The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farhat.muhdd, 2020-04-20 03:20:15

farhat report

farhat report

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

OLEH
RAJA AHMAD FARHAT BIN RAJA MUHAMAD

DI
MAYBANK BANTING
NO.416, 418, & 420, JALAN SULTAN ABDUL SAMAD, BANTING, 42700
BANTING, SELANGOR

Buku laporan ini dikemukan kepada Jabatan Perdagangan sebagai
memenuhi sebahagian dari syarat penganugerahan
Diploma Perdagangan

POLITEKNIK SEBERANG PERAI
i

SESI DISEMBER 2019
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

SESI DISEMBER 2019
MAYBANK BANTING

DISEDIAKAN OLEH
RAJA AHMAD FARHAT BIN RAJA MUHAMAD
10DIB17F1029
DIPLOMA KEWANGAN DAN PERBANKKAN ISLAM

ii

PENGHARGAAN

Alhamdulillah,

Segala puji dan syukur hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat
dan salam ke atas Nabi junjungan besar Muhammad SAW serta ahli keluarganya,
sahabat-sahabat baginda, para tabi’in dan seterusnya pewaris-pewaris perjuangannya.
Syukur kehadrat ilahi.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan terima
kasih yang tidak terhingga kepada Pengurus Cawangan Maybank Banting. Tidak lupa
juga kepada staf di Maybank banting kerana banyak membantu dan menunjuk ajar
kepada saya.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah
politeknik seberang perai yang telah banyak membantu saya dalam meruskan perjalan
saya sepanjang menjalani diploma di Politeknik Seberang Perai.

Tidak lipa juga ucapan terima kasih kepada rakan rakan seperjuangan yang menjalani
latihan industri kerana banyak membantu saya untuk menghabiskan latihan industri ini.

Akhirnya, hanya kepada Allah Yang Maha Kuasa, saya menyerahkan semua urusan kita,
semoga kita semua diberi petunjuk dan petunjuk untuk menempuh jalan yang benar,
jalan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Segala yang baik datang dari Allah SWT dan
yang buruk datang dari kesilapan saya sendiri.

Terima kasih.

iii

Penghargaan ISI KANDUNGAN iii
Isi kandungan iv
Senarah rajah Pengenalan vi
Senarai jadual 1.1 Pengenalan vii
1
Bab 1 1.2 Objektif
Latar belakang syarikat 7
Bab 2
2.1 Pengenalan 19
Bab 3 2.2 Latar belakang syarikat 24
Bab 4
2.3 Visi dan misi
2.4 Jadual waktu kerja
2.5 Jenis aktiviti dan operasi

Laporan mingguan
3.1 Ringkasan mingguan

Laporan teknikal
4.1 Pengenalan

4.2 Contoh mesin yang digunakan
4.3 Contoh borang
4.4 Mayban2u

Bab 5 Kesimpulan 33
5.1 Kesimpulan

iv

Bab 6 Cadangan 35
6.1 Pendapat
6.2 Cadangan pelajar
6.3 Rujukan
6.4 Lampiran

SENARAI JADUAL
v

JADUAL Carta organisasi syarikat MUKA SURAT
2.2 Jadual waktu kerja 14
2.4 Analisa SWOT 17
2.5 18

SENARAI RAJAH
vi

RAJAH Lokasi MUKA SURAT
2.2 Mesin 15
4.3 Borang
4.3 Maybank2u 25-28
4.3 Lampiran 29-31
6.4
32
38-39

vii

BAB 1
PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1 PENGENALAN

Laporan Akhir Latihan Industri ini dibuat bertujuan untuk merekodkan semua
berkaitan organisasi dan juga jadual kerja para pelajar sepanjang menjalani latihan
industri bersama dengan organisasi. Ia juga bertujuan untuk melihat segala tatakerja dan
cara pelajar mengendalikan sesuatu pekerjaan yang diberikan oleh pihak organisasi.

1.1.2 PENDAHULUAN

Latihan Industri merupakan suatu bentuk latihan untuk semua para pelajar yang
mengambil kursus di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).
Latihan Industri merupakan salah satu subjek atau komponen utama dalam kurikulum
pembelajaran di Politeknik KPTM.

1

Tempoh latihan industri adalah selama satu semester (20 minggu). Sepanjang tempoh
tersebut para pelajar perlu menimba ilmu pengetahuan serta pengalaman dan kemahiran
daripada pelbagai bentuk kerja yang dilakukan. Para pelajar juga dapat mengaplikasikan
segala teori yang telah dipelajari kepada bentuk praktikal. Di samping itu, ia bertujuan
untul memberi peluang kepada pelajar untuk mengaitkan teori-teori yang dipelajari
semasa berada di Politeknik dengan cara kerja yang sebenar.

Ia juga dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi di samping menyemai semangat
kerja dengan produktif dan perhubungan yang baik sesama pekerja.

Tempoh Latihan Industri untuk sesi Disember 2019 bermula 19 Disember 2019 sehingga
24 Mac 2020 iaitu selama 4 bulan. Setiap pelajar akan ditempatkan di Jabatan Kerajaan
atau Firma swasta (syarikat/kilang) sebagaimana yang dipohon oleh pelajar itu sendiri.

