INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN EDUP3143 SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN Nama : SITI NUR ALIAH SYAFIAH BINTI SUHHAIMI No. K/P : 040905070238 Angka Giliran : 2024202440154 Program : PISMP Ambilan : JUN 2022 Unit : 1.02 Nama Pensyarah : DR RUBAAIAH BINTI SIDEK Tarikh Hantar : 14 MAC 2025 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: ALIAH Tarikh : 14 MAC 2025 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar: ALIAH Tarikh : 14 MAC 2025
Imp a k S t r a tifi k a si S o si a l Te r h a d a p B u d aya S e k o l a h Imp a k S t r a tifi k a si S o si a l Te r h a d a p B u d aya S e k o l a h
P e n g h a r g a a n Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat yang diberikan kepada saya, saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus bagi kod EDUP3143 tentang Impak Stratifikasi Sosial Terhadap Budaya Sekolah. Pertama, saya mendedikasikan ucapan ini kepada pensyarah subjek saya Dr, Rubaiaah binti Sidek kerana dengan tunjuk ajar daripada Dr , saya dapat menyiapkan tugasan . Saya juga ingin mengucapakn terima kasih kepada ibu bapa saya yang memberi semangat kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga khas untuk rakan -rakan saya yang telah memberikan nasihat dan peringatan kepada saya.Tanpa mereka yang selalu membantu saya,saya tidak dapat siapkan tugasan saya . Akhir kata, saya juga ingin berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Sekian, terima kasih.
Pengenalan Impak Stratifikasi Sosial Terhadap Budaya Sekolah Cadangan untuk Membentuk Budaya Positif di Sekolah Penutup Rujukan I si K a n d u n g a n
P e n g e n a l a n Menurut pandangan Idrul et al. (2024), stratifikasi berasal daripada perkataan “strata” yang bermaksud tingkatan atau perbezaan kelas dalam kalangan masyarakat berdasarkan tahap sosialnya.Terdapat juga pandangan daripada Ariq et al. (2023),di mana stratifikasi sosial merupakan pembezaan seseorang dan kelompok masyarakat yang memiliki kelas-kelas sosial yang berbeza secara tersusun serta adanya hak dan kewajiban tersendiri.Bagi mendapat gambaran lain untuk tingkat golongan ini, di dalam ilmu sosiologi sendiri telah membahawaska mengenai lapisan masyarakat ini dengan erti kata stratifikasi sosial. Stratifikasi sosial mengikut pandangan Rohana (2010),ialah sesuatu yang diterima oleh masyarakat untuk menentukan kedudukan dalam struktur ataupun organisasi soisal. Status pula dilihat dari latar belakang seseorang sama ada pendidikan,gaya hidup mahupun hak istimewa. Menurut Karl Max (1969), melalui stratifikasi sosial ini, kita boleh membentuk dua jenis golongan masyarakat iaiatu, golongan berkuasa dan golongan pekerja.Tetapi bukan dari sudut pandang kekayaan dan kekuasaan sahaja yang kita mahu lihat.
Terdapat 3 kriteria yang menjadi asbab berlakunya stratifikasi ini iaitu kekayaan,kekuasaan dan kehormatan. Jika kita melihat pandangan Eny Suhaeni (2016), seseorang atau kelompok yang memiliki darjat pendidikan yang tinggi biasanya menduduki posisi tertinggi dalam masyarakat yang menunjukkan pendidikan merupakan punca kuasa utama untuk memperoleh ketiga tiga kriteria tersebut tanpa kita sedar kita sendiri yang menimbulkan perbezaan dalam dunia pendidikan dan telah mewujudkan pengasingan dan peluang pendidikan untuk golongan bawah ( Abdullah Chozin, dan Taufan Adi Prasetyo,2021).
