The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 900-3-zul, 2022-04-16 13:28:36

TAKRIFAN (1)

TAKRIFAN (1)

ZUL AHMAD ADAM BIN ZULKIFLI F2L_BAHASA
MELAYU

BMMB 1104

PENSYARAH : MUMMY NORMI BINTI MOHD

DALI

TUGASAN 1 Berdasarkan pernyataan di atas,
PENGHASILAN anda dikehendaki menghasilkan

PRODUK flipbook yang mengandungi
penerangan mengenai takrif, jenis,

bentuk, ciri-ciri kesusasteraan
Melayu dan fungsi kesusasteraan

Melayu serta menjelaskan
manifestasi akal budi dalam puisi
tradisional yang terdiri daripada
setiap sebuah pantun, syair, seloka

dan gurindam.

MEMPERSEMBAHKAN

//////////////////////////////////////// TAKRIF JENIS

ISI/////////////////// BENTUK CIRI-CIRI
KANDUNGAN ///////////////////

//////////////////////////////////////// FUNGSI

PANTUN SYAIR

SELOKA GURINDAM

KESUSASTERAAN
MELAYU

BAHAGIAN 1

1. TAKRIFAN

KESUSASTERAAN TAKRIFAN sastera

satu bentuk ciptaan seni {makna} bahasa yang
yang disampaikan melalui digunakan dalam kitab

bahasa. satu bentuk ciptaan seni
terbentuk daripada bahasa yang disampaikan melalui

Sanskrit, susastera, bahasa.
maksudnya buku atau huruf

indah(Siti Hajar,2011).

menurut kamus :

Hasil sesebuah seni atau
karya seperti puisi atau
prosa yang dihasilkan
dalam bentuk tulisan dan

mempunyai ciri-ciri
keistimewaan tertentu.

aSAL PEMBENTUKAN kesusasteraan
ISTILAH
berasal dari bahasa dengan penambahan kata
Sanskrit iaitu sastra KESUSASTERAAN awalan su-, susastera
bermaksud baik atau
maksud sastra : indah.

sas membawa maksud imbuhan apitan ke- dan -
mengarahkan, mengajar an pula bermaksud segala

atau memberikan yang tertulis, yang
petunjuk. mempunyai nilai seni dan

tra pula merupakan sejenis estetika.
alat muzik.


apabila digabungkan kesusasteraan juga
sastra menjadi maksud bermaksud

alat untuk mengajar. memberikan panduan,
petunjuk dan
pengajaran.

menginspirasikan Makna lain bagi memaparkan
kehidupan SASTERA fikiran melalui

manusia yang sejenis seni medium
ditonjolkan dalam bahasa bahasa.

sesebuah karya Semua karya yang
tulisan yang indah. menyisipkan unsur perasaan

ungkapan kemanusiaan yang
spontan daripada mendalam dan tinggi
moralnya dengan sentuhan
perasaan keikhlasan, keterbukaan dan
seseorang secara keluasan aspek pandangan
yang dinukilkan dalam
mendalam.
bentuk yang
mempersonakan.

Secara umumnya, saster ini dapat dianggap sebagai sebuah ungkapan
peribadi manusia yang berupa pengalaman, pemikiran, perasaan, idea,
semangat dan keyakinan seseorang individu dalam satu gambaran yang

konkrit bertujuan membangkitkan keperibadian masyarakat melalui
pengantaranya iaitu bahasa. Walau bagaimanapun, kesusasteraan pada

zaman dahulu berbeza sedikit berbanding zaman sekarang. Zaman era
globalisasi ini, hasil karya yang dianggap sastera adalah hasil daripada
orang-orang kenamaan yang diiktiraf penulisannya. Namun, pada zaman
dahulu, sastera ini hidup dalam kalangan masyarakat, semua orang boleh
bersastera di mana sahaja. Sedangkan pada hari ini, sastera telah menjadi

sebuah bidang kegiatan khusus dan tersendiri.

2. JENIS
+

3. BENTUK

PROSA BENTUK & PUISI
JENIS SASTERA
PROSA PUISI
TRADISIONAL TRADISIONAL




PROSA MODEN PUISI MODEN

BENTUK DAN JENIS SASTERA

Tradisional bermaksud serius dan kekal nilainya serta tinggi mutunya dan menjadi piawaian norma kepada yang lain,
penggunaan gaya yang sederhana, mempunyai ciri yang biasa dan kekal serta tidak ditelan arus pemodenan.

