The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cutelsaramatriana, 2022-01-22 05:51:24

E-Module KAI60404

E-Module KAI60404

E-Module

Pengenalan
Berwuduk dan
Shalat Wajib

Pensyarah


Profesor Madya Dr. Nordin Bin Mamat

Penulis
Cut Elsa Ramatriana, Raudha Meutia, Rosee Ateeka Binti Ruslim,
Nur Umairah Imanina Binti Bakhry

Maklumat Penulis

Cut Elsa Ramatriana
Nur Umairah Imanina
M20211002469 Binti Bakhry

M20202001197

Raudha Meutia Rosee Ateeka
M20211002470 Binti Ruslim

M20202001513

Isi Kandungan




1.0. PENGENALAN 1

2.0.ANALISIS 2

2.1. Objektif Modul 3

2.2. Matlamat Modul 3

2.3. Kumpulan Sasaran Modul 4

3.0. REKA BENTUK MODUL 4

4.0. PEMBANGUNAN 5

4.1. Kaedah Modul Dibangunkan 5

4.2. Pelaksanaan 6

4.3. Panduan Modul 7

5.0.SENARAI AKTIVITI 8

6.0. RUMUSAN 8

7.0. LAMPIRAN 9

1.0 PENGENALAN

Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam
setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan insan deduktif yang
dinamik dalam semua aspek kehidupan. Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan
dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga
penerapan nilai. Dalam bentuknya yang praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat
melahirkan insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan
kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian.

Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang
berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang
mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran dan dengan ‘ilmu’ atau kemahiran yang
diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai samada dalam
kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa
yang akan datang (Department of Education and Science, 1990).

Dalam erti kata lain, segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang kanak-kanak
dari persekitarannya adalah merupakan satu pendidikan baginya kerana yang nyata bagi
kanak-kanak di peringkat awal umur, mereka tidak dapat membezakan yang baik dan yang
buruk. Barat dan Islam mempunyai perspektif yang sama dalam hal ini, kanak-kanak perlu
dibentuk dan dididik sejak dari awal. Apa yang membezakan ialah Islam menekankan
pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak bukan hanya kelakuan fizikalnya tetapi
pemantapan akhlaq perlu diterapkan seiring dengan penerapan keimanan di dalam ruh dan
jiwanya.

Kalau sesuatu informasi yang diterima oleh seseorang kanak-kanak itu hanya di aras
pengetahuan tanpa adanya penyemaian aqidah dan pemantapan akhlaq, maka sudah

1

PENGLIBATAN KELUARGA,KOMUNITI DAN BUDAYA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK KAI60404

pastilah nilai penghayatannya kontang dan proses aplikasinya tidak dapat diterjemah dalam
bentuk nilai peradaban yang sempurna. Akibatnya, generasi yang dihasilkan mungkin
bijaksana dan tinggi tahap perkembangan inteleknya tetapi ‘pencapaian tinggi’ yang
hakikatnya dalam ruang lingkup yang sempit yang hanya didasarkan kepada ketinggian
pencapaian akademik sedangkan dari aspek-aspek yang lain ia pincang dan tiada
keseimbangannya. Maka jika inilah yang berlaku dalam dunia pendidikan pada hari ini, ini
bererti pendidikan gagal menjana anjakan paradigma dalam sel setiap individu dan
dibimbangi sejarah lama akan berulang. Analisis fakta dari perspektif sejarah telah cukup
membuktikan bahawa kehancuran tamadun manusia contohnya Mesir, Greek, Rom dan Parsi
adalah berpunca dari gagalnya penerapan nilai-nilai akhlaq murni kepada generasi pewaris
dan kontangnya penghayatan untuk diaplikasikan dalam kehidupan

