The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by getzmerah, 2021-01-16 21:29:54

UNIT KURIKULUM 2021.docx

UNIT KURIKULUM 2021.docx

• KETETAPAN KURIKULUM
o LATAR BELAKANG
o OBJEKTIF
o KURIKULUM
o PENGURUSAN UNIT MATA PELAJARAN
o SUKATAN PELAJARAN, HURAIAN SUKATAN PELAJARAN,
RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN, PPPM (PBS) DAN
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
o SISTEM FAIL
o PAKEJ MATA PELAJARAN
o PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
o LATIHAN MINIMUM
o PENTAKSIRAN
o JADUAL WAKTU MENGAJAR
o PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
o PENYEDIAAN DAN PEMANTAUAN
o PERKEMBANGAN PROFESIONALISME STAF
o LAMPIRAN

• ARAHAN DAN PANDUAN PENTAKSIRAN DALAMAN UNTUK RUJUKAN
GURU
o JENIS PENTAKSIRAN
o PERANAN KETUA PANITIA
o PENYEDIA SOALAN
o GURU PENGAWAS PEPERIKSAAN
o GURU MATA PELAJARAN
o MURID

• GARIS PADUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN
MALAYSIA
o BAHAGIAN C
o BAHAGIAN D
o ARAHAN DI DEWAN / BILIK PEPERIKSAAN
o ARAHAN TENTANG KERTAS PEPERIKSAAN
o ARAHAN TENTANG KERTAS JAWAPAN DAN SKRIP JAWAPAN
o AMARAN DI DEWAN / BILIK PEPERIKSAAN
o LARANGAN DI DEWAN / BILIK PEPERIKSAAN
o PERINGATAN

• CARTA ORGANISASI
• UNIT KURIKULUM
• JABATAN KEMANUSIAAN
• JABATAN STEM
• JABATAN BAHASA

- 53 -

KETETAPAN KURIKULUM

1.0 LATAR BELAKANG

Kurikulum adalah 'Core Bussiness" bagi setiap guru dan murid-murid yang
belajar di kolej ini. Penetapan ini mengambil kira keperluan pendidikan dan status
sekolah ini yang telah ditentukan sebagai sebuah kolej harian di bawah kelolaan
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Ketetapan yang dibuat akan menjadi garis
panduan kepada perjalanan dan pengurusan kurikulum kolej ini.

1.1 OBJEKTIF

1. Ketetapan Kurikulum ini menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap
warga kolej.

2. Memantapkan pengurusan kurikulum di peringkat kolej.
3. Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik KPM, JPN Terengganu dan

Jemaah Nazir Malaysia.

1.2 KURIKULUM

1.2.1 Pengenalan

Kurikulum Kebangsaan merupakan suatu program pendidikan yang
termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua
pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan.
Tujuannya adalah untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini untuk menyampaikan pengetahuan.

1.2.2 Penyataan Ketetapan

1. Ketetapan Kurikulum kolej hendaklah sepanjang masa selari dengan
dasar pendidikan kebangsaan.

2. Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian
Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan
Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu.

3. Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan
dan kurikulum semasa.

4. Pada setiap masa , program akademik mestilah diutamakan . Ini
bermakna sekiranya program akademik bertembung dengan program
lain, laluan mestilah diberikan kepada program akademik .

- 54 -

1.2.3 JAWATANKUASA KURIKULUM KOLEJ

1.2.3.1 Penyataan Ketetapan

a. Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dilaksanakan
sekurang-kurangnya empat kali setahun bagi membincangkan
pengurusan dan pelaksanaan , masalah dan isu kurikulum di
kolej .

b. Pengurusan mesyuarat mestilah mematuhi prosedur Sistem
Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 : 2008

c. Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat adalah
berdasarkan agenda yang dicadangkan seperti yang
digariskan di dalam Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti Jabatan
Pendidikan Terengganu ataupun berdasarkan SKPMg2.

d. Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan di
dalam mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah
dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya di dalam
mesyuarat panitia dan maklum balas yang sewajarnya mestilah
disampaikan kepada setiausaha Jawatankuasa .

e. Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan
penilaian impak terhadap pelaksanaan kurikulum di dalam
semua mata-mata pelajaran dan Ketua Unit matapelajaran
dipertanggungjawabkan sepenuhnya .

f. Pengurusan kurikulum adalah salah satu daripada lapan (8)
elemen National Key Result Area (NKRA) atau Bidang
Keberhasilan Utama Negara bagi keberkesanan pengurusan
kolej . Sehubungan itu setiap guru mestilah menyediakan
Sasaran Kerja Tahunan (SKT) iaitu perlu merangka aktiviti/projek,
KPI dan sasaran kerja di awal tahun. Pelaporan akan dibentang
dan disemak dua kali setahun (bulan Jun dan November) untuk
melihat ’outcome’ pencapaian akademik.

1.2.3.2 Jawatankuasa Kurikulum melibatkan personel berikut:

Pengerusi : Pengetua
Naib Pengerusi I : PK Pentadbiran
: PK HEM
Naib Pengerusi II : PK Kokurikulum
: Ketua Jabatan Bahasa
Setiausaha : Ketua Jabatan Stem
AJK : Ketua Jabatan Kemanusiaan
: Semua Ketua Unit

Guru Perpustakaan dan Media
SU Peperiksaan
Penyelaras Jadual Waktu
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Penyelaras Tingkatan
Penyelaras eRPH

- 55 -

1.2.3.3 Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum

1.2.3.3.1 Agenda yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat
kurikulum melibatkan perkara-perkara yang berikut
berdasarkan format mesyuarat yang dikeluarkan oleh
Unit Penjaminan Kualiti JPNT dan PKPA Bil.2/1991:

a. Perutusan Pengerusi
b. Pengesahan minit mesyuarat
c. Perkara berbangkit
d. Perkara-perkara baharu:

i. Pembelajaran dan pengajaran:
• Kaedah PdP
• SP, HSP, RPT dan PPPM (PBS)
• Pencerapan
• Semakan buku latihan

ii. Penilaian , Peperiksaan dan Pentaksiran
• Analisis Peperiksaan Semester 1,
Semester 2 dan Semester 3 serta
peperiksaan dalaman
• Post Mortem Peperiksaan Semester 1,
Semester 2 dan Semester 3 serta
peperiksaan dalaman

iii. Headcount
iv. Belanjawan
v. Perancangan program, projek dan

aktiviti kurikulum
vi. Dapatan dan Laporan Dialog prestasi
vii. Dasar-dasar KPM - wajib dijalankan
viii.

1.2.3.3.2 Semua agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat
jawatankuasa kurikulum hendaklah dibincangkan
semula dalam mesyuarat panitia.

