MESYUARAT AGUNG PIBG 27 APRIL SABTU 2024 07:30 DEWAN PAGI HARMONI Ke-37 ANJURAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SKS19
SENARAI KANDUNGAN 1) PENGENALAN PIBG 1 2) OBJEKTIF PIBG 2 3) TENTATIF PROGRAM 3 4) KATA ALU-ALUAN GURU BESAR SKS19 4 5) KATA ALU-ALUAN YDP PIBG SKS19 5 6) KATA ALU-ALUAN PERASMI MESYUARAT 7 AGUNG TAHUNAN PIBG SKS19 KALI KE-37 7) JAWATANKUASA INDUK 9 8) JAWATANKUASA PELAKSANA 10 9) AGENDA MESYUARAT PIBG KALI KE-37 15 10) NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37 16 11) MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 17 12) LAPORAN AKTIVITI PIBG 2023/2024 30 13) LAPORAN KEWANGAN 2023/2024 34 14) USUL DAN CADANGAN 38 15) LAMPIRAN 41 i
1 PENGENALAN PIBG Ibu bapa merupakan nadi dan tunjang dalam membesarkan dan mendidik anak-anak di rumah. Namun begitu tuntutan dalam menuntut ilmu memerlukan anak-anak dihantar ke sekolah untuk menjamin masa depan bakal-bakal pemimpin dan juga pewaris generasi hadapan. Oleh yang demikian, sejajar dengan wawasan kepemimpinan negara yang terkini dalam melahirkan ‘Generasi Madani’ , kerjasama yang erat dan jitu di antara sekolah dan ibu bapa adalah amat dititikberatkan. Lahirnya Persatuan Ibu Bapa dan Guru di sekolah, bertitik tolak daripada tanggungjawab mendidik anak-anak yang tidak hanya terbeban kepada sebelah pihak sahaja. Kebajikan anak-anak bukan sahaja dapat dijaga bersama oleh kedua-dua belah pihak, bahkan institusi pendidikan menjadi lebih berfokus dan terarah dalam melahirkan anak-anak yang bukan sahaja bijak dan pandai, bahkan menjadi manusia yang lebih bermoral dan bertamadun. Menyedari hakikat ini, program kerjasama di antara pihak sekolah dan ibu bapa telah banyak dilaksanakan. Antaranya adalah acara tahunan seperti Mesyuarat Agung Tahunan yang juga merupakan salah satu cara untuk merapatkan jurang antara keduadua belah pihak. Selepas berlakunya pandemik Covid-19 tiga tahun kebelakangan ini, banyak aktiviti yang telah dilaksanakan adalah secara atas talian disebabkan penutupan sekolah atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun, pada tahun ini setelah berakhirnya fasa pandemik ke endemik, pihak sekolah dan juga barisan ahli jawatankuasa telah kembali merancang pelbagai aktiviti dan acara bersemuka untuk menarik ibu bapa bersama-sama dalam merancang dan membangunkan sekolah demi memberi pendidikan yang terbaik kepada anak-anak.
1. Memupuk semangat kerjasama di antara ibu bapa dan sekolah. 2. Menggalakkan ibu bapa menyertai aktiviti bersama pihak sekolah supaya mereka berasa lebih yakin bahawa sekolah ialah tempat yang selamat bagi anak-anak mereka menuntut ilmu. 3. Memberi pendedahan kepada ibu bapa perihal persekitaran sekolah yang boleh ditambah baik dari segi keceriaan dan juga prasarana. 4. Memenuhi seruan kerajaan dalam melahirkan “Masyarakat Madani” yang dapat saling bantu membantu dan bekerjasama dalam membangunkan Institusi Pendidikan. 2 OBJEKTIF PIBG
Ketibaan tetamu Ketibaan Perasmi Ucapan alu-aluan pengerusi majlis Bacaan doa oleh En Mohd Yusuf bin Saparwan Persembahan Tarian Ketipang Payung Tayangan Video Montaj Ucapan YDP PIBG oleh En Mohammed Zahir bin Khariri Ucapan Guru Besar SKS19 oleh Pn Munaliza bt Nawawi Ucapan Perasmian oleh Pn Fadzlon binti Faisal Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Perancangan Gimik Perasmian Penyampaian Cenderahati Cabutan Bertuah Sidang 1 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Bermula Cabutan Bertuah Sidang 2 Bersurai 3 TENTATIF PROGRAM 07:30 pagi 08:00 pagi 08:30 pagi 08:40 pagi 08:45 pagi 09:00 pagi 09:15 pagi 09:30 pagi 10:00 pagi 10:15 pagi 12:15 tengah hari 12:30 tengah hari *Cabutan bertuah akan dilaksanakan berselang-seli dengan agenda mesyuarat
Assalamualaikum, Salam Madani, Salam Karamah Insaniah, Salam ABC, Salam Transformasi Salam Lestari Stem dan Salam Perpaduan. Bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan kurnia serta rahmatNya, kita dapat melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-37 sesi 2024/2025. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada YDP dan AJK PIBG kerana berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG. Saya ingin menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada AJK PIBG sesi 2023/2024 di bawah pimpinan Encik Mohamed Zahir bin Khariri yang telah memberi komitmen dan kerjasama kepada pihak sekolah. Sokongan dan keprihatinan yang berterusan daripada ibu bapa terhadap sekolah diharapkan dapat merealisasikan Visi dan Misi sekolah. Semoga anak-anak murid SKS19 menjadi anak yang baik lagi cerdik. Di samping itu sambutlah hasrat KPM iaitu anjakan paradigma dalam kurikulum bagi menyediakan generasi yang kompetensi, bersahsiah, kukuh jati diri, berdaya tahan dan kalis masa hadapan. Semoga dengan gabungan yang mantap antara PIBG dan sekolah dapat menjadikan sekolah kita sekolah terbilang yang akan melahirkan anak-anak yang berjaya secara holistik. Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Dipertua PIBG serta barisan Ahli Jawatankuasa yang sentiasa bekerjasama dan memberi sokongan kepada program-program sekolah. Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada warga SKS19 , ibu bapa dan penjaga ,orang perseorangan serta komuniti yang sentiasa menyokong ke arah kemenjadian murid dan kecemerlangan sekolah. “ MURID CERIA ,GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA, NEGARA SEJAHTERA. ” Sekian. Terima Kasih. 4 KATA ALU-ALUAN GURU BESAR SKS19 PN MUNALIZA BT NAWAWI
5 Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan-Nya, maka kita dapat sekali lagi bertemu dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-37 ini. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua ibu bapa yang dapat meluangkan masa untuk hadir pada hari ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua AJK PIBG bagi tahun 2023/2024 kerana telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ini. Terbuktilah bahawa kesibukan dengan pelbagai tugas harian bukanlah satu halangan untuk kami melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya kami sedar dan akui bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ni adalah merupakan satu platform terbaik buat kita semua yang terdiri daripada golongan ibu bapa serta waris anak-anak sebagai warga jati Sekolah Kebangsaan Seksyen 19 ini bagi tujuan mengeratkan hubungan baik dan seterusnya membentuk kebersamaan dengan pihak sekolah. Jutaan terima kasih juga atas kerjasama dan jasa baik warga Sekolah Kebangsaan Seksyen 19 yang terdiri daripada para pentadbir, guru-guru, kakitangan serta pekerja sekolah khasnya Guru Besar SKS19 iaitu Puan Munaliza bt Nawawi. Ternyatalah bahawa pihak sekolah tidak teragak-agak dan sentiasa bersedia membuka pintu untuk menerima kehadiran kami dengan memberi kerjasama dan kepercayaan kepada kami selaku AJK PIBG. Peranan kami yang mewakili suara para ibu bapa sekolah ini adalah untuk membantu menggerakkan perancangan program dan aktiviti sekolah. Peranan dan tanggungjawab PIBG amatlah penting sebagai penyumbang kepada kejayaan dan kecemerlangan sekolah khasnya anak-anak kita di sekolah ini. Kami amat bersyukur dan rasa bertuah kerana dapat berkhidmat dan meneruskan kebersamaan ini bagi membantu melaksanakan dan menjayakan program-program sekolah ini sepanjang sesi 2023/2024. Menyentuh tentang sumbangan tidak kira dari segi kewangan dan kepakaran saya ingin menyampaikan harapan PIBG untuk merealisasikan projek untuk menaiktaraf padang sekolah. Namun, pergerakan dan usaha kami agak terbatas disebabkan kekurangan dana. KATA ALU-ALUAN YDP PIBG SKS19 EN MOHAMMED ZAHIR BIN KHARIRI
