Rujukan Kami: JPNM.SPEM.TMK. 600-2/1/26 (41)
Tarikh : 20 September 2021
SEMUA SEKOLAH NEGERI MELAKA
Tuan,
PELAKSANAAN KAJIAN TAHAP KOMPETENSI DIGITAL PENTADBIR DAN GURU
SEKOLAH DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Bersama-sama ini dirujuk surat dari Kementerian Pendidikan Malaysia No. Ruj :
KPM.100-9/2/1 JLD.4 (10) bertarikh 9 September 2021 untuk perhatian pihak tuan.
3. Sehubungan dengan itu diminta kerjasama pihak tuan membuat hebahan kepada semua
kakitangan sekolah (PENTADBIR & GURU) di bawah seliaan tuan berhubung perkara di atas.
Disertakan Lampiran A sebagai rujukan langkah-langkah pengisian.
4. Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai melalui helpdesk seperti
kandungan surat berkenaan. Kerjasama dan keprihatinan tuan didahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.
Sekian.
"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”
Saya yang menjalankan amanah,
(HAJI ISMAIL BIN HAJI ALIAS)
Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Melaka
s.k : 1. Fail penyelaras
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakajenamakerajaannombor1
LAMPIRAN A
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
PENGUMUMAN PENTING DAN SEGERA
Tindakan:
WAJIB DIISI OLEH
SEMUA PENTADBIR (13-17 SEPTEMBER 2021) DAN
SEMUA GURU SEKOLAH NEGERI MELAKA: (ZON SELATAN 20-24 SEPTEMBER 2021)
PELAKSANAAN KAJIAN TAHAP KOMPETENSI DIGITAL PENTADBIR DAN GURU SEKOLAH
Untuk makluman semua, KPM telah melaksanakan Kajian Tahap Kompetensi Digital Pentadbir dan
Guru Sekolah.
Oleh itu, semua pentadbir dan guru sekolah di bawah KPM wajib mengisi kajian instrumen yang telah
ditetapkan.
LANGKAH-LANGKAH PENGISIAN:
Terdapat 2 bahagian iaitu Pentadbir dan Guru.
Bahagian 1: PENTADBIR
Pentadbir yang terlibat di bahagian ini:
1) Pengetua
2) Penolong Kanan Pentadbiran
3) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4) Penolong Kanan Kokurikulum
5) Penolong Kanan Petang
Terdapat Dua Kajian Instrumen yang perlu diisi:
a) Kajian Tahap Kompetensi Kepimpinan Digital Pentadbir
b) Kajian Tahap Kompetensi Pemikiran Komputasional Pentadbir Sekolah
Tarikh Pengisian: 13 September 2021 ~ 17 September 2021
Pautan: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/login/login
Akses: gunakan e-mel MOE untuk akses link di atas
..................................................................
Bahagian 2: SEMUA GURU SEKOLAH DI BAWAH KPM
Terdapat Dua Kajian Instrumen yang perlu diisi:
a) Kajian Tahap Kompetensi Digital Guru
b) Kajian Tahap Kompetensi Pemikiran Komputasional Guru Sekolah
Tarikh Pengisian: 16 September 2021 ~ 22 September 2021
Pautan: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/login/login
Akses: gunakan e-mel MOE untuk akses link di atas
....................................................................
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakajenamakerajaannombor1
Langkah-langkah untuk menjawab:
a) Klik pada link di bawah
LINK: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/login/login
b)Log masuk menggunakan ID & PASSWORD moe
c) Klik pada Icon GURU di Menu Utama
d) Klik pada Icon 9. Maklum Balas
e) Klik pada Icon 3. Kajian Tahap Kompetensi Digital
f) Kemudian, pilih kategori yang berkaitan
~ Pentadbir: Pilih Kategori Pentadbir Sekolah
~ Guru: Pilih Kategori Guru
g) Mula menjawab kajian
~ Baca segala arahan am yang berkaitan sebelum menjawab
~ Jawab 2 jenis kajian seperti yang dinyatakan (tekan “klik di sini” di bawah paparan poster)
Surat makluman telah dilampirkan. Sila rujuk surat tersebut untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih.
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakajenamakerajaannombor1