FOLIO SEJARAH
SK SILIBIN
NAMA : VASAN NAIDU A/L
MURAALY
KELAS : 6 DINAMIK
TAJUK : PEMIMPIN NEGARA
YANG
KUSANJUNGI
(TUNKU ABDUL
RAHMAN)
NAMA
GURU : PN.NOOR AZRINA BT
TAHRIM
1
PENGHARGAAN
Pertama sekali,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli
keluarga saya yang banyak memberi sokongan dan semangat yang kukuh
kepada saya untuk menyiapkan folio Sejarah saya ini.
Saya juga ingin mengucapkan setinggi terima kasih kepada Pn. Noor Azrina bt
Tahrim iaitu guru matapelajaran Sejarah saya atas segala bimbingan dan
tunjuk ajar yang telah diberikan olehnya sepanjang saya membuat folio
sejarah ini.
Kepada rakan-rakan seperjuangan saya,saya ingin mengucapkan terima kasih
kerana mereka secara tidak langsung telah memberi sedikit sebanyak idea bagi
memperbaiki lagi folio saya ini.
Sekian, terima kasih.
2
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian yang dibuat oleh saya untuk menyediakan Folio Sejarah ini mempunyai
beberapa objektif seperti yang berikut :
1) Saya dapat mengenali asal-usul Perdana Menteri yang pertama bagi
Negara Malaysia .
2) Saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam sumbangan beliau
terhadap negara dan sebagai Bapa Kemerdekaan .
3
KANDUNGAN MUKA SURAT
1. PENGENALAN 5
2. LATARBELAKANG 6 -7
3. KEPIMPINAN UMNO 8 – 10
4. RUJUKAN
5. KESIMPULAN 11
12
4
PENGENALAN
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah perdana Menteri
Malaysia yang pertama dan merupakan bapa kemerdekaan
Malaysia. Setiap kali tibanya 31 Ogos setiap tahun, pastinya
kita akan mendengar laungan “Merdeka! Merdeka!
Merdeka!”semasa Malaysia diisyhtiharkan sebagai sebuah
negara merdeka dari penjajahan British. Istimewa untuk
mengingati semula perjuangan dan sumbangan beliau kepada
tanah air tercinta, hari ini saya akan kongsikan biodata dan
sejarah Tunku Abdul Rahman untuk merdeka.
5
Latar belakang
Menurut catatan sejarah, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Star, Kedah. Anak
kelahiran Kedah ini merupakan putera kepada Sultan Abdul
Hamid Halimshah iaitu Sultan Kedah yang ke-24 dan bonda
beliau bernama Nearng atau lebih dikenali sebagai Makche
Menjalara iaitu seorang wanita cantik berketurunan Thailand.
Beliau adalah putera ke-20 bagi pasangan diraja tersebut.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di Alor
Star dan Sekolah Inggeris sebelum di hantar ke Bangkok dan
dimasukkan ke Sekolah Debsurin. Tidak lama kemudian beliau
pulang ke Kedah dan menyambung pelajaran di sekolah
Melayu sebelum memasuki Penang Free School. Akhirnya
6
beliau dihantar untuk melanjutakan pelajaran ke St. Catherine’s
College, Universiti Cambridge, England.
Tunku Abdul Rahman merupakan anak melayu pertama yang
memasuki universiti inggeris dan mendapat Ijazah Sarjana
Muda Undang-undang dan Sejarah dari Universiti Cambridge.
Pada tahun 1933, beliau berkahwin dengan Meriam, seorang
gadis cina yang memeluk agama islam. Mereka dikurniakan
dua orang anak iaitu Tunku Khadijah dan Tunku Nerang.
Tunku memulakan kerjayanya sebagai Penolong Pegawai
Daerah dan kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Pegawai
Daerah di beberapa Daerah di Kedah termasuk Kuala Nerang
dan Pulau Langkawi. Semasa bertugas di Kuala Nerang,
daerah tersebut mengalami wabak demam malaria dan
isterinya meninggal dunia akibat demam malaria di sana.
Kemudian Tunku Abdul Rahman berkahwin dengan Sharifah
Rodziah Binti Syed Alwi Barakhah dan perkahwinan ini kekal
sehingga ke akhir hayat beliau.
