The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EDUP3143 TUGASAN 2_FRANCISCA MAE ANAK JEKON

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Francisca Mae, 2024-03-22 10:40:39

EDUP3143 TUGASAN 2_FRANCISCA MAE ANAK JEKON

EDUP3143 TUGASAN 2_FRANCISCA MAE ANAK JEKON

FRANCISCA MAE ANAK JEKON 031105-13-0234 2021172310507 PT2S2-5


PENGENALAN Stratifikasi sosial merupakan fenomena yang melibatkan pembahagian masyarakat ke dalam pelbagai lapisan berdasarkan faktor-faktor seperti kelas sosial, status ekonomi, pendidikan, dan kuasa. Perkataan 'strata', merujuk kepada tingkatan atau lapisan dalam masyarakat. Stratifikasi sosial mencerminkan ketidaksetaraan sosial yang ada dalam kehidupan masyarakat, di mana individu dan kelompok diberi kedudukan yang berbeza berdasarkan faktor-faktor tersebut. Faktor-faktor ini mempengaruhi akses terhadap sumber daya, peluang, dan keistimewaan dalam masyarakat. Selain itu, stratifikasi sosial dilihat sebagai cara untuk mengatur dan memotivasi individu dalam masyarakat. Mereka berpendapat bahawa stratifikasi memberi insentif kepada individu untuk mencapai tujuan dan memberikan sumbangan tertentu kepada masyarakat. Walaubagaimanapun, adalah penting untuk mengetahui bahawa stratifikasi juga mewujudkan jurang sosial yang mendalam, mencabar prinsip keadilan dan kesaksamaan dalam masyarakat


Latar Belakang Sekolah Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan St. Stephen Kod Sekolah : YCB1103 Alamat Sekolah : d/a Pejabat Pendidikan Daerah Bau, 94000 Bau, Sarawak JPN : Sarawak PPB : Bau Jenis Sekolah : Sk Jenis Murid : Lelaki dan Perempuan Sesi : Pagi Lokasi : Luar Bandar Label Sekolah : Mubaligh Bilangan Guru : 16 Orang Bilangan Murid : 222 Orang


Sejarah Sekolah Pada tahun 1947, iaitu semasa zaman pemerintahan Rajah Vyner Brooke, pihak gereja Katolik telah berpindah dari Gunung Singai, Bau. Sebidang tanah di pekan Bau telah dibeli dan sebuah gereja didirikan di tapak tersebut oleh seorang paderi bernama Fr. Aichner. Gereja tersebut kemudian diberi nama St. Peter and Paul Church. Pada tahun yang sama, Fr. Jackson telah mendirikan sebuah sekolah yang dibuat daripada papan dan beratapkan daun nipah berdekatan dengan gereja tersebut lalu menamakan sekolah itu dengan Sekolah St. Peter and Paul. Ketika itu, sekolah ini hanya mempunyai 10 hingga 15 orang murid sahaja. Pada tahun 1959, Sekolah St. Peter and Paul dibina dengan konkrit. Lapan buah kelas dan dua buah asrama dibina untuk menampung bilangan pelajar yang kian bertambah pada masa itu. Kemudian, pada tahun 1961 nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah St. Stephen sempena dengan nama gereja. Sehingga kini, Sekolah St. Stephen telah diterajui oleh 12 orang guru besar. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini telah ditubuhkan pada bulan Mac 1987. Sebuah bilik kelas telah ditambah di hujung bangunan kelas menggunakan dana PIBG pada tahun 1997 untuk dijadikan Bilik Bahan Bantu Mengajar (BBM). Kini bilik tersebut ialah Kelas Pemulihan Khas. Bukan itu sahaja, sebuah tandas sekolah yang baharu juga telah dibina pada bulan Mac, 2009. Bangunan prasekolahjuga telah dibina pada Oktober 2010 hingga bulan Mac 2011. Pagar sekolah yang lama juga telah diganti dengan yang baharu dan mengalami ubah suai pada September 2011. Pada 26 Mac 2013, dinding papan antara Bilik Akses dan Perpustakaan telah dibuka dan diganti dengan pintu cermin. Pendawaian di Bilik Akses dan Pusat Sumber Sekolah juga ditambah dan dibaik pulih. Selain itu, pada April 2010, sebuah bangunan baharu telah dibina dengan peruntukan kerajaan melalui Lembaga pengurusan sekolah. Bangunan baharu tersebut akhirnya siap dibina pada bulan Julai 2010. Blok bangunan baharu ini dikenali sebagai pejabat am dan mula digunakan pada Ogos 2010 sebagai bilik guru besar, bilik guru penolong - penolong kanan dan bilik guru. Pada 1 Julai 2020 bangunan ini telah dijadikan bilik pentadbiran am yang menempatkan Guru Besar, Penolong-Penolong Kanan dan anggota kumpulan pelaksana. Penambahan dana dari kerajaan melalui Lembaga Pengurusan Sekolah pada tahun 2012 dan 2013 membolehkan sebuah bangunandi sekolah ini dibaik pulih. Akhirnya, sebuah dewan baharu sekolah mula siap dibina pada akhir bulan Jun 2014. Pada tahun 2021, bilik Sains dan bilik BOSS telah ditambah baik. Bukan itu sahaja, penambahan dana daripada Lembaga Pengurusan Sekolah pada tahun 2021 berjaya menambah sebuah blok bangunan yang baharu iaitu bilik guru. Bilik guru yang baharu siap dibina pada pertengahan tahun 2022


