KEUNIKKAN
PELANCONGAN DI
SUNGAI PETANI
Jabatan Pembangunan Masyarakat MPSPK
1
ISI
KANDUNGAN
01 Bendera Negeri Kedah Darul Aman
02
Sejarah & asal usul Sungai Petani
03 Tempat - tempat menarik di Sungai Petani
2
BENDERA
NEGERI KEDAH
" Allah Selamatkan Sultan Mahkota "
Bendera negeri memaparkan bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai kuning
dan dilingkungi oleh jambangan padi berwarna kuning di atas latar belakang
merah. Merah adalah warna tradisional negeri dan juga melambangkan
kemewahan, sementara bulan sabit adalah simbol agama Islam. Perisai
melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya.
LIRIK LAGU NEGERI KEDAH
" Allah Selamat Sultan Mahkota
Berpanjangan Usia Di Atas Takhta
Memelihara Agama Nabi Kita
Negeri Kedah Serata-rata "
3
SEJARAH
SUNGAI PETANI
Ketika Kedah dikenali dengan nama Langkasuka, Sungai Petani (singkatan Sg. Petani atau “SP”)
para pedagang selalu berulang-alik antara Lembah merupakan sebuah bandar perindustrian di negeri
Merbok dan Pattani serta bahagian timur Kedah yang terletak di utara Semenanjung Malaysia.
semenanjung melalui jalan darat. Jadi, tidak mustahil Sungai Petani ialah bandar kedua terbesar di Kedah
jika nama ‘Petani’ itu dipinjam daripada gelaran ratu selepas Alor Setar.
sanjungan tersebut.
Bandar Sungai Petani sangat mudah dihubungi
Sungai Petani merupakan bandar kedua terbesar di dengan jaringan jalan raya, jalan kereta api dan
laluan udara. Nama bandar ini diambil daripada nama
sungai, iaitu Sungai Petani, anak Sungai Merbok.
Pada zaman dahulu, anak sungai itu dikenali dengan
nama Sungai Bertanding, kononnya kerana anak
sungai tersebut setanding atau selari dengan satu
anak Sungai Merbok yang lain. Jarak di antara dua
anak sungai itu kira-kira 60 meter.
Nama ‘Petani’ mungkin berkaitan dengan daerah
Pattani di Thailand. Pattani lahir daripada perkataan
Sanskrit ‘pathini’ yang bermaksud ‘perempuan yang
suci’. ‘Pathini’ adalah gelaran yang diberikan kepada
puteri Merong Maha Wangsa, puteri yang dikatakan
cantik rupa parasnya dan mulia pekertinya. Puteri itu
diangkat menjadi ratu yang disanjungi oleh
penduduk di sana.
negeri Kedah Darul Aman. Ianya juga sedang
mengalami pertumbuhan pesat dan banyak
diperkatakan tentang kemajuan pembangunan yang
dialaminya. Selaras dengan itu pihak Majlis juga
sedang menuju ke arah bandar dalam taman dengan
usaha-usaha untuk mempercantikkan
persekitarannya. Pihak Majlis juga akan
memperkenalkan identitinya yang tersendiri yang
meliputi bunga, burung dan pokok.
4
TEMPAT
MENARIK DI
SUNGAI PETANI
Sungai Petani ialah bandar kedua terbesar di Kedah. Terletak
dalam daerah Kuala Muda, ia adalah sebuah bandar perindustrian
dan merupakan bandar yang paling pesat membangun di negeri ini.
Dalam sektor pelancongan, Sungai Petani mempunyai tarikan
tersendiri dan beberapa lokasi peranginan turut berada sekitar
bandar ini.
1. Muzium Arkeologi Lembah Bujang
Muzium Arkeologi Lembah Bujang terletak berhampiran Sungai Batu , Bukit Batu Pahat
Merbok. Lembah Bujang merupakan satu-satunya muzium di Malaysia yang mempamerkan
koleksi arkeologi yang menjadi bukti kewujudan pusat perdagangan dan penyebaran agama
Hindu/Buddha di Asia Tenggara dari ke-3 hingga abad ke-12 Masihi. Lembah Bujang juga
merupakan pelabuhan pertama di Asia Tenggara melalui laluan lautnya yang berfungsi sebagai
laluan alternatif ke China atau Timur Jauh menggantikan jalan sutera yang menghubungkan
pedagang Cina dan Timur Jauh melalui darat.
5
2. Galeri Tsunami
Galeri Tsunami mengandungi maklumat tentang tsunami secara umum, bagaimana ia berlaku
dan kerosakan yang dialami di pelbagai negara di sekitar Lautan Hindi dalam tsunami 26 Disember
2004. Terdapat beberapa gambar grafik mayat dan kecederaan yang ditinggalkan selepas tsunami
adalah mengerikan. Tugu memperingati peristiwa itu dibina menggunakan 26 bot nelayan yang
rosak dipukul ombak. Nombor 26 menandakan tarikh 26 Disember 2004. Di sebelah tugu peringatan
itu terdapat deretan rumah yang rosak di sebalik tembok yang ditinggalkan dalam keadaan hancur
sebagai peringatan tentang kuasa alam semula jadi.
3. . Pantai Merdeka
Pantai Merdeka merupakan pantai percutian yang terletak di tanah besar negeri Kedah. Pantai
Merdeka terletak di Daerah Kuala Muda, selatan muara Sungai Merbok. Pantai Merdeka terkenal
sebagai pantai peranginan dan perkelahan bagi penduduk tempatan dan negeri-negeri berdekatan
seperti Pulau Pinang dan Perak Utara. Kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini termasuklah
rumah penginapan calet, rumah rehat, pondok, surau, tandas, tempat perkhemahan, kolam renang
dan tempat-tempat makan.