Latihan Industri diwujudkan dengan tujuan untuk mendedahkan para pelajar Politeknik
tentang keadaan dan suasana alam pekerjaan sebenar. Para pelajar juga dapat menimba
pelbagai pengalaman tentang kerja-kerja yang dijalankan di dalam sesuatu Jabatan
kerajaan atau Firma swasta (syarikat/kilang) dan dapat mempelajari bagaimana sesuatu
organisasi itu menjalankan pengurusannya.

Semasa pelajar menjalankan Latihan Industri, pelajar perlu mencatatkan mengenai kerja-
kerja harian yang dilakukan di dalam buku laporan harian yang telah disediakan oleh
pihak Politeknik. Pelajar juga dikehendaki untuk menyiapkan serta menyerahkan
Laporan Akhir Latihan Industri.

1

1.1.3 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI
Objektif Latihan Industri ini ialah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar
tentang cabaran alam pekerjaan sebenar. Dengan pendedahan ini, para pelajar dapat
menyesuaikan diri dengan baik apabila mula memasuki alam pekerjaan kelak. Antaranya
adalah :-

 Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori yang dipelajari semasa di
Politeknik
Selain itu, Latihan Industri membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori yang
dipelajari semasa di Politeknik dengan tugas-tugas yang diberikan. Dari sini
segala ilmu yang telah dipelajari dapat diaplikasikan dan menambahkan
pengetahuan para pelajar tentang kegunaan ilmu tersebut. Apabila pelajar dapat
mengaitkan ilmu yang dimiliki dengan kehidupan sebenar, maka tugas pelajar
akan menjadi lebih efisien dan cemerlang.

 Dapat menanamkan semangat kerja berpasukan
Pelajar dapat menanamkan semangat kerja berpasukan, memelihara perhubungan
yang baik sesama pekerja di tempat latihan dan membina keyakinan diri pelajar
untuk berkomunikasi dengan pihak luar. Oleh yang demikian, para pelajar dapat
meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan olahan idea.

 Menanamkan sifat amanah dan bertanggungjawab
Pelajar dapat menanamkan sifat amanah dan bertanggungjawab dalam diri para
pelajar semasa menjalankan tugas yang diberikan. Dengan sifat ini, pelajar akan
menyiapkan tugasan dengan bersungguh-sungguh mengikut tempoh masa yang
ditetapkan. Sifat-sifat ini akan mendorong kepada kejayaan dalam melaksanakan
tugas yang diberi. Hal ini demikian kerana, segala tugas dilakukan dengan telus
maka hasilnya pasti tidak mengecewakan. Dengan kejayaan melaksanakan tugas

2

dengan baik, pelajar akan dapat memberi pandangan yang positif dari pihak
majikan kelak.

 Keberkesanan komunikasi
Komunikasi yang berkesan dapat dipupuk semasa menjalani latihan industri.
Komunikasi dua hala berlaku bukan sahaja antara pelajar dengan kerja malah
dari pelbagai pihak iaitu antara pelajar dengan majikan, pelanggan, pembekal
dan pihak lain. Pelajar perlu bersedi menghadapi pelbagai situasi dan
berkomunikasi dengan baik supaya maklumat yang tepat dapat disampaikan dan
diterima dengan jelas.

 Mengamalkan etika kerja yang baik
Setiap organisasi mempunyai etika dan peraturan. Pelajar harus melaksanakan
tugas yang diberi dengan sempuna dan mengikut masa yang telah ditetapkan
berdasarkan peraturan kerja yang telah ditetapkan. Pelajar mestilah bersedia
menerima arahan dari semasa ke semasa.

1.1.4 Ringkasan Objektif Latihan Industri :-

 Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar.
 Menanamkan semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang baik sesama

pekerja.
 Membolehkan pelajar melihat kaitan antara teori yang dipelajari dengan kerja-

kerja praktikal.
 Mengamalkan dan mematuhi peraturan-peraturan keselamatan semasa latihan

industri.
 Meningkatkan sikap jujur, amanah, berdedikasi dan bertanggungjawab terhadap

tugasan yang diterima.
 Membentuk dan mengukuhkan keyakinan diri dalam melaksanakan tugasan.

3

 Menimbulkan kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap bidang yang
dipilih.

 Dapat menilai kebolehan diri sendiri untuk persediaan menghadapi alam
pekerjaan selepas tamat pengajian.

1.2 OBJEKTIF LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

Laporan Latihan Industri ini adalah bertujuan untuk disemak dan dinilai oleh pensyarah
sebagai salah satu syarat untuk lulus. Ia juga bertujuan untuk memberi penerangan dan
penjelasan yang lebih terperinci tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang
tempoh Latihan Industri.

Dengan penyediaan laporan ini, pelajar akan mengkaji sejauh mana kemampuan diri
mereka dalam menjalankan tugas yang diberikan dengan sempurna sepanjang tempoh
latihan bagi menghasilkan laporan yang dapat memenuhi syarat-syarat yang telah
ditetapkan oleh Politeknik. Laporan ini juga menjadi bukti kejayaan pelajar menamatkan
Latihan Industri sama ada dengan baik atau sebaliknya. Ia juga bertujuan untuk
mendidik pelajar bagi menyediakan sebuah laporan formal yang dapat digunakan oleh
pelajar untuk masa akan datang sebagai panduan.