Kebiasaannya di sekolah rendah terdapat kaum Melayu, Cina dan India dan ada juga di beberapa sekolah yang mempunya kaum Kadazan dan banyak lagi etnik lain.Melalui implikasi ini murid dapat belajar untuk memupuk perpaduan dan menerima kepelbagaian budaya yang terdapat dalam sekolah. Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan ataupun singkatannya RIMUP merupakan salah satu program khas yang berjaya dilaksanakan di sekolah untuk memupuk sikap perpaduan dalam kalangan murid. Menurut pandangan Hasnul dan Mohd Syariefudin (2018), terdapat tiga komponen yang diterima baik oleh murid pelbagai kaum iaitu sukan permainan,aktiviti perayaan dan perhimpunan serta lawatan dan perkhemahan. Menurut Suraya et al. (2019), murid akan dapat melihat perbezaan yang wujud dan menerimanya secara terbuka dan positif dan berupaya untuk meraikan perbezaan tersebut sekiranya kepelbagaian sosiobudaya di sekolah diterapkan dalam diri pelajar. Imp l i k a si S t r a tifi k a si S o si a l Te r h a d a p B u d aya S e k o l a h Imp l i k a si S t r a tifi k a si S o si a l Te r h a d a p B u d aya S e k o l a h Murid dapat membiasakan diri dengan persekitaran sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.
Imp l i k a si S t r a tifi k a si S o si a l Te r h a d a p B u d aya S e k o l a h Imp l i k a si S t r a tifi k a si S o si a l Te r h a d a p B u d aya S e k o l a h Jika kita dapat perhatikan perbezaan murid di sekolah , kita dapat lihat bahawa perbezaan tersebut sebenarnya mempunyai potensi yang agak tinggi untuk membentuk jurang antara etnik dalam kalangan murid sekiranya perkara tersebut tidak diberikan perhatian oleh guru di sekolah terutamanya (Suresh,2017). Kata Suresh lagi,hal ini juga dapat membimbangkan kita kerana akan wujud stereotaip dalam kalangan mereka yang akan memberi kesan kepada murid dan menggugat keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap etnik etnik lain serta usaha untuk memperkasakan hubungan baik antara murid yang berlainan etnik
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, motivasi ialah keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuautu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan dan merupakan faktor penting kejayaan seseorang.Mengikut kepada pandangan Britannica Academic Encyclopaedia (2017), motivasi belajar pula bola ditakrifkan sebagai daya motivasi, rangsangan atau pengaruh diri sendiri unutk belajar. Jadi, kita boleh tafsirkan di sini bahawa motivasi belajar memberi kecenderungan untuk seseorang bersemangat yang mendorong untuk berusaha mencapai kejayaan akademik. Jika kita lihat sendiri di negara Malaysia ini, anak-anak golongan bawah seperti petani, nelayan dan penoreh getah mempunyai semangat yang jitu untuk belajar kerana bagi mereka jika mereka belajar bersungguh-sungguh dan mendapat pekerjaan yang bagus mereka dapat mengubah nasib keluarga mereka jadi bagi mereka semangat mereka itu sangat penting untuk meyakinkan mereka yang mereka boleh berjaya walaupun bukan datang dari golongan orang yang berada. Imp l i k a si S t r a tifi k a si S o si a l Te r h a d a p B u d aya S e k o l a h Imp l i k a si S t r a tifi k a si S o si a l Te r h a d a p B u d aya S e k o l a h Murid lebih termotivasi untuk belajar