6 KATA ALU-ALUAN YDP PIBG SKS19 EN MOHAMMED ZAHIR BIN KHARIRI Sokongan jitu dan kerjasama padu hadirin mahupun yang tidak dapat hadir amatlah diperlukan sama ada dari segi sumbangan idea, tenaga mahupun kewangan yang pastinya akan dapat melonjakkan lagi kecemerlangan sekolah ini. Saya percaya ramai dalam kalangan ibu bapa yang sudi menyumbang. Saya ingin menyeru agar para ibu bapa dapat terus bergerak bersama-sama PIBG seiring jalan bagi menjayakan hasrat sekolah ini dengan memberikan sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah dan AJK PIBG untuk memimpin serta melaksanakan hasrat murni pihak sekolah. Kita perlulah bertindak mengikut landasan dan prosedur yang betul dan tepat apabila menghadapi sesuatu masalah dengan pihak sekolah. Kami akui pertemuan dan perbincangan baik dan mesra bersama pihak sekolah sepanjang kami berkhidmat sebagai AJK PIBG merupakan satu langkah terbaik bagi mengatasi segala permasalahan yang dihadapi. Sebaliknya, akan pincang dan gagallah segala perancangan yang dibuat tanpa sokongan dan kerjasama tuan-tuan dan puan-puan. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai program. Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan pelajar. Saya juga berharap dalam pertemuan seperti ini kita dapat bersama-sama menyumbang idea untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG sekolah ini. Saya berharap agar Ahli Jawatankuasa PIBG baru yang akan dilantik kelak dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan kecemerlangan SK Seksyen 19, Shah Alam. Terima kasih.
7 KATA ALU-ALUAN PERASMI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37 Pn FADZLON BINTI FAISAL TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SEKTOR PERANCANGAN Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, maka kita dapat bersama-sama berkumpul pada pagi yang mulia ini, sempena Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sekolah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam kali ke-37. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput saya ke majlis hari ini dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG sekolah ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Penasihat dan Jawatankuasa PIBG kerana telah dapat merancang, mengelola dan seterusnya melaksanakan mesyuarat pada hari ini. Kita semua sedia maklum, bahawa PIBG sekolah ditubuhkan adalah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sesebuah sekolah. Permuafakatan seumpama ini diharapkan akan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk menyediakan kemudahan dan keperluan bagi meningkatkan mutu pengajaran guru-guru demi membentuk kemenjadian dan kecemerlangan prestasi anak-anak kita. Secara tidak langsung, pastinya kaedah ini akan dapat mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian ilmu antara pihak sekolah, para ibu bapa serta komuniti setempat. Secara tepatnya, PIBG merupakan suatu medium yang berkesan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dengan para ibu bapa sekolah ini khasnya. Pihak kerajaan turut seiring jalan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia yang sentiasa prihatin dan menitikberatkan perkembangan dan kepentingan pendidikan dari semasa ke semasa mengikut rentak dan peredaran dunia dengan meletakkan 7 Teras Utama iaitu : 1. Isu keciciran pembelajaran 2. Kebajikan guru 3. Komunikasi antara kementerian dan sekolah 4. Naik taraf sekolah daif 5. Penekanan aspek karamah insaniah 6. Isu kemiskinan multidimensi 7. Meningkatkan pendidikan digital
8 KATA ALU-ALUAN PERASMI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37 Pn FADZLON BINTI FAISAL TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SEKTOR PERANCANGAN Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah menyediakan pelbagai peruntukan bantuan, insentif dan program bagi mencapai hasrat murni ini. Antaranya adalah melalui Program Sekolahku Sejahtera bagi menuju ke arah Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara, Negara Sejahtera. Sesungguhnya hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia, warga guru dan AJK PIBG sekolah ini pastinya memerlukan sokongan dan dokongan tuan-tuan dan puan-puan bagi menyahut dan seterusnya bersama-sama berganding bahu bekerjasama menyempurnakan dan menjayakan hasrat murni ini. Saya ingin menyeru agar para ibu bapa melangkah bersama-sama seiring jalan bagi menjayakan hasrat ini dengan memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah dan AJK PIBG sekolah ini untuk memimpin serta melaksanakan hasrat murni ini. Elakkanlah berlakunya salah faham dan persengketaan demi kebaikan bersama. Jauhilah rasa tidak puas hati, was-was, risau dan mencari salah silap pihak sekolah dan PIBG. Hulurkan sumbangan idea, tenaga mahupun kewangan bagi menyokong dan memantapkan lagi usaha-usaha baik yang dirancang serta dilaksanakan semata-mata untuk manfaat, keselesaan dan kesempurnaan anak-anak kita belajar di sekolah cemerlang ini. Saya percaya dan yakin bahawa pihak sekolah dan AJK PIBG sentiasa berbincang dan mengambil langkah bijak bagi mengatasi permasalahan yang terjadi dengan sebaik-baiknya demi mewujudkan zon selesa pembelajaran anak-anak kita di sekolah ini. Harapan saya, kerjasama dan semangat kebersamaan ini akan dapat diteruskan dengan lebih cemerlang selepas ini. Tahniah dan setinggi-tinggi perhargaan buat AJK PIBG bagi tahun 2023 atas kecemerlangan menggerakkan budaya kerja yang baik. Tahniah juga buat AJK PIBG bagi tahun 2024 yang bakal terpilih bagi menerajui dan meneruskan delegasi kecemerlangan kebersamaan PIBG Sekolah Kebangsaan Seksyen 19 ini. Sekian, Terima kasih.
