LAPORAN
PROGRAM OUTREACH POLY CC
2020 JELAJAH KEMERDEKAAN
POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI
MALAYSIA PERINGKAT
KEBANGSAAN
ANJURAN :
BAHAGIAN AMBILAN & PEMBANGUNAN PELAJAR
KELOLAAN :
KOLEJ KOMUNITI KUALA KANGSAR
DENGAN KERJASAMA :
UNIT AMBILAN & PROMOSI KOLEJ KOMUNITI
NEGERI PERAK
Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :
................................................................ .....................................................
(RAMLAH HANIM BT. MAT ISA @ MD ISA (AHMAD HASHAD BIN ZAKARIA
Pengarah Program Outreach Polycc 2020
Pengarah
Kolej Komuniti Kuala Kangsar Komuniti Kuala Kangsar
FLAG OFF
DI KPT
PUTRAJAYA
3 SEPT 2020
PROGRAM OUTREACH POLYCC 2020 JELAJAH
KEMERDEKAAN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA
PERINGKAT KEBANGSAAN
RINGKASAN PROGRAM
Program Outreach Polycc Jelajah Kemerdekaan
Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia
Peringkat Kebangsaan diadakan bertempat di
lobi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan
telah dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi
iaitu YB Dato' Dr. Noraini Ahmad.
Program ini diadakan bagi menghangatkan lagi
sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia
tahun ini. Program ini sangat unik di mana
peserta akan menjelajah seluruh Malaysia
dengan menunggang vespa selama 13 hari
bermula dari 3 September - 15 September 2020
dengan jarak perjalanan lebih kurang 2590km
melibatkan 11 negeri.
Satu pasukan teknikal yang terdiri daripada
pensyarah dan pelajar turut bersama-sama
berkonvoi di mana pelbagai acara telah disusun
di lokasi-lokasi persinggahan seperti pameran,
demontrasi dan pertandingan bagi
mempromosikan Politeknik dan Kolej Komuniti
di Malaysia. Terdapat 6 PIT STOP yang telah
dipilih iaitu Kolej Komuniti Bagan Datuk, Kolej
Komuniti Masjid Tanah, Kolej Komuniti Batu
Pahat, Kolej Komuniti Pekan, Kolej Komuniti
Kok Lanas dan Kolej Komuniti Langkawi.
Sepanjang perjalanan konvoi ini, para peserta
juga akan turut mengedarkan bendera Malaysia
kepada komuniti setempat serta menyebarluas
kempen pembudayaan norma baharu pasca
COVID19 dengan mengedarkan secara percuma
pelitup muka dan hand sanitizer.
Kesimpulan program ini dapat memberi
kesedaran kepada masyarakat mengenai
peluang dan kelebihan melanjutkan pelajaran
di Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia.
FLAG OFF
DI KK
KUALA
KANGSAR
3 SEPT 2020
PROGRAM OUTREACH POLYCC 2020 JELAJAH
KEMERDEKAAN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA
PERINGKAT KEBANGSAAN
RINGKASAN PROGRAM
Kolej Komuniti Kuala Kangsar (KKKK)
merupakan pengelola Program Outreach
Polycc 'Jelajah Kemerdekaan Politeknik dan
Kolej Komuniti Malaysia Peringkat Kebangsaan
di bawah anjuran Jabatan Pendidikan
Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
Program ini juga mendapat kerjasama dari Unit
Ambilan & Promosi Kolej Komuniti Negeri
Perak.
Program ini bertujuan mempromosikan
pengajian di Politeknik dan Kolej Komuniti
Malaysia terutama sekali bagi program yang
kurang mendapat sambutan untuk ambilan
Disember 2020. Perkara ini dapat membantu
masyarakat khususnya pelajar lepasan SPM
bagi mendapatkan info berkaitan bidang
pengajian yang terdapat di Politeknik dan Kolej
Komuniti Malaysia. Inisiatif ini diambil untuk
menarik minat lebih ramai golongan sasaran
menyertai pengajian di Politeknik dan Kolej
Komuniti dan secara tidak langsung dapat
melonjakkan jumlah pengambilan baru di
Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia.
