The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KUMPULAN 6:
1) Ayu Natasharrina binti Basir
2) Khorrey Jimond
3) Mohd Syarfiee Izanie bin Kelana
4) Raani Glory Caladius

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jimondkhorrey, 2022-05-22 23:42:02

BM SK3 TUGASAN 2 BMMB1144

KUMPULAN 6:
1) Ayu Natasharrina binti Basir
2) Khorrey Jimond
3) Mohd Syarfiee Izanie bin Kelana
4) Raani Glory Caladius

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
KOTA KINABALU, SABAH

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)

NAMA PELAJAR [BM SEKOLAH RENDAH]
(AMBILAN JUN 2021)
KERJA KURSUS
SEMESTER 2, TAHUN 1
SESI JAN - JUN 2022

: 1) Ayu Natasharrina binti Basir

2) Khorrey Jimond

3) Mohd Syarfiee Izanie bin Kelana

4) Raani Glory Caladius

NO KAD PENGENALAN : 1) 030430-12-0318
2) 031121-12-0052
3) 030407-13-1043
4) 031107-12-0240

ANGKA GILIRAN : 1) 2021072310055
2) 2021072310061
3) 2021072310073
4) 2021072310079

KUMPULAN/UNIT : PPISMP BM SK3
KOD/NAMA KURSUS
: BMMB1144 KESANTUNAN BERBAHASA
TAJUK TUGASAN TUGASAN 2

TARIKH MULA Penghasilan Produk
TARIKH HANTAR (30%)

19/4/2022

10/5/2022

NAMA PENSYARAH : PN. KHADIJAH ADENAN
JABATAN/UNIT : JABATAN PENGAJIAN MELAYU

Dengan ini saya mengaku bahawa sayatelah TANDATANGAN TARIKH
10/5/2022
menerima maklum balas dari pensyarah

kerja kursus ini dan saya telah merujuk dan
memahaminya.

Pelajar Menerima Maklumbalas Hasil Tugasan: (diisi selepas menerima gred dan
maklumbalas daripada pensyarah)

Skrip Pengacaraan Majlis Sambutan Hari Guru
Peringkat Sekolah Kebangsaan Mutiara Tahun 2022

Bil. Teks Pengacara Catatan.

Ketibaan tetamu jemputan
1.

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Encik Syarfiee
Izanie bin Kelana, Pengerusi PIBG SK Mutiara bagi tahun
2022/2023, diiringi oleh Yang Berusaha Puan Ayu
Natasharrina binti Basir, Guru Besar SK Mutiara,

Encik Azman bin Kamarul, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran, Encik Raju Singh, Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid, Encik Hasri bin Yunus, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum,

barisan ketua-ketua panitia, guru-guru Cemerlang SK
Mutiara dan barisan AJK PIBG SK Mutiara.

Nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan lagu
2. sekolah.

Hadirin yang dihormati sekalian,
Marilah kita bersama-sama berdiri untuk menyanyikan lagu
Negaraku, Sabah Tanah Airku dan lagu sekolah dengan
penuh rasa hormat dan bersemangat.

(Nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan lagu
sekolah)

Para tetamu kehormat, dif-dif jemputan dan para hadirin
sekalian dipersilakan duduk.

Persembahan tarian sambut tamu. 3
3.

Hadirin yang dihormati sekalian,
Marilah kita sama-sama menyaksikan tarian sambut tamu
yang akan dipersembahkan oleh kumpulan pelajar tahun 5
dibawah bimbingan cikgu Kelly.

(Tarian Sambut tamu)

Kota Pamol indah terbentang,
Destinasi pelancaran majlis bermakna,
Demikianlah persembahan selamat datang,
Ceriakan sambutan serikan suasana.

Demikianlah tadi persembahan yang menarik daripada
pelajar tahun 5 SK Mutiara sebagai tanda selamat datang
untuk menyambut pemimpin yang berwibawa yang
disampaikan melalui bakat dan kreativiti pelajar.

4. Ucapan alu-aluan pengacara majlis.
Adat kita menyambut tetamu,
Salam dihulur mesra bertamu,
Hamparkan tikar lebarkan pintu,
Pemanis bicara aluan didahulu.