Prosa tradisional dan sastera lama tidak sama kerana sifat prosa tradisional yang kekal manakala sifat sastera lama adalah
sementara. Oleh itu, prosa tradisional merupakan sastera yang masih kekal hingga ke hari ini malah ia masih lagi digunakan
sebagai sumber pengetahuan, amalan, pengajaran dan menjadi perbatasan dalam tingkah laku manusia. Prosa tradisional juga

merupakan salah satu daripada medium dalam pengenalan masyarakat Melayu kepada masyarakat luar.

Awalnya, prosa tradisional menerima pengaruh Hindu dan Buddha namun kedua-dua pengaruh ini tidak memberi sumbangan
yang begitu besar dalam perkembangan prosa tradisional kerana bahasa yang digunakan dan cerita yang disampaikan itu tidak

mudah difahami memandangkan bahasa yang digunakan adalah bahasa Melayu Kuno dan Sanskrit di samping isi ceritanya
tentang dewa-dewa amat jauh dengan cara hidup masyarakat Melayu kerana orang Melayu majoritinya ialah Islam.

Kedatangan Islam di Tanah Melayu menjadikan kesusasteraan prosa tradisional mengalami perkembangan yang lebih positif.
Agama Islam kemudiannya bertapak di istana dan mula mengambil alih tugas dan peranan Agama Hindu dan Buddha. Karya
yang dihasilkan tidak terbatas kepada bidang kesusasteraan sahaja malah merangkumi bidang agama, perubatan, sejarah dan

lain lagi. Prosa tradisional ini merupakan hasil seni yang disalurkan melalui bahasa yang terdiri dari dua jenis iaitu sastera
rakyat yang berbentuk tulisan dan sastera istana yang disampaikan secara lisan.

Sastera rakyat

Sastera rakyat merupakan sebuah karya yang disampaikan dengan
kaedah lisan. Sastera ini digelar sastera rakyat kerana sastera ini
merupakan ungkapan dari mulut ke mulut rakyat jelata. Contohnya,

pantun dan nyanyian rakyat. .

Sastera rakyat ini terbahagi kepada dua iaitu naratif dan bukan
naratif.

Sastera naratif ialah mitos, lagenda, dan cerita rakyat. Sastera bukan
naratif pula ialah puisi rakyat.

bersifat tradisional Penulisannya juga wujud dalam
dan kekal lama bersifat kepelbagaian dan
dalam sesuatu penggunaan nama
sederhana, samaran serta tiada
kebudayaan melebihi spontan dan nama pengarang dan
dua generasi kadang kala agak pencipta sesebuah

bentuk berpola kasar karya
dengan bentuk plot
yang hampir sama CIRI-CIRI menjadi hak milik
SASTERA semua
dan mempunyai RAKYAT
fungsi tertentu seperti masyarakat yang
memberi pengajaran disebar dan menghasilkannya
diwariskan

melalui
lisan

Sastera ISTANA

Seterusnya, sastera istana atau juga dikenali sebagai sastera tulisan juga tergolong dalam
prosa tradisional. Sastera jenis ini terbahagi kepada lima jenis iaitu sastera hikayat,
sastera undang-undang, sastera epik, sastera panji dan sastera agama.

Sastera hikayat terdiri daripada tiga jenis iaitu unsur Hindu, Islam dan Hindu-Islam.
Contohnya, Hikayat Gul Bakawali.

Seterusnya ialah sastera undang-undang. Sastera ini dijadikan bahan rujukan dan
panduan tentang sistem pemerintahan, sistem pentadbiran dan susun lapis masyarakat
lama. Sastera undang-undang terbahagi kepada dua kumpulan; Adat Temenggung dan
Adat Pepatih yang hanya digunakan di Negeri Sembilan sahaja. Contohnya Hukum Kanun

Melaka.

Seterusnya Sastera Epik yang juga dikenali sebagai Sastera Pahlawan . Sastera ini
mengutamakan ciri kepahlawanan yang unggul. Tokoh yang berkaitan mempunyai
gambaran yang berlebihan sehingga ia menjadi sempurna serta dijulang tinggi oleh
masyarakat. Sastera Epik terdiri daripada dua jenis; Epik Kebangsaan seperti Hikayat

Hang Tuah dan Epik Keislaman seperti Hikayat Amir Hamzah.

Sastera ketiga ialah Sastera Panji yang berbentuk hikayat dan syair. Secara amnya,
sastera ini berkisarkan pengembaraan, peperangan dan percintaan. Watak utama yang
digelar Panji mengalami pelbagai kejadian hingga akhirnya bertemu dengan kekasihnya.

