The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jimondkhorrey, 2022-04-27 06:30:28

Halangan komunikasi dan isu keterampilan berbahasa

BM SK3 Tugasan 3 BMMB1134 Khorrey Jimond

Tugasan 3

BMMB1134 Keterampilan Berbahasa

KHORREY JIMOND PPISMP BM SK3

Kandungan

Muka surat
Penghargaan ………………………………………………………………………………………….……. . 1
1.0 Pengenalan…………………………………………………………………………………………….…. 2
2.0 Halangan Komunikasi………………………………………………………………………………….... 3

2.1 Maklum balas……………………………………………………………………….…... 4
2.2 Komunikasi sehala…………………………………………………………………….... 5
2.3 Penyampaian menerusi saluran kedua………………………………………............. 6
2.4 Gangguan emosi ……………………………………………………………………...... 7
2.5 Gangguan luaran ……………………………………………………………………….. 8
3.0 Isu Keterampilan berbahasa. ……………………………………………………………………........... 9
3.1 Isu bahasa ……………………………………………………………......................... 10
3.2 Isu budaya ……………………………………………………………………............... 11
3.3 Isu media sosial………………………………………………………………………… 12
4.0 Rumusan…………………………………………………………………………………………............. 13
Rujukan………………………………………………………………………………………………………... 14

Rajah
Rajah 1 ……….…………………………………………………………………………………………………. 3

Penghargaan

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan atas limpah kurnia-Nya saya dapat
menyiapkan tugasan 3 BMMB1134 Keterampilan Berbahasa ini dengan baik. Berkat tenaga yang diberikan
oleh Tuhan, saya dapat menyiapkan dan menghantar tugasan ini pada masa yang telah ditetapkan.

Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan ahli keluarga yang lain
atas sokongan dan doa yang diberikan sepanjang tempoh penyiapan tugasan 3 BMMB1134 Keterampilan
Berbahasa. Sokongan yang diberikan telah memotivasikan saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan baik
dan menghantar pada tempoh yang telah ditetapkan.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Arbiah Maddahiri selaku
pensyarah yang mengajar kursus BMMB1134 Keterampilan Berbahasa atas segala bimbingan dan tunjuk
ajar yang diberikan sepanjang tempoh penyiapan kerja kursus ini. Tunjuk ajar yang diberikan membolehkan
saya untuk lebih memahami kehendak soalan dan menghasilkan produk yang baik.

1

1.0 Pengenalan

Keterampilan ketika berkomunikasi dengan orang lain merupakan salah satu aspek yang
penting ketika berbicara. Keterampilan ketika berbahasa menunjukkan identiti kita
sebagai masyarakat Melayu. Menurut Dunn dan Goodnight (2011) dalam Haslina Halim
(2018), komunikasi adalah suatu proses yang melibatkan pengirim, penerima dan
pemahaman mesej.

Menurut Haslina Halim (2018), ramai beranggapan bahawa komunikasi
merupakan sesuatu yang mudah dilakukan tetapi proses berkomunikasi amat sukar
berkomunikasi. Hal ini disebabkan penguasaan kesantunan dan keterampilan dalam
berbahasa tidak diaplikasikan dalam kehidupan kita. Kesedaran tentang pengetahuan dan
kemahiran dalam berkomunikasi adalah aset yang amat penting dan kompetensi dalam
komunikasi amat berguna dalam hubungan interpersonal, sosial ataupun professional.
Oleh itu, keupayaan dalam berkomunikasi terutamanya pemilihan bahasa penting bagi
mengelakkan berlakunya pergaduhan yang diakibatkan oleh salah faham.

2

2.0 Halangan komunikasi

Komunikasi bukanlah hal asing lagi dalam diri kita kerana kita akan berinteraksi dengan
orang lain untuk mengetahui atau membincangkan tentang sesuatu perkara. Terdapat
beberapa halangan komunikasi yang mengganggu interaksi antara individu atau
kumpulan.

