The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by najlaanazir, 2020-08-11 10:31:06

MODUL 3 DAN 4 TS25

MODUL 3 DAN 4 TS25

GURU SEBAGAI PERANCANG

“If you fail to plan, you plan to fail”
(Benjamin Franklin)

Kegagalan guru untuk merancang sesi PdP dengan baik bersamaan dengan
merancang untuk gagal kerana tidak dapat memastikan kelas yang diajar mendapat
keseimbangan di antara bahan, kandungan dan jenis interaksi yang berbeza.
Perancangan yang teratur juga akan menentukan pencapaian matlamat yang
dikehendaki.

Berdasarkan rajah di atas, terdapat tiga komponen besar yang perlu diberi
perhatian apabila seseorang guru itu merancang sesi PdPc, iaitu Dokumen
Standard, Pedagogi dan Pentaksiran.

KOMPONEN 1
KOMPONEN 2

KOMPONEN 3

PEMBELAJARAN ABAD KE-21 DAN STANDARD KUALITI
PENDIDIKAN MALAYSIA GELOMBANG 2 (SKPMg2) STANDARD 4

Pembelajaran Abad Ke-21(PAK21) merupakan satu proses pembelajaran yang
berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis,
kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika.

PAK21 sangat menekankan Pembelajaran Koperatif iaitu aktiviti
pembelajaran kumpulan yang disusun dalam satu bentuk di mana pembelajaran
bergantung kepada pertukaran maklumat di bawah satu struktur sosial antara murid
dalam satu kumpulan. Pembelajaran koperatif adalah satu strategi pengajaran yang
berjaya di mana dalam setiap kumpulan kecil, murid dari pelbagai aras keupayaan
menggunakan pelbagai aktiviti pembelajaran untuk membantu kefahaman tentang
perkara yang dipelajari.

Setiap ahli kumpulan bertanggung jawab bukan sahaja kepada mempelajari
apa yang diajar tetapi dapat membantu rakan kumpulan untuk belajar, seterusnya
mewujudkan suasana kejayaan. Murid akan menjalankan tugasan sehingga semua
ahli kumpulan berjaya memahami dan menyelesaikan tugasan tersebut.



Sumber: Kit PAK-21 KPM















EKSPLORASI ALATAN DALAM TALIAN SEPINTAS LALU
KERANGKA PEMBELAJARAN ABAD KE 21



ALATAN DALAM TALIAN

OBJEKTIF PEMBELAJARAN DAN KRITERIA KEJAYAAN

Kajian menunjukkan bahawa murid lebih bermotivasi dan lebih berfokus kepada
tugasan sekiranya mereka tahu tujuan pembelajaran dan mereka berupaya membuat
keputusan yang lebih baik tentang bagaimana untuk melaksanakan tugasan tersebut.

(AfL Reform Group 2003 in Walls)

PERSAMAAN ANTARA OBJEKTIF PEMBELAJARAN (OP) DAN KRITERIA
KEJAYAAN (KK)

PERSAMAAN ANTARA
OBJEKTIF PEMBELAJARAN DAN KRITERIA KEJAYAAN

OBJEKTIF PEMBELAJARAN KRITERIA KEJAYAAN

 Boleh dilihat oleh semua pelajar  Boleh dilihat oleh semua pelajar
di dalam kelas di dalam kelas

 Dalam bahasa yang mudah  Dalam bahasa yang mudah
difahami murid difahami murid

 Diterangkan kepada pelajar  Diterangkan kepada pelajar
sebelum guru mengajar sebelum guru mengajar

 Sentiasa dirujuki sepanjang  Sentiasa dirujuki sepanjang
waktu pembelajaran waktu pembelajaran

PERBEZAAN ANTARA OBJEKTIF PEMBELAJARAN (OP) DAN KRITERIA
KEJAYAAN (KK)

PERBEZAAN ANTARA OBJEKTIF PEMBELAJARAN DAN KRITERIA KEJAYAAN

OBJEKTIF PEMBELAJARAN PERBEZAAN KRITERIA KEJAYAAN

 DSKP (Standard ASAL  Objektif Pembelajaran
Pembelajaran) RELEVAN
 Bahagian Objektif
 Bahagian Set Induksi MENJAWAB SOALAN Pembelajaran
 Bahagian Penutup
PENULISAN DI  Bahagian Aktiviti
 Apa yang dipelajari oleh DALAM RPH
murid  Bagaimana murid
menunjukkan bukti
 Pada akhir pembelajaran , kejayaan
murid dapat …
 Pada akhir
pembelajaran,murid
mencapai objektif
melalui …

