The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adriena0119, 2020-01-24 00:29:44

PROGRAM GALAKAN MEMBACA SKSH 2019

PROGRAM TAHUN 2019

Keywords: MEMBACA

PROGRAM GALAKAN MEMBACA SK SERI HARTAMAS

1. DEARS ( Drop Everything and Reads)
Program ini diadakan pada hari selasa , sekali seminggu . Program ini bermula seawal 7.10 pagi . Murid
yang hadir awal akan letak beg dikelas terlebih dahulu dan yang lewat akan terus kedewan terbuka.
Mereka perlu duduk dalam barisan mengikut kelas masing – masing . Murid akan mengambil buku dalam
bakul yang disediakan oleh pengawas pusat sumber untuk dibaca. Selesai aktiviti perhimpunan pagi
(makluman dan doa) dari guru bertugas pada perhimpunan pagi , murid akan berdiri dan bergerak dalam
barisan . Buku diletakkan semula dalam bakul di hadapan barisan kelas masing-masing. Pengawas pusat
sumber yang ditugaskan akan menyimpan semula bakul di bilik tertutup belakang dewan .
Kelebihan program ini ialah mampu mengisi masa murid dengan aktiviti bermanfaat dan mengelakkan
kebisingan sebelum perhimpunan pagi.

2. Program NILAM
Program ini melibatkan semua murid dari Pra sekolah sehingga darjah 6. Setiap murid perlu membaca
sebarang bahan bacaan dan merekod dalam buku NILAM . Bacaan terbanyak akan diberikan hadiah
penghargaan pada bulan Oktober setiap tahun . Pada akhir tahun , Anugerah NILAM akan diberikan
kepada murid yang terbanyak membuat catatan dalam buku NILAM . Minima 500 buah buku . Anugerah
dan hadiah akan diberikan kepada tokoh NILAM pada Majlis Apresiasi Murid pada bulan November
setiap tahun.

3. Nilam Corner / Sudut Bacaan dalam Kelas
Mengadakan sudut bacaan yang menarik didalam setiap kelas. Bahan adalah daripada sumbangan murid
dalam pebagai bahan bacaan.

4. Pentas pidato
Sudut pidato disediakan di satu sudut kantin membolehkan aktiviti pidato , sajak dan lain-lain dijalankan
oleh guru subjek seperti Bahasa Inggeris , Bahasa melayu dan subjek lain.

5. Program Bulan Bahasa
Pelbagai aktiviti yang dijalankan dengan kolaborasi bersama Panitia Bahasa Melayu . Pelbagai aktiviti
dijalankan sepanjang Bulan Bahasa bagi meransang minat dan perkembangan minda murid-murid .

6. Sudut bacaan kantin
Disediakan oleh pengusaha kantin sekolah

7. Sudut Bacaan Panitia dan Unit Kokurikulum
Disediakan oleh panitia dan unit kokurilukum di sepanjang koridor dewan terbuka dan bilik-bilik khas.

8. Program Pameran Kemerdekaan
Pihak Pusat Sumber bersama Panitia Sejarah mengambil inisiatif mengadakan pameran yang melibatkan
murid-murid Pra Sekolah, Tahun 1 hingga 6. Semasa aktiviti ini murid akan ditayangkan cerita mengenai
kemerdekaan dan patriotisme . Selepas menonton mereka akan membaca bahan pameran kemerdekaan yang di sediakan
di papan kenyataan dalam perpustakaan. Murid akan menjawab soalan yang disediakan mengikut tahap 1 dan 2 . Aktiviti
ini bertujuan untuk mengingatkan kembali peristiwa bersejarah dalam pembentukan negara Malaysia dan seterusnya
menanamkan semangat patriotisme dikalangan warga sekolah yang berbilang kaum.

9. Program KM1M ( Kem Membaca 1 Malaysia)
Program ini dijalankan pada bulan April dan melibatkan semua guru dan murid . Pelbagai aktiviti
dijalankan sepanjang minggu KM1M bagi meransang minat dan perkembangan minda murid-murid .
Antara aktivit yang dijalankan adalah :

a) Mewarna
b) Mencipta Dialog
c) Kuiz Jejak Maklumat
d) Menulis Nama Umum dan Saintifik Serta Kegunaan Pokok
e) Melukis Poster Kem Membaca Malaysia
f) Kuiz Spontan terbuka

Kelebihan program ini dapat mewujudkan satu kerjasama antara guru dan murid.

10. Program story telling kolaborasi PIBG sekolah
Program anjuran PIBG sekolah mensasarkan murid tahap 1. Program ini diadakan pada pukul 1 tengah
hari sehingga 1.30 tengahhari. Murid yang menunggu abang dan kakak tahap 2 digalakkan untuk berada
di perpustakaan pada masa tersebut dan wakil ibubapa mengikut giliran akan mengendalikan program.

KEKANGAN DAN HALANGAN
1. Kurang minat membaca
2. Kurang galakan daripada ibu bapa
3. Kurang galakan dari rakan sebaya
4. Kurang berminat untuk meminjam buku dan hadir ke Perpustakaan pada waktu rehat.
5. Hadir lewat ke sekolah
6. Pengaruh gajet memberi saingan
7. Kekangan masa rehat yang pendek.
8. Murid seringkali lupa untuk merekod bahan bacaan yang dibaca dalam buku NILAM .

CADANGAN MEMUPUK MINAT MEMBACA TAHUN 2020

1. Meneruskan pertandingan peminjam , pembaca dan pencatat terbanyak dengan memberikan ganjaran
hadiah sekerap mungkin sekurang- kurangnya sebulan sekali .

2. Mengadakan program Dears lebih dari sekali seminggu . Dicadangkan pada hari selasa, rabu dan khamis

3. Menyediakan lebih banyak tempat menarik untuk diletakkan bahan bacaan sama ada buku atau papan
kenyataan dan selesa untuk murid duduk membaca.

4. Menyediakan kuiz terbuka dan pemberian hadiah seminggu sekali di tapak perhimpunan.

5. Mengadakan aktiviti bercerita dan ganjaran hadiah kepada murid yang sukarela bercerita didewan
perhimpunan sekurangnya seminggu sekali.

6. Menggalakkan aktiviti membaca pada waktu tasmik bagi mengelakkan murid membuang masa.

7. Melabel pokok disekitar sekolah dengan maklumat mengenainya

GAMBAR PROGRAM
1. DEARS ( Drop Everything and Reads)

2. Program NILAM

Anugerah Nilam Fasa 1

Anugerah Nilam Fasa 2

3. Nilam Corner / Sudut Bacaan dalam Kelas
4. Pentas pidato

5. Program Bulan Bahasa
6. Program KM1M ( Kem Membaca 1 Malaysia)

7. Program Pameran Kemerdekaan


Click to View FlipBook Version