tersebut mencapai band yang
diharapkan. Guru-guru juga bertanggungjawab memasukkan data ke dalam sistem dan terpaksa
menunggu masa yang sesuai jika capai internet kurang baik atau server perlahan.

ISU UPSR DAN PT3

Pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sepenuhnya mulai tahun 2021 ini manakala
Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dibatalkan untuk tahun 2021 ini, yang diumumkan oleh YB
Menteri Kanan Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan satu transformasi pendidikan negara
yang disambut baik oleh semua pihak.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata keputusan memansuhkan UPSR dibuat
hasil libat urus dengan pelbagai pihak sejak peperiksaan itu dibatalkan tahun lalu akibat COVID-19
(Berita Harian, 2021). Susulan pemansuhan UPSR, KPM akan memperkasakan pentaksiran
berasaskan sekolah selain Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi murid yang
berhasrat memasuki sekolah berasrama penuh dan sebagainya. Pemansuhan UPSR juga disambut
baik oleh guru, ibu bapa dan murid. Guru terpaksa bertungkus lumus agar murid mendapat skor
6A, menghadkan aktiviti bagi memberi ruang agar murid lebih memberi tumpuan kepada
peperiksaan. Murid pula amat tertekan dengan keupayaan diri untuk mendapat keputusan

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 37
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

cemerlang 6A. Tidak semua murid mampu untuk mencapai kecemerlangan yang dihasratkan
apatah lagi melibatkan latarbelakang murid. Ibu bapa meletakkan harapan yang tinggi kepada guru
dan pihak sekolah agar anak mereka mampu mencapai kecemerlangan. Keputusan pemansuhan ini
memberi nafas lega kepada semua pihak dan PBS merujuk kepada pentaksiran keupayaan dan
potensi murid. Pembatalan PT3 juga memberi kelegaan kepada semua pihak atas sebab tempoh
masa pembelajaran secara bersemuka dan bimbingan kurang disebabkan keadaan penularan
Covid-19. Sebagai penilaian kepada pelajar, PKSK dan PBD dilaksanakan menggantikan PT3.

8.0 PENAMBAHBAIKAN PELAKSANAAN PBS

Penambahbaikan secara berterusan kepada pelaksanaan PBS di semua sekolah dalam usaha
menangani permasalahan yang berkaitan dengan pelaksanaan PBS akan mengukuhkan dan
menambahbaik amalan pentaksiran di sekolah. Penambahbaikan ini diharapkan akan menepati
matlamat seperti yang dihasratkan oleh KPM.

TINGKATKAN LATIHAN GURU

Guru-guru PBS perlu diberi latihan secara berkala dengan mengikuti bengkel-bengkel berkaitan
dengan penyediaan instrumen, memasukkan data secara atas talian, sistem perfailan dan lain-lain
kursus yang dapat meningkatkan kompetensi guru sebagai pelaksana PBS di sekolah yang
berkesan. Latihan ini amat penting kerana dengan pengetahuan dan kemahiran yang cukup sudah
tentu mereka lebih bersedia dan berkeyakinan untuk melaksanakan pentaksiran. Pentaksiran yang
berkualiti akan menghasilkan kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Sehubungan dengan itu,
pihak Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri perlu memberi penerangan yang
secukupnya serta berusaha menangani permasalahan yang dihadapi oleh guru mahupun pihak
sekolah.

PEMANTAUAN BERKESAN

Pelaksanaan PBS di sekolah hendaklah dipantau oleh pihak pentadbir sekolah iaitu guru besar atau
pengetua semasa proses pentaksiran berlaku. pihak pentadbir melihat sendiri proses pentaksiran
dilaksanakan oleh guru bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru semasa proses
pentaksiran dijalankan.

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 38
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

Melalui pemantauan secara berkesan ini akan dapat menyelasaikan masalah yang dihadapi di
peringkat awal. pihak pentadbir sekolah mempunyai tanggungjawab yang besar bagi memastikan
semua guru yang terlibat dalam PBS memahami konsep dan melaksanakan PBS seperti yang
diharapkan. Guru Panitia yang dilantik juga hendaklah memantau guru di bawah panitia masing-
masing agar pelaksanaan PBS berjalan lancar. Penyediaan eviden atau fail lengkap agar pelaporan
dapat disediakan dengan telus dan memuaskan. Pihak PPD atau JPN juga sewajarnya lebih kerap
memantau sekolah agar segala masalah dapat diselasaikan dengan segera. Secara tidak langsung
dapat membantu guru-guru menjalankan tanggungjawab sebagai pelaksana PBS dengan lebih
berkesan.

SISTEM PENGURUSAN YANG BERKESAN

Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekoalh (SPPBS) dibangunkan bagi kemasukan prestasi
murid berlandaskan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah rendah (KSSR) secara atas talian
(LPM, 2013). Semua guru matapelajaran bertanggungjawab memasukkan data prestasi murid atas
talian setiap kali pentaksiran dijalankan. Dapatan kajian bajhawa guru-guru mengalami masalah
memasukkan data prestasi ke dalam system dan mengambil masa yang lama dan kerja-kerja
tertunda. Keadaan ini dapat diatasi jika pihak KPM dapat menyediakan sistem pengurusan yang
lebih cekap dan relevan bagi mengatasi masalah ini.

