Artikel
Utama
Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan
masyarakat yang berbilang kaum. Setiap kaum
mempunyai kebebasan untuk mengamalkan budayanya
selagi tidak melanggar undang-undang negara. Kaum
Melayu mempunyai majoriti di Malaysia, diikuti oleh
kaum Cina, kaum India, dan minoriti lain.
Memandangkan Malaysia mempunyai populasi
berbilang kaum, tidak hairanlah makanan Malaysia juga
mengandungi pelbagai makanan yang dapat dinikmati
bersama.
Makanan tradisional bagi kaum melayu termasuk
nasi lemak, lemang, rendang, dan lain-lain. Nasi lemak
merujuk kepada nasi yang dimasak dengan santan untuk
meningkatkan rasanya dan dicampuri dengan halia dan
daun pandan untuk menjadikan nasi berbau lebih wangi.
Orang di seluruh Malaysia sangat menyukainya dan
sering dimakan pada waktu pagi sebagai sarapan.
Lemang biasanya muncul semasa perayaan. Ia adalah
kegemaran ramai orang. Lemang sering dimakan dengan
rendang atau serunding. Selain nasi lemak dan lemang,
rendang juga telah menjadi salah satu makanan
tradisional Melayu sejak zaman dahulu. Hidangan ini
dibuat dengan daging atau ayam. Biasanya, sebelum
perayaan Hari Raya tahunan, rendang selalu dimakan
bersama lemang atau nasi himpit. Malah, rendang turut
dijadikan sebagai makanan harian dalam masyarakat.
Makanan tradisional Cina pula terkenal dengan dim
sum, dumpling, nasi pulut, kuih bulan, dan sebagainya.
Dim Sum berbentuk kecil dan comel saiznya. Ia adalah
makanan Cina untuk sarapan ataupun makan tengah
hari di restoran Cina atau kedai khusus dim sum sendiri.
Dumpling atau dikenali sebagai Jiao Zi adalah sejenis
makanan tradisional Cina yang mempunyai khasiat yang
tinggi kerana intinya mengandungi ramuan herba.
Makanan tradisional Cina ini bermaksud "wang akan
datang" kerana kelihatan seperti syiling emas atau perak
atau lebih disebut Yuanbao pada zaman dahulu.
Nasi pulut yang dipanggil Zhong Zi juga salah satu
makanan tradisional Cina yang dibungkus dengan daun
khas. Ia terdiri daripada beras pulut dan intinya kacang
tanah. Nasi pulut sangat popular semasa Festival Duan
Wu. Selain itu, kuih bulan biasanya disajikan pada
pertengahan musim luruh atau sekitar Tahun Baru Cina,
mempunyai rasa manis yang boleh dimakan terus.
Bentuk kuih bulan bulat dan mengandungi inti yang
berbagai seperti keladi, pandan, dan durian.
Makanan tradisional India juga tidak ketinggalan.
Muruku, roti canai, ulundu vadai, dan lain-lain telah
menjadi kegemaran kaum lain. Muruku adalah salah
satu makanan tradisional dalam masyarakat India, dan
banyak orang mengenali apabila sebut namanya. Ia
adalah makanan ringan yang paling popular dan disukai
oleh orang ramai. Muruku biasanya bulat atau
berbentuk halus. Kerangupan muruku disertai dengan
rempah-rempah yang pedas, menjadikannya pilihan
yang popular sebagai makanan ringan ataupun makanan
untuk hari perayaan.
Orang India dan orang lain dari Malaysia atau luar
negara juga suka makan roti canai. Roti canai sama
popular dengan nasi lemak yang kebanyakan orang
Malaysia makan untuk sarapan pagi. Roti canai sedap
dimakan dengan dal, kari, atau sambal. Seterusnya,
Ulundu Vadai adalah kuih yang diperbuat daripada
tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang di
tengahnya. Ia amat sedap dimakan dengan sos chutney
atau kari.