1.3 PENGURUSAN UNIT MATA PELAJARAN

1.3.1 Penyataan Ketetapan

a. Pengurusan unit mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling
Iktisas Bil 4 / 1986.

b. Pengurusan unit mata-mata pelajaran juga mestilah mematuhi Sistem
Pengurusan Kualiti SPK ISO MS 9001/2008.

c. Kejayaan murid dalam mata-mata pelajaran, prestasi peperiksaan awam ,
motivasi dan bakat adalah berkait rapat dengan keberkesanan
pengajaran guru di dalam kelas. Oleh itu unit mata-mata pelajaran

- 56 -

hendaklah berfungsi dan digunakan dengan optimum untuk saling
bekerjasama, saling membantu , berkongsi fikiran, pengalaman dan
kepakaran untuk memperbaiki kecekapan dan kekesanan pengajaran.

d. Semua perancangan dan tindakan unit mestilah sentiasa merujuk kepada
TOV dan ETR dalam pengurusan prestasi mata pelajaran dalam unit.

e. Semua unit mata pelajaran mestilah berusaha mendapatkan dan
mengamalkan strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta
menggerakkan kecenderongan para pelajar terhadap pembelajaran.

f. Pengurusan unit secara on line atau web based mestilah menjadi
keutamaan dan oleh itu laman web unit mestilah dibangunkan dan sentiasa
dikemas kini supaya guru dan murid boleh sentiasa merujuk.

g. Semua mesyuarat unit akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas
mesyuarat kurikulum dan mesyuarat unit ini mestilah dihadiri oleh pentadbir.
Satu salinan minit mesyuarat unit hendaklah disampaikan kepada
pengetua melalui SU Kurikulum.

h. Setiausaha unit hendaklah menyelenggara fail tegak (folder) unit dan
semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang
berkaitan dengan diselia oleh ketua unit.

i. Ketua unit bertanggung jawab memantau Fail Induk di pejabat sekolah.

j. Ketua unit bertanggungjawab memastikan pengurusan Bantuan Per Kapita
(PCG) panitia diurus dengan berkesan dan sentiasa mengutamakan
pembelian bahan bantu mengajar (BBM) untuk aktiviti pembelajaran
pelajar supaya tidak berlaku audit berteguran.

k. Unit yang mempunyai ahli kurang daripada 3 tidak perlu mengadakan
mesyuarat unit tetapi ahlinya wajib menghadiri mesyuarat JKS mengikut
bidang masing-masing seperti yang ditetapkan oleh PKP dan kehadiran
mereka serta perkara yang dibincangkan mengenai unit mereka perlu
diminitkan bersama-sama dengan minit mesyuarat yang telah dihadirinya.

1.4 SUKATAN PELAJARAN , HURAIAN SUKATAN PELAJARAN, RANCANGAN PELAJARAN
TAHUNAN, PPPM (PBS) DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

1.4.1 Penyataan Ketetapan

a. SP , HSP, RPT, Manual Kerja Kursus (untuk PBS) dan RPH adalah dokumen rasmi
kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk apabila merancang proses
pembelajaran dan pengajaran.

b. Guru mestilah dapat menghayati , mengenal pasti dan boleh
menterjemahkan objektif mata pelajaran yang tercatat di dalam HSP
kepada objektif pentaksiran dan juga proses pembelajaran dan pengajaran
di dalam kelas , dengan itu mahir tentang konstruk-konstruk peperiksaan
awam bagi mata pelajaran yang diajar.

- 57 -

c. Salinan keempat-empat/ kelima-lima dokumen akan disemak oleh
pengetua.

d. Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) hendaklah mengikut format
yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah
(PS) untuk PBS hendaklah direkodkan di dalam RPH.

e. Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran sebelum masuk
ke kelas . Oleh itu Rekod Rancangan Mengajar mestilah lengkap dan kemas
kini sebelum PdP mengikut SPK MS ISO 9001:2008 PK06.

1.4.1 Penyelarasan Format Penulisan Rancangan Pelajaran Harian
Format Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) hendaklah selaras bagi
semua warga kolej dan disesuaikan mengikut mata pelajaran masing-masing.

1.5 SISTEM FAIL
1.5.1 Penyataan Ketetapan
a. Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha Kurikulum.
b. Semua fail unit diletakkan di bilik yang sesuai dan mudah diakses di bawah
Setiausaha Kurikulum.

- 58 -

1.6 PAKEJ MATA PELAJARAN

1.6.1 Penyataan Ketetapan
A) Aliran Kemanusiaan

PAKEJ SUBJEK 1 SUBJEK 2 SUBJEK 3 SUBJEK 4 SUBJEK 5 KELAS

1 Pengajian (UMT /
Am UNISZA)

2 Pengajian Muet Bahasa Geografi Ekonomi 2, 3, 4, 5
Am Melayu

3 Pengajian Muet Bahasa Geografi Sains 10
Am Melayu Sukan

4 Pengajian Muet Bahasa Geografi Sejarah 6,7,8,9
Am Melayu

Muet Bahasa Geografi Seni 11,12
Melayu Visual

JUMLAH

B) Aliran Sains

PAKEJ SUBJEK 1 SUBJEK 2 SUBJEK 3 SUBJEK 4 SUBJEK 5 SUBJEK 6

1 Pengajian Muet Matematik Kimia Fizik Ekonomi
Am T

JUMLAH

- 59 -

1.7 PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Penyataan Ketetapan

1.7.1 Menyediakan kemudahan Pembelajaran dan pengajaran yang cukup
dan berkualiti selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi ( TMK ) atau (ICT)

1.7.2 Menekankan kemahiran mengaplikasi ICT bagi menghasilkan pelajar yang
berkemahiran dalam ICT . Oleh itu penggunaan peralatan ICT menjadi
keutamaan di dalam menyokong Pembelajaran dan pengajaran di dalam
bilik darjah .

1.7.3 Pembelajaran berasaskan e-learning dengan menggunakan teknologi
multimedia interaktif dan pembelajaran berasaskan laman sesawang (
MOODLE-modular object – oriented dynamic learning environment)
digalakkan.

1.7.4 Pelbagai kaedah Pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan untuk
menarik minat dan seterusnya meningkatkan penguasaan murid dalam
pembelajaran.

1.7.5 Memastikan penguasaan ’basic fact and information’ dalam setiap topik
dikuasai oleh pelajar dengan menggunakan teknik-teknik mengingat yang
kreatif (i-Think) supaya tidak membebankan dan membosankan pelajar
untuk belajar sebelum beredar ke topik selanjutnya .

1.7.6 Meningkatkan penguasaan dan penekanan kepada kemahiran generik
,kemahiran berfikir kritis dan kreatif serta KBAT semasa proses Pembelajaran
dan pengajaran ( Amalan kepada Slogan Q - Quality Teaching Quality
Learning )

1.7.7 Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik ( spt
pendekatan masteri, pendekatan penilaian kendiri menggunakan graf
prestasi dan pembelajaran contextual) di dalam proses pembelajaran dan
pengajaran bagi meningkatkan ketrampilan guru dan seterusnya
ketrampilan murid dan pada masa yang sama meningkatkan prestasi
pencapaian peperiksaan awam . Ini adalah kerana pengajaran yang
berkualiti akan menghasilkan pembelajaran yang berkualiti .

1.7.8 Penggunaan kumpulan pembelajaran koperatif, ’cooperative learning
structures’ dan ‘workshops’ mestilah diperluaskan dalam kalangan guru
dan murid dengan itu kerjasama antara murid dan guru dapat dipertingkat
seterusnya tanggungjawab untuk belajar dapat dipindahkan kepada
pelajar.

1.7.9 Guru mata pelajaran dan pentadbir perlu membuat penilaian impak bagi
mengenal pasti proses keberkesanannya berdasarkan 12 elemen dalam
standard4 (SKPMg2).