Laporan ini juga penting kepada pelajar-pelajar Diploma Kewangan dan Perbankkan
Islam kerana ia dapat memberi pendedahan serta pengalaman kepada pelajar terhadap
situasi pekerjaan yang dilakukan. Di dalam laporan ini, ada dicatatkan maklumat-
maklumat yang berkaitan dengan latar belakang organisasi, tugas-tugas harian yang
dilakukan secara ringkas dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan tugas
yang dijalankan. Bahagian lampiran pula berkaitan dengan dokumen-dokumen atau
surat-surat yang berkaitan dengan aktiviti jabatan. Laporan ini dapat menguji sejauh
mana kesungguhan seseorang pelajar untuk mengolah segala tugas dan aktiviti yang
dilakukan sepanjang tempoh Latihan Industri dijalankan.

4

Kesimpulannya, dengan adanya laporan ini, ia akan dapat digunakan sebagai bahan
rujukan dalam bidang yang berkaitan kelak. Laporan ini dapat dijadikan panduan untuk
membuat laporan formal apabila pelajar melangkah lebih jauh selepas tamatnya Latihan
Industri.

1.2.2 Ringkasan Laporan Akhir Latihan Industri:-

 Bukti bahawa pelajar telah menjalani latihan industri.
Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh pelajar direkodkan dalam jurnal. Dengan
terhasilnya laporan harian ini, pihak politeknik dapat membuat pengesahan tamat
tempoh pengajian pelajar yang terlibat.

 Merekodkan aktiviti-aktiviti sepanjang latihan.
Laporan akhir industri terutamanya buku jurnal perlu dilengkapkan oleh pelajar
dengan merekodkan semua aktiviti sepanjang menjalani tempoh latihan industri.
Para pensyarah juga dapat mengetahui tentang pengetahuan yang diperolehi
pelajar.

 Laporan yang berguna di masa hadapan.
Kebanyakan syarikat akan lebih memilih calon pekerja baru yang telah memiliki
pengalaman berkerja. Para pelajar bole menunjukkan laporan industri yang telah
disahkan oleh pihak organisasi dan pihak politeknik sebagai bukti mereka
mempunyai pengalaman bekerja walaupun dalam tempoh yang singkat

5

1.2.3 Ringkasan Kepentingan Latihan Industri adalah :
 Dapat melipat gandakan kemahiran yang sedia ada yang terdapat didalam diri
seseorang pelajar itu sendiri.
 Dapat mempelajari kemahiran dan ilmu yang baru dalam sesuatu bidang kerja
yang diceburi. Pengalaman dan pengetahuan tersebut sangat penting untuk
membolehkan seseorang pelajar menjalankan tugas mereka dalam bidang yang
akan diceburi kelak dengan baik.
 Segala penyelesaian masalah yang dipelajari sewaktu menjalani latihan industri
dapat menjadi suatu pengalaman untuk mematangkan diri sendiri dan membantu
pelajar menyelesaikan masalah yang akan mereka hadapi di alam pekerjaan.
 Dapat memberi kesedaran kepada pelajar bahawa situasi di alam pekerjaan
sebenarnya tidak semudah yang dipelajari dalam bentuk teori dan amali ketika
pembelajaran dalam bilik kuliah. Dari sudut lain pula, latihan industri ini penting
kerana ia memudahkan pelajar untuk memohon jawatan yang sesuai setelah
tamat pengajian kelak.

6

BAB 2 : LATAR BELAKANG PENGENALAN ORGANISASI
2.1 PENGENALAN

Alamat “Head Office” : Malayan Banking Berhad, Level 14 Menara
Maybank, 100 Jalan Tun Perak, 50050 Kuala
Lumpur Malaysia

Alamat Cawangan : No.416, 418, & 420, Jalan Sultan Abdul Samad,
Banting, 42700 Banting, Selangor

No. Phone (Office) : 03 - 3187 1326

Office Fax : 03 - 3187 1433

Customer Care Hotline : 1-300 88 6688 (Malaysia)

+603-7844 3696 (Overseas)

7

2.2 LATAR BELAKANG PENUBUHAN ORGANISASI

Malayan Banking Berhad atau lebih dikenali sebagai Maybank dan ditubuhkan pada
tahun 1960 oleh hartawan perniagaan Malaysia, Khoo Teck Puat dengan beberapa rakan
kongsi di Kuala Lumpur. Cawangan pertama Maybank terletak di Jalan Tun H. S. Lee.
Kuala Lumpur dan dikenali sebagai Malayan Banking Ltd.

Setelah bertahu-tahun dan dekad-dekad Maybank terus berkembang dengan lebih besar
dan hari ini merupakan syarikat terbesar oleh permodalan pasaran di Bursa Malaysia
(Bursa Malaysia). Ia menduduki tempat pertama di kalangan syarikat Malaysia
tersenarai dan antara 500 syarikat terkemuka di dunia terkemuka Forbes Global 2000 di
dunia.

Kumpulan Maybank menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan yang
komprehensif termasuk perbankan komersal, perbankan pelaburan, perbankan Islam,
perbankan antarabangsa, pajakan dan sewa beli, insurans, pemfaktoran, perkhidmatan
pemegang amanah, pengurusan aset, saham, modal teroka dan perbankkan internet.

Misi Maybank adalah untuk memanfaatkan perkhidmatan kewangan di seluruh Asia,
dengan memberikan akses kepada perkhidmatan kewangan kepada rakyat pada harga
yang adil dan sentiasa berada di tengah-tengah Maybank mempunyai rangkaian
antarabangsa lebih daripada 2,400 cawangan dan pejabat di 20 negara, yang
menggunakan 45,000 pekerja.

