1.1 Tugas dan Tanggungjawab
1.1.1 Setiausaha Kokurikulum
a. Memanggil mesyuarat dan meminta Penolong Kanan Kokurikulum mempengerusikan mesyuarat
dengan semua guru penasihat persatuan, kelab, sukan, permainan dan unit beruniform pada awal
tahun untuk merangka dan menggubal jadual perjumpaan.
b. Mengada dan menyusun program aktiviti tahunan gerak kerja kokurikulum bagi menentukan bahawa
rancangan itu berjalan lancar.
c. Meneliti semua program aktiviti yang dirancangkan itu dapat dilaksanakan secara praktikal dan baik.
d. Mengumpulkan laporan aktiviti tahunan bagi tiap-tiap gerak kerja kokurikulum dan menyerahkannya
kepada Penolong Kanan Kokurikulum.
e. Menyedia dan mengedarkan Buku Rekod Kegiatan Kokurikulum kepada guru-guru penasihat untuk diisi
dan disahkan.
f. Memungut buku-buku yang telah lengkap diisi pada akhir tiap-tiap penggal untuk disemak dan
diserahkan kepada guru-guru kelas sebagai rujukan.
g. Menyediakan laporan kemajuan untuk dimasukkan ke dalam sijil berhenti sekolah pada akhir tahun.
h. Menyelaraskan penggunaan dewan dan padang sekolah untuk kegunaan semua yang ada di sekolah.
i. Bertindak sebagai penyelaras lawatan atau rombongan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dari masa
ke semasa.
1.1.2 Setiausaha Sukan
Setiausaha sukan adalah salah satu tugas yang amat penting dalam menjayakan kegiatan sukan di mana-mana
sekolah jua. Pada amnya, setiausaha sukan bertanggungjawab dalam melaksanakan segala program sukan
sekolah, membimbing latihan, menyelaras olahraga, permainan, sukan antara kelas, rumah, sekolah dan
sebagainya. Ia bertindak sebagai penasihat dan bertanggungjawab dalam pengelolaan, pengurusan,
perancangan, kewangan, penglibatan pelajar, membuat penilaian di samping menjadi sebagai penggerak untuk
memperkembangkan minat mereka dalam bidang sukan dan permainan. Tugas-tugas setiausaha sukan yang lain
adalah seperti berikut :
a. Menyelaras semua permainan antara sekolah dengan Majils Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia.
b. Menyelaras semua sukan dan sukan antara pasukan yang ada di peringkat sekolah.
c. Menyelaras semua kegiatan sukan dan permainan antara rumah-rumah yang ada di sekolah.
d. Berhubung dengan pengerusi majlis sukan untuk mengadakan mesyuarat dengan guru-guru sukan dan
permainan, rumah dan jawatankuasa pelajar.
e. Menyediakan anggaran perbelanjaan sukan dan permainan tahunan dan membuat pesanan terhadap
peralatan yang diperlukan oleh sekolah.
f. Menyediakan jadual latihan untuk semua jenis sukan dan permainan dengan guru bertugas dan
menetapkan hari, masa dan tempat latihan.
g. Menyelaraskan semua acara sukan dan permainan sebelum dan sehingga hari sukan dan permainan.
h. Mengurus dan menyediakan gelanggang, padang dan tempat-tempat pertandingan dan memastikan
semuanya berada dalam keadaan baik dan mengikut peraturan sebelum hari perlawanan.
i. Menyemak dan menyelaraskan urusan permohonan wang pendahuluan untuk membeli pakaian
pemain-pemain pasukan sekolah dan peralatan persendirian para peserta sukan dan permainan.
j. Mendapatkan pengadil bagi pertandingan peringkat majlis sukan sekolah-sekolah dengan kerjasama
guru majlis sukan.
k. Membahagikan para pelajar mengikut pasukan rumah masing-masing di sekolahnya.
l. Menyimpan senarai daftar pelajar dengan lengkap dan kemas kini melalui guru-guru rumah.
m. Membantu dan membahagikan tugas sukan dan permainan di kalangan guru-guru di sekolahnya.
n. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan dan memesan segala peralatan sukan dan permainan
sekolah.
o. Menyimpan stok alatan sukan dan permainan yang diperlukan oleh sekolah dan memastikan stok itu
berada dalam keadaan yang baik dan memuaskan.
p. Mengawas dengan rapi penggunaan dan keselematan alatan sukan dan permainan sekolah seluruhnya.
q. Menguruskan pengangkutan para pemain sekolah yang akan mengambil bahagian dalam sukan dan
permainan di luar sekolah.
