A JABATAN PENGAJIAN MELAYU TUGASAN KERJA KURSUS 2 (INDIVIDU) SEMESTER: 1 TAHUN: 4 KOD KURSUS BMMB3163 KURSUS KEBUDAYAAN KEBANGSAAN NAMA PELAJAR RABIATUL ADAWIYAH BINTI ROSLAM NAMA PENSYARAH DR NOOR HAYATI BINTI CHE MAT TARIKH HANTAR 18 SEPTEMBER 2023 PENGESAHAN PELAJAR: SAYA MENGESAHKAN BAHAWA MAKLUM BALAS YANG DIBERIKAN OLEH PENSYARAH TELAH SAYA RUJUKI DAN FAHAMI. CATATAN (JIKA ADA) TANDA TANGAN PELAJAR: TARIKH: INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS 56000 KUALA LUMPUR Markah:
1 Pertembungan budaya seperti adat resam, pakaian, makanan dan perkahwinan merupakan antara proses sesuatu budaya itu meresap ke dalam sesuatu kelompok masyarakat. Berdasarkan pernyataan di atas, anda dikehendaki menghasilkan penulisan reflektif tentang pertembungan budaya yang menjadi proses pembudayaan dalam kehidupan masyarakat Malaysia untuk membentuk identiti negara yang unik dan harmoni. Budaya di Malaysia mempunyai pelbagai pengaruh khususnya dari Cina dan India. Pengaruh ini merangkumi adat resam, pakaian, makanan dan perkahwinan yang dipelajari dan dicontohi oleh anggota masyarakat daripada etnisiti yang berbeza. Perkara ini membawa kepada proses pembudayaan dalam sesebuah masyarakat yang berbilang kaum khususnya di Malaysia. Oleh yang demikian, penulisan ini akan menghuraikan mengenai pertembungan budaya yang menjadi proses pembudayaan dalam kehidupan masyarakat Malaysia untuk membentuk identiti negara yang unik dan harmoni. 1.0 Adat resam Antara aspek pertembungan budaya yang pertama ialah adat resam pemberian duit sewaktu hari perayaan. Misalnya, sewaktu perayaan hari raya Aidilfitri duit raya diberikan kepada kanak-kanak apabila aktiviti ziarah ke rumah manakala angpao pula diberikan sewaktu Tahun Baru Cina. Berdasarkan penulisan artikel daripada Meja Rencana (2023), pemberian duit raya merupakan satu bentuk sedekah. Walau bagaimanapun, berbeza pula dengan angpao yang diberikan sebagai tanda pengharapan terbaik antara si pemberi dan si penerima (Juliastuty, 2013). Menurut Tarshini Rajan et al. (2023), budaya angpao merupakan sebuah budaya yang telah diguna pakai oleh etnik lain seperti etnik Melayu. Perkara ini secara tidak langsung mempamerkan proses akulturasi antara masyarakat Melayu dan Cina kerana terdapat penyerapan unsur kebudayaan masyarakat Cina ke dalam adat resam masyarakat Melayu. Kenyataan ini dapat diperkukuhkan lagi dengan pendapat daripada Azarudin Awang et al. (2016), yang menyatakan akulturasi budaya berlaku apabila suatu kebudayaan yang tertentu bertembung dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur-unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah ke dalam kebudayaan sendiri. Namun begitu, pemberian angpao dan duit raya ini masih membawa tujuan yang sama iaitu untuk memupuk kedamaian dan persefahaman melalui perkongsian rezeki dan tanda pengharapan terbaik. Kesannya, perkara ini membawa kepada hubungan yang harmoni kerana adanya amalan budaya turun-temurun yang positif dalam kalangan masyarakat.