9 JAWATANKUASA INDUK MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37 PENASIHAT PN MUNALIZA BT NAWAWI YDP PIBG EN MOHAMMED ZAHIR BIN KHARIRI NAIB YDP PIBG EN ROSDI BIN SALLEH PK PENTADBIRAN PN ASMIDAR JAMAIAH BINTI ALIAS PK HEM EN MOHD ZAIDI BIN ABDUL MAJID PK KOKURIKULUM EN MOHAMAD MAHIZAM BIN MOHAMAD TOHA PK PETANG PN VASANTHI A/P MUNASAMY PK PENDIDIKAN KHAS EN SHAMSUDDIN BIN ZAKARIA SETIAUSAHA CIK SITI RUZAINI NURAIN BINTI RUSLI BENDAHARI EN MOHD AMIRUL BIN MOHD FADZIL AJK PIBG IBUBAPA EN MOHD KHAIRUL HAKIMI BIN MOHAMAD ANUAR PN ROSLIZA BINTI RAMLI PN NUR FARHANAH BINTI MUSTAFA PN DIAN DAHLYA BINTI MOHAMAD ASROUN PN SITI FATIMAH BINTI MOHD GHAZALI PN SITI AMINAH BINTI HASHIM AJK PIBG GURU PN NURUL ADHA BINTI MD YATIM PN MAZNAH BINTI MAT EN HANIF BIN YUSOFF TN HJ NORAZAM BIN ALI PN ZAIHAN NORAZLIN BINTI MOHD ABIDIN PEMERIKSA KIRA-KIRA PN SHAHIDA BINTI SAHER PN NURUL MAJDIAH BINTI HJ ROSLI
10 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37 PROTOKOL / SAMBUTAN & PENYAMBUT TETAMU PN MUNALIZA BT NAWAWI PN ASMIDAR JAMAIAH BT ALIAS EN MOHD ZAIDI BIN ABDUL MAJID EN MOHAMAD MAHIZAM BIN MOHAMAD TOHA PN VASANTHI A/P MUNASAMY EN SHAMSUDDIN BIN ZAKARIA EN MOHAMMED ZAHIR BIN KHARIRI (PIBG) EN ROSDI BIN SALLEH (PIBG) PENGACARA MAJLIS EN SHAHEEZAM BIN JAMALUDIN (K) CIK NAZATUL AMILIN BINTI MOHD MUZAFFAR TEKS UCAPAN PERASMI EN ZULKEFLI BIN ABU BAKAR PENGERUSI SEMENTARA EN SHAMSUDDIN BIN ZAKARIA PENDAFTARAN PN ERMI YUSIAKMAR BINTI MOHD NOR (K) PN AISYATUN BINTI MD ISMAIL PN NOR ‘ASHIKIN BINTI ABU BAKAR PN HASNEZA BINTI AYUB PN HALIMATUS SAADIAH BINTI ABDUL RAHMAN BACAAN DOA EN MOHD YUSUF BIN SAPARWAN
11 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37 PENYEDIAAN BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG & FLIP BOOK PN NOOR FARHANA BINTI MOHAMMAD JALANI (K) PN NURASIDAH BINTI YUSOF PN SHAZWATI BINTI AB SAHIR PERSEMBAHAN MURID EN PAVITTIRAN A/L GUNASELAN (K) PN ROZIANA BINTI ABDUL MALEK PN ONE RADZIAH BINTI MUHAMMAD CENDERAHATI PERASMI / CABUTAN BERTUAH PN NURUL IDAYU BINTI MOHD NAJIB (K) PN NUR FARHANAH BINTI MUSTAFA (PIBG) PN DIAN DAHLYA BINTI MOHAMAD ASROUN (PIBG) PN NOR FAIZAH BINTI JUNAIDI PN SITI HASMAH BINTI ISMAIL PN NUR HASHIMA BINTI HASHIM PN FAIZAH BINTI MOHD MINAL PN NURUL JANNAH BINTI MD ESA PN KU ZARINA BINTI KU DAUD PN SUHAILI BINTI ABD MUNGIS PENCATAT MINIT MESYUARAT PN NURUL IRYANA BINTI SAMSUDDIN (K) PN AINUR NAZURA BINTI MOHD JONI CIK NUR AQILA SYAFIQA BINTI ISHAR CIK SELVADRASHINI A/P SALAVAKUMAR PN FARHANA BINTI MOHD RODZI
12 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37 PENCATAT / JURU KIRA UNDI TN HJ NORAZAM BIN ALI (K) EN GHAZANI BIN CHE HARUN EN WAN AHMAD ARMAN BIN WAN ZAIDI EN MOHD SAFWAN BIN KHALID LIVE FB / FOTOGRAFI EN SYED NURHAFIZ BIN SYED ABDUL RAHIM (K) PN ROSLIZA BINTI RAMLI (PIBG) EN SAHRUL HAFIZI BIN AZMI EN KISSANRAJ A/L NAGARAJ SIARAYA / PERALATAN EN MUHAMAD NAZRUL HAFEDZI BIN ABDUL HALIM (K) EN MOHD KHAIRUL HAKIMI BIN MOHAMAD ANUAR (PIBG) EN SAZALI BIN SAYUTI BANNER / BACKDROP EN HANIF BIN YUSOFF SLIDE / VIDEO PELANCARAN / GIMIK PN NOORHANIZAH BINTI WAN ABD RAOH (K) CIK NORSAHADAH BINTI ZAINAL ABIDIN PN SITI ASYRAF BINTI ASBOLLAH PN SALMIAH BINTI AHMAD PERSIAPAN DEWAN / TEMPAT EN MUHAMMAD AFIQ BIN MOHAMAD TAHIR (K) EN MUHAMMAD HAZMAN FAIZ BIN OTHMAN EN SUREIN LOUIS A/L EDDIE BOY LOURDES EN ALFEE AZLI BIN YAJID
13 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37 PERSIAPAN HIASAN PENTAS PN SITI KHADIJAH BINTI KAMARUDIN (K) CIK NURILANI BINTI SIDEK PN NURUL IZZAH BINTI YAHAYA PN NORMALISSA BINTI ABDULLAH PN EMILYA SUZANA BINTI IBRAHIM PN MARDIYAH BINTI IBRAHIM PN SURIA BINTI MAT JUNOH PN HJH NORWAHIDA BINTI MD YUNOS PN SITI NOR AZZURA BINTI MISROM PN MAIZATULLAKMA BINTI MOHAMED MENGEMAS SEMULA DEWAN / TEMPAT EN MUHAMMAD ZHARIFF BIN HASNAN (K) EN ZAINAL BIN NANYAN EN KHAIRUL AZWAR BIN MUSTAPA EN MOHAMAD FARIS SHAHMI BIN MD LOTFI KECERIAAN / KEBERSIHAN PN ZAIHAN NORAZLIN BINTI MOHD ABIDIN (K) PN NURUL HAYATI BINTI LUKMAN LEE PN TENGKU FARRAH MARIA BINTI TENGKU NASIRUDIN PEKERJA SEKOLAH
14 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37 JAMUAN VIP / AJK PIBG / GURU PN NAZIBAH BINTI AHMAD (K) PN NUR INTAN ZANISYA BINTI ZAKARIA PN LATIFAH RABANIAH BINTI MOHD ISA PN SITI NORAZILA BINTI ZAINON PN MAZIAH BINTI MAMAT PN NOR HADILA BINTI MOHAMMAD NOR PN REINNA BINTI RAMLI PN NURUL MAJDIAH BINTI HJ ROSLI PN NADIA BINTI MUHA PN JULIYAH BINTI ABDUL KARIM PN MAZNAH BINTI ABD GHANI PN MARIA BINTI MD NOOR JAMUAN IBU BAPA PN NORLIZA BINTI MOHAMED (K) PN SITI FATIMAH BINTI MOHD GHAZALI (PIBG) PN SITI AMINAH BINTI HASHIM (PIBG) PN MISKINAH BINTI IBRO PN BADARIAH BINTI WAGIMUN@HJ IKHSAN PN HJH FARIDAH BINTI ISMAIL PN NOR AZIAN BINTI HANG TUAH PN NOR HAYATI BINTI MOHAMAD ALI PN NURLIANA BINTI SAFIE PN NORJULIEWATI AZLINA BINTI SABLI PN SRI WAHYU BINTI MD YUSOF PN NUR JUWAINI BINTI ABD AZIZ PN ASMAHANI BINTI ZAINOL ABIDIN PN YUSRINA BINTI ABU BAKAR
