The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Yayasan Islam Kelantan (YIK) Hab Pendidikan Islam di Negeri Kelantan - nikramzi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nik Ramzi A.S, 2023-02-15 04:34:26

Yayasan Islam Kelantan (YIK) Hab Pendidikan Islam - nikramzi

Yayasan Islam Kelantan (YIK) Hab Pendidikan Islam di Negeri Kelantan - nikramzi

Keywords: yik,yayasan,isl

Yayasan Islam Kelantan Hab Pendidikan Islam Kelantan Sejahtera untuk Islam كلنتن سجهترا أونتوق إسلام


Sebuah terbitan YAYASAN ISLAM KELANTAN www.yik.edu.my YAYASAN ISLAM KELANTAN HAB PENDIDIKAN ISLAM © Yayasan Islam Kelantan Cetakan Pertama : Oktober 2017 Hakcipta terpelihara. Tidak dibenar mengeluar ulang mana-mana bahagian isi kandungan daripada buku ini termasuk artikel, ilustrasi, dan foto dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun sama ada fotokopi, mekanik, rakaman, cetakan, elektronik atau cara-cara lain tanpa terlebih dahulu mendapat izin bertulis daripada Yayasan Islam Kelantan. Diterbitkan oleh YAYASAN ISLAM KELANTAN Peti Surat 248, Nilam Puri, 15730 Kota Bharu, Kelantan. Tel : 09-7126315, 7128144 Faks : 09-7127806


Yayasan Islam Kelantan 2 03 06 09 11 13 16 18 26 28 30 ISI KANDUNGAN Kata Alu-aluan Menteri Besar Negeri Kelantan Kata Alu-aluan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Negeri Kelantan Kata Alu-aluan Pengarah Yayasan Islam Kelantan Sejarah Penubuhan Peranan & Halatuju Pemerkasaan Pentadbiran YIK Pembaharuan Pengurusan & Pentadbiran Anugerah Dan Pencapaian Sekolah-sekolah YIK Visi, Misi & Matlamat Pendidikan


Hab Pendidikan Islam 3 Menteri Besar Negeri Kelantan, Merangkap Pengerusi Lembaga Yayasan Islam Kelantan KATA ALU-ALUAN السلم عليكم ورحة ال وبركاته المد ل رب العالي والصلة والسلم على أشرف الرسلي وعلى آله وصحبه أجعي Firman Allah SWT: Maksudnya: Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (Al-A’raf :96)


Yayasan Islam Kelantan 4 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin-Nya, Yayasan Islam Kelantan (YIK) dapat menerbitkan siri Buku Kelantan di Hati pada kali ini. Tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan penerbitan buku yang cukup bermakna ini. Sesungguhnya Kerajaan Negeri telah menjadikan agenda pendidikan sebagai keutamaan bagi membangunkan sebuah masyarakat berilmu yang mampu membangunkan diri dan menggerakkan aktiviti harian selari dengan panduan yang telah diturunkan oleh Allah SWT. Dalam menjulang semangat masyarakat berilmu ini, Kerajaan Negeri melalui YIK, terus melaksanakan tanggungjawab pendidikan berteraskan Pengajian Islam dan bahasa Arab peringkat menengah sejak awal mentadbir Negeri Kelantan lagi. Usaha ini adalah diharapkan dapat mengekalkan Kelantan sebagai negeri yang bertamadun tinggi dalam aspek pendidikan dan pentarbiahan. Harapan saya agar siri buku yang mengandungi agenda dan aktiviti fzikal serta spritual YIK ini akan dapat melonjak perkembangan institusi pendidikan di Kelantan serta berupaya mengangkat martabat agama dan bangsa.Dalam dunia yang penuh dengan perlumbaan pada hari ini kita melihat betapa saluran-saluran untuk mendapatkan ilmu begitu terbentang luas. Melalui alat komunikasi moden dan alat-alat perhubungan yang canggih, capaian maklumat menjadi terlalu mudah. Justeru YIK juga perlu menggunakan medium-medium penyebaran maklumat ini untuk terus bersaing dalam arus perdana bagi mendekati setiap isu yang hangat diperkatakan.


