The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alexwong7522, 2022-03-16 23:31:14

Asas Kelestarian Dan Teknologi Hijau

Penulisan Digital

Asas
kelestarian

dan
teknologi

hijau

Penulisan Digital

ALEX WONG YEW HOW
2 PPISMP RBT1

ISI KANDUNGAN

01 02

Konsep Isu utama alam
sekitar
teknologi hijau
(Pengangkutan)
dan asas lestari

03 04

Produk Kebaikan
teknologi hijau kereta elektrik

(Pengenalan 06
kereta elektrik)
Cadangan
05

Keburukan
kereta elektrik

07 08

Penutup Rujukan

Konsep teknologi hijau dan asas lestari



Menurut (KeTTHA, 2016) teknologi Hijau atau dikenali sebagai teknologi alam
sekitar merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem
yang bertujuan untuk memelihara dan memulihara alam semula jadi untuk
meminimumkan dan mengurangkan impak buruk yang disebabkan oleh aktiviti
manusia. Menurut (Iskandar, 2015), teknologi hijau adalah teknologi yang mesra alam
dan ia boleh merendahkan kadar pembebasan karbon ke udara jika berbanding
dengan teknologi masa kini yang sedia ada. Kesan negatif yang dibawa oleh aktiviti
manusia adalah disebabkan oleh populasi manusia kini yang semakin meningkat.
Melalui keadaan ini, permintaan atau keperluan manusia turut bertambah dan tidak
terhad memerlukan penyediaan tenaga kerja dalam bidang industri, pendidikan,
perubatan, pentadbiran dan sebagainya. Dengan ini, pertambahan masyarakat dunia
menyebabkan keperluan sumber alam semula jadi turut meningkat secara mendadak
walaupun sumber semula jadi adalah terhad. Dengan perancangan sumber semula
jadi yang tidak baik, ia telah menyebabkan pencemaran alam sekitar seperti
pencemaran udara, air, bunyi dan lain-lain di samping telah menyebabkan berlakunya
ketidakseimbangan ekosistem bio. Terdapat beberapa kriteria-kriteria yang perlu
dipenuhi dalam teknologi hijau seperti meminimumkan degrasi persekitaran,
mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar, selamat
untuk digunakan serta menyediakan persekitaran sihat supaya lebih baik terhadap
semua hidupan, menjimatkan tenaga dan sumber asli dan akhirnya menggalakkan
sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

Dari segi asas kelestarian, pembangunan lestari merujuk kepada pembangunan
yang memenuhi keperluan semasa serta masa depan untuk mencapai kesinambungan
pembangunan dalam bidang ekonomi, sosial dan alam sekitar demi kesejateraan
tanpa menjejaskan keperluan generasi muda pada masa hadapan. Pembangunan
lestari juga boleh didefinisikan sebagai pembangunan yang dilaksanakan untuk
mengelakkan pelupusan sumber dan mengawal kerosakan atas alam semula jadi
dengan paling maksimum. Dalam konsep pembangunan lestari, ia muncul daripada
kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan sumber semula jadi.
Bukan itu sahaja, penekaan juga diberikan kepada keseimbangan antara memenuhi
keperluan manusia dengan keupayaan sistem semula jadi bagi membekalkan produk
dan perkhidmatan tanpa degradasi. Terdapat matlamat yang perlu dicapai menerusi
pembangunan lestari iaitu 17 agenda (Sustainable Development Goals, SDGs), Ia
bertujuan untuk dicapai pada tahun 2030 sebagai agenda demi pembangunan dan
kemaslahatan manusia dan Bumi.

Isu utama alam sekitar (Pengangkutan)

Kini, negara Malaysia yang semakin pesat membangun telah membawa
keselesaan terhadap kehidupan masyarakat Malaysia. Keadaan tersebut telah
menggiatkan keupayaan ekonomi Malaysia dari semasa ke semasa. Namun begitu,
pembangunan dan kemajuan Malaysia tersebut juga membawa keburukan terhadap
kehidupan Masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana pembangunan tersebut
melibatkan penggunaan pelbagai sumber semula jadi sepeti air, udara, tanah dan
sebagainya. Keadaan tersebut telah menyebabkan berlakunya masalah pencemaran
seperti pencemaran air, udara, bunyi dan lain-lain. Pencemaran alam sekitar
khursusnya pencemaran udara merupakan salah satu pencemaran yang semakin
serius di negara Malaysia.

