Logo Sekolah Huraian Maksud Logo Sekolah : ❖ Warna merah melambangkan cinta dan dedikasi guru terhadap profesion perguruan. ❖ Warna kuning melambangkan khidmat guru yang jujur, dedikasi dan berterusan. ❖ Bentuk hati melambangkan moto sekolah iaitu “Service With Love” ❖ Buku melambangkan murid sekolah yang rajin menuntut ilmu. Bendera Sekolah Maksud Warna Bendera : ❖ Merah gagah berani ❖ Kuning kesetiaan ❖ Biru perpaduan di kalangan murid


Lagu Sekolah SK. St. Stephen nama sekolahku Tempat belajar menimba ilmu Nama baiknya harus dijaga Supaya dikenang dan disanjung Sungguh cantik dan indah pemandangannya Dikelilingi bunga-bungaan Tak akan jemu mata memandang Membuat hati menjadi senang Marilah bersama-sama bersatu tenaga Menjayakan nama sekolah Belajar bersungguh-sungguh dalam semua bidang Agar namanya terus gemilang Kewajipan kita mesti ditunaikan Menebus maruah bangsa dan agama Tujuan kita membina insan Berdisiplin, berakhlak yang mulia Visi, Misi Dan Matlamat Visi : Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera Misi : Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti Untuk Membangukan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Matlamat : Sekolah ini mempunyai matlamat untuk memberi pendidikan berkualiti bagi melahirkan insan yang seimbang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan


1.0 Persekitaran Sosiobudaya Sosiobudaya merujuk kepada amalan berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat yang lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan bagi mengembangkan pembangunan sosial dalam kehidupan bermasyarakat. (Rosfazila Rahman, 2019). Dalam pada itu, SK St. Stephen mengamalkan pelbagai sosiobudaya dalam kehidupan harian persekolahan untuk memupuk sikap prihatin dalam kalangan warga sekolah. Antara persekitaran sosiobudaya yang dapat dikenal pasti ialah SK St. Stephen menitikberatkan nilai berkasih sayang dalam kalangan guru dan murid. Sekolah ini melancarkan program ‘Guru Penyayang’ untuk meningkatkan ikatan silaturrahim antara guru dan murid. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Sambutan Hari Kelahiran dan Sambutan Hari Kanak-Kanak. Hal ini dapat meningkatkan komunikasi dan interaksi serta memupuk sikap prihatin untuk memastikan insaniah dapat dibina dengan cemerlang. Selain itu, sosiobudaya juga merupakan aspek gaya hidup yang menjadi amalan dan pegangan dalam sesebuah kelompok masyarakat (Norshahera Zulkifli & Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, 2022). Persekitaran sosiobudaya yang dapat dikenalpasti ialah SK St. Stephen turut mementingkan kerohanian dalam kalangan murid. SK St. Stephen telah menetapkan sesi kerohanian di mana setiap warga sekolah dikehendaki untuk berdoa dan melakukan upacara sembahyang pada hari tertentu setiap bulan. SK St. Stephen bukan sahaja mementingkan pencapaian akademik dalam kalangan murid malah menitikberatkan keseimbangan emosi dan rohani. Melalui aktiviti ini, pihak sekolah dapat memastikan murid dapat memupuk sikap berkasih sayang dan meningkatkan kepercayaan kepada Tuhan. Bertitik tolak daripada itu, pihak sekolah juga dapat meningkatkan kesedaran terhadap warga sekolah tentang kepentingan agama dan kepercayaan dalam kehidupan seharian.