 S.M.A.R.T (berstruktur) CIRI SPESIFIK  S.M.A.R.T (fleksibel)

CONTOH :

PENULISAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN (OP) DAN KRITERIA KEJAYAAN (KK)

Di hadapan kelas Di dalam RPH

OP: Murid dapat menyelesaikan OP: Di akhir pembelajaran,
masalah harian rutin yang melibatkan murid (audience) dapat
peratus; dengan berpandukan contoh menyelesaikan masalah harian
yang diberi guru; tanpa sebarang rutin (behaviour) yang melibatkan
kesalahan KK: Saya dapat: peratus; dengan berpandukan
Menganalisa pengiraan peratus contoh yang diberi guru
dalam 3 situasi dalam kehidupan (condition); tanpa sebarang
harian yang diberikan oleh guru. kesalahan (degree)
Membuat pengiraan peratus KK: Murid dapat:
terhadap 2 situasi masalah harian Menganalisa pengiraan peratus
(di dalam kumpulan) di atas kertas dalam 3 situasi dalam kehidupan
mahjong berdasarkan kad situasi harian yang diberikan oleh guru.
yang diberikan oleh guru. Membuat pengiraan peratus
Mempamerkan hasil tugasan terhadap 2 situasi masalah
dan menyemak pengiraan harian (di dalam kumpulan) di
kumpulan lain semasa aktiviti atas kertas sebak(mahjung)
jejak galeri berdasarkan kad situasi yang
diberikan oleh guru.
Mempamerkan hasil tugasan dan
menyemak pengiraan kumpulan
lain semasa aktiviti jejak galeri

“Penulisan objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan yang
betul adalah penting untuk membantu murid memahami
proses PdP pada hari tersebut.”

PELBAGAI GAYA PEMBELAJARAN

Terdapat pelbagai gaya pembelajaran yang boleh diaplikasikan dalam TS25 untuk
meningkatkan keupayaan penguasaan murid-murid.

KECERDASAN PELBAGAI

Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner (2000) mendasari dua prinsip asas iaitu
manusia mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan semua orang dapat
mengembangkan kesemua kecerdasan ini ke satu tahap yang kompeten. Menurut
Howard Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata- mata dan kecerdasan
boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan,
suasana pembelajaran dan lain-lain. Terdapat 9 kecerdasan pelbagai yang telah
dikemukakan oleh Gardner.

Kinestetik Linguistik

Visual
Ruang

Muzikal

Eksistensi Logik
al Matematik

GAYA PEMBELAJARAN
Menurut model gaya pembelajaran VAK oleh Fernald, Keller, Orton, Gillingham,
Stillman dan Montessori (1920) yang membahagikan gaya pembelajaran kepada
tiga iaitu gaya pembelajaran visual, gaya pembelajaran auditori dan gaya
pembelajaran kinestetik

PEMBELAJARAN TERBEZA
Pembelajaran terbeza bermaksud murid belajar secara optimum mengikut aras atau
situasi murid. Pembelajaran terbeza mengambil kira tahap pembelajaran murid,
kecenderungan serta kemampuan pembelajaran. Dalam sesuatu PdPc adalah perlu
untuk pembelajaran terbeza ini berlaku supaya murid dapat mencapai objektif
pembelajaran. Pembelajaran terbeza mengambil kira 4 aspek iaitu melalui
kandungan, proses, hasil (produk) dan persekitaran pembelajaran.

PEMBELAJARAN TERBEZA

Guru boleh membezakan

Kandungan Proses Hasil/ Produk Persekitaran
Pembelajaran
berdasarkan kepada
Profil Pelajar
Kesediaan Minat

untuk meningkatkan

Perkembangan Motivasi Kecekapan

ELEMEN PENGAJARAN TERBEZA

KANDUNGAN PROSES HASIL/PRODUK PERSEKITARAN
PEMBELAJARAN
Meliputi topik
dalam sukatan Meliputi aktiviti yang Sesuatu yang Membina iklim
pelajaran atau dilaksanakan untuk dihasilkan atau bilik darjah
DSKP mencapai objektif dipersembahkan
oleh murid