Sudah jelas terbukti , kita boleh merenung sendiri kisah Nik Nur Madiha yang telah memperoleh 20 A dalam Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2008. Beliau merupakan anak kepada seorang nelayan yang telah berjaya membuktikan bahawa kemiskinan bukanlah penghalang untuk beliau terus bersemangat untuk belajar dan meneruskan semangat beliau untuk belajar seperti rakan-rakan yang lain.Bahkan kita juga boleh melihat kepada situasi kita sendiri semasa pandemik Covid-19 dahulu. Bagaimana semangatnya kita semua belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan yang baik walaupun dihalang oleh pandemik yang membuatkan kita terpaksa untuk berkongsi telefon untuk belajar di rumah, tidak berjumpa dengan guru dan rakan dalam tempoh yang lama. Tetapi itu semua bukan penghalang kepada kejayaan kita, semangat dan motivasi yang ada dalam diri kita itu merupakan kunci kejayaan yang sebenar. Imp l i k a si S t r a tifi k a si S o si a l Te r h a d a p B u d aya S e k o l a h Imp l i k a si S t r a tifi k a si S o si a l Te r h a d a p B u d aya S e k o l a h Rajah menunjukkan gambar Nik Nur Madihah bersama ibu bapanya
Sikap perkauman merupakan satu cabaran besar untuk membentuk hubungan yang harmoni. Menurut Najeemah (2016),sikap sebegini juga wujud dalam bidang pendidikan terutamanya dalam kalangan guru kerana ada sesetengah guru yang menunjukkan sifat perkauman dengan pelajar yang berbeza etniknya. Antara sikap guru yang biasa dilihat di sekolah ialah sikap berat sebelah iaitu guru memberikan layanan istimewa kepada pelajar daripada kaum tertentu. Kebiasaannya mereka menunjukkann kecondongan dalam pemarkahan atau pemilihan pelajar untuk aktiviti tertentu. Sikap ini bukan sahaja merosakkan hubungan antara kaum tetapi juga boleh menimbulkan ketidakharmonian dalam sistem pendidikan kerana guru sebenarnya perlu bertindak sebagai ejen perpaduan dan bukan menjadi penyumbang kepada perpecahan.Sebagai contoh, pada tahun 2013 di Gelang Patah,Johor, seorang guru perempuan Cina mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kaum tertentu (Utusan Online,2013 dalam Yong et al., 2018). Menurut pandangan Paluck dan Green (2009), setiap tingkah laku guru harus memainkan peranan utama dalam menyebarkan sikap perpaduan yang tidak boleh diabaikan. Imp l i k a si S t r a tifi k a si S o si a l Te r h a d a p B u d aya S e k o l a h Imp l i k a si S t r a tifi k a si S o si a l Te r h a d a p B u d aya S e k o l a h Sikap Guru Terhadap Perbezaan Perkauman
Imp l i k a si S t r a tifi k a si S o si a l Te r h a d a p B u d aya S e k o l a h Imp l i k a si S t r a tifi k a si S o si a l Te r h a d a p B u d aya S e k o l a h Oleh itu, sikap negatif guru terhadap perbezaan perkauman memberi kesan buruk kepada pelajar dan persekitaran sekolah. Ketidakadilan dalam layanan boleh menyebabkan pelajar berasa terpinggir dan rendah diri, seterusnya menjejaskan motivasi mereka untuk belajar. Diskriminasi dan stereotaip perkauman juga boleh menanamkan sikap prejudis dalam kalangan pelajar, menghalang perpaduan serta mewujudkan jurang sosial. Selain itu, kegagalan guru dalam mempromosikan keharmonian akan memburukkan hubungan antara kaum dan mewujudkan konflik.Kesan jangka panjang, generasi muda mungkin membesar dengan pemikiran rasis, menjejaskan kestabilan masyarakat. Oleh hal yang demikian,guru harus mengamalkan sikap adil dan menghormati kepelbagaian untuk melahirkan masyarakat yang harmoni dan bersatu.
