The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lilianpamilla, 2021-06-01 09:20:32

TEATER BANGSAWAN TINGKATAN 4

TEATER BANGSAWAN TINGKATAN 4

Keywords: 1234

CIRI-CIRI
TEATER
BANGSAWAN

PENGKHUSUSAN SENI TEATER
TINGKATAN 4

SEKOLAH SENI MALAYSIA SABAH

DISEDIAKAN OLEH:
LILIAN PAMILLA JOUMIN

TEATER
BANGSAWAN???



PENGENALAN

Bangsawan merupakan satu bentuk kesenian yang
menggabungkan elemen-elemen lakonan, nyanyian, muzik dan
tarian. Ia dimainkan di atas pentas proscenium menggunakan

teknologi yang dibawa masuk dari Barat seperti sistem
pencahayaan pentas dan juga penggunaan props realistik.

Sejak lebih seratus tahun lalu, Bangsawan juga telah dikenali
sebagai satu bentuk teater yang menggunakan tirai latar,

dipersembahkan dalam lakonan stylized, serta diiringi dengan
pengucapan berirama.

Sambungan…

Kesenian Bangsawan mempunyai ciri-ciri tertentu yang
membezakannya dengan bentuk kesenian yang lain. Tambahan
pula pada awal kemunculannya, bangsawan merupakan teater
pertama yang dipersembahkan secara professional berbanding
kesenian Makyong dan Wayang Kulit yang hanya dipertonton
kepada penduduk di kampung atau atas jemputan daripada kerabat

diraja.

Ciri-ciri teater bangsawan yang
menandakan keunikan

keseniannya adalah seperti
berikut…

MUZIK, TARIAN, TARIK NASIB EXTRA-TURN
& NYANYIAN

LAKONAN ADAT-ISTIADAT TASMAT
TAUKE
LAWAK JENAKA TIRAI LATAR, PANGGUNG
GURINDAM / SEBENG, &
MAHKOTA ALAM
SYAIR / PANTUN BAHASA &
PENGUCAPAN
BERIRAMA

MUZIK, TARIAN &
NYANYIAN

Muzik, tarian dan juga nyanyian merupakan ciri-ciri yang dapat
memperindahkan sebuah persembahan bangsawan. Sama ada di
sepanjang babak mahupun segmen extra-turn, ketiga-tiga elemen ini
sangat berkait antara satu sama lain bagi menghiburkan penonton.

Ketiga-tiga elemen ini sangat berkait antara satu sama
yang lain bagi menghiburkan penonton. Bagi persembahan
dalam babak, repertoire muzik, tarian dan nyanyian
adalah bergantung kepada jalan cerita. Pemilihan muzik,
tarian dan nyanyian untuk segmen extra-turn pula
kebiasaannya mengikut kehendak pengarah persembahan,
pengarah muzik atau berdasarkan permintaan semasa.

LAKONAN

• Lakonan bangsawan mempunyai keunikan
yang tersendiri apabila menampilkan cara

improvisasi dan juga cara stylized. Kedua-

dua gaya lakonan ini menjadikan
bangsawan sebagai sebuah kesenian yang
mempunyai nilai estetika yang tinggi. Pada

masa silam, pelakon-pelakonnya
mempelajari ilmu lakonan menerusi

kaedah latih-pandang.

Cikgu, saya tidak faham Cikgu akan jelaskan apa itu kaedah latih-pandang. Latih-
apa yang dimaksudkan pandang ini merujuk kepada cara pelakon baharu zaman silam
mempelajari cara lakonan bangsawan daripada pelakon yang
dengan kaedah latih-
pandang untuk lebih lama. Pelakon baharu meneliti dan mempelajari watak
pilihan mereka dan melakukan peniruan. Tempoh latih-pandang
mendapatkan ilmu
lakonan. memakan masa berbulan-bulan. Pelakon baharu hanya boleh
memegang watak berkenaan apabila pengarah berpuas hati

dengan hasil peniruan yang dilakukan.

LAWAK JENAKA

Lawak jenaka menjadi pelengkap dalam persembahan
dan dapat menjadikan bangsawan sebagai sebuah teater
yang menampilkan semua corak emosi dalam apa saja

cerita yang disampaikan dalam segmen extra-turn
sebagai strategi untuk menjadikan penonton berminat

untuk menonton persembahan sehingga tamat.

GURINDAM / SYAIR
/ PANTUN

Puisi tradisional seperti gurindam Fungsi utamanya adalah untuk Fungsi utamanya adalah untuk
dan syair disampaikan dalam menyampaikan sinopsis cerita menyampaikan sinopsis cerita
kisah bangsawan Melayu
sewaktu bahagian pembukaan kepada khalayak ramai. kepada khalayak ramai.
Kebiasaannya, lirik dalam puisi Kebiasaannya, lirik dalam puisi
ini menyebut nama Sultan dan ini menyebut nama Sultan dan
kerajaan yang diperintah, serta kerajaan yang diperintah, serta

menyatakan secara ringkas menyatakan secara ringkas
konflik yang berpunca daripada konflik yang berpunca daripada

kuasa jahat yang mahu kuasa jahat yang mahu
memusnahkan keamanan negara memusnahkan keamanan negara

BAHASA DAN PENGUCAPAN
BERIRAMA

Dalam persembahan Golongan istana Apabila golongan
bangsawan, cara bercakap dengan rakyat bertemu
pengucapan watak cara yang halus dan dengan golongan
menggambarkan teratur, manakala istana, mereka akan
kedudukannya dalam golongan rakyat bertutur dengan cara
kelompok masyarakat bercakap dengan yang halus dan
cara kolokial. teratur.