Meliputi ilmu yang Mempertimbangkan Hasil daripada Integrasi alatan
terkandung dalam digital dan teknologi
bahan PdP gaya pembelajaran Pdp yang dilalui

individu murid murid

Menyediakan Mengambil kira Menunjukkan Pengurusan
sumber tambahan cara murid kefahaman murid keadaan fizikal
mengikut memahami dan bermakna bilik darjah
keperluan murid maklumat, idea dan kepada murid
kemahiran yang
Menyediakan perlu dikuasai Penghasilan dari Ruang Belajar di
pilihan kepada kepelbagaian dalam kelas, luar
murid untuk Mempelbagaikan cabaran, pilihan dan kelas atau secara
mendalami proses interpretasi murid maya
pembelajaran pembelajaran
bergantung
kepada cara
murid belajar



PENTAKSIRAN & KBAT

Pentaksiran perlu bermakna untuk memberi impak positif kepada proses PdP dan
mengenal pasti keperluan KBAT dalam kurikulum, pedagogi dan pentaksiran dalam
amalan PdP sebagai strategi yang membawa kepada kejayaan murid.

Definisi Pentaksiran Berasaskan Sekolah:
● Untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan murid yang dirancang,

dilaksana dan dilaporkan oleh guru berkenaan.
● berlaku secara formal dan tidak formal untuk menentukan tahap penguasaan

sebenar murid.
PBS melibatkan TIGA proses :
1. Pengukuran: Proses menentukan pencapaian kuantitatif.Contoh:( 92/100)
2. Penilaian: Proses memberi gred atau nilai kepada pengukuran.Contoh:(Gred 80-
100 markah)
3. Pentaksiran: Proses mengumpul data, membuat Interpretasi, dan membuat
keputusan.Contoh:(AfL,AoL,AaL)

JENIS-JENIS PENTAKSIRAN

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN SEKOLAH
INSTRUMEN PENTAKSIRAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ialah rangka kerja yang disediakan lebih awal
oleh guru sebelum menjalankan sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di
dalam bilik darjah dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan. RPH dibina
sebagai panduan para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif
serta mampu untuk mencapai apa yang diobjektifkan dalam sesi PDPC. RPH ini
sangat penting untuk dijadikan sebagai bahan bukti bahawa guru telah membuat
perancangan rapi terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas.



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

BAHAGIAN 1 : AKTIVITI PEMULA/ SET INDUKSI KOMPONEN KEMAHIRAN
PEMULA/ SET INDUKSI



BAHAGIAN 2 : AKTIVITI UTAMA

AKTIVITI UTAMA MENGANDUNGI 3 KOMPONEN UTAMA

Komponen Komponen Komponen
1. 2. 3.

Penyampaian Isi Praktis Penyemakan
Kandungan / Pemahaman
Pengajaran

CONTOH-CONTOH IDEA AKTIVITI UTAMA
• Menggunakan kaedah pembelajaran koperatif seperti Think-Pair-Share, Roam and

Remain dan sebagainya.
• Menggunakan Teknik penyoalan mengikut aras.
• Menggunakan peta i-Think.
• Menggunakan lagu.
• Menggunakan gambar.

BAHAGIAN 3 : AKTIVITI PENUTUP Contoh melalui
“exit ticket”,
AKTIVITI PENUTUP
kuiz, lisan dll..
Guru BERTANYA
murid tentang

pembelajaran mereka

Mesti Nilai sejauh
merujuk/dikaitkan mana objektif di
dengan Objektif
capai
Pembelajaran
Ambil perhatian
Memberitahu guru respons pelajar
apa yang perlu
diajar semula
(sekiranya perlu)

Memberi panduan Buat refleksi

untuk pengajaran untuk
akan datang penambahbaikan

CONTOH-CONTOH IDEA AKTIVITI PENUTUP
• Menggunakan “Exit Ticket”.
• Menggunakan Teknik Penyoalan.
• Menggunakan Teknik “Jigsaw”.
• Menggunakan Rumusan Grafik.

Kegagalan Menyediakan RPH ?

Jika disabitkan dengan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5000 atau boleh
dipenjarakan selama satu tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya
sekali.