Maybank merupakan rangkaian bank dan kumpulan kewangan yang terbesar

di Malaysia, dengan operasi-operasi perbankan penting

di Singapura, Indonesia dan Filipina. Bank ini juga telah mempunyai kepentingan besar

dalam perbankan Islam melalui Maybank Islamic Bank dan insurans melalui anak

syarikatnya Etiqa. Maybank merupakan bank yang terbesar di Malaysia dengan

8

memiliki lebih daripada 374 cawangan tempatan dan 90 cawangan luar negara dan
pejabat. Maybank tersenarai dalam Bursa Saham Malaysia kedua terbesar, Bursa
Malaysia, dengan modal pasaran lebih RM30 bilion sebagai pada pertengahan April
2009.

2.2.1 Korporat

Maybank menawarkan perbankan pengguna, perniagaan dan perbankan korporat, serta
perkhidmatan perbankan swasta, menerusi satu rangkaian lebih daripada 374 pejabat
cawangan dan lebih daripada 2,700 mesin ATM di Malaysia. Syarikat itu beroperasi 22
buah cawangan seluruh Singapura menyediakan satu barisan lengkap perbankan dan
produk dan perkhidmatan kewangan. Maybank, menerusi Maybank Philippines
Incorporated, mempunyai 45 buah cawangan di Filipina dan juga mempunyai kehadiran
perbankan dalam kebanyakan pasaran Asia Tenggara yang lain, termasuk Brunei, Papua
New Guinea, Indonesia, Kemboja dan Vietnam. Bank ini juga mengendali cawangan
di New York, London, Hong Kong dan Bahrain.

Di samping rangkaian perbankan komersial, Maybank juga beroperasi sebilangan
operasi khusus di dalam insurans, perbankan pelaburan dan pengurusan aset serta sektor
kewangan. Anak-anak syarikat kumpulan ini termasuklah Etiqa Insurans & Takaful yang
menyediakan kedua-dua produk-produk berasaskan konvensional dan Syariah, dan
Maybank Investment Bank adalah bahagian pelaburan kumpulan berikutan daripada
pengambilalihan Mayban Discount dan Mayban Securities. Maybank adalah bank
Malaysia yang pertama diberi hak untuk menubuhkan pejabat cawangannya di China.

Maybank telah ditubuhkan oleh raja pedagang Malaysia Khoo Teck Puat, yang mati
pada tahun 2004. Kumpulan syarikat ini diketuai oleh presiden dan CEO Amirsham
Abdul Aziz dalam dua dekad sehingga Mac 2008 selepas beliau dilantik menjadi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri di dalam Unit Perancang Ekonomi, satu jawatan
yang dipegang sehingga April 2009. Dato' Sri Abdul Wahid Omar secara rasminya
dilantik menjadi Presiden & CEO Kumpulan Maybank pada Mei 2008.

9

Kumpulan perkhidmatan kewangan terbesar Malaysia, Maybank yang memiliki aset
bernilai AS$165 bilion, berjaya menduduki tempat ke-362 daripada 500 syarikat awam
terbesar dalam Senarai Tahunan Forbes Global 2000 untuk tahun 2016. Senarai itu turut
memaparkan kejayaan Maybank memperbaiki kedudukannya dengan melonjak 11
tempat berbanding kedudukan ke-371, pada tahun 2015. Malayan Banking juga
merupakan syarikat yang berdaftar di bawah Bursa Malaysia.

2.2.2 Struktur Pemilikan
Saham-saham Maybank kebanyakannya dipegang oleh pemegang-pemegang saham
berinstitusi yang mendominasi struktur pemilikan Maybank. Sehingga 30 Jun 1990,
11.20% daripada saham-saham Maybank dipegang oleh pemegang-pemegang saham
asing. Sehingga Mac 2010, 46.57% saham dipegang oleh Amanah Raya Trustees Berhad
(B/O: Skim Amanah Saham Bumiputera), Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja memegang 11.05% dan Permodalan Nasional Berhad memegang 5.47% saham
Maybank.

10

2.2.3 Lembaga Pengarah

 DATUK MOHAIYANI SHAMSUDIN
Non-Independent Non-Executive Director (Chairman)
Datuk Mohaiyani Shamsudin was appointed as a Non-Independent Non-
Executive Director and Chairman of Maybank on 1 April 2017. She was
previously an Independent Non-Executive Director of Maybank from August
2011 to March 2017.

 DATUK ABDUL FARID ALIAS
Non-Independent Executive Director (Group President & Chief Executive
Officer)
Datuk Abdul Farid Alias was appointed as the Group President and Chief
Executive Officer and Executive Director of Maybank on 2 August 2013. He also
serves as Chairman of the Group Executive Committee and a member of the
Credit Review Committee of the Board.

 DATUK R. KARUNAKARAN
Senior Independent Non-Executive Director
Datuk R. Karunakaran was appointed as an Independent Non-Executive
Director of Maybank on 16 July 2014. He also serves as Chairman of the
Nomination and Remuneration and Employees’ Share Grant Plan Committees of
the Board and a member of the Risk Management Committee of the Board

 CHENG KEE CHECK
Non-Independent Non-Executive Director
Cheng Kee Check was appointed as a Non-Independent Non-Executive Director
of Maybank on 19 November 2014. He also serves as a member of the
Nomination and Remuneration, Audit, Credit Review, Compliance, as well as
Employees’ Share Grant Plan Committees of the Board

11

 EDWIN GERUNGAN
Independent Non-Executive Director
Edwin Gerungan was appointed as a Non-Independent Non-Executive Director
of Maybank with effect from 24 August 2015 and was re-designated as an
Independent Non-Executive Director with effect from 27 February 2017. He also
serves as Chairman of the Risk Management Committee of the Board and a
member of the Nomination and Remuneration and Employees’ Share Grant Plan
Committees of the Board.