Contohnya, Hikayat Cendawan Putih

Akhir sekali, Sastera Agama yang tertumpu kepada kisah yang menggambarkan kehebatan
Nabi Muhammad S.A.W dalam penyebaran Islam dengan disajikan pelbagai tentangan
daripada Kafir Quraisy.

prosa moden

Prosa moden ialah hasil karya yang dihasilkan selepas tahun 1800. Jenis Prosa dibahagikan mengikut ketetapan sesuatu jangka masa
bertujuan memudahkan seseorang individu memahami bentuk dan unsur perbezaan yang terdapat dalam sastera Melayu. Prosa

moden merupakan hasil karya yang bebas dalam penghasilannya, berkisarkan pengalaman, pemikiran, situasi, persoalan sesuatu isu
atau kehidupan realiti, Prosa Moden dihasilkan dalam bentuk tulisan bagi menyampaikan mesej yang tersirat.

Antara ciri prosa moden ialah bebas dari aspek struktur, tema dan perbendaraan kata yang tidak dihadkan untuk pengarang. Hal ini
kerana, prosa moden bukan seperti prosa tradisional yang mengandungi ciri tertentu namun prosa ini berdasarkan kreativiti dan
pandangan pengarang itu sendiri. Ciri yang seterusnya ialah mempunyai mesej tersirat iaitu pembaca akan mengetahui mesej yang
ingin disampaikan oleh pengarang melalui jalan cerita. Seterusnya, prosa moden bersifat terbuka kerana boleh dimasukkan isu-isu
yang sensitif. Akhir sekali, prosa moden adalah bersifat kreatif. Ciri inilah yang mampu menarik minat ramai pembaca terhadap
sesebuah karya.

Cerpen Prosa Moden novel

cerpen ialah sebuah cerita pendek dengan Perkataan novel berasal daripada perkataan
jumlah perkataannya antara 500 hingga 10000 bahasa Itali, novella yang bermaksud benda kecil
patah perkataan. Cerpen merupakan alat untuk
menggambarkan sikap, perasaan, pandangan yang baharu. Novel mesti lebih panjang dan
rumit berbanding cerpen. Patah perkataan yang
dan fikiran pengarang serta memberikan
gambaran tentang keadaan sesebuah zaman, digunakan lebih daripada 40000 patah
dari perspektif sosial, politik mahupun ekonomi. perkataan. Selain itu, novel mengisahkan watak
Cerpen terdiri daripada satu tema sahaja dan
beberapa persoalan untuk memberi kesan yang dan perwatakan dalam kehidupan, bebas
mendalam kepada pembaca. Selain itu, ]cerpen daripada sebarang format atau bentuk serta

akan menumpukan beberapa watak sahaja berkait rapat dengan masyarakat dengan
manakala watak yang lain hanya untuk mengandungi penceritaan, sudut pandangan
dan dialog. Karya jenis ini juga terbahagi kepada
mengukuhkan kewibawaan watak utama. tiga pecahan utama iaitu plot, perwatakan, latar
Pergaduhan antara watak antagonis dan dan gaya. Selain itu, novel juga mencakupi tiga
protagonis akan mewujudkan konflik serta faktor utama yang berkaitan iaitu pengalaman
dianggap penting sebagai babak dramatik.
peribadi, realiti kehidupan dan imaginasi.
drama

Drama ialah hasil karya yang disampaikan
melalui lakonan dan dialog. Antara unsur
yang menyokong sesebuah drama ialah skrip

drama yang menjadi panduan kepada
pengarah. Selain itu, skrip drama haruslah

berupaya menarik minat penonton.
Kemudian, pengarah pula yang memegang

tugas penting untuk menyelaraskan
pementasan drama tersebut. Drama
mestilah mengandungi konfliks dan aksi,
tempoh masa lakonan yang tidak melebihi 3
jam dan tiada babak pengulangan dalam satu

masa.

puisi tradisional

Puisi merupakan jenis karya yang paling awal digunakan oleh semua orang. Buktinya, kesusasteraan awal masyarakat Arab tertulis dalam bentuk
puisi. Puisi yang terbaik akan digantung di Kaabah pada zaman Arab Jahiliah. Masyarakat Melayu pula berbangga dengan puisi hak milik mereka

yang bernama pantun. Antara jenis karya yang ada dalam puisi tradisional ialah pantun, syair, gurindam dan seloka.

