Objektif Program
Memberi ruang dan peluang kepada ibu bapa untuk berbincang dengan guru-guru subjek berkaitan
pencapaian akademik anak-anak Tingkatan 2.
Memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang prestasi akademik semasa para pelajar yang telah
dikenal pasti.
Memantapkan kerjasama antara pihak maktab dengan ibu bapa dalam usaha melonjakkan prestasi
akademik dan sahsiah pelajar.
Ibu bapa dapat mengetahui perancangan dan strategi maktab dalam usaha meningkatkan pencapaian
akademik pelajar-pelajar.
Kaedah Pelaksanaan Program Runding Cara Akademik
Pihak PGG Tingkatan 2 akan mengedarkan borang laporan prestasi pelajar kepada guru-guru subjek
untuk diserahkan kepada ibu bapa semasa pertemuan nanti.
Pihak PGG Tingkatan 2 akan menyediakan carta bergambar guru-guru tingkatan 2 bagi memberi
peluang pihak ibu bapa mengenali guru yang akan terlibat dengan program bicara akademik ini.
Guru penasihat homeroom akan mengedarkan booklet tersebut kepada ibu bapa homeroom masing-
masing.
Guru penasihat homeroom akan dibekalkan dengan senarai nama anak-anak homeroom yang terlibat
dengan Program Bicara Akademik.
Guru penasihat homeroom akan mengadakan pertemuan dengan ibu bapa dan pelajar terlibat secara
atas talian menggunakan mana-mana platform yang dirasakan sesuai untuk menerangkan proses
perjalanan program bicara akademik
Guru homeroom perlu memberitahu ibu bapa untuk membuat temujanji dengan guru-guru subjek
terlibat mengikut kesesuaian masa masing-masing agar tidak berlaku pertembungan dengan subjek-
subjek lain. (dalam tempoh 9 hari yang diperuntukkan)
Guru subjek mengadakan pertemuan secara atas talian dan membincangkan tentang prestasi pelajar
kepada ibu bapa. (borang laporan prestasi pelajar)
Guru homeroom dan guru subjek perlu membuat laporan selepas pertemuan.
Ibu bapa diminta mengisi borang penilaian program selepas sesi perbincangan.