The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adibah hanani, 2023-11-12 19:44:42

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN9 Lambang perpaduan bangsa merdeka MPU21032


AHLI KUMPULAN TAJUK 4 PENSYARAH PUAN ENDON BT CHE MAT NUR AMANINA BT SUHAIMI 34DBF23F1004 NOOR HIDAYAH BT YAAKUB 34DBF23F1012 NIK ADIBAH HANANI BT NIK RASHIDI 34DBF23F1015 NUR BALQIS LIYANA BT MOHD JAMALUDDIN 34DBF23F1011 01


isi kandungan 01 Pengenalan MAKsud kesetiaan kepada 03 raja dan negara 04 02Hubungan antara rakyat dengan Raja 05 Kepentingan kesetiaan kepada Raja dan negara 06 Cara menunjukkan kesetiaan kepada Raja dan negara 07 PANTUN 4 Kerat 08 Pengajaran 09 Rumusan 10 Sumber rujukan


Apa itu kesetiaan kepada raja dan negara? Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, RajaRaja dan Yang Dipertuan Negeri Kesetiaan kepada Raja dan Negara juga bukan sahaja bermaksud menunjukkan sokongan kepada institusi diraja, tetapi juga mempunyai implikasi penting dalam menjaga keharmonian dan kestabilan negara. Kita perlu menghargai perbezaan budaya dan agama antara kaum dan memastikan bahawa hak setiap individu dilindungi. Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Bagimda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan,Sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri,dan Yang DiPertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja.Seri Paduka Baginda ,Raja-Raja Dan Yang diPertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. 03


Hubungan Antara Rakyat dengan Raja Prinsip kesetiaan kepada raja dan negara berpaksi dalam Malaysia negara yang berpayungkan institusi raja. Dalam sistem negara dan kerajaan yang memiliki raja, pemerintah dan rakyat, tidak dinafikan keperluan bagi memahami hubungan antara kedua-dua raja dan rakyat. Sungguhpun tiada ketentuan yang pasti tentang syarat menjadi “rakyat” , tetapi dari pelbagai peristiwa dan historiografi dapat dikesan beberapa perkara yang boleh dilihat sebagai syarat menjadi rakyat (Bazrul Bahaman, 2015). Ketaatsetiaan Seorang “rakyat” harus memberikan taat setia sepenuhnya kepada raja. Ia harus mengutamakan kepentingan raja lebih daripada kepentingan dirinya sendiri. Seorang rakyat kedudukannya dalam negara adalah seumpama hamba kepada raja. Ia harus memberikan segala hak miliknya apabila diminta oleh raja. Setia kepada raja mempunyai makna yang luas meliputi: 1. Taat pada semua perintah raja 2. Taat pada peraturan yang disahkan raja 3. Taat pada pembesar yang dilantik oleh raja 04


kepentingan kesetiaan kepada raja dan negara Rakyat yang mempunyai perasaan kesetiaan kepada raja dan negara akan dapat mematuhi undang-undang negara dengan sempurna. •Contohnya, Semasa zaman pemerintahan Parameswara, rakyat Melaka sangat setia dan taat kepada pemerintahnya. •Maka pada waktu itu, Melaka telah menjadi maju dan dipandang tinggi oleh negara lain. Kedaulatan Melaka sangat kukuh. •Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah ketua negara. •Perkara 44 pula menyebut bahawa Yang diPertuan Agong adalah sebahagian daripada komponen yang membentuk Parlimen di negara ini. •Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan negara menjadi unsur dan ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. 05


Cara menunjukkan kesetiaan kepada raja dan negara *Mematuhi undang undang *Sanggup menyumbang masa dan tenaga demi keamanan negara *Berusaha meningkatkan nama baik negara *Sentiasa mengambil berat tentang pentadbiran danpembangunan negara *Menghormati dan menyanjung tinggi golongan pemerintah dan pemimpin negara *Mengamalkan sikap toleransi 06


PANTUN 4 Kerat Buah berangan di dalam raga, Bunga cenkih di rumpun padi; Buat renungan tuan yang mulia, Tanda kasih setia berbakti. Buah delima dibalik daun; Buah berangan di kebun nyonya; Bismillah saya memulakan pantun; Buat renungan kita bersama. Memburu rusa di tanah tinggi, Jerat rotan dibelah dua; Untukmu Malaysia ibu pertiwin, Rela berkorban harta dan nyawa Pergi ke darat membuka sawah, Bawa bekalan di dalam raga; Kita rakyat bangsa bermaruah, Sanggup berkorban untuk negara Bubur pedas warisan bunda, Hidangan lazat warisan kami, Jujur ikhlas pendoman kita, Sepanjang hayat mencurahkan bakti. Dari bentong ke bandar Bangi, Membawa kain tanda beradat; Sungguh beruntung rakyat negeri, Dapat pemimpin berjiwa rakyat 07


pengajarAN Prinsip ini seharusnya disemai dalam diri setiap rakyat Malaysia supaya keamanan, keselamatan serta kedamaian negara kita sentiasa terpelihara.Rakyat Malaysia juga haruslah menerima dan mematuhi undang undang yang dikuatkuasakan sebagai amalan hidup Malaysia. Kesetiaan kepada raja amat penting demi mempertahankan warisan kesultanan di negeri-negeri Melayu sejak sebelum era kemerdekaan. Pada masa yang sama, kita perlu mencurahkan taat setia kita terhadap negara demi mengelakkan keganasan serta keadaan yang tidak diingini berlaku di Malaysia. 08


RUmUSan Di negara kita, Raja dan negara mempunyai ikatan yang sangat rapat.Ini adalah kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Yang Di-Pertuan Agong adalah sebahagian daripada komponen yang membentuk Parlimen di negeri ini Justeru,prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan negara menjadi unsur dan ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini.Setiap warga negara Malaysia perlu menumpukan sepenuh taat setia,jujur dan ikhlas kepada yang Di-Pertuan Agong dan negara. 09


sumber rujukan https://id.scribd.com/document/501567187/KESETI AAN-KEPADA-RAJA-DAN-NEGARA https://news.uitm.edu.my/rukun-negarakesetiaan-kepada-raja-dan-negara/ https://www.scribd.com/doc/61427652/ Kesetiaan-Kepada-Raja-Dan-Negara https://www.studocu.com/my/document/sekolahmenengah-kebangsaan-padang-midin/bahasamelayu/cara-menunjukkan-kesetiaan-kepada-raja-dannegara/63737464 https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/08/05/tr ivia-kemerdekaan-prinsip-rukun-negara-kesetiaankepada-raja-dan-negara/ https://prezi.com/yzaqowtueomz/kesetiaan-kepadanegara-adalah-benteng-kepada-sebuah-negara/ 10


Click to View FlipBook Version