Pantun Syair

Pantun merupakan puisi yang tertua dan Sejenis puisi yang berlagu dan dipercayai berasal
sememangnya kepunyaan masyarakat Melayu dari Parsi dan dibawa masuk ke Nusantara
kerana sebelum orang Melayu mengenali surat-
menyurat lagi mereka sudah pandai berpantun dan melalui kedatangan Islam. Oleh itu, syair dikatakan
biasa bagi mereka untuk berbalas pantun. Pantun berasal daripada perkataan arab iaitu ‘sy'ir’ namun
digunakan untuk menyampaikan pemikiran dan bentuk syair Melayu amat berlainan dengan syair
perasaan seperti sedih, gembira, kecewa dan lain- Arab. Namun, para pengkaji bahasa telah sepakat
lain.Bentuknya adalah berdasarkan bilangan baris bahawa perkataan syair berasal daripada bahasa
dalam rangkap seperti pantun dua kerat, empat
kerat, enam kerat dan lapan kerat. Selain itu, pantun Arab namun bentuk syair Melayu masih kekal
mestilah mengandungi unsur pembayang dan coraknya mengikut acuan asli masyarakat Melayu
maksud. Ciri-ciri pantun adalah berdasarkan bilangan
baris dalam satu rangkap. Contohnya, bagi pantun dengan tidak mencampur-adukkan syair Arab
empat kerat, baris pertama dan kedua adalah unsur atau mana-mana puisi Arab-Parsi. Syair Melayu
pembayang manakala baris ketiga dan keempat tediri daripada empat baris serangkap dengan
adalah maksud. Bilangan perkataan dalam setiap rima akhirnya berbentuk ‘a’’a’’a’’a’. Setiap baris pula
baris ialah 4 hingga 6 patah perkataan manakala mempunyai 4 hingga 5 patah perkataan manakala
bilangan suku kata ialah 8 hingga 12. Rima akhir mempunyai suku kata yang terdiri daripada 8
adalah sama contohnya ‘a’,’a’ untuk pantun dua kerat hingga 12 suku kata. Syair ialah satu puisi yang
mempunyai pernyataan larutan. Contohnya untuk
dan ‘a’,’b’,’a’,’b’ untuk pantun empat kerat. mengemukakan kisah, puji-pujian dan fikiran.

puisi tradisional

gurindam seloka

Gurindam berasal daripada bahasa Perkataan seloka berasal daripada bahasa
Tamil iaitu ‘iradam’, ‘kirandam’ yang Sanskrit iaitu “shloka” yang bermaksud
berseloroh, berjenaka dan menyindir.
bermakna puisi secara terbuka.
Gurindam merupakan sejenis puisi Berbanding dengan puisi tradisional yang lain,
yang terikat, yang mana mempunyai gurindam lebih kepada pepatah, perumpaan
atau bidalan yang mempunyai unsur jenaka,
dua baris serangkap dan
mengandungi tiga hingga enam patah ejekan dan sindiran yang berguna untuk
memberi pengajaran kepada pendengar atau
perkataan dengan rima akhir ‘a’a’.
Seterusnya, suku kata untuk setiap pembaca. Sebahagian besar ciptaan seloka
baris ialah antara 8 hingga 12 suku Melayu adalah berbentuk terikat iaitu empat
kata. Bahasa yang digunakan dalam
gurindam adalah bahasa yang bernas baris serangkap namun ciptaannya lebih
kepada bentuk pantun dan syair. Seloka juga
dan serius. Isinya mengandungi
nasihat, pengajaran, kebenaran dan ditulis dalam bentuk yang bebas. Ciri-ciri
seloka ialah karangan berangkap dan terpecah
pernyataan perasaan cinta.
kepada dua bahagian iaitu pembayang dan
maksud. Seloka juga terdiri daripada unsur
jenaka, sindiran atau ejekan dan bertujuan

untuk menyindir sambil belajar.

Puisi Moden

Puisi moden hanya mempunyai satu jenis karya sahaja iaitu sajak. Sajak merupakan
puisi yang pentingkan keberkesanan ungkapannya berbanding pemilihan dan
penggunaan katanya. Sajak juga merupakan pernyataan perasaan yang mana di

dalamnya mempunyai fikiran dan tanggapan penulis. Ringkasnya, sajak merupakan isi
hati dan luahan perasaan pengarangnya. Ciri puisi moden ialah nama penciptanya
diletakkan sebagai pengakuan hak terhadap karyanya walaupun menggunakan nama

samaran. Selain itu, sajak tidak terikat dengan peraturan dan format seperti pemilihan
kata, pembentukan sesebuah rangkap dan baris serta pematuhan rima akhir. Berbeza
dengan puisi tradisional, puisi Melayu moden tidak terikat dengan peraturan yang ada

dalam puisi tradisional seperti pantun dan syair. Rentak dan rangkap barisnya
mengikut pengarang itu sendiri.

