948/2 PERAKAUNAN KOS
ANALISIS KOS VOLUM UNTUNG
Sem 2 Maths
#staypositive #staysafe
Analisis Kos Volum Untung
Satu kaedah atau alat yang digunakan dalam perakaunan pengurusan
untuk membantu pihak pengurusan membuat keputusan jangka
pendek
CIMA mendefinasikan analisis kos volum untung sebagai satu kaedah
yang sistematik dalam menerangkan hubungan antara perubahan
volum (output) dengan perubahan jumlah jualan, perbelanjaan dan
untung. Analisis kos volum untung juga dikenali sebagai analisis titik
pulang modal.
• Analisis kos volum untung
digunakan untuk menentukan
hubungan antara tahap kos,
aktiviti dan untung sesebuah
firma.
• Analisis ini juga boleh
digunakan oleh organisasi
untuk mengukur tahap
kecekapan dan keberkesanan
sesuatu tugas atau aktiviti
yang telah dijalankan.
Kepentingan analisis kos volum untung
Analisis kos volum untung membolehkan pihak pengurusan membuat
jangkaan untung atau rugi dan kos yang dijangka dilibatkan pada sesuatu
tahap aktiviti atau keluaran.
Analisis ini membantu menjawab persoalan-persoalan :
• Berapakah harga yang perlu dikenakan untuk mencapai pulang modal?
• Berapakah untung apabila kos berubah bertambah atau berkurang pada
suatu masa tertentu?
• Berapakah untung atau rugi jika kos tetap bertambah atau berkurang?
• Berapakah unit yang perlu dikeluarkan untuk mencapai untung
sasaran?
Tiga Elemen Asas Dalam Analisis KVU
• Kos Berubah Kos berubah dan
• Kos Tetap kos tetap boleh di
• Harga Jualan tentukan dengan
menggunakan
KAEDAH TINGGI
RENDAH
Kaedah Tinggi Rendah
Kos Berubah = Jumlah Kos Tertinggi – Jumlah Kos Terendah .
Seunit ----------------------------------------------------------
Unit Tertinggi – Unit Terendah .
Jumlah Kos = Kos Tetap + Kos Berubah
Kos Tetap = Jumlah Kos – (Kos Berubah Seunit x Unit)
Syarikat Soon Tat Sdn Bhd mengeluarkan dan menjual barangan elektrik. Syarikat telah
memperkenalkan produk baru iaitu pengisar mini pada awal tahun 2019 dan telah berada di pasaran
selama tiga bulan.
Berikut adalah maklumat pengeluaran bagi pengisar mini untuk 3 bulan pertama tahun 2019 :
Kuantiti Januari Februari Mac
pengeluaran 5 000 6 500 7 200
(unit) 280 000 350 400
Kos pengeluaran 328 000
(RM)
Maklumat tambahan :
a) Harga jualan seunit pengisar mini ini adalah RM72.00
b) Kos berubah, harga jualan adalah malar.
c) Tiada perubahan dalam kos tetap sepanjang bulan Januari hingga
Mac 2019
Dikehendaki :
i) Dengan menggunakan kaedah tinggi rendah, hitungkan kos berubah seunit dan kos
tetap.
[4 markah]
ii) Hitungkan margin caruman seunit
[1 markah]
iii) Hitungkan jumlah yang perlu dijual untuk mencapai titik pulang modal
[3 markah]
iv) Lukiskan graf titik pulang modal yang menunjukkan perkara-perkara berikut :
• graf jumlah hasil, graf jumlah kos dan graf kos tetap
• titik pulang modal
• kawasan untung dan kawasan rugi
• margin keselamatan pada pengeluaran 6 500 unit
[4 markah]
TITIK PULANG MODAL
• Titik pulang modal adalah satu tahap
output / pengeluaran / jualan di mana pada
tahap ini JUMLAH HASIL ADALAH SAMA
DENGAN JUMLAH KOS
• Pada tahap titik pulang modal, syarikat
tidak mendapat apa-apa keuntungan atau
mengalami apa-apa kerugian.
• Di sebut juga Balik Modal
3 CARA MENENTUKAN TITIK PULANG MODAL
• Kaedah Persamaan
• Kaedah Margin Caruman
• Kaedah Graf
Andaian dalam Titik Pulang Modal
❑Semua kos dibahagi kepada 2 komponen iaitu kos tetap dan
berubah.
❑Kos tetap tidak berubah pada semua tingkat pengaluaran
❑Kos berubah seunit pengeluaran adalah malar untuk semua
tingkat keluaran.
❑Harga jualan tidak berubah pada semua tingkat keluaran
❑Semua volum yang dikeluarkan dapat dijual sepenuhnya
❑Tidak dipengaruhi oleh trend dan musim
Kaedah Graf
• Tentukan kos tetap , lukiskan graf kos tetap
• Tentukan kos berubah seunit
• Hitungkan jumlah kos berubah dan jumlah kos
• lukiskan graf jumlah kos
• Tentukan Jumlah hasil bagi setiap tingkat pengeluaran /
jualan
• Lukiskan graf Jumlah Hasil
• Tentukan TITIK PULANG MODAL
Kaedah Persamaan
Persamaan Asas :
Untung = Hasil - Kos Berubah - Kos Tetap
Pada Titik Pulang Modal untung adalah sifar :
Untung = Hasil - Kos Berubah - Kos Tetap
0 = (Harga jualan x Unit) – (Kos berubah seunit x Unit) – Kos Tetap
Kaedah persamaan juga boleh digunakan untuk menentukan untung
sasaran atau penetapan harga
Contoh: 1
Syarikat Cahaya Gemilang adalah sebuah syarikat pengeluar
jenama produk BB.
Kos berubah seunit ialah RM0.50. Harga jualan RM2.00 seunit.
Jumlah kos tetap pada suku tahun hadapan ialah RM45,000.
Volum pengeluaran dan jualan yang dijangka untuk suku tahun
akan datang ialah 60,000 unit
i) Hitungkan Titik Pulang Modal dengan kaedah persamaan.
ii) Tentukan harga jualan yang perlu diletakkan bagi memperoleh
untung sebanyak RM57000.
Kaedah Margin sumbangan juga boleh digunakan dalam analisis
kos volum untung. Kaedah ini boleh digunakan apabila kaedah
pengekosan marginal digunakan dalam penyediaan penyata
untung rugi.
Margin sumbangan (Caruman)= Hasil jualan – Jumlah kos berubah
TPM (dalam unit) = Kos Tetap___
Margin Caruman seunit
TPM dalam ringgit = TPM unit x Harga Seunit
Margin Caruman = Harga jualan seunit – Kos berubah seunit
TPM (dalam ringgit) = Kos Tetap
--------------------------
Nisbah Margin Caruman
Nisbah Margin Caruman = Jumlah Margin Caruman
---------------------- x 100
Jumlah Jualan
Untung Sasaran
Untung sasaran ialah tahap kuantiti yang perlu dikeluarkan atau dijual
untuk mencapai keuntungan tertentu yang diharapkan oleh syarikat.
Unit yang perlu dikeluarkan/ dijual = Kos Tetap + Untung Sasaran
---------------------------
Margin Caruman Seunit
Margin Keselamatan
Margin Keselamatan ialah jumlah unit yang dijangka dijual selepas
tahap titik pulang modal
Margin Keselamatan = Unit Sebenar dijual – Unit pada TPM
Nisbah Margin Keselamatan = Margin Keselamatan (unit)
------------------------- x 100
Unit jualan sebenar / dijangka
STPM 2013