Ucapan Yang DiPertua PIBG 2023/2024 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-36 Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG Kali ke-36 Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan PIBG 2023/2024 Perbahasan Usul dan Cadangan Pembubaran AJK PIBG sesi 2023/2024 Pelantikan AJK PIBG sesi 2024/2025 Pemilihan Juru Audit Dalaman Ucapan Penangguhan Bersurai 15 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37
16 NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37 2024/2025
17 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 2023/2024 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 19, SHAH ALAM, SELANGOR. Tarikh : 27 Mei 2023 Masa : 10.15 Pagi Tempat : Dewan Harmoni, SK Seksyen 19 Kehadiran : 170 orang (Lampiran) . AGENDA MESYUARAT 1.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG 1.1 Yang Dipertua PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Munaliza bt Nawawi, para pentadbir dan semua ibu bapa kerana berkesempatan untuk hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SK Seksyen 19 kali ke36. Makluman 1.2 Yang Dipertua PIBG merakamkan kesyukuran atas kejayaan dan kecemerlangan yang telah dicapai oleh pihak sekolah sama ada melalui bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Kejayaan ini menggambarkan usaha dan kerjasama yang terjalin kukuh antara guru dan ibu bapa. Makluman 1.3 Ibu bapa diharapkan agar terus memberi komitmen dan menyumbang sebarang bentuk sama ada tenaga, barang mahupun kewangan kepada PIBG agar pihak sekolah dapat menjalankan aktiviti demi kecemerlangan dan kemenjadian murid-murid SK Seksyen 19. Makluman 1.4 Guru-guru dan ibu bapa diminta bekerjasama dan menggembleng tenaga bagi mencapai hasrat murni. Makluman
18 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 2023/2024 2.0 UCAPAN PENASIHAT 2.1 Puan Munaliza bt Nawawi selaku penasihat PIBG menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih atas kehadiran ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36. Makluman 2.2 Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 yang lalu atas usaha keras mereka menjayakan hasrat sekolah demi kecemerlangan murid SK Seksyen 19. Makluman 2.3 Penasihat mengharapkan jasa baik serta sokongan yang padu daripada semua ibu bapa sama ada dari aspek wang ringgit, sarana dan lain-lain sokongan yang diperlukan oleh pihak sekolah untuk kebaikan murid. Makluman 2.4 Penasihat mengingatkan bahawa kesepakatan dan kebersamaan antara pihak sekolah dan semua ibu bapa perlu diteruskan. Makluman 2.5 Penasihat mencadangkan supaya peranan KSIB diteruskan setelah melihat kebersamaan melalui kesepakatan dan semangat kerjasama yang diberikan sewaktu Majlis Sambutan Hari Raya dan Hari Guru. Makluman 2.6 Penasihat berharap agar pelantikan AJK PIBG yang baharu berjalan lancar. Makluman
19 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 2023/2024 3.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35 3.1 Setiausaha PIBG membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-35 dari muka surat 19 hingga 30. Makluman 3.2 Encik Kamarulzaman bin Sharif mencadangkan agar minit mesyuarat tersebut diterima dan disahkan serta disokong oleh Puan Nur Fauziah binti Mohamed. Ahli mesyuarat sebulat suara menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-35 setelah disemak dan diteliti. Makluman 4.0 PEMBENTANGAN DAN PENERIMAAN LAPORAN TAHUNAN PIBG SESI 2022/2023 4.1 Setiausaha PIBG sekali lagi membentangkan laporan tahunan PIBG SK Seksyen 19 dan meminta semua ahli mesyuarat merujuk laporan tersebut dari muka surat 31 hingga 34. Makluman 4.2 Ahli mesyuarat sebulat suara menerima laporan yang telah dibentangkan. Makluman 5.0 PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN PIBG BAGI SESI 2022/2023 5.1 Pengerusi menjemput Encik Mohd Amirul bin Mohd Fadzil selaku bendahari PIBG membentangkan penyata kewangan PIBG bagi sesi 2022/2023. Makluman