7
Menerajui kepimpinan umno
Setelah tamat perang dunia kedua, Tunku Abdul Rahman
menyertai politik menentang Malayan Union dan
membangkitkan kesedaran kemerdekaan di kalangan rakyat
Tanah Melayu. Bersama pemimpin UMNO, beliau berusaha
mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Beliau
berpindah ke Kuala Lumpur untuk menjadi Timbalan Pendakwa
Raya di bawah Jabatan Undang-Undang Persekutuan dan
kemudiannya menjadi Presiden Session Court. Setelah Dato
On Jaafar meletak jawatan, Tunku Abdul Rahman dilantuk
sebagai Dipertua UMNO yang ke-2.
Sumbangan pertama beliau ialah untuk memupuk kerjasama
di antara kaum dan dalam masa yang sama menjaga keutuhan
bangsa Melayu seperti hak-hak istimewa bagi orang-orang
8
Melayu, penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan dan asas dasar pelajaran kebangsaan dan Islam
sebagai agama rasmi. UMNO berkerjasama dengan MCA dan
MIC dan membentuk konsensus dalam Perikatan dan
pemimpin-pemimpin Perikatan mengadakan rombongan
pertama Perikatan ke London pada tahun 1954 tetapi tidak
beroleh kejayaan.
Pada Julai tahun 1955, pilihanraya umum pertama diadakan
di Malaysia dan Perikatan mencapai kejayaan cemerlang
dengan mendapat 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi.
Dengan majoriti yang diperolehi, Perikatan melakukan
rombongan kali ke dua ke London dan ia diketuai oleh Tunku
Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri dan Menteri Dalam
Negeri. Dalam rombongan ini Tunku Abdul Rahman berusaha
untuk menamatkan keganasan komunis secara damai.
Pada 9 September 1955, Tunku Abdul Rahman
mengisytiharkan pengampunan bagi komunis yang menyerah
diri. Rundingan Baling telah diadakan pada 28 hingga 29
Disember 1955 di antara Parti Komunis Tanah Melayu dengan
kerajaan. Parti Komunis Tanah Melayu telah diwakili oleh Chin
Peng, Chin Tien dan Rashid Maidin sementara Kerajaan pula
diwakili oleh Tunku Abdul Rahman danTun Tan Cheng Lock.
Namun rundingan ini gagal apabila Chin Peng menolak
cadangan Tunku agar komunis meletakkan senjata tanpa
9
syarat. Tunku Abdul Rahman berjaya mengalahkan komunis
lima tahun kemudian.
Pada tahun 1956, Tunku mengetuai rombongan ke London
untuk berbincang dengan Kerajaan British mengenai
Kemerdekaan Tanah Melayu. Kali ini beliau membawa empat
orang wakil Raja-raja Melayu dan empat orang wakil Parti
Perikatan. Akhirnya beliau berjaya mendapatkan kemerdekaan
bagi Tanah Melayu dan tarikh Kemerdekaan ditetapkan pada
31 Ogos 1957.
Akhirnya pada 30 Ogos 1957, tepat pukul 12 tengah malam
bendera Tanah Melayu pun dinaikkan bagi menggantikan
bendera Union Jack. Keesokan harinya di Stadium Merdeka,
Tunku membaca Pengisytiharaan Kemerdekaan
dan kedengaran pekikan “Merdeka!” sebanyak tiga kali oleh
Tunku Abdul Rahman. Setelah kemerdekaan, Tunku Abdul
Rahman menjadi Perdana Menteri yang pertama.
10
Di antara usaha pertama beliau sebagai Perdana Menteri
ialah untuk menyatu-padukan rakyat dan meningkatkan
kemajuan ekonomi. Tunku Abdul Rahman memperkenalkan
Rancangan Malaya yang pertama pada tahun 1956 dengan
fokus untuk membangunkan Tanah Malaya. Pada tahun 1960,
darurat selama 12 bulan diisytiharkan tamat apabila komunis
berjaya dihentikan.
11
RUJUKAN
1. BUKU TEKS SEJARAH TAHUN 6
2. https://ilabur.com/biodata-tunku-abdul-rahman/
3. https://umno-online.my/presiden/tunku/
4. http://pelajarpolitekniknilai.blogspot.com/2014/09/tunku-
abdul-rahman.html
12
KESIMPULAN
Saya Vasan Naidu a/l Muraaly memilih Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj (Perdana Menteri pertama) sebagai tokoh pilihan saya kerana
saya berasa amat bangga dan kagum atas jasa dan sumbangan
beliau sebagai “BAPA KEMERDEKAAN”.
13