Makanan tradisional penting bagi kita untuk menjaga
adat dan warisan budaya yang diturunkan oleh nenek
moyang kita. Dalam konteks rakyat Malaysia, makanan
tradisional adalah elemen penting yang mencerminkan
ciri dan keunikan budaya serta etnik kebangsaan. Selain
itu, makanan tradisional juga menyumbang kepada
perkembangan industri pelancongan Malaysia. Makanan
tradisional seperti nasi lemak, dim sum, dan roti canai
akan membolehkan pelancong asing datang ke sini untuk
menikmati keindahan Malaysia kerana rasanya berbeza
dengan makanan di negara asing. Sesungguhnya, ia
dapat menarik perhatian pelancong atau penduduk
tempatan untuk menikmati masakan tradisional ini.
Secara keseluruhan, dapat disimpulkan bahawa
makanan tradisional suatu kaum dapat mewujudkan
perpaduan antara masyarakat yang pelbagai di negara
ini. Masyarakat dapat mengetahui lebih banyak
mengenai masakan terkenal di kalangan orang Melayu,
Cina, dan India. Mereka lebih peka dan mengetahui
pelbagai makanan kaum di kediaman mereka. Oleh itu,
makanan tradisional dapat memainkan peranan dan
perpaduan antara masyarakat.
Ruangan
Kreatif
PANTUN MAKANAN TRADISI
Sedap sangat nasi lemak,
Mari makan bersama keluarga,
Rakyat Malaysia kaya tradisi,
Bersama-sama kita menjaga.
PANTUN SELERA WARISAN
Roti canai keemasan warna,
Dihidang sama kuah karinya,
Marilah cuba resipi lama,
Memelihara warisan rakyat dahulu.
PANTUN JEMPUT MAKAN
Lebat rumbia dahannya rendah,
Sayang senduduk ditepi muara;
Penganan mulia terletak sudah,
Samalah duduk menjamu selera.
PANTUN SELERA WARISAN
Putaran dunia semakin cepat,
Maklumat diterima sekelip mata;
Lemang, rendang, nasi himpit, ketupat,
Selera warisan budaya kita.
Berita
Semasa
MAKANAN WARISAN BERKHASIAT ATAU
MEMUDARATKAN?
KUALA LUMPUR, 26 MAC: Manis serta lemak bersantan
adalah antara ciri umum kebanyakan kuih-muih serta lauk-pauk
tradisional di Malaysia, sehingga ada yang mendakwa sebagai
penyumbang kepada masalah kesihatan. Sejauh manakah
kebenarannya atau mungkinkah kenyataan itu merupakan tohmahan
semberono?
Pengarah Bahagian Warisan Dunia Jabatan Warisan
Negara (JWN), Mohd Syahrin Abdullah yang menolak anggapan itu
berkata, secara amnya makanan tradisional yang diwarisi sejak turun-
temurun hanya menggunakan ramuan daripada alam semula jadi tanpa
pengawet atau pewarna tiruan.
“Sebagai contoh, nasi kerabu asli menggunakan pewarna
daripada bunga telang serta mengandungi pelbagai jenis ulam-ulaman
kampung yang baik untuk kesihatan,” katanya. Mengulas lanjut, Ketua
Jabatan Dietetik dan Sajian, Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan,
Basmawati Baharom bersetuju bahawa makanan tradisional sepatutnya
tidak mendatangkan masalah kesihatan walaupun nasi adalah makanan
ruji rakyat negara ini. “Kajian menunjukkan masalahnya bukan terletak
pada makanan itu tetapi cara dan kuantiti yang diambil.
“Umumnya makanan tradisional seperti nasi lemak, nasi
minyak dan sebagainya tidak boleh dikatakan tidak sihat kerana
hakikatnya, ia bergantung kepada cara pengambilan seseorang.
Sebenarnya, banyak makanan warisan bagus dari sudut kesihatan,”
katanya kepada Bernama. Pun begitu, beliau tidak menafikan bahawa
ramuan makanan berkenaan boleh menjadi punca pelbagai penyakit
seperti diabetes, darah tinggi atau jantung jika dimasak secara tidak
sihat dan diambil secara berlebihan tanpa kawalan.