2.0 Kesan Stratifikasi Sosial 1. Keluarga Stratifikasi sosial keluarga merujuk kepada pengkelasan masyarakat berdasarkan faktorfaktor seperti bangsa, etnik, jantina, pendidikan, pendapatan, status sosial dan kuasa yang diperolehi. Pengkelasan tersebut akan mengakibatkan ketidakadilan sosial dan ketidaksamaan dalam gaya hidup serta keluarga yang berpengaruh. Sebagai contoh, golongan kaya dan berkuasa akan mendapat manfaat melalui stratifikasi keluarga membolehkan mereka terus membina kekayaan tapa melihat golongan miskin yang bekerja keras untuk menyara keluarga. Begitu juga dengan ketidaksamaan sosioekonomi seperti jurang gaji antara lelaki dan wanita, kaum atau etnik mahupun keturunan. Selain daripada itu, kedudukan sosioekonomi antara orang kaya, sederhana, dan kurang berada telah menyebabkan mereka dibezakan dalam aspek tempat tinggal, gaya hidup, don pemilikan harta. Individu yang tinggal bersama keluarga berada akan memiliki kemudahan dan peluang pendidikan yang lebih tinggi. Aspek lokasi tempat tinggal turut dibandingkan seperti kawasan bandaraya, bandar, luar bandar dan pedalaman (Khoironi & Sudrajat, 2023). 2. Sekolah Sekolah dianggap sebagai tempat atau bangunan yang berperanan dalam memberikan pendidikan kepada pelajar merujuk kepada individu yang sedang belajar di sana.. Selain itu, sekolah juga dilengkapi dengan tenaga pengajar atau guru yang bertanggungjawab untuk mendidik dan membimbing pelajar. Lazimnya, seseorang individu akan melalui beberapa peringkat pendidikan dan institusi bermula dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, dan akhirnya ke universiti. Menurut Emirbayer (1996), fungsi sekolah sebagai institusi sosial adalah sebagai sebuah unit sosial yang berusaha mencapai matlamat yang telah ditetapkan bagi organisasi tersebut. Organisasi ini terdiri daripada beberapa kumpulan manusia initu pelajar, guru, pentadbir, dan kakitangan bukan guru yang lain yang berperanan bersama-sama untuk mencapai matlamat organisasi. Oleh hal yang demikian, Setiap ahli kumpulan di dalam organisasi sekolah memiliki tugas dan kedudukan masingmasing yang akan menentukan segala tindakan mereka di dalam institusi tersebut. Setiap kumpulan tersebut mempunyai peranan dan nilai yang berbeza dalam usaha mencapai matlamat organisasi sekolah. Walaupun setiap kumpulan mempunyai ekspektasi peranan yang berbeza, mereka berusaha bersama-sama untuk mencapai satu visi sekolah yang dikongsi, dengan kepemimpinan seorang pengetua atau guru besar yang sama (5 Main Social Functions of Education, 2023).