Indeks Pencemaran Udara (IPU)




Berdasarkan cerapan indeks pencemaran udara (IPU) oleh World Air Quality
Index (WAQI) pada tahun 2019 , Malaysia telah mendapat bacaan IPU yang paling
tinggi di dunia iaitu 244. Indeks pencemaran udara (IPU) adalah sebagai panduan
untuk mengenal pasti kualiti udara dan mempengaruhi kesihatan manusia. Menurut
Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar di
Malaysia, nilai indeks pencemaran udara dalam nilai 251-300 dikira indeks yang
paling bahaya. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa udara di negara Malaysia telah
mencapai peringkat yang amat serius dan menjejaskan kesihatan manusia.
Pencemaran udara merujuk kepada sesuatu keadaan yang melibatkan kehadiran
gas-gas toksik yang merupakan hasil daripada kegiatan manusia. Misalnya, punca
yang menyebabkan pencemaran udara paling teruk adalah pelepasan asap dan
bahan-bahan cemar lain daripada ekzos kenderaan di jalan raya.

Jumlah terkumpul kenderaan negari Tahun 2020


Berdasarkan laporan statistik pengangkutan Malaysia pada tahun 2020, boleh diketahui
bahawa jumlah terkumpul kenderaan negeri pada tahun 2020 telah meningkat sebanyak
3.73% berbanding dengan tahun 2019. Keadaan tersebut telah menjelaskan bahawa
kenderaan sudah menjadi sesuatu keperluan harian terhadap masyarakat untuk berulang
alik dari satu tempat ke satu tempat. Oleh itu, situasi tersebut telah menyebabkan punca
utama berlakunya pencemaran udara kerana kenderaan bermotor yang menggunakan
petrol berplumbum dan kenderaan diesel telah melepaskan kandungan sulfur dioksida dan
nitrogen dioksida. Gas-gas tersebut telah mempengaruhi kualiti udara dengan
menyebabkan berlakunya jerebu yang menjejaskan kesihatan manusia. Misalnya, asap-
asap yang dilepaskan daripada kenderaan membahayakan individu yang mempunyai
masalah kesihatan berkaitan sistem pernafasan seperti pesakit asma. Pada tahun 2016,
kira-kira 4 juta kes kematian berlaku disebabkan oleh pencemaran udara.

Produk teknologi hijau
Pengenalan Kereta Elektrik



Untuk mengurangkan atau menyelesaikan isu pencemaran udara dari segi
pengangkutan, produk teknologi hijau yang boleh digunakan adalah kereta
elektrik. Kereta elektrik merupakan sejenis kereta yang bergerak dengan
menggunakan tenaga elektrik. Motor elektrik bagi kereta menggunakan
tenaga yang disimpan dalam bateri. Ia boleh sebagai pengganti bagi kereta
konvensional pada hari ini. Kekurangan bekalan petrol dan masalah
pencemaran udara merupakan pencetus bagi perkembangan kereta elektrik.
Apabila inisiatif penggunaan kenderaan elektrik dilaksanakan, kerajaan perlu
melihat kepada sumber tenaga elektrik sekiranya mahu penggunaan
teknologi hijau dilaksanakan dengan sempurna. Pengangkutan kereta
elektrik dapat dipertingkatkan sebagai sumber tenaga elektrik untuk
merealisasikan teknologi hijau dalam ertikata sebenar.

