The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hafizhah Zulkifli, 2023-08-26 23:49:54

ISU-ISU PENDIDIKAN

ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Isu-isu Pendidikan -


KEMAHIRAN ABAD 21 Finland Berteraskan perkembangan kendiri, identiti budaya & keantarabangsaan, kemahiran media & komunikasi, warganegara partisipatif, bertanggungjawab terhadap persekitaran, menitikberatkan kesihatan diri dan masa depan yang lestari. Singapura Individu yang mempunyai keyakinan diri, mengamalkan pembelajaran kendiri, menyumbang dengan aktif, & warganegara prihatin. Malaysia Murid yg seimbang, berdaya tahan, bersemangat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, patriotik, mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi & bekerja secara berpasukan.


Apa maklumbalas pihak industri mengenai kompetensi tenaga sumber manusia di Malaysia?


Contoh maklumbalas pihak industri mengenai kompetensi tenaga sumber manusia di Malaysia: “… graduan kurang dari segi soft skill seperti komunikasi, interpersonal, penguasaan bahasa asing… kita perlu melahirkan bakat tempatan bertaraf dunia”. "… pendidikan bukan melalui 9A atau 10A semata-mata (akademik), tetapi harus meliputi aspek kemahiran hidup, mengesan & menyelesaikan masalah serta berpengetahuan luas dan yang terpenting membentuk keperibadian mulia”. Tan Sri Dr Mustapha Kamal (2012


Contoh maklumbalas pihak industri mengenai kompetensi tenaga sumber manusia di Malaysia: "Anda boleh menjadi seorang graduan terbaik dari universiti yang terbaik, tetapi jika anda tidak boleh bercakap, tidak boleh berkomunikasi dengan pelanggan atau dengan ketua- bagaimana mereka akan tahu kebolehan anda berfikir? “Bagaimana anda boleh menerangkan sesuatu idea @ respon/bertindak balas dengan orang lain jika anda tidak menguasai kemahiran komuniksasi dengan berkesan dan …mungkin anda akan terpencil dan ketinggalan ". “…seorang graduan yang mempunyai kemahiran insaniah, bakat dan kemahiran berkomunikasi akan dapat menjaminkan kemajuan kerjayanya”. Niran Noor- Naib Presiden Perhubungan Pemegang Kepentingan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDec) – ucapan merasmikan program ICT dan Seminar Komunikasi UKM (2014)


Dasar & akta pendidikan 1. Penyata Razak (1956) – Perpaduan ++ 2. Rahman Talib (1960) - Perpaduan ++ 3. Akta Pendidikan 1961 – Perpaduan ++ 4. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1987) – IREJ 5. Akta Pendidikan 1996 – Dasar Liberalisasi pendidikanpembentukan budaya ilmu dan PSH. 6. PIPP (2006-2010)- BI/Linus/Nilai 7. PPPM (2013-2025)- BI/BM/Tek & Vok / Bertaraf dunia/PBS/PT3 /Holistik 8. IPT- Softskill/ Kemahiran Insaniah


ASPIRASI MURID & SISTEM PENDIDIKAN 7. PPPM (2013-2025): 6 Aspirasi Murid & 5 Aspirasi -sistem pend di Malaysia Aspirasi murid Aspirasi sistem Pengetahuan Akses (100% enrolmen- 2020) Kemahiran berfikir Kualiti (Negara di 1/3 teratas TIMSS & PISA- 15 thn) Kemahiran memimpin Ekuiti (50% pengurangan jurang pencapaian - Bandar & Luar Bandar , SSE, Gender) Kemahiran dwibahasa Perpaduan ( menawarkan perkongsian pengalaman & nilai serta menghargai kepelbagaian) Etika & kerohanian Kecekapan ( memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada) Identiti nasional


ASPIRASI - KPT 8. PPPM-KPT (2015-2025) ❑Transformasi pendidikan teknik & vokasional ❑Pembangunan modal insan


MATLAMAT PEMBANGUNAN MODAL INSAN RMK KE-11: Untuk memperkembang potensi diri, melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan membentuk ciri keperibadian & perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata dunia.


Konsep pendidikan, pembangunan modal insan & visi negara M’SIA WAWASAN Modal insan berkompetensi tinggi & bertaraf dunia NEGARA MAJU/ DST/ BERPENDAPATAN TINGGI DASAR DAN PELAKSANAAN PMI DLM ORGANISASI PENDIDIKAN KERAJAAN & SWASTA BERJAYA ? CABARAN GLOBALISASI


Teori Modal insan Teori Modal Insan (Human Capital Theory- Becker 1975) ❖Manusia merupakan modal yang jika pelaburan dibuat terhadapnya akan menghasilkan pulangan (perolehan). ❖Pelaburan yang dibuat ke atas manusia (buruh) akan menghasilkan modal insan yang boleh meningkatkan produktiviti. ❖Pekerja boleh meningkatkan produktiviti dengan mempelajari kemahiran baru (di samping mengukuhkan kemahiran sedia ada). ❖Kesan pelaburan modal insan akan meningkatkan pendapatan dan kesan positif (?) terhadap gaya hidup individu.