UTAMAKAN CARA PENYEDIAAN
Sehubungan itu, Basmawati menasihati penggemar
makanan tradisional agar menikmatinya dengan berpandukan
kandungan resepi serta cara penyediaannya sama ada dibakar, direbus
atau digoreng. “Tidak sukar untuk mengamalkan pemakanan sihat jika
kita memahami kandungan dalam makanan itu dan kesannya pada
tubuh. Tidak salah jika mahu makan gulai lemak cili api atau kari yang
dimasak dengan santan namun perlu ada hadnya,” katanya.
Tambah beliau, pengambilan makanan dan gaya hidup
generasi dahulu adalah lebih seimbang, jadi mereka jarang mengalami
masalah kesihatan, penyakit kronik mahupun kencing manis, obesiti atau
sakit jantung. “Orang dahulu jarang kena penyakit-penyakit itu kerana
aktiviti fizikal mereka sangat banyak. Mereka bekerja memerah tenaga,
jadi apa yang mereka makan habis digunakan untuk keperluan tenaga.
“Bukan itu sahaja, bahan masakan selalunya dibuat sendiri. Contohnya,
orang sekarang guna santan kotak, berbanding zaman dulu, proses
dapatkan santan agak rumit sebab perlu panjat pokok, kukur isi kelapa,
dan sebagainya sebelum mendapat santannya,” tambah beliau.
Basmawati berkata, keadaan itu berbeza berbanding
generasi sekarang yang terlalu bergantung kepada teknologi dalam
kehidupan harian sehingga urusan makanan pun dibuat melalui aplikasi
maya. “Orang sekarang tak aktif dan kurang bergerak, nak senang dan
cepat. Mereka hanya pesan makanan dan tidak perlu sedia apa-apa, itu
antara penyebab menghidap banyak penyakit,” ujarnya.
PEMAKANAN SEIMBANG AKTIVITI
HARIAN
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai
piramid makanan atau carta pemakanan sebagai garis panduan yang
boleh diamalkan agar lebih sihat, bagaimanapun tidak ramai yang
mengikutinya. “Ia sangat mudah, paling penting kita perlu bersederhana
dalam pengambilan makanan. Malaysia terkenal sebagai syurga
makanan dan kita boleh dapat apa sahaja makanan yang kita mahu,
tetapi perlu bersederhana. “Kita perlu mempelbagaikan makanan yang
diambil supaya tubuh mendapat zat secukupnya, namun pemakanan
hendaklah seimbang dengan aktiviti harian,” katanya.
Sementara itu, tukang masak terkenal, Datuk Redzuawan
Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan berkata, generasi muda hari
ini kurang diberi pendedahan secukupnya mengenai makanan warisan,
selain mereka juga tidak ambil peduli mengenainya. “Masyarakat hari ini
terutamanya yang tinggal di bandar lebih gemar menyediakan hidangan
dalam kadar yang cepat. Malah, mereka juga lebih gemarkan makanan
segera yang mudah didapati di pasaran,” katanya.
Chef Wan berkata, dari segi kesihatan, sajian makanan
warisan mempunyai khasiat tersendiri. “Lihat sahaja masyarakat dahulu,
kebanyakan makanan disediakan dengan cara membakar, mengukus
atau memanggang yang kita tahu sememangnya menyihatkan. Tukang
masak selebriti itu turut menyarankan agar kursus bidang seni kulinari
diperluaskan lagi bagi memartabatkan sajian makanan warisan selain
memberi kesedaran mengenai khasiatnya.
“Perlu ada buku atau ensiklopedia yang mengandungi
semua sajian makanan warisan agar boleh dijadikan rujukan pada masa
depan. Ia bukan hanya untuk disimpan sebaliknya digunakan sebaik-
baiknya oleh generasi akan datang, terutama kaedah penyediaan
pelbagai manakan itu,” tambah beliau.