Yang Berbahagia Encik Syarfiee Izanie bin Kelana,
Pengerusi PIBG SK Mutiara bagi tahun 2022/2023, Yang
Berbahagia Puan Ayu Natasharrina binti Basir, Guru Besar
SK Mutiara,

Azman bin Kamarul, Guru Penolong Kanan, Raju Singh,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Hasri bin Yunus,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Yang Dihormati barisan ketua-ketua panitia, guru-guru
Cemerlang SK Mutiara, Barisan AJK PIBG, seterusnya para
pelajar yang dikasihi sekalian.

Selamat pagi dan selamat datang ke majlis sambutan hari
guru peringkat sekolah bagi tahun 2022.

Bersyukur kita ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia-Nya dapat kita bersama-sama meraikan sambutan
hari guru peringkat sekolah tahun 2022 pada pagi ini.

5. Bacaan doa

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Tangan ditadah penuh inayah,
Majlis dibuka penuh rahmat,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga majlis senantiasa selamat.

Dengan itu, dijemput Ustaz Mohd Saufi bin Hidayat untuk
memimpin bacaan doa.

(Bacaan doa)

Amin-amin ya robbal a’lamin. Majlis merakamkan
setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Ustaz Mohd Saufi
bin Hidayat atas pimpinan doa sebentar tadi.

6. Ucapan wakil pelajar SK Mutiara

Sebagai pembuka tirai ucapan Majlis Sambutan Hari Guru
peringkat SK Mutiara tahun 2022, majlis mempersilakan
wakil pelajar SK Mutiara, saudari Raani Glory Caladius untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

(Ucapan wakil pelajar)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudari
Raani Glory Caladius atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.

7. Ucapan Guru Besar dan Pengerusi PIBG SK Mutiara.

Bukan keris kalau tanpa ulunya,
Bukan majlis kalau tanpa ucapannya.

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Puan Ayu
Natasharina binti Basir, Guru Besar SK Mutiara untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan dan amanat kepada
pelajar.

(Ucapan guru besar)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru besar
SK Mutiara kerana sudi untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang selisih,
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Meneruskan agenda kita pada pagi ini, majlis dengan penuh
takzim mempersilakan Yang Berbahagia Encik Mohd
Syarfiee Izanie bin Kelana, Pengerusi PIBG SK Mutiara
tahun 2022/2023 untuk menyampaikan ucapan sekaligus
merasmikan majlis sambutan hari guru peringkat sekolah
tahun 2022.

(Ucapan Pengerusi PIBG)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang
Berbahagia Encik Mohd Syarfiee Izanie bin Kelana,
Pengerusi PIBG SK Mutiara tahun 2022/2023 kerana sudi
menyampaikan ucapan sebentar tadi.

8. Pelancaran gimik sambutan hari guru.

Hadirin yang dimuliakan,

Seterusnya, majlis menjemput Yang Berbahagia Encik Mohd
Syarfiee Izanie bin Kelana, Pengerusi PIBG SK Mutiara
tahun 2022/2023 untuk kekal di atas pentas bagi
menyempurnakan gimik pelancaran Sambutan Hari Guru
Peringkat sekolah tahun 2022 dan diiringi oleh Guru Besar
dan Penolong-penolong kanan SK Mutiara.

(Gimik Pelancaran)

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Pengerusi
PIBG, guru besar dan penolong-penolong kanan SK Mutiara
kerana sudi menyempurnakan gimik pelancaran Sambutan
Hari Guru Peringkat sekolah 2022. Dengan gimik
persembahan tadi, maka rasmilah sudah sambutan hari guru
peringkat sekolah tahun 2022.

Untuk makluman hadirin dan hadirat sekalian, gimik
pelancaran hari guru sebentar tadi merupakan idea asli
daripada pelajar tahun 6.

9. Persembahan tarian

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebagai halwa mata dan telinga, terimalah persembahan
tarian daripada pelajar-pelajar kelab tarian SK Mutiara di
bawah bimbingan Puan Kezra.

(Tarian)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas tarian yang
begitu menarik sebentar tadi.