4. Panorama Jerami Gulung
Panorama Cantik Jerami Gulung Sg Petani terletak di Jalan Kampung Teluk Wang Besar, 08000
Kampong Simpor Besar, Kedah. Hasil kreativiti daripada jerami sebagai tarikan peklancong untuk
bergambar atau berswafoto dengan panorama yang menarik dan melakukan aktiviti riadah
bersama keluarga dan sahabat. Menariknya, Jerami ini hanya terdapat pada musim tertentu sahaja
untuk dikunjungi.
6
5. Muzium Paya Bakau
Hutan Simpan Sungai Merbok adalah antara hutan paya diwartakan yang terbesar di negara
ini yang mempunyai saiz seluas 4,114 hektar. Ekosistem ini menyediakan habitat untuk pelbagai
jenis dan spesis burung yang jarang ditemui dan lebih daripada 30 spesies pokok bakau dipelihara
dan pokok paya sungai yang lain. Terdapat relau arang batu dan bata, atau tanur, di Jeti Sungai
Merbok. Oleh kerana ia terletak di tepi sungai dipanggil sebagai Tanur Arang Sungai Merbok. Kiln
ini diperbuat daripada batu bata yang disusun membentuk bumbung kubah. Di dalam tanur, kayu
bakau disusun untuk diasap sehingga menjadi arang.
6. Menara Jam Besar
Jam Besar ini dibina pada tahun 1910 dan siap pada tahun 1936 menggunakan tenaga manusia
sepenuhnya. Tujuan pembinaannya adalah untuk memperingati King George V yang memerintah
England dan pemerintah empayar British pada masa itu. Usia jam ini sudah menghampiri 80tahun,
tapi masih teguh berdiri hingga kini yang terletak di tengah kawasan pekan bandar Sungai Petani.
Keistimewaan jam ini adalah ia akan berbunyi setiap tiba waktu nya. Pada waktu malam pula, jam
ini akan disinari lampu lampu yang cantik sekali.
7. Jeti Sungai Semeling
Jeti Sungai Merbok yang juga dikenali sebagai jeti semeling ialah sebuah kompleks jeti di tebing
selatan Sungai Merbok di Sungai Petani, Kedah. Tapak ini terletak di sebelah barat Jambatan Sungai
Merbok, yang menghubungkan Sungai Petani dengan Semeling di utara.
7
8. Semeling Street Art
Idea Seni Jalanan Semeling telah dilancarkan pada Nov 2014 dan dirasmikan oleh Dato' Seri
Mukhriz bin Mahathir. Semeling Street Art ini yang terletak di Kampung Mata Hari Naik 08100
Bedong, Kedah. Hasil seni memaparkan karya seni lukisan di dinding bagi mencantikkan kawasan
tersebut dan menarik orang ramai untuk datang berkunjung seakan Penang Street Art.
9. Pantai Rhu Tanjung Dawai
Pantai Rhu yang terletak di Tanjung Dawai yang menjadi tumpuan para pelancong yang
singgah untuk menikmati permandangan yang cukup indah dengan kepelbagaian aktiviti dan
makanan serta merupakan tempat untuk bergambar. Tanjung dawai juga terkenal dengan mee
udang di Rumpun Mambu Tanjung Dawai yang wajib dikunjungi.
10. Masjid Sultan Mudzaffar Shah
Masjid Sultan Muzaffar Shah yang terletak di Jalan Sungai Layar ini juga boleh dikatakan
sebagai sebuah masjid ‘di dalam taman’ kerana lokasinya yang betul-betul bersebelahan dengan
Taman Jubli Perak. Masjid indah ini terletak cukup dekat dengan kawasan pusat bandar Sungai
Petani, memudahkan akses sesiapa yang ingin menunaikan solat 5 waktu.
8
11. Taman Jubli Perak
Taman Jubli Perak ini telah dibina untuk memperingati sambutan Jubli Perak Sultan Abdul
Halim Muadzam Shah yang merupakan Sultan Kedah yang ke-27. Lengkap dengan laluan pejalan
kaki, di tengah-tengah taman ini pula terdapat sebuah tasik indah dengan jambatan untuk
merentasinya. Taman awam yang dikelilingi oleh pokok-pokok besar ini memiliki atmosfera yang
sungguh nyaman untuk anda menenangkan fikiran dan jiwa setelah kepenatan.
12. Hutan Lipur Rekreasi Tupah
Terletak di dalam daerah Kuala Muda, Hutan Lipur Rekreasi Tupah adalah hutan dipterokarp
yang berada pada ketinggian sekitar 100 ke 200 meter dari paras laut. Hutan ini terletak di
sepanjang sungai yang berkepanjangan 2 km. Hutan Lipur Rekreasi Tupah ini terkenal dalam
kalangan penduduk tempatan untuk bermandi-manda dan berkelah.
13. Berangan Aqua Park
Sungai Petani-Berangan Aqua Park, Taman tema mini berlandskapkan suasana desa. Terletak di
Kampung Permatang Berangan, Pinang Tunggal, Kedah, perjalanan mengambil masa selama 10
minit atau 6 kilometer dari Tol Sungai Petani Selatan. Berangan Aqua Park dibuka pada jam 10 pagi
hingga 6 petang setiap hari kecuali Selasa.
9
Jabatan Pembangunan Masyarakat
Majlis Perbandaran Sungai Petani
Menara MPSPK 08000 J
alan Pattani, Kedah
Darul
Aman
No tel : 04-4296666 No fax : 04-4296655
10