1.1.3 r. Menguruskan surat-surat kebenaran ibu bapa atau penjaga bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil
bahagian mewakili sekolah.
s. Menjaga dan menentukan kesihatan pelajar yang mewakili sukan dan permainan sekolah sentiasa
berada dalam keadaan yang baik.
t. Menyediakan laporan lengkap sukan dan permainan bagi pelajar untuk tujuan menyediakan surat
akuan dan sijil berhenti sekolah.
u. Menyusun program yang teratur untuk perancangan sukan dan permainan sekolah sepanjang tahun.
v. Menentukan pelaksanaan perancangan sukan dan permainan yang telah disusun itu dilakukan
sepenuhnya.
w. Mengambil langkah-langkah tegas untuk meninggikan mutu dan prestasi sukan dan permainan
sekolah.
Guru Permainan
a. Memajukan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam sukan dan permainan di bawah jagaannya
dengan mengadakan latihan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh guru majlis sukan dan
setiausaha sukan.
b. Mengatur seberapa banyak perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan di sekolah-sekolah
lain.
c. Membentuk pasukan sekolah mengikut kumpulan umur untuk pertandingan majlis sukan
sekolah-sekolah.
d. Mendapatkan pengadil dalam sesuatu perlawanan persahabatan yang dianjurkan antara
sekolah-sekolah.
e. Mengadakan perlawanan antara rumah dan kelas dan menyampaikan keputusan perlawanan itu
kepada setiausaha sukan ataupun guru majlis sukan.
f. Membentuk sebuah jawatankuasa pelajar dan guru sukan dan permainan di peringkat sekolah.
g. Menempah dan mengaturkan pengangkutan untuk pasukannya bagi perlawanan majlis sukan
sekolah-sekolah termasuk juga perlawanan persahabatan.
h. Mengiringi dan menjaga disiplin pelajar dalam sesuatu permainan itu untuk menentukan kelancaran
perjalanan sukan dan permainan.
i. Bertanggungjawab terhadap kedatangan pemain-pemain mengikut masa dalam latihan dan
perlawanan.
j. Membahagikan alatan dan pakaian sukan dan permainan kepad apemain dan mengumpulkannya
semula setelah selesai permainan.
k. Menjaga keselematan barangan dan alatan sukan dan permainana dan sentiasa berada dalam keadaan
sempurna.
l. Mengawasi disilpin dan kebajikan pelajar di tempat latihan dan perlawanan dan memberi perangsang
untuk membangkitkan semangat mereka.
m. Menghubungi dan menghantar ke hospital atau ke rumah pemain sekiranya berlaku kecederaan dan
kemalangan yang serius.
n. Melaporkan kepada setiausaha sukan dan guru besar mengenai kepurusan pertandingan dan
perlawanan sekiranya berlaku sesuatu yang di luar dugaan.
o. Mencatat dan mengesahkan penglibatan tiap-tiap pelajar dalam permainan berkenaan untuk dijadikan
asas dalam menyediakan Laporan Tahunan Penilaian Gerak Kerja Kokurikulum pelajar.
p. Menyerahkan laporan pelajar itu kepada guru penyelaras sukan dan permainan pada penghujung
tahun.
1.1.4 Guru Rumah
a. Menyediakan senarai ahli-ahli rumah masing-masing yang lengkap mengikut tahun.
b. Mengagihkan para pelajar dalam rumah kepada beberapa acara sukan dan permainan untuk mereka
mengambil bahagian.
c. Menyusun program latihan bagi semua pelajar dalam rumahnya dan mengadakan latihan untuk
mereka.
d. Bekerjasama dengan guru-guru lain untuk menyediakan trek-trek di padang menjelang hari sukan dan
permainan.
e. Menyediakan alat-alat sukan dan permainan untuk para pelajar mengambil bahagian dalam sukan dan
permainan.
f. Menyediakan rumah atau khemah untuk para pelajar berkumpul semasa mereka mengambil bahagian.
g. Menyediakan makanan dan minuman ringan untuk para pelajar yang mengambil bahagian dalam
sukan dan permainan.
h. Mengaturkan barisan pelajar untuk berkumpul semasa majlis pembukaan dan penutup hari sukan dan
permainan.
i. Meruntuhkan rumah atau khemah setelah selesai majlis penutupan rasmi hari sukan dan permainan.
j. Memulangkan semula alat-alat sukan dan permainan yang telah digunakan itu ke tempat asalnya.