 DR. HASNITA DATO’ HASHIM
Independent Non-Executive Director
Dr. Hasnita Dato’ Hashim was appointed as an Independent Non-Executive
Director of Maybank on 1 July 2016. She also serves as a member of the Risk
Management, Compliance and Credit Review Committees of the Board.

 ANTHONY BRENT ELAM
Independent Non-Executive Director
Anthony Brent Elam was appointed as an Independent Non-Executive Director
of Maybank on 15 November 2016. He also serves as Chairman of Credit Review
Committee of the Board and a member of the Risk Management and Compliance
Committees of the Board.

 CHE ZAKIAH CHE DIN
Independent Non-Executive Director
Che Zakiah Che Din was appointed as an Independent Non- Executive Director
of Maybank on 1 March 2018. She also serves as Chairman of the Compliance
Committee of the Board and a member of the Audit and Credit Review
Committees of the Board.

12

 FAUZIAH HISHAM
Independent Non-Executive Director
Fauziah Hisham was appointed as an Independent Non-Executive Director of
Maybank on 15 May 2018. She also serves as a member of the Risk
Management, Nomination and Remuneration, Employees’ Share Grant Plan and
Credit Review Committees of the Board.

 SHARIFFUDDIN KHALID
Independent Non-Executive Director
Shariffuddin Khalid was appointed as an Independent Non-Executive Director of
Maybank on 14 June 2018. He also serves as Chairman of the Audit Committee
of the Board and a member of the Compliance as well as Credit Review
Committees of the Board.

 DATO’ IDRIS KECHOT
Independent Non-Executive Director
Dato’ Idris Kechot was appointed as an Independent Non-Executive Director of
Maybank on 15 May 2019.

 DATO’ ZULKIFLEE ABBAS ABDUL HAMID
Independent Non-Executive Director
Dato’ Zulkiflee Abbas Abdul Hamid was appointed as an Independent Non-
Executive Director of Maybank on 15 August 2019.

13

2.2.4 Carta Organisasi Syarikat Sale People

Branch Manager  Mr. Rakesh
En. Mohd Feno  Puan Hasima

Assistant Branch Manager Kerani
Mr. Ravi Kumar
 En. Efrizal
Officer  En. Masli
 Puan Suzina  En. Shahirul
 Puan rosnani  En. Azidin
 Madam Shamini  En. Ariffin
 Madam Ang  Puan Rahayu
 En Abu Zarim  Puan Shida
 Puan Norul
 Puan Rabitah
 Puan Seri Aizar
 Puan Haryati
 Miss Lei Chin

Jadual 2.2

14

2.2.5 Lokasi Maybank Tower and Maybank Banting
Maybank Tower Beralamat di Maybank Tower, Malayan Banking Berhad, Level 14
Menara Maybank, 100 Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur Malaysia. Rajah 1
menunjukkan map Maybank Tower dan rajah 2 menunjukkan lokasi didalam map
Maybank Banting

Rajah 2.2

Rajah 2.2
15

2.3 MISI DAN VISI SYARIKAT
2.3.1 VISI
Advancing Asia's Ambition with You.
2.3.2 MISI
We want to humanise financial services by

 Providing the people with convenient access to financing
 Having fair terms and pricing
 Advising customers based and on their needs
 Being at the heart of community

2.3.3 Core Values
Core values are the foundation that supports our aspirations. They are also behavioral
characteristics that form the basis on which we perform and conduct ourselves.
Maybank Group’s Core Values’ acronym is “T.I.G.E.R” which entails the following:

Teamwork - We work together as a team based on mutual respect and dignity.

Integrity - We are honest, professional and ethical in all our dealings.

Growth - We are passionate about constant improvement and innovation.

Excellence & Efficiency - We are committed to delivering outstanding performance and superior
service.

16

Relationship Building - We continuously build long-term and mutually beneficial partnerships

2.4 Jadual Waktu Kerja

Pekerja di dalam syarikat melakukan tugasan kerja pada masa yang ditentukan oleh
syarikat seperti :-

Hari Masa Masa
(Masuk) (Keluar)

Isnin hingga Khamis 8:45 5:45

Jumaat 8:45 4:45

Jadual 2.4
2.5 Jenis aktiviti dan operasi:-
Maybank adalah dalam industri perkhidmatan kewangan dan ia adalah sebuah bank
universal Malaysia, dengan operasi utama "pasaran rumah" Malaysia, Singapura,
Filipina dan Indonesia. Menurut laporan Jenama Kewangan, Maybank adalah bank
Malaysia yang paling bernilai, kelima di Asean dan menduduki tempat ke-83 dalam
bank paling bernilai di dunia.

17

Analisis SWOT
Analisis SWOT Maybank menganalisis syarikat dengan kekuatan, kelemahan, peluang
dan ancamannya. Dalam Analisis SWOT Maybank, kekuatan dan kelemahan adalah
faktor dalaman manakala peluang dan ancaman adalah faktor luaran. Jadual di bawah
menyenaraikan analisis SWOT Maybank.