1.7.10 Proses Pembelajaran dan pengajaran yang berkesan mestilah
menggabungkan ’content skill , language skill, ICT skill & pedagogy skill’ .

- 60 -

Oleh itu setiap orang guru mestilah berusaha meningkatkan keterampilan
diri dengan meningkatkan kemahiran-kemahiran di atas secara berterusan

1.7.11 Guru mata pelajaran , ketua Unit Mata Pelajaran mestilah sentiasa
memantau prestasi pencapaian mata pelajaran setiap orang pelajar
seperti yang telah ditetapkan oleh sekolah dan berusaha membuat
tindakan susulan untuk mencapai sasaran tersebut . Oleh itu pengurusan
’Headcount Mata pelajaran’, GROW dan Graf Prestasi mestilah menjadi
amalan dan kelaziman bagi setiap orang guru.

1.7.12 PdP di luar bilik darjah adalah digalakkan mengikut kesesuaian.

1.7.13 Proses PdP di dalam kelas juga mesti memantapkan budaya membaca,
belajar cara belajar, penggunaan pelbagai sumber pendidikan dan
penerapan budaya cintakan ilmu .

1.7.14 Guru digalakkan menggunakan teknik penyoalan KBAT.

1.7.15 Ketua Unit mestilah menetapkan Peraturan Penggunaan Bilik Khas selaras
dengan program 3K supaya dapat digunakan secara optimum.

1.7.16 Murid boleh menilai PdP guru untuk membantu kolej meningkatkan kualiti
PdP sebagaimana yang disarankan oleh SPSK MS ISO 9001:2008 PK/13
(Pengurusan Maklum balas Pelanggan).

1.7.17 Program Guru Muda membantu kolej meningkatkan prestasi pelajar
dengan mengadakan bimbingan rakan sebaya.

1.8 LATIHAN MINIMUM

1.8.1 Penyataan Ketetapan

1.8.1.1 Latihan pelajar adalah penting bagi memastikan pengukuhan
konsep dan proses pengkayaan dalam topik-topik yang diajar.

1.8.1.2 Jumlah latihan minimum mata pelajaran mengikut bidang
hendaklah diputuskan dan diterima di dalam mesyuarat unit
berdasarkan keperluan di dalam sukatan pelajaran mata pelajaran
masing-masing.

1.8.1.3 Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah,
sederhana, dan tinggi.

- 61 -

1.9 PENTAKSIRAN

1.9.1 Penyataan Ketetapan

1.9.1.1 Semua urusan pentaksiran yang dijalankan menepati prinsip
kesamarataan ekuiti murid dalam pendidikan

1.9.1.2 Sistem Peperiksaan Kebangsaan hendaklah dilaksanakan
berlandaskan pentaksiran berpusat.

1.9.1.3 Pentaksiran sekolah ataupun peperiksaan dalaman dilaksanakan
berdasarkan prosedur dan mekanisme yang telah ditetapkan.

1.9.1.4 Jawatankuasa ’Headcount Sekolah’ dipertanggungjawabkan
untuk menguruskan semua data yang berkaitan dengan
peperiksaan dengan mengkaji ’take off value’ dan meletakkan ’ETR’
bagi peperiksaan awam.

1.9.1.5 Guru mata pelajaran bertanggungjawab menyerahkan markah
peperiksaan dalaman kepada setiausaha peperiksaan.

1.10 JADUAL WAKTU MENGAJAR

1.10.1 Penyataan Ketetapan

1.10.1.1 Jumlah waktu mengajar setiap mata pelajaran adalah mengikut
ketetapan Akta Pendidikan 1996 .

1.10.1.2 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut
keperluan kolej dengan persetujuan mesyuarat kurikulum

1.10.1.3 Jumlah waktu pengajaran hendaklah mematuhi SPI bil10/1995.

1.10.1.4 Jadual Waktu penggunaan Bilik-Bilik khas mestilah disediakan
oleh guru penyelaras bilik khas . Satu salinan jadual yang lengkap
hendaklah diserahkan kepada pentadbirkolej .

1.10.1.5 Pusat Sumber Kolej hendaklah dimanfaatkan untuk menyokong
proses PdPc.

- 62 -

Hari Ahad
7.40 – 8.00 Bacaan Al-Quran dan Solat Dhuha
8.00 – 8.30 Perhimpunan
8.30 – 1.30 Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc) + Rehat (30 Minit)
1.30 – 2.00 Solat Zohor
2.00 – 3.00 Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc)

Hari Isnin
7.40 – 8.00 Bacaan Al-Quran dan Solat Dhuha
8.30 – 1.30 Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc) + Rehat (30 Minit)
1.30 – 2.00 Solat Zohor
2.00 – 3.00 Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc)

Hari Selasa
7.40 – 8.00 Bacaan Al-Quran dan Solat Dhuha
8.00 – 2.00 Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc) + Rehat (30 Minit)
2.00 – 2.30 Solat Zohor + Rehat
2.30 – 3.30 Kokurikulum

Hari Rabu
7.40 – 8.00 Bacaan Al-Quran dan Solat Dhuha
8.00 – 1.30 Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc) + Rehat (30 Minit)
1.30 – 2.00 Solat Zohor
2.00 – 3.00 Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc)
2.00 – 3.30 Kokurikulum

Hari Khamis
7.40 – 8.00 Bacaan Al-Quran dan Solat Dhuha
8.00 – 1.00 Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc) + Rehat (30 Minit)
1.00 – 1.30 Penyelidikan & Pembangunan (R&D)
1.30 – 2.00 Solat Zohor
2.00 – 3.00 Penyelidikan & Pembangunan (R&D) (Sambungan)

- 63 -

1.11 PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

1.11.1 Penyataan Ketetapan

1.11.1.1 Semua program kecemerlangan akademik yang dirancang
1.11.1.2 oleh JKKS hendaklah berdasarkan kepada 6 aspirasi murid
1.11.1.3 yang terdapat dalam PPPM.
1.11.1.4
Program kecemerlangan akademik yang dirancang
hendaklah relevan dengan isu dan permasalahan murid yang
telah dikenal pasti (Menggunakan Headcount, GROW, SpeeD-
uP)

Jawatankuasa atau pengurus program dikehendaki
menyediakan kertas cadangan yang relevan dan membuat
pelaporan pelaksanaan dan impak program kepada
Jawatankuasa .

Penglibatan Unit HEM, Unit Kokurikulum dan Unit Bimbingan dan
Kaunseling adalah wajib bagi penyelarasan program
kecemerlangan akademik.

1.12 PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN

1.12.1 Penyataan Ketetapan

1.12.1.1 Setiap guru akan dicerap sekurang-kurangnya sekali setahun
menggunakan instrumen Standard 4 SKPMg2 kecuali guru yang
perlu diberi pencerapan susulan.

1.12.1.2 Jawatankuasa Penyeliaan dan Pemantauan hendaklah
menyediakan jadual pencerapan melibatkan barisan pentadbir,
ketua unit dan rakan sejawat.

1.12.1.3 Pencerapan hendaklah dilakukan secara profesional dan memberi
bimbingan secara individu untuk penambahbaikkan.

1.12.1.4 Pengurusan unit dan program/dokumen berkaitan perlu dipantau
oleh pentadbir dari semasa ke semasa.

1.12.1.5 Mekanisma dan proses kerja penyeliaan buku kerja, modul , buku
latihan dan hasil kerja murid ditetapkan oleh Jawatankuasa dan
rekod penyeliaan hendaklah dilengkapkan.

