50 pihak sekolah telah menerima beberapa komputer baharu dari pihak kerajaan. Selain daripada itu, infrastruktur lain masih berada dalam keadaan baik dan ceria. Terdapat banyak tanaman dan pokok-pokok bunga yang menyerikan persekitaran sekolah. Keperluan bahan di dalam kelas juga lengkap dan susun atur kerusi dan meja juga mengikuti cara Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK21) walaupun masih terdapat kelas yang mengekalkan susun atur tempat duduk yang lama disebabkan oleh jumlah murid yang terlalu ramai dan ruang yang terhad. Dengan ini, saya membuat kesimpulan bahawa persekitaran pembelajaran memainkan peranan penting bagi memastikan murid selesa dan seronok untuk ke sekolah. Selain itu, sepanjang dua minggu di sini,pihak sekolah amat aktif melaksanakan pelbagai program yang bertujuan meningkatkan kemahiran murid dalam pelbagai bidang. Antara contoh program yang dilaksanakan ialah Program Bulan Science, technology, engineering, and mathematics (STEM) yang dianjurkan di bawah panitia Matemaik dan Sains. Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan seperti aktiviti menanam pokok, aktiviti membina sistem solar dan lain-lain lagi. Selain itu, terdapat juga program bersempana Bulan Bahasa Melayu dilakukan bagi meningkatkan kemahiran Bahasa Melayu murid-murid. Kesimpulannya, PBS ini telah memberikan saya banyak pengalaman dan pengetahuan mengenai budaya sekolah, organisasi sekolah serta cara untuk menjadi seorang guru yang berkualiti tinggi bagi mendidik anak bangsa pada masa hadapan. Pengalaman ini turut memberikan saya gambaran mengenai tugas-tugas yang perlu saya lakukan apabila telah bergelar seorang guru nanti. Hal ini menjadikan saya lebih bersedia menghadapi tugasan yang bakal diterima serta dapat menjadi seorang yang berkebolehan dalam banyak perkara.
51 LAMPIRAN REKOD TEMUBUAL BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH Temu bual bersama PK Pentadbiran Temu bual bersama PK HEM Temu bual bersama PK Kokurikulum Temu bual bersama guru Bahasa Melayu Murid menjawab borang soal selidik Temu bual bersama pengawal keselamatan
52 Temu bual bersama pengusaha kantin sekolah PROGRAM-PROGRAM YANG DILAKSANAKAN PIHAK SEKOLAH PELANCARAN BULAN STEM PROGRAM NILAM DAN KEMPEN GALAKAN MEMBACA
53 PROGRAM BULAN BAHASA MELAYU PROGRAM GEROBOK REZEKI PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
54 PROGRAM MISI SIHAT YAKULT 2023 “MURID SIHAT CEMERLANG SUKAN” PEMERHATIAN SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) OLEH GURU BAHASA MELAYU
55
56
57