4. CIRI-CIRI

KEINDAHAN CIRI-CIRI MENCERMINKAN PENGALAMAN

Melalui lenggok serta gaya pengalaman merujuk kepada
yang digunakan dalam tindak balas yang utuh dari
sesebuah karya sastera jiwa seseorang manusia yang
digambarkan secara realiti
dikatakan indah jika penuhi 4
syarat iaitu ;

keutuhan dalam sesebuah karya,
keselarasan pengalaman dinyatakan
keseimbangan menggunakan bahasa

fokus terhadap unsur PENGALAMAN SENI

KARYA SENI melalui peristiwa sastera, pembaca
dapat memahami dan merasai
ada tiga perkara yang membezakan fikiran dan perasaan pengkarya
karya sastera dengan karya bukan jpengkarya puas sekiranya
mengetahui hasil karyanya
sastera ; mendapat tempat dalam
sifat fiksyen masyarakat
nilai estetik nilai karya sastera ditentukan
gaya bahasa yang khusus
fiksyen ialah karya sastera yang melalui perkara yang disampaikan,
dihasilkan melalui imaginasi pengkarya cara dan bentuk penyampaian
berlandaskan pengalaman atau tindak
balasnya terhadap alam fana hasil karya dapat bagi pengalaman
nilai estetik membolehkan pengkarya dan nilai seni kepada pembaca
mengungkapkan isi hati dengan
mendalam serta jelas

KEUTUHAN KARYA SENI KESEIMBANGAN

Tiap-tiap bahagian unsur karya sastera,
dalam karya sastera baik dari segi ukuran
menunjang kepada atau pemberatannya

usaha-usaha bagi harus seimbang
mengungkapkan isi dengan fungsinya

hati pengkarya PENEKANAN

KESELARASAN unsur yang paling
penting harus
unsur dalam karya jadi
asas bagi mendapat penekanan
yang lebih berbanding
mengukuhkan unsur
lain dan bukan unsur yang kurang
penting
mengganggu atau
mengaburkannya

alat hiburan ekspresi pengkarya Seni dan bukan ilmu
mempunyai keteraturan semata-mata
SASTERA
komunikasi



sebagai

karya yang berintegrasi

5. FUNGSI

Alat pendidikan FUNGSI dakwah

sastera mampu memberikan terdapat juga pengkarya yang
pengajaran terhadap masyarakat menghasilkan karya berunsur keagamaan
sejak tahun 1957, Malaysia telah seperti Novel Songket Berbenang Emas
memperkenalkan matapelajaran sastera
dakwah ini bukan sahaja dengan cara
di sekolah mengajak masyarakat menggunakan lisan,
para sasterawasan negara akan malah dakwah dari segi tulisan juga sangat
menghasilkan karya-karya yang
menyisipkan unsur moral untuk diiktiraf oleh agama Islam.
dijadikan sempadan kepada masyarakat dakwah boleh dilakukan dengan cara
ada penulisan yang di ambil oleh menyisipkan ilmu ketuhanan dalam
sasterawan untuk diolah semula penulisan, menerangkan adab-adab dalam
menjadi karya puisi atau pantun kehidupan seperti yang dinukilkan dalam

berbentuk nasihat Gurindam Dua Belas

medium protes dan kritik hiburan
sosial
masyarakat memerlukan hiburan
sastera merupakan rakaman dalam kehidupan
kehidupan manusia yang digunakan
muncul karya-karya yang dihasilkan
bagi mencari pandangan yang bagi menarik minat masyarakat
berbeza. contohnya, Jenaka Pak Pandir
namun, dalam konteks hiburan,
sastera mempamerkar realiti
masyarakat Melayu pengkarya akan menyisipkan unsur
pengajaran dalam karya mereka
karya sastera bukan sahaja merakam
isu luar biasa, namun ada juga isu namun, masyarakat perlu fikir secara
norma tetapi diolah dengan cara logik kerana kebanyakkan pengajaran
kreatif
berbentuk sindiran dan tidak
digunakan bagi menegur masyarakat langsung
tidak kira susun lapis, pangkat
mahupun darjat seseorang

MANIFESTASI
AKAL BUDI

BAHAGIAN 2

Puas sudah menanam ubi,
nanas juga dipandang orang;
Puas sudah menanam budi,
emas juga dipandang orang.