1.12.1.6 Jawatankuasa Penyeliaan dan pemantauan perlu membuat

laporan lengkap pada pertengahan dan akhir tahun untuk

dibincangkan dalam Mesyuarat kurikulum Sekolah dan mesyuarat

unit untuk tindakan penambahbaikan.

- 64 -

1.13 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME STAF

1.13.1 Penyataan Ketetapan

1.13.1.1 Semua guru ataupun staf sokongan digalakkan berusaha sentiasa
memajukan dan meningkatkan profesionalisme bagi memupuk
budaya kerja cemerlang .

1.13.1.2 Semua guru yang menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh
bahagian-bahagian KPM perlu menyediakan minit curai untuk
tindakan seterusnya. Guru yang telah menghadiri kursus hendaklah
mengadakan kursus dalaman atau sekurang-kurangnya memberi
taklimat mengikut keperluan.

1.13.1.3 Semua guru hendaklah menghadiri 7 hari latihan dalam
perkhidmatan (LADAP) dalam setahun.

- 65 -

LAMPIRAN 1

PENYELARASAN FORMAT eRPH

KOLEJ TINGKATAN ENAM HULU TERENGGANU (HUTECS), 21700
KUALA BERANG, TERENGGANU

Convert Ejawi TARIKH 04-10- HARI AHAD MINGGU 38 DISAHKAN TIADA
Melayu 2020 OLEH

KELAS/ CLASS : MASA 8 SUBJEK SEJARAH
1 6ATAS 11.3
TINGKATAN 6
HINGGA

SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA
TEMA/BIDANG

TAJUK 1 TAJUK 2 TAJUK 3

STANDARD TEMA 1 : MASYARAKAT

KANDUNGAN

1.2 : Undang-Undang 99

STANDARD Perak

PEMBELAJARAN

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:
PEMBELAJARAN

Menghuraikan isi kandungan 99 Perak secara lisan

Soal jawab pelajaran lepas

AKTIVITI Perbincangan isi dan mencari maklumat untuk huraian isi

Menulis nota

EMK:

NILAI-NILAI BBM/ABM/BBB KEMAHIRAN TEKNIK PAK21
MURNI BERFIKIR

Menghargai Komputer,LCD,DVD,buku Mengenal Rally Table
Masa, teks,buku latihan,alat tulis pasti idea
utama, idea
sokongan
dan butir-
butir
terperinci

PENILAIAN/ Penilaian dan pentaksiran untuk standard pembelajaran di atas telah dilakukan

PENTAKSIRAN kepada semua pelajar dengan memberikan:

- 66 -

Bertulis Karangan Lisan Soal jawab Pemerhatian
10 daripada 16
REFLEKSI & Menghuraikan isi kandungan 99 Perak secara lisan
IMPAK

PEMULIHAN 6 daripada 16 Bimbingan klinikal
PENGAYAAN 10 daripada 16 Self-learning access

.LAMPIRAN 2
Hutecs PK 01/1

SENARAI KANDUNGAN FAIL PANITIA MATA PELAJARAN

- 67 -

PANITIA : ………………………………………………………

BIL JENIS FAIL PERKARA KANDUNGAN FAIL
i. Surat-surat perhubungan
1 Fail putih / fail terbuka Fail transaksi (ditulis
luar / dalaman
(AM 435-Pin.1/80) nama Unit ii. Surat-surat lampiran
matapelajaran iii. Surat panggilan

Contoh : No. Fail : 600- mesyuarat
4/1/2
i. Minit mesyuarat unit
Unit Bahasa Melayu ii. Kedatangan mesyuarat

<taip nama sekolah> i. Sukatan pelajaran
ii. Huraian sukatan pelajaran
2 Fail kulit keras / doket iii. Rancangan pelajaran

2.1 mesyuarat Unit tahunan
iv. Senarai bahan bantu
Catatan :
pengajar dan
Kandungan fail kedudukannya
mengandungi v. Senarai rujukan
dokumen-dokumen i. Perancangan strategic
sokongan yang boleh (pelan strategik, pelan
disimpan dalam fail taktikal dan pelan operasi)
keras yang sama ii. Laporan-laporan program
dengan pembahagi iii. Program perkembangan
(separator) staf
iv. Kajian tindakan
2.2 sukatan pelajaran i. Jadual peperiksaan
ii. Jadual penyedia soalan
2.3 program iii. Analisis peperiksaan
kecemerlangan sekolah dan peperiksaan
awam
2.4 peperiksaan iv. Analisis headcount (TOV
dan percubaan)
v. Post-mortem / audit
akademik

- 68 -

2.5 penyeliaan / i. Jadual penyeliaan
pencerapan ii. Birang penyeliaan
2.6 penyemakan buku
latihan murid i. Jadual semakan
2.7 koleksi soalan ii. Boring penyemakan
ujian/peperiksaan
i. Soalan-soalan
2.8 maklumat guru peperiksaan sekolah

ii. Soalan-soalan setara
daerah / negeri

iii. Soalan-soalan
peperiksaan awam

i. Jadual waktu
persendirian

ii. Maklumat asas, akademik
dan ikhtisas guru

* catatan : bilangan folder bergantung kepada keperluan sekolah

Folder tambahan :

BIL JENIS FAIL PERKARA KANDUNGAN FAIL

2.0 ARAHAN DAN PANDUAN PENTAKSIRAN DALAMAN UNTUK RUJUKAN GURU
2.1 JENIS PENTAKSIRAN

- 69 -

Kerja Kursus

2.2 PERANAN KETUA PANITIA

2.2.1 Menyenaraikan penyedia soalan bagi setiap ujian dan peperiksaan

untuk sepanjang tahun. Satu Salinan hendaklah diserahkan kepada

Setiausaha Peperiksaan Dalaman.

2.2.2 Sebarang perubahan penyedia soalan hendaklah dimaklumkan
kepada Setiausaha Peperiksaan.

2.2.3 Laporkan kepada Setiausaha Peperiksaan sekiranya terdapat guru
yang tidak menyiapkan soalan mengikut tarikh yang ditetapkan.

2.2.4 Menyerahkan bungkusan jawapan kepada guru yang cuti
bersalin/sakit berpanjangan untuk disemak (atas budi bicara pentadbir
sekolah).

2.2.5 Menyemak kertas soalan dari aspek ejaan, format soalan, kandungan
soalan menepati HSP dan tempoh masa yang betul.

2.2.6 Menyerahkan kertas soalan kepada Ketua Unit untuk pengesahan.

2.3 PENYEDIA SOALAN

2.3.1 Soalan hendaklah disediakan mengikut tarikh akhir penghantaran
seperti yang telah ditetapkan. Sebaik-baiknya, soalan disediakan lebih
awal dari tarikh akhir yang telah ditetapkan.