10. Bacaan Ikrar dan Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia.

Hadirin yang dihormati sekalian,
Ketulusan guru memikul amanah
Keikhlasan guru melunas tanggungjawab
Sudah tersimpan janji
Sudah terpasak ikrar
Sebati dalam diri setiap guru berhati waja
Mendidik bangsa membina negara

Bagi meneruskan majlis pada pagi yang mulia ini, majlis
mempersilakan guru-guru naik ke atas pentas untuk
melafazkan ikrar guru dan seterusnya menyanyikan lagu
Kami Guru Malaysia.

Pihak majlis juga memohon kerjasama hadirin untuk berdiri
sebagai tanda penghormatan atas komitmen jitu warga
pendidik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab
terhadap profession perguruan.

Dijemput wakil guru, Encik Sabri bin Yusuf untuk mengetuai
bacaan ikrar guru.

(Ikrar guru)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas lafaz ikrar guru
sebentar tadi. Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu
Kami Guru Malaysia.

(Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia).

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas lafaz ikrar dan
nyanyian lagu Kami Guru Malaysia sebentar tadi.

11. Penyampaian hadiah kepada guru-guru.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah sebagai
tanda terima kasih kepada guru-guru atas jasa yang telah
dicurahkan sepanjang tempoh berkhidmat di sekolah ini.
Dengan itu, majlis dengan sukacitanya menjemput Guru
Besar SK Mutiara, Puan Ayu Natasharina binti Basir diiringi
oleh Encik Azman bin Kamarul, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran untuk menyampaikan hadiah kepada guru-guru.

(Penyampaian hadiah kepada guru-guru).

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar
SK Mutiara, Puan Ayu Natasharina binti Basir kerana sudi
menyampaikan hadiah kepada guru-guru.

12. Tayangan video.
Hadirin yang dimuliakan,
Marilah kita bersama-sama menyaksikan tayangan video
sempena Sambutan Hari Guru Peringkat SK Mutiara 2022
yang dihasilkan oleh gabungan tenaga berbakat guru dan
pelajar di bawah bimbingan Puan Camelia dan Encik Safri.
(Tayangan video)

Terima kasih diucapkan kepada para pelajar dan guru atas
kesudian menghasilkan video yang sangat bermakna
sebentar tadi.

13. Acara Sukaneka
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Majlis menjemput tetamu kehormat, guru besar, guru-guru,
para pelajar dan ibu bapa yang hadir pada pagi ini untuk
bergerak ke padang sekolah bagi sama-sama memeriahkan
acara sukaneka.

14. Balik ke dewan untuk meneruskan majlis

Hadirin yang dihormati sekalian,

Seterusnya, majlis menjemput Pengerusi PIBG SK Mutiara,
Encik Mohd Syarfiee Izanie bin Kelana diiringi oleh Puan Ayu
Natasharina binti Basir, Guru Besar SK Mutiara dan Encik
Azman bin Kamarul, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
untuk menyempurnakan penyampaian hadiah kepada
pemenang bagi gelaran guru.

(Penyampaian hadiah gelaran guru dan hadiah sukaneka)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohd
Syarfiee Izanie bin Kelana atas kesudian untuk
menyampaikan hadiah kepada para guru yang telah
memenangi beberapa gelaran.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Encik Raju Singh,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid diiringi oleh Encik
Hasri bin Yunus, Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang acara
sukaneka yang berlangsung sebentar tadi.

(Penyampaian hadiah sukaneka).

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Raju
Singh atas kesudian untuk menyampaikan hadiah kepada
para pemenang acara sukaneka.

15. Persembahan nyanyian

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Seterusnya majlis mempersilakan pelajar tahun 6 SK Mutiara
untuk mempersembahkan persembahan nyanyian yang
bertajuk “You Raise Me Up” bimbingan Puan Kezra.

(Persembahan nyanyian)

Demikianlah tadi persembahan nyanyian pelajar tahun 6.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas nyanyian yang
begitu indah.