Strengths The SWOT Analysis of Maybank
1. Largest bank in Malaysia in terms of number of branches.
Weaknesses 2. Has a customer base of more than 21 million.
Opportunities 3. Has presence in 17 countries across the globe.
Threats 4. Dividend yield is high when compared to industry and sector

averages.
5. Return on Assets (ROA) and Return of Equity (ROE) are

substantially higher than the industry and sector averages.
1. Much of the banking operations are focused in and around

Malaysia and Singapore hence limited global penetration.
2. Much of the revenue comes from retail banking and Islamic

banking, less revenue comes from other offerrings.
1. High opportunity to expand into countries like Laos, once the

bank gets the license to operate.
2. High opportunity to grow in investment banking in Hong Kong.
3. Growth in internet banking will increase the customer base.
1. Changes in economic policies in South East Asian countries will

affect the bank significantly.
2. Current macroeconomic scenario across the globe affecting the

bank.

Jadual 2.5

18

BAB 3 : LAPORAN MINGGUAN
3.1 Ringkasan mingguan

3.1.1 Pengenalan
Semasa latihan industri, pelajar terdedah kepada banyak perkara baru. Sebagai tambahan
untuk menerapkan apa yang mereka pelajari dalam Politeknik, pelajar juga berpeluang
untuk mengalaminya sendiri dengan melakukan tugasan yang diberikan kepada mereka
dalam kursus masing-masing.

Dengan itu, pelajar dapat meningkatkan keyakinan mereka ketika memasuki dunia
kerja. Di samping itu, pelajar mesti mengikuti peraturan firma dan mematuhi semua
SOP firma. Ini dapat mengajar pelajar lebih berdisiplin dan dapat digunakan untuk masa
akan dating. Dengan ini, pelajar akan lebih yakin dan bersemangat untuk melakukan
tugas yang diberikan.

19

Oleh itu, pelajar dikehendaki menulis setiap kerja yang dilakukan selama 20 minggu
Latihan Industri yang bermula dari Disember 2019 hingga 31 Mac 2020 dalam buku
"Journal of Reflection Training Industry" yang disediakan oleh Politeknik.
Ringkasan Buku Mingguan :-

Minggu Pertama (9 Disember 2019 – 13 Disember 2019)
 Belajar tentang produk ASB
 Belajar tentang Card Credit dan Bancaassurance
 Belajar tentang Human Resources dan CE Competency Training
 Belajar tentang ASB smart selling skill (soft skill)
 Belajar tentang AMLA dan MIB

Minggu Kedua ( 16 Disember 2019 – 20 Disember 2019)
 Sale Manager memperkenalkan kepada Branch team members
 Belajar tentang bahagian greeter
 Belajar cara untuk mengaktifkan online banking

Minggu Ketiga ( 23 Disember 2019 – 27 Disember 2019)
 Membantu dibahagian greeter
 Membantu pelanggan untuk mendaftar Maybank2u
 Membantu pelanggan untuk mengisi boring buka akaun

20

Minggu Keempat ( 30 Disember 2019 – 3 Januari 2020 )
 Mempelajari tentang ASB Loan
 Mengetahui syarat-syarat untuk mendaftar ASB Loan
 Membantu pelanggan untuk mendaftar Maybank2u

Minggu Kelima ( 6 Januari 2020 – 10 Januari 2020 )
 Mempelajari tentang ATM dan CDM
 Mempelajari fungsi yang ada di ATM dan CDM
 Mempromosikan ASB kepada pelanggan
 Membantu pelanggan mendaftar Maybank2u

Minggu Keenam ( 13 Januari 2020 – 17 Januari 2020 )
 Mempelajari tentang takaful (Personal Accident)
 Membantu pelanggan mendaftar Maybank2u
 Memperkenalkan ASB Loan kepada pelanggan
 Membantu pelanggan menggunakan mesin ATM

Minggu Ketujuh ( 20 Januari 2020 – 25 Januari 2020 )
 Membantu dibahagian greeter
 Mempromosikan produk takaful (Personal Accident) kepada pelanggan
 Memberitahu kebaikan ASB Loan kepada pelanggan

21

Minggu Kelapan ( 27 Januari 2020 – 31 Januari 2020 )
 Membantu pelanggan tentang online banking
 Memperkenalkan tentang ASB Loan kepada pelanggan
 Meeting syarikat

Minggu Kesembilan ( 3 Februari 2020 – 7 Februari 2020 )
 Mempromosikan takaful (Personal Accident) kepada pelanggan
 Membantu pelanggan mendaftar Maybank2u
 Memperkenalkan ASB Loan kepada pelanggan
 Membantu pelanggan menggunakan mesin ATM

Minggu Kesepuluh ( 10 Februari 2020 – 14 Februari 2020 )
 Melakukan kerja dibahagian greeter
 Memperkenalkan ASb Loan kepada pelanggan
 Membantu pelanggan tentang online banking

Minggu Kesebelas ( 17 Februari 2020 – 21 Februari 2020 )
 Membantu pelanggan menggunakan mesin ATM
 Membantu pelanggan untuk mengaktifkan Mayban2u

22

Minggu Keduabelas ( 24 Februari 2020 – 28 Februari 2020 )
 Membantu pelanggan untuk mengisi borang
 Mempromosikan ASB Loan kepada pelanggan
 Membantu pelanggan untuk Mengatifkan Maybank2u