- 70 -

2.3.2 Format muka depan bagi peperiksaan adalah seperti di bawah:

KOLEJ TINGKATAN ENAM HULU TERENGGANU

PEPERIKSAAN : __________________________________
MATA PELAJARAN : __________________________________
MASA : __________________________________

NAMA GURU PENGAWAS : ______________________________________

GURU MATAPELAJARAN : ______________________________________

KELAS : ______________________________________

BIL. PELAJAR HADIR : ______________________________________

2.3.3 Format muka depan bagi peperiksaan OTI dan percubaan adalah
2.3.4 mengikut format peperiksaan sebenar STPM.

2.3.5 Soalan hendaklah disemak oleh guru mata pelajaran yang mengajar
di matapelajaran berkenaan. Semak soalan yang disediakan
dengan teliti untuk mengelakkan kesilapan semasa peperiksaan.

Soalan yang telah disemak hendaklah disahkan oleh pihak KU/PK.

2.3.6 Menyediakan skema pemarkahan yang lengkap untuk guru-guru
yang lain dan menyerahkan kepada guru pemeriksa sebaik sahaja
peperiksaan tamat.

2.3.7 Mengisi Borang Pesanan Cetakan dan serahkan borang cetakan
berserta soalan kepada PK Pentadbiran untuk semakan dan cetakan.

2.3.8 uruskan kertas soalan dengan teliti untuk memastikan kertas soalan
yang dibungkus adalah betul dan bilangan soalan mencukupi.

2.3.9 Mengisi Lampiran Peperiksaan seperti di bawah dan menyerahkan
bungkusan soalan kepada Setiausaha Peperiksaan untuk disimpan
sehingga hari peperiksaan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

2.3.10 Guru Penyedia soalan perlu meronda kelas selepas 10 minit
peperiksaan berjalan untuk memastikan kertas soalan mencukupi.

2.4 GURU PENGAWAS PEPERIKSAAN

2.4.1 Guru pengawas hendaklah berada di kelas mengikut jadual waktu
PdP masing-masing, bukan mengikut waktu peperiksaan dimulakan.
Guru pengawas hendaklah berada di kelas walaupun waktu

- 71 -

peperiksaan masih lambat untuk dimulakan. Mulakan peperiksaan
tepat pada waktunya dan memastikan kelas bersih sebelum
peperiksaan dimulakan.

2.4.2 Memastikan murid-murid tidak membawa bekas pensel, beg, buku
atau nota ke dalam bilik peperiksaan semasa peperiksaan dijalankan.

2.4.3 Guru-guru tidak dibenarkan membaca, menggunakan telefon bimbit
atau membuat kerja-kerja bertulis semasa mengawasi peperiksaan
bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar dan tiada
penyelewengan.

2.4.4 Melaporkan sebarang masalah disiplin atau kes peniruan kepada
Setiausaha Peperiksaan dan guru mata pelajaran terlibat.

2.4.5 Mengisikan bilangan calon yang hadir dan nama calon yang tidak
hadir pada Lampiran Peperiksaan.

2.4.6 Serahkan sendiri kertas jawapan kepada Guru Matapelajaran. Tidak
dibenarkan menyuruh murid menyerahkan kertas jawapan kepada
guru pemeriksa atau ke Bilik Peperiksaan.

2.5 GURU MATA PELAJARAN

2.5.1 Sila semak kertas jawapan murid dalam tempoh yang ditetapkan.
2.5.2 Mengisi eRPH (item 15) mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

2.6 MURID

2.6.1 Semua murid wajib hadir dalam setiap peperiksaan yang dijalankan.
Murid yang tidak hadir sewaktu peperiksaan dijalankan tidak
2.6.2 dibenarkan menduduki peperiksaan bagi kertas yang berkenaan
kecuali ketidakhadiran kerana menghadiri aktiviti kolej.
2.6.3
2.6.4 Murid yang didapati melakukan penyelewengan sewaktu
peperiksaan akan menyebabkan markah kosong (0) diberi bagi kertas
yang diseleweng. Tindakan disiplin akan dikenakan kepada murid
yang terlibat mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Murid yang tidak hadir bagi mana-mana kertas dianggap tidak hadir
untuk mata pelajaran tersebut

Sebarang perubahan tentang perkara (3) tertakluk kepada keputusan
yang dirancangkan semasa Mesyuarat Pengurusan kolej.

- 72 -

3.0 GARIS PANDUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

3.1 BAHAGIAN C
KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN – ARAHAN AM

Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah:

3.1.1 Memastikan semua Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan
dimaklumkan kepada calon.

3.1.2 Mencatatkan di papan tulis dan memaklumkan kepada calon
butiran kod kertas, nama kertas, waktu, masa peperiksaan dan errata
(jika ada) bagi kertas peperiksaan.

3.1.3 Membenarkan kalkulator dibawa masuk ke dewan/bilik peperiksaan.

3.1.4 Mengedarkan kertas peperiksaan mengikut tarikh dan waktu yang
tercatat dalam Jadual Waktu

3.1.5 Mengedarkan kertas peperiksaan dengan muka hadapan kertas
peperiksaan di sebelah atas.

3.1.6 Mengarahkan calon supaya menyemak butiran kod kertas, nama
kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan kertas
peperiksaan bagi memastikan calon mendapat kertas peperiksaan
yang betul.

3.1.7 Memastikan calon mengemukakan dokumen sokongan seperti surat
perakuan doktor sebagai bukti calon tidak dapat menduduki mana-
mana kertas peperiksaan.

3.1.8 Memastikan bilangan skrip jawapan peperiksaan yang dikumpul dan
dicatat pada Borang Penyerahan dan penerimaan Skrip Jawapan.

3.2 BAHAGIAN D
CALON – ARAHAN,AMARAN,LARANGAN DAN PERINGATAN

3.2.1 ARAHAN AM

- 73 -

3.2.1.1 Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata
pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki
mana-mana kertas peperiksaan bertulis akan dianggap TIDAK
HADIR bagi mata pelajaran berkenaan.

3.2.1.2 Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan
Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu

3.3 ARAHAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN

3.3.1 Calon hendaklah berada di tempat duduk di dalam dewan/bilik
peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan.

3.3.2 Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua
Pengawas Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan
dimulakan. Calon mesti mengemukakan alasan yang kukuh. Masa
gantian tidak akan diberikan.

3.4 ARAHAN TENTANG KERTAS PEPERIKSAAN

Calon hendaklah:

3.4.1 Menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan
arahan pada muka hadapan kertas peperiksaan bagi memastikan
calon mendapat kertas peperiksaan yang betul.

3.4.2 Memaklumkan kepada guru pengawas peperiksaan dengan segera
jika menerima kertas peperiksaan yang salah atau tidak lengkap.

3.4.3 Membaca dan mematuhi semua arahan pada muka hadapan dan
muka belakang (jika ada) kertas peperiksaan sebelum peperiksaan
dimulakan.

3.5 ARAHAN TENTANG KERTAS JAWAPAN DAN SKRIP PEPERIKSAAN

Calon hendaklah:

3.5.1 Menulis Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri dan
Angka Giliran dengan jelas dan betul di muka hadapan soalan
peperiksaan.

3.5.2 Menulis jawapan dengan menggunakan pena mata bola berdakwat
hitam atau biru. Pensel atau pena mata bola berdakwat selain hitam
atau biru boleh digunakan untuk melukis gambar rajah dan peta.