Halangan
komunikasi

2.1 Maklum 2.2 Komunikasi 2.3 Penyampaian 2.4 Gangguan 2.5 Gangguan
balas sehala menerusi saluran emosi luaran

kedua

3

2.1 Maklum balas

Antara halangan komunikasi adalah maklum balas. Maklum balas yang diterima
daripada penerima menunjukkan maklumat yang disampaikan, diterima dengan baik.
Dalam hal ini, maklum balas merupakan tindak balas penerima terhadap pesanan
yang telah dihantar. Sekiranya tiada maklum balas yang diterima, bererti maklumat
tersebut tidak diterima dan diketahui oleh penerima dengan baik. Contohnya, kita
bertanya khabar kepada penerima, sekiranya penerima tidak memberi respons,
bermaksud mesej tersebut tidak diterima oleh penerima. Ketiadaan maklum balas
daripada penerima menyebabkan komunikasi tersebut tidak berjalan dengan baik.
Selain itu, kita boleh memberi maklum balas dengan cara bertanyakan soalan atau
membuat ringkasan maklumat yang diperoleh daripada penutur. Oleh itu, jelaslah
bahawa salah satu halangan dalam berkomunikasi adalah berkaitan dengan maklum
balas.

4

2.2 Komunikasi sehala

Selain itu, halangan dalam berkomunikasi juga adalah disebabkan oleh
komunikasi sehala. Komunikasi sehala ini menyebabkan pengirim tidak
menerima apa-apa reaksi atau respons daripada penerima dan akhirnya
menyebabkan komunikasi itu tidak berjalan dengan lancar. Komunikasi
sehala ini banyak melibatkan penyampai atau pengirim dalam memberi
huraian, penjelasan atau penerangan kepada pendengar. Contohnya,
ceramah tentang kepentingan menjaga kesihatan yang disampaikan kepada
orang lain. Aktiviti ini melibatkan komunikasi sehala dan penyampai hanya
bertindak untuk menyampaikan maklumat tentang topik itu. Oleh itu,
komunikasi tidak akan berjalan dengan lancar sekiranya komunikasi sehala
berlaku kerana tidak ada respons daripada pendengar sepanjang komunikasi
itu berlaku.

5

2.3 Penyampaian menerusi saluran kedua

Seterusnya, penyampaian menerusi saluran kedua. Komunikasi menerusi saluran kedua
menyebabkan mesej tidak disampaikan dengan jelas dan tidak mengikut seperti yang
diinginkan oleh pengirim. Kadangkala, penyampai mesej selepas pengirim menokok tambah
mesej yang ingin disampaikan oleh pengirim. Perbuatan ini menyebabkan berlakunya salah
faham dan komunikasi yang dijalankan tidak berkesan. Contohnya, pengirim ingin
menyampaikan maklumat mengenai tugasan kerja kursus yang akan dihantar pada minggu
hadapan tetapi apabila menerusi saluran kedua, penyampai itu mengatakan bahawa tugasan
itu boleh dihantar pada minggu hadapan. Oleh itu, jelaslah bahawa komunikasi yang dijalankan
menerusi saluran kedua menjadi penghalang kepada komunikasi yang berkesan.

6

2.4 Gangguan emosi

Di Samping itu, gangguan emosi juga menjadi halangan dalam berkomunikasi. Hal ini
demikian kerana penerima menerima dan memahami mesej berdasarkan apa yang
dilihat dan didengar mengikut perasaan, keperluan dan kehendaknya. Contohnya,
pada waktu komunikasi tersebut, penerima berasa tertekan dengan maklumat yang
diterima dan terus membuat kesimpulan tentang maklumat itu dengan perasaan yang
marah. Sekiranya individu menerima mesej mengikut emosi, maka pengirim tidak lagi
dapat memberikan respons selepas penerima mengajukan pendapatnya. Oleh itu,
emosi yang dibawa ke dalam komunikasi antara individu menghalang untuk
menghasilkan komunikasi yang berjalan dengan lancar dan berkesan.

7

2.5 Gangguan luaran

Halangan komunikasi yang terakhir adalah gangguan luaran. Faktor luaran penerima
yang menyukarkan untuk mendengar dan melakukan proses komunikasi dengan
berkesan. Contohnya, bunyi bising yang terhasil daripada orang yang sedang memotong
rumput. Bunyi yang terlalu bising menyebabkan penerima tidak dapat mendengar dan
menerima mesej daripada pengirim dengan baik. Selain itu, penerima juga mungkin akan
membuat andaian sendiri mengenai mesej yang telah disampaikan. Apabila penerima
membuat andaian sendiri mengenai mesej itu, kemungkinan salah faham akan berlaku
disebabkan penerima mentafsir mesej itu dengan salah. Oleh itu, komunikasi yang
berkesan tidak akan berlaku sekiranya terdapat gangguan daripada luaran.