Selain daripada itu, bagi memastikan guru memberi tumpuan terhadap pengajaran dan
pembelajaran, guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online
seperti sebelum ini tetapi guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara
offline.

Pengurusan fail yang rencam meliputi Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Rekod Transit tidak
perlu lagi disediakan. Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut
kesesuaian masa guru bagi menlindungi masa intruksional guru.

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 39
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, pelaksanaan PBS ini dapat dilihat mempunyai potensi untuk terus maju
ke hadapan untuk mencapai tahap pendidikan setanding dengan negara-negara maju. Walaupun
guru-guru terpaksa berhadapan dengan banyak cabaran dalam melaksanakan PBS, kerana
transformasi pentaksiran ini memerlukan kesediaan guru dari segi pengetahuan dan penyediaan
instrumen, kemudahan prasarana sekolah yang dapat menyokong kelancaran pelaksanaan PBS dan
sebagainya, guru juga berdepan dengan ibu bapa yang kurang faham dan berpegang teguh
dengan system pentaksiran yang berorentasikan peperiksaan iaitu markah dang red menjadi kayu
ukur kepada kecemerlangan akademik anak-anak mereka. Dengan ini, pihak sekolah perlu
meningkat inisiatif memberi penerangan dan kefahaman kepada ibu bapa agar dapat membantu
meningkatkan potensi anak-anak mereka sekaligus membantu guru melaksanakannya di sekolah.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat beberapa kelemahan PBS namun kita memandang
dari sudut positifnya, memperbaiki dengan usaha yang baik. Untuk memantapkan lagi sistem PBS
ini, golongan pelaksana iaitu guru haruslah memberi komitmen yang tinggi dengan tugas dan
tanggungjawab untuk mendidik murid. Murid juga haruslah mengambil kesempatan ini dengan
memanfaatkan penilaian yang bermanfaat dalam pendidikan mereka. Ibu bapa dan
masyarakat juga perlu memainkan peranan yang penting dalam membantu pelaksanaan ini agar
segala pengurusan dapat dipermudahkan. Dengan ini, PBS dapat merealisasikan falsafah
pendidikan negara yang merangkumi perkembangan potensi secara holistik dari segi kognitif,
afektif dan psikomotor. Ini juga dapat melahirkan generasi yang berpengetahuan, berkemahiran
berfikir, memimpin, berkomunikasi, beradab dan beretika, dan juga seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek.

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 40
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

BIBLIOGRAFI

Abdul halim Abdullah (2014). Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS):Kebaikan Dari Perspektif Am,
Guru, Mirud Dan Ibu Bapa.

Azlin Norhaini Mansor, Ong Hee Leng, Mohamad Sattar Rasul, Rose Amnah Raof & Nurhayati
Yusoff. (2013). The Benefits of School-Based Assessment. Universiti Kebangsaan Malaysia,
Open University Malaysia, University Malaya & Multi Media University Malaysia.

Fakhri Abdul Khalil & Mohd Isha Awang (2016). Isu Kesediaan Guru Dalam Amalan Melaksanakan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah. University Utara Malaysia

Fakhri Abdul Khalil & Mohd Isha Awang (2016). Isu Pemantauan Dalam Kalangan Pemimpin
Sekolah Terhadap Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. University Utara Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Panduan Pelaksanaan Pentaksrian Sekolah. Bahagian
Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Panduan Pelaksanaan Pentaksrian Bilik Darjah, Edisi ke-
2, Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2014). Informasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2014). Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. Panduan Pentadbiran Pentaksiran Psikometrik. Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Yusof Boon dan Mohd Musa Shaharudin. (2011). Kepimpinan Guru besar dalam Pelaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Daerah Kota Tinggi, Johor.
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN | UMS 41
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

RUJUKAN DALAM TALIAN

Bidang Teknik Dan Vokasional PPDJ (2015). PBS: Bab 3 Pentaksiran Pusar Pentaksiran Tingkatan 3

(PT3). https://siscplusppdjj.blogspot.com/2015/05/bab-3-pentaksiran-pusat-

pentaksiran.html (Dicapai pada 7 Mei 2015)

Hamimah Abu Naim, Rohaya Talib (2014), Cabaran Pentaksiran Berasaskan Sekolah: Delima Guru.
https://www.researchgate.net/publication/277562617_CABARAN_PENTAKSIRAN_BERASASK
ANSEKOLAH_DILEMA_GURU (Dicapai pada 10 April 2014)

Lembaga Peperiksaan kementerian Pelajaran. (2012). Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
http://buletinkpm.blogspot.com/2012/11/pentaksiran-berasaskan-sekolah-pbs.html. (Dicapai
pada Nov 27, 2012)

Mohd Iskandar Ibrahim (2021), UPSR mansuh, PT3 dibatalkan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/04/811621/upsr-mansuh-pt3-dibatalkan.
(Dicapai pada April 28, 2021)


Click to View FlipBook Version