3.5.3 Berada di tempat duduk yang ditetapkan semasa skrip jawapan
peperiksaan dikumpul semula oleh guru.

3.6 AMARAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN

- 74 -

3.6.1 Tidak dibenarkan keluar dari dewan/bilik peperiksaan 30 minit
pertama peperiksaan dimulakan dan 10 minit terakhir sebelum
peperiksaan ditamatkan kecuali dengan kebenaran Ketua
Pengawas Peperiksaan.

3.6.2 Tidak dibenarkan membawa keluar kertas peperiksaan dari
dewan/bilik peperiksaan.

3.6.3 Tidak dibenarkan mengganggu ketenteraman di dalam atau
berhampiran dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.

3.6.4 Tidak dibenarkan memakai pakaian yang tidak sopan dan
mencolok mata.

3.6.5 Tidak dibenarkan merokok di dalam dewan/bilik peperiksaan.

3.7 LARANGAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN

Calon dilarang:

3.7.1 Membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian
atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik,
akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Ujian serta telefon bimbit, alat-
alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke
dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang
dibenarkan semasa peperiksaan.

3.7.2 Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja
tulis di dewan/bilik peperiksaan.

3.7.3 Mendedahkan kertas ujian atau/dan jawapan ujian sehingga
boleh dibaca oleh calon lain.

3.7.4 Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung
dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan
walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan
perbuatan salah laku dalam peperiksaan.

3.7.5 Menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan
dengan calon lain.

3.7.6 Menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran
daripada ketua pengawas peperiksaan.

3.7.7 Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak
calon.

3.7.8 Membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa
peperiksaan.

- 75 -

3.7.9 Membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan sama ada yang
belum atau pun yang telah digunakan keluar dari dewan/bilik
peperiksaan.

3.8 PERINGATAN

Calon yang melanggar sebarang peraturan peperiksaan dalam
Bahagian C: 7. Larangan di Dewan/Bilik Peperiksaan dianggap salah laku
dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar,
menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku
yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga
Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh
dikenakan tindakan berikut:-

i. keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu
selesainya penyiasatan ;

ii. keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan
dibatalkan;

iii. keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat
peperiksaan diisytiharkan terbatal

- 76 -

NAIB PENGERUSI PENGERUSI NAIB PENGERUSI

EN. MOHAMAD FAIZAN B KAMARI EN. RASDI BIN DERAHMAN EN. ABDUL HANAN B TAIB

NAIB PENGERUSI 1

PN. AKMA BINTI KASIM

KETUA JABATAN KETUA JABATAN KETUA JABATAN
KEMANUSIAAN STEM BAHASA

EN. WAN AHMAD AMIN BIN WAN PN. NOR ANISAH BT ABD WAHAB YM TENGKU NOOR AZIYATI BT
IDRIS TENGKU YAHYA
EKONOMI
PENGAJIAN AM BAHASA MELAYU
PN. ZAINI BT MOHD
EN. ABDUL MANAP BIN ADAM PN. SHAMSUL BAIAH BT SALLEH
SAINS SUKAN
SEJARAH MUET
EN. ZAINAL ABIDIN BIN ISMAIL
EN. BANIAMIN BIN JAFAR PN. ROSE ALIZA BT MANSOR
FIZIK
GEOGRAFI eRPH
PN. NOR ANISAH BT ABD WAHAB
PN. AMINAH BT MUDA PN. NORHAYATI BT MUSTAFFA
KIMIA
SENI VISUAL UNIT JADUAL WAKTU
PN. SHARIFAH@AZIAH BT AHMAD
PN. FAUZIAH BT ABDUL RAHMAN PN. ROSE ALIZA BT MANSOR
MATEMATIK T
KERJA KURSUS UNIT PEPERIKSAAN &
PN. WAN ZORYA BT WAN YAHYA PENILAIAN
PN. ZANARIAH BT MOHD NOR
UNIT KECEMERLANGAN CIK NORIAH BT AHMAD
GERAN BERKAPITA
MATAPELAJARAN PN. SHARIFAH@AZIAH BT AHMAD
YM TUAN MAZNAH BT TUAN MUDA
PN. SHARIZAL BT GHAZALI

KEM SEMESTER 1 KEM SEMESTER 2 KEM SEMESTER 3

EN. YUSOF BIN MAT PN. HANITASURIA BT ABDUL GHANI PN. ANIZA BT AYOB

HEAD COUNT KASTURI/CAKNA SAYANG

PN. NOR ANISAH BT ABD WAHAB PN. SHARIFAH@AZIAH BT AHMAD

- 77 -

UNIT KURIKULUM

JAWATANKUASA UNIT KURIKULUM

PENGERUSI : EN. RASDI B DERAHMAN (PENGETUA)
NAIB PENGERUSI 1 : PN. HAJAH AKMA BT KASIM (GPK PENTADBIRAN)
KETUA JABATAN KEMANUSIAAN : EN. WAN AHMAD AMIN BIN WAN IDRIS
KETUA JABATAN STEM : PN. NOR ANISAH BT ABD WAHAB
KETUA JABATAN BAHASA : YM. TENGKU NOOR AZIYATI BT TENGKU YAHYA

STANDARD KUALITI HURAIAN STANDARD EVIDENS TINDAKAN /
TUGASAN
Pelaksanaan ✓ Membuat ✓ Buku pengurusan
kurikulum diuruskan ketetapan Pn. Hjh Akma bt
secara sistematik ✓ Dokumentasi Kasim
dan terancang ✓ Mendokumenkan • Pelan strategik (PKP)
ketetapan
• Sebar luas En. Wan Ahmad
Amin b. Wan Idris
✓ Menyebar luas • Minit mesyuarat (KJ Kemanusiaan)
ketetapan
• Buku pengurusan Pn. Nor Anisah bt.
✓ Merancang Abd Wahab
latihan • Peruntukan (KJ STEM)
peningkatan kewangan
YM. Tengku Noor
✓ Melaksanakan • Penubuhan Aziyati bt. Tengku
latihan panitia Yahya
peningkatan (KJ Bahasa)
• Fail pentaksiran

✓ Menyemak • Jadual waktu
semula ketetapan
• Fail pencerapan
PdPc

• Buku rekod
petaksiran dan
penilaian

• Penyelidikan dan
kerja kursus

• Program
kecemerlangan

- 78 -

2.0 JABATAN KEMANUSIAAN

PENGETUA : EN. RASDI B DERAHMAN
GPK PENTADBIRAN : PN. HAJAH AKMA BT KASIM
KETUA JABATAN KEMANUSIAAN : EN. WAN AHMAD AMIN BIN WAN IDRIS
AJK UNIT KEMANUSIAAN : SEMUA KETUA UNIT KEMANUSIAAN

UNIT KERJA KURSUS
UNIT GERAN BERKAPITA MATA PELAJARAN

BIL STANDARD HURAIAN STANDARD EVIDENS TINDAKAN /

KUALITI TUGASAN

1.1 Pelaksanaan ✓ Memperoleh ✓ Dokumentasi PKP :

mata pelajaran dokumentasi Pn Hjh. Akma bt

diurus secara kurikulum ✓ Fail panitia Kasim

profesional dan

terancang ✓ Menyelaras ✓ eRPH KETUA JABATAN

(UNIT MATA penyediaan RPT ✓ Fail KEMANUSIAAN:
PELAJARAN – dan RPH En. Wan Ahmad

KEMANUSIAAN) Headcount Amin b. Wan Idris

✓ Menyelaras ✓ Folio PENGAJIAN AM
pentaksiran pentaksiran KETUA UNIT : En. Abd
dan penilaian Manap b Adam
✓ Menyelaras SETIAUSAHA : En.
tugasan murid ✓ Folio Roslan b. Ismail
penyelidikan / AJK : Semua guru
✓ Menganalisis data kerja kursus Pengajian AM
dan maklumat
pentaksiran ✓ Surat rujukan SEJARAH
KETUA UNIT : En.
✓ Mengadakan ✓ Sebar luas Baniamin b. Jafar
dialog prestasi SETIAUSAHA : Pn.
seminggu selepas ✓ Minit Hanitasuria bt. Abdul
keputusan mesyuarat Ghani
peperiksaan AJK : Semua guru
semester 1, Sejarah
semester 2, dan
semester 3

diumumkan GEOGRAFI

✓ Mengambil KETUA UNIT : Pn.
tindakan susulan Aminah bt Muda
SETIAUSAHA : Pn.