1.1.5 Guru Penasihat Kelab dan Persatuan
a. Menggalakkan semua pelajar di sekolahnya untuk menjadi ahli dalam sesebuah persatuan, kelab,
sukan dan permainan dan pasukan unit beruniform.
b. Menggubal peraturan, undang-undang dan perlembagaan bagi semua persatuan, kelab, sukan dan
permainan dan pasukan unit beruniform.
c. Menubuhkan jawatankuasa pelajar bagi persatuan, kelab, sukan dan permainan yang tida menjadi
penasihatnya.
d. Menentukan ahli-ahli jawatankuasa yang telah dipilih itu melaksanakan tugas dan tanggungjawab
mereka mengikut perlembagaan.
e. Merancang program aktiviti persatuan yang bakal dijalankan bagi sesuatu tahun itu mengikut penggal
dengan kerjasama jawatankuasa pelajar.
f. Menyerahkan program kegiatan tahunan itu kepada guru penyelaras gerak kerja kokurikulum pada
tarikh yang telah ditetapkan.
g. Menentukan tiap-tiap aktiviti yang telah dirancangkan itu dijalankan mengikut jadual dan berjalan
dengan teratur dan lancar.
h. Menghadiri tiap-tiap mesyuarat atau perjumpaan dan kegiatan persatuan, kelab, sukan dan permainan
yang berada di bawah jagaannya.
i. Menjaga kewangan persatuan, wang runcit dan harta benda persatuan dan menentukan semuanya
digunakan untuk kebaikan ahli-ahli persatuan itu sendiri.
j. Menyediakan anggaran perbelanjaan dan pendapatan persatuan di bawah kelolaannya.
k. Mengiringi tiap-tiap rombongan yang diaturkan oleh persatuannya dan jikalau tidak dapat bersama dia
hendaklah mencari wakil atau penggantinya.
l. Membuat laporan bagi tiap-tiap kegiatan persatuannya dengna menyatakan tentang tarikh, masa,
tempat, jenis kegiatan, kehadiran ahli dan guru dan program aktiviti yang diadakan itu dari mula hingga
ke akhir.
m. Menyerahkan program aktiviti tahunan persatuan kepada penyelaras gerak kerja kokurikulum pada
awal tiap-tiap penggal.
n. Menyedia dan menyerahkan laporan kejayaan aktiviti pada penghujung tiap-tiap semester.
o. Menghiaskan papan kenyataan persatuan secara teratur dan mengelakkannya daripada
disalahgunakan oleh mana-mana pihak.
p. Menentukan kegiatan tiap-tiap persatuan itu dijalankan seminggu sekali pada hari dan masa yang telah
ditetapkan dalam program aktiviti tahunan.
q. Memastikan tiap-tiap pelajar memiliki Buku Rekod Kegiatan Kokurikulum denga mencatatkan butiran
yang kemas kini.
r. Menyerahkan Buku Rekod Kegiatan Kokurikulum pelajar kepada setiausaha kokurikulum pada akhir
tiap-tiap penggal untuk semakan
1.1.6 Guru Penasihat Pasukan Unit Beruniform
a. Pada amnya, guru penasihat pasukan unit beruniform bertanggungjawab terhadap pengurusan dan
pentadbiran pasukan itu di bawah kelolaannya.
b. Menentukan bahawa peraturan, undang-undang, latihan, perkembangan dan kemajuan pasukannya
berjalan dengan lancar.
c. Bertanggungjawab dalam menguruskan pemilihan anggota pasukannya dari tahun 3 hingga 6.
d. Menentukan dasar pembahagian keahlian antara psukan-pasukan pakaian seragam yang lain dengan
kerjasama guru-guru penasihat pasukan unit beruniform yang lain.
e. Mengadakan dan menganjurkan latihan bagi pasukannya sekurang-kurangnya sekali seminggu yang
ditetapkan oleh pihak sekolah sebagai Hari Latihan Pasukan Unit Beruniform.
f. Menyusun program latihan tahunan yang melibatkan kegiatan pasukan dan ujian untuk mendapatkan
sijil-sijil yang dianugerahkan kepada ahli-ahli persatuan di bawah jagaannya.
g. Menjadi jurulatih pasukannya dan jikalau perlu boleh didapatkan jurulatih dari luar tetapi perlu
mendapatkan kebenaran daripada guru besar terlebih dahulu.
h. Bertanggungjawab dalam mementukan keperluan dan peralatan yang dikehendaki oleh pasukannya
dengan lengkap.
i. Menyedia dan mengadakan rekod stok untuk rujukan dan pemeriksaan dan menyelenggarakan
simpanannya.
j. Bertanggungjawab dalam menyimpan fail-fail, butiran dan maklumat mengenai pasukannya.
k. Menyerahkan rancangan kegiatan itu kepada setiausaha kokurikulum oada permulaan penggal
persekolahan.
l. Menyerahkan laporan kemajuan mengenai aktiviti pasukannya kepada setiausaha kokurikulum.
m. Memastikan tiap-tiap ahli memiliki Buku Rekod Kegiatan Kokurikulum dan menyerahkannya kepada
setiausaha kokurikulum pada penghujung penggal untuk semakan.