2 2.0 Pakaian Aspek pertembungan budaya seterusnya melibatkan pakaian seperti pemakaian kurta yang sinonim buat masyarakat Malaysia. Menurut Ela Veethan (2020), kurta merupakan pakaian tradisional kaum lelaki India dan dipadankan dengan seluar longgar selain dipakai bersama dhoti sewaktu hari perkahwinan. Kini, pemakaian kurta sudah menjadi kebiasaan khususnya buat generasi muda dalam kalangan masyarakat Melayu. Kurta akan dipadankan bersama seluar dan dipakai pada hari perayaan ataupun ketika pergi menunaikan solat Jumaat. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa inovasi yang dilakukan dari segi reka bentuk agar dapat diselaraskan dengan budaya masyarakat Melayu. Misalnya, terdapat pilihan dari segi potongan leher sama ada bentuk teluk belanga ataupun cekak musang. Inovasi ini menyebabkan kurta diterima ramai kerana tampak lebih moden dan bergaya (Ela Veethan, 2020). Perkara ini secara tidak langsung mempamerkan proses asimilasi dalam kalangan masyarakat India dan Melayu kerana adanya unsur budaya yang diserap masuk akibat pertembungan dua kumpulan yang berlainan tradisi sehingga unsur tersebut menjadi dominan (Ong et al., 2019). Dalam konteks, pertembungan budaya antara masyarakat Melayu dan India ini, pemakaian kurta telah menjadi unsur budaya yang dominan dalam masyarakat Melayu. Kenyataan ini selaras dengan pendapat daripada Ong et al. (2019), yang menyatakan masyarakat yang diasimilasikan akan mengaplikasikan budaya hasil percantuman kebudayaan minoriti dengan kebudayaan masyarakat majoriti dan kedua-dua kumpulan menerima sebahagian antara satu sama lain. Oleh yang demikian, penerimaan budaya ini secara tidak langsung mewujudkan sebuah identiti yang tersendiri khususnya buat masyarakat Melayu dan India yang berlainan bangsa dan agama. 3.0 Makanan Meninjau pula kepada aspek makanan iaitu makanan daripada masyarakat Cina Peranakan. Masakan Cina Peranakan ini adalah sebuah produk yang dimprovisasikan menggunakan bahan tempatan seperti asam jawa dan keluak yang turut digunakan dalam masakan Melayu (Oh et al., 2019). Antara contoh makanan tersebut ialah Ayam buah keluak dan Asam Laksa Penang. Perkara ini secara tidak langsung mempamerkan satu proses pembudayaan iaitu asimalasi dalam kalangan masyarakat Cina Peranakan dengan masyarakat Melayu. Hal ini demikian kerana, masakan tersebut merupakan adaptasi daripada makanan tempatan seperti laksa utara. Asimilasi dari segi makanan ini merupakan antara salah satu cara masyarakat Cina untuk beradaptasi dengan komuniti masyarakat setempat
3 khususnya masyarakat Melayu pada ketika dahulu. Oh et al. (2019), turut menyokong bahawa asimilasi melalui gabungan antara Cina Peranakan dan masyarakat Melayu membentuk masakan Baba Nyonya sebagai usaha masyarakat Cina untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran tempatan. Persamaan bahan dan teknik masakan makanan ini membuktikan bahawa masakan Baba Nyonya atau Peranakan merupakan sebuah produk asimilasi antara masyarakat Cina dan Melayu yang dibangunkan dan akhirnya menjadi sebuah makanan tradisional yang terkenal sehingga kini. Secara rangkumannya, makanan tradisional merupakan ikon dalam memupuk hubungan yang erat antara masyarakat kerana setiap makanan ini membawa identiti unik yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang harmoni. 4.0 Perkahwinan Aspek pertembungan budaya yang terakhir ialah perkahwinan. Proses pertembungan budaya paling jelas berlaku apabila adanya perkahwinan campur antara kaum. Perkara ini secara tidak langsung mempamerkan proses amalgamasi kerana sebuah identiti budaya yang baharu terbentuk melalui unsur percampuran dari segi ras, adat dan budaya. Dalam pada itu, terdapat juga proses asimilasi melalui perkahwinan campur ini yang dapat dilihat melalui adat perkahwinan. Contoh yang jelas dapat dilihat melalui hasil perkahwinan campur antara lelaki India Islam dan perempuan Melayu tempatan yang menghasilkan sebuah komuniti yang diberi nama Peranakan Jawi. Menurut Pue (2015), kesan daripada perkahwinan ini generasigenerasi seterusnya disosialisasikan dalam pengaruh persekitaran dan budaya Melayu yang tinggi. Tamsilnya, sewaktu bersanding terdapat upacara menepung tawar yang disempurnakan oleh pengantin perempuan dan lelaki di samping adat bersuap-suapan dengan sedikit nasi kunyit diletakkan pada jari pengantin perempuan dan disuapkan ke mulut pengantin lelaki (Abdul Munir Ismail dan Mohd Noor Daud, 2013). Berdasarkan contoh tersebut terdapat adat yang sinonim dengan masyarakat Melayu yang mana upacara menepung tawar turut dilakukan sewaktu perkahwinan masayarakat Melayu sebagai tanda kesucian, kecantikan dan kekayaan. Justeru, proses amalgamasi ini secara tidak langsung menyebabkan proses asimalasi dalam kalangan warga tempatan dan juga peranakan. Omar Yusoff & Noriah Mohamed (2010), turut menyifatkan bahawa pertembungan kontrak antara dua etnisiti yang berbeza akan membawa kepada perubahan yang berterusan yang akhirnya menyebabkan dua etinisiti tersebut hidup dalam kebersamaan. Oleh itu, pertembungan budaya sememangnya memangkinkan kesepaduan dalam masyarakat walaupun hadir dengan latar belakang yang berbeza.