Hab Pendidikan Islam 5 Sekian, Wassalam. ** ISLAM DIJULANG, RAJA DIJUNJUNG, RAKYAT DISANJUNG ** ** MEMBANGUN BERSAMA ISLAM - KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN ** ** KEBAJIKAN – KEBERKATAN - KEMAKMURAN ** Dengan hormatnya, USTAZ DATO’ HAJI AHMAD BIN YAKOB, S.J.M.K., D.J.M.K., ( Kelantan ) (DATO’ BENTARA KANAN) Menteri Besar Kelantan


Yayasan Islam Kelantan 6 KATA ALU-ALUAN Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Kelantan Segala puji bagi Allah SWT yang merupakan Pentadbir bagi seluruh kerajaan di langit dan di bumi, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan para sahabat baginda serta seluruh penyambung risalah yang suci ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada Yayasan Islam Kelantan yang telah berjaya menerbitkan siri Kelantan Di Hati yang memaparkan usaha-usaha dan pencapaian kerajaan negeri melalui agensi pendidikan agama dan bahasa Arab. Sesungguhnya pendidikan ini adalah merupakan penerus kepada dakwah dan risalah yang dibawa oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. Tanggungjawab ini disambung oleh warga pendidik yang mengasuh anak anak sehingga menjadi insan berilmu dan bertaqwa. السلم عليكم ورحة ال وبركاته


Hab Pendidikan Islam 7 Maksudnya: Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah al-Mujadalah,58:11) Ayat di atas menjelaskan bahawa matlamat pendidikan adalah untuk memperoleh darjat atau ketinggian sebagai khalifah Allah di bumi. Kurniaan Allah mengangkat akan darjat manusia adalah untuk meninggikan kedudukan manusia sebagai makhluk ciptaan Tuhan yang akan mentadbir alam. Tujuan pendidikan al-Qur’an adalah membina pengetahuan atau kesedaran manusia atas dirinya, sistem kemasyarakatan Islam dan sikap serta rasa tanggungjawab sosial di samping memberi kesedaran terhadap alam sekitar dan ciptaan Allah serta mengembangkan ciptaanNya bagi kebaikan umat manusia. Tetapi yang penting ialah ma’rifah kepada Allah dan beribadah kepadaNya dengan cara mentaati segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Pendidikan merupakan salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan dan tamadun manusia. Pendidikan telah bermula apabila Allah mencipta Nabi Adam a.s untuk menjadi khalifah di bumi dan berkesinambungan sehingga hari ini. Di dalam al-Qur’an banyak ayat yang menyentuh dasar dan matlamat pendidikan. Antaranya frman Allah S.W.T tentang kedudukan orang yang berilmu:


Yayasan Islam Kelantan 8 Dalam meyebarluaskan informasi pendidikan, buku ini merangkumi agenda, aktiviti dan pencapaian yang telah dicapai oleh Yayasan Islam Kelantan dari sudut pembangunan fzikal, pencapaian dalam bidang pentadbiran, pengurusan sekolah, pengurusan akademik dan kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan dan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Kita mengharapkan terbitan buku ini akan menjadi rujukan segera dan capaian maklumat yang bermanfaat terutamanya dalam era kecanggihan media yang ada pada hari ini. Akhirnya marilah kita sama sama berdoa agar kita usaha yang sedikit ini mendapat ganjaran dan diangkat darjat kita di sisi Allah Yang Maha Esa. Sekian, Wassalam. “ISLAM DIJULANG, RAJA DIJUNJUNG, RAKYAT DISANJUNG” “MEMBANGUN BERSAMA ISLAM-KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN” “KEBERKATAN KEMAKMURAN DAN KEBAJIKAN” YB DATO DR MOHAMED FADZLI BIN DATO HAJI HASSAN