Majlis Flag di KKKK telah disempurnakan oleh
ADUN Bukit Chandan, YB Maslin Sham bin
Razman.
PIT STOP @
KK BAGAN
DATUK
3 SEPT 2020
PROGRAM OUTREACH POLYCC 2020 JELAJAH
KEMERDEKAAN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA
PERINGKAT KEBANGSAAN
RINGKASAN PROGRAM
Kolej Komuniti Bagan Datuk (KKBD) merupakan
PIT STOP pertama yang dilawati oleh pasukan
jelajah Program Outreach Polycc 2020. Program
yang telah dilaksanakan oleh KKBD adalah
konvoi bermotosikal besar dan melukis mural.
Program ini telah dirasmikan oleh ADUN
Rungkup, YB Datuk Shahrul dan disaksikan oleh
Pengarah KKBD iaitu Tn. Hj Zainuddin bin
Kasmuri.
Konvoi ini melibatkan 30 buah motosikal dalam
kalangan pelajar KKBD dan mereka akan
berkonvoi motosikal daripada Menara Condong
Teluk Intan ke Kolej Komuniti Bagan Datuk dan
diiringi oleh pasukan jelajah dan vespa.
Ketibaan konvoi Vespa dan motosikal pelajar di
KKBD telah melengkapkan Program Mural
Merdeka di Kolej Komuniti Bagan Datuk ("Last
Touch Up").
PROMOSI DI
SELANGOR &
KUALA
LUMPUR
3 SEPT 2020
PROGRAM OUTREACH POLYCC 2020 JELAJAH
KEMERDEKAAN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA
PERINGKAT KEBANGSAAN
PROMOSI DI
PORT
DICKSON &
MELAKA
4 SEPT 2020
PROGRAM OUTREACH POLYCC 2020 JELAJAH
KEMERDEKAAN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA
PERINGKAT KEBANGSAAN
PIT STOP @
KK MASJID
TANAH
4 SEPT 2020
PROGRAM OUTREACH POLYCC 2020 JELAJAH
KEMERDEKAAN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA
PERINGKAT KEBANGSAAN
RINGKASAN PROGRAM
Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT) merupakan
PIT STOP kedua yang dilawati oleh pasukan
jelajah Program Outreach Polycc 2020. Program
yang telah dijalankan oleh KKMT adalah
melukis mural sempena bulan kemerdekaan.
Aktiviti ini telah dirasmikan oleh Pengarah Kolej
Komuniti Masjid Tanah
Mural yang telah dilukis dan diwarnakan ini
telah dipertandingkan antara pelajar-pelajar
KKMT. Dengan adanya program ini ia dapat
memupuk semangat kerjasama kumpulan dan
menyemai semangat patriotisme dalam
kalangan pelajar KKMT. Selain itu, ia juga dapat
mengasah bakat dan minat pelajar dalam
penghasilan mural dan lukisan.
Konvoi vespa dan jelajah telah melengkapkan
program ini dimana peserta jelajah diberi
peluang untuk membuat penilaian terhadap
hasil kerja mural tersebut.
Majlis "Flag Off" juga telah disempurnakan oleh
Pengarah KKMT iaitu En. Zaidi bin Othman.
PIT STOP@
KK BATU
PAHAT
5 SEPT 2020
PROGRAM OUTREACH POLYCC 2020 JELAJAH
KEMERDEKAAN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA
PERINGKAT KEBANGSAAN
RINGKASAN PROGRAM
Kolej Komuniti Batu Pahat (KKBP) merupakan PIT STOP
ketiga yang dilawati oleh pasukan jelajah Program
Outreach Polycc 2020. Program yang telah dilaksanakan
oleh KKBP adalah derma darah dan menanam pokok.
Aktiviti ini telah disertai oleh penduduk kawasan Seri
Sulong.
Bagi aktiviti di Masjid Seri Sulong, telah diadakan aktiviti
penanaman pokok dan pengindahan lanskap kawasan
masjid yang diketuai oleh KK Rembau dengan kekuatan
seramai 18 orang pelajar KK Rembau dan 20 orang
pelajar dari Politeknik Mersing Johor yang telah dibantu
oleh 2 orang pensyarah. Aktiviti ini juga telah mendapat
kerjasama daripada pihak masjid dengan penglibatan
seramai 30 orang anggota masjid.