Minggu Ketigabelas ( 2 Mac 2020 – 6 Mac 2020 )
 Mempelajari tentang bahagian akuan semasa
 Membantu pelanggan untuk mengaktifkan Maybank2u

Minggu Keempatbelas ( 2 Mac 2020 – 6 Mac 2020 )
 Berjumpa dengan pelanggan diluar
 Membantu dibahagian greeter

Minggu KelimaBelas – Minggu Keduapuluh ( 16 Mac 2020 – 24 April 2020 )
 Work from home (WFH)

23

BAB 4
LAPORAN TEKNIKAL
4,1 PENGENALAN
Laporan teknikal merangkumi pelaporan tugas yang diberikan atau dilaksanakan semasa
latihan. Bab ini membincangkan mengenai Kewangan dan Perbankan Islam, penggunaan
mesin, jenis pembayaran, produk dan prosedur menggunakan alatan di Bank.

Di samping itu, laporan teknikal adalah untuk mengetahui sejauh mana pelajar terdedah
kepada organisasi sambil memberi gambaran yang jelas kepada pelajar.

4.2 Contoh Mesin di Bank
4.2.1 The Use of ‘Queue Management System’ (QMS) machine.

Tujuan utama mesin QMS ini adalah untuk kemudahan pelanggan di mana sistem ini
memberi pelanggan nombor giliran. Dengan cara ini pegawai dapat menolong klien
dengan susun atur yang betul untuk menangani giliran mereka.

24

Mesin ini perlu dijaga agar pelanggan tidak mendapat nombor giliran yang salah.
Contohnya, pelanggan diberi giliran yang tidak sesuai dengan perniagaan yang mereka
mahukan. Mesin QMS ini juga mengatur pelanggan berdasarkan perniagaan mereka.

Rajah 4.2
Cara untuk menggunakan QMS ini :-

 Tekan di skrin mesin tersebut
 Tekan B untuk urusan ASB, C untuk urusan dikaunter seperti pengeluran dan

masukkan duit, D untuk 'bank draft' dan F untuk memasukkan duit yang nilainya
lebih dari 5 ribu
 Tekan E untuk pelanggan buka akuan, tukar kad dan sebagainya

Rajah 4.2
25

4.2.2 Cash Deposit Machine (CDM).
CDM pula adalah mesin untuk pelanggan untuk memasukkan duit ke akuan sendiri
atupun pihak ketiga. Bukan itu sahaja, pelanggan juga bole menggunakan CDM untuk
membayar bil dan membayaran pinjaman.

Rajah 4.2
4.2.3 Automatic Teller Machine (ATM)
Mesin ATM menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pelanggan seperti,
pemindahan duit, urusan Tabung Haji, ASNB dan banyak lagi.

Rajah 4.2

26

Cara untuk menggunakannya:-
 Jika ingin membuat pengeluaran pelanggan perlu tekan pengeluaran tunai dan
memasukkan jumlah yang ingin dikeluarkan
 Jika ingin membuat urusan Tabung Haji, pelanggan perlu mendaftarkan akuan
Tabung Haji ke ATM kad dahulu.
 Jika pelanggan hendak membuat urusan ASNB, sama juga perlu daftarkan akuan
ASB ke kad ATM.

Rajah 4.2
 Pelanggan juga boleh menaikkan had pengeluaran, had pindahan di mesin ATM

sahaja.
 Selain itu pelanggan juga boleh buat pindahan wang ke bank lain.

Rajah 4.2
27

4.2.4 ‘Cheque Deposit Machine’ (CQM)
Dengan menggunakan mesi CQM ini lebih memudahkan kepada pelanggan. Pelanggan
Cuma perlu memasukkan cek dan akan mendapat slip salinan cek.

Rajah 4.2

28

4.3 Contoh-contoh borang
 Borang pelaburan dan jualan balik ASNB

Rajah 4.3
 Borang Masukkan duit

Rajah 4.3

29

 Borang pengeluaran

Rajah 4.3
 Borang aduan maybank kad (Credit Card sahaja)

Rajah 4.3
30

 Service request form

Rajah 4.3

4.4 Maybank2u
Sebagai pelajar latihan industri Maybank, pelajar juga harus mengetahui perbankan
digital yang disediakan oleh Maybank. Pelajar perlu belajar mengenai internet banking
dan membantu pelanggan untuk menggunakan Maybank2 dan juga perlu membantu
pelanggan untuk mendaftar di Maybank2u.
Antara contoh yang boleh digunakan di Maybank2u:-

• Periksa baki
• Pemindahan, pemindahan segera / pemindahan Giro antara bank /

pemindahan TT
• Dapatkan penyata simpanan, semasa dan juga kad kredit
• Boleh periksa baki kad kredit

31

Rajah 4.3
32

BAB 5 : KESIMPULAN

5.1 Kesimpulan

Setelah empat bulan menjalani latihan industri di Malayan Banking Berhad. Pelbagai
pengetahuan berguna yang diperolehi dan mendapat kelebihan dan kesan positif untuk
akan datang. Pengalaman dalam latihan industri di firma ini mengajar cara untuk
menimba ilmu pengetahuan yang dipelajari di politeknik untuk pekerjaan yang mereka
lakukan. Secara keseluruhan, Maybank adalah firma untuk pelajar memperoleh
pengetahuan sebanyak mungkin dalam bidang perakaunan, pengauditan, pemasaran dan
kewangan.