Pada zaman ini , buli semakin menjadi buah mulut dan sering diperkatakan dalam masyarakat. Buli merupakan satu perbuatan negatif yang berniat menunjukkan kekuatan, menggertak atau mencederakan orang tertentu yang dilihat berkeadaan lemah berbanding si pelaku dengan mengasari atau mendera mangsanya. Menurut Majlis Keselamatan Negara (2024),senario buli yang semakin ganas dan tidak terkawal semakin merunsingkan ibu bapa dan masyarakat di Malaysia. Isu buli melibatkan murid ini boleh diibaratkan sebagai barah yang semakin menjejaskan perkembangan pendidikan anak-anak dan kesihatan mental anak-anak. Jika dahulu buli cenderung kepada buli fizikal tetapi pada masa kini buli cenderung kepada perbuatan menghina dan mengejek yang sangat memberi kesan negatif kepada kesihatan mental individu tersebut. Tular kisah buli di UPNM pada tahun 2017, ramai yang tersentuh hati mendengar kisah kematian sadis Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman yang ditekap dengan seterika kerana dituduh mencuri laptop. Imp l i k a si S t r a tifi k a si S o si a l Te r h a d a p B u d aya S e k o l a h Imp l i k a si S t r a tifi k a si S o si a l Te r h a d a p B u d aya S e k o l a h Isu buli dalam kalangan pelajar meningkat
Imp l i k a si S t r a tifi k a si S o si a l Te r h a d a p B u d aya S e k o l a h Imp l i k a si S t r a tifi k a si S o si a l Te r h a d a p B u d aya S e k o l a h Umum mengetahui bahawa tingkah laku buli boleh memberi kesan sepanjang hayat mangsa. Menurut Schneider,Smmith dan O’Donnell (2013),mangsa buli akan mengalami tekanan,kebimbangan,rendah diri, bersifat agresif serta mengasingkan diri dari masyarakat dan lebih bahaya lagi mangsa ingin membunuh diri. Pendapat mereka disokong rapat oleh pendapat Azlina (2010), di mana beliau menyatakan bahawa mangsa buli boleh mendorong untuk melakukan perkara yang tidak diingini seperti aktiviti kurang sihat . Gambar menunjukkan gambar Allahyarham Zulfarhan bersama ibu bapanya
C a d a n g a n u n t u k memb e n t u k b u d aya p o sitif d i s e k o l a h C a d a n g a n u n t u k memb e n t u k b u d aya p o sitif d i s e k o l a h Peranan guru sebagai Agen Sosiolisasi Guru memainkan peranan penting sebagai agen sosialisasi dalam membentuk keperibadian, nilai, dan tingkah laku pelajar. Sosialisasi merujuk kepada proses di mana individu mempelajari dan mengamalkan norma serta nilai yang diterima oleh masyarakat. Dalam konteks pendidikan, guru bukan sahaja bertanggungjawab menyampaikan ilmu tetapi juga membimbing pelajar untuk menjadi insan yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Menurut Suresh (2017), guru berperanan untuk memberi kesedaran melalui penerapan seperti menghargai identiti setiap kaum, menghormati perbezaan dan keunikan budaya lain serta perlu mempunyai kemahuan untuk berkongsi persamaan dan sedia bekerjasama untuk memajukan bangsa.Guru juga boleh menggunakn medium pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas untuk menyampaikan ilmu perpaduan supaya suasana pembelajaran menjadi lebih interaktif.Misalnya, guru boleh mengadakan aktiviti secara berkumpulan di mana kumpulan yang dibentuk itu mestilah bercampur dengan pelbagai kaum.Ini sebenarnya merupakan satu peluang kepada murid untuk bergaula tanpa sekatan budaya.Menurut Najeemah (2011), guru perlu menyediakan bahan dan bahan bantu mengajar berbentuk visual yang bersesuaian untuk guru mendedahkan ilmu tentang kepelbagaian masyarakat.Hal ini kerana murid perlu didedahkan dan diajar untuk mereka lebih peka kepada kepelbagaian. Kesannya, murid akan belajar beradaptasi untuk hidup bersatu padu.
