The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KAMARIAH BINTI ABU BAKAR Moe, 2021-02-21 23:57:55

PAMERAN MAYA BERTEMA TAHUN BARU CINA

PAMERAN MAYA BERTEMA TAHUN BARU CINA

PAMERAN
MAYA

BERTEMA

TAJUK
TAHUN BARU CINA 2021

TAHUN KERBAU

Tahun Baru Cina (Tulisan Jawi: ;‫تاهون بهارو چينا‬Cina ringkas: 春节; Cina tradisional: 春節; pinyin: Chūn Jié)
merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar
qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun
baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang
dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar
pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang.
Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan
masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula
akan melawat golongan tua dan menerima wang angpau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik,
yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian
naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas
perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Cap Goh Mei.

Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang Cina,

seperti China, Hong Kong, Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura,[1] Taiwan, Thailand, dan juga

di pekan cina di merata dunia. Tahun Baru Cina juga disambut di tempat-tempat yang kuat dipengaruhi dengan

budaya Cina (termasuk memakai takwim qamari Cina),

termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan (Losar), Mongolia (Tsagaan Sar), Vietnam (Tết), dan Jepun hingga
tahun 1873 (旧正月 kyūshōgatsu).



Dalam astrologi Cina, terdapat satu zodiak
Cina, iaitu kitaran 12 tahun yang terdiri
daripada 12 ekor haiwan yang melambangkan
12 jenis personaliti berbeza.

Dan permulaan kepada zodiak Cina ini juga
yang menandakan permulaan tahun baru
Kalendar Qamari Cina bagi masyarakat Cina
di seluruh dunia sejak dahulu lagi. Zodiak cina
ini diungguli dengan 12 karektor haiwan
sebagai lambangnya.

Melabuhkan tirai tahun 2020 dengan haiwan
tikus dalam zodiak Cina, sambutan ini
menandakan bermulanya zodiak haiwan ox atau
kerbau bagi tahun 2021.

Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, lembu
mempunyai gambaran yang sangat positif dan
lambang ketekunan, kesyukuran dan kesetiaan.
Seorang pakar astrologi Cina, Thierry Chow
yang ditemu bual CNN menyatakan tahun ini
ialah tahun lembu dengan elemen besi atau
logam.

“Lembu dalam kepercayaan masyarakat Cina
adalah mewakili simbol kerajinan. Ia biasanya
melambangkan pergerakan, jadi diharapkan
penduduk dunia akan kurang statik berbanding
tahun lalu dan boleh bergerak kembali selepas
pertengahan tahun,” katanya

TARIAN SINGA

Tarian Singa (bahasa Cina:舞獅; pinyin: wǔshī)
adalah sebahagian daripada tarian tradisional
dalam adat warisan masyarakat Cina, yang
mana penari akan meniru pergerakan singa
dengan menggunakan kostum singa. Kostum
singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu
seorang memainkan di bahagian hadapan
dengan menggerakan kepala kostum,
manakala pasangan penari akan memainkan
bahagian belakang kostum singa tersebut.
Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-
akan singa di atas pentas yang disediakan.
Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram,
dan dentuman mercun yang dikatakan akan
membawa tuah.

TARIAN NAGA

Tarian naga(Cina: 舞龙, pinyin: wǔ lóng) ialah sebentuk tarian dan
persembahan tradisional dalam budaya Cina. Sepertilah tarian
singa, tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan.
Orang Cina selalu menyebut "Keturunan Naga" (Cina Tradisional:
龍的傳人, Cina Ringkas: 龙的传人, pinyin: lóng de chuán rén)
sebagai lambang identiti etnik.

Dalam tarian ini, sepasukan orang Cina memegang sebatang
"naga" — iaitu imej naga Cina — dengan tiang. Penari-penari
hadapan mengangkat, mencelup, membidas, dan menyapu
kepala naga, yang boleh memiliki ciri-ciri animasi yang dikawal
oleh seorang penari dan kadang-kala dikawal untuk
mengeluarkan asap dari alat-alat piroteknik. Pasukan tarian
meniru apa yang dipercayai sebagai gerakan semangat sungai ini
secara berbelok-belok dan beralun-alun.Gerakan-gerakan dalam
persembahan ini secara tradisinya melambangkan peranan-
peranan naga yang menunjukkan kuasa dan maruah. Tarian naga
ialah satu acara utama sambutan Tahun Baru Cina.