3.0 Faktor Kepelbagaian Sosiobudaya Di Sekolah 1. Bangsa Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian etnik, budaya, dan agama. Oleh itu, memahami dan menghargai identiti kaum telah menjadi prinsip penting dalam masyarakat Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana prinsip asas Rukun Negara yang kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan yang membina semangat saling menghormati, kerjasama dan toleransi untuk mencapai harmoni dalam kehidupan bersama (Prinsip Rukun Negara : Maksud & Kepentingan, n.d.).Selain daripada itu, kepelbagaian sosiobudaya seringkali dilihat di sekolah apabila murid terdiri daripada latar belakang etnik yang berbeza berkumpul dan belajar bersama. Kepelbagaian ini terdiri daripada aspek-aspek unik seperti bahasa, tradisi, nilai, dan norma yang berlainan. Menurut Idrul Hisham Ismail et al. (2024), kepelbagaian sosiobudaya ialah kepelbagaian budaya yang diwarisi dan dialami oleh murid dalam keluarga etnik, masyarakat dan lokaliti. Dari segi bangsa, setiap pelajar mempunyai norma sosial yang tersendiri. Norma-norma ini merangkumi cara berkomunikasi, adat resam dan pandangan terhadap pelbagai isu sosial. Oleh itu, penting bagi guru dan pentadbir sekolah untuk memahami perbezaan ini dan mempromosikan saling penghargaan dan kefahaman dalam kalangan pelajar (Ahmad & Yusof, 2019). 2. Bahasa Bahasa merupakan sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat komunikasi dalam lingkungan manusia (Mailani et al., 2022). Kebiasaannya bahasa digunakan untuk menyampaikan maklumat, mengutarakan konsep dan berfungsi sebagai alat komunikasi atau perhubungan, sama ada dalam bentuk tulisan, lisan, atau bahasa isyarat. Di Malaysia, kepelbagaian bahasa tidak asing lagi bagi masyarakat marhaen akibat daripada kewujudan kaum dan etnik yang pelbagai. Terdapat banyak jenis bahasa dan longhat yang berbezabeza, yang difahami oleh kelompok tertentu atau masyarakat yang lebih luas di suatu kawasan. Dengan adanya kepelbagaian bahasa, sekolah merupakan tempat yang sesuai dan penting dalam usaha memupuk perpaduan dengan mengintegrasikan fungsi bahasa sebagai aspek penting dalam proses adaptasi sosial. Kepelbagaian bahasa daripada murid yang berlainan bangsa dan etnik juga memberi manfaat kepada pengalaman murid. Murid dapat meningkatkan pengetahuan mereka untuk mempelajari pelbagai bahasa bersama guru dan rakan. Pendidikan yang melibatkan pelbagai bahasa dapat membantu meningkatkan day kognitif murid serta memperkukuhkan keupayaan berkomunikasi secara efektif dalam masyarakat yang semakin global (Zulkifi, 2009). Oleh itu, adalah penting bagi sekolah untuk menyediakan sokongan dan sumber yang mencukupi untuk pembelajaran berbilang bahasa.


4.0 Implikasi Stratifikasi Sosial Dan Kepelbagaian Sosiobudaya Terhadap Komuniti Sekolah 1. Guru Stratifikasi sosial terhadap komuniti sekolah di Malaysia dapat mempengaruhi pandangan guru dan murid tentang perbezaan sosioekonomi dan budaya melalui pengalaman di sekolah. Melalui soal selidik dan temu bual yang dibuat, didapati bahawa kebanyakan murid berasal dari keluarga yang sederhana dan tinggal di kawasan pedalaman. Ini menunjukkan bahawa akses kepada pengangkutan awam mungkin terhad atau tidak wujud sama sekali di kawasan tersebut. Oleh itu, murid. murid ini bergantung kepada kereta ibu bapa atau van untuk ke sekolah, walaupun jarak dari rumah ke sekolah mungkin tidak begitu jauh. Ini mungkin disebabkan oleh kemudahan pengangkutan awam di kawasan pedalaman adalah terhad. Namun begitu, sebilangan murid tinggal di kawasan bandar juga memilih untuk menaiki kereta ibu bapa untuk ke sekolah kerana lebih selamat berbanding menaiki pengangkutan awam. Disebabkan oleh jarak rumah ke sekolah adalah jauh, mereka cenderung menaiki kereta ibu bapanya untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas pada awal pagi. 2. Sekolah Seterusnya, suasana sekolah memainkan peranan yang penting dalam membentuk pengalaman pembelajaran dan perkembangan sosial. Pengalaman positif di sekolah tidak hanya melibatkan interaksi antara murid dan guru, tetapi ianya juga melibatkan persekitaran fizikal dan sosial sekolah itu sendiri. Melalui soal selidik dan temu bual yang dibuat, didapati bahawa kebanyakan murid suka datang ke sekolah kerana persekitaran sekolah membuatkan murid bermotivasi untuk belajar. Sebagai contoh, bilik darjah yang teratur, bahan pembelajaran yang menarik, kemudahan ICT yang serba lengkap, kawasan sekolah yang bersih dan cantik dan sebagainya. Sekolah yang mempunyai suasana yang positif juga cenderung meningkatkan kehadiran murid ke sekolah setiap hari. Hal in kerana, mereka menganggap sekolah sebagai tempt yang menyeronokkan dan member manfaat kepada mereka (Kepentingan Menjaga Kebersihan Kawasan Sekolah, 2020). Selain daripada suasana sekolah, murid juga selesa bergaul dengan rakan dari pelbagai latar belakang. Hal ini mencerminkan keberhasilan sekolah dalam mencipta budaya memupuk pemahaman dan penghargaan terhadap kepelbagaian seseorang. Murid belajar untuk menghargai perbezaan antara satu sama lain, mengembangkan kefahaman tentang budaya dan tradisi yang berbeza, serta menghormati kepercayaan agama dan budaya rakan-rakan mereka. Di samping itu, hubungan guru dan murid turut dipertimbangkan dalam meningkatkan suasana sekolah. Hubungan yang baik antara murid dan guru adalah asas yang penting dalam mencipta persekitaran pembelajaran yang menyokong dan membangun. Guru yang