4 Kesimpulannya, pertembungan budaya di Malaysia mempamerkan sebuah senario masyarakat dengan identiti yang unik dan tersendiri. Proses pembudayaan juga memperlihatkan kesanggupan masyarakat di Malaysia untuk hidup dengan persefahaman dan keadaan yang harmoni. Tanpa persefahaman yang jitu antara masyarakat kesepaduan nasional tidak dapat dicapai. Oleh itu, setiap anggota masyarakat hendaklah saling bertolak ansur agar keharmonian dan kedamaian negara dapat dikekalkan.
5 RUJUKAN Abdul Munir Ismail dan Mohd Noor Daud. (2013). Kajian mengenai adat perkahwinan masyarakat Jawi Peranakan India Islam di Pulau Pinang, Malaysia: dari perspektif Islam. Perspektif Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 5(2), 121–131. https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/1641 Azarudin Awang dan Khadijah Mohd Khambali. (2016). Perkaitan akulturasi budaya dan hubungan antara agama:kajian terhadap komuniti cina pra konversi di negeri Terengganu. Jurnal Hadhari 8(1), 85-102. http://journalarticle.ukm.my/10421/1/14124- 38816-1-SM.pdf\ Ela Veethan. (2020). Perbezaan landskap budaya kaum Melayu dan kaum India dari segi aspek pakaian. https://www.researchgate.net/publication/341685405_Perbezaan_Budaya_Pakaian Juliastuty, D. (2013). Pemertahanan budaya Tionghoa dalam novel kau, aku dan sepucuk angpao merah karya tere liye. Kandai, 9(2), 342-356. Meja Rencana. (2023, Mei 15). Beri duit raya dapat pahala sedekah, erat silaturahim. Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2023/05/beri-duit-raya-dapatpahala-sedekah-erat-silaturahim/ Oh, Y., Nurul Fatin Afiqah Abdul Razak, Hee, D. T. W., Lu, E. C. dan Zubaidah Rahman. (2019). The development of Nyonya cuisine in the Malay Archipelago: Penang and Malacca Nyonya cuisine. Journal of Ethnic Foods, 16(7), 1-10. https://www.researchgate.net/publication/337407074_The_development_of_Nyonya_ cuisine_in_the_Malay_Archipelago_Penang_and_Malacca_Nyonya_cuisine Omar Yusoff & Noriah Mohamed. (2010). Daripada Jawi Peranakan kepada Melayu: tinjauan terhadap komuniti Jawi Peranakan di Pulau Pinang pada abad ke-21. Sari - International Journal of the Malay World and Civilisation Omar Yusoff & Noriah Mohamed 28(2), 63 – 82. http://journalarticle.ukm.my/1258/1/SARI_28%5B2%5D2010_%5B03%5D.pdf Ong, J. H. L dan Abdul Hamid Moiden. (2019). Asimilasi budaya Melayu dalam masyarakat Malabari Muslim di Malaysia. e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan, 115 125.http://conference.kuis.edu.my/pasak4/images/kk/sb/091- KK_JESICA_ONG_ETAL.pdf Pue, G. H. (2015). Perkahwinan campur dan fenomena peranakan di semenanjung Malaysia. Siri Kertas Kajian Etnik UKM, 14. https://www.researchgate.net/publication/317228777_Perkahwinan_campur_dan_fen omena_Peranakan_di_Semenanjung_Malaysia Tarshini Rajan, Nur Amalina Borhan, Azman Hashim, Nazatul Fariza Bakri dan Badlihisham Mohd Nasir. (2023). Perbezaan amalan agama dan budaya dalam akulturasi budaya menurut perspektif mahasiswa UTM. Seminar Falsafah Sains dan Ketamadunan, 5(1), 185-204.https://www.researchgate.net/profile/Kamarul-AzmiJasmi/publication/372104680_Prosiding_Seminar_Falsafah_Sains_dan_Ketamadun an_Bil_5_Jilid_1_2023/links/64a4af2a95bbbe0c6e109f4d/Prosiding-SeminarFalsafah-Sains-dan-Ketamadunan-Bil-5-Jilid-1-2023.pdf#page=198