Di samping itu, beberapa pendedahan telah diberikan semasa latihan industri. Sebagai
contoh, cara berinteraksi dengan pelanggan dan cara untuk menarik pelanggan. Di
samping itu, pelajar praktikal telah dilatih untuk mempromosikan kepada pelanggan
mengenai produk Maybank. Ini telah membantu pelajar meningkatkan keyakin ketika
menghadapi masalah secara tiba-tiba. Harus diingat bahawa latihan industri adalah
insentif bagi pelajar untuk memperoleh pengetahuan sebanyak mungkin di luar kelas.

33

Sebenarnya, kerjaya masa depan dapat dimanfaatkan dan dipraktikkan setelah tamat
Latihan Industri selama empat bulan. Oleh itu, pelajar dapat membina keyakinan yang
lebih tinggi dalam menghadapi persekitaran yang tertekan yang akan dihadapi oleh
setiap pelajar. Dengan pengalaman ini, kami harap dapat membantu anda di masa
hadapan.
Di samping itu, pemilihan tempat untuk latihan industri juga harus relevan dengan
kursus yang diambil supaya pelajar dapat menggunakan pengetahuan semasa semasa
bekerja. Dengan adanya latihan industri ini, pelajar dapat mendedahkan diri mereka pada
masa depan persekitaran kerja mereka dan juga memudahkan mereka untuk
menyesuaikan diri dengan pekerjaan yang mereka pilih pada masa akan datang. Ini
kerana suasana di tempat kerja sangat berbeza dengan suasana di politeknik atau
universiti.
Pelajar perlu berfikir positif dan berusaha sedaya upaya untuk menimba ilmu. Akhir
sekali, latihan industri adalah tempat di mana pelajar mempamerkan kemahiran mereka
semasa bekerja dan juga merupakan tempat untuk pelajar memperoleh pengalaman dan
pengetahuan yang berharga sebelum memperoleh pengiktirafan diploma dalam bidang
atau kursus pilihan mereka.

34

BAB 6 : CADANGAN

6.1 Pendapat
Semasa Latihan Industri, Pelajar didedahkan dengan persekitaran profesional dalam
mengenal pasti tugas seorang pekerja. Ini adalah:

 Hubungan baik antara pelajar, kakitangan dan pelanggan mewujudkan
suasana yang menyeronokkan dan menyenangkan antara kita semua dan
secara tidak langsung sdapat mengeratkan ilaturahim dan membina
persahabatan.

 Latihan Industri sememangnya melatih kita dalam menggabungkan
pengetahuan dan teori yang telah kita pelajari sebelumnya dan
menerapkannya dalam amalan harian kita untuk meningkatkan pengetahuan
kita.

6.2 Cadangan Pelajar
Pelajar juga ingin memberikan beberapa cadangan dan berharap agar cadangan ini dapat
dipertimbangkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Ini adalah:

35

6.2.1 Politeknik
Politeknik harus sentiasa berhubung dengan organisasi atau firma untuk mengikuti
perkembangan pelajar semasa menjalani latihan industri. Ini akan memungkinkan
hubungan yang lebih erat antara Politeknik dan Pertubuhan. Organisasi memudahkan
pelajar dari Politeknik menjalani Latihan Industri di tempat mereka. Ini mengelakkan
salah faham antara organisasi dan politeknik.

6.2.2 Organisasi
Syarikat atau organisasi perlu mengambil berat tentang kebimbangan pelajar semasa sesi
Latihan Industri (LI). Oleh kerana pelajar masih baru dalam dunia pra-pekerjaan,
bimbingan dan pemerhatian dari organisasi sangat penting. Sekiranya ini tidak dapat
dilakukan, para pelajar akan menganggap bahawa pengurusan organisasi tidak
mengambil berat tentang pekerjaan yang mereka lakukan. Setiap pelajar harus diawasi
oleh penyelia. Penyelia bertanggungjawab untuk membantu pelajar menjalankan latihan
industri dengan bimbingan sebagai panduan bagi pelajar yang menjalankan latihan
industri selama empat bulan. Di samping itu, organisasi mesti menyediakan tempat yang
sesuai dan selesa untuk pelajar menjalankan tugas mereka.

6.2.3 Pelajar
Pelajar perlu lebih cekap dan tepat pada waktunya dalam tugas yang diberikan agar
organisasi mempunyai keyakinan untuk melakukan kerja. Di samping itu, pelajar juga
perlu bersedia untuk persekitaran kerja dan menjadikan latihan industri sebagai
persekitaran kerja yang sebenar. Pelajar juga perlu mengambil sebanyak mungkin
pengetahuan.

Secara keseluruhan, komen dan cadangan yang diberikan oleh pelajar yang menjalani
latihan industri harus diambil kira dan harus dilayan dengan berhati-hati sambil tidak
bertentangan. Komen dan cadangan pelajar ini akan membantu para pelajar
memperhalusi program ini.

36

6.3 Rujukan
Maybank BOD - https://www.maybank.com/en/about-
us/leadership/directors.page?
Maybank history - https://en.wikipedia.org/wiki/Maybank
SWOT Analysis - https://www.mbaskool.com/brandguide/banking-and-financial-
services/3138-maybank.html

37

6.4 Lampiran
Rajah 6.4
38

Rajah 6.4

39


Click to View FlipBook Version