MANIFESTASI AKAL BUDI

Aspek pemikiran yang dapat dilihat dalam pantun ini ialah melalui aspek tersirat seperti
penggunaan diksi dalam melambangkan pembayang kepada pantun tersebut. Contohnya,
pemilihan kata nanas dan ubi. Ini diambil bersempena fizikal pembayang itu sendiri yang

melambangkan maksud pantun seperti buah nanas yang baunya harum dan berwarna
kuning disinonimkan dengan emas melalui fizikal yang sama. Perbandingan ini dibuat kerana
masyarakat amat tertarik dan ingin memilikinya. Sebaliknya, ubi yang sifatnya tidak menonjol
kerana walaupun ubi berisi, namun tempatnya tetap dalam tanah. Ini dikaitkan dengan sifat

orang yang berbudi namun tidak suka menunjuk-nunjuk di khalayak. Kesimpulannya, akal
budi dalam pantun ini mengajar masyarakat agar jangan terlalu mengejar akan perkara yang

nampak istimewa dari rupa bentuk fizikal semata-mata seperti harta benda tetapi lebih
mementingkan aspek atau penekanan sifat orang berbudi dan merendah diri.

Dengarkan tuan suatu riwayat
Raja di desa Negeri Kempayat
Dikarang fakir dijadikan hikayat
Supaya menjadi tamsil ibarat.

MANIFESTASI AKAL BUDI

Sifat merendah diri pada penyair ini sangat jelas dalam rangkap tersebut. Hal ini kerana,
penyair menggantikan panggilan nama dirinya dengan fakir. Fakir merupakan kata pinjaman

Arab yang bermaksud miskin. Malah fakir lebih teruk berbanding miskin. Perkataan ini
diertikan dengan individu yang tidak mampu menampung dari segi keperluan hariannya
seperti pakaian, makanan dan tempat tinggal. Apabila penyair menggunakan istilah ini, penyair
menunjukkan sikap orang Melayu yang sering merendah diri sebagai salah satu daripada adab
apabila berkomunikasi dengan orang lain. Dari segi penggunaan istilah tersebut dalam

rangkap syair pula, penyajak cuba mempamerkan sikap merendah diri dengan cara
menganggap dirinya tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang banyak serta tidak arif dalam

apa-apa bidang. Akal budi seperti ini sentiasa mengingatkan individu agar tidak memiliki
perasaan riak dengan kelebihan yang dimilikinya.

ADUHAI MALANG PAK KADUK,
AYAMNYA MENANG KAMPUNG TERGADAI,

ADA NASI DICURAHKAN,
AWAK PULANG KEBULURAN,
MUDIK MENONGKAH SURUT,
HILIR MENONGKAH PASANG,

ADA ISTERI DIBUNUH,
NYARIS MATI OLEH TAK MAKAN,
MASA BELAYAR KEMATIAN ANGIN,
SAUH DILABUH BAYU BERPUPUT,
ADA RUMAH BERTANDANG DUDUK,
RUMAH RUNTUH AWAK MENUMPANG.

MANIFESTASI AKAL BUDI

Akal budi manifestasi masyarakat Melayu yang terdapat dalam seloka ini ialah menyindir sikap
masyarakat yang terlalu menurut perintah sehingga tidak mahu berfikir panjang dalam

melakukan sesuatu perkara. Misalnya, dalam seloka tersebut terdapat satu peristiwa yang
mana Pak Kaduk menurut perintah raja dengan membuat satu perjanjian sebelum

perlawanan sabung ayam diadakan. Pak kaduk bersepakat dengan raja untuk menukar ayam
masing-masing serta pihak yang kalah akan menggadaikan tanah miliknya tanpa berfikir secara

rasional. Walau bagaimanapun, nasib Pak Kaduk begitu malang apabila dia kalah dalam
perlawanan sabung ayam tersebut dan terpaksa menggadaikan tanah miliknya. Sudah terang

lagi bersuluh bahawa sikap terlalu menurut perintah serta tidak berfikir panjang akan
menyebabkan kerugian terhadap kehidupan seseorang individu tersebut. Oleh itu, sebagai
masyarakat melayu kita mestilah berfikir secara waras sebelum membuat keputusan supaya

tidak menghadapi kekangan yang buruk pada masa hadapan kelak.