Rujukan: Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997: Perkara 11: Penalti

PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

Kemenjadian murid dan sekolah berkualiti merupakan tonggak utama program
Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Seluruh warga sekolah berkongsi aspirasi yang
sama untuk memberi tumpuan terhadap pembelajaran yang bermakna yang
melibatkan semua murid. Sekolah perlu menjadi tapak yang subur untuk
menyediakan ruang dan peluang pembelajaran yang berterusan dalam kalangan
warganya. Persekitaran Pembelajaran Profesional diperlukan oleh sekolah untuk
membina keupayaan dan kelestarian melaksankan agenda Transformasi Program
TS25 iaitu perubahan yang melibatkan seluruh aspek budaya sekolah. Semua pihak
perlu terlibat dalam pembelajaran, terutamanya pembelajaran profesional yang
mempunyai kesan secara langsung dengan pembelajaran murid.

Kerangka ini menjelaskan terhasilnya Modul 4 (Persekitaran Pembelajaran
Profesional) melalui merangkai Modul 1 (Kepimpinan), Modul 2 (Pemimpin
Pertengahan) dan Modul 3 (Pedagogi).



INKUIRI PEMBELAJARAN PROFESIONAL

Adaptasi daripada H. Timperley, A.Wilson, H.Barrat & I.Fung (2007)

MENGANALISIS PERSEKITARAN PEMBELAJARAN PROFESIONAL

KONSEP SEKOLAH BERKUALITI



PERSEKITARAN PEMBELAJARAN PROFESIONAL
MULTI LAYER MODEL

CONTOH



PERANAN PEMIMPIN PERTENGAHAN (BIMBINGAN INSTRUKSIONAL)
The Impact Cycle

Menurut Model Jim Knight terdapat 3 proses yang akan berlaku serentak iaitu :
1. Kenal Pasti ;

a. Realiti semasa
b. Matlamat
c. Strategi pengajaran
2. Belajar ;
a) Pemodelan
b) Senarai semak

3. Meningkat ;

a) Hala tuju
b) Kemajuan
c) Peningkatan
d) Tindakan

Model Bimbingan Instruksional (IC) berasaskan tujuh prinsip 'perkongsian'
(partnership) seperti disarankan oleh Jim Knight (2007, 2013, 2017).

CIRI-CIRI HURAIAN
Kesaksamaan
(Equality) Pembimbing instruksional (IC) dan guru adalah rakan kongsi yang
sama.
Pilihan (Choice) Guru harus membuat pilihan mengenai apa dan bagaimana mereka
belajar.
Suara (Voice) Pembelajaran profesional perlu memberi peluang dan
menghormati suara guru.
Dialog (Dialogue)
Pembelajaran profesional harus mengupayakan dialog autentik.

Refleksi (Reflection) Refleksi adalah sebahagian daripada pembelajaran profesional.

Praktikal (Practical) Guru harus menerapkan pembelajaran mereka terhadap amalan
kehidupan sebenar mereka ketika mereka belajar.
Timbal balik
(Reciprocity) Pembimbing instruksional harus mendapat kembali sebanyak yang
mereka berikan.

PEMBIMBING INSTRUKSIONAL

Pembimbing instruksional (IC) merupakan rakan kongsi / rakan pembelajaran guru
untuk membantu mereka meningkatkan pengajaran dan pembelajaran supaya murid
menjadi lebih berjaya. Untuk melakukan ini, IC bekerjasama dengan guru untuk
mendapatkan gambaran yang jelas tentang realiti semasa, mengenal pasti
matlamat, memilih strategi mengajar untuk memenuhi matlamat, memantau
kemajuan, dan menyelesaikan masalah sehingga matlamat dipenuhi.

PEMBIMBING INSTRUKSIONAL IALAH
RAKAN KONGSI GURU UNTUK:

1 Menganalisis realiti Mengenal pasti dan 3
semasa menerangkan 4
strategi mengajar untuk
2 Menetapkan mencapai matlamat
matlamat
Memberi sokongan
sehingga
matlamat dipenuhi

PENDEKATAN BIMBINGAN INSTRUKSIONAL

TOP RAKAN KONGSI (PARTNERSHIP)
DOWN

Pematuhan (Compliance) Komitmen

Orang luar bilik darjah mengetahui Orang dalam bilik darjah
keperluan murid mengetahui keperluan murid

Satu saiz untuk semua Satu saiz untuk seorang

Maklum balas membina Dialog

Pembimbing memikirkan penyelesaian Guru memikirkan penyelesaian

Menghukum (Judgemental) Tidak menghukum

Status pembimbing lebih tinggi Status pembimbing dan guru adalah sama

Akauntabiliti terhadap pemimpin Akauntabiliti terhadap murid


Click to View FlipBook Version