16. Ucapan penutupan pengacara

Guru umpama lilin
Membakar diri menerangi hidup insan
Cintanya pada peradaban
Kasihnya pada anak watan
Setianya pada perjuangan
Kekal meniti zaman
Jasanya tetap dikenang
Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
Terima Kasih Cikgu

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang
Berbahagia Encik Mohd Syarfiee Izanie bin Kelana, atas
kesudian merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat SK
Mutiara 2022.

Tiada kata secantik bahasa,
Hendak diluah segala rasa,

Sempurna sudah majlis bermakna,
Pasti dikenang sepanjang masa.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua AJK
Sambutan Hari Guru Peringkat SK Mutiara 2022

Tersilap tersalah harap diampun
Terkasar bahasa maaf dipohon

Selamat Hari Guru dan Salam Sejahtera.

17. Sesi bergambar dan jamuan

Dipersilakan Yang Berbahagia Encik Mohd Syarfiee Izanie
bin Kelana, tuan guru besar dan guru-guru untuk sama-sama
berada di hadapan pentas untuk sesi bergambar.

Selepas sesi bergambar, semua tetamu jemputan dan
guru-guru dijemput untuk menikmati hidangan jamuan yang
disediakan di bilik gerakan SK Mutiara.

Para pelajar diminta untuk kekal berada di dalam dewan
untuk pengumuman seterusnya.

Terima Kasih.

Teks Ucapan Wakil Pelajar Sekolah Kebangsaan Mutiara

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berbahagia, Encik Mohammad
Syarfiee selaku Pengerusi PIBG SK Mutiara bagi tahun 2022, diiringi oleh Yang Berusaha
Puan Ayu Natasharina binti Basir, Guru Besar SK Mutiara, Encik Azman bin Kamarul, Guru
Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Raju Singh, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Encik Hasri bin Yunus, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, barisan ketua-ketua panitia,
guru-guru Cemerlang SK Mutiara dan barisan AJK PIBG serta rakan seperjuangan saya.
Ribuan terima kasih kepada pengacara majlis kerana telah memberikan saya peluang untuk
berucap sempena Hari Guru pada tahun ini.

Saya Raani Glory Caladius, sebagai wakil murid, ingin mengucapkan selamat
menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini. Hadirin sekalian, Hari ini
merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan
menghargai jasa guru. Lantaran itu, sebagai seorang murid, marilah kita menghargai dan
mengingati jasa guru.

Rakan-rakan sekalian,

Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga kita dapat mencapai
kejayaan haruslah kita sanjung. Kesabaran dan kesungguhan mereka mendidik kita amatlah
besar nilainya. Seharusnya jasa itu dikenang sepanjang hayat. Guru tidak pernah jemu
mengajar kita supaya kita dapat membaca, menulis dan mengira. Bukan itu sahaja, pelbagai
sudut guru membantu kita. Guru juga merupakan pengganti ibu bapa kita di sekolah. Oleh itu,
kita mestilah menghormati guru. Segala nasihat dan tunjuk ajar guru mestilah kita dengar dan
patuhi. Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat dan bimbingan mereka. Guru banyak
berkorban masa demi masa depan kita, jadi kita sebagai murid haruslah menghargai
pegorbanan ini dengan sentiasa menghadirkan diri ke sekolah setiap hari tanpa ada alasan
ponteng dalam diri.

Rakan-rakan sekalian,

Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar
sehingga kita berjaya. Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita fahami dalam
pelajaran. Oleh itu, guru merupakan pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita
di sekolah. Oleh kerana itu mengapa kita tidak mengambil peluang ini semasa di sekolah.
Berikan tumpuan sepenuhnya dalam pembelajaran nescaya ilmu yang diberikan guru
merupakan sesuatu yang sukar kita dapati ditempat lain.Tumpukan Perhatian ketika waktu
pembelajaran sedang berjalan dan kurangkan berbual kosong semasa guru mengajar. Boleh
atau tidak kawan-kawan?

Wahai para guru yang kami sayangi,

Jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan
sabar. Jasamu sungguh bererti kepada kami semua. Terima kasih, cikgu. Saya akhiri ucapan
saya ini dengan serangkap pantun:

Istana kota sebelas langkat,

Tempat baharu Nakhoda Pekan,

Sama kata sama sepakat,

Hari guru mari raikan

Sebelum mengakhiri ucapan saya, saya menjemput rakan-rakan seperjuangan saya untuk
mengucapkan Terima Kasih Cikgu.