MANIFESTASI AKAL BUDI

Akal budi manifestasi masyarakat Melayu yang terdapat dalam seloka ini ialah menyindir
sikap lurus bendul. Sikap lurus bendul ini memudahkan orang lain mengambil kesempatan ke

atas dirinya yang mudah ditipu. Contoh dalam seloka ini iaitu apabila Pak Kaduk bersepkat
dengan raja di negerinya untuk menukar ayam masing-masing. Ini mengakibatkan tanah
miliknya tergadai kerana dia telah memenangi pertandingan menyabung ayam. Berdasarkan
seloka ini, ketika perjalanan pulang ke rumah dia kelaparan kerana bekal yang dibawanya
ketika perlawanan sabung ayam itu dibuang di tengah jalan. Dia juga mempunyai kesukaran
untuk mengendalikan perahu miliknya. Sesampai sahaja di rumah dia nyaris memukul
isterinya sehingga mati kerana isterinya tidak menyediakan makanan. Ini menunjukkan sikap

lurus bendul Pak Kadur yang membuang bekalnya walaupun dia kelaparan telah
menyebabkan dia gagal membuat pertimbangan sendiri. Oleh itu, kita mestilah berfikir
sebelum melakukan apa-apa tindakan agar tidak memudaratkan diri sendiri dan orang lain.

MANIFESTASI AKAL BUDI

Akal manifestasi yang terdapat dalam seloka ini adalah menyindir masyarakat Melayu yang
suka mengejar kebendaan semata-mata tanpa berfikir panjang. Mereka sanggup

menggadaikan maruah diri dan keluarga apabila ingin mencapai sesuatu. Perkara ini telah
berlanjutan sehingga zaman pasca moden ini. Buktinya, masalah sosial yang semakin

meruncing kini berpunca daripada faktor kejahilan diri. Dalam seloka Pak Kaduk, penerimaan
Pak Kaduk terhadap pertukaran ayamnya yang bertuah dengan ayam raja adalah nasib

malangnya sebagai rakyat biasa apabila berdepan dengan orang yang berkuasa yang bersifat
kejam dan zalim. Dikatakan Pak Kaduk bersorak-sorak sehingga mencarikkan "seluar dan baju
kertasnya' yang digam oleh isterinya, ketika melihat ayamnya Si Kunani menang, seolah-olah

Pak Kaduk "bodoh" dan "dungu" tidak sedar akan ayamnya yang sudah bertukar itu.
Tuntasnya, seloka ini mengajar kita agar sentiasa bijak dalam membuat sebuah keputusan

yang melibatkan maruah diri dan keluarga kita.

MANIFESTASI AKAL BUDI

Mengkritik masyarakat Melayu yang mempunyai sikap mudah
terpedaya dengan janji-janji kosong. Berdasarkan seloka Pak
Kaduk iaitu ' Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran.' Pak
Kaduk mewakili sikap sebahagian masyarakat Melayu yang
terlalu yakin mendapatkan sesuatu yang belum pasti menjadi
milik mereka. Sikap ini haruslah dielakkan agar masyarakat
Melayu tidak mudah ditipu dan masyarakat Melayu juga perlu

sentiasa berjaga-jaga dalam membuat sesuatu keputusan.

BARANG SIAPA TADA MEMEGANG AGAMA,
SEKALI-KALI TIADA BOLEH DIBILANGKAN NAMA

BARANG SIAPA MENGENAL YANG EMPAT,
MAKA A ITULAH ORANG YANG MA'RIFAT

BARANG SIAPA MENGENAL ALLAH,
SURUH DAN TEGAHNYA TIADA A MENYALAH.

BARANG SIAPA MENGENAL DIRI,
MAKA TELAH MENGENAL AKAN TUAN YANG BAHRI.

BARANG SIAPA MENGENAL DUNIA,
TAHULAH A BARANG YANG TEPERDAYA.

BARANG SIAPA MENGENAL AKHIRAT,
TAHULAH LA DUNIA MUDARAT.