memberikan sokongan, bimbingan, dan layanan yang baik dan adil kepada murid dapat meningkatkan motivasi, kepercayaan diri dan pencapaian akademik murid. 5.0 Cadangan Penambahbaikan Untuk mengatasi cabaran di dunia pendidikan, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh diambil. Pertama, pemerintah perlu meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti di kawasan pedalaman dan miskin dengan menyediakan infrastruktur yang lebih baik dan memperluaskan program bantuan kewangan kepada keluarga berpendapatan rendah. Seterusnya, kerajaan juga perlu melaksanakan program pembangunan profesional yang menyeluruh bagi guru seperti memberikan latihan dan sokongan yang mencukupi untuk meningkatkan kemahiran pengajaran dan pemahaman terhadap kepelbagaian budaya di kalangan pelajar. Di samping itu. Pihak sekolah haruslah menggalakkan kepelbagaian bahasa dan budaya dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangsang dalam konteks kepelbagaian etnik dan bahasa di Malaysia. 6.0 Refleksi Secara kesimpulannya, penambahbaikan dalam sistem pendidikan Malaysia perlu difokuskan untuk mengatasi cabaran stratifikasi sosial yang mempengaruhi akses dan kualiti pendidikan. Dengan pelaksanaan cadangan-cadangan ini, diharapkan sema individu, tapa mengira latar belakang sosial atau ekonomi, dapat menikmati akses kepada pendidikan yang berkualiti dan merata, yang merupakan kunci kepada pembangunan negara yang berdaya saing tinggi dan inklusif.


Rujukan Davis, K., & Moore, W. E. (2019). Some principles of stratification. In Social Stratification, Class, Race, and Gender in Sociological Perspective, Second Edition (pp. 55-63). Routledge. Khoironi, M. F., & Sudrajat, A. (2023). Budaya Stratifikasi Sosial terhadap Kesenjangan Ekonomi Keluarga dan Kualitas Pendidikan pada Anak. Jurnal Ilmiah Ilmu Sosial, 9(1), 25-34. Mailani, O., Nuraeni, I., Syakila, S. A., & Lazuardi, J. (2022). Bahasa sebagai alat k omunikasi dalam kehidupan manusia. Kampret Journal, 1(2), 1-10. MajorSteelLark28. (2022, June 17). kesan stratifikasi sosial dalam pendidikan.docx - Kesan Stratifikasi Sosial Dalam Pendidikan Apakah kesan stratifikasi sosial terhadap sekolah? 1 Berlaku. Course Hero. https://www.coursehero.com/file/154547726/kesan-stratifikasi-sosial-dalampendidikandocx/ Prinsip Rukun Negara : Maksud & Kepentingan. (n.d.). Ipendidikan. https://www.ipendidikan.my/rukun-negara.html 5 Main Social Functions of Education. (2023, September 22). Sintelly. https://sintelly.com/articles/social-functions-of-education/ Norshahera Zulkifli & Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff. (2022). Elemen-elemen sosiobudaya dalam kalangan masyarakat Boyandi Semenyih, Selangor. Jurnal Wacana Sarjana, 6(2), 1-13. https://journalarticle.ukm.my/19697/1/468-Article%20Text-673-1-10- 20220707.pdf Ahmad, Y., & Yusof, N. M. (2019). Kompetensi Kepelbagaian Budaya dalam kalangan Guru Pelbagai Etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan di Malaysia. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2(2), 1-13.


Idrul Hisham Ismail, Rosly Kayar, & Mohd Hanapiah Bin Khamis. (2024). Sosiologi dalam pendidikan. Local Publications. Rosfazila Abd Rahman. (2019). Kesepaduan sosiobudaya dalam kepelbagaian masyarakat majmuk. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 3(1), 44-50. http://journal.kuis.edu.my/jauhar/images/artikel/Jilid3bil1/07- _Dr_Rosfazila_Abd_Rahman-_KUIS.pdf


Click to View FlipBook Version