Kebaikan kereta elektrik
Mesra alam sekitar

Apabila kereta elektrik dijadikan sebagai kenderaan biasa dalam kehidupan harian,
ia membolehkan pemandunya melewati perjalanan dengan emisi sifar ataupun tidak
mengeluarkan sebarang asap. Dengan penggunaan kereta elektrik, ia boleh
mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida yang biasanya dilepaskan oleh
kenderaan konvensional. Hal ini dikatakan demikian kerana kenderaan konvensional
bergerak melalui pembakaran petrol atau diesel untuk menghasilkan tenaga. Dengan
penggunaan kereta elektrik, ia tidak mengeluarkan sebarang karbon dioksida sebab
bateri yang digunakan hanya menggunakan hydrogen dan oksigen dan sisa bateri
hanya mempunyai air. Walaupun proses penghasilan bateri bagi kereta elektrik
membebaskan karbon dioksida, tetapi pengeluaran karbon dioksida tersebut lebih
mesra alam jika berbanding dengan kereta konvensional yang membakar minyak
petrol dan selalu melepaskan gas-gas toksik yang memberi impak terhadap alam
sekitar. Menurut kajian daripada Institute of Technology Enegy Initiative
Massachusetts, purata bagi sebuah kereta sedan besar akan melepaskan 5.2 tan CO2
apabila dipandu sejauh 19,000km. Selepas 9 tahun, 57 tan CO2 akan dibebaskan dari
proses penghasilan dan penggunaan. Manakala bagi kereta elektrik, ia akan
membebaskan 28 tan CO2 dalamtempoh dan jarak perjalanan yang sama. Melalui
kajian tersebut. kita dapat mengetahui bahawa kereta elektrik adalah produk
pengangkutan yang mesra alam kerana purata pelepasan CO2 adalah separuh
daripada angka kereta konvensional. Dengan ini, bukan sahaja isu pencemaran udara
dapat dikurangkan tetapi pemandu kereta elektrik juga memainkan peranan dalam
mewujudkan persekitaran yang baik kerana impak kepanasan global juga semakin
teruk. Jelaslah bahawa penggunaan kereta elektrik bertujuan mengurangkan kadar
pencemaran daripada kenderaan.



Penjimatan kos-kos

Untuk merealisasikan penggunaan pengangkutan hijau, perkara yang paling banyak
masyarakat bincangkan adalah kos. Sistem pengangkutan hijau yang murah akan
menarik minat masyarakat untuk menggunakannya. Seperti yang kita tahu, kos bagi
kereta elektrik lebih murah jika berbanding dengan kereta konvensional khursusnya
kos operasi. Hal ini dikatakan demikian kerana ejin kereta konvensional dijana dengan
bahan api fosil. Bukan itu sahaja, pemilik kereta konvensional perlu menukar minyak
enjin, palam pencucuh dan servis-servis lain disebabkan sistem enjin bagi kereta
konvensional memerlukan keperluan yang tinggi. Tambahan pula, bateri bagi kereta
elektrik boleh dicas dari semasa ke semasa. Tenaga yang digunakan oleh kereta
elektrik adalah tenaga yang boleh diperbaharui manakala kereta konvensional
menggunakan minyak petrol yang dihasilkan oleh penguraian binatang mati yang
mengambil masa berjuta-juta tahun. Dari perspekif yang lain, kereta elektrik bukan
sahaja dapat menjimatkan kos operasi tetapi juga menjimatkan kos penyelenggaraan.
Hal ini boleh dibuktikan oleh laporan daripada penganalisis Consumer Reports, Chris
Harto mendapati bahawa kereta elektrik boleh menjimatkan 50 peratus kos
penyelenggaran jika berbanding dengan kereta pembakaran dalaman. Jelaslah
bahawa, pemilik kereta elektrik dapat menjimatkan kos penyelenggaran dan kos
operasi serta menjimatkan kos minyak jika berbanding dengan pemilik kereta
konvensional.

Mengurangkan pencemaran bunyi

Kereta elektrik bukan sahaja boleh mengurangkan isu pencemaran udara, ia
juga menyumbang dalam penyelesaian masalah pencemaran bunyi. Hal ini
dikatakan demikian kerana kereta elektrik menggunakan mekanisma instant torque
di motor kereta supaya mempunyai pergerakan tork penuh. Melalui sistem
tersebut, bunyi bising seperti kereta konvensional tidak akan berlaku terhadap
kereta elektrik. Melalui keadaan ini, pencemaran bunyi terutamanya di bandar
akan dikurangkan dan masyarakat bandar tidak akan diganggu semasa rehat atau
bekerja di mana-mana tempat. Dengan ini, kesihatan masyarakat dapat terjamin
kerana kebisingan juga akan mempengaruhi kesihatan seseorang. Oleh itu, boleh
dikatakan bahawa kereta elektrik dapat menyumbang dalam mengurangkan
masalah pencemaran bunyi di bandar dengan efisien.