8

3.0 Isu Keterampilan berbahasa.

Isu mengenai keterampilan berbahasa menjadi bahan bualan bagi
sesetengah orang. Pada masa kini, terdapat beberapa isu berkaitan
keterampilan berbahasa iaitu isu bahasa, isu budaya dan isu media sosial.
Isu-isu ini semakin hangat diperkatakan masa kini lebih-lebih lagi dalam hal
menyuarakan pendapat melalui cara yang tidak betul.

9

3.1 Isu bahasa

Penggunaan bahasa merupakan aspek yang penting dalam proses komunikasi dengan orang
lain. Penggunaan bahasa yang salah akan menyinggung perasaan orang lain dan salah faham
akan berlaku antara individu. Contohnya, penggunaan kata-kata kesat dalam menegur orang
lain. Penggunaan kata-kata kesat ini juga boleh berpunca daripada persekitaran. Menurut
Colbert (1993) dalam Haslina Halim (2018), pelajar yang mengambil kelas perbahasan lebih
suka berhujah dan bersifat agresif secara verbal berbanding dengan mereka yang tidak
pernah terdedah dengan persekitaran. Hujah yang bersifat agresif boleh mengakibatkan
penggunaan bahasa yang kurang sopan dan menyakiti perasaan orang lain. Oleh itu, jelaslah
bahawa isu bahasa bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh oleh masyarakat.

10

3.2 Isu budaya

Menurut Suwardi Endraswara (2006) dalam Jessica Ong Hai Liaw dan Abdul Hamid Moiden (2020), istilah
budaya berasal daripada bahasa Latin iaitu “colere” yang membawa maksud kehidupan manusia yang sentiasa
memelihara dan melakukan pelbagai tindakan. Komunikasi yang melibatkan silang budaya merupakan
komunikasi yang melibatkan individu daripada latar belakang yang berbeza dari segi bangsa, etnik, bahasa,
agama, tahap pendidikan dan status sosial. Kemahiran komunikasi silang budaya penting agar
mempermudahkan kita untuk berkomunikasi dan bergaul dengan orang lain yang berbeza bangsa dan budaya
serta sentiasa mengawal bahasa yang digunakan. Pada masa sekarang, sesetengah masyarakat hidup
berkelompok dan menjauhi orang yang berbeza bangsa dan agama. Amalan seperti ini tidak baik dan boleh
mengakibatkan pergaduhan antara kaum. Contohnya, kelompok itu menggunakan bahasa yang kotor dan
menjatuhkan maruah seseorang individu. Penggunaan bahasa yang menjatuhkan maruah individu tersebut
menunjukkan hilangnya kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat masa kini. Oleh itu, sifat hidup
berkelompok haruslah dielakkan dalam menjalankan komunikasi dengan orang lain bagi mengelakkan
penggunaan bahasa yang kurang sopan dalam komunikasi.

11

3.3 Isu media sosial

Media sosial merupakan antara medium untuk menyampaikan atau meluahkan perasaan masyarakat.
Masyarakat zaman kini terutamanya remaja menggunakan media sosial seperti “Facebook” dan
“Twitter” untuk menyuarakan pendapat mereka mengenai sesuatu isu dengan emosi. Emosi yang
dibawa semasa menyuarakan pendapat mereka itu menyebabkan penggunaan bahasa pasar dan
kata-kata kesat yang tidak mencerminkan identiti orang Melayu yang mengamalkan kesantunan
berbahasa. Hal ini demikian kerana penggunaan media sosial dalam telefon pintar amatlah mudah dan
tidak memerlukan kos yang tinggi untuk menyuarakan pendapat sehingga masyarakat alpa akan
keterampilan berbahasa yang patut diterapkan semasa berkomunikasi dengan orang lain. Selain itu,
penggunaan bahasa rojak merupakan salah satu isu yang hangat diperkatakan dalam kalangan guru-
guru. Hal ini demikian kerana penggunaan bahasa rojak dapat menurunkan kualiti tatabahasa dalam
kalangan murid. Menurut Fahmy (2017) dalam berita Harian dalam Hidayah Shafiee et. al., (2019),
penggunaan bahasa rojak secara berleluasa oleh stesen televisyen dan penerbitan akan
membebankan tugas pendidik untuk memperbetulkan tatabahasa serta pemahaman bahasa Melayu
dalam kalangan pelajar. Hal ini menyebabkan penggunaan bahasa dalam kalangan murid semakin
teruk dan hilangnya kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi. Oleh itu, pihak yang berkenaan
haruslah mengambil tindakan untuk membendung isu penggunaaan bahasa dalam media sosial bagi
mengelakkan lebih ramai golongan muda yang menggunakan tatabahasa dengan salah.

12

4.0 Rumusan

Jelaslah bahawa komunikasi berkesan dapat dijalankan sekiranya tidak ada
halangan yang berlaku sepanjang proses komunikasi tersebut. Penggunaan bahasa
semasa bertutur haruslah dikawal dan ditapis serta tidak menyinggung perasaan
orang lain. Penggunaan bahasa yang kesat dan kotor perlu dielakkan daripada
digunakan dalam komunikasi dengan orang lain. Istilah-istilah yang baharu muncul
hanya menjadi ikutan tetapi masih membawa maksud yang sama walaupun kita
menggunakan bahasa yang sopan. Isu-isu terkini mengenai keterampilan berbahasa
juga haruslah diambil perhatian oleh semua orang agar tidak berleluasa dan dapat
melahirkan lebih ramai golongan yang matang dalam membuat keputusan.

13

Rujukan

Arfizawati Abd Hadi. (2017). Komunikasi berkesan dalam koperasi.
https://www.ikma.edu.my/images/dokumen/penerbitan/demensi/demensi-koop-
52/52-5.pdf

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2014). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan
Pustaka

Haslina Halim. (2018). Komunikasi dalam konteks budaya Malaysia. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Hasniza Hussain. (2020, Ogos 19). Media sosial medium murah, pantas suarakan pendapat.
https://www.sinarharian.com.my/article/96145/BERITA/Nasional/Media-sosial-
medium-murah-pantas-suarakan-pendapat

Hidayah Shafiee, Ahmad Fahmi Mahamood, Abdul Rahman & Abdul Rahman Abdul Manaf,
Tengku Kastriafuddin Shah Tengku Yaakob, Abdul Jalil Ramli, Zuraidi Ahmad
Mokhdzar, Jamsari Jamaluddin, Maskor Bajuri & Mohd Erpi Mohd Ali. (2019).
The Influence of Bahasa Rojak in New Media Towards the National Language.
International Journal of Law, Government and Communication, 4(15), 141-153.
http://dx.doi.org/10.35631/ijlgc.4150015.

14

Rujukan

Jessica Ong Hai Liaw & Abdul Hamid Moiden. (2020). Pertahan Komunikasi Silang Budaya.

https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1892954

Mohd Azul Mohamad Salleh, Kamaliah Basir, Ali Salman & Nik Hairi Omar. (2018). Prosiding

Konvensyen Kepengetuaan dan Felo Penghuni Kolej Kediaman Universiti Awam

Kebangsaan 2018. ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/

335292193_Media_Sosial_Dalam_Transformasi_Sistem_Penyampaian_Dan_Kualiti_Makl

umat_Kolej_Kediaman

Sayed Mahussain Sayed Ahmad & Fathiah Mustaffa. (2017). Kemahiran berkomunikasi secara

berkesan dalam kalangan pelajar sarjana muda sains serta pendidikan (Pengajian Islam).

http://eprints.utm.my/id/eprint/10430/1/KEMAHIRAN_BERKOMUNIKASI_SECARA_BERK

ESAN_DALAM_KALANGAN_PELAJAR_SARJANA_MUDA_SAINS_SERTA_PENDIDIKA

N.pdf

15

Sekian

CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo,
including icons by Flaticon, and infographics & images by Freepik


Click to View FlipBook Version