2.0 ANALISIS

Modul ini ditawarkan supaya kanak-kanak dapat menguasai Pendidikan Islam dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di rumah. Pembelajaran digerakkan atas minat dan
dorongan kanak-kanak. Pendidik sebagai pemudahcara atau pembimbing kepada kanak-
kanak untuk melaksanakan aktiviti bersama ibubapa dirumah. Bahan dan peralatan
memainkan peranan penting dalam membantu pengajaran dan pembelajaran di rumah Selain
itu, peralatan dianggap sebagai bahan media pengajaran dan pembelajaran yang membantu
kefahaman murid dalam proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Media ialah perantara dalam menyampaikan maklumat iaitu merupakan saluran untuk
manusia berkomunikasi atau berhubung. Media juga menjadi perantara untuk pihak pemberi
iaitu guru menyampaikan maklumat kepada penerima maklumat iaitu para pelajar.1 Media
yang digunakan oleh guru di sekolah biasanya dikenali sebagai media pendidikan atau sering
disebut sebagai alat perantara atau alat bantu mengajar.

2

PENGLIBATAN KELUARGA,KOMUNITI DAN BUDAYA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK KAI60404

2.1 Objektif Modul
Modul Pendidikan Islam ini menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur lima
hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek kerohanian. Modul ini juga
disediakan untuk ibubapa memahami tentang aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan
bersama kanak-kanak di rumah :
i) Menghuraikan pendekatan belajar melalui aktiviti yang berkaitan dengan

pendidikan islam.
ii) Menjelaskan aktiviti untuk kefahaman ibubapa tentang Pendidikan Islam untuk

kanak-kanak.
Iii) Kanak-kanak dapat melibatkan diri secara aktif mengikut modul yang

disediakan.
iv) Kanak-kanak dapat menguasai kemahiran menggunakan media.
v) Dapat melakukan aktiviti secara bersendirian dengan bimbingan ibubapa.
vi) Dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak dalam melaksanakan aktiviti.

2.2 Matlamat Modul
Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur
lima hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan
serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna Pendidikan prasekolah bertujuan
memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun secara
menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui
persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan,
kreatif dan bermakna

Modul Pendidikan Islam bertujuan untuk memperkembangkan kemahiran
menggunakan media kanak-kanak dalam mengikuti aktiviti-aktiviti yang disediakan. Selain itu
juga dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak dalam menguasai kemahiran

3

PENGLIBATAN KELUARGA,KOMUNITI DAN BUDAYA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK KAI60404

menggunakan media. Ianya juga dapat memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak.
Modul ini juga memberi ransangan kepada ibubapa dalam mengikuti aktiviti-aktiviti yang
disediakan untuk mengaplikasikan bersama anak-anak dirumah. Selain itu, dapat
meningkatkan keyakinan ibubapa dalam melakukan aktiviti ini bersama anak-anak.

2.3 Kumpulan Sasaran Modul
i) Kanak-kanak (5-6 tahun)
ii) Ibu bapa

3.0 REKA BENTUK MODUL
Modul ini adalah modul aktiviti yang direka khas untuk ibu bapa di rumah. Ia

mengandungi aktiviti yang sesuai dijalankan untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun.
Reka bentuk modul ini terdiri daripada modul aktiviti untuk Pendidikan Islam kanak-kanak iaitu
daripada sebelum mengenali asas pendidikan islam seperti mengambil wudhuk, mengetahui
waktu solat dan sebagainya. Ia mengandungi aktiviti yang dirancang menggunakan idea
sendiri dan merujuk kepada kurikulum.

Selain itu, modul ini juga dibina berdasarkan kurikulum permata dan mengambil kira
tahap umur setiap kanak-kanak.. Seterusnya draf modul yang dihasilkan perlu melalui
proses kesahan kandungan modul dan kebolehpercayaan modul oleh pakar. Setelah
selesai menyiapkan draf modul, maka modul perlu mendapat penilaian dari pakar-pakar
bidang dan pembangunan modul bagi memastikan kandungan modul adalah tepat dan boleh
dilaksanakan.

Apabila modul telah siap dalam bentuk draf, modul akan dilengkapkan dan boleh
digunakan oleh kanak-kanak. Dalam modul ini terdapat cara-cara menjalankan aktiviti, bahan-
bahan yang diperlukan serta peringkat umur yang sesuai dengan kanak-kanak. Ibu bapa
hanya perlu mengikuti langkah-langkah yang ditunjukkan. Ia sangat sesuai dijalankan pada

4

PENGLIBATAN KELUARGA,KOMUNITI DAN BUDAYA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK KAI60404

masa kini memandangkan kanak-kanak tidak ke sekolah dan hanya belajar dari rumah
bersama ibu bapa dan guru secara online. Aktiviti ini dapat membantu mengeratkan lagi
hubungan ibu bapa & kanak-kanak serta dapat membantu meningkatkan pengetahuan
Pendidikan Islam.

4.0 PEMBANGUNAN
4.1 Kaedah Modul Dibangunkan
Pendidikan Awal Kanak-Kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-

kanak tersebut dari waktu dilahirkan sehinggalah ke umur lapan tahun. Menurut ‘The National
Association for The Education of Young Children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi
Pendidikan Kanak-Kanak Muda, istilah awal kanak-kanak merujuk pendidikan awal kanak-
kanak yang memerlukan segala program pendidikan seperti memberi layanan, asuhan dan
bimbingan kepada kanak-kanak tersebut seawal dari lahir hingga ke umur lapan tahun.
Pendidikan awal kanak-kanak adalah sangat penting dalam perkembangan dan
pembangunan seseorang kanak-kanak itu. Umum mengetahui, sekiranya seorang kanak-
kanak itu mendapat pendidikan asas yang berkualiti, maka diyakini kanakkanak tersebut akan
terus berjaya dalam pendidikan yang akan dilalui pada peringkat yang lebih tinggi dan juga
kerjayanya di masa hadapan.

Modul ini akan membantu ibubapa cara menggunakan aktiviti berdasarkan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Awal Kanak-kanak di Tabika. Di
samping itu, dengan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dirumah, ibubapa boleh
melihat dengan teliti pengisian modul yang telah disediakan. Kaedah ini dapat memberi
peluang kepada ibubapa meluaskan pengetahuan melalui aktiviti yang dipilih. Aktiviti di dalam
modul ini menekankan tentang Pendidikan Islam.

Strategi pengajaran kanak-kanak dapat membina kemahiran dan mempelajari aktiviti-
aktiviti yang disediakan secara meluas dengan bimbingan ibubapa dirumah. Kemahiran dan

5

PENGLIBATAN KELUARGA,KOMUNITI DAN BUDAYA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK KAI60404

konsep yang akan dikuasai oleh kanak-kanak disesuaikan dengan aktiviti pembelajaran yang
disediakan di dalam modul. Modul ini merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran
di mana kanak-kanak berpeluang untuk menjalankan aktiviti pembelajaran secara
bersendirian. Kanak-kanak lebih banyak berinteraksi dengan bahan yang disediakan oleh
ibubapa berdasarkan modul.

Aktiviti individu juga turut memberi peluang kepada kanak-kanak mendapat perhatian
secara personel daripada ibubapa. Aktiviti individu memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk mengukuhkan nilai murni di dalam diri mereka. Aktiviti individu turut memberi peluang
kanak-kanak menumpukan kebolehan istimewa yang ada padanya begi meningkatkan
kefahaman tentang sesuatu konsep. Kanak-kanak adalah bebas untuk mencuba dan
meneroka dengan gaya yang tersendiri. Kanak-kanak berpeluang untuk mengaplikasi akan
kemahiran berfikir seperti membuat perbandingan, menganalisis dan menyelesaikan
masalah.