Keburukan Kereta Elektrik
Harga pemilikan yang tinggi

Walaupun kereta elektrik merupakan produk pengangkutan yang amat mesra alam dan
sentiasa digalakkan untuk menggunakannya, tetapi harga yang terlalu mahal manakala
harga bagi kereta enjin pembakaran dalam adalah lebih rendah daripada kereta elektrik.
Keadaan tersebut menjadi sesuatu rintangan bagi masyarakat untuk memiliki kereta elektrik.
Sebagai contoh, Nissan merupakan sesuatu jenama yang terkenal dalam kenderaan. Ia telah
menghasilkan kereta elektrik seperti Nissan Leaf yang berharga RM180,000. Harga yang
agak tinggi menyebabkan ramai masyarakat tidak mampu membelinya dan hanya
masyarakat yang berpendapatan tinggi mampu membeli kereta elektrik tersebut.
Kebanyakkan masyarakat akan memilih kereta enjin pembakaran dalaman kerana mereka
masing mementingkan aspek praktikal, tujuan memilikidan bajet pembelian masing-masing.

Tempat cas bateri masih berkurangan

Disebabkan kereta elektrik belum diperluaskan dalam pasaran, ia mempunyai limitasi
infrastruktur stesen pencegas. Masalah kekurangan stesen pencegas tersebut
mempengaruhi pemilik kereta elektrik yang menghuni kondominium. Penggunaan kereta
elektrik lebih sesuai untuk perjalanan yang dekat dan terhad di bandar-bandar besar untuk
mendapat perkhidmatan mengecas semula bateri. Disebabkan kekurangan stesen pengecas,
pemandu kereta elektrik perlu merancang perjalanan dengan teliti semasa berada di
kawasan luar bandar yang mungkin tidak mempunyai stesen pengecas. Ini akan menjadi
cabaran yang perlu dihadapi oleh pemandu kereta elektrik berbanding dengan pemandu
kereta enjin pembakaran dalam. Pengagihan stesen pengecasan yang tidak cukup telah
membimbangkan masyarakat yang memiliki kereta elektrik.

Masa cas semula bateri

Keburukan yang seterusnya adalah masa bagi pencegasan kereta elektrik agak lama.
Biasanya, kereta elektrik memerlukan masa berjam-jam untuk cas semula bateri tetapi bagi
kereta pembakaran dalaman, ia hanya mengambil masa beberapa minit untuk mengisi bahan
api. Melalui keadaan ini, kebanyakkan masyarakat tidak minat untuk membeli kereta elektrik
kerana terlalu lambat untuk cas semula bateri jika berbanding dengan kereta pembakaran
dalam yang hanya memerlukan beberapa minit untuk mengisi tangkinya.

Cadangan

Dalam pandangan saya, jika terdapat keburukan bagi sesuatu produk, pastilah
mempunyai cadangan untuk menambahbaik. Oleh itu, cadangan pertama yang boleh diberi
adalah pihak kerajaan perlu memainkan peranan untuk memberi subsidi kepada pengeluar
atau syarikat yang menghasilkan kereta elektrik. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila
syarikat atau pengeluar menerima subsidi daripada pihak kerajaan, ia sebagai sesuatu
sokongan yang membolehkan mereka lebih yakin untuk menghasilkan kereta elektrik yang
berkualiti. Di samping itu, subsidi yang diterima juga boleh digunakan sebagai kos
pengeluaran kereta elektrik. Dengan ini, apabila kos pengeluaran bagi penghasilan kereta
elektrik menurun, harga yang dijual dalam pasaran juga akan menurun. Oleh itu, apabila
harga kereta elektrik menurun, masyarakat bermampu untuk membeli kereta elektrik dan
tindakan tersebut secara tidak langsung dapat meningkatkan keselesaan terhadap
kehidupan manusia dan juga boleh mengurangkan isu pencemaran udara.

Di samping itu, untuk menyelesaikan masalah kekurangan stesen cas bateri kereta
elektrik, pihak kerajaan boleh bekerjasama dengan syarikat pengeluaran kereta elektrik
untuk menubuh lebih banyak stesen-stesen bagi memenuhi keperluan pemilik kereta
elektrik untuk cas bateri pada bila-bila masa. Pihak kerajaan boleh memberi modal atau
membekalkan buruh mahir kepada syarikat-syarikat berkuasa untuk melancarkan projek
pembinaan stesen pengecas. Melalui keadaan ini, masalah kekurangan stesen pengecas
dapat diselesaikan dan lebih banyak peluang pekerjaan dapat diberikan kepada
masyarakat. Bukan itu sahaja, bagi penambahbaikan bateri, pihak tertentu boleh
mendirikan pasukan kajian untuk melakukan kerja menambahbaik bateri kereta elektrik
supaya dapat menggunakan masa yang lebih pendek untuk masa cas semula bateri.
Tambahan pula, mereka juga boleh menghasilkan teknologi baru bagi bateri supaya dapat
membolehkan bateri untuk menahan perjalanan yang panjang bagi memberi manfaat
kepada pemandu untuk sentiasa cas semula bateri dalam perjalanan yang dekat.