ANG PAU

Secara tradisi, angpau atau sampul merah diedarkan
sepanjang sambutan Tahun Baru Cina oleh pasangan suami
isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum
berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa
memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak.

Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua
ataupun seratus ringgit. Jumlah wang dalam angpau
sepatutnya bermula dengan angka genap kerana angka ganjil
dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara
pengebumian. Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial
kerana perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati
maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit.
Sementara itu angka 8 dianggap bertuah kerana sama bunyi
dengan kaya, maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau.
Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau.

BUNGA API

Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk
meriam dan dibakar untuk menghasilkan letupan
kecil pernah digunakan di China untuk mengusir
puaka. Pada zaman moden pula, kaedah ini
berubah menjadi penggunaan mercun pada musim
perayaan. Mercun biasanya diikat pada tali panjang
berlakur yang digantung. Setiap batang mercun
digulungkan dalam kertas merah kerana warna
merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam
terasnya. Apabila dibakar, mercun melepaskan
bunyi meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun
biasanya berangkai dalam bilangan ratusan, mercun
menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai
boleh mengusir roh-roh jahat. Penyalaan mercun
juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi
satu aspek penting dalam sambutan Tahun Baru
Cina.[12]

LIMAU MANDARIN

Amalan memberi limau mandarin juga simbolik
memberi tuah. Buah limau mandarin yang
dipanggil ‘kam’ dalam Bahasa Kantonis
bermaksud emas adalah kewajipan setiap
Tahun Baru Cina kerana ia membayangkan
limpahan kekayaan kepada masyarakat Tiong
Hua. Warna limau juga keemasan seperti
memberi jongkong emas kepada orang lain.

KUIH BAKUL

Kuih bakul (Cina: 年 糕 ; pinyin: nián gāo)
ialah makanan Cina yang dibuat daripada tepung
pulut dan gula[1] lalu dibentukkan seakan
seperti dodol. Sungguhpun kuih ini boleh dimakan
pada bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling
selalunya dimakan ketika sambutan Tahun Baharu
Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa
tuah pada masa perayaan ini kerana namanya:
"nian gao" ( 年 糕 ) di mana perkataan 糕 (gāo)
bermaksud 'kuih' dalam nama kuih ini berbunyi
sama seperti perkataan 高 (gāo) bermaksud 'tinggi'
melambangkan erti "tahun demi tahun semakin
tinggi" (年年高升, niánnián gāoshēng) atau mafhum
ringkasnya, "setahun lagi kehidupan, setingkat lagi
kemajuan".

YEE SANG

Dalam perayaan perayaan kalendar lunar Cina yang
paling penting, Tahun Baru Cina, pelbagai hidangan
dari pelbagai asal dapat dinikmati. Yee Sang adalah
salah satu hidangan tradisional. Ini adalah simbol
keberuntungan, kesejahteraan, kesihatan dan semua
perkara yang baik. Yee Sang terdiri daripada kepingan
nipis sayur acar dan bahan-bahan lain yang
dicampurkan sehingga sebati semasa hidangan
dimakan. Rasa hidangan ditingkatkan dengan sos
khasnya yang memberikan rasa khas. Kebiasaan yang
popular adalah untuk semua meja makan melemparkan
bahan-bahan di udara dengan seru "Loh Hey"
(melambung tinggi). Pentingnya melempar adalah
mengharapkan keberuntungan dan kebahagiaan yang
melimpah untuk semua. Kenikmatan Yee Sang semasa
Tahun Baru Cina adalah adat kuno yang didalami tradisi
dan budaya kuno.

PARA PELAJAR BOLEHLAH
MENJAWAB KUIZ TAHUN BARU
CINA INI MELALUI PAUTAN DI
BAWAH:

https://forms.gle/p7tp98dtm1Sx2Us77

KEMUDIAN SILA ISI BACAAN INI
DALAM IQ NILAM MELALUI PAUTAN
DI BAWAH:

https://iqnilam.moe.gov.my


Click to View FlipBook Version
Previous Book
வாடா மலர்: அத்தியாயம் 2
Next Book
KELAS SAINS TAHUN 2 CIKGU AYU BERKOMUNIKASI