Sekian, terima kasih

Teks Ucapan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mutiara

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmahtullah hiwabarakatuh.

Yang Berbahagia, Encik Mohd Syarfiee Izanie Bin Kelana, Yang DiPertua PIBG SK Mutiara
bagi tahun 2022/2023 yang juga merupakan tetamu kehormat pada Sambutan Hari Guru SK
Mutiara,

Yang Berusaha, Encik Azman bin Kamarul, Guru Penolong Kanan, Encik Raju Singh, Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Hasri bin Yunus, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum,

Yang Dihormati barisan guru-guru Kanan Matapelajaran, Guru-guru Cemerlang SK Mutiara,
Barisan AJK PIGB dan seterusnya para pelajar Yang Dikasihi sekalian.

Sebelum saya memulakan ucapan saya, pertama sekali marilah kita bersama-sama
melafazkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan kurnia-Nya
dapat kita bersama-sama berkumpul untuk meraikan dan memeriahkan lagi Sambutan Hari
Guru Peringkat Sekolah bagi tahun 2022 ini dalam suasana yang sangat ceria dan harmoni.
Lebih-lebih lagi sambutan sebegini tidak dapat dilakukan pada dua tahun terakhir akibat
pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

“Guru Tunjang Sekolah Sejahtera,” merupakan tema Sambutan Hari Guru 2022. 16 Mei
merupakan tanggal yang sangat istimewa bagi semua warga pendidik kerana pada tarikh ini
secara rasminya dijadikan sebagai hari guru bagi memperingati semua jasa dan pengorbanan
warga pendidik yang telah mendidik anak bangsa kita. Sambutan hari guru yang

sememangnya diadakan pada setiap tahun menjadi cara mengimbau kembali
kenangan-kenangan yang berlaku terhadap guru-guru yang telah dengan berani menerima
kepercayaan dan menggalas tanggungjawab bagi mengajar anak bangsa yang merupakan
generasi pewaris yang akan menjadi pemimpin negara pada masa akan datang. Di samping
itu, kerjaya sebagai seorang guru juga adalah sangat dipandang tinggi dan mulia oleh
masyarakat kerana mereka mengetahui bahawa penting seorang guru dalam kehidupan.
Penghormatan yang diberikan ini menunjukkan betapa tingginya harapan dan kepercayaan
kepada seorang guru yang berkomitmen dalam memastikan perkembangan dan potensi
murid bagi masa depan murid yang cerah. Maka, amat wajar jika sambutan hari guru yang
diraikan hanya setahun sekali ini pada 16 Mei setiap tahun diberikan keistimewaan bagi
menghargai insan yang bergelar guru.

YDP PIBG dan para hadirin yang dikasihi sekalian,

Guru amatlah berpeluang dalam mempengaruhi dan merubah pemikiran murid, R Smith
pernah berkata berilah peluang kepadaku untuk mengubah pelajaran nescaya aku akan
berjanji untuk mengubah alam. Hal ini menunjukkan betapa besarnya perubahan guru dan
perubahan yang boleh dilakukan oleh seorang guru terhadap murid-murid. Tambahan pula,
Imam Al Ghazali pernah berkata bahawa hak seorang guru adalah lebih besar daripada hak
seorang bapa. Hal ini kerana ibu bapa merupakan sebab murid lahir ke dunia sedangkan
guru menjadi menjadi sebab murid itu memperoleh ilmu dalam hidup yang kekal abadi. Tanpa
seorang guru yang bermotivasi tinggi untuk mendidik murid-murid maka tiada apa yang akan
mereka perolehi di dalam hidup mereka, mungkin juga hidup mereka akan hancur. Guru
memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan sahsiah murid di sekolah kerana
di sekolah mereka akan belajar tentang nilai-nilai murni yang baik dan positif yang perlu
diterapkan dalam hidup mereka. Secara tidak langsung murid akan mempunyai peribadi yang
mulia tidak kira di mana juga mereka berada.