Hab Pendidikan Islam 9 KATA ALU-ALUAN Pengarah Yayasan Islam Kelantan Alhamdulillah dengan izin dan rahmat Allah siri Buku Kelantan Di Hati telah berjaya disiapkan dengan jayanya. Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyumbang tenaga sehingga terhasilnya pendokumentasian ini. Kelantan Di Hati bagi siri terbitan Yayasan Islam Kelantan adalah sebahagian daripada agenda teras yang menjadi nadi kepada kesinambungan pendidikan semenjak daripada dahulu lagi. Sejarah perkembangan pendidikan Islam di negeri Kelantan telah mendahului negeri-negeri lain dalam bentuk yang teratur dan tersusun. Bermula dengan penubuhan “Madrasah Muhammadi Melayu (laki-laki)” pada tahun 1932 di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, kesedaran masyarakat tempatan bergerak seiring dengan pemerintah telah sama-sama menubuhkan sekolah-sekolah yang dimiliki sepenuhnya oleh masyarakat tempatan di seluruh negeri Kelantan. Sekolah-sekolah ini akhirnya diletakkan di bawah satu pengurusan dan penyelarasan bermula dari Jabatan Sekolah-sekolah Agama (JASA) sehinggalah penubuhan YIK pada tahun 1983. السلم عليكم ورحة ال وبركاته


Yayasan Islam Kelantan 10 Saya mengharapkan dengan penerbitan buku ini dapat memberi gambaran yang lebih menyeluruh berhubung Yayasan Islam Kelantan yang merangkumi Pengurusan dan Pentadbiran, Pengurusan Sekolah dan Akademik serta pencapaian-pencapaian yang telah dilakar oleh institusi ini serta kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum. Akhir kata, adalah diharapkan penerbitan siri 35 ini dapat memenuhi kehendak masyarakat dan orang ramai yang memerlukan penerangan serta maklumat untuk mendapat gambaran tentang peranan dan pencapaian Yayasan Islam Kelantan dalam pendidikan agama di negeri ini. YM HJ TENGKU AB RAHMAN TUAN YUNUS PENGARAH YAYASAN ISLAM KELANTAN


Hab Pendidikan Islam 11 11 Sejarah Penubuhan


Yayasan Islam Kelantan 12 YIK ditubuhkan melalui satu enakmen iaitu Enakmen Kelantan Bil. 8/1982 yang dinamakan Yayasan Islam Kelantan (YIK) pada 1 Mac 1983. SEJARAH PENUBUHAN


Hab Pendidikan Islam 13 13 Peranan & Halatuju Hab Pendidikan Islam


Yayasan Islam Kelantan 14 PERANAN DAN HALATUJU Yayasan Islam Kelantan merupakan agensi yang bertanggungjawab melaksanakan aktiviti pendidikan Islam dan bahasa arab bagi rakyat negeri Kelantan dan merupakan sebuah agensi agama kerajaan negeri Kelantan yang diamanahkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan Islam dan pengajian bahasa Arab dalam kalangan penduduk negeri ini. Meningkatkan taraf pendidikan dan pelajaran agama dalam negeri ini supaya seimbang dengan keperluan ummah dan negara. Bagi memaju dan melayakkan sekolahsekolah agama di negeri ini menjadi saluran kepada pusat-pusat pengajian di dalam dan di luar negeri. Mewujudkan pengurusan dan pentadbiran yang licin dan cekap bagi menjamin supaya sekolah agama akan berkembang maju.


Hab Pendidikan Islam 15 YIK bertanggungjawab mentadbir dan mengurus hal-hal berikut:- Sekolah-sekolah Menengah Agama/Arab seluruh negeri Kelantan Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri Pusat Pengajian Pondok, Telong, Kandis, Bachok Tadika Tengku Anis, Kampung Sireh, Kota Bharu dan Pasir Mas Kewangan untuk pengurusan dan pembangunan


Visi, Misi & Matlamat Pendidikan 16 Yayasan Islam Kelantan


Hab Pendidikan Islam 17 VISI, MISI & MATLAMAT PENDIDIKAN Visi Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab menjelang 2020. Misi Menggerakkan sepenuh tenaga dan keupayaan untuk melahirkan muslim yang beriman, berakhlak mulia, berilmu pengetahuan, beramal soleh dan layak berkhidmat untuk membangunkan keluarga, masyarakat, negara dan ummah. Matlamat Pendidikan YIK Matlamat Pendidikan Yayasan Islam Kelantan ialah melahirkan muslim yang beriman, berakhlak mulia, berilmu pengetahuan, beramal soleh dan layak berkhidmat untuk membangun keluarga, masyarakat, negara dan ummah.


Sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan 18 Yayasan Islam Kelantan


Hab Pendidikan Islam 19 SEKOLAH-SEKOLAH YAYASAN ISLAM KELANTAN Kategori Sekolah 01 Maahad Kawalan Aliran Sains Aliran Tahfz wal Qiraat Aliran Tahfz Sains Maahad Muhammadi Lelaki Maahad Muhammadi Perempuan Maahad Tahfz Al-Quran Wal Qiraat Maahad Tahfz Al-Quran Al-Asriah Maahad Tahfz Sains Tanah Merah Kolej Tahfz Sains Nurul Aman Maahad Tahfz Sains Bustanul Arifn, Tumpat Maahad Tahfz Sains Al-Muhammadi, Nipah


Yayasan Islam Kelantan 20 02 Maahad Pilihan Maahad Pengajian Islam Maahad Amir Indera Petra Maahad Muhammadi Pasir Mas Maahad Muhammadi Rantau Panjang Maahad Saniah Maahad Ahmadi Maahad Muhammadi Tumpat Maahad Muhammadi Pasir Pekan Maahad Ar-Rahmah Kenali Maahad Rahmaniah


Hab Pendidikan Islam 21 03 Maahad Yayasan Maahad Yaakubiah Maahad Syamsul Maarif (P) Maahad Syamsul Maarif (L) Maahad Al-Sabirin Maahad Raudzah Al-Nazirin Maahad Muhammadi Gua Musang


Yayasan Islam Kelantan 22 04 Pusat Pengajian Pondok Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan 05 Tadika Tengku Anis Tadika Tengku Anis 1 Tadika Tengku Anis 3


Hab Pendidikan Islam 23 Bilangan Pelajar & Guru Bilangan Pelajar Bilangan Guru 36, 227 orang 2, 641 orang Pentadbiran Sekolah Pengetua Penolong Kanan Guru


Yayasan Islam Kelantan 24 Kurikulum & Kokurikulum Kurikulum Kokurikulum Kurikulum Arab/ Agama Kurikulum Kebangsan Sukan Kegiatan Ilmiah Pentaksiran Berasaskan Sekolah Sijil Pelajaran Malaysia Sijil Tinggi Agama Malaysia Penilaian Standard Kurikulum I’dadi Sijil Menengah Ugama Peringkat Zon Peringkat Negeri Peringkat Kebangsaan Peringkat Zon Peringkat Negeri Peringkat Kebangsaan


Hab Pendidikan Islam 25 Sekolah Luar Kelantan yang menggunapakai sukatan YIK 01 Maahad Annuriah Addiniah, Sg Udang, Melaka 02 Madrasah Al-Rahmah Bukit Lintang, Melaka 03 Sek. Men. Islam Puchong, Selangor 04 Madrasah Al-Ansar, Bistari Jaya, Selangor 05 Madrasah Mujahidin, Selangor 06 Sek. Men. Agama Kg. Laut, Kuala Terengganu SMK Pasentren Abdul Taib Mahmood, Sarawak 06 07 08 Maahad Muhammadi Ben Broul, Kemboja 09 Madrasah An-Nikmah, Kemboja Maahad Tahfz Quran Al- Muhammadi, Kundang Ulu, Johor 10


Pemerkasaan Pentadbiran YIK 26 Yayasan Islam Kelantan


Hab Pendidikan Islam 27 PEMERKASAAN PENTADBIRAN Penggubalan Pelan Strategik YIK 2010 -2015 Pemerkasaan Lawatan Naziran Pelaksanaan Sistem HRMIS Penggubalan Pelan Strategik YIK 2016-2020 Pengemaskinian Pentadbiran berasaskan Teknologi IT • Semakan Kemasukan Pelajar Baru menggunakan IT • Analisa Peperiksaan semua sekolah secara atas talian • Aduan Awam