Rohasima bt. Mat

Daud

AJK : Semua guru

Geografi

SENI VISUAL
KETUA UNIT : Pn.
Fauziah bt Abd
Rahman

- 79 -

SETIAUSAHA : En.
Mohd Rasidi b.
Embong

1.2 Pelaksanaan ✓ Memperoleh ✓ Dokumentasi PKP :

kerja kursus dokumentasi kerja Pn Hjh. Akma bt
diurus secara Kasim
kursus ✓ Fail panitia

profesional dan ✓ Menyelaras ✓ Folio PDPC KETUA JABATAN
terancang penyediaan fail KEMANUSIAAN:
(UNIT KERJA kerja kursus ✓ Folio En. Wan Ahmad
KURSUS) kokurikulum Amin b. Wan Idris
✓ Menyelaras SETIAUSAHA :
pentaksiran ✓ Folio Pn Zanariah bt. Mohd
pentaksiran Nor
✓ Menyelaras dan penilaian

tugasan murid ✓ Folio PEN. SETIAUSAHA:
penyelidikan / En Abd Wahab b.
✓ Menganalisis data kerja kursus Awang
dan maklumat
pentaksiran ✓ Surat rujukan KETUA UNIT :
o Pn. Hjh Zaini bt
✓ Mengambil ✓ Sebar luas
tindakan susulan Mohd
o Pn. Aminah bt

✓ Minit Muda
mesyuarat o Pn. Hjh Shamsul

Bariah bt Salleh

o En. Abdul Manap

b Adam

o En. Baniamin b.

Jafar

o Pn. Fauziah bt Abd

Rahman

o En. Zainal Abidin b

Ismail

o Pn. Sharifah @

Aziah bt Ahmad

o Pn. Wan Zorya bt

Wan Yahya

o Pn. Rose Aliza bt

Mansor

o Pn. Nor Anisah bt

Abd Wahab

1.3 Bantuan geran ✓ Merancang ✓ Minit Pn. Sharizal bt Ghazali

perkapita mata perbelanjaan mesyuarat (Pembantu Tadbir)

pelajaran

dimanfaatkan ✓ Melaksanakan ✓ Fail KETUA UNIT :

(UNIT GERAN perbelanjaran penyelarasan o Pn. Hjh Zaini bt

BERKAPITA MATA aktiviti Mohd
mengikut o Pn. Aminah bt
PELAJARAN) ✓ Memanfaatkan keperluan
Muda
sumber pendidikan

- 80 -

✓ Merekod setiap mata o Pn. Hjh Shamsul
penerimaan dan pelajaran Bariah bt Salleh
penggunaan
sumber ✓ Nota minta o En. Abdul Manap
b Adam
✓ Kertas kerja
program o En. Baniamin b.
Jafar

o Pn. Fauziah bt Abd
Rahman

o En. Zainal Abidin b
Ismail

o Pn. Sharifah @
Aziah bt Ahmad

o Pn. Wan Zorya bt
Wan Yahya

o Pn. Rose Aliza bt
Mansor

o Pn. Nor Anisah bt
Abd Wahab

3.0 JABATAN STEM

PENGERUSI : EN. RASDI B DERAHMAN (PENGETUA)
NAIB PENGERUSI 1 : PN. HAJAH AKMA BT KASIM (GPK PENTADBIRAN)
KETUA JABATAN STEM : PN. NOR ANISAH BT ABD WAHAB
AJK UNIT STEM : SEMUA KETUA UNIT STEM

UNIT KECEMERLANGAN

BIL STANDARD HURAIAN EVIDENS TINDAKAN /

KUALITI STANDARD TUGASAN

2.1 Pelaksanaan ✓ Memperoleh ✓ Dokumentasi PKP :

mata pelajaran dokumentasi Pn Hjh. Akma bt

diurus secara kurikulum ✓ Fail panitia Kasim

profesional dan

terancang ✓ Menyelaras ✓ eRPH KETUA JABATAN

(UNIT MATA penyediaan RPT STEM:

PELAJARAN - dan RPH ✓ Fail Headcount Pn. Nor Anisah bt

STEM) Abd Wahab

✓ Menyelaras ✓ Folio pentaksiran

pentaksiran dan penilaian EKONOMI

KETUA UNIT : Pn Zaini

✓ Menyelaras ✓ Folio bt. Mohd

tugasan murid penyelidikan / SETIAUSAHA : Pn. Siti

kerja kursus Sara bt. Mohamad

- 81 -

✓ Menganalisis ✓ Surat rujukan AJK : Semua guru
data dan ✓ Sebar luas Ekonomi
maklumat
pentaksiran SAINS SUKAN
KETUA UNIT : En.
✓ Mengadakan ✓ Minit mesyuarat Zainal Abidin b.
dialog prestasi Ismail
seminggu
selepas FIZIK
keputusan KETUA UNIT : Pn. Nor
peperiksaan Anisah bt. Abd
semester 1, Wahab
semester 2, dan
semester 3 KIMIA
diumumkan KETUA UNIT : Pn.
Sharifah@Aziah bt.
✓ Mengambil Ahmad
tindakan susulan
MATEMATIK T
KETUA UNIT : Pn. Wan
Zorya bt. Wan Yahya

2.2 Program ✓ Memperoleh ✓ Folio pentaksiran PKP :

peningkatan dokumentasi dan penilaian Pn Hjh. Akma bt

pencapaian kurikulum ✓ Fail Headcount Kasim
murid
(UNIT ✓ Menyelaras ✓ Folio Analisis KETUA JABATAN
KECEMERLANGA pentaksiran data dan STEM:
N - KOLEJ) maklumat Pn. Nor Anisah bt
✓ Menganalisis Abd Wahab

data dan pencapaian

maklumat pelajar SETIAUSAHA UNIT

pentaksiran KECEMERLANGAN

✓ KPI pencapaian (KOLEJ):

✓ Menyelaras pelajar Pn. Sharifah @ Aziah

program Kasturi bt Ahmad

Hutecs dan ✓ Fail

Cakna Sayang perancangan PENYELARAS
program Kasturi HEADCOUNT:
✓ Mengambil Hutecs dan Pn Nor Anisah bt
tindakan susulan Cakna Sayang Abd Wahab