Hadirin sekalian,

Saya yakin dan pasti bahawa kalian sedar murid-murid ini merupakan pewaris dan harapan
negara bak kata peribahasa pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara yang akan
melaksanakan impian-impian kita yang belum tercapai bagi negara tercinta ini. Dengan ini,
saya menyeru kepada para hadirin untuk bersama-sama kita meningkatkan dan memperbaiki
kualiti hidup kita ke arah yang lebih sihat dan positif agar sifat tersebut dapat ditanam dalam
diri murid dari awal lagi. Hal ini kerana tanpa hidup yang sihat semua impian akan sukar
untuk dikecapi dan dicapai malahan akan menurunkan motivasi murid. Kehidupan yang sihat
yang dimaksudkan bukan hanya sihat dari tubuh badan atau fizikal tetapi juga sihat dari segi
mental yang sangat penting pada masa kini. Kesihatan mental penting kerana murid-murid
perlu menghadapi berbagai rintangan dan juga cabaran. Oleh itu, marilah kita sama-sama
bekerjasama dan saling bergandingan dalam memastikan murid-murid berada dalam
keadaan baik bagi memastikan masa depan negara akan menjadi maju kerana usaha masa
kini adalah penting bagi masa depan. Akhir kata saya ingin mengucapkan Selamat Hari Gruru
kepada semua guru yang bersusah payah mendidik dan mengajar. Saya akhiri ucapan saya
dengan rangkap sajak daripada Usman Awang, Guru Oh Guru.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Sekian, terima kasih.

Teks Ucapan Perasmian YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Mutiara

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh,

Yang Dihormati Puan Guru Besar SK_ Ayu Natasharrian BintI Basir,

Yang Berusaha, Encik Azman bin Kamarul, Guru Penolong Kanan, Encik Raju Singh, Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Hasri bin Yunus, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum,

Yang Dihormati barisan guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-guru Cemerlang SK_, Barisan
AJK PIGB dan seterusnya para pelajar Yang Dikasihi sekalian.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan rahmat dan limpah kurnia-Nya
dapat kita berhimpun pada hari ini untuk sama-sama menyambut perayaan Hari Guru
Peringkat Sekolah bagi tahun 2022 ini. Sambutan Hari Guru ini merupakan sambutan yang
penting kerana merupakan tanda penghargaan tertinggi bagi guru yang telah
menyumbangkan tenaga, masa dan banyak lagi bagi mendidik anak bangsa. Dengan ini,
sempena hari yang sangat bermakna ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada semua guru di seluruh negara kerana kerana jasa dan sumbangan bakti yang telah
diberikan.

“Guru Tunjang Sekolah Sejahtera” merupakan tema sambutan pada kali ini amat bertepatan
dengan suasana sekolah yang sememangnya memerlukan guru untuk mengawal dan
menceriakan sekolah. Sehubungan itu, guru amat memainkan peranan penting bagi
membentuk akhlak murid-murid agar menjadi insan yang berguna dan berkeperibadian
unggul .Tambahan pula, pada era globalisasi ini yang semakin mengejar kemajuan tekonologi

dan mementingkan material murid-murid perlulah dilatih dan diterapkan dengan akhlak dan
nilai murni yang positif agar tidak mudah terpesong daripada landasan yang benar. Hal ini
kerana murid-murid ialah modal insan yang perlu dijaga dan dilatih dengan sepenuh
perhatian.