Teori Modal Insan (sambungan) ❖Aspek yang boleh meningkatkan produktivitiPendidikan, latihan, pengetahuan lain dan kesihatan. ❖Latihan (am/khusus)/pendidikan memberi kesan peningkatan pendapatan (gaya hidup individu). ❖Latihan/pendidikan tingkatkan kos tetapi akan berikan pulangan kemudian dengan peningkatan pendapatan diri (& pulangan kpd negara ?). ❖Pulangan dari kos yang dilabur akan ditunjukkan melalui peningkatan pendapatan dengan masa.


Teori Modal insan … sambungan ❖Kesihatan beri kesan terhadap pendapatan. Jadi, Pelaburan kesihatan boleh tingkatkan produktiviti. ❖Pengetahuan lain spt pengetahuan gaji, harga, sistem ekonomi, sistem masyarakat dan nilai juga pelaburan yang akan beri pulangan kepada individu. ❖Individu yang melabur untuk tingkatkan pengetahuan boleh meningkatkan ‘nilai’ diri mereka.


"Untuk membangunkan modal insan, kita mahu memberi ilmu pengetahuan yang secukupnya, kita mahu mendidik mereka menjadi bangsa yang berpekerti mulia, mempunyai hemah yang tinggi, berjiwa besar, cintakan negara dan mereka juga mempunyai kekuatan jasmani dan kekuatan rohani. Kita mestilah menjadi rakyat yang cintakan negara ini, rakyat yang bersemangat, bersedia bekerja dengan kuat, bekerja dengan rajin serta menjadi rakyat yang mengamalkan budi bahasa yang bermutu tinggi." (YAB Mantan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi perutusan beliau pada hari kemerdekaan ke-48, tahun 2005)


Pembangunan Insan Kerohanian Minda Fisiologikal


ISU/ CABARAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN 1) Akses (ruang & peluangmembangunpotensi/bakat/kemahiran: prasekolah hingga Sekolah Menengah) - Tiada prasekolah, kekangan jarak , SES, (2) Kualiti pendidikan (kpd setiap pelajar pelbagai latar belakang – PPPM 2013-2025 (KPM 2014). Masih ketinggalan dgn negara maju – tahap pemikiran aras tinggi (HOTS)- rendah (PISA & TIMMS). (3) Ekuiti- Masih terdapat jurang antara bandar & luar bandar.


ISU/CABARAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN 4. Pendidikan- Bina potensi holistik/seimbang/sepadu (imbangi daripada berorientasikan akademik & peperiksaan) - Vokasional/teknik (TVET) - STEM - PBS/ PT3 ? (Lebih holistik)


Isu/Cabaran PEMBANGUNAN MODAL INSAN Apa Implikasinya- jika pendidikan terlalu berorientasikan akademik/ peperiksaan ? Hanya golongan pelajar yg mempunyai orientasi minat & kebolehan akademik shj yg berpeluang menunjukkan kebolehan & bakat (Berjaya) & menerima pengiktirafan dlm sistem persekolahan (Amla 2010). Potensi pelajar tidak dapat dikembangkan secara menyeluruh (FPK, PPPM 2013-2025)


Isu/Cabaran PEMBANGUNAN MODAL INSAN 5. Sistem pendidikan membina perpaduan/nilai/moral/jatidiri/ pembinaan negara bangsa. Pelbagai kaum & agama. * SK, SJK (C & T), Sekolah Agama, DLL * SEKOLAH WAWASAN * RIMUP * keberhasilan & kemenjadian murid ? * Jati diri murid ?


6. Stigma orientasi Vokasional Teknik (bukan akademik) ❑ Pendidikan TVET dianggap pengajian kelas dua (Alimuddin 2011). ❑ Ditumpukan pd peringkat sijil & diploma, kurang di peringkat tinggi – menggambar nilai bidang tersebut lebih rendah berbanding akademik. ❑ Senario di M’sia sedang pesat berubah & giat dibangunkan ❑ Semakin berubah….Transformasi pesat dalam pendidikan vokasional- Penubuhan Kolej vokasional


7. Pelajar tidak minat akademik/ tidak layak & tidak ingin ke IPT * 70 % atau 390,000 pelajar lepasan SPM dan STPM yang tidak berminat menyambung pelajaran (Jabatan Perangkaan Malaysia (2019). * Dikaitkan dgn masalah sosial, ponteng, berisiko. * Program Penyelesaian ? – Kolej Vokasional, Kolej Komuniti & pusat latihan kemahiran


Menjadi Pendidik yang Berkesan Mempertingkatkan Profesionalisme Kemahiran dalam Penggunaan ICT Menjadi Pendidik Berkualiti Berpengetahuan, Berdaya Fikir dan Berakhlak. Menyedari Tanggungjawab: Ibu bapa/Masyarakat/ Rakan sejawat Berupaya Membuat Keputusan, Menyelesai Masalah serta Berfikiran Kritis dan Kreatif Cabaran Pendidik


Kesimpulan ❖Pembangunan modal insan bukan suatu usaha yang remeh dan boleh diambil mudah ❖bukan sebagaimana pembangunan material yang boleh dijangka secara jelas perkembangan dan kejayaan ❖mengetahui hakikat manusia yang merupakan sasaran pembaikan ❖Konsep “memanusiakan manusia”


Click to View FlipBook Version