✓ Dokumentasi PENYELARAS KASTURI
program HUTECS & CAKNA
SAYANG:
✓ Minit mesyuarat Pn. Sharifah @ Aziah
bt Ahmad

2.3 Program Mengurus program ✓ Fail SETIAUSAHA
peningkatan perancangan YM Tuan Maznah bt
pencapaian peningkatan aktiviti Tuan Muda
murid pencapaian murid kecemerlanga
dengan: n pelajar KEM SEMESTER 1
✓ Merancang

program yang
menjurus ke

- 82 -

(UNIT arah ✓ Dokumentasi PENYELARAS : En.
KECEMERLANGA peningkatan program Yusof b Mat
N - PROJEK) ilmu dan SETIAUSAHA : En.
kemahiran ✓ Surat Abdul Hadi b. Mat
panggilan
✓ Melaksanakan mesyuarat KEM SEMESTER 2
program yang PENYELARAS : Pn
menjurus ke ✓ Minit Hanitasuria bt. Abdul
arah mesyuarat Ghani
peningkatan SETIAUSAHA : Pn.
ilmu dan Fatimah bt. Harun
kemahiran
KEM SEMESTER 3
✓ Menilai PENYELARAS : Pn.
keberkesanan Aniza bt. Ayob
program SETIAUSAHA : Pn.
Sharafah bt. Malek
✓ Mengambil
tindakan
susulan

✓ Mengadakan
Misi
40 Hari

- 83 -

4.0 JABATAN BAHASA

PENGERUSI : EN. RASDI B DERAHMAN (PENGETUA)
NAIB PENGERUSI 1 : PN. HAJAH AKMA BT KASIM (GPK PENTADBIRAN)
KETUA JABATAN BAHASA : YM. TENGKU NOOR AZIYATI BT TENGKU YAHYA
AJK UNIT BAHASA : SEMUA KETUA UNIT BAHASA
: UNIT PENGURUSAN PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN
: UNIT JADUAL WAKTU
: UNIT eRPH

BIL STANDARD HURAIAN STANDARD EVIDENS TINDAKAN /

KUALITI TUGASAN

3.1 Pelaksanaan ✓ Memperoleh ✓ Dokumentasi PKP :

mata pelajaran dokumentasi Pn Hjh. Akma bt

diurus secara kurikulum ✓ Fail panitia Kasim

profesional dan

terancang ✓ Menyelaras ✓ eRPH KETUA JABATAN

(UNIT MATA penyediaan RPT STEM:

PELAJARAN – dan RPH ✓ Fail YM. Tengku Noor

BAHASA) Headcount Aziyati bt Tengku

✓ Menyelaras Yahya

pentaksiran ✓ Folio

pentaksiran Bahasa Melayu

✓ Menyelaras dan penilaian KETUA UNIT : Pn

tugasan murid Shamsul Bariah bt.

✓ Folio Salleh

✓ Menganalisis data penyelidikan / SETIAUSAHA : Pn.

dan maklumat kerja kursus Azira bt. Hamzah

pentaksiran AJK : Semua guru

✓ Surat rujukan Bahasa Melayu

✓ Mengadakan

dialog prestasi ✓ Sebar luas MUET

seminggu selepas KETUA UNIT : Pn Rose

keputusan ✓ Minit Aliza bt. Mansor

peperiksaan mesyuarat SETIAUSAHA : Pn.

semester 1, Norhayati bt.

semester 2, dan Mustaffa

semester 3 AJK : Semua guru

diumumkan MUET

✓ Mengambil

tindakan susulan

3.2 Penilaian pelajar ✓ Merancang ✓ Minit SETIAUSAHA:
mesyuarat Cik Noriah bt.
diurus untuk peperiksaan dan Ahmad
✓ Fail jadual
mengesan pentaksiran penyelarasan PEN. SETIAUSAHA 1:
peperiksaan Pn Norasiah bt.
kemajuan ✓ Menyelaras Mohd Yusoff
penguasaan peperiksaan dan
dan pentaksiran
pencapaian

murid

- 84 -

(UNIT ✓ Melaksanakan ✓ Fail analisis PEN. SETIAUSAHA 2:
PENGURUSAN peperiksaan dan data dan Pn Norhayati bt.
PEPERIKSAAN pentaksiran maklumat Mustaffa
DAN PENILAIAN) peperiksaan
✓ Menganalisis data AJK: Semua Ketua
dan maklumat ✓ Senarai nama Unit Mata pelajaran
peperiksaan dan pelajar
pentaksiran
✓ KPI
✓ Menyebar luas pencapaian
maklumat murid
peperiksaan
✓ Post Mortem

✓ Mengambil
tindakan
susulan/intervensi

3.3 Masa ✓ Menyediakan ✓ Minit PKP :
pelaksanaan jadual waktu induk, mesyuarat Pn Hjh Akma bt
PdPc diurus jadual waktu kelas, Kasim
secara jadual ✓ Menyebar
sistematik dan penggunaan bilik luas SETIAUSAHA:
terancang khas dan jadual ketetapan Pn. Rose Aliza bt
(UNIT JADUAL aktiviti Mansor
WAKTU) kecemerlangan ✓ Fail induk
pelajar jadual waktu PEN. SETIAUSAHA:
Pn. Rusnani bt Endut
✓ Melaksanakan ✓ Fail
PdPc seperti yang pemantauan
dijadualkan PdPc

✓ Menyusun semula
jadual waktu
mengikut
kesesuaian

✓ Meyelaras program
kolej

3.4 Pengurusan ✓ eRPH hendaklah ✓ Kulit eRPH PKP :
eRPH diurus dihantar untuk ✓ Maklumat Am Pn Hjh Akma bt
secara disemak pada Kasim
sistematik dan setiap Khamis
terancang ✓ Kalendar SETIAUSAHA:
(UNIT eRPH) ✓ eRPH hendaklah Pn. Norhayati bt
diisi dengan ✓ Penggal Mustaffa
lengkap dan Persekolahan
sempurna. dan Hari PEN. SETIAUSAHA:
Kelepasan Am En. Mohd Razi@Rozi
✓ eRPH 2021 b. Sulaiman
mengandungi
sekurang- ✓ Tatasusila
Profesion
Perguruan

- 85 -

kurangnya lima (5) Malaysia
perkara asas seperti
yang berikut: ✓ Sukatan
Pelajaran
• Tajuk/Isi
Pelajaran ✓ Biodata
Maklumat Diri
• Objektif
Pelajaran ✓ Catatan
Kehadiran
• Aktiviti Kursus,
• Kemahiran Mesyuarat,
Taklimat, dan
Berfikir Aras lain-lain
Tinggi (KBAT)
• Refleksi

✓ eRPH mestilah ✓ Senarai Tugas
dipatuhi semasa Guru Di
melaksanakan Sekolah
proses PdPc di Sekarang
dalam kelas.
✓ Jadual Waktu

✓ Senarai Buku
Teks

✓ Rancangan
Pelajaran
Tahunan

✓ Rancangan
Pelajaran
Harian

✓ Rekod
Kemajuan
Murid

✓ Keputusan
Peperiksaan

✓ Catatan
Penyeliaan
dan
Perbincangan

✓ Rekod Guru
Ganti

- 86 -


Click to View FlipBook Version