MANIFESTASI AKAL BUDI

Akal budi dalam fasal pertama ini menjelaskan kepada pembaca bahawa apabila hidup tanpa
mengenali agama, iaitu percaya wujudnya tuhan sebagai pentadbir alam, maka hidup seseorang

individu tersebut seakan-akan tiada tujuan. Ini akan mengakibatkan seseorang itu memiliki
perasaan takut atau gelisah. Sebaliknya akan berlaku sekiranya seseorang manusia mengenali
agama dengan cara mendalami ilmu tasawuf seperti syariat, makrifat, tarikat dan hakikat. Sekiranya
masyarakat memiliki ilmu yang mantap berkaitan tasawuf ini, maka kehidupan seseorang akan

bergerak dengan sangat lancar tanpa adanya rasa was-was.



Selain itu, apabila mengenali pencipta, seseorang itu perlu melaksanakan setiap tuntutan agama
dan menjauhi perbuatan-perbuatan yang ditegah. Hal ini kerana, Allah mencipta dunia sebagai
sebuah tempat mengumpul ganjaran iaitu pahala bagi menjadi tiket kepada seseorang untuk
masuk ke dalam syurga. Namun begitu, lebih ramai masyarakat yang tertarik dengan perkara
bersifat duniawi berbanding mengejar reda Allah. Hakikatnya, sebagai seorang hamba, kita perlu
mengetahui tujuan sebenar kita dihidupkan di atas muka bumi ini. Hidup di dunia sekadar tempat

persinggahan manakala diakhiratlah yang kekal abadi.

MANIFESTASI AKAL BUDI

Dalam kehidupan di dunia, kita mesti sedar hakikat diri kita sebagai seorang hamba yang hina.
Sesiapa sahaja yang tahu dirinya serba kekurangan, tentu sahaja seseorang itu memerlukan Allah
yang maha berkuasa dalam menentukan kehidupan di dunia dan di akhirat kelak. Selain itu, kita
juga mesti tahu tentang kehidupan dunia untuk meneruskan kelangsungan hidup. Justeru, kita tidak
mudah terpengaruh dengan tipu helah dunia. Akhirnya, hakikat sebenar kehidupan menjadikan

dunia sebagai sebuah jambatan kehidupan di akhirat yang kekal selamanya.

RUJUKAN
ANNAS HAJI AHMAD. SASTERA MELAYU LSAEMRAVIDCAEN, 1B9A8R2U. . PETALING JAYA: INTERNATIONAL BOOK

HAAZSMHIAMNARWAHAMNGA.T(.1(928052)2.)M. PEENNDGEEKNAATLI AKNESKUESSAUSSTAESRTAEARNAAMNELDAAYNUK.EFBAUJDAARYBAAAKNTIMSEDLNA.YBUH.D.
HARUN MAT PIAH ET AL. 2006. KESUSBAASHTAESRAAADNANMEPLUASYTUAKTARADISIONAL . KUALA LUMPUR: DEWAN
HARUN MAT PIAH,1989. PUISI MLUEMLAPYUUR:TDREAWDIASNIOBNAAHLA: SSAATDUAPNEPMUBSITCAAKRAA.AN GENRE DAN FUNGSI. KUALA
HARUJANSMSAINT,PHI.ABH. 1(1998937. )P.EPNUGIASRI MANEGLAINYUDOTNREASDIIASIDOANNALD.UKNUIAANLAYAL.UJMAPKUARRT: AD:EPWEANNERBBAIHTAPSTAGDRAANMPEUDSIAT.AKA.
MOHD. YUSOF MD. NOR (1985). RAMPAISARI PSUDISNI. WBHADR.ISAN. PETALING JAYA: PENERBIT FAJAR BAKTI
MUHAMMAD HAJI SALLEH. (1991). THE MINKDUAOLFATLHUEMMPAULRA.Y AUTHOR. DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA;
SHAHNON AHMAD (1991). SASTERA BSAEHBAASGAAIDSAENISPMUOSGTARKAAF.KEHIDUPAN. KUALA LUMPUR: DEWAN
SIDDIQ FADZIL. 2012. ISLAM DAN MELAYU. KAHJIAKNMGA:HA.KADEMI KAJIAN KETAMADUNAN KOLEJ DARUL

USNITGIKHUAJAABRDUALBDAUZILZA. Z(2IZ0.1(12)0. 1P1A)N. TBUANHADSAANMKEEBLAIJYAUK1S.AONXAFAANRADKFAALJBAURDSIDMNE.LBAHYDU..

PUTERI KADAZAN BERKAIN KELINGKAN,
SENYUM SEKILAS MENYAMBUT TAMU.
SEKALUNG PENGHARGAAN KAMI TITIPKAN,

TIDAK TERBALAS JASA BAKTIMU.

MAZNAH MUSA, 2017


Click to View FlipBook Version