Menurut bekas Timbalan Menteri Pendidik an, Lim Hui Ying,ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Balik Pulau di Dewan Rakyat, antara usaha untuk mengatasi masalah buli ialah Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan tujuh teras Nadi Keunggulan KPM yang memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab,akhlak dan integriti bagi melahirkan anak bijak lagi cerdik yang seterusnya dapat menghindari gejala negatif seperti gangguan seksual , buli, ekstremisme, gengsterisme dan vandalisme.Kedua, KPM mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4 Tahun 2002 iaitu Program Sekolah Selamat.Program ini dilaksanakan dengan tujuan untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat untuk menjalankan aktiviti tanpa gangguan mana-mana pihak termasuk perbuatan buli dalam kalangan murid.Akhir sekali, melaksanakan program Amalan Guru Penyayang untuk mengeratkan hubungan antara guru dan murid yang seterusnya dapat mengurangkan masalah gejala sosial.Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah sambutan Hari Raya Aidilfitri di sekolah untuk memupuk jalinan kemesraan dengan komuniti setempat demi sekolah sejahtera. Jelas bahawa pelbagai inisiatif telah dilakukan untuk memastikan murid menjalani aktiviti di sekolah dengan gembira dan ceria dan dapat mengatasi masalah sosial yang serius. C a d a n g a n u n t u k memb e n t u k b u d aya p o sitif d i s e k o l a h C a d a n g a n u n t u k memb e n t u k b u d aya p o sitif d i s e k o l a h Kualiti Dasar Pendidikan Negara
P e n u t u p Kesimpulannya, kepelbagaian antara budaya dapat mewujudkan warnawani dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia. Namun jika kita meregangkan dan wujudkan jurang ketawa akibat perbezaan yang kita ada , kita akan wujudkan kontroversi dan konflik sosial. Kita dapat fahami stratifikasi sosial memberi kesan baik dan tidak baik kepada kita.Jadi,semua pihak yang terlibat dalam institusi sosial seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah,guru, komuniti dan ibu bapa perlu memainkan peranan untuk menjaga kesejahteraan semua pihak supaya tidak menimbulkan isu-isu stratifikasi sosial yang negatif.
R u j u k a n Abdullah Chozin & Taufan Adi Prasetyo. (2021). Pendidikan Masyarakat Dan Stratifikasi Soial Dalam Perspektif Islam. [ Onlilne], [Diakses pada 15 Mac 2025]. Boleh didapati : https://jurnal.iimsurakarta.ac.id/index.php/mu/article/view/42/43 1. 2.Carian umum. (n.d.). https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=motivasi Eny Suhaeni. (2023).Pendidikan Dan Pelapisan Sosial ( Social Stratification). e-Journals Directory Universitas Islam Syekh-Yusuf. 3. Hasnul Husna Hussien, Mohd Syariefudin Abdullah. (2018). Keberkesanan Rancangan Integerasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) dalam Memupuk Kesepaduan sosial: The Effectiveness of the Pupils Integeration for Unity Programme (RIMUP) In Nurturing Social Cohesion Among Students. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB),33-50. 4. 5.Karl Max.(1969).Colonialism and Modernizatio.Doubleday & Co., Inc. Kosmo.(2021) Kisah Kejayaan Anak Orang Susah.Kosmo Digital. Diakses daripada pautan: https://www.kosmo.com.my/2021/06/11/kisah-kejayaan-anak-orang-susah/ 6. Suresh Kumar N Vellymalay. (2017). Implikasi Budaya dan Agama Ke atas Interkasi antara Etnik dalam Kalangan Murid Sekolah di Malaysia.E- Bangi,12(2),272-286. 7. Tranung, K., & Tranung, K. (2024, February 18). AMBIL PEDULI BULI DALAM MASYARAKAT, KENALI ENAM JENIS BULI. Laman Web MKN. https://www.mkn.gov.my/web/ms/2024/02/18/ambil-peduli-buli-dalam-masyarakat-kenali-enam-jenisbuli/ 8. Yasmin Ahmad & Najeemah Mohd Yusof. (2016). Sensitiviti Kepelbagaian Budaya dalam Kalangan Guru Pelbagai Etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan di Malaysia.Jurnal Pendidikan Malaysia, 41(1),71-78. 9. Yong Hie Hie, Ku Hasnita Ku Samsu,Zarul Himmah Adnan, Mohd Daud Awang dan Adlina Ab Halim. (2018).Peranan guru sebagai agen sosialisasi salam membentuk perpaduan kaum di Sekolah. Akademika,88(2),95-108. 10.