20 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 2023/2024 5.2 Bendahari memaklumkan bahawa jumlah pendapatan hasil baki tunai di bank, akaun sumbangan PIBG dan wakaf Surau An-Najihah adalah sebanyak RM88,402.80. Bendahari memaklumkan bahawa jumlah perbelanjaan pula adalah sebanyak RM67,123.90. Setelah ditolak jumlah pendapatan dan jumlah perbelanjaan, baki tunai di bank pada 23 Mei 2023 adalah sebanyak RM24,279.40. Makluman 5.3 Bendahari juga memaklumkan bahawa baki akaun wakaf surau adalah sebanyak RM3,610.00 dan perbelanjaan belum tunai adalah sebanyak RM3,000.50. Setelah baki tunai di bank ditolak baki akaun wakaf dan baki cek belum tunai, baki akhir penyata kewangan yang berakhir pada 25 Mei 2023 adalah sebanyak RM17,668.90. Makluman 5.4 Pengerusi memaklumkan bahawa PIBG telah menerima 48% kutipan sumbangan daripada keseluruhan ibu bapa pada sesi 2022/2023. Makluman 5.5 Pengerusi mengharapkan agar ahli jawatakuasa PIBG sesi 2023/2024 dapat menambah kutipan sumbangan. Makluman 5.6 Puan Dian Dahlya binti Mohamad Asroun mencadangkan agar penyata kewangan PIBG bagi sesi 2022/2023 yang berakhir pada 23 Mei 2023 agar disahkan. Encik Mohd Sufiri menyokong cadangan laporan kewangan ini disahkan. Makluman
21 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 2023/2024 6.0 PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 6.1 Pengerusi mewakili barisan Ahli Jawatankuasa PIBG 2022/2023 memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang perkhidmatan sebagai wakil PIBG SK Seksyen 19. Makluman 6.2 Pengerusi berharap agar AJK PIBG bagi sesi baru yang akan dilantik dapat mencetuskan idea-idea baru dan menunjukkan kebersamaan yang jitu. Makluman 6.3 Pengerusi PIBG iaitu Encik Mohammed Zahir bin Khariri secara rasminya membubarkan AJK PIBG SK Seksyen 19 bagi sesi 2022/2023. Makluman 6.4 Pengerusi mencadangkan agar Encik Shamsuddin bin Zakaria dilantik sebagai pengerusi sementara dan ahli mesyuarat menyokong sebulat suara. Makluman 7.0 PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 7.1 Keputusan pelantikan AJK PIBG bagi sesi 2023/2024 adalah seperti berikut : Penasihat : Pn Munaliza bt Nawawi (Guru Besar SK Seksyen 19) Yang DiPertua : En Mohammed Zahir bin Khariri Naib Yang DiPertua : En Rosdi bin Salleh Setiausaha : Cik Siti Ruzaini Nurain binti Rusli Bendahari : En Mohd Amirul bin Mohd Fadzil
22 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 2023/2024 Ajk (Ibu Bapa) : En Mohd Khairul Hakimi bin Mohamad Anuar : Pn Siti Fatimah binti Mohd Ghazali : Pn Siti Aminah binti Hashim : Pn Dian Dahlya binti Mohamad Asroun : Pn Rosliza binti Ramli : Pn Nur Farhanah binti Mustafa Ajk (Guru) : En Norazam bin Ali : En Hanif bin Yusoff : Pn Nurul Adha binti Md Yatim : Pn Zaihan Norazlin binti Mohd Abidin : Pn Maznah binti Mat Pemeriksa Kira-Kira : Pn Shahida binti Saher (Ibu Bapa) Pemeriksa Kira-Kira : Pn Nurul Majdiah binti Hj Rosli (Guru) Makluman 8.0 MEMBAHASKAN USUL-USUL DAN CADANGAN 8.1 Puan Nurhayati Husin yang merupakan bekas pelajar di SK Seksyen 19 mencadangkan agar tandas-tandas di sekolah dinaik taraf. Makluman 8.2 Guru Besar menyatakan bahawa permohonan untuk membaik pulih tandas telah dihantar kepada Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana. Makluman 8.3 Puan Rina binti Md Amin memaklumkan bahawa palang di bahagian tangga di tingkat paling atas membahayakan kerana ada ruang untuk murid terbolos dan beliau mencadangkan agar silang besi dirapatkan atau ditutup rapat. Makluman
23 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 2023/2024 8.4 Guru Besar memaklumkan bahawa perbincangan telah dilaksanakan bagi mengatasi isu palang di bahagian tangga dan akan diselesaikan bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini. Tindakan: Unit HEM 8.5 Puan Rina binti Md Amin turut mencadangkan agar laluan dari pintu pagar A ke pintu pagar B disimen bagi mengelakkan takungan air sewaktu hujan. Makluman 8.6 Guru Besar menyatakan bahawa surat permohonan susulan bagi penambahbaikan laluan dari pintu pagar A ke pintu pagar B akan dihantar kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan perkara ini akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa sesi baru iaitu sesi 2023/2024. Tindakan: AJK PIBG 8.7 Puan Rina binti Md Amin mengesyorkan agar ibu bapa yang menunggang motosikal tidak menggunakan laluan pejalan kaki ketika menghantar atau mengambil anak di sekolah tersebut. Makluman 8.8 Guru Besar memberi respon bagi perkara 8.7 bahawa pihak sekolah akan mengeluarkan surat siaran untuk mengingatkan ibu bapa yang menunggang motosikal untuk tidak menggunakan laluan pejalan kaki tersebut. Tindakan: Unit HEM 8.9 Puan Mazuraini binti Mahadi mencadangkan untuk mewujudkan tabung pembangunan sekolah, tabung besi dan tabung bergerak bagi menggalakkan murid menderma. Beliau turut mencadangkan agar satu akaun diwujudkan bagi tujuan kutipan derma daripada ibu bapa. Makluman