TIRAI LATAR

SEBENG Penggunaan tirai yang sangat sinonim MAHKOTA
dengan persembahan bangsawan ALAM

menyebabkan persembahan ini turut

dinamakan sebagai drama tirai. Kualiti
kumpulan bangsawan pada masa silam
diukur daripada jumlah tirai yang dimiliki. Hal
ini kerana tempoh untuk menyiapkan sebuah
tirai mengambil masa beberapa minggu
dengan kos pembikinan yang tinggi. Justeru,
jumlah tirai yang dimiliki menandakan status

ekonomi sesebuah kumpulan bangsawan.

TIRAI •Tirai latar adalah lukisan pemandangan di atas kain atau kanvas yang digantung di
LATAR pentas sebagai latar kepada babak dalam pementasan bangsawan. Saiz tirai latar
adalah pelbagai, bergantung kepada ketinggian dan kelebaran proscenium.

SEBENG •Sebeng merupakan tirai lukisan yang dipasang di kiri dan di kanan pentas, bagi
memberikan perspektif dimensi dari sudut pandangan penonton. Oleh sebab
lukisan pada tirai latar bersifat mendatar, kewujudan tirai sebeng akan memberikan
ilusi perspektif tiga dimensi.

MAHKOTA •Mahkota alam merupakan tirai paling hadapan yang dipasang bagi menutup bingkai
ALAM proscenium, dengan nama kumpulan dipasang di bahagian tengah atas Mahkota
Alam. Tanpa mengira keluasan pentas, pemasangan Mahkota Alam menentukan
Batasan penggunaan ruang pentas. Dengan kata lain, Mahkota Alam merupakan
bingkai hadapan pentas dari sudut pandangan penonton.

ADAT-ISTIADAT

Adat •Adat berpakaian mempunyai peraturan tertentu.
berpakaian Terdapat perbezaan dalam cara pemakaian baju dan
dan bertutur keris dalam kalangan keluarga diraja dan juga
pembesar istana.

• Adat bertutur yang telah diterangkan dalam bahagian
Bahasa dan pengucapan berirama sebelum ini.

Adat •Adat menyembah raja termasuklah tatacara untuk
menyembah masuk dan menghadap di hadapan raja khususnya
daripada segi perlakuan dan tutur bicara. Salah satu
raja contoh adat menyembah raja adalah seperti:

ØMelangkah 3 tapak kemudian duduk untuk
mengangkat sembah,

TARIK NASIB

Dalam persembahan bangsawan, nyanyian Tarik
nasib akan didendangkan untuk meratapi situasi
yang sangat sedih. Lirik lagu Tarik nasib menyuarakan
rintihan, rayuan, kekesalan, dan kesedihan terhadap
nasib malang atau bencana yang dihadapi. Tarik
nasib kebiasannya dinyanyikan oleh watak-watak

utama dalam persembahan, sama ada Seri
Panggung, Permaisuri, Orang Muda atau Sultan.
Bagaimanapun, ia boleh dinyanyikan oleh watak lain

berdasarkan jalan cerita yang disampaikan.

EXTRA-TURN

Extra-turn merupakan ciri unik dalam kesenian bangsawan.
Segmen extra-turn atau persembahan selingan berlaku

apabila tirai diturunkan sementara menunggu pertukaran
babak. Pelbagai persembahan boleh dilakukan untuk mengisi
segmen ini. Persembahan extra-turn tidak mempunya kaitan

dengan jalan cerita bangsawan yang dipersembahkan di
belakang tirai. Fungsi extra-turn adalah untuk menarik

perhatian penonton dan menahan mereka daripada
meninggalkan persembahan lebih awal.

TASMAT

q Tasmat merupakan elemen kesan khas atau disebut sebagai unsur
kekaguman dalam sebuah persembahan bangsawan.

q Tasmat yang dilakukan dengan teliti dan berhati-hati akan menunjukkan
kemegahan sebuah produksi menerusi penciptaan unsur keajaiban di
atas pentas.

q Tasmat bertujuan menimbulkan perasaan kagum dan teruja dalam hati
penonton.

q unsur tasmat tidak dilakukan dengan kerap dan mungkin hanya sekali

sahaja sepanjang pementasan, supaya ia kekal sebagai kejutan.

TAUKE PANGGUNG

Watak Tauke Panggung kerap dimunculkan dalam
segmen extra-turn. Tujuannya adalah unk mengalu-
alukan ketibaan para penonton dan mengucapkan
terima kasih atas sambutan yang diberikan. Terdapat
juga produksi yang menggunakan Tauke Panggung
sebagai juru acara persembahan. Sekiranya kerja-kerja
set dan props di belakang tirai masih belum disiapkan,

Tauke Panggung akan meneruskan komunikasi
bersama penonton di hadapan tirai. Tauke Panggung

juga berfungsi sebagai pelawak yang membuat
persembahan lawak jenaka semasa segmen extra-turn.

RUJUKAN

Halimi bin Mohamed Noh, H. b. (2016). SENI TEATER TINGKATAN 1. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dr. Marlenny Deenerwan, H. T. (2019). Pengkhususan Seni Teater Tingkatan 4.
Selangor: Unggul Printing (KL) Sdn.Bhd.


Click to View FlipBook Version