4.2 Perlaksanaan
Perlaksanaan modul ialah sangat penting kepada ibubapa. Ibubapa diminta membuat
sumbangsaran berdasarkan tajuk aktiviti iaitu kenalpasti subtopik, pilih aktiviti yang sesuai
supaya dapat membantu kanak-kanak mempelajari isi kandungan dan menggunakan atau
mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam konteks yang bermakna. Selain itu,
ibubapa dapat merancang dan mengeluarkan idea berdasarkan aktiviti yang disediakan.
Ibubapa perlu fikirkan objektif setiap aktiviti dan hubungkaitkan dengan setiap hasil
pembelajaran. Semua aktiviti di dalam modul ini dapat mencapai objektif pembelajaran.
Kanakkanak dapat meneliti setiap aktiviti yang disediakan oleh ibubapa berdasarkan modul
ini. Ianya juga dapat membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang sedia ada
kanak-kanak dan memberi pengetahuan baru kepada kanak-kanak dalam melaksanakan
aktiviti didalam modul ini.

6

PENGLIBATAN KELUARGA,KOMUNITI DAN BUDAYA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK KAI60404

4.3 Panduan Modul
Kepentingan panduan penggunaan modul ialah konsep menggunakan media pada
peringkat kanak-kanak telah disokong dan diakui oleh penyelidik-penyelidik dari pelbagai
bidang termasuklah psikologi, pendidikan, falsafah dan sosiologi. Hal ini kerana, dalam
kehidupan kanak-kanak, bermain merupakan faktor penting dalam membantu proses
pembelajaran dan perkembangan. Proses meningkatkan kualiti dalam aktiviti bermain kanak-
kanak dapat dijalankan melalui pemahaman konsep bermain yang sebenar. Penelitian
tentang konsep menggunakan media yang sebenar dapat dilihat menerusi keberkesanan
aktiviti yang dijalankan terhadap kanak-kanak.

Antara konsep belajar menggunakan media seperti yang boleh menjadi panduan
ibubapa di dalam modul ini ialah ::

i) Pembelajaran menggunakan media merupakan sesuatu yang memberi
keseronokan dan kegembiraan serta peluang kepada kanak-kanak untuk
melahirkan perasaan ingin tahu.

ii) Aktiviti menggunakan media yang ditekankan dalam konsep pendidikan yang
bermakna juga melibatkan aktiviti yang menghasilkan pengalaman,
pembelajaran dan kemahiran secara semulajadi dan spontan.

iii) Konsep belajar menggunakan media juga merujuk kepada aktiviti yang
membenarkan kanak-kanak memenuhi keperluan perasaan ingin tahu, di
samping meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran mereka.

iv) Memberi merangsang kanak-kanak untuk memberi tumpuan dan pemerhatian.
Ini kerana menerusi pendekatan ini kanak-kanak akan diberi peluang untuk
melibatkan diri dalam aktiviti yang menyeronokkan.

7

PENGLIBATAN KELUARGA,KOMUNITI DAN BUDAYA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK KAI60404

5.0 SENARAI AKTIVITI.
Antara aktiviti yang terkandung dalam modul ini antaranya ialah:
1. Ibu bapa dan anak menonton video mengenai bacaan niat wudhu.
2. Ibu bapa dan anak menonton video tata cara berwudhu.
3. Ibu bapa dan anak menonton video tentang niat shalat wajib.
4. Ibu bapa dan anak menonton video tentang bacaan shalat wajib.
5. Ibu bapa dan anak menonton video tentang tata cara pelaksanaan shalat wajib.
6. Ibu bapa membantu anak mengerjakan latihan tentang mengurutkan gambar, mengisi
huruf yang hilang, dan menarik garis.
7. Ibu bapa mengajak anak untuk mempraktekkan cara berwudhu dan shalat.