LENSA Senarai Aktiviti
KAMERA Sepanjang
PESTA MAKANAN TRADISIONAL April-May 2020
LENGGONG
Mesyuarat Agung
Pesta Makanan Tradisional Lenggong, Kali 1 Tahunan Kali ke 18
dirasmikan olehYABhg Datin Seri Di Raja
Saripah Zulkifli, Isteri YAB Menteri Besar 18 April 2020
Perak. Pesta yang dikunjungi lebih 10000
tetamu, dianjurkan oleh Pusat Khidmat Ahli
Parlimen Lenggong, dan Majlis Pelancongan
Komuniti Lenggong, dimana Kementerian
Pelancongan Malaysia, melalui Pejabat
Kementerian Pelancongan Malaysia Perak
dan Jabatan Perdana Menteri menjadi
penaja utama.
FESTIVAL MAKANAN HALAL TRADISI Ziarah Ukhuwah Fillah
CINA MUSLIM ANJURAN MACMA IPOH dan Projek Anak
DENGAN IPOH FOOD FEST. Angkat
22 April 2020
Sebut sahaja Nasi Ayam Hainan, Rendang
Tok, dan minuman terkenal Kopi Putih, pasti Pesta Makanan
sesiapa yang pernah mencubanya akan Tradisional Lenggong
berasa teruja untuk bercerita mengenai
makanan dan minuman enak yang terdapat 1 May 2020
di negeri Perak.
Selain terkenal dengan keindahan alam Majlis Makan Malam
semulajadi serta flora dan fauna, juadah Amal
tradisionalnya berjaya mengundang sesiapa
sahaja untuk berkunjung lagi ke negeri 8 May 2020
Perak secara kerap tanpa rasa jemu.
Itulah sebabnya Perak terkenal sebagai Festival Makanan Halal
'Syurga Makanan Tradisional' baik dalam Tradisi Cina Muslim
kalangan pelancong tempatan mahupun luar Anjuran Macma Ipoh
negara, terutamanya pelancong dari negara
jiran seperti Indonesia dan Singapura Dengan Ipoh Food Fest.
28 May 2020
FESTIVAL MAKANAN INDIA DAPAT
SAMBUTAN
Dua orang cef dari ITDC iaitu Kirti
Rastogi dan Tara Dutt Bhatt didatangkan
khas ke Brunei untuk menyediakan
hidangan bagi festival tersebut yang
berlangsung selama tiga hari hingga 16
Februari itu. Festival tersebut telah
dilancarkan oleh Pesuruhjaya Tinggi India
ke Brunei Darussalam,TuanYang
Terutama Ajaneesh Kumar dengan
disaksikan oleh Setiausaha Tetap di
Kementerian Sumber-Sumber Utama dan
Pelancongan, Pengiran Haji
Kamalrudzaman bin Pengiran Haji Mohd
Ishak yang hadir selaku tetamu kehormat
majlis.
AKTIVITI UCAPAN PERHARGAAN
MEMASAK PERASMIAN
Acara
Penduduk Ucapan Perasmian penyampaian
Kampung sempena Pesta hadiah kepada
Lenggong pemenang dalam
bekerjasama Makanan Tradisional aktiviti memasak
memasak Lenggong
makanan makanan
tradisional tradisional
orang Melayu
iaitu Bubur
Lambuk
Suruhanjaya Tinggi AKTIVITI
India di Brunei
Darussalam dengan Festival tersebut
kerjasama Indian telah dilancarkan
Tourism Development oleh Pesuruhjaya
Corporation (ITDC), Tinggi India ke
New Delhi dan Brunei
Pejabat Pelancongan Darussalam,Tuan
India, baru-baru ini, Yang Terutama
telah menganjurkan Ajaneesh Kumar
Festival Makanan dengan disaksikan
bertemakan masakan oleh Setiausaha
Lucknowi/Awadhi di Tetap di
Hotel Antarabangsa Kementerian
Rizqun Sumber-Sumber
Utama dan
Pelancongan,
Pengiran Haji
Kamalrudzaman
bin Pengiran Haji
Mohd Ishak yang
hadir selaku
tetamu kehormat
majlis.
Pengiran Haji Kamalrudzaman,TYT Ajaneesh Kumar bersama jemputan k
has dan dua cef dari ITDC bergambar pada majlis pelancaran
festival di Hotel Antarabangsa Rizqun.
.
Festival
Makanan Halal
Tradisi Cina
Muslim