Di Balai Islam pula telah berlangsung Program Wacana
Kesihatan yang melibatkan aktiviti derma darah,
Taklimat Kesihatan dan Pameran Kesihatan yang
diketuai oleh Politeknik Tun Syed Nasir Pagoh (PTSN).
Progam ini melibatkan seramai 17 orang pegawai dan 40
orang pelajar dari PTSN dan telah mendapat kerjasama
dari 18 orang wakil Hospital dan 10 orang wakil PKD.
Program ini diakhiri dengan Majlis "Flag Off" yang
disempurnakan bersama oleh Pengarah Politeknik Tun
Syed Nasir, En Abd Razak bin Senin dan Pengarah Kolej
Komuniti Batu Pahat, Pn Aryati binti Ramlan
PROMOSI DI
PAHANG DAN
TERENGGANU
6-8
SEPT 2020
PROGRAM OUTREACH POLYCC 2020 JELAJAH
KEMERDEKAAN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA
PERINGKAT KEBANGSAAN
PIT STOP@
KK PEKAN
6 SEPT 2020
PROGRAM OUTREACH POLYCC 2020 JELAJAH
KEMERDEKAAN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA
PERINGKAT KEBANGSAAN
RINGKASAN AKTIVITI
Kolej Komuniti Pekan (KKP) merupakan PIT
STOP keempat yang dilawati oleh pasukan
jelajah Program Outreach Polycc 2020. Aktiviti
yang telah dijalankan oleh KKP adalah konvoi
bermotosikal.
Pasukan jelajah dan vespa diiringi oleh konvoi
bermotosikal mengelilingi Bandar Pekan sambil
mengedarkan "flyers" kemasukan Politeknik dan
Kolej Komuniti Malaysia. Seterusnya pasukan
jelajah dan konvoi bermotosikal bergerak ke
Muzium Sultan Abu Bakar dan meraikan
Program Semarak Merdeka dan Hari Malaysia
bersama Pengarah Muzium.
Program di KK Pekan diakhiri pada besoknya
dengan sambutan Program Semarak Bulan
Kemerdekaan yang dirasmikan oleh Pengarah
KKP iaitu En. Mohammad Azwan bin Ja’afar.
Turut hadir adalah Pengarah Bahagian Ambilan
& Pembangunan Pelajar iaitu Puan Noranyza
binti Mohamad Yusoff.
PROMOSI DI
RADIO
KELANTANFM
9 SEPT 2020
PROGRAM OUTREACH POLYCC 2020 JELAJAH
KEMERDEKAAN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA
PERINGKAT KEBANGSAAN
PROMOSI DI
JABATAN
PENERANGAN
KELANTAN
9 SEPT 2020
PROGRAM OUTREACH POLYCC 2020 JELAJAH
KEMERDEKAAN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA
PERINGKAT KEBANGSAAN
PIT STOP@
KK KOK
LANAS
10 SEPT 2020
PROGRAM OUTREACH POLYCC 2020 JELAJAH
KEMERDEKAAN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA
PERINGKAT KEBANGSAAN
RINGKASAN AKTIVITI
Kolej Komuniti Kok Lanas (KKKL) merupakan PIT
STOP kelima yang dilawati oleh pasukan jelajah
Program Outreach Polycc 2020. Aktiviti yang telah
dijalankan oleh KKKL adalah Program
Keusahawanan.
Program Keusahawanan Penghasilan Produk Pastri
telah diberikan secara percuma kepada ibu-ibu
tunggal yang terkesan dengan pandemik COVID19.
Selain ini mereka juga diajar tentang kaedah
pemasaran atas talian. Program ini dianjurkan oleh
Kolej Komuniti Kok Lanas dengan kerjasama
Jabatan Pembangunan Wanita. Hasil daripada
produk makanan ini telah diedarkan ke Rumah Anak
Yatim Lilbanat Darulnaim, Machang 2 dan Pondok
Perdana Jeli oleh pasukan jelajah bersama konvoi
vespa. Ia secara tidak langsung amat berkesan
dalam mempromosikan Politeknik dan Kolej
Komuniti Malaysia dalam kalangan komuniti di sana.