Pembaharuan Pengurusan & Pentadbiran 28 Yayasan Islam Kelantan


Hab Pendidikan Islam 29 PEMBAHARUAN PENGURUSAN & PENTADBIRAN Pemakaian Sistem Analisa Peperiksaan Berpusat Pewartaan Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum) 2017


Anugerah & Pencapaian 30 Yayasan Islam Kelantan


Hab Pendidikan Islam 31 01 2017 | Pewartaan Peraturan-peraturan Pendidikan YIK (Kurikulum) 2017


Yayasan Islam Kelantan 32 02 2016 | Pelancaran Buku Pelan Strategik Yayasan Islam Kelantan bagi tahun 2016-2020 serta Buku Manual Pengurusan dan Sistem Pengajian Maahad Tahfz Yayasan Islam Kelantan


Hab Pendidikan Islam 33


Yayasan Islam Kelantan 34 03 2016 | Pengiktirafan Bintang Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS Tahun 2016


Hab Pendidikan Islam 35 04 2013 | Sijil Audit Bersih bagi Penyata Kewangan tahun 2013


Yayasan Islam Kelantan 36 05 2014 | Sijil Audit Bersih bagi Penyata Kewangan tahun 2014


Hab Pendidikan Islam 37 06 2015 | Sijil Audit Bersih bagi Penyata Kewangan tahun 2015


Yayasan Islam Kelantan 38 07 2016 | Anugerah Perintis Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Tahun 2016


Hab Pendidikan Islam 39 08 2016 | Berjaya mengadakan kerjasama pendidikan dengan negara Saudi Arabia untuk mengadakan kursus Bahasa Arab yang diurusetiakan oleh ISSESCO


Yayasan Islam Kelantan 40 09 2016 | Berjaya memperolehi pengiktirafan Diploma Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) bagi Pengajian Qiraat pelajar-pelajar lepasan Maahad Tahfz al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong melanjutkan pelajaran ke Maahad Qiraat Syoubra Mesir


Hab Pendidikan Islam 41 10 2016 | Merintis dan memperluaskan peluangpeluang di pusat pengajian baharu di Arab Saudi, Jordan, Morocco dan Indonesia


Yayasan Islam Kelantan 42 11 2016 | Merintis peluang pengajian baharu di Algeria dan Tunisia


Hab Pendidikan Islam 43 12 2016 | Membina bangunan akademik Maahad Saniah bernilai RM 1.4 juta dan SMU(A) Darul Ulum Diniah Padang Siam bernilai RM 0.5 juta dan Maahad Syamsul Maarif Labok (Lelaki) bernilai RM 1.37 juta


Yayasan Islam Kelantan 44 13 2016 | Mengadakan makmal tambahan di Maahad Muhammadi Perempuan dengan kos perbelanjaan sebanyak RM0.5 juta dan Maahad Muhammadi Tumpat dengan sebanyak 1.53 juta


Hab Pendidikan Islam 45 14 2016 | Menyiapkan bangunan Maahad Sains Tok Guru dengan kos perbelanjaan sebanyak RM12.94 juta dan mula beroperasi pada tahun 2017


Yayasan Islam Kelantan 46 15 2015 | Melahirkan Hufaz khatam 30 juzu’ alQuran seramai 3,192 orang bermula tahun 1992 sehingga tahun 2016


Hab Pendidikan Islam 47 16 2015 | Sijil Audit Bersih bagi Penyata Kewangan Tahun 2015


Yayasan Islam Kelantan 48 17 2015 | Anugerah 5 bintang bagi portal rasmi jabatan dalam Provider Based Evaluation (PROBE) 2015 oleh Malaysia Administrative


Hab Pendidikan Islam 49 18 2015 | Pengiktirafan Bintang Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS Tahun 2015


Click to View FlipBook Version