24 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 2023/2024 8.10 Guru Besar memberi respon bagi perkara 8.9 bahawa pihak sekolah telah menyediakan tabung bergerak pada setiap hari Jumaat dan kutipan dijalankan selepas waktu rehat. Akaun bank atas nama PIBG sekolah telah diwujudkan bagi tujuan penerimaan sumbangan daripada ibu bapa. Makluman 8.11 Puan Farhanah binti Mustafa memohon agar pihak sekolah menyediakan satu platform atau portal yang mengandungi senarai aktiviti kokurikulum yang boleh disemak oleh ibu bapa untuk penyertaan murid termasuk tahap 1 bagi tujuan mencungkil bakat serta mengasah kemahiran selain akademik dalam kalangan murid-murid. Makluman 8.12 Guru Besar memberi respon untuk perkara 8.11 bahawa pihak sekolah menerima cadangan berkenaan dan akan dilaksanakan oleh pihak sekolah. Tindakan: Unit Kokurikulum 8.13 Puan Farhanah binti Mustafa turut mencadangkan agar aktiviti seperti Story Telling, yang juga boleh disertai oleh ibu bapa, pertandingan bercerita oleh murid dan pertandingan persembahan drama berdasarkan adaptasi buku cerita antara kelas diadakan. Tindakan: Unit Kurikulum 8.14 Guru Besar memberi respon untuk perkara 8.13 bahawa pihak sekolah amat mengalu-alukan kesudian ibu bapa yang berminat untuk terlibat dengan aktiviti sekolah. Makluman 8.15 Puan Farhanah binti Mustafa memohon agar pihak sekolah menyemarakkan semangat keusahawanan menerusi aktiviti jualan yang dijalankan oleh murid dan hasil jualan itu boleh dimasukkan ke dalam tabung kelas atau sekolah. Makluman
25 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 2023/2024 8.16 Guru Besar memberi respon bagi perkara 8.15 bahawa semangat keusahawanan boleh digalakkan dan dijalankan melalui program-program di bawah anjuran aktiviti kokurikulum seperti kelab, persatuan dan unit beruniform. Tindakan: Unit Kokurikulum 8.17 Encik Hassan bin Abdullah mencadangkan agar penggunaan aplikasi Whatsapp bagi kumpulan kelas murid menggantikan aplikasi Telegram kerana lebih praktikal dan selalu diakses. Makluman 8.18 Guru Besar memberi respon bagi perkara 8.17 bahawa pihak sekolah memilih penggunaan aplikasi Telegram kerana lebih praktikal bagi semua ahli dalam kumpulan kelas sama ada ahli yang baru atau lama. Ini adalah kerana mesej-mesej terdahulu masih dapat dilihat bagi ahli baru berbeza dengan aplikasi Whatsapp. Makluman 8.19 Encik Hassan bin Abdullah turut mencadangkan agar guru kelas menyatakan nombor telefon masing-masing serta mengadakan satu penentuan masa yang membolehkan ibu bapa berkomunikasi secara personal di aplikasi Whatsapp. Makluman 8.20 Guru besar memberi respon perkara 8.19 bahawa satu permurnian waktu berkomunikasi dengan guru kelas akan dilaksanakan. Selain itu, beliau turut memaklumkan sekiranya ibu bapa tidak dapat menghubungi guru kelas, mereka perlu menghubungi pejabat sekolah bagi sebarang urusan. Tindakan: Penyelaras Aliran 8.21 Puan Wan Shahanem Wan Ishak mencadangkan agar program ceramah berkaitan adab diadakan bagi menekankan konsep adab dan berhemah tinggi dalam kalangan murid-murid. Makluman
26 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 2023/2024 8.22 Guru Besar memberi respon perkara 8.21 bahawa pihak sekolah sedang berusaha mencari penyelesaian terbaik bagi memantapkan pengurusan disiplin dalam kalangan murid. Program seperti motivasi, pemantapan sahsiah dan lain-lain boleh dilaksanakan dengan bantuan dana PIBG atau mendapat tajaan ceramah. Tindakan: Unit HEM 8.23 Encik Fadzrul Naim bin Naharudin mencadangkan agar diadakan ruang solat yang kecil di dalam setiap kelas. Makluman 8.24 Guru Besar memberi respon perkara 8.23 bahawa cadangan berkenaan boleh dilaksanakan bagi kelas-kelas yang mempunyai lebihan ruang. Beliau turut memaklumkan tentang surau An-Najihah SK Seksyen 19 yang sedang dalam proses naik taraf. Makluman 8.25 Encik Fadzrul Naim bin Naharudin turut mencadangkan agar kebersihan tandas murid dijaga baik dengan mengadakan gotong-royong bersihkan tandas, pertandingan tandas bersih dan denda murid yang mengotorkan dan merosakkan tandas. Makluman 8.26 Guru Besar memberi respon perkara 8.25 bahawa terdapat 5 otang pekerja pembersihan yang ditugaskan untuk mencuci dan membersihkan tandas di setiap blok bangunan sekolah di samping membersihkan kawasan persekitaran sekolah. Makluman 8.27 Encik Fadzrul Naim bin Naharudin mencadangkan agar diwujudkan kelas robotik atau coding bagi murid tahun 6 dengan kadar yuran yang mampu dibayar bagi tujuan pendedahan kepada teknologi masa kini. Makluman
