The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1 PENTAKSIRAN BERTERUSAN : PENGHASILAN PRODUK ( E-BUKU)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Susan Megan, 2024-04-17 22:15:06

BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

TUGASAN 1 PENTAKSIRAN BERTERUSAN : PENGHASILAN PRODUK ( E-BUKU)

BMMB 1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN: PENGHASILAN PRODUK NAMA : SUSAN MEGAN ANAK ARON NO. PENGENALAN: 040629130504 ANGKA GILIRAN: 2023042310050 KUMPULAN : BAHASA MELAYU SK 2 PPIMSP JUN 2023/2028 KOD DAN TAJUK KURSUS: BMMB1104 KEBUDAYAAN DAN KESUSASTERAAN NAMA PENSYARAH: PUAN ALICE PU TING ANAK KOSIN TARIKH HANTAR :13 MAC 2024


SENARAI KANDUNGAN SOALAN TUGASAN 1.0 KONSEP 2.0 FUNGSI 3.0 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM KARYA TRADISIONAL 4.0 RUMUSAN RUJUKAN


1.0 KONSEP 1.1 KESUSASTERAAN Kesusasteraan melayu merujuk kepada karya- karya sastera dicipta dalam bentuk bahasa . sastera juga membawa istilah sebagai seni bahasa kerana sastera merupakan satu medium yang digunakan untk mengungkapkan pemikiran dan perasaan melalui tulisan. menurut sarjana tempatan iaitu Ismail Hussein ( 1998), dalam bidang kesusasteraan, setiap penulisan bersifat kreatif. Manakala Abu Bakar ( 1998) berpendapat bahawa kesusasteraan merupakan seni yang menggabungkan aspek intelek dan estetik.sastera awal masyarakat melayu dicpta dalam bentuk lisan yang dikekalkan dalam ingatan dan dilanjutkan dengan proses penceritaan secara lisan daripada satu generasi hingga ke satu generasi.


1.1 KEBUDAYAAN Budaya atau kebudayaan secara amnya merujuk kepada perbincangan berkaitan dengan akal dan budi masyarakat. Dalam pengertiaa yang meluas, kebudayaan dapat didefinisikan dengan cara tertentu masyarakat hidup yang berlawan dengan perkataan semula jadi yang bukan dicipta oleh manusia dan dapat diubah oleh manusia . kebudayaan dalam bahasa inggeris disebut sebagai culture yang berasal daripada perkataan latin yang bermaksud mengerjakan atau menanamkan.


Sastera melayu dcipta adalah untuk mempengaruhi masyarakat melayu untuk memiliki pemikiran yang lebih terbuka. Sastera berperanan untuk menjadi sumber insaniah Dalam kehidupan masyarakat melayu. Karya sastera yang dihasilkan memiliki pengajaran dan isi tersirat yang disampaikan secara langsung dan tidak langsung seperti novel , cerpen dan juga puisi- puisi. ASPEK PENDIDIKAN ASPEK HIBURAN Penghasilan karya sastera yang mempunyai unsur - unsur jenaka menjadi keseronokan kepada yang membaca. Karya sastera yang ditulis menjadi perkataan yang indah dan tersusun indah dan kemampuan karya yang dihasil membelai emosi pembaca menjadi penglipur lara pada suatu ketika dahulu. 2.0 FUNGSI


Aspek dakwah merupakan aspek yang menarik dan relevan dalam konteks Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana karya sastera sering menjadi rujukan untuk menyampaikan ajaran agama. Dakwah membawa pengertian kepada tindakan yang mendorong masyarakat untuk membuat kebajikan dan membuat amalan baik dan menghindari diri daripada membuat perbuatan yang bertentang dengan kebaikan. Tujuan dorongan adalah untuk memastikan individu yang melakukan perbuatan kebajikan memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat ASPEK DAKWAH Karya sastera yang menjadi salah satu saluran yang mempengaruhi pemikiran masyarakat telah dijadikan sebagai satu sumber yang digunakan untuk mempertimbangkan kelakuan masyarakat pada masa tertentu. Pertimbangan tersebut termasuklah membuat perbandingan serta membuat penilaian mengenai perbuatan yang dilakukan berdasarkan aspek baik dan buruk. Contoh karya Si Mak Randang. ASPEK KRITIKAN


Seloka Adat Istiadat karya Tan Sri (Dr.) Zainal Abidin bin Ahmad. Rangkap 1 Santap beradat, santap istiadat, Santap raja di majlis kebesaran, Santap merai, hormat-menghormat; Bukan santap hendakkan kenyang, Santap santun dengan aturan. Santap beradat merupakan istiadat santap raja dalam majlis kebesaran. Istiadat ini bertujuan menghormati dan meraikan tetamu. Majlis ini juga mengajar tetamu yang hadir makan secara beradab dan bukanlah sekadar untuk mengenyangkan perut. MAKSUD MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM KARYA TRADISIONAL


MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM KARYA SASTERA : PERLAKUAN Penulis menekankan tingkah laku yang sopan dalam menghadir sesuatu majlis makan- makan. Penulis juga menekankan bahawa perlu menjaga adab dan menghormati tuan rumah serta bukan semata- mata menghadiri untuk mengenyangkan perut.