6.0 KESIMPULAN.

Natijahnya,kesan kebangkitan Islam kini telah membuat ramai ibu bapa mula sedar
akan pentingnya pendidikan Islam. Mereka mahu anak-anak mereka dididik dengan ajaran
agama Islam sejak dari kecil lagi. Mereka mula menghantar anak-anak ke Tadika Islam untuk
dilatih dan dididik dengan ajaran Islamik. Ini kerana sebahagian besar daripada ibu bapa itu
lemah pengetahuan dan amalan Islam dan tidak mampu mendidik anak-anak sendiri mengikut
ajaran Islam. Sekiranya mereka jahil dengan ilmu Islam dan corak hidup secara Islam,
janganlah anak-anak dibiarkan jahil dan sesat juga. Kasihan kepada mereka yang masih
putih bersih itu terpaksa dicorakkan dengan satu sistem yang kotor dan tidak
bermakna.Peranan ibu bapa yang menjadi insan utama dalam kehidupan kanak-kanak
akan membantu kanak-kanak untuk menguasai kemahiran membaca dan menimbulkan
minat membaca dalam diri kanak-kanak, seterusnya melengkapkan kanak-kanak untuk
menempuh alam persekolahan.

8

PENGLIBATAN KELUARGA,KOMUNITI DAN BUDAYA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK KAI60404

7.0 LAMPIRAN.

RANCANGAN PENGAJARAN SLOT

Kelas : Pra Sekolah Ceria
Tarikh : 6 Januari 2022
Masa : 9.00 pagi – 9:45pagi (45 Minit
Bilangan Murid : 1 Orang
Tajuk : Jom Belajar Cara Solat.
Tunjang Utama : Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
Standard Kandungan : PI 3.4 Melakukan Simulasi Dalam Solat.

Standard Pembelajaran : PI 3.4.6 Melaksanakan Pergerakkan Solat dengan Betul
Mengikut Tertib

KesepaduanTunjang : Tunjang Bahasa

EMK (Elemen Merentas Kurikulum):

Kreativiti : Pemerhatian, Pelaksanaan dan Amalan Berterusan.

Nilai : Mendengar Arahan,Berdidiplin dan Berusaha.

Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
Pengetahuan sedia ada
1) Mengenak kegiatan beribadah sehari-hari.
2) Mengenal perilaku baik sebagai cerminan akhlak mulia.
3) Menunjukkan kemampuan berbahasa resepsif.

: Murid pernah mendirikan solat Bersama ahli keluarga.

Kemahiran Berfikir (KB) : Menilai, Memahami dan Mengingati

Bahan bantu mengajar : Komputer Riba.

Fokus MI : Interpersonal,Verbal Linguitik dan Intrapersonal.

Kosa Kata : Solat, wuduk.

9

PENGLIBATAN KELUARGA,KOMUNITI DAN BUDAYA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK KAI60404

FASA / MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI PdP CATATAN /
BAHAN

PERSEDIAAN Menonton Video Upin dan Ipin - Guru menunjukkan video BBM :
(5 minit) “Cara Berwudhuk” dan “Cara tentang cara berwuduk -Komputer Riba
Mnedirikan solat” Melalui
serta cara mendirikan solat Nilai : Menengar
Aplikasi Youtube.
kepada kanak-kanak.
arahan

- Kanak-Kanak menonton

video Bersama ibu bapa.

MI: Verbal
Linguistik

IMAGINASI Bersoal jawab tentang cara -Guru bertanyakan soalan kepada KB: Mengingati
(10 minit) berwuduk dan cara murid. MI:Intrapersonal
mendirikan solat. Nilai : Mengingati
-Murid menjawab pertanyaan guru
Contoh Soalan: dengan bimbingan serta bantuan
ibu bapa.
i. Kenapa kita
perlu
berwuduk?.

ii. Kenapa kita
perlu solat?.

iii. Siapa tahu
untuk
mengambil
wuduk?

iv. Siapa pernah
mengerjakan
solat?