27 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 2023/2024 8.28 Guru Besar memberi respon perkara 8.27 bahawa sekolah telah dihadiri oleh beberapa syarikat untuk mengadakan program berkaitan robotik tetapi yuran yang dikenakan agak mahal. Tindakan: Unit Kokurikulum 8.29 Puan Nurfadhilah binti Ab Rahman mencadangkan agar pihak sekolah mengekalkan baju sukan PJPK kepada warna merah dan hitam seperti baju yang sedia ada sebelum ini. Makluman 8.30 Guru Besar memberi respon perkara 8.29 bahawa perancangan untuk menukar warna baju PJPK murid telah diambil tindakan namun akan berkuatkuasa mulai tahun 2024 bagi tujuan menghabiskan stok baju PJPK yang lama terlebih dahulu. Makluman 9.0 HAL –HAL LAIN 9.1 Puan Asmidar Jamaiah binti Alias meminta persetujuan ibu bapa yang hadir untuk penggunaan buku kerja di sekolah bagi tujuan memudahkan proses pembelajaran murid. Ibu bapa bersetuju sebulat suara. Makluman 9.2 Puan Asmidar Jamaiah binti Alias meminta persetujuan ibu bapa untuk penggunaan buku CEFR Bahasa Inggeris. Ibu bapa bersetuju sebulat suara. Makluman 9.3 Puan Asmidar Jamaiah binti Alias memohon persetujuan ibu bapa untuk memberi sumbangan ikhlas sekiranya ada program atau aktiviti sekolah yang memerlukan sumbangan atau bayaran daripada ibu bapa. Ibu bapa bersetuju sebulat suara untuk memberi sumbangan atau bayaran terhadap sebarang program yang akan dianjurkan oleh pihak sekolah. Makluman
28 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 2023/2024 9.4 Puan Asmidar Jamaiah binti Alias juga memberi cadangan untuk mengadakan sesi fotografi mengikut kelas, kelab, dan persatuan. Gambar dari hasil sesi fotografi akan dibuka untuk jualan kepada murid. Ibu bapa yang hadir bersetuju sebulat suara. Makluman 9.5 Puan Asmidar Jamaiah binti Alias meminta persetujuan ibu bapa untuk penggunaan sumbangan PIBG bagi tujuan program baik pulih prasarana sekolah. Semua ibu bapa bersetuju sebulat suara dengan cadangan tersebut. Makluman 9.6 Puan Suhani mencadang agar kadar sumbangan PIBG diturunkan kepada RM100 kerana hasil kutipan bayaran sumbangan PIBG bagi sesi 2022/2023 hanya 48% yang diterima. Ini menunjukkan seolah-olah para ibu bapa menghadapi masalah kewangan. Makluman 9.7 Encik Shahrul mencadangkan untuk turunkan kadar sumbangan PIBG memandangkan taraf ekonomi yang semakin merosot. Makluman 9.8 YDP PIBG memberi respon perkara 9.6 dan 9.7 bahawa perlu mengekalkan sumbangan sebanyak RM120 setahun. Namun akan dimaklumkan semula jika ada sebarang perubahan dari semasa ke semasa. Cadangan untuk mengekalkan kadar sumbangan sebanyak RM120 disokong oleh sebilangan besar ahli mesyuarat yang hadir. Makluman 9.9 Encik Zulkefli bin Abu Bakar mencadangkan untuk melabel tiang tempat menunggu atau drop off dengan nombor bagi memudahkan proses mengambil dan menurunkan murid serta dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Makluman
29 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 2023/2024 9.10 Guru Besar memberi respon untuk perkara 9.9 bahawa cadangan berkenaan amat baik dan akan dilaksanakan oleh pihak sekolah. Makluman 9.11 Encik Mohd Zaidi bin Abd Majid mencadangkan agar Program Saranathon diadakan pada tahun 2023. Majoriti ahli mesyuarat yang hadir telah menyokong cadangan tersebut. Makluman 10.0 UCAPAN PENANGGUHAN 10.1 Yang Dipertua PIBG, En Mohammed Zahir bin Khariri merakamkan ucapan terima kasih kepada kepimpinan AJK PIBG yang lama dan menjanjikan kelangsungan hubungan yang baik demi kecemerlangan sekolah dan kemenjadian murid SK Seksyen 19. Makluman 10.2 Yang Dipertua PIBG menangguhkan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-36 pada jam 1.00 tengah hari. Makluman Disediakan oleh : Urusetia Setiausaha Agung PIBG 2023/2024 SK Seksyen 19, Shah Alam 26 Jun 2023
30 LAPORAN AKTIVITI PIBG SK SEKSYEN 19 SESI 2023/2024 1.0 PENDAHULUAN Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sepanjang sesi 2023/2024 PIBG SK Seksyen 19 telah berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti demi menjana kecemerlangan akademik dan kemantapan sahsiah anak didik SK Seksyen 19. Segala usaha murni ini tercapai atas semua semangat dan kerjasama yang padu serta pengorbanan yang tidak terhingga daripada semua pihak di samping komitmen yang tinggi daripada barisan ahli jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024. 2.0 MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA Sepanjang tahun 2023/2024 ahli jawatankuasa telah berjaya mengadakan mesyuarat AJK sebanyak empat kali secararasmi. Kesemua mesyuarat tersebut telah diadakandi SK Seksyen 19, Shah Alam dan juga secara atas talian. Selain daripada mesyuarat kecil untuk membincangkan hal ehwal sekolah yang berkaitan dengan kebajikan murid dan pembangunan sekolah. 3.0 AKTIVITI PIBG BAGI TAHUN 2023/2024 Sebagai sebuah persatuan yang ditubuhkan untuk menjana kemajuan murid dan sekolah, pihak PIBG telah bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan program-program yang telah dilaksanakan di sekolah. 3.1 PERUNTUKAN AKTIVITI SUKAN SEKOLAH Dalam mesyuarat AJK PIBG, pihak jawatankuasa telah meluluskan peruntukan kepada unit kokurikulum untuk program-program sukan seperti ‘Road Run’ , sukan-sukan peringkat MSSD, Temasya Sukan Tahunan Sekolah dan pertandingan luar yang disertai oleh sekolah.