Program ini diakhiri dengan upacara perasmian dan
penutupan oleh Pengarah KKKL iaitu Ts. Ahmad
Nasrul Hisyam bin Hamzah di Rumah Anak Yatim
Lilbanat Darulnaim, Machang 2. Program ini juga
dimeriahkan oleh penyampaian produk pastri oleh
Pengarah Kolej Komuniti Kuala Kangsar iaitu En.
Ahmad Nashad bin Zakaria.
PROMOSI DI
SEKITAR
KELANTAN
9- 10 SEPT
2020
PROGRAM OUTREACH POLYCC 2020 JELAJAH
KEMERDEKAAN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA
PERINGKAT KEBANGSAAN
PIT STOP@
KK
LANGKAWI
13 SEPT 2020
PROGRAM OUTREACH POLYCC 2020 JELAJAH
KEMERDEKAAN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA
PERINGKAT KEBANGSAAN
RINGKASAN AKTIVITI
Kolej Komuniti Langkawi (LTA) merupakan PIT STOP
keenam bagi Program Outreach Polycc 2020.
Program yang telah dijalankan oleh LTA adalah
Program promosi di tapak pasar malam Kuah.
Disebabkan oleh ancaman pandemik COVID19 di
negeri Kedah maka Program Fest Food 2020 yang
telah dirancang terpaksa ditunda. Namun, aktiviti
promosi di tapak pasar malam di Kuah masih
diteruskan mengikut garis panduan yang telah
ditetapkan oleh MKN.
Program promosi ini telah berjalan dengan lancar
dan pasukan promosi telah memberi penerangan
kepada mereka yang berada di pasar malam kaedah
permohonan bagi kemasukan Politeknik dan Kolej
Komuniti Malaysia.
MAJLIS
PENUTUPAN
KK KUALA
KANGSAR
15 SEPT 2020
PROGRAM OUTREACH POLYCC 2020 JELAJAH
KEMERDEKAAN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA
PERINGKAT KEBANGSAAN
IMPAK PROGRAM
Di antara impak program adalah :
1.Mempromosikan pengajian di Politeknik dan Kolej
Komuniti Malaysia terutama sekali bagi program yang
kurang mendapat sambutan untuk ambilan Disember
2020.
2.Merapatkan jurang di antara Politeknik dan Kolej
Komuniti Malaysia dengan masyarakat di luar kampus.
3.Memberi info kepada pelajar lepasan SPM, ibu bapa dan
komuniti berkaitan pengajian yang terdapat di Politeknik
dan Kolej Komuniti Malaysia.
4.Dapat menarik golongan sasaran dengan promosi secara
bersemuka berdasarkan keputusan SPM dan minat
mereka.
5.Menjadikan kedai makan, kedai serbaneka dan stesen
minyak sebagai agen untuk menyebarluas maklumat
berkaitan pengambilan Politeknik dan Kolej Komuniti
Malaysia.
6.Memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar
dan komuniti dengan mengedarkan bendera jalur
gemilang.
7.Memberi info dan maklumat kepada komuniti tentang
bahaya Covid dengan pemberian penutup muka dan
hand sanitizer
PROGRAM OUTREACH POLYCC 2020 JELAJAH
KEMERDEKAAN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI
PERINGKAT KEBANGSAAN
JADUAL PROGRAM
LAMPIRAN
LAMPIRAN
LAMPIRAN
LAMPIRAN
LAMPIRAN
LAMPIRAN
LAMPIRAN
LAMPIRAN
LAMPIRAN
LAMPIRAN
Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :
................................................................ .....................................................
(RAMLAH HANIM BT. MAT ISA @ MD ISA (AHMAD HASHAD BIN ZAKARIA
Pengarah Program Outreach Polycc 2020
Pengarah
Kolej Komuniti Kuala Kangsar Komuniti Kuala Kangsar