The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hasyaumayirah, 2022-02-13 07:51:00

PIMK2333D-FIQH KEKELUARGAAN ISLAM

PIMK2333D-FIQH KEKELUARGAAN ISLAM

FIQH KEKELUARGAAN
ISLAM

(PIMK2333D)

PENSYARAH : USTAZAH SHARIFA BINTI SAMSUDIN

1

FAKTOR-FAKTOR UTAMA
BERLAKUNYA KES
PERCERAIAN DI MUSIM
PANDEMIK

OLEH:

1) IZZAH BINTI ZANIM@MASILIN
2) KALSUM NURUL UMAYIRAH BINTI ABD

MARIF
3) MARYANY BINTI CHUCHU

2

MUQADDIMAH

 Firman Allah swt di surah An Nisa' ayat
19
" Pergaulilah isterimu dengan baik, sekiranya
kamu benci kepada mereka, boleh jadi ada yang
kamu benci itu Tuhan akan menjadikan
kebaikan yang banyak padanya"

 Dari Ibnu Umar r.a dari Nabi
Muhammad saw beliau bersabda yang
bermaksud
" Perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah
talak"

3

FAKTOR-FAKTOR
UTAMA YANG

MENYEBABKAN
MENINGKATNYA
KES PERCERAIAN

DI MUSIM
PANDEMIK

4

FAKTOR-FAKTOR UTAMAYANG MENYEBABKAN
MENINGKATNYA KES PERCERAIAN DI MUSIM
PANDEMIK

1) SEKATAN PERGERAKAN DAN KRISIS
EKONOMI PUNCA PERCERAIAN

 Penutupan sektor ekonomi yang berpanjangan dan
kehilangan pekerjaan memberi impak yang
signifikan kepada rumah tangga kerana tempoh dua
tahun berdepan COVID-19, terdapat pasangan
suami isteri terutama yang masih muda tidak
membuat persediaan bagi menguruskan krisis
kewangan mereka.

 Keduanya, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan
penutupan sekolah serta pejabat memaksa ramai
bekerja dan belajar dari rumah. Ini juga bentuk
tekanan yang menggugat hubungan suami isteri dan
kekeluargaan. Larangan merentas negeri turut
memberi kesan apabila hubungan sosial dengan
keluarga terjejas, mengambil kira lazimnya konflik
rumah tangga.

5

....Sambungan

2) KEGANASAN RUMAH
TANGGA

 Pandemik Covid-19 di samping pelaksanaan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac 2020
menyaksikan kes keganasan rumah tangga meningkat
sebanyak lapan peratus berbanding tahun
sebelumnya.

 KEGANASAN rumah tangga bermaksud perlakuan
ganas terhadap pasangan yang melibatkan penderaan
secara fizikal, seksual, psikologi serta sosial.

 Punca utama keganasan rumah tangga adalah sikap
panas baran, perselisihan faham serta penagihan
dadah.

 Kebanyakan pendera terdiri daripada golongan lelaki
tetapi ada juga kes di mana wanita yang menjadi
pendera.

6

.....Sambungan

3) KEHILANGAN PEKERJAAN MENCETUSKAN
MASALAH KEWANGAN

 Kehilangan pekerjaan mencetuskan masalah kewangan dalam keluarga,
lebih parah apabila suami sebagai ketua keluarga diberhentikan kerja
menyebabkan tiada duit untuk beli makanan, susu anak, lampin dan
sebagainya, lantas menyebabkan konflik dalam rumahtangga apabila
suami isteri bergaduh.

 Masalah kewangan akan mencetuskan konflik dan pergaduhan antara
suami dengan isteri disebabkan tekanan dan akhirnya menyebabkan
wujudnya ketidaksefahaman di antara satu sama lain

 Jadi masalah ini saling berkait dan rentetan daripada masalah kewangan
boleh menyebabkan konflik hubungan suami isteri yang tidak
berkesudahan, akhirnya mencetuskan perceraian atau meruntuhkan
institusi kekeluargaan

7

....Sambungan

4) KESIHATAN MENTAL
TERJEJAS JUGA PUNCA
PERCERAIAN

 Ada pelbagai faktor yang mengundang tekanan
termasuk mengalami masalah mental akibat terlalu
lama berdepan pandemik, tekanan ekonomi selain
faktor amalan agama seseorang,

 Golongan ini juga lebih terdedah dengan gejala
kesihatan mental kerana mereka berada lebih lama
di rumah, menguruskan persekolahan anak-anak
secara dalam talian di rumah dan kurang sentuhan
fizikal bagi meluahkan tekanan.

 Perceraian banyak berpunca daripada tekanan
ekonomi yang apabila ia berlarutan menyebabkan
tekanan mental sehingga meruntuhkan sesebuah
institusi kekeluargaan.

8

.....Sambungan

5) PENGURUSAN KOMUNIKASI

LEMAH ANTARA PUNCA CERAI

 Komunikasi penting sebagai perantara awal untuk
menyampaikan maklumat kepada pasangan tentang
kesukaran hidup yang dihadapi dan ia perlu
disampaikan dengan tenang, jelas dan penuh
berempati supaya sama-sama boleh mencari jalan
terbaik untuk mengatasi masalah dihadapi secara
bersama

 Pengurusan komunikasi yang lemah, kesan daripada
tekanan dihadapi dalam mengadaptasi pelbagai norma
baharu pasca pandemik COVID-19.

 Pelbagai isu seperti hilang mata pencarian, taraf hidup
dan status diri terjejas boleh menyumbang kepada
perasaan tidak puas hati, marah, sedih dan keliru
sehingga tidak mampu mengawal hubungan
kekeluargaan secara baik.

9

Gambar lampiran.
Semasa membuat
kajian di Mahkamah
Syariah Beaufort.

10

Bahan Lampiran.

11

SEKIAN,
TERIMA
KASIH

12


Click to View FlipBook Version