Penutup

Sebagai kesimpulannya, isu pencemaran udara adalah sesuatu isu yang perlu diberi
tumpuan daripada setiap individu. Hal ini dikatakan demikian kerana pencemaran udara
membawa pelbagai impak buruk terhadap semua hidupan dalam bumi. Tuntasnya, setiap
individu perlu sedar akan kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar. Sebagai
contoh, pihak kerajaan perlu memainkan peranan dengan sentiasa mengadakan aktiviti-
aktiviti bagi menarik minat kalangan masyarakat supaya menyemai nilai mencintai alam
sekitar. Sikap memelihara dan memulihara alam sekitar merupakan tanggungjawab setiap
orang kerana setiap individu hidup dalam satu bumi dan langgit yang sama. Oleh itu, setiap
orang perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk merealisasi satu bumi dan
kehidupan yang lebih berkualiti, bersih dan segar. Dalam isu pencemaran udara tersebut,
bukan hanya satu cara yang boleh kita mengurangkan isu tersebut tetapi setiap individu
boleh menyumbang dalam penyelesaian isu pencemaran udara. Salah satu cara merupakan
masyarakat digalakkan untuk menggunakan kenderaan awam seperti LRT, bas dan lain-lain
semasa ingin pergi ke mana-mana tempat supaya asap kenderaan dapat diminimumkan.
Seterusnya, bagi masyarakat yang bekerja di sama tempat, mereka boleh berkongsi
kenderaan untuk pergi ke tempat kerja. Di samping itu, jika masyarakat ingin pergi ke tempat
yang berdekatan dengan mereka, mereka boleh berjalan kaki atau menunggang basikal.
Dengan ini, bukan sahaja dapat mengurangkan pencemaran udara tetapi juga boleh
menyihatkan badan. Oleh itu, jelaslah bahawa setiap golongan masyarakat dalam pelbagai
peringkat perlu mengambil tanggungjawab masing-masing supaya isu pencemaran udara
dapat dikawal dengan baik demi kesejahteraan genarasi masa hadapan.

2141 patah perkataan

Rujukan

4 Kelebihan Kereta Elektrik Berbanding Kereta Konvensional. (2017, October 25).
Iluminasi. https://iluminasi.com/bm/4-kelebihan-kereta-elektrik-berbanding-kereta-
konvensional.html

Huzaini, O. N. B. (2015, October 6). Pencemaran udara jejas kesihatan. BH Online.
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/10/86816/pencemaran-udara-jejas-
kesihatan

Bali, M. (n.d.). ANALISIS DATA HARIAN PM10 DAN INDEKS PENCEMARAN UDARA.
Www.academia.edu. Retrieved November 26, 2021, from
https://www.academia.edu/9485012/ANALISIS_DATA_HARIAN_PM10_DAN_INDEKS_PE
NCEMARAN_UDARA

(2020). Astroawani.com. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-di-
tempat-pertama-pencemaran-udara-tertinggi-dunia-217879

Apa itu Teknologi Hijau? - Hari Inovasi ICT. (n.d.). Sites.google.com.
https://sites.google.com/site/hariinovasi/berita/apa-itu-teknologi-hijau

Pendaftaran kenderaan bermotor di Malaysia cecah 31.2 juta unit sehingga 31 Disember
2019 — JPJ - paultan.org. (2020, April 2). Paul Tan’s Automotive News.
https://paultan.org/2020/04/02/pendaftaran-kenderaan-bermotor-di-malaysia-cecah-31-2-
juta-data-sehingga-31-dis-2019-dari-jpj/

Yazid, D. M. R. M. (2020, September 22). Pengangkutan aktif pulihara alam. Berita
Harian. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/09/733921/pengangkutan-
aktif-pulihara-alam


Click to View FlipBook Version