31 LAPORAN AKTIVITI PIBG SK SEKSYEN 19 2023/2024 3.2 PROJEK LESTARI STEM@SKS19 Projek ini bertujuan untuk memperkasakan proses pengajaran dan pembelajaran di samping menonjolkan imej SKS19 sebagai sekolah STEMEC di negeri Selangor. PIBG sentiasa menyokong segala usaha yang dilaksanakan pihak sekolah termasuk merangsang minda murid dalam matapelajaran Sains serta memupuk keseronokan dalam pembelajaran Sains dan Teknologi. Antara perkara yang terlibat di dalam projek ini adalah baik pulih taman STEM sekolah dan Pelaksanaan Pembelajaran PBL-STEM. 3.3 HARI KANAK-KANAK PIBG turut menyokong aktiviti yang bermatlamat untuk meningkatkan semangat kekeluargaan dan memupuk kasih sayang seperti yang disarankan dalam Amalan Guru Penyayang. Program ini merupakan anjuran unit HEM. 3.4 HARI SERLAHAN POTENSI DAN SAHSIAH MURID 2023/2024 PIBG dan pihak sekolah telah turut serta dengan penuh dedikasi mengiktiraf dan menghargai sumbangan murid dalam pembelajaran di samping melihat sebagai satu galakan kepada mereka dalam bidang akademik. Justeru, Hari Serlahan Potensi dan Sahsiah Murid diadakan untuk memberi galakan kepada murid untuk kejayaan dalam bidang akademik tanpa mengira batasan keadaan. 3.5 PENYELENGGARAAN TANGKI DI BLOK C, PENGHAWA DINGIN DAN PENDAWAIAN DI PPKI PIBG mengambil berat tentang infrastruktur sekolah termasuk tangki air, penghawa dingin dan pendawaian di PPKI. PIBG telah bermuafakat untuk meluluskan peruntukan untuk penyelenggaraan yang perlu dilakukan bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.
32 LAPORAN AKTIVITI PIBG SK SEKSYEN 19 2023/2024 3.6 PROGRAM GILAP PERMATA PIBG terus komited menyokong usaha-usaha yang telah disusun bagi membantu murid pemulihan antaranya Program Gilap Permata. Program ini merupakan anjuran bersama guru pemulihan dan unit Bimbingan dan Kaunseling. Program ini melibatkan murid-murid yang terpilih untuk menjadi mentor kepada murid pemulihan (mentee). 3.7 MAJLIS KHATAM AL-QURAN & PENUTUP IHYA’ RAMADAN Program Ihya’ Ramadan telah berlangsung sepanjang bulan Ramadan. Panitia Pendidikan Islam bersama Kelab Agama Islam telah menyusun aktiviti-aktiviti yang berkaitan dan bersesuaian untuk semua warga guru dan murid SK Seksyen 19. 3.8 SAMBUTAN HARI RAYA & HARI GURU Sambutan Hari Guru pada tahun ini disambut bersama-sama dengan Sambutan Hari Raya dengan penuh meriah. Pelbagai aktiviti menarik serta persembahan diadakan untuk mewujudkan suasana yang meriah bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru SK Seksyen 19. Kemeriahan sambutan ini adalah hasil kerjasama dan sokongan pihak PIBG & KSIB serta warga sekolah. 3.9 PROJEK MARKISA FARM Panitia Sains dan Panitia Matematik telah membuat perancangan untuk mewujudkan Projek Markisa Farm di Laman Diskusi. Projek ini merupakan kesinambungan daripada anugerah Lestari Alam Sekitar. Projek yang dirancang ini adalah sebagai satu syarat penghijauan dan satu nilai komersial.
33 LAPORAN AKTIVITI PIBG SK SEKSYEN 19 2023/2024 3.10 AMALAN GURU PENYAYANG Pelaksanaan kempen Amalan Guru Penyayang merupakan salah satu kempen KPM yang perlu dilaksanakan di sekolah bertujuan agar guru mengamalkan dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Antara kandungan aktiviti yang dijalankan adalah mengalualukan kedatangan murid, sambutan hari jadi, amalan baik sahsiah terpuji, kehadiran cemerlang dan program ziarah cakna. 3.11 AKTIVITI KURSUS KEPIMPINAN ‘Young Leader Team’ SESI 2023/2024' PIBG turut serta dalam Aktiviti Kursus Kepimpinan ‘Young Leader Team’ bagi membentuk dan melahirkan pengawas dan YLT yang mempunyai karisma kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugas-tugas harian. 3.12 PROJEK KECEMERLANGAN BILIK OPERASI SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) PIBG telah menyumbang kepada projek ini untuk merealisasi segala objektif yang telah disusun tercapai. Antara objektifnya adalah untuk meningkatkan peranan unit SPBT sebagai sebuah unit yang membantu kecemerlangan murid melalui aspek keutamaan buku teks sebagai satu sumber ilmu utama dengan menyediakan pelbagai kemudahan tempat. Projek ini adalah di bawah unit HEM. 3.13 PROGRAM KEHADIRAN CEMERLANG Unit HEM telah merangka satu program bagi menggalakkan budaya hadir ke sekolah sekaligus membanteras masalah murid ponteng dan hadir lewat ke sekolah. PIBG akan menyokong sebarang program yang akan menjadikan sekolah sebagai pusat pendidikan sahsiah dan akademik yang cemerlang.
34 LAPORAN KEWANGAN PIBG 2023/2024 SETAKAT 31 DISEMBER 2023
35 LAPORAN KEWANGAN PIBG 2023/2024
36 LAPORAN KEWANGAN PIBG 2023/2024
37 LAPORAN KEWANGAN PIBG 2023/2024 SETAKAT 25 APRIL 2024
38 USUL DAN CADANGAN
39 USUL DAN CADANGAN
40 USUL DAN CADANGAN
41 LAMPIRAN KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36
42 LAMPIRAN KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36
43 LAMPIRAN KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36
44 LAMPIRAN KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36
45 LAMPIRAN KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36
Sekalung Penghargaan Terima Kasih G U R U B E S A R S K S 1 9 Y D P P I B G S K S 1 9 B A R I S A N P E N T A D B I R S K S 1 9 A J K P I B G S K S 1 9 G U R U - G U R U D A N K A K I T A N G A N S K S 1 9 S E M U A I B U B A P A S K S 1 9