PERKEMBANGAN Menunjukkan cara -Guru meminta Ibu bapa BBM:
(15 minit) menunjukkan contoh membaca doa -Komputer riba
membaca doa wuduk dan wuduk serta menbaca bacaan di
dalam solat Bersama murid. KB:
cara berwuduk serta - Memahami

membaca bacaan solat dan MI: Interpersonal

membaca ayat yang

terdapat di dalam solat.

Nilai : Berdidiplin

10

PENGLIBATAN KELUARGA,KOMUNITI DAN BUDAYA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK KAI60404

TINDAKAN Membuat aktiviti secara BBM:
(25 minit) individu. -Kanak-kanak melakukan aktiviti Komputer riba

PENUTUP mengikut arahan ibu bapa iaitu
(5 minit)
membaca niat wuduk,mengambil air KB: Meningati

wuduk serta mengerjakan solat

serta menghafal surah yang MI:
terdapat didalam solat. baoa Intrapersonal
-Guru meminta Ibu

membimbing kanak-kanak untuk Nilai : Berdisiplin
melakukan aktiviti dalam aplikasi
“Liveworksheet”

. BBM:
-Komputer riba
Menunjukkan hasil -Guru meminta menunjukkan hasil KB:Menilai
daripada aktiviti yang dijalankan
kreativiti yang dibuat oleh Bersama-sama ibu bapa serta MI:
markah yang diperolehi. -Verbal linguitik
murid-murid. Guru memberi pujian kepada murid-
murid kerana Berjaya melakukan
aktiviti.
Guru berterima kasih kepada murid
kerana mengambil bahgian.

Nilai : Mengingati

Refleksi:

Murid:

Murid mudah tertarik dengan aktiviti yang dijalankan melalui penggunaan digital serta lebih memahami
melalui tontonan video dengan bimbingan ibubapa serta guru.

Guru:
Melalui penggunaan digital melalui aktiviti yang dijalankan. Murid lebih tertarik serta mudah difahami.

Contoh Pentaksiran Murid (Penilaian berterusan):
Nama Murid: Ghyta Shareen Alifa

Bil Indikator Ya Tidak

1 Murid dapat memahami bacaan niat wudhu dan melakukan praktik cara
berwudhuk

2
Murid dapat memahami niat dan bacaan solat wajib

3.
Murid dapat melakukan praktik solat wajib.

11

PENGLIBATAN KELUARGA,KOMUNITI DAN BUDAYA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK KAI60404

Ulasan Guru/ Pensyarah Pembimbing
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
______________________

12

PENGLIBATAN KELUARGA,KOMUNITI DAN BUDAYA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK KAI60404
LINK ABM (Alat Bantu Mengajar)
https://www.canva.com/design/DAE1JAoTqbE/cJtU6UVhr0jY4z_iVlFbvQ/view
LINK LIVEWORKSHEET
1. Mengurutkan Gambar Cara Berwuduk
https://www.liveworksheets.com/c?a=s&t=4qmzi2fo2cc&m=d&sr=n&ms=uz&l=ta&i=uz
stxf&r=uk&db=5&f=dzddzuud&cd=p9tvgo5ej5kknlzdxgpzmexc8ngnngxxnxg
2. Mengisi Huruf Yang Hilang
https://www.liveworksheets.com/c?a=s&t=4qmzi2fo2cc&m=d&sr=n&ms=uz&l=yf&i=uz
sfcf&r=mt&db=5&f=dzddzuud&cd=p9tvgo5ej5kknliexgpekevz8ngnngxxnxg
3. Menarik Garis Gambar Gerakan Shalat dan Bacaan Shalat
https://www.liveworksheets.com/c?a=s&t=4qmzi2fo2cc&m=d&sr=n&ms=uz&l=rx&i=uz
sfsc&r=oc&db=5&f=dzddzuud&cd=p9tvgo5ej5kknlsmxgpepkjk8ngnngxxnxg
LINK VIDEO PENGGUNAAN ABM BERSAMA IBU BAPA
https://www.youtube.com/watch?v=UWH0p-Tli_Y

13


Click to View FlipBook Version