Tanpa kita sedari tugas seorang guru bukanlah tugas yang mudah untuk dijalankan. Perkara
ini jelas apabila setiap harapan dan kepercayaan diberikan sepenuhnya oleh ibu bapa kepada
guru-guru di sekolah bagi mendidik anak mereka agar menjadi cerdik pandai pada masa akan
datang. Malahan setiap permasalahan yang berlaku serong dituding jari kepada guru tanpa
mengetahui betapa sukarnya menggalas bebanan yang diberikan. Namun demikian, para
guru di luar sana tetap bertekad dan bersemangat dalam mendidik pewaris negara yang akan
memimpin dan membangun negara ini.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Tanpa seorang guru nilai-nilai murni seperti sifat amanah, jujur, bersopan-santun, berbudi
pekerti dan berintegriti amatlah sukar untuk diterapkan dalam diri murid-murid. Lebih-lebih
lagi akhlak dan peribadi yang mulia adalah sangat ditekankan oleh semua agama dan
kepercayaan. Tugas mendidik dan mengajar bukanlah satu perkara yang mudah, malahan
untuk mengawal sekelas murid sahaja memerlukan usaha dan mentaliti yang kuat dalam diri
seorang guru. Guru juga perlu berhadapan dengan murid-murid yang mempunyai pelbagai
telatah dan kerenah serta latar belakang yang berbeza-beza. Jelaslah bahawa kerjaya
sebagai seorang guru bukanlah mudah namun memerlukan pengorbanan yang tinggi.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

Saya yakin dan percaya profesion keguruan memerlukan komitmen yang tinggi dan
memerlukan perubahan dinamik. Maka seorang guru yang profesional adalah guru yang
mempunyai pelbagai kemahiran, berketerampilan dan berilmu pengetahuan yang luas dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Para guru juga mestilah mempunyai sahsiah yang baik

dan boleh menjadi contoh teladan kepada murid-murid. Usaha seorang guru dalam mendidik
murid-murid akan dapat dibayar dengan kejayaan-kejayaan yang diperoleh murid-murid. Hal
ini menunjukkan segala pengorbanan dan lelah mengajar telah berjaya. Seorang guru tidak
mengharapkan apa-apa balasan melainkan kejayaan murid-murid yang telah dididik dan
diajar dengan penuh kasih dan saya. Murid-murid juga hendaklah menghormati dan
menyayangi guru serta berusaha sebaiknya menggapai kejayaan dalam hidup mereka.

Akhir kata saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada insan yang bergelar
guru dan warga pendidik. Ungkapan atau panggilan keramat guru atau cikgu akan sentiasa
meniti di bibir murid-murid malahan masyarakat hingga ke akhir hayat seorang guru. Saya
berharap para guru akan sentiasa menjadi penyuluh dan pembakar semangat murid-murid
dalam memartabatkan ilmu dan membina sahsiah dan peribadi yang unggul.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, sukacitanya saya merasmikan Sambutan Hari Guru
Peringkat Sekolah SK Mutiara Tahun 2022. Selamat Hari Guru, Terima Kasih, Cikgu. Jasamu
akan ku kenang selalu. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum
warahmahtullahi wabarakatuh.

Gaya kesantunan berbahasa yang terdapat dalam teks :

Peribahasa - Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
Sistem sapaan - Encik Mohd Syarfiee Izanie Bin Kelana

Kesantunan berbahasa yang terdapat dalam teks :

Binaan ayat - Lebih-lebih lagi sambutan sebegini tidak dapat dilakukan pada dua tahun terakhir
akibat pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia. (Binaan ayat yang lengkap)

Binaan kata - Guru

Ejaan dan tanda baca - “Guru Tunjang Sekolah Sejahtera,” merupakan tema sambutan Hari
Guru Tahun 2022 (ada tanda baca iaitu tanda pengikat kata, tanda koma, dan tanda noktah).

Sistem bahasa yang terdapat dalam teks :

Gelaran pergaulan formal - Yang Berusaha Puan Ayu Natasharrina Binti Basir, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Mutiara. Mengikut protokol panggilan hormat, kata panggilan bagi Guru
Besar adalah Yang Berbahagia.

Isu kesantunan berbahasa yang terdapat dalam teks :

Isu bahasa - Azman bin Kamarul, Guru Penolong Kanan, Raju Singh, Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid, Hasri bin Yunus, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
(Sepatutnya ada gelaran pergaulan formal dan juga sistem sapaan seperti Yang Dihormati dan
Encik)

Memulakan dan mengakhiri percakapan - Berdasarkan teks, terdapat kata-kata hormat kepada
hadirin iaitu selamat pagi dan ucapan terima kasih kepada individu yang berucap ,
menyampaikan dan menerima hadiah.


Click to View FlipBook Version