Seloka Adat Istiadat Rangkap 2 Nasi disuap di tangan kanan, Lauk dibinjat sopan siuman, Sampai ke mulut mamah perlahan, Tanda tidak gelojoh makan. Selesai santap nasi, Diiringkan seteguk minuman, isyarat menghormat, mulia-memuliakan Jika kita melihat adab dan tertib semasa makan, menyuap nasi mestilah menggunakan tangan kanan dan ambillah lauk dengan sopan. Mengunyah makanan dengan perlahan-lahan dan meminum air setelah selesai makan MAKSUD


MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM KARYA SASTERA : PERLAKUAN Penulis menyatakan bahawa semasa makan terdapat adab tertib yang tertentu perlu diikut seperti menyuap nasi mestilah menggunakan tangan kanan dan ambillah lauk dengan sopan. tidak hanya itu, penulis juga menekankan cara makan perlulah mengunyah perlahan - lahan dan dan meminum air setelah selesai menjamu selera.


Seloka Adat Istiadat Rangkap 3 Santap nasi suap pertama, Berturut dengan suap kedua; Dua suap, ketiga sudah, Keempatnya basuh tangan; Kelima halwa juadah, Keenam mengiring buah-buahan Tetamu juga diingatkan untuk tidak berlebihan dan makan sekadar cukup sahaja. Ibarat suapan keempat adalah untuk membasuh tangan dan makan kuih-muih atau buah-buahan yang dihidangkan MAKSUD


MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM KARYA SASTERA : PERLAKUAN Penulis menyatakan bahawa sekiranya kita datang sebagai tetamu hendaklah menjaga adab dan tidak makan secara berlebihan dengan menyatakan bahawa suapan keempat diibaratkan sebagai mencuci tangan dan menjamu pencuci mulut.


Seloka Adat Istiadat Ketujuh berkumur-kumur, Ke delapan makan sirih; Kelat jatuh ke rengkungan Seri naik ke peroman. Rangkap 4 Selepas selesai makan, tetamu dinasihatkan untuk berkumur-kumur agar mulut kelihatan bersih dan kemas yang akan menaikkan seri wajah. MAKSUD


Seloka Adat Istiadat Itulah santap beradat kebesaran, Di dalam riwayat zaman yang silam. Rangkap 5 MAKSUD Itulah adab dan tatacara makan secara beradat yang diamalkan sejak zaman dahulu dalam sesuatu majlis


MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM KARYA SASTERA : PERLAKUAN DAN PEMIKIRAN Dalam rangkap ke-4,penulis menyatakan bahawa setelah selesai menjamu selera, individu haruslah berkumur-kumur agar mulut tidak kelihatan comot dan kotor . Dalam rangkap ke-5, penulis menyatakan bahawa senarai tatatertib yang dinyatakan tatacara makan secara beradat yang diamalkan sejak zaman dahulu dalam sesuatu majlis


4.0 RUMUSAN Karya Sastera menjadi salah satu perkara yang dijadikan sebagai saluran untuk menyampaikan buah fikiran dalam bentuk kreatif dan imaginatif di samping memiliki pengajaran yang tesirat yang menyeru pembaca ke arah yng lebih baik dari aspek pemikiran, pertuturan, perlakuan serta gaya hidup. Tidak hanya itu, karya sastera juga berfungsi sebagai hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan sosial.


RUJUKAN BUDAYA - Definisi budaya dalam kamus Melayu. (2024.March 24). https://educalingo.com/ms/dic- ms/budaya#:~:text=Budaya%20Budaya%20atau%20kebudayaan%20secara%20amnya%20 membincangkan%20halhal,yang%20bukan%20diciptakan%20atau%20boleh%20diubah%20oleh%20manusia. Hasri, M. (2014). KESUSASTERAAN MELAYU. Hapsarip. https://www.academia.edu/8060073/KESUSASTERAAN_MELAYU Muhd N. J & Shaiful B. Md.A ( 2021) . Kesusasteraan Melayu Tradisional Sebagai Wadah Komunikasi Massa : Suatu Analisis.Jurnal Komunikasi, 31(2) : 183-194 https://journalarticle.ukm.my/10011/1/V31_2_12.pdf Rodzi, M. (2015). Fungsi sastera dalam masyarakat. www.academia.edu. https://www.academia.edu/10263421/Fungsi_sastera_dalam_masyarakat Zakaria, N. (2017). Akal Budi dan Cerminan Jati Diri Melayu dalam Pantun. ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/324866095_Akal_Budi_dan_Cerminan_Jati_Dir i_